TEKS VERBATIM YAB PM : MAJLIS PERASMIAN BULAN KESELAMATAN NEGARA 2026
9 Julai 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
BULAN KESELAMATAN NEGEARA 2026
9 JULAI 2026 | KHAMIS | 3.30 PETANG
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi;
YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin,
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN);
Rakan-rakan dari Kementerian, NACSA dan yang dimulikan semua yang hadir.
- Pertama saya mohon maaf setinggi-tingginya, kerana ketibaan yang agak lewat daripada jadual, kerana saya baru sahaja melepaskan pulang Perdana Menteri Anutin dari Thailand yang membuat kunjungan rasmi, dan esok saya sambung bertemu dia di Bukit Kayu Hitam dan Sadau oleh kerana laluan yang baru yang kita luluskan. Jadi, dia semasa jamuan makan itu dia main saxophone sikit lagu “My Way”, saya pun seronok dengar, kemudian dia nyanyilah sikit, “And I can’t help falling in love with you”. Saya pun tumpang sikit, jadi dalam media sosial dia kata ini Perdana Menteri dia kerja apa? Dia kerja menyanyi. Haa nasiblah. Tapi sekejap, dua minit sahaja nyanyi.
- Baik, sepanjang bulan Julai ini kita adakan sambutan Bulan Keselamatan Negara. Ini saya rasa satu pendekatan yang bijak, sebab kita telah beralih dari pemahaman keselamatan itu dari segi konvensional, fahaman lama di mana keselamatan itu tanggungjawab pasukan keselamatan, tentera, polis dan juga agensi-agensi penguatkuasaan. Tapi sekarang ini dia telah menerobos ke tiap rumah, tiap orang, tiap pelajar.
- Sebab itu, kita bicarakan soal cyber security. Kemudian, kita faham bahawa ia tidak mencukupi. Dan sebab itu kita juga ada langkah-langkah baru, persiapan dan kita bekerjasama dengan semua negara untuk mendapat bantuan, kerjasama, pendekatan, ikhtiar baru dari Amerika Syarikat, dari China, Eropah, kerana dalam dunia tanpa sempadan ini, kalau kita tidak ada kerjasama yang lebih akrab dengan semua negara, kita ada masalah.
- Sebab itu dengan Perdana Menteri Thailand, sebagaimana saya sebutk sebentar tadi, isu keselamatan tentunya, langkah-langkah perdamaian, kerana sempadan yang luas, masalah pencerobohan adalah penyeludupan dan masalah keselamatan. Penyeludupan itu termasuk dadah dan masalah-masalah lain.
- Tetapi pendekatan konvensional tidak mampu menangkis serangan baru. Sebab itu, dalam bulan keselamatan ini, saya difahamkan oleh Nurshirwan dan Megat, bahawa dipamerkan semua ataupun sebahagian besar daripada ikhtiar baharu, teknologi baharu. Kalau kita mampu segera menangkap, memahami semua aspek ini, maka kita lebih selamat bagi negara.
- Dan keduanya, bagaimana kita boleh berikan pencerahan kepada rakyat, terutama anak-anak muda, latihan, talent pool, dalam isu pendekatan dan inisiatif serta teknologi baharu yang lebih canggih, dan kemudian kefahaman.
- Sukar bagi orang yang terlatih bahawa keselamatan bukan masalah rakyat, itu masalah agensi. Keselamatan dan penguatkuasaan, untuk menukar, mengalih daripada pendekatan kefahaman lama kepada yang baru bahawa dia kalau tidak dikawal oleh setiap keluarga, setiap rumah tangga, maka risiko keselamatan itu ada.
- Ada orang yang datang, kalau dulu lebih sukar untuk menerobos kepada masyarakat. Sekarang dia boleh menggunakan pendekatan dengan teknologi baharu, teknologi maklumat, AI dan yang sekarang ini kuantum, yang sekarang kita berikan penekanan. Jadi sebab itu, kita juga adakan dasar kriptografi negara, Pelan Tindakan Kriptografi. Ini semua bahasa-bahasa baru yang janggal yang tidak digunakan puluhan tahun yang lalu. Dan perubahan itu sepertimana kita tahu dalam dunia yang post normal pasca normal itu, dia perubahan itu mendadak dan juga meluas dalam pelbagai lapangan. Jadi untuk kita menangkis hanya dengan kefahaman dan latihan.
- Maka seluruh sistem, ekosistem kita itu, pendidikan. Pendidikan bukannya formal di rumah tangga, di rumah. Seolah-olah kalau dulu disebut firewall, sebelum ada media sosial, Firewall situ patut didirikan sampai tiap keluarga, supaya dapat menjaga bukan sahaja dari segi akhlak dan nilai anak-anak, tetapi kemungkinan dirasuk dengan fahaman-fahaman yang boleh merosakkan dan mengancam keselamatan negara.
- Dunia pendidikan, kerana bidang-bidang ini baru. Sebab itu kita perkenalkan AI, sekarang belum lagi tamat penguasaan AI, sudah kriptologi. Ini kalau dulu bahasa lama dia kata “its sound Greek to us”. Ini bahasa Yunani, Yunani tua, tidak dapat dikuasai. Tetapi apa pilihan kita? Tidak ada pilihan. Kalau kita mahu selamat, negara mahu aman, kita mesti menguasai bidang ilmu termasuk teknologi baharu. Dan ini cabaran bukan sahaja MKN, kementerian-kementerian, Digital, MOSTI, Komunikasi, selain daripada kementerian-kementerian yang terlibat dalam pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
- Jadi saya percaya saudara-saudara arif dan maklum tentang perkara ini. Cuma apakah langkah yang kita ambil ini cepat? Kita tahu post normal times itu, perubahan itu, kepesatan itu luar biasa. Dia sebut pace of change itu berlaku begitu pesat, Tidak terduga. Tetapi dia berlaku pula bukan satu bidang tertentu dan satu masa tertentu. Ini yang dulu PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebutkan spontaneity. Maknanya dia berlaku itu spontaneous dan meluas. Simultaneity and spontaneity. Bahasanya mudah, tapi saja dia bagi bunyi, bunyi canggih sikit supaya Tan Sri Salim tak faham (nada seloroh).
- Jadi saudara-saudara yang dimuliakan, kalau kita katakan bahawa perubahan itu cepat, tetapi dia juga meluas. Kalau kita nak bicarakan soal keselamatan ya, dia seratus satu perkara yang kita harus bahaskan dalam masa yang sama. Pagi tadi kita ada sidang Majlis Keselamatan Negara Khas. Bicara soal instrumen yang kita gunakan yang boleh jamin keselamatannya dan tidak boleh ditembusi ataupun usaha menerobos sistem yang ada.
- Jadi ini memerlukan kepakaran melalui teknologi baharu, melalui usaha-usaha kerjasama dengan negara-negara yang sahabat, yang juga menunjukkan keprihatinan yang sama. Dan ini harus dilakukan, dan saya harap bukan sahaja MKN dan Kementerian-Kementerian yang terlibat. Tapi semua jabatan, kementerian harus tahu bahawa kita menghadapi keadaan yang bukan normal, yang disebut post-normal yang disebut tadi beberapa perincian yang terus berlaku.
- Dan saya harap rakan-rakan terutama pimpinan penjawat awam, pimpinan politik dan juga sektor swasta. Dan dalam ini whole of nation approach itu penting. Ia tidak ada lagi compartmentalization. Oh, ini isu swasta, ini isu jabatan, ini isu-isu kementerian. Untuk gabungkan sinergi supaya ada pendekatan bersama. Jabatan dan kementerian pun sukar, saudara bayangkan. Kerana kita sudah dilatih. Ini urusan jabatan demikian, ini urusan kementerian demikian dan sukar untuk ditembusi dan dimohon supaya ada kerjasama yang mantap.
- Jadi sebab itu sekarang ini banyak sekali coordinating committee, cabinet committee. Orang tanya mengapa terlalu banyak? Kerana cara pendekatan kita berubah. Pertanian, siapa kata pertanian itu urusan Jabatan Pertanian sahaja? Tidak lagi. Kita masuk AI. Which come under Digital. Communication comes under Communications. Jadi kalau nak jayakan umpamanya pertanian itu, dia harus melibatkan beberapa kementerian.
- Apalagi bidang keselamatan, dan sebab itulah MKN itu tercabar untuk cepat membantu, mendepani masalah ini, memikirkan cara baru dan sentiasa terbuka. Dia tidak boleh umpamanya, terikat dengan pendekatan lama. Dia mesti sentiasa terbuka dan tidak boleh hanya tunggu kepada naratif di luar. Kerana naratif di luar itu kadang-kadang tidak menggesa dan mendesak kita supaya memikirkan cara dan kaedah baru untuk menyelamatkan negara, dan angkat maratabat negara.
- Lihat kadang-kadang naratif di luar. Bahkan saya selalu sindir kawan-kawan saya di perbahasan di parlimen. Kadang-kadang isu-isu, isu lama juga. Isu kaum, isu agama. Tengok kadang-kadang polemik di Johor sekarang. Isu sentimen, daerah, negeri. Ini isu-isu besar yang mengancam negara itu, aa tidak menjadi suatu hal yang patut diberikan penekanan. Itu bagi saya membimbangkan.
- Apakah kita harus tunggu sehingga naratif berubah? Tidak. Itu peranan saudara. Kepimpinan di jabatan, di agensi, di kementerian. Itu bukan urusan jabatan birokratik biasa. Dia mesti cepat menangkap teknologi, fahaman teknologi baharu, dan cabaran-cabaran baru.
- Saya juga ucap terima kasih di sini kerana kerjasama kita lihat dari beberapa negara yang memberikan kita. Amerika Syarikat, yang saya sebut tadi. Kita ada G2G dengan Turkiye, Multi-Purpose Command Platform. Kita ada dengan Malaysia-Australia Maritime Cooperation Parallel yang mencakup beberapa bidang. Saya tak sebut semua nanti, sebut negara ini sensitif pulak, PM, dia sebut beberapa negara, tak sebut negara saya. Tapi maksud saya, kita terbuka. ASEAN tentunya menjadi induk. Sepertimana saya singgung tadi, perbincangan dengan Perdana Menteri Anutin termasuk kita bercakap soal border. Tapi border, border security. Border security termasuk digital, termasuk AI, termasuk menggunakan drones. Itu hal-hal yang harus kita renung dan cuba cari penyelesaian yang mantap.
- Jadi sekali lagilah saya nak ucap terima kasih, tapi mohon maaf sangat-sangat pada Nurshirwan, dia pun tadi makan tengah hari sekali. Dia tak pesan pun, saya kata dia ada time, dia pun enjoy dengan lagu-lagu tu. Jadi jangan salah saya seorang.
- Jadi, saya ucap terima kasih kepada MKN, dengan adanya Sidang Kemuncak Keselamatan Cyber NACSA 2026 dan kita harus sebarkan juga tentang Strategi Keselamatan Siber Malaysia – Malaysia Cybersecurity Strategy 2025- 2030. Kemudian, ini saya tak sebut, ini Megat marah nanti, ini dia kata sangat penting. Dia bubuh full the letters. Pelan Migrasi Kriptografi Pasca Kuantum Negara serta pelaksanaan program Sandbox Kriptografi Pasca Kuantum Malaysia. Tak faham tanya dia.
- Itulah dulu saya ucap terima kasih sekali lagi dan doa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan apa-apa isu singgung tentang strategi keselamatan keseluruhannya, penglibatan sektor awam, swasta dan mengenalpasti beberapa aspek dan usaha, ikhtiar syarikat swasta teknologi baharu ini yang boleh kita kembangkan untuk membangkitkan keupayaan, tenaga, kemahiran, dan kepakaran indegineous dalam negara kita.
Wassalamualaikkum Warahmatullahi Wabarakatuh.
