TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELUNCURAN PROJEK PEMBINAAN MASJID WARISAN JALAN DAVIS

27 November 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PELUNCURAN PROJEK PEMBINAAN

MASJID WARISAN JALAN DAVIS

27 NOVEMBER 2026 | JUMAAT | 3.00 PETANG

TAPAK PROJEK MASJID WARISAN

JALAN DAVIS

KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum. Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah thumma alhamdulillah,

Alhamdulillahil qa’il,

Innama ya’muru masajidallahi man amana billahi wal-yaumil-akhiri,

wa aqamas-solata wa ataz-zakata, wa lam yakhsha illallaha fa’asa ula’ika ay-yakunu minal-muhtadin.

Wa usolli wa usallimu ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara Menteri Dr. Zulkifli Hassan;

Saudari Menteri Hannah Yeoh;

Timbalan Menteri;

Saudara Datuk Kamarulzaman;

Datuk Bandar;

Rektor UIA, Osman Bakar; dan

Al-Fadhil Syeikh Ali Muhyuddin Al-Qaradhaghi,

Presiden Persatuan Ulama Sedunia.

 

  1. Kita syukur, kerana pada hari ini kita dapat menterjemahkan idea awal kita untuk menjadikan pembinaan masjid di tonggak dalam pembangunan kawasan baru. TRX ini adalah kawasan yang dianggap dibina dengan perencanaan yang canggih dan moden dengan teknologi yang baru, dan saya rasa tonggaknya pangkal mesti mendirikan masjid, kerana dalam tradisi Islam, dalam mana-mana pembangunan, masjid itu mesti menjadi satu tapak asas yang boleh membangunkan ekosistem negara dan masyarakat itu.

 

  1. Tetapi, terima kasihlah TRX dan Jabatan Agama Wilayah Islam, Wilayah Persekutuan, dan khususnya Zul dan JAKIM, kawan-kawan yang menyenggarakan dan yang menariknya juga adalah penyertaan Kuliyyah Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa yang mainkan peranan utama dalam melakar wajah baru ini.

 

  1. Tetapi sepertimana kita ingat, kita tahu, al-Fadhil Syeikh ada, jadi saya tak nak kupas panjang, tapi mendirikan masjid ini tidak sama mendirikan bangunan. Mendirikan masjid itu bukan sekadar membina infrastruktur. Mendirikan masjid itu mesti berteraskan kepada niat yang baik dan cita-cita untuk mengangkat martabat umat dengan keluhuran jiwa dan keikhlasan, kerana inilah terasnya, kerana kita diberi amaran yang jelas. Pilihan sama ada dalam masjidun ussisa ‘ala at-taqwa, masjid diasaskan kerana ketakwaan kita, bukan kerana kemegahan, bukan kerana mempamerkan hebatnya kita, tetapi kerana dorongan menjadikan ini sebagai simbol ketakwaan umat.

 

  1. Kerana diberi amaran, pilihan kita kalau tidak dengan niat yang betul, ikhlas al-amanillah, dia akan jadi dan terjerumus diraran wa kufran. Jadi pilihan kita dan mudah-mudahan Allah merestui usaha kita, amal kita, menjadikan Masjid Warisan ini ialah la masjidun ussisa ‘ala at-taqwa.

 

  1. Saya baca tadi ayat yang juga dipaparkan tadi tentang mendirikan masjid. Ini pun satu hal yang harus kita insafi, sebab itu harus ada usaha oleh Jabatan Agama Wilayah untuk mendapatkan dukungan masyarakat sekitar, badan-badan perniagaan, usahawan-usahawan untuk memberi sumbangan kerana ini beza daripada pembangunan biasa. Ayat al-Quran itu menekankan peranan masyarakat dan umat, Innama ya’muru masajidallah, sesungguhnya mengaimarahkan masjid itu, membangun, mengaimarahkan itu tanggungjawab bersama. Mudah-mudahan kita dapat memenuhi aspirasi yang pertama itu.

 

  1. Tetapi untuk apa? Untuk mengukuhkan keimanan kita dan hari akhirat. Saya baca tentunya Syeikh Qaradhaghi ini sahabat baik dan kenalan baik dengan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Saya masih ingat kupasan beliau tentang pembinaan masjid. Kalau kita faham pembinaan masyarakat dan ekosistem itu dengan paksi masjid itu, tentunya meneguhkan iman, man amana billahi wal-yawmil-akhir, dan untuk mendirikan solat, wa aqamas-solata wa ataz-zakat, dan selalunya diperingatkan dan saya sering mengingatkan rakan-rakan, mendirikan masjid, kaitan dengan zakat, kaitan dengan solat dan zakat, wa aqamas-solata wa ataz-zakat, disekalikan. Jadi, Qaradawi tanya, mengapa setiap kali ditekankan tentang solat dikaitkan dengan zakat?

 

  1. Kerana Islam itu tegak dengan satu sistem. Peribadinya harus beriman, tetapi masyarakatnya itu harus berjamaah di masjid dan menghidupkan institusi zakat. Institusi zakat itu satu institusi yang dibina sebagai tonggak yang penting dalam sistem ekonomi Islam. Kalau tidak, kita bicara soal pembangunan, AI dan teknologi moden, digitalization, peralihan teknologi, tetapi kita lupa bahawa masyarakat itu memerlukan, ada kelompok masyarakat terpinggir dan miskin yang memerlukan kerjasama dan bantuan. Sebab itu dikaitkan solat, kalau betul kamu solat disempurnakan, maka institusi zakat itu penting.

 

 

  1. Sebab itu, mengikut kupasan Syeikh al-Qaradhawi saya masih ingat dan dia kata, belum pernah dalam sejarah, peperangan diisytiharkan untuk membela rakyat yang duafa wal masakin, ang miskin. Perperangan dulu kala kerana merebut takhta, kerana merebut wilayah, kerana merebut Puteri Mayang Mengurai. Itu dalam sejarah, kenyataan sejarah. Tetapi dalam tradisi Islam, perperangan pernah diisytiharkan semata-mata mempertahankan institusi zakat. Kerana tanpa institusi zakat yang berkesan pembelaan nasib orang miskin itu akan terbiar.

 

  1. Sebab itu, dalam kupasan yang saya sebutkan tadi, disebut tentang pengalaman Abu Bakar Siddiq RA, mengisytiharkan perang, mempertahankan institusi ini kerana kalau tidak dipertahankan, seluruh paksi sistem itu akan roboh kerana masyarakat yang miskin dan terpinggir itu dibiarkan. Jadi harba alal faqh, kata Syeikh al-Qaradhawi. Nanti kita kena kupas ni, jadi nanti biar syeikh kupaskan kerana dia, kepakaran dia dalam itu.

 

  1. Jadi perang untuk membela orang miskin, jadi mendirikan Masjid Warisan ini bayangkan kalau kita faham konteksnya, konteksnya adalah meneguhkan iman, memberi makna kepada pembangunan dan ekosistem yang memberikan gambaran bahawa sementara teknologi moden dan yang canggih dan sophisticated itu perlu, tapi paksi keimanan, akhlak dan nilai itu harus ada.

 

  1. Membela orang miskin, miskin semua. Miskin Muslim, miskin Buddhist, miskin Hindu, miskin Kristian. Yang dihebahkan perpecahan pertelingkahan itu sekarang dengan beberapa orang agama. Dalam Islam itu, inclusivity, keterangkuman itu, semangat yang karamah insaniah itu dipertahankan kerana harus jadi contoh yang baik. Bagaimana mungkin kita jadi contoh yang baik kalau yang kita gunakan segala kebebasan sekarang mencela, menghina kerana warna kulit, kerana faham agama, kerana beza budaya. Sampai bila Islam ini boleh tertegak sebagai contoh yang boleh dikagumi oleh masyarakat bukan Islam.

 

  1. Ini masalahnya yang kita bertempur sekarang dalam sistem negara kita ini. Yang saya ingat seharusnya faham, jadi man amana billahi wal-yawmil-akhiri, wa aqamas-solata wa ataz-zakat dan kalau betul ada kesedaran ini prinsip-prinsip ini tadi 1,2,3,4 maka wa lam yakhsha illallaha . Kita tidak lagi gentar, mengapa tak derma? Takut miskin. Mengapa Kerajaan tak bantu banyak, baik SARA ke, STR ke, subsidi RON 95 ke, ini kumpul-kumpul RM70-80 bilion. Dari mana wang itu? Takut-takut nanti Kerajaan belanja banyak, negara jadi miskin.
  2. Saya pernah tanya, bagi yang pengkaji sejarah. Jangan tanya Osman Bakar, Osman Bakar ini dia falsafah dengan matematik. Dia tak kaji sejarah sangat. Yang mengkaji sejarah akan tahu bahawa dari zaman purba belum pernah kita baca satu karya satu sejarah, di mana Sang Raja ataupun Khalif dia jadi, negara itu jadi miskin sebab? Sebab dia tolong orang miskin. Tak pernah itu pak. Tidak pernah saya dengar itu, yang negara itu rosak seperti teori Ibn Khaldun kerana kebejatan, kerana tamak haloba, kerana kerakusan kuasa, kerana sakau menyakau, kerana rasuah yang menular. Ini yang menyebabkan negara itu runtuh. Dan tidak pernah berlaku negara itu runtuh kerana pimpinan dan negara itu menolong orang miskin.

 

  1. Sebab itu saya balik dari ASEAN minggu lalu dengan di Shenzen. Dan kebetulan saya berada di pemimpin ASEAN, lepas sambut Macron, Presiden Perancis di sini, saya jumpa Presiden Xi jinping, Presiden Donald Trump dan Presiden Putin. Kita syukur, Alhamdulillah. Bukan maknanya, ini bukan soal Anwar, ini maknanya negara kita itu sudah sampai satu pengiktirafan, orang menilai dan menghormati kerana negara ini bangun dan negara ini hebat pelbagai kaum, pelbagai agama kerana boleh bersatu sebagai satu kesatuan.

 

  1. Saya faham begitu ya. Kalau tidak tak, mungkin siapa peduli negara kecil, negara membangun, siapa peduli. Jadi pertahankanlah kepelbagaian kita. Apakah dengan dengan saya santuni yang Kristian, yang Buddhist, yang Cina, yang India, yang Iban, yang Kadazan, saya tinggalkan Islam? Tak. Tanya Dr. Zul bila kita bincang saja tanah ni, kita kata mesti ada Masjid Warisan yang boleh dikagumi. Bukan sahaja masjid tapi masjid tentunya seni binanya Islam tetapi yang boleh mewakili teras budaya Melayu dan warisan kita. Ini yang disebut oleh Syeikh sebagai Thurath, legasi. Jadi kita bawa Islamic legacy dan the Malay legacy and the Malaysian legacy dengan modern technology.

 

  1. Jadi ini juga beri gambaran selalu bila saya ke wilayah, mana Datuk Bandar? Datuk Bandar dia penat dah dengar kupasan saya bab ini, saya kata jangan asyik moden, new buildings, new technology. Tetapi, kata Mark Twain seorang pemikir Barat di Amerika, dia kata jangan jadi macam Amerika dan Washington DC peringkat awal. Cantik, indah, gagah bangunannya. But, culturally berdasarkan budayanya, gersang. Jadi hebat teknologi, budayanya gersang. Kita nak hebat masjid ini, tapi ada budaya pengisiannya. Saya bagitahu kawan-kawan TRX ini, chief-chief dia begitu. Pengisian yang penting.

 

  1. Jadi mudah-mudahan saudara-saudara, terutama anak-anak, saya bangga walaupun tengok secara singkat tentang apa yang dipamerkan dan contoh design dan seni bina bangunan ini. Maknanya, anak-anak itu kalau diberikan peluang, kesempatan, dia tahu apa dia teknologi baru. Dia tahu apa dia tentang persekitaran, dia tahu tentang ekologi, dia tahu tentang hijau dia tahu, tetapi dia juga tahu tentang warisan dia. Jadi yang diperkenalkan sedikit itu konsepnya apa. Dia moden, dia teknologi baru tapi dia juga serasi dengan sekitarnya, dia juga pertahankan keindahan warisannya. Warisan Islamnya dan warisan Melayunya dan negara kita Malaysia tercinta.

 

  1. Jadi saya tentunya ucap terima kasih sekali lagi dan tahniah kepada profesor dan mahasiswa dan graduan yang membantu dalam keadaan ini. Jadi saudara-saudara, Masjid Warisan ni bila dicadangkan tentunya bila saya ni masalah, bila dengar, saya tengok bagi pandangan. Saya cakap, tanya dengan Hannah tadi. Nah, Hannah ni bukan Islam, tapi bila bincang dengan saya, dia pun nak juga supaya masjid ini jadi satu lambang kemegahan kita bersama. Jadi mengapa saya nak musuh dia? Kenapa saya tak boleh santuni dan hormat pandangan dia? Pandangan yang dia setuju apa dia? Kata dia boleh tak kawasan ini kadang-kadang, kawasan yang Kuala Lumpur juga kawasan banjir, boleh tak kita jadikan sedikit kawasan di masjid ini, kawasan takungan air dan sebagai tasik yang indah. Jadi, kosnya tinggi sikit, itu bukan masalah saya, itu masalah Dr. Zul dan MAIWP, tapi insya-Allah kalau tak cukup sikit-sikit tu kita panggil lah TRX, kawan-kawan lain dan Kerajaan boleh bantu sikit. Tapi saya ingat perlu.

 

  1. Dan satu lagi perkara kerana masjid ni tertegak di kawasan yang bangunannya pencakar langit semua. Jadi tak boleh rendah sangat, dua tingkat boleh tenggelam. Jadi saya tak tahu kalau kita boleh buat macam takungan air macam tasik di bawah tu mungkin kita boleh tingkatkan sedikit lagi. Boleh Syed Kamarulzaman? Itu masalah saudara bukan masalah saya. Saya bukan tidak ada kepakaran seni bina tetapi saya mahu menjadikan Masjid Warisan masjid hebat di Wilayah Persekutuan ini.

 

  1. Jadi mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan tentunya lagi dengan kehadiran syeikh. Syeikh ini sebenarnya seorang alim yang terkemuka, seorang yang sangat dihormati, sangat di…, ya sebagai sahabat karib kepada almarhum Dr Syeikh Yusul al-Qaradawi. Sebab itu, saya beritahu saudara Zul manfaatkan kehadirannya, dengar cakap saya dan saya dah undang dia malam ini, Maghrib di Seri Perdana dan berikan kuliah di Seri Perdana. Kalau ada yang nak hadir boleh tapi makanan terbatas, bawa sendiri, gurau sahaja. Sila kalau nak penuhi majlis itu. Selain itu, saya juga dah minta atur majlis.

 

  1. Tapi kadang-kadang kita ni pemikiran kita terlalu tertutup tidak mahu dengar yang lain. Ini saudara tahu, bukanlah saya nak cakap berlebih tetapi semua pimpinan, semua parti-parti pimpinan di Malaysia di dunia yang saya tahu sekurang-kurangnya dia berasaskan Islam termasuk KEADILAN, PAS, AMANAH semua merujuk kepada beliau dan hadir, dan sebagai peserta atau pemerhati di sidang-sidang, kongres Persatuan Ulama Sedunia. Tentunya banyak memberikan kita semangat dan harapan, perbaiki kelemahan-kelemahan kita.

 

  1. Jadi kerja-kerja awalan kita RM4.1 juta, ini luar biasa kerja awal RM 4.1 juta, yang pertengahannya itu dan akhir jangan tanya saya. tetapi saya percaya, sebaik sahaja diperbaiki dan perencanaan awal, kita segerakan kerana bila dah sekarang TRX, TRX sebelahnya itu pula Monash University, besar semua itu akan mula cepat. Dan saya ucap terima kasih TRX kerana dia bagi pedestrian road, mana TRX tadi? Ya, terima kasih. Saya nak tengok juga design pedestrian bagi biar cantik, betul? Jadi, dan ini memudahkan. Jadi, ramai orang tak payah parkir di sini bagi yang kerja di TRX, yang ribuan staf sana yang nak solat di sini, dia pakai jalan pedestrian, jalan terus ke masjid kan ini satu perencanaan yang baik.

 

  1. Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih dan doa kepada Allah SWT mudah-mudahan perencanaan ini dan kerjasama Majlis Agama dan universiti itu melahirkan satu yang gagah dan terima kasih kepada semua yang ada.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

 

 

 

Share: