TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : TEMU ANWAR BERSAMA WIRA MUDA NEGARA @PLKN 3.0

14 November 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA 

TEMU ANWAR

BERSAMA WIRA MUDA NEGARA @ PLKN 3.0

 14 NOVEMBER 2026 (SABTU) | 1.30 PETANG

CAWANGAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA 515

KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillahirabbil’alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim bin Ali,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan;

 

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Haji Zainal,

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara;

Tahniah kerana banyak menumpukan masa dan waktu, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat menilai keberkesanan sukatan dan kurikulum, dan tentunya terima kasih seluruh pasukan;

 

Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar,

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; dan

Semua rakan-rakan yang menjayakan, dan lebih penting anak-anak yang komited untuk mengangkat martabat.

  1. Pengalaman kita sebagai sebuah negara itu tidak terpisah juga dari pengalaman negara-negara yang pernah dijajah dan kemudian merdeka, liku-liku dan cabaran. Apa lagi negara kita ini, kalau ikut teori sains politiknya, dia bukan tegak sebagai satu, kalau negara asalnya dia Kepulauan Melayu, kemudian dia pecah. Jadi kalau ikut teori Anderson, dia sebut, “Imaging communities”, maknanya negara itu terbentuk bukan semulajadi, semulajadi itu kalau ia Kesultanan Tanah Melayu, kepulauan Melayu, tetapi terbentuk dengan faktor kenyataan sejarah.

 

  1. Sebab itu, ada perbedaan kaum, perbedaan agama, perbedaan warna kulit dan juga wilayah tetapi tertegak sebagai satu kesatuan. Dan tanggungjawab kami dan anak-anak kemudian, sebagai agensi, generasi penerus memastikan kita dapat kekal dan utuh menjadi negara yang kuat terangkat sebagai negara yang maju.

 

  1. Ada negara selepas merdeka, merosot dan meleset dan ada negara setelah merdeka, bangkit sebagai satu kekuatan. Cuba anak-anak fikir apa ciri yang menyebabkan negara itu utuh dan apa pula yang menyebabkan negara itu runtuh? Ini kaitan dengan keyakinan kita dan bagaimana kita, orang Islam dan rakan-rakan lain beragama, semuanya berpaksi dan bertaut kepada keyakinan dan prinsip. Dan ini yang diasuh di sini, membina jati diri, membina sahsiah atau keperibadian. Dan pembinaan itu tentunya dari segi kekuatan dhamir, hati nurani, kekuatan akal, maknanya tradisi akliah atau ilmu, dan di sini kerana kekuatan yang ada sukatan tentera, khususnya tentera darat itu membina berdasarkan pengalaman mereka puluhan tahun kaedah terbaik untuk menanam disiplin selain daripada kekuatan keyakinan akidah dan akhlak.

 

  1. Jadi, saya bagi matannya itu, dan yang lain bagi sharah secara terperinci. Pada tahun 50-an di Mesir berlaku pembenturan idea. Pembenturan ini maknanya pertembungan, juxtaposition of ideas. Di antara kalangan yang mengatakan mahu membangun, mahu menjayakan Mesir yang merdeka, kita harus berkiblat sepenuhnya kepada Eropah dan Barat. Tapi ada juga pandangan sarjana Islam lain yang mengatakan tidak semestinya, kita katanya di Mesir mewarisi budaya, tamadun yang mulia dan agung. Kalau di India, tak ketinggalan. Di China pun ada. Takkanlah kita ini, oleh kerana pernah dijajah, melemparkan semua khazanah, apa yang istilah disebut Turath, legasi kita yang hebat, dan hanya kagum dengan orang lain.

 

  1. Berjaya kalau begitu agenda penjajah, yang mengatakan kekaguman dengan sistem asing Eropah itu, Khalid Muhammad Khalid. Juga seorang ulama, seorang lulusan tinggi al-Azhar, jadi jangan nilai orang kerana sijilnya, tapi keyakinan, kefahaman. Kemudian, pandangannya ditulis dalam karya penting “Min huna nabda”, from where do we begin? Atau where do we start? Dari mula ke mana? Seolah-olah jawapannya belum ada di Mesir, jawapannya ada di Eropah. Setelah meneliti, menelaah, menghadam karya itu, Sheikh Muhammad Al-Ghazali menulis dan menjawab. Tulisannya berjudul, “Min Huna Na’lam”. Ingat, satu Min Huna nabda’, jawapannya Barat. Jawab Muhammad Al-Ghazali, “Min Huna Na’lam”, our beginning in wisdom, kita bermula dengan paksi ilmu. Ilmu berteraskan keyakinan kita. Ilmu dari khazanah, tamadun, bangsa budaya, agama kita.

 

  1. Jadi, dua idea ini, di mana-mana. Sekarang ini di negara-negara yang merdeka 5o tahun, 70 tahun, tapi kadang-kadang perbahasan ini masih relevan. Apa kaitan dengan anak-anak? Sebenarnya anak-anak dilatih ini kerana memenuhi satu agenda yang belum selesai di dalam masyarakat kita. Tengok naratif di luar, itu berbeda dengan apa yang diajar di sini. Di sini, saudara bicarakan soal perpaduan, hormat. Saya lihat ada anak Melayu majoriti, tentu kerana orang Melayu majoriti. Islam dan kita terima dalam negara ini, paksinya. Lihat perlembagaan kita. Hadam tentang mengapa dia tetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Mengapa Islam sebagai agama persekutuan. Mengapa dikekalkan hak keseluruhan Melayu dan Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak dan mengapa diterima satu sistem raja-raja, kedaulatan raja-raja Melayu. Ini kalau dalam istilah agama ni kita dah thabit, tetap tidak boleh dirungkai.

 

  1. Kalau ada orang kadang-kadang simpang siur bicara politik picisan, dia tahu kalau orang ini naik dia akan berubah, tak mungkin, tidak memungkinkan perubahan itu. Ini kebijaksanaan bukan saya, ini pendiri negara kita. Orang seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang sebelumnya, yang telah melakar kemudian memeterai satu perjanjian, kontrak sosial yang dikenali sebagai perlembagaan negara. Jadi kita harus bermula di situ jadi tidak ada pertelingkahan.

 

  1. Yang kita bicarakan ialah memaknai kemerdekaan. Anak-anak di sini punya tanggungjawab. 10-20 tahun lagi punya pengaruh. Apa pengisian dalam latihan PLKN ini dan juga dalam akademi, itu yang kita nak terapkan kerana kita nak jamin masa depan kita itu terkawal. Sekali lagi saya sebut, apa yang dibicarakan di sini tidak semestinya jadi naratif di luar. Naratif di luar itu kadang-kadang sangat toksid. Saya kebetulan, ini bukan pakaian harian ni, kebetulan saya pergi Deepavali Nal Valthukal You tak ucap Deepavali pasal apa? You India kan? I lalu you tak cakap di Deepavali Nal Valthukal? Okey, okey. Terima kasih. Sebentar tadi ke Program Brickfields Deepavali, nak salin tak sempat, tak apa kan? Boleh kan? Macam Shah Rukh Khan, tengok.

 

  1. Sebelum itu, saya beberapa hari yang lalu, memang ada program Brickfields Deepavali, dengan di sini memang saya tetapkan beberapa hari yang lalu. Tapi kebetulan seorang anak kecil darjah satu di sekolah apa tu sekolah polis tentera yang dekat ni? Dekat Polis Depoh tu. Dia tulis surat, dia kata, “Tok Anuar, kami ada majlis hari…. Di sekolah ibu bapa saya pun ada, singgahlah sekejap 10 minit pun tak apa”. Jadi saya tengok okey lah, jadi dalam perjalanan saya ke Deepavali, saya singgah tadi, menyambut pandangan seorang anak berumur 7 tahun. Daripada situ saya pakai baju biasa saya, baju kerja,  nak datang ke Deepavali, tak sesuai pakai baju itu, saya tukar. Datang di sini kalau ikut disiplin tentera kena tukar, tapi sebab komandan dia tak siapkan bilik untuk saya tukar, itu yang saya pakai ini terus. Dan saya minta maaf juga, saya percepatkan sedikit jadual sebab sebentar lagi saya nak berlepas ke Manila untuk Sidang Ketua-Ketua Negara ASEAN. Jadi pentingnya PLKN ini, saya singgah juga dalam perjalanan.

 

 

  1. Saya sebut tadi tentang perbahasan dua tokoh, apa relevannya? Iaitu diumur begini malah terus, jangan kita anggap kita ini sebagai perkakas, tak. Untuk berjaya dalam hidup mesti bersandarkan kekuatan ilmu. Negara dirosakkan kerana ketandusan ilmu. Tak dapat menilai. Apa dia agama ni? Agama itu daripada awal untuk apa? “Wa ta’muruna bil ma’ruf, wa tanhauna ‘anil mungkar, wa tu’minuna billah”, menegakkan yang makruf, menolak kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT. Siapa tentukan? Satu dua orang yang ada asas agama sedikit atau orang-orang yang kita rasa mampu? Betul, belum tentu. Sebab itu, sementara dengar, harus menilai.

 

  1. Ini yang sebab saya kaitkan tadi dengan karya “min huna na’lam” anak-anak. Bermula dengan dasar ilmu. Kefahaman. Kalau tidak, negara boleh hancur. Saya anggap hal ini serius. Dan ini sebabnya yang saya tekankan, saya tekankan tentang PLKN ini. Mulanya ada Akademi Negara, tapi saya kata tak mampu dikendalikan. Maka, polis dan tentera. Kemudian, kita serahkan kepada ankatan tentera kerana punyai kemudahan dan kepakaran untuk menambah dalam sukatan dan modul latihan. Dan kita anggap ini suatu program yang serius. Selang beberapa bulan, saya akan mempengerusikan sekali mesyuarat, panggil semua menteri, untuk dengar hujah, beri pandangan.

 

  1. Jadi, sebab apa? Sebab kita hendak didik anak-anak ini punyai integriti. What is lacking in this country and modern society, is that? Is not the lack of knowledge as we understand. But the lack of wisdom. Sebab itu, bila ditanya Saidina Ali bin Abi Talib r.a, tentang apa maksud dia menguasai ilmu. Kata dia lazzatul ma’arifah. Maknanya yang nak dicapai itu suatu yang bagi kearifan, makrifat, bukan sekadar ilmu.

 

  1. Dan kalau anak-anak biasa dengan T.S. Eliot, salah satu pujangga Inggeris dan Amerika terkenal. 60 Tahun yang lalu. Namanya T.S. Eliot. Apa kata dia? Dia bezakan dan ini relevan dengan lazatul ma’rifah seperti yang dikatakan tadi. Dia bezakan tiga peringkat. Information, knowledge, wisdom. Apa dia information? Percambahan maklumat yang sampai. Itu information. Yang baik, yang buruk, yang kotor, yang jijik, semuanya sampai yang toksid, yang tidak, semuanya ada. Itu information. Dalam modern society dan new technology almost impossible kita nak censor. Kalau dulu senang, dalam 40-50 tahun dulu, senang, censor kerana orang baca surat khabar sahaja, tapi sekarang, almost impossible. Jadi kena tahu bukan semua information itu knowledge. Ada yang palsu, ada yang pelampau, ada yang menghina, ada yang fitnah. Semua jadi information. Tanpa kesediaan dan dasar ilmu, without knowledge, you anggap itu knowledge. Padahal itu disinformation. Dan disinformation itu dari tradisi daripada awal, Islam meletakkan perbedaan di antara ilmu yang berguna dan ilmu yang menyesatkan

 

  1. Jadi, pertama kata T.S. Eliot, information. Kedua, tahap yang kedua ialah knowledge. Jadi ditapis, bukan semua information itu dasar ilmu. Tapi dia tingkatkan satu lagi. Bukan semua ilmu itu wisdom. Sebab itu Saidina Ali, seperti saya boleh sebutkan tadi. Tengok saya, kita kalau dalam Islam, senang kita ambil pandangan. Semua orang tak boleh, sebut sahaja nama, pandangan seorang pujangga seperti T.S. Eliot, kafir ni. Ada juga pandangan macam itu. Tapi dalam knowledge, sebagai tradition, dalam negara kita, bila sudah ada Muslim, ada yang non-Muslim, ada Christian, ada Buddhist, ada Hindu, learn to respect.

 

  1. This country must survive. It’s a great country. Kalau kita learn to respect and appreciate one another. Ini tanggungjawab saya sekarang. Ini tidak sedikit pun mengingkis. Saya pakai baju India hari ini, sedikit tidak merubah. Sikap saya dalam. Bahawa saya seorang Muslim dan saya yang bangga dengan budaya saya dan tamadun saya dan yakin dengan agama saya. Tapi saya tahu untuk pimpin negara ini, untuk jamin negara ini selamat, saya mesti pupuk that amount of respect. Sebab kalau saya mahu anak Hindu ini, anak Buddhist ini respect kita, kita mesti belajar untuk respect dia, Ini principal of reciprocity. Faham kan? Saya garang ni sebab apa? Sebab ni, komandan-komandan ni cakap mana perlahan. Kolonel, kapten, sarjan ohh, dia kata lekeh sangat ni.

 

  1. Jadi ini intisarinya, nak hadam apa dia? Beza di antara information, knowledge, wisdom, kata T.S. Eliot. Kata Saidina Ali, Lazzatul ma’arifah, kerana Saidian Ali membezakan di antara knowledge, information, picisan dan fitnah, dan karut, dan ilmu itu disaring kepada yang bermanfaat, yang disebut ma’arifah. Jadi, anak-anak mesti manfaatkan, tak boleh kita survive kalau tidak ada cita-cita dan idealisme.

 

  1. Saya mulakan tadi tentang sejarah susur galur negara. Dan selalu tanya, mengapa setengah negara maju, setengah negara roboh. Selalu tanya, sebab tanggungjawab anak-anak itu untuk angkat martabat negara jadi maju. Ada tak negara yang dulu maju, kini roboh? Ada , tengok sahaja jiran-jiran, tengok kita ada ketika dulu yang tergugat sedikit sebanyak. Tapi alhamdulillah, pimpinan negara dulu daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, itu orang-orang yang punyai wawasan yang jasanya besar.

 

  1. Kadang-kadang permulaannya itu cukup indah. Siapa yang tahu ikuti perkembangan katakan sejarah India? Siapa dia tokoh-tokoh besar dulu? Mohandas K. Gandhi, Mahatma Gandhi, itu tokoh besar walaupun dia Hindu tapi dia tokoh besar. Kesederhanaannya, anti-corruption-nya, anti-discrimination-nya. Orang anggap dia tokoh besar Disambung oleh Jawaharlal Nehru yang cuba untuk bersatu. Tapi kadang-kadang tak dapat bertahan, kadang-kadang-kadang unsur-unsur perkauman dan kesempitan itu berlaku yang menindas golongan majoriti tadi.

 

  1. Lihat Afrika Selatan, siapa tokohnya? Siapa? Nelson Mandela. Tokoh besar. Saya tentu terharu kerana bila saya keluar dari Sungai Buloh, saya pergi cuti lama dulu di Sungai Buloh. Kemudian bila keluar selepas jemputan umrah, Mandela undang saya ke Johannesburg sebagai tamu dia masa itu, dia sudah tinggal jawatan presiden, tetapi saya kagum sosok ini. 27 tahun dalam penjara melawan kezaliman, perkauman aparteid, melawan rasuah, penghinaan kaum kerana warna kulit dan memerdekakan negara. Tetapi setelah satu generasi, maknanya generasi kedua, Thabo Mbeki masih bertahan, mari dengar pimpinan berikutnya Zuma, negara kembali dengan budaya perkauman yang sempit. Dulu orang putih tindas orang kulit hitam, dia bawa mesej orang kulit hitam mesti tolak orang kulit putih, yang dibantah oleh Mandela sebelumya. Itu oleh pimpinan Zuma. Dan rasuah menjadi budaya baru atas nama menyelamatkan kulit hitam, kontrak diberikan kepada pimpinan kulit hitam, rasuah menular sebagai budaya, governance Saya kenal dia, saya pernah jumpa, disambut di rumah dia.

 

  1. Jadi, banyak negara begitu dan ini teori baru? Tidak. Dalam Islam itu ada pengkaji terkenal, Abdul Rahman Ibn Khaldun. Dia tulis yang sama. Ada negara maju kerana semangat kekitaannya. Semangat perpaduannya. Dia sebut asabiah. Bukan asabiah jahiliah. Asabiah perpaduan negara. Tetapi setelah satu, dua generasi, hancur kerana bibit-bibit keangkuhan dan rasuah yang menular. Rasuah jadi budaya orang boleh terima. Tak apalah, dah jadi Perdana Menteri takkan tak rasuah bodoh lah. Ada orang cakap. Dah jadi Perdana Menteri takkan tak kaut kekayaan. Kerana itu budayanya, jahanam negara. Ini kursus-kursus seperti PLKN ini untuk bagi suntikan, semangat dan keyakinan bahawa negara itu harus diselamatkan dengan prinsip, dengan idealism. Mana ada negara yang selamat dengan toleransi, permissiveness kepada sistem yang bobrok ini, rasuah, tak apa. Negara kita pun ada begitu juga, terima, okey lah, sudahlah. Saya tidak fikir kita boleh hina orang, tetapi untuk mendewakan, mengagungkan, itu apa yang nak diajar kepada anak-anak ini. Tanya ni anak-anak PLKN, anak ajar apa ni? Nak ajar anti rasuah? Tengok muka-muka pimpinan. Betul? Nak tolak rasuah? Nak ajar hormat satu sama lain, karamah insaniah, walaqad karamna Bani Adam dalam Al-Quran, angkat darjat Nabi Adam sebab memuliakan insan dan menghormati perbedaan dan bahawa keyakinan agama saudara sama dengan muslim atau Hindu atau Buddist atau Kristian, itu di luar keupayaan saya.

 

  1. Sebab itu, tidak ada usul paksaan dalam agama dan kalau tanya saya keyakinan, saya boleh hujah dan bahas mengapa saya yakin dengan Islam, tetapi saya tidak akan menghina, mendera, menafikan hak bukan Islam kerana negara ini tertegak dengan idealisme dan prinsip.

 

  1. Anak-anak, kuliah ini agak berat sikit. Berat ke? Alhamdulillah, anak-anak pintar ya. Kerana sesetengah Temu Anwar di universiti, tanya berat ke? “Ehmm berat juga”. Saya salute, you latih anak-anak ini hebat, yakin.  Dalam Temu Anwar selalunya, ambil masa sedikit, selalunya kita berakhir dengan meminta anak-anak mengemukakan soalan atau pandangan, atau teguran, tidak ada protokol, sebut nama dan tanya. Dulu masa saya di universiti, kalau nak tanya, tentu ada yang catat sebab terlalu takut dilapor. Tidak ada, malah beberapa hari ini saya sudah beritahu Menteri Pengajian Tinggi, peraturan yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk bicara, itu harus dihapuskan. Jadi dalam tempoh satu dua minggu ini, kita akan bentangkan ke Parlimen untuk membatalkan mana-mana peraturan yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara, menegur, termasuk menegur Perdana Menteri.

 

  1. Baru-baru ini ada seorang didakwa kerana kata mereka menegur Perdana Menteri. Saya tanya polis, rupanya dia bukan menegur Perdana Menteri. Dia kata, Perdana Menteri ini harus dibunuh dan saya dengan ini menyeru supaya kita cari jalan bunuh. Tentunya itu kesalahan Jenayah, itu bukan kebebasan, itu membawa kerosakan. Jadi saya beritahu polis, itu di luar pendekatan. Tapi kalau dia kata, Perdana Menteri tak cerdik, bodoh, tak tahu ekonomi yang pandai dia sahaja, okey. Tak ada. Kalau nak tanya kepada Perdana Menteri, tak pandai buat benda ni, boleh buat dia salah. Berani tak. Jadi sila tanya soalan, yang senang saya jawab, yang susah Tan Sri jawab. Ok, sila-sila.

 

 

 

SESI Q&A

 

SOALAN 1:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Dato’ Seri. Saya Wira Muda Nurul Najihah binti Muhammad Hamdi dari Kompeni Delta. Soalan saya, apakah pengalaman paling sukar dalam perjalanan hidup dan kepimpinan Dato’ Seri dan apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh kami jadikan dorongan? Terima kasih Dato’ Seri.

 

 

JAWAPAN:

 

Kenapa tanya soalan susah-susah? (nada berseloroh) Ya. Pengalaman dan ujian saya kecil, saya tak mahu cerita pasal ujian, sebab apa? Saya insaf kerana walaupun kita yakin dengan perjuangan, saya selalu ingat Rasulullah S.A.W itu pernah ditanya oleh sahabat, “Ayyun-nasi asyaddu bala’a.” Di kalangan manusia ni, tanya sahabat kepada Rasulullah. “Ayyunas”, ‘Siapa yang paling banyak menimpa ujian, bala, tentangan?’ Kita ingat kita, jadi kalau saya nak cerita ujian saya, saya tak berani sebab saya tahu hadis ini. Kita ini memang jauh belakang, nothing compare to apa yang disebut dalam hadis.

Di kalangan manusia, Ayyun-nasi asyaddu paling banyak menempuh ujian, halangan dan bala, Apa jawab Rasul? Para sahabat dia ingat dah teruk dah. Ada yang kena bunuh, ada yang kena pukul, ada yang ditangkap, ada yang dipijak, ada yang dibaling batu. Rasul sendiri pun macam-macam lah. Rasul jawab, “Al-anbiya’u thumma al-amthalu fal-amthal.”‘ Yang paling banyak menerima ujian dalam kala itu, para nabi kemudian sahabat yang mengikut misalan itu dan kemudian kalau kita sebutkan, tapi ujian itu yang ikut, kita kat mana? Mudah-mudahan jauh kat belakang ada sedikit semangat. Itu je doa kita.

 

Jadi jangan sangat bincang pasal susah kita. Susah-susah saya dulu, anak isteri tak pernah putus makan. Susah-susah orang miskin, ada yang susah makan. Ada kadang-kadang nak beli susu pun tak dapat untuk anak. Ada yang nak beli uniform sekolah pun tak ada. Jadi kita selalu syukur, Alhamdulillah. ‘La in syakartum la azi dan laku, wa la in kafartum inna azabi la shadid.’ Kita syukur ke hadrat Allah S.A.W kita dapat, jangan kita kufurkan nikmat dan kita ingat masalah. Sebab itu kalau untuk jawab soalan itu, ujian yang kita ya lalui, tetapi yang penting bila amanah dipikul, laksanakanlah sebaiknya.

 

Dalam melakar belanjawan, mula Kementerian Pertahanan. Beli pesawat, buat kapal, 20 tahun tak siap-siap. Guna agen, komisen tinggi, itu satu. Kemudian, saya pergi ke Langkawi. Ini markas-markas tentera. Langkawi LIMA. Jadi, sebagai Perdana Menteri mesti pergi lawat untuk tengok semua kapal-kapal beratur lah. Dari Rusia, dari China, dari India, dari Indonesia, dari Brunei. Tengok-tengok kapal kita, “Ya Allah, paling teruk, paling kecil, paling tua dan usang, Ya Allah aku dah Perdana Menteri”. “Tengok kapal tu tahun berapa?”. “Yang ni Dato’ Seri tahun 1976.” “Aih, 1976?”. Saya dok penjara Kamunting masa itu. Paling baru masa tu, kapal tahun 1998. The Yarrow from Yarrow Shipyard dia panggil. Frigates. Dua frigates dari Yarrow Shipyard. Saya masih ingat tu, untuk pertempuran besar. Ini masalah komisen. Lambat siap. Tapi takkan saya nak lewatkan? Maka kita tambah.

 

Jadi Kementerian Pertahanan lonjakan peruntukan itu terbesar dalam sejarah. Pertama Kementerian Pendidikan, kedua Kementerian Kesihatan, bersama Kementerian Pertahanan. Kerana pesawat usang, tank usang.  Jadi itu semua kita belanjakan. Saya nak sebut di sini tentang ujian. Tapi macam mana kita selesaikan, kita dengar. Saya panggil mereka. Tapi saya bagi syarat. Jangan minta Menteri campur siapa beli. Jangan tanya Perdana Menteri. Negara ini jahanam pasal itu. Perdana Menteri mana tahu pasal pesawat mana yang terbaik. Tanya TUDM. Salah besok, kenakan dia. Kalau ada masalah, dia akan dijawab. Itu dari segi, maknanya ujian bagaimana nak rangka.

Kemudian, pendidikan. Sekolah. Saya tak kata dulu tak ada belanja untuk sekolah buat. Tapi kalau saya tanya sekolah anak-anak 3 tahun, 4 tahun, 2 tahun dulu. Hampir semua sekolah tu ada yang tandas tak berfungsi, tandas rosak, pecah, betul tak? (Betul!) Jadi bagaimana? Kita bercakap soal “menggapai di langit” teknologi baru Artificial Intelligence, New Technology, tapi tandas pun tak terurus. Sebab itu, kita belanja pada tahun 2023 RM1 bilion tandas. Sebab apa pengalaman yang saya belajar? Apa? Betul kamu ada masalah. Kamu dengar. Kita buat. Ada orang nak terima kasih? Tak. Anak-anak sekolah tahu terima kasih. Tapi kalau dia yang maki saya pun banyak lagi. Tapi kita buat. Baik.

 

Kemudian kita nak suruh tentera ini disiplin, kerja kuat. Okey, kelengkapan dah beli tapi tengok rumah mereka. Tengok rumah polis. Tengok pejabat polis. Ada. Kalau ada keluarga polis tentera tu. Jadi saya kata tak boleh. Saya panggil P80, saya kata dia ada engineering core, core kejuruteraan, saya kata bagi tanggungjawab, dana bagi siap. Alhamdulillah adalah kebetulan sebab polis pun begitu.

 

Kemudian, ada tak anak dari keluarga yang miskin yang tak cukup beli susu, tak cukup makan di sekolah? Maka kita kena cari jalan, sebab itu saya tambah STR, Tunai Rahmah dan SARA. Berapa? RM16 bilion ringgit tahun ni. RM16 bilion ringgit.

Kemudian ada lagi complain, dia kata, ‘Yalah tapi kami nak sekolah ni, wang tak cukup. Beli buku, peralatan bertulis. Tapi kadang takut bapak beli, ambil wang, beli rokok. Ada tak? Ada. Jadi, kita syaratkan tahun depan kita tambah tiap anak sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 dapat RM200 minggu pertama persekolahan dan kemudian pastikan ambil di sekolah supaya cikgu pantau. Macam tu nak buat macam mana? Ramai bapa kita yang baik, tapi kadang-kadang dia lupa sikit, tu kita ingatkan.

 

Anak-anak, itu yang kita lakukan. Itu ujian kita tu bagaimana nak memenuhi keperluan semua sedaya upaya tetapi kewangan kita terbatas. Sekarang ini di antara isu besar dia, oh Anwar, urusan ekonomi, hutang bertambah. Itu fakta tak betul. Saya ambil alih sebagai Menteri Kewangan, masa itu hutang baru RM100 bilion satu tahun. Tiap tahun saya kurang. 2022 RM1 bilion. 2023, RM1 bilion. Turun RM90, turun RM80, turun RM70, sebab hutang. Sebab hutang nak bayar siapa? Besok anak-anak bayar. Jadi kita mula turun, tapi hutang bertambah. Masih dari segi total debt. Itu bertambah sebab hutang lama kena bayar. Hutang mana? 1MDB, hutang FELDA, satu tahun saya kena bayar RM980 juta. Hutang Tabung Haji RM10 bilion itu kena bayar. Kadang-kadang hutang kita beli senjata ke, buka tanah ada juga hutang, ada yang munasabah, tetapi tengok kerana pandemic, hari Khamis yang lalu pun saya terpaksa jawab pihak Parlimen dan dia kata hutang bertambah.

 

Jadi orang tanpa dasar ilmu tadi ‘lazzatul ma’rifah’, dia akan termakan dengan fitnah itu padahal tak betul, ini fakta yang tak boleh.  Akhirnya tentang ujian, tentulah keyakinan kita dan saya, alhamdulillah syukur kerana saya, keluarga saya, isteri saya, Azizah dan anak. Itu dapat tahan kesabaran, dia tak nilai dari segi intan berlian dan pakaian yang berlebih-lebih mewah, hidup agak sederhana dan saya syukur alhamdulillah dan mereka teguh, bertahan. Azizah, satu-satunya isteri saya, alhamdulillah. Jadi itu membantu sebenarnya. Sebab itu, keyakinan kita dan rumah tangga itu perlu kita jaga kerana itu akan membantu membentuk keluarga dan negara. Baik, second question.

 

 

SOALAN 2:

 

Selamat pagi Dato’ Seri. Saya Wira Muda Yotushin Joy dari Kompeni Alfa. Soalan saya adalah pada pandangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah cabaran terbesar yang perlu diatasi untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita, khususnya dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara. Terima kasih Dato’ Seri.

 

JAWAPAN:

 

Minat nak masuk tentera ke Polis? (Tentera). Tentera?  Okey, itu satu contoh. Memang ruang harus ada kerana tentunya bidang ketenteraan ini majoriti memang lelaki. Tetapi tempat untuk wanita itu tentunya ada peranan yang juga besar. Polis pun begitu juga. Kenapa saya kata majoriti lelaki kerana kebetulan tugas-tugas tertentu yang agak berat kalau wanita karang tak setuju. Isteri dan anak-anak saya kata, “siapa kata kita tak boleh pikul yang berat?” Tapi maksud saya, sementara kita beri ruang untuk wanita, ada lagi tugas-tugas wanita yang banyak, pendidik, perubatan. Jadi yang boleh kita beri tumpuan.

Sekarang ini umpamanya, kalau di universiti, pusat pengajian tinggi 50% lebih itu Wanita, dan sekarang ini keputusan-keputusan peperiksaan dan semua ujian itu wanita mengatasi lelaki. Jadi tidak adil kalau kita memberi layanan yang setimpal kepada wanita. Jadi itu jawapannya, dan untuk yang minat tentera kita dah boleh catit nama. Tentera Udara ke laut ke Darat? Haa Darat.

 

No, I’m proud you know what? You’re confident. Anak-anak kita takut. Takut apa? Bukan buat salah, bukan curi harta orang, bukan tindas orang, bukan pukul orang. Ada prinsip. Jadi, saya terima kasih jawab dengan confident. “Yes, saya nak masuk tentera. Yes, tentera darat.” Wah saya salute. Okey, next, next. Staff saya dah tengok time.

 

 

SOALAN 3:

 

Selamat pagi, Dato’ Seri. Saya Wira Muda Chong dari Kompeni Charlie. Soalan saya ialah, dunia hari ini semakin tidak terhentikan dengan konflik peperangan isu Gaza yang berlanjutan dan acaman keselamatan yang semakin meluas. Apakah persediaan paling penting yang perlu kami lakukan sebagai generasi muda untuk membantu negara kita menghadapi cabaran ini? Terima kasih, Dato Seri’.

 

 

JAWAPAN:

 

Kalau dulu cabaran itu kita tengok dari segi keselamatan. Now keselamatan dari segi ketenteraan sekarang, cyberattack serious, sekarang terrorist cell serious, hacking, cyberattack itu serious. Kita dalam satu bulan ribuan percubaan attack.

 

 

 

So, kita kena perkukuhkan dan minggu lalu PAT, PTD jumpa saya bincang untuk perkukuhkan Siber Sekuriti Unit di Angkatan Tentera. Dan semalam saudara tahu, seluruh lapangan terbang Amerika Syarikat terhenti. Tidak beroperasi. Fikir Amerika Syarikat dan segala kecanggihannya tak dapat kenal pasti apa on the telecommunication system yang menyebabkan terjejas. We are still waiting for the final report. Saya sebut di sini, di Malaysia sendiri attack besar.

 

Pengalaman kita dulu kita tahu macam peringkat awal, kita ada pencerobohan daripada militant komunis 40-an, 50-an. Jadi kita kena sentiasa siap-siaga. Kemudian muncul terrorist cells. Saya dapat lapor ke polis sejak 90-an, 2000-2020 itu muncul terrorist cells.

 

Kadang-kadang kita hantar ada orang suka lawan, dia pergi Syria, dia pergi Afghanistan. Kita kata okey lah you nak pergi tolong berjuang jadi jihad atau jadi mujahid. Jadi, balik-balik dia nak jihad di sini terus, nak lawan di sini jadi masalah kita.

 

Jadi sebab itu kita kena bantu tentera tentunya dan juga polis bantu sokong supaya mengawal hal-hal ni dan kebebasan kita ada tetapi bila kita bawa hal-hal yang boleh menimbulkan perseteruan, pergaduhan, itu sekatannya.

Jadi sebab itu, kita dalam negara kita, kita ada Tentera, Polis dan Majlis Keselamatan Negara yang saya pengerusikan. Jadi kita dapat maklumat tentang apa dia ancaman-ancaman itu. Jadi, cara dia tentunya lah perkukuhkan persiapan kita, pertahanan. Ada orang kata, tapi kita kawasan yang aman,  siapa nak serang kita? Malaysia ini, kita baik dengan semua. Tapi saya tidak mahu pilih pandangan itu.

 

Kalau teori perperangan, Glow Swift, Sun Tzu ataupun Kegan, itu semua tidak ada negara yang merdeka harus memandang ringan soal kemungkinan diserang. Kita jamin, bagi saya Perdana Menteri saya tidak perasan nak serang sesiapa. Tapi belum tentu kalau kita tidak diserang. Jadi persiapan itu harus . Keupayaan dan pertahanan itu utamanya, mereka berpegang tonggak ke mana-mana.

 

Dan persiapannya bukanlah justifikasi yang konvensional, ia termasuk siber, termasuk segala bentuk kecanggihan. Pembelian senjata pun dah berbeda. Tengok perang Iran yang bila diserang oleh Israel dan Amerika itu dah lebih canggih, dia pakai drone. Jadi kita harus cepat menangkap keperluan-keperluan ini. Jadi kemahiran-kemahiran ini harus kita kuasai.

 

 

Tapi selain dari itu, tugas saya cuba cari jalan baik dengan semua, itupun kadang-kadang saya diserang juga. Amerika Syarikat kita setuju tak dengan dasar dia? Banyak kita tak setuju, dia izinkan penindasan dan penganiayaan penjajahan ke atas Palestine dan Gaza, merupakan dasarnya dengannegara-negara teluk itu tidak adil, tetapi Amerika Syarikat itu nombor satu pelabur di Malaysia, nombor satu rakan dagang dengan Malaysia.

 

Kadang-kadang saya dengar orang cakap, “mesti tegas, mesti lawan.” Yalah, aku lawan tak apa, tapi yang hilang kerja ni puluh ribu orang, bukan puluh ribu, ratus ribu orang. Sebab tu baru ni Google datang, chief, CEO dia, Ruth Porat. Saya kenal dia baik, dia umumkan pelaburan RM61 bilion ringgit. Tapi kita tak gadai apa-apa, kita bagi syarat latihan, bekalan air yang cukup.

 

Jadi ini yang kita maksudkan dengan faedah bersahabat. Dengan negara China, negara China saya tentunya sekarang ini jauh lebih baik. Baik sejak zaman Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak dia punya wawasan ke depan. Kita berperang dengan komunis yang didukung oleh China, tapi dia kalau masa depan, kalau kita bergelut lagi dengan negara jiran kian besar, mungkin Malaysia akan sentiasa menghadapi masalah dan ancaman. Jadi, Tun Razak fikir wawasannya jauh ke depan, bersahabat dan berdamai dengan Mao Zedong. Bayangkan, kita masa itu kalau dengar Mao Zedong, ayoooo ini bahaya, tapi dia fikir kepentingan negara itu utama.

 

Ada tak tentera ataupun mantan tentera, Home guard masa itu yang cedera diserang itu marah? Ada, memang ada, pada masa itu tak tahulah saya masih kecil, belum universiti tapi saya tahu memang kemarahan yang membuak, itu ada. Dan apakah mereka salah? Tidak. Tetapi orang macam tu, dia fikir ke depan.

 

Saya belajar dari pengalaman-pengalaman itu. Sebab itu, saya sementara rakan dagang paling besar Amerika Syarikat, saya baik dengan negara China dan perdagangan persahabatan yang terbaik kerana kita ada sempadan laut China Selatan. Kita kena runding. Apakah kita setuju semua? Tidak.

 

Negara-negara ASEAN, apakah tidak ada masalah? Ada. Kita ada masalah sebagai maritime nation, sempadan dengan semua negara ASEAN, Brunei, Indonesia, Singapura. Masalah sempadan, Filipina, Vietnam, China. Cara dia apa? Nak perang? Tidak, tetapi ambil langkah damai, pertahankan setiap inci tanah air kita.

 

Jadi, kita perlu, tapi kalau ada anak-anak yang pintar masuk tentera, saya senang. Jadi masa depan kita lebih. Ada lagi yang nak join tentera dengan Polis? Oh ada, oh oh tak boleh ni selalu kursus ni, semua dah jadi tentera ni Baik, ada soalan lain, lah akhir boleh tak, saya nak kena ke Manila.

 

 

SOALAN 4:

 

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Seri. Saya Wira Muda Dua, Aisyah Khadijah binti Abdullah dari Kompeni Bravo. Saya ingin bertanyakan soalan, pada pandangan Dato’ Seri, apakah peranan paling penting yang boleh dimainkan oleh golongan belia, khususnya wanita muda dalam membantu mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan dunia ini. Terima kasih Dato’ Seri.

 

 

JAWAPAN:

 

Ya, okey serius soalanya. Dia, kalau kita balik ke pangkal Al-Quran, peranan anak muda itu tidak pernah disampingkan. Apa ayatnya? Allah sebut dalam Al-Quran, surah Al-Kahfi, “akan aku ceritakan kisah yang sebenar.” Apa kisahnya? Kisah anak muda yang punyai keimanan dan prinsip yang Allah selamat dan tambah iman mereka, innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda. Maknanya, iman yang kuat. Kenapa apa? Kerana dia alasannya, dia terpaut dalam hati sanubarinya, keyakinan dia kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi.

 

Jadi saya nak rungkai ayat yang, “Wa rabatna ‘ala qulubihim idh qamu faqalu rabbuna rabbus-samawati wal-ardi.” Ini maknanya keyakinan. Jadi apa relevannya? Kenapa kita kena mula dengan keyakinan. Keyakinan dan dengan ilmu, tahu apa yang benar, apa yang haq, apa yang palsu. Bagaimana nak tangkap pasal keyakinan, kalau kita keliru di antara yang haq dan yang palsu.

 

Jadi anak muda sebab itu kalau tanya apa dia? Pertama dia ada dengan titik keyakinan dan kefahaman. Bergerak dengan keyakinan dan ambil keputusan berdasarkan ilmu. Itu yang harus, yang saya percaya di situlah. Bagaimana nak olah? Itu saya percaya, adalah generasi muda ini, apa jawapannya, jangan tanya saya semua. Saya muda lama dulu, memang saya pimpinan mahasiswa, pemimpin belia tapi, zaman saya. Ada sedikit relevan, ada lain, perkembangannya lain.

 

Saya ke universiti, dia kata, ‘Oh, Dato’ Anwar dulu kat universiti banyak juga demonstrasi, jadi pasal apa kami tak boleh demonstrasi?’ Saya jawab, saya kata boleh. Tapi tengok masa saya sebab apa? Isu apa? Isu kemiskinan Baling. Bantah kerana kita kurang beri perhatian kepada rakyat miskin. Itu pandangan pada saya masa itu kan. Mungkin ada orang kata tak betul, tapi isu dia. Kemudian masa itu tidak ada ruang. Jarang nak cari menteri pergi dialog di universiti-universiti. Betul, tak ada. Ada masa itu di Universiti Malaya, ada Great Economic Debate, Tan Sri mungkin ingat. Dia ada every year, there were this Great Economic Debate. Dia ada satu wakil Kerajaan, satu wakil pembangkang, satu wakil mahasiswa. Jadi saya masih ingat masa itu, wakil pembangkang Lim Kit Siang. Wakil mahasiswa dan orang muda Anwar. Wakil Kerajaan siapa pun tak mahu, pasal di Dewan Tunku Canselor dia tak boleh pergi, jadi kelemahan kita.

 

Tapi saya kata, sekarang kita dengar. Dan dalam acara Temu Anwar, kalau tentera dia lain sikitlah, tapi kalau certain dia tanya macam-macam, dan saya terpaksa layan dan dengar.  Ada saya setuju, ada saya tak setuju. Ada yang dia tanya pandangan tu yang tidak menyenangkan, ada. Tetapi, ini ruang bagi anak-anak muda suarakan. Kita harus didik mereka dengan kasih sayang. Kita kena jelaskan kepada mereka. Kalau begitu anak muda dan maknanya masa depan kita lebih cerah, bagi ruang.

 

Dan sebab itu, saya beritahu kepada Kementerian Pendidikan, Fadlina dan Kementerian Belia dan Sukan. Malah, kementerian-kementerian lain yang menyentuh pasal anak-anak muda. Sepertimana PLKN, ini bawah Kementerian Pertahanan. Kita bagi ruang dan saya pesan itu ada training dan sebagainya tapi mesti ada juga ruang di mana mereka boleh luahkan pandangan dia. Kita dengar, layan dan jawabnya dengan baik. Tidak jamin semua ulasan dia itu betul, sama juga. Takkan semua ulasan orang tua betul. Banyak pandangan orang tua itu saya dengar dulu melelahkan, tetapi itu ujiannya. Kalau betul-betul kita kasih kepada anak-anak kita. Kita mesti bagi ruang dia tanya dan belajar. Dan peringatkan dia. Apa dia kelemahan-kelemahan manusia? Takbur, angkuh, hilangnya nilai, nilai, nilai.

 

Sebab itu, dalam negara kita kalau tanya, baik belanjawan ataupun dalam sistem pendidikan kita, kita sebut apa? ‘Menggapai di langit, mengakar di bumi.’ ‘Menggapai di langit’ maknanya sistem pendidikan menuntut anak muda mesti menguasai ilmu baru, teknologi baru. Itu dia kata menggapai di langit. Artificial Intelligence. Tan Sri, 20 tahun dulu masa Tan Sri active mana ada orang cakap pasal Artificial Intelligence. Saya dulu tak ada, tak masuk kamus pun apa di Artificial Intelligence. Tapi sekarang, satu kemestian. ‘Menggapai di langit’.

 

Tetapi kalau kita asyik ingat kita pintar, kita pandai, kita menguasai semua disiplin ilmu. Akhlaknya bobrok, nilainya tidak ada, kemanusiaannya tidak ada. Permusuhan sentiasa. Bawa mesej permusuhan, perpecahan antara kaum atau agama. Sebab itu saya kata, ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Jadi ini mesti diterap dan digabungkan, baru boleh kita serasikan.

 

Jadi anak-anak yang dikasihi, what a pleasant session saya today, terima kasih. Saya gembira dan terima kasih Datuk Marzuki, saya dapat sama-sama di sini, walaupun tak tuang kopi, tapi tak apa. Dak, saya bergurau. Datuk Marzuki don’t worry, dia offer coffee tadi. Tapi saya kalau tanya Anwar, what drives you? Saya masa muda dan hidup saya memang banyak susah, liku-liku, tapi, what drives you? Saya drive, saya tengok ini. You know, saya tengok saudara-saudara anak-anak, saya tengok future. A great future for a great country and that country is Malaysia.

 

Dan mudah-mudahan, insya-Allah. Saya terima kasih dan salute rakan-rakan PLKN yang mengendali, bersama akademi dan rakan-rakan, dan saya minta maaf kerana banyak, sebelum ini, ni kali pertama ni saya hadir di PLKN. Walaupun laporan tu, laporan tu terus dikirim dan kita cuba olah dan baiki dan saya pengerusikan mesyuarat, tapi saya bukan tak penting. tapi saya minta maaf. Sebenarnya, Tan Sri minta kalau boleh masa passing out. Saya kalau passing out tu saya pengsan. Tapi kebetulan passing out tu saya dah di Manila, dekat Shenzen, China, jadi tak boleh. Banyak kali dia jemput, ke Pekan, ke mana-mana. Saya terima kasih dia jemput, tapi saya tak hadir pun saya yakin kerana saya tahu you are in good hands.

 

And please, my last words of reminder, we place so much hope, you cannot imagine, as an old man myself, we struggle to make sure that this country succeed and excel, You cannot imagine how much hope we have for you. You can ensure and give us that confidence that the future of this country, this great country will be in good hands. When I see you, I believe in, insya-Allah Malaysia will be in good hands.

 

Terima kasih.

 

 

 

 

 

 

Share: