TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: WAKTU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS – SOALAN 2

3 November 2026

TEKS VERBATIM 

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KELIMA BELAS

  

PERTANYAAN

:

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

DARIPADA

:

DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM [ ARAU ]

TARIKH

:

03 NOVEMBER 2026 (SELASA)

 

SOALAN :

Minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah kerajaan memperketat kawalan keselamatan serta menangani kelemahan koordinasi antara agensi penguatkuasaan susulan kebelakangan ini berlakunya peningkatan kes penyeludupan dadah dan barangan terlarang melalui pintu sempadan negara khususnya KLIA dan Lapangan Terbang Subang.

 

JAWAPAN

  1. Terima kasih Arau. Kerajaan tentunya pandang ini sebagai satu masalah keselamatan negara dan serius. Bila ada mana-mana kawasan sempadan yang bolos atau diketahui ada pelanggaran peraturan, penyeludupan terutamanya. Dan penyeludupan tidak terhenti, apakah penyeludupan dadah, barangan larangan, atau senjata api.

 

  1. Sebab itu agensi baru telah juga diperkenalkan dan Menteri Dalam Negeri telah menjelaskan tentang pelan tindakan dan mitigasi keselamatan Dan ini bermula di KLIA dan pintu masuk. Isunya juga melibatkan kementerian-kementerian lain. Dia termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kastam di bawah Kementerian Kewangan, NRES dan beberapa yang lain.

 

  1. Tetapi tindakan sudah diambil sejak tahun lalu. Rancangan kerjasama KDN dan MOT memperkenalkan beberapa ikhtiar atau inisiatif baru dengan tiga fasa. Tapi saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat Arau, bahawa sejak bulan Januari sehingga Oktober 2026, itu sudah ada 93 tangkapan yang melibatkan isu percubaan penyeludupan dadah 2.56 kilogram dan berjumlah RM202.7 juta, maknanya tindakan sudah diambil.

 

  1. Tentang penguatkuasaan AKPS, ini hanya dadah, tapi untuk AKPS sudah 44 kes rampasan dan berjumlah RM11.22 juta. Kemudian, sejak pelan tindakan Ogos sehingga Oktober, 41 kes rampasan yang direkodkan, RM42.38 juta. Ini saya nak jelaskan bahawa operasi ini berterusan dan mesti ditingkatkan.

 

  1. Operasi khas pemeriksaan sekarang ini sudah 100%. Dulu kalau periksa badan itu diprotes, sekarang ini digunakan K9 anjing untuk kes-kes dadah. Dan oleh itu, pemeriksaan diteruskan termasuk yang ke Indonesia, London, Paris, Singapura, Kolkata, Tiruchirappalli, Delhi, Hong Kong, Doha, Auckland. Ini melaksanakan kepada 3,637 penerbangan termasuk 19,721 krew penerbangan, 438,000 pat-down kepada penumpang, dan pemeriksaan sebanyak 599.7 ribu bagasi. Dan dalam siasatan itu memang ada barangan larangan yang telah dikenal pasti.

 

  1. Jadi, sebab itu saya bacakan tadi langkah-langkah diambil yang diselaraskan, termasuk oleh MAHB dan Kementerian Pengangkutan. Apa langkah yang berikut yang telah pun diperkenalkan? Umpamanya, tak cukup dengan kelengkapan yang ada, diperkenalkan CCTV analitik AI, Unit K9 PDRM dan JKDM di kawasan pengasingan bagasi. Kemudian National Immigration Command Centre secara masa nyata merentas agensi penguatkuasaan. Jadi yang juga diperlukan ialah pemodenan aset infrastruktur keselamatan.

 

  1. Jadi setakat ini kita terus ambil tindakan, dan tindakan-tindakan ini tidak hanya terbatas kepada pelabuhan ataupun lapangan terbang kerana kadang-kadang puncanya di lain. Sebab itu, semalam saya ucap tahniah kerana Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM berjaya menangkap 282 warganegara tempatan dan warga asing dalam beberapa kelompok kumpulan yang terkenal sebagai kalau istilah lama disebut kongsi gelap, termasuk Winbox, Alibaba, dan lain-lain.

 

  1. Ini satu ketegasan yang harus kita banggakan kerana bukan sahaja bicara, tetapi terus bertindak dan kegiatan dua hari dua malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah itu berjaya menangkap jumlah yang besar dan mematahkan beberapa kumpulan-kumpulan yang berkeliaran. Terima kasih.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 1

 

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat telah menyebut tentang kejayaan AKPS. Jadi, dalam keadaan sekarang kita dapati bahawa terdapat pegawai Imigresen dan juga Kastam yang tak masuk AKPS. Sehingga menjadikan dua entiti di airport, Imigresen pun ada, AKPS pun ada. Jadi apakah Yang Amat Berhormat bercadang untuk pinjamkan mereka ini? Sebab mereka tak nak masuk sebab sayang kepada perkhidmatan mereka dan uniform mereka. Jadi adakah kita nak cadang supaya mereka ini dipinjamkan kepada AKPS?

 

Yang keduanya, yang menjaga body check dengan izin ialah AVSEC iaitu Airport Security di bawah MAHB, di bawah Kementerian Pengangkutan. Dan mereka dibantu oleh Polis Bantuan, termasuklah apa yang berlaku. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk menyerahkan AVSEC ini kepada AKPS? Supaya total security tu diberi kepada AKPS.

 

Dan Yang Amat Berhormat telah menyebut tentang kejayaan AKPS menangkap pelbagainya dan usaha untuk membanteras sindiket dadah, kartel, dan sebagainya. Apakah, kenapakah kerajaan menukar Dato’ Seri Shuhaily, orang yang dianggap terbaik di Malaysia buat masa kini. Menteri telah umumkan dia telah akan dipindahkan balik ke polis. Kenapa? Sebab dalam kes video itu, kita lihat yang report tu polis. Tetapi AKPS juga buat report kepada polis berkenaan. Tapi report AKPS tidak diambil kira, report polis diambil kira. Dan kita nak tahu bagaimana video keselamatan ini boleh terbocor?

Jadi saya minta supaya kerajaan menjelaskan kenapa kita mesti tukar Dato’ Seri Shuhaily balik kepada polis? Padahal polis telah apa tu orang kata telah menyediakan seseorang yang cukup baik pada masa kini. Dan saya tahu PMX ini suka orang yang bagus, orang yang kerja kuat, orang yang ada integriti, orang yang hebatlah

Jadi saya rasa Menteri Dalam Negeri agak terkedepan sikit mengumumkan apa tu, dia balik ke tempat asal. Tapi saya depan PMX, depan Menteri, saya minta supaya Dato’ Seri Shuhaily diteruskan berkhidmat di AKPS. Supaya AKPS yang sekarang ini sudah terkenal supaya dia naik bukan dia naik kerana dia naik macam tu, sebab Dato’ Seri Shuhaily di situ. Terima kasih.

 

 JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

 

  1. Terima kasih Arau. Pertamanya memang benar AKPS itu baru ditubuhkan semasa Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang dan mengangkat nama yang disebutkan Shuhaily itu adalah cadangan kita. Kerana beliau itu sebelum ini dalam pentadbiran yang lalu telah dibuang dan diturunkan. Kita yang pulihkan dia kerana prestasi dia. Itu biar rekodnya betul. Saya ingat lagi saya bawa dia daripada Pulau Pinang ke KL kemudian angkat.
  2. Cuma sekarang ini dalam kes dan tindakan-tindakan itu betul, sebahagiannya AKPS. Tapi sebahagiannya macam yang saya sebut tadi narkotik, itu Bahagian Narkotik bukan AKPS. Dan juga yang merampas bahan-bahan dadah itu Bahagian Narkotik. Dan yang disebut tadi tentang tindakan yang saya kata tentang kongsi-kongsi gelap tadi, Winbox, Alibaba ini adalah Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Dato’ Kumar. Jadi ini, sebab itu kita kata dia harus diselaraskan tindakan-tindakan mereka bersama AKPS kalau di sempadan.

 

  1. Tindakan terhadap Dato’ Shuhaily ini berdasarkan laporan polis. Jadi siasatan dilakukan. Kita kena ingat ya, betapa baik pun mana-mana pegawai, dia mesti ikut peraturan. Kalau ada dakwaan ataupun tuduhan seseorang itu didera, dia mengikut proses. Arau tahu, 1998 Ketua Polis Negara dipenjara kerana memukul seseorang. Ya, apakah dia tidak ada jasa? Dia ada jasa. Jadi kita ada dua perkara. Kerja mesti profesional. Tapi kalau ada tindakan yang melanggar undang-undang, itu kena ikut proses. Kalau tanya saya dari segi peribadi, saya ada simpati peribadi saya. Tetapi proses tu bila kalau ada dakwaan, sama ada dakwaan itu daripada orang ramai atau polis, bagaimana, itu soal siasatan. Janganlah minta saya atau Menteri Dalam Negeri campur sampai ke situ.

 

  1. Cuma sekarang ini kalau didapati oleh pihak pendakwa, Peguam Negara bahawa ada kes untuk didakwa, didakwa. Bila didakwa, proses ikut peraturan negara, itu harus ada. Seseorang didakwa, kalau penjawat awam itu terus diberi… dipindahkan ataupun dilepaskan daripada jawatan, adalah proses-proses dia yang Menteri Dalam Negeri lebih maklum. Tapi janganlah pula kita dianggapkan ini sebagai satu isu kontroversi ataupun politik, tak ada.

 

  1. Kalau tanya saya, saya kenal dan saya simpati dan saya tahu prestasi. Tetapi saya tidak boleh katakan oleh kerana Speaker ini orang baik, maka Speaker boleh tampar pegawai. Kalau Speaker tampar, saya tidak boleh jamin Speaker boleh diselamatkan mengikut proses hukum. Soal marah itu boleh lagi.

 

  1. Jadi ini saya nak tegaskan di sini, sebab ada cuba dikelirukan. Apakah, Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu pegawai-pegawai yang prestasinya baik. Tetapi kita juga ingatkan bahawa proses hukum itu harus diikuti. Dan kalau ada apa-apa laporan polis daripada siapa pun, mesti disiasat. Dan yang memutuskan untuk mendakwa atau tidak adalah Jabatan Peguam Negara. Terima kasih.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 2:

[ PASIR GUDANG ]

 

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan saya, peningkatan kes penyeludupan dadah ini, adakah ia berkaitan dengan pengedar-pengedar dan penyeludup dadah ini, dia dah tak takut lagi dengan undang-undang dadah di Malaysia? Khususnya, Akta Dadah Berbahaya iaitu Seksyen 39B yang dulu membawa hukuman mati telah dihapuskan hukuman mati itu dengan penjara seumur hidup.

 

Adakah ini antara alasan mereka begitu berani menyeludup dadah dengan kuantiti yang begitu banyak? Kalau hujah ini benar, saya rasa ahli-ahli Parlimen juga turut bersalah kerana kita turut terlibat dalam mengubah, meminda, menghapuskan hukuman mati itu. Terima kasih Tan Sri Speaker.

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

 

  1. Terima kasih Pasir Gudang. Sebelum itu, saya dimaklum oleh Menteri Dalam Negeri tentang hal ini. Nak tunjuk Arau tadi ya, tentang keseriusan kita mengkukuh agensi AKPS ini. Belanjawan tahun lalu itu RM20 juta, belanjawan tahun ini, kita tingkatkan kepada RM490 juta. Perjawatan itu tentu tak boleh kita paksa. Perjawatan itu hanya ikut proses, JPA akan membuat tawaran dan sudahpun dilakukan tawaran kepada pegawai kastam, imigresen, kesihatan, MAQIS, polis yang bersedia berkhidmat. Sebahagian besar telah terima, ada juga yang tidak mahu terima. Tapi skim itu, skim Kerajaan yang sedia ada.

 

  1. Berbalik kepada soalan Pasir Gudang. Hmm, boleh jumpa Pasir Gudang. Apakah kerana kita kurang hukuman gantung, putuskan meniadakan hukuman gantung menyebabkan penambahan?

 

  1. Belum dapat dipastikan Pasir Gudang, kerana sebenarnya sempadan kita itu agak bolos. Laut dan darat, dan sekarang ini udara. Sebab itu, kita perkukuhkan agensi sempadan, AKPS sebab kita tahu penyeludupan itu besar. Kalau kita tengok masalah dadah ini, kalau di kampung-kampung, daripada puluh tahun dan sekarang terus-menerus.

 

  1. Tindakan, saya setuju, tindakan mesti lebih tegas, lebih keras. Tetapi dia melibatkan ratus ribu sekarang ini ditangkap di antara penagih, di antara pengedar, di antara juga cokong-cokong besar yang terlibat.

 

  1. Jadi, kalau ditanya saya apakah soal undang-undang, saya fikir undang-undang cukup ketat. Tapi penguatkuasaan itu harus perlu lebih kuat. Sebab itu, saya sebut tadi tentang tindakan JSJ ini, Jabatan Siasatan Jenayah ini, saya membanggakan kerana di antara tumpuan mereka ini ialah termasuk pengedaran dadah, dan juga mungkin judi online. Ini yang melibatkan beberapa kumpulan-kumpulan yang… kumpulan-kumpulan haram termasuk saya sebut tadi Winbox, Alibaba dan lain-lain.

 

  1. Ini di antara langkah supaya menunjukkan seriusnya kita bertindak tanpa memilih bulu dan kalau tidak begitu tegas dan keras dia akan menjejaskan kehidupan terutama anak-anak muda yang terjebak dengan masalah dadah.

 

  1. Saya terbuka kalau ada ahli-ahli Yang Berhormat nak bagi cadangan apa yang lain, yang boleh kita perbaiki kerana ini masalah… bukan masalah ringan. Bahagian Narkotik Polis telah melaporkan dia bertindak sebaik mungkin, sepertimana yang saya sebut tadi, penangkapan-penangkapan, tapi masih belum dapat meredakan masalah dadah di negara kita

 

 

SOALAN 2 TAMBAHAN 3

[ HULU TERENGGANU ]

 

Terima kasih Speaker, minta maaf Kubang Pasu. Saya tertarik dengan pendekatan oleh Perdana Menteri tadi iaitu berkaitan dengan penyediaan peralatan yang canggih di pintu masuk. Cuma persoalan saya itu bukan sahaja penentu kerana peranan manusia yang penting untuk pastikan apa yang saya sebut.

 

Cuma yang pertama, soalan yang saya nak kaitkan dengan serangan hibrid siber tadi itu, apakah pesanan dan amanat Perdana Menteri kepada rakyat untuk menghadapi keadaan tersebut. Itu yang pertama.

 

Yang kedua, berkenaan dengan AKPS. Kita agak kecewa dengan apa berlaku terhadap Dato’ Seri Shuhaily. Dia bawah satu bumbung polis dan AKPS. Jadi saya rasa adalah tidak wajar perkara tersebut di bawa ke mahkamah. Adalah lebih baik Menteri yang menyelesaikan hal tersebut untuk mengatakan bahawa kita berada dalam satu bumbung yang harmoni, itu sepatutnya berlaku kerana denda yang dikenakan pun saya nampak cuma RM2,000 sahaja dengan berita yang begitu sensasi merosakkan imej tersebut.

 

Cuma dua tiga hari lepas saya dengar bahawa Dato’ Seri Shuhaily dipindahkan ke PDRM tapi semalam difahamkan pengerusikan mesyuarat AKPS. Jadi kenapa itu berlaku?

 

Kemudian Yang di-Pertua, cuma nak mengatakan satu lagi, Menteri sepatutnya berperanan sebagai ayah, dalam isu pengharaman PN, sepatutnya Menteri tak perlu merayu biar ROS merayu. Terima kasih.

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

 

Terima kasih Yang diPertua dan Hulu Terengganu.

 

  1. Saya tenung betul-betul nak faham apa maksud dia. Dia ada dua perkara yang saya boleh sebut. Pertama, apakah pandangan atau nasihat kita kepada rakyat. Setengah negara dipilih untuk diamkan dan tidak menimbulkan panik. Ada beberapa kuota, termasuk negara ASEAN di mana penduduk-penduduk bandar gelisah dan mula menghimpunkan atau membeli barang-barang makanan terutamanya.

 

  1. Jadi kita rasa lebih baik kita hebahkan, dedahkan di Dewan Rakyat ini supaya rakyat tahu. Jangan panik, semua jabatan/agensi bergerak setiap hari sekarang. Dari semalam, hari ini untuk memastikan bekalan ubat, makanan, semua cukup dan yang pentingnya cyber security dan soal digital, soal teknologi kita juga dipantau. Semalam dalam mesyuarat, NACSA pun ada yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara, yang itu insya-Allah.

 

  1. Apakah pesanan kepada rakyat? Maksudnya jalan tapi harus waspada. Kalau ada apa-apa maklumat ataupun pencerobohan ataupun gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera. Tapi saya fikir kalau kita panik, itu akan melemahkan kekuatan kita.

 

  1. Setengah-setengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang ya. Tapi semalam kita dalam perbincangan tak sampai ke situ cuma dimaklumkan kalau semalam keputusannya, kalau mendesak saya akan panggil mesyuarat Jemaah Menteri segera tak tunggu hari Jumaat, tapi keadaan ini kita pantau saban hari sekarang ini.

 

  1. Tentang AKPS ini sekali saya tegaskan, bila ada tindakan berdasarkan pelanggaran peraturan atau hukum, itu tidak bermakna memadamkan semua kebaikan dia. Ini kita dah lalui dulu. Ketua Polis Negara itu rekodnya tak tercemar, tapi bila tindakan itu melampaui hukum, maka terpaksa tindakan diambil. Ya, begitu juga. Itu masa itu Ketua Polis Negara. Jadi kita harus janganlah kita ada double standard dalam hal ini. Saya setuju AKPS. Kalau boleh saya share, saya ada di antara bersama MDN tentunya, yang minta beliau untuk bertugas. Mulanya Jabatan Siasatan Jenayah dan kemudian AKPS.

 

  1. Jadi tidak ada sebab kita ada prasangka terhadap dia. Tetapi bila ada laporan, apapun tafsirannya harus tindakan diambil atau untuk menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri itu tidak adil kerana Menteri Dalaman Negeri itu terpaksa menjalankan tugas dia. Malah ada yang sekarang mengkritik beliau kerana lambat mengambil tindakan. Jadi saya rasa lebih bagi ruang lah kepada dia untuk bincang dengan baik.

 

  1. Kalau tanya saya apakah boleh kita runding, kalau boleh tapi orang yang melaporkan mendakwa yang menganggap diri dia mangsa pun kita kena beri perhatian. Jadi saya ingat, biarlah keadaan ini kita ikut jalur hukum. Yang Berhormat Menteri guna kebijaksanaan dia untuk mengambil tindakan sesuai dengan kaedah dan peraturan dan hukum yang sedia ada. Terima kasih.

 

 

SOALAN 2 TAMBAHAN 4

[ KUBANG PASU ]

 

Tan Sri Speaker terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun Perdana Menteri, scanner kita di semua lapangan terbang dia dibina untuk mengesan bahan letupan, senjata logam berbahaya dan sebagainya bukan untuk mengesan dadah.

 

Adakah Kerajaan bercadang untuk mencari kaedah lain? Mesti ada kaedah lain supaya dadah yang begitu sophisticated sekarang ini dapat dikesan. Itu sahaja Tan Sri, terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

 

  1. Kubang Pasu, memang benar. Sebab kemudahan yang disediakan itu kemudahan berdasarkan teknologi lama. Dan penyeludupan ini caranya lebih canggih dan kadang tak dapat dikesan daripada badan itu memang betul.

 

  1. Sebab itu sekarang ini disediakan kemudahan yang dipanggil analitik baru, untuk dapat mengesan dadah selain daripada K9. Dan kadang-kadang anjing ni jadi masalah juga di kalangan sebahagian penumpang. Ini kemudahan baru yang telah diperolehi. Tetapi baru di KLIA. Sekarang bila mereka tahu KLIA, maka dia pergi ke Pulau Pinang, ke Alor Setar, ke Kota Bharu dan yang terutamanya ada penerbangan ke luar negara. Kota Bharu sekarang ada, Pulau Pinang ada, Ipoh.

 

  1. Jadi kita kena sediakan kemudahan teknologi dan analitik ini yang lebih canggih. Ini tepat yang disebut oleh Yang Berhormat kerana penjenayah pun dia menggunakan satu peralatan kemudahan yang canggih yang tak dapat dikesan. Saya lihat umpamanya satu laporan di mana dadah itu tetapi bila dia tidak dikesan dengan peralatan dan cover yang ada. Tetapi dengan peralatan analitik yang baru mudah-mudahan insya-Allah dapat dikurangkan.
Share: