TEKS VERBATIM YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN: UCAPAN BELANJAWAN MADANI KEEMPAT

10 Oktober 2025

UCAPAN BELANJAWAN MADANI KEEMPAT

TAHUN 2026 

oleh:

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN 

ketika membentangkan

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2026) 

di Dewan Rakyat

pada Jumaat, 10 Oktober 2025 

“BELANJAWAN MADANI KEEMPAT: BELANJAWAN RAKYAT”

 

MUKADIMAH

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali kedua sekarang.

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

 

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat serta rakyat Malaysia yang dikasihi,

 

  1. Syukur setingginya kita panjatkan ke hadrat Allah SWT tatkala dengan izinNya kita berhimpun pada hari ini bagi menunaikan satu amanah besar yakni membentangkan sebuah belanjawan untuk tahun mendatang. Namun, mesti ditegaskan di sini bahawa belanjawan tidak hanya menghidangkan angka serta perangkaan perbelanjaan, tidak juga satu lembaran teknikal yang hanya berbicara soal fiskal dan tahap kesihatan kewangan negara. Malah, belanjawan adalah sebuah pernyataan moral, sebuah ikrar sejarah, dan sebuah perjanjian yang tulus dan luhur antara Kerajaan dan rakyat terbanyak.

 

  1. Firman Allah SWT:

 

وَءَاتِ ذَا ٱﻟْﻘُرْﺑَٰﻰ ﱠﺣَﻘﮫُۥ وَٱﻟْﻣِﺳْﻛِﯾنَ وَٱﺑْنَ ٱﻟ ﱠﺳﺑِﯾلِ وَﻻَ ﺗُﺑَذِّرْ ﺗَﺑْذِﯾرًا ۝ إِ ﱠن ٱﻟْﻣُﺑَذِّرِﯾنَ

ﻛَﺎﻧُوٓا۟ إِﺧْٰوَنَ ٱﻟ ﱠﺷﯾَٰـطِﯾنِ ۖ وَﻛَﺎنَ ٱﻟ ﱠﺷﯾْطَٰـنُ ﻟِرَﺑِّﮫِۦ ﻛَﻔُورًۭا ۝

Maksudnya:

“Dan berikan kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan keadaan yang boros (membazir) yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu ialah saudara syaitan, dan syaitan itu pula ialah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

(Surah al-Isra’ 17:26-27)

  1. Maka, Belanjawan MADANI Keempat ini akan menjawab serta mencakup persoalan serta cabaran ekonomi semasa, selain menyusun dan merangka jalan bagi mengelak kebejatan dan keterlanjuran. Kita menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan, kita melawan ketirisan dan kebobrokan, dan kita benci kemewahan kelompok elit yang dibayar dengan kesengsaraan rakyat. Sementelahan, kita memilih jalan yang berliku, sukar dan panjang, yakni jalan reformasi, disiplin fiskal yang tegas, dan pengukuhan institusi kerana hanya jalan itu sahaja dapat menjamin negara ini dapat diselamatkan dalam tempoh jangka panjang.

“Politik harus menjadi cerminan luhur manusia, tidak sekadar perhitungan mahupun percaturan kuasa”. 

—Vaclav Havel (penyair, pemikir dan mantan Presiden Republik Czech)

 

  1. Saat dunia dibadai perang tarif, pentas geopolitik yang terus berantakan, krisis iklim yang memburuk dan kebangkitan teknologi baharu yang pantas bergerak, maka Malaysia tidak seharusnya sekadar bungkam dan berpeluk tubuh. Kita mesti berani memikul tanggungjawab pensejarahan, sama seperti empayar Melaka yang pernah berdiri sebagai kosmopolitan yang adil sebagai tatanan hukum, kukuh dalam hubungan dagang dan kekuatan maritim, dan dihormati dunia kerana pematuhan pada hukum. Kini giliran kita untuk membuktikan bahawa Malaysia yang relatifnya kecil dari segi geografi mampu menjadi besar dan matang dari segi pengaruhnya, tidak hanya melalui kekuatan ketenteraan, tetapi dengan kekuatan moral, keadilan sosial dan ekonomi yang kukuh.
  2. Belanjawan pada kali ini juga menandakan lembaran pertama RMK13 yang tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan tetapi merupakan kompas sejarah untuk era
  3. Belanjawan MADANI Keempat adalah saksi bahawa kita memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.

“Kemuliaan tidak diukur dari kekayaan tetapi dari keberanian dan ketegasan dalam menterjemah amanah kepada tanah air”. 

—Pericles (negarawan Athens,

seperti dikutip sejarawan Yunani purba Thucydides)

 

PEMBAHARUAN MADANI UNTUK MASLAHAT RAKYAT

 

  1. Menghampiri tiga tahun pentadbiran MADANI, reformasi serta pembaharuan yang berani dan tuntas telah kita laksanakan dan mula menghasil anjakan yang membanggakan, terutamanya pada siling pertumbuhan negara dan lantai kesejahteraan rakyat.
  2. Justeru, mengapa saya sering tekankan soal tatakelola?

—Kerana undang-undang seperti Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan pindaan Akta Audit membantu meningkatkan keyakinan pelabur, melonjak Indeks Daya Saing Negara hingga 11 anak tangga, mengukuh nilai ringgit dan akhirnya lebih penting ialah, menjana pekerjaan baharu untuk rakyat dan menurunkan kadar pengangguran kepada 3 peratus, iaitu yang terendah dalam tempoh sedekad.

  1. Mengapa ditumpukan penguatkuasaan?

—Kerana rasuah, penyelewengan dan ketirisan merugikan negara. Penguatkuasaan tanpa pilih kasih dapat mengembalikan hasil negara yang hilang berbilion ringgit; dan ini dapat membiayai dan menyegerakan pelaksanaan projek seperti Rancangan Tebatan Banjir dan Pan Borneo Sabah.

  1. Mengapa Kerajaan bersusah-payah menyasarkan subsidi?

—Kerana subsidi pukal selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. Subsidi sepatutnya hak dan keistimewaan yang mesti dinikmati rakyat Malaysia. Disebabkan penjimatan subsidi diesel, kita dapat meringankan hidup rakyat melalui ikhtiar seperti SARA Untuk Semua yang diluncurkan Ogos lalu.

  1. Kerangka besar Ekonomi MADANI adalah untuk rakyat, memastikan kita punyai kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup.
  2. Seyogia, mengangkat tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyatsetelah berani mengusung reformasi, kini masa memulangkan hasil kepada Selaku belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Belanjawan 2026 menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI.

 

TEKAD SATU: MELUHUR TATAKELOLA TERBAIK

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

  1. Pentadbiran MADANI harus membina kecekapan fiskal, menutup ruang ketirisan, dan memperkukuh institusi negaradalam usaha menaikkan siling ekonomi dan lantai hidup rakyat.

 

PERUNTUKAN BELANJAWAN 2026

  1. Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh pertama tahun 2025 mencatat pertumbuhan memberangsangkan iaitu pada 4.4 peratus. Kendatipun diasak perang tarif Amerika Syarikat, unjuran semula KDNK 2025 antara 4.0 hingga 4.8 peratus membuktikan ekonomi kita kekal berdaya tahan.
  2. Bagi tahun 2026, ekonomi kita diunjur berkembang lebih rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus. Ini susulan ketidaktentuan ekonomi dunia dan sengketa geopolitik, geoekonomi yang
  3. Sambil mengekalkan komitmen pada FRA, momentum pertumbuhan terus didukung dasar fiskal yang mengembang. Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan

 

Syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah 470 bilion ringgit berbanding 452 bilion ringgit tahun lalu. Ini meliputi:

  • 2 bilion ringgit belanja mengurus (OE) Persekutuan;
  • 81 bilion ringgit belanja pembangunan (DE) Persekutuan;
  • 30 bilion ringgit pelaburan GLIC;
  • 10 bilion ringgit pelaburan awam-swasta; dan
  • 8 bilion ringgit pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD.

 

TANGGUNGJAWAB FISKAL & KEWANGAN AWAM

  1. Lantaran komitmen Kerajaan MADANI memaknai tatakelola, maka diperkenalkan FRA. Dan kini ditambah RUU Perolehan Kerajaan yang sebenarnya mengikat kuasa Menteri Kewangan kerana masih boleh didakwa dan dipantau oleh Tribunal.
  2. Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024);

dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus.

  1. Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada 100 bilion ringgit (2022); 92 bilion ringgit (2023);

77 bilion ringgit (2024), sekitar 77 bilion ringgit (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana.

  1. Pada tahun hadapan, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada 1 bilion ringgit ketimbang 334.1 bilion ringgit, unjuran tahun ini.
  2. Lazimnya, apabila diperlukan perbelanjaan tambahan untuk prasarana dan bantuan rakyat, akan dikenakan cukai tambahan. Tapi Kerajaan memilih untuk membaiki tatakelola, termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat. Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel.
  3. Sejak di bawah MADANI, badan-badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir 15.5 bilion ringgit. Terbaru, PDRM berjaya menumpaskan sindiket haram terancang di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang. Demikian maksud kami tatkala menekankan tatakelola dalam Bayangkan wang yang disakau dan dirompak yang dapat dikembalikan dalam tempoh dua tahun mencecah 15.5 bilion ringgit.
  4. Tidak dapat dimungkiri segala ketirisan ini telah terbiar sekian lama kerana kurangnya tekad politik dan lemahnya

 

“Kuasa tanpa pertanggungjawaban adalah permulaan kepada kezaliman.”

Montesquieu (hakim dan filasuf Perancis era Pencerahan)

 

  1. Justeru, pada tahun hadapan, keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC ditingkatkan melalui latihan serta perolehan aset dengan peruntukan lebih 700 juta ringgit.
  2. JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
  3. Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai. Pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan
  4. Terdapat pemilik kenderaan mewah yang kian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan. Bagi menangani ketirisan tersebut, Kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi 300 ribu ringgit berkuat kuasa 1 Januari 2026.
  5. Kerajaan bercadang, program pencegahan rasuah anjuran pertubuhan masyarakat  sivil  yang  diiktiraf  SPRM  diluluskan potongan cukai sebagai projek berkepentingan nasional. Penderma yang membuat sumbangan tunai kepada program pencegahan rasuah diluluskan juga layak mendapat potongan cukai pendapatan.

 

KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

 

  1. Pasukan STAR membuktikan pembaharuan tatakelola dapat dilaksanakan segera tanpa perlu melantik perunding luar. Pasukan STAR membuktikan pembaharuan tatakelola dapat dilaksanakan segera, antaranya tanpa perlu melantik perunding luar. Agenda Reformasi yang digerakkan ini berjaya menyelaras lebih 1,000 projek/ program, dan paling utama dapat menjimatkan kos pematuhan sehingga 1.1 bilion ringgit dan antara sebab kita melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
  2. Pasukan STAR menerima 25 juta ringgit untuk menumpukan usaha pendigitalan menyeluruh dalam urusan rakyat selain mempercepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
  3. MyDigital ID menyasarkan 15 juta pengguna menjelang akhir 2025. Ikhtiar ini akan diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
  4. Melalui kepakaran dalaman, Unit Govtech Malaysia diperkasa untuk membangunkan lebih banyak aplikasi digital Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Ikhtiar Kiosk MADANI memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan Kerajaan di luar waktu pejabat. Tiga Kiosk MADANI telah ditempatkan di Lembah Klang dan dua lagi menyusul di Pulau Pinang dan Johor. Kiosk MADANI akan dibangunkan di semua negeri secara berperingkat.
  5. UTC ke-24 di Seberang Perai akan diluncurkan November hadapan. 76.6 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
  6. Mengiktiraf peranan besar perkhidmatan luar negeri yang membawa nama baik Malaysia, Kerajaan memastikan diplomat kita di perantauan dibekalkan dengan pejabat kedutaan yang lengkap, selesa dan selamat. 31.5 juta ringgit disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak, seperti di Pejabat Perwakilan Wellington dan Singapura.

 

PEMANTAPAN TIGA CABANG INSTITUSI

  1. Institusi negara—eksekutif, legislatif, kehakiman mesti tertegak dengan wibawa serta bebas melaksanakan amanah daripada sebarang pengaruh sempit.
  2. Peranan Institusi Parlimen terus diperkukuh:
  • Tahun hadapan, Parlimen menerima hampir 220 juta Sebagai tambahan, 5 juta ringgit khusus bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan

 

Dewan Rakyat sebagai semak dan imbang kepada dasar- dasar Kerajaan.

  • Setakat ini, rakyat di 143 kawasan parlimen telah menerima manfaat daripada program-program kelestarian yang diikhtiarkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM). 15 juta ringgit disediakan untuk memperluas liputan ke lebih banyak kawasan parlimen.

 

  1. Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sekarang sudah diperingkat libat urus bersama semua pihak
  2. Pasukan Reformasi Undang-undang yang ditubuhkan sedang meneliti pembaharuan menyeluruh ke atas undang-undang jenayah, undang-undang kontrak termasuk merangka RUU Bidang Kuasa Admiralti dan RUU Koroner yang baharu.
  3. Setelah penggubalan Akta Kredit Pengguna, Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.

 

TEKAD DUA: MEMENUHI KEUTAMAAN RAKYAT PENYASARAN SUBSIDI

  1. Semua pimpinan Kerajaan sebelum ini mengakui keperluan

melaksanakan penyasaran subsidi. Namun, ia tertangguh kerana tiada tekad politik yang jitu. Memaknai subsidi ialah keistimewaan rakyat Malaysiadan bukan untuk warga asing, bukan syarikat besar. Kerajaan menyasarkan subsidi supaya dana awam sampai kepada rakyat.

  • Pengapungan harga ayam jimat 1 bilion ringgit dan harga ayam terkawal;
  • Pengapungan harga telur menjimatkan 1 bilion ringgit;
  • Penyasaran subsidi dan penstrukturan tarif elektrik purata jimat 6 bilion ringgit. Malah, 85 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan tarif dan ada yang menikmati penurunan bil;
  • Penyasaran subsidi diesel jimat 5 bilion Malah, sektor pengangkutan awam, nelayan dan logistik tertentu terus menerima harga diesel bersubsidi. 200 ringgit sebulan diberikan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil.
  • Penyasaran subsidi RON95 berpotensi jimat sekurang- kurangnya 2.5 bilion ringgit. Malah rakyat dapat menikmati harga minyak lebih rendah RM1.99.
  • Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada 99 seliter. Pangkalan data

16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23 ribu pemilik perahu berdaftar dan lebih 52 ribu pemandu e-hailing aktif.

  1. Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar 5 bilion ringgit setahun. Setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, lebih banyak peruntukan untuk kos sara hidup, dan lebih banyak pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti.

 

IKHTIAR MADANI UNTUK RAKYAT

  1. Hasil penjimatan juga membolehkan Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat dilaksanakan. Sejati MADANI, yakni Jawatankuasa Kampung menjalani kegiatan ekonomi yang mereka tentukan dengan dana sehingga 100 ribu ringgit. Sejak 2024, lebih 9,500 aktiviti menambah pendapatan komuniti, seperti:
  • Kampung Sungai Protan, Perak menjana sehingga 90 ribu ringgit sebulan melalui projek kolam memancing.
  • Kampung Sungai Gulang-gulang, Selangor melalui projek semaian benih kelapa varieti Sungai Gulang-Gulang (SGG CN16) menjana 25 ribu ringgit sebulan.
  • Kampung Hiliran Jejawi, Terengganu mengusahakan santan, kelapa parut dan kerisik dengan pendapatan bulanan 40 ribu ringgit.
  • Kampung Abi, Perlis telah menjana pendapatan 15 ribu ringgit sebulan dalam perniagaan ketupat palas dan makanan sejuk beku.
  1. Tahun hadapan, 1 bilion ringgit disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
  • Sejati MADANI diperluas untuk turut melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti seperti program mesin layan diri atau di bidang pertanian, khususnya sistem pengairan baja (fertigation).
  • Pimpinan negara dan pegawai-pegawai kanan (Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara) telah turun menguruskan permasalahan kampung dan sekolah. Tahun hadapan, sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
  • Kejayaan Solar MADANI yang telah siap memasang 4,000 lampu solar di Sabah semalam juga diperluas ke kampung- kampung seluruh negara.
  • Sejahtera MADANI ialah sumbangan sektor swasta dalam menoktahkan kemiskinan tegar dengan kejayaan dana terkumpul 120 juta ringgit setakat ini.
  • Saya merakamkan penghargaan kepada semua terutamanya badan korporat yang turut terlibat dalam Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
  • Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.

 

PERKHIDMATAN BERGERAK

  1. Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI menerima lebih 110 juta ringgit bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan Kerajaan secara terus. Umpamanya:
  • Penuntut universiti awam bidang sains, kejuruteraan, perubatan dan kejururawatan turun ke kampung-kampung memberi khidmat dukungan kepada rakyat seperti pembaikan, saringan   kesihatan   dan   pembudayaan   Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di sekolah.
  • Perkhidmatan Komuniti Bergerak Sabah dan Sarawak diperluas ke 19 kawasan baharu, termasuk Kampung Karamuak, Sabah dan Telang Usan, Sarawak.
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) menambah empat bank bergerak, menjadikan 20 unit bagi memudahkan rakyat pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak—khususnya lebih 1 juta penerima STR.
  • Mahkamah Bergerak diperluas meliputi Mahkamah Buruh Bergerak dan Mahkamah Kanak-kanak Bergerak yang menyediakan bilik saksi mesra kanak-kanak, serta kenderaan ubah suai sebagai bilik bicara serba lengkap.

 

PEMBANGUNAN NEGERI

  1. Saya telah turun berjumpa dengan kepimpinan semua negeri untuk memahami keutamaan projek pembangunan negeri. Justeru, perencanaan RMK13 telah mengambil kira permohonan semua negeri, umpamanya:

 

Pulau Pinang

·     Projek Penyuraian Trafik PLUS dari Tol Juru

ke Tol Sungai Dua

 

·     Klinik Kesihatan Kubang Semang dan Kompleks Kesihatan Bersepadu Seberang Perai Tengah

·     Naik Taraf Muka Sauk di Titi Kerawang dan Teluk Awak Serta Pemasangan Paip Air Mentah dari Muka Sauk ke Empangan Teluk Bahang

·     Naik Taraf Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara

·     Pembinaan Jalan Bawah (Underpass) untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di persimpangan Jalan Mount Erskine/ Jalan Gottlieb/ Jalan Burma/ Jalan Bagan Jermal Seksyen A: Jalan Bawah (Underpass)

Johor                       ·   Naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A:

Cahaya Baru ke Sungai Johor untuk JS-SEZ

·     Pembinaan Jalan Dari Jalan Kluang – Renggam – Layang-Layang J25 di Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi – Kluang, Daerah Kluang

·     TWG: Penggantian Lif dan Eskalator di Bangunan Sultan Iskandar dan Johor Bahru

Sentral

 

 

·     Naik Taraf Persimpangan Seksyen 16.0 di Jalan Johor Bahru – Kulai dan Jalan Gelang Patah, Johor Bahru

·     Naik Taraf Jalan Pt. Panjang dari Pekan Ayer Baloi ke Persimpangan Tol Sedenak, Pontian

 

Perak

 

·     Naik taraf Jalan Persekutuan di Pengkalan Hulu

·     Pembinaan persimpangan PLUS di Kerian

·     Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Tanjung Rambutan

·     Pembangunan Kerja – kerja Infrastruktur Asas Taman Industri Halal Perak (PHIP), Daerah Manjung

·     Projek Menaik Taraf Laluan FT100 (Seksyen 10.4) ke Laluan FT3145 Pelabuhan Lumut (Seksyen 5.4), Manjung, Perak Fasa 5: Tanjong Malim-Pelabuhan Lumut

 

Kedah

 

·     Takungan Air Pinggiran Sungai Karangan, Kulim

·     Klinik Kesihatan Sik, Kedah

·     Projek Saliran Mesra Alam Di Taman Selasih, Daerah Kulim

 

 

·      Pembangunan Kemudahan Pelancongan Kuala Kedah Waterfront, Bandar Kuala Kedah, Kota Setar

·      Projek Hakisan Pantai Di Pantai Leman, Daerah Kota Setar

 

Kelantan

 

·      Sistem saliran Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu

·      Naik taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok

·      Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mukim Tiong & Mukim Jelutong dan Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan serta Kerja- Kerja Rasionalisasi di sebahagian Kawasan Sub Tadahan Zon Bandar Baru Tunjong, Jajahan Kota Bharu

·      Naik Taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok dari

Persimpangan Kubang Kerian ke Persimpangan Binjai, Kota Bharu

·      Naik Taraf Jalan Pasir Mas-Salor di Persimpangan Pasir Hor/Sultan Ismail Petra, Kota Bharu

·      Sistem Bekalan Air Luar Bandar Jajahan Pasir Mas

 

Melaka

·      Jalan baharu dari Jalan Masjid Tanah Kuala Linggi ke Telok Gong, Alor Gajah

 

 

·     Naik Taraf Jalan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, Alor Gajah

·     Pembinaan Semula Bangunan Daif berserta Bangunan Tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Alor Gajah

·     Pembinaan Semula Bangunan Baharu dan Naik Taraf Bangunan Asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan, Melaka Tengah

·     Naik taraf Muzium Samudera Fasa 1, Jalan Quayside, Melaka

Sabah

·     Menaik taraf Kolam Pengoksidaan Inanam kepada Loji Rawatan Kumbahan Serantau

·     Membina jalan baharu dari Kalabakan ke Simanggaris (sempadan Malaysia- Indonesia), Kalabakan

·     Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah – kerja- kerja pembinaan ban

·     Pemasangan paip transmisi dan agihan utama termasuk tangki simpanan di sebahagian kawasan Bandar Tawau

·     Kerja-kerja penggantian paip usang dan

menaiktaraf paip transmisi dan agihan di

 

 

daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah

 

Sarawak

 

·      Membina jalan utama Bahagian Kapit dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Bahagian Kapit

·      Pembinaan Klinik Kesihatan dengan Kuarters Mukah dengan Kompleks Kesihatan Bersepadu Bahagian Mukah

·      Program Peningkatan Pengeluaran Lembu Pedaging di Sarawak

·      Program Pemerkasaan Industri Padi dan Beras di Sarawak

·      Program Residensi Rakyat (PRR) Samariang, Kuching

 

Negeri Sembilan

 

·      Membina persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley

·      Baraj Dan Takungan Air Pinggiran Sungai Sg. Pedas, Rembau

·      Naik Taraf Struktur Jalan Utama Palong serta Naik taraf Persimpangan Palong 7,8, Jempol

·      Pemuliharaan Pantai Teluk Kemang di

Daerah Port Dickson

 

 

·     Jalan Baharu Dari Kampung Barisan ke Jalan Kampung Tampin Linggi, Daerah Port Dickson

Pahang

·     Naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat,

 

Rompin

·     Jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran

·     Pemajuan Kawasan Kg. Bongsu, Temerloh

·     Naik Taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT1, Kuantan

·     Klinik Kesihatan dengan Kuarters, Pos Lenjang, Lipis

 

Perlis

 

·     Naik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri

·     Naik taraf Kolam Takungan Banjir Chuping

·     Mesin Pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis

·     Perolehan Bangunan untuk dijadikan sebagai kuarters kakitangan Hospital Tuanku Fauziah

·     Pembinaan Gantian Penuh Sekolah

Kebangsaan Chuping

 

Terengganu

·     Pengawalan hakisan Pantai Rusila, Marang

·     Naik taraf Jalan Persekutuan di Setiu

·     Sistem Saliran di Kg. Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman

·     Pembinaan Jalan Baharu dari Kuala Terengganu Bypass di Kg Bukit Bayas Ke Jalan di persimpangan Kg Kubang Tangga, Kuala Terengganu

·     Naik Taraf Infrastruktur Dan Kemudahan Sukan Di Stadium Hoki Kuala Terengganu

 

Selangor

 

·     RTB Sungai Buloh Fasa 2

·     Blok Tambahan Hospital Banting, Selangor

·     Pembangunan baharu infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk kawalan banjir Negeri Selangor

·     Naik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Batu 9 ke persimpangan Jalan Dato Alias termasuk pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat

·     Klinik Kesihatan Jenis 2 Kinrara, Petaling

Wilayah Persekutuan

·      Pemuliharaan Sungai Gombak dari Kampung Sungai Mulia sehingga Kolam

 

Takungan Banjir Puah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pembinaan Waterfront Labuan – Fasa 1
  • Pembangunan Semula Kompleks Renang Kuala Lumpur

 

  1. Menyemangati Perjanjian Malaysia 1963, Kerajaan MADANI bertekad memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak. Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan—terutamanya prasarana asas.
  • Sabah dan Sarawak menerima peruntukan Persekutuan
  • Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada 6.9 bilion ringgit ketimbang 4.4 bilion ringgit (2022). Sarawak terus meninggi kepada 6 bilion ringgit ketimbang 9 bilion ringgit (2022).
  • Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada 600 juta ringgit ketimbang 300 juta ringgit (2023).
  • Kendatipun kawal selia bekalan elektrik diserah sepenuhnya kepada Sabah Januari tahun lalu, Kerajaan Persekutuan tetap menyediakan 1.2 bilion ringgit untuk menjamin kelangsungan bekalan.
  • Insiden tanah runtuh di Penampang telah memutuskan dua talian utama penghantaran elektrik voltan tinggi— mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230 ribu pengguna pantai timur Langkah segera diambil bagi memulih bekalan. Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan 765 juta ringgit bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.
  • Sejak 2024, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan 1 bilion ringgit untuk projek air Sabah antaranya pemasangan paip di Tawau serta naik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan.
  • Terkait projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak:
  • Sembilan pakej Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk kegunaan rakyat.
  • Empat pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A telah siap. Tahun 2026, 1.67 bilion ringgit disediakan untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
  • Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026 sementara SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
  • Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) melengkapkan jalan perhubungan antara Sabah Sarawak. SST akan dikeluarkan seawal suku pertama 2026.
  • Kerajaan akan menaik taraf struktur turapan jalan sedia ada bagi jajaran red line di seksyen Durin dan Salim, Sibu, Sarawak dengan kos 350 juta ringgit.
  • Secara keseluruhan, kesemua projek prasarana rakyat ini melibatkan kos mencecah 48 bilion ringgit.
  • Untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital yang sebaiknya, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sepanjang 3,190 kilometer dengan kos 2 bilion ringgit. Ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.
  • 20 juta ringgit disediakan untuk menambah tapak dan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.

 

TEKAD TIGA: MENJUARAI EKONOMI BERNILAI TINGGI

 

  1. Malaysia melangkah gagah menjuarai ekonomi bernilai tinggi. Di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit, kita terus mengutama pelaburan strategik berpertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan digital.

 

PELABURAN SEKTOR STRATEGIK

  1. Kendatipun tahun hadapan lebih mencabar, Malaysia bersedia menarik lebih banyak pelaburan melalui pendekatan yang strategik.

 

49.        PERTAMA: Urusan para pelabur akan dipermudah.

  • Kerajaan akan memperkenalkan Status ASEAN Business Entity (ABE) yang diselaras SC. Ini diberikan kepada syarikat senaraian awam yang memiliki jejak pasaran meluas di ASEAN dan syarikat pertengahan berpotensi mengembangkan operasi. ABE memudah cara pergerakan bakat mahir, sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di ASEAN.
  • Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal yang diwartakan untuk Zon Kewangan Khas Forest City menempa kejayaan besar susulan lulusnya enam Pejabat Keluarga dengan aset di bawah pengurusan (AUM) hampir 400 juta ringgit dalam tempoh kurang 30 lagi Pejabat Keluarga telah menyatakan   minat.   Malaysia   di   landasan  tepat untuk mencapai 2 bilion ringgit AUM pada penghujung 2026.
  • Investor Pass yang diterajui MIDA menyediakan kemudahan Multiple Entry Visa sehingga 12 bulan kepada pelabur MIDA akan lebih proaktif untuk tidak hanya menunggu permohonan tetapi menawarkan Investor Pass kepada syarikat multinasional dan bakal pelabur dalam sektor utama seperti E&E.
  • Residence Pass–Talent Fast Track diteruskan untuk memastikan bakat-bakat yang dibawa masuk oleh pelabur strategik diuruskan secara pantas dan teratur, termasuk mengecualikan syarat Pas Penggajian selama tiga tahun.
  • Di bawah Belanjawan 2025, Kerajaan komited menawarkan insentif cukai melalui pengenalan Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan selaras dengan NIMP yang menumpukan kepada aktiviti berpertumbuhan tinggi. Kerangka ini mengutamakan pelaburan yang menjana pekerjaan bernilai tinggi di samping merapatkan jurang ekonomi antara kawasan. Fasa ujian rintis sedang berjalan sehingga akhir Mulai suku pertama 2026, kerangka ini akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan dan diikuti sektor perkhidmatan pada suku kedua.

 

  1. KEDUA: Kerajaan akan melipatgandakan sokongan dalam sektor bernilai tinggi.
  • 200 juta ringgit Dana Pelaburan Bersama Strategik akan menyediakan dana padanan kepada PKS dan syarikat pertengahan yang mengukuhkan rantaian bekalan sektor utama melalui platform Pendanaan Ekuiti (ECF) dan Pembiayaan Rakan Setara (P2P).
  • 180 juta ringgit Dana Pembangunan Industri NIMP bagi membiayai program pembangunan industri di bawah sektor berimpak tinggi seperti farmaseutikal, semikonduktor, AI, digital dan kelestarian.
  • Khazanah dan KWAP melabur 550 juta ringgit dalam ekosistem semikonduktor dalam usaha meningkatkan usaha sama firma tempatan dan syarikat multinasional.
  • Di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), BPMB menyediakan pinjaman 500 juta ringgit bagi menyokong aktiviti nilai tambah tinggi seperti R&D, terutamanya oleh syarikat tempatan yang menyokong ekosistem E&E.
  • Startups semikonduktor sering berdepan halangan kemasukan susulan kos prototaip yang mahal. Malaysia akan meluncurkan SemiconStart iaitu program inkubator oleh MTDC dengan kerjasama inkubator Ini dapat membantu syarikat mula niaga peringkat awal mendapatkan bimbingan, akses pembiayaan global, penyediaan prototaip pada harga diskaun dan rangkaian pelanggan.

 

  1. KETIGA: GLIC terus memangkin pelaburan
  • GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada 30 bilion ringgit, ketimbang 25 bilion ringgit tahun ini.
  • Bagi memacu pengembangan sektor strategik, pelaburan GLIC akan menyokong syarikat atau pasaran tempatan di peringkat pertumbuhan.
  • Umpamanya, KWAP menyediakan 2 bilion ringgit Dana Pemacu bagi membuat pelaburan bersama dengan pengurus dana swasta (co-GP) untuk membiayai syarikat atau pasaran yang sedang berkembang dalam sektor seperti peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.
  • Program Syarikat Mid-Tier Khazanah menyediakan pembiayaan 250 juta ringgit untuk membina keupayaan syarikat peringkat pertengahan.

 

  1. KEEMPAT: Ekosistem startups
  • Pada masa ini, startups menyumbang 1 bilion ringgit kepada KDNK dan menjana 82 ribu peluang pekerjaan. Selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia, pelaburan Dana Perintis KWAP dan Jelawang Capital Khazanah ditingkatkan kepada 750 juta ringgit ketimbang 550 juta ringgit.
  • Cradle Fund dengan dana 55 juta ringgit akan melaksanakan Program Pelaburan Ekuiti serta Bengkel Inovasi GLC yang diperluas kepada sektor swasta.
  • Kerajaan bercadang menambah baik galakan cukai modal teroka sedia ada untuk tempoh 10 tahun melalui kadar cukai khas dan pengecualian cukai dividen.
  1. Sejak diperkenalkan, MyCIF menarik lebih 6 bilion ringgit modal ECF dan P2P ke dalam PMKS, membantu syarikat tempatan berkembang ke peringkat 30 juta ringgit disediakan antaranya untuk memperluas MyCIF kepada peringkat ASEAN serta sektor makanan, agritech, agetech dan ekonomi penjagaan yang berimpak tinggi.
  2. KELIMA: Kecekapan sektor logistik ditingkatkan supaya aktiviti ekonomi bergerak lebih pantas, kos efisien serta memanfaat pelabur, industri dan rakyat.
  • Pemerkasaan Malaysia Airports Holdings (MAHB) membuka ruang pelaburan lebih besar yang memperkukuh kecekapan pengurusan lapangan terbang negara.
  • MAHB telah berjaya menyiapkan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Perak dan dalam proses pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
  • 3 bilion ringgit dilaburkan bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap 2028. Selain itu, Short Take Off and Landing Port (STOLport) di Marudi dan Redang juga dinaik taraf dan dijangka siap 2027.
  • Projek Inter-Terminal Transfer antara KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketersambungan penumpang sebagai satu lapangan terbang antarabangsa yang menyeluruh.
  • Kerajaan Selangor bersama MAHB juga membangunkan Selangor Aero Park (SAP) seluas 600 ekar di Sepang sebagai hab logistik dan kargo serantau.

 

  1. Aktiviti pemetaan   sumber   nadir   bumi   diteruskan  dengan peruntukan 10 juta Kerajaan menumpukan usaha ke arah membangunkan   aktiviti   hiliran   termasuk  melalui  usaha   sama antarabangsa yang diterajui Khazanah.

 

JAGUH EKONOMI RENTAS SEMPADAN

  1. Malaysia perlu tampil sebagai jaguh ekonomi rentas sempadan dengan memanfaat kedudukan strategik kita di rantau ini. Melalui pembangunan bersama di wilayah sempadan dan rangkaian infrastruktur serantau, kita bukan sahaja membuka pasaran baharu, malah menghubungkan Malaysia dengan pusat pertumbuhan ekonomi jiran.
  2. Malaysia turut menumpukan pembangunan ASEAN Power Grid bagi menghubungkan grid elektrik rentas sempadan ke negara jiran dan memperkukuh perdagangan tenaga serantau.
  3. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PETRONAS bekerjasama dengan rakan ASEAN bagi mempercepat Projek Vietnam–Malaysia– Singapura yang menyalurkan tenaga boleh baharu dari Selatan Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
  4. Usaha Kerajaan Persekutuan membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) telah membina keyakinan pelabur terhadap Johor sebagai pintu gerbang strategik Malaysia. Bagi separuh pertama 2025, JS-SEZ merekodkan pelaburan diluluskan 37.1 bilion ringgit iaitu 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan Johor. Malah, JS-SEZ juga meraih 29 bilion ringgit lagi komitmen pelaburan baharu.
  5. Pelbagai usaha dilipatgandakan bagi memperkasa ekosistem pelaburan di JS-SEZ, antaranya:
  • Iskandar Malaysia Facilitation Centre Johor mempercepat urusan pelaburan dengan sokongan Johor Super Lane yang mengurangkan tempoh kelulusan PBT.
  • Johor Talent Development Council menghubungkan IPT dengan industri bagi menambah program pembangunan bakat, peningkatan kemahiran dan penempatan kerjaya bergaji premium.
  1. Kerajaan menyokong pembangunan aktiviti ekonomi di sempadan utara seperti Delapan di Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam yang muncul sebagai hab pertumbuhan moden yang menghubungkan rantaian bekalan dan ekosistem digital ASEAN dengan pelaburan 2.7 bilion ringgit.
  2. Kerajaan menyokong kegiatan ekonomi di sempadan negara dengan menambah baik prasarana asas, antaranya:
  • membina jalan baharu Kalabakan, Sabah ke Simanggaris, Indonesia sepanjang 28 kilometer;
  • menaik taraf landasan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang;
  • menaik taraf jalan sedia ada kepada jalan berkembar empat lorong di Rantau Panjang, Kelantan; dan
  • Projek RTS Link beroperasi sepenuhnya seawal 1 Januari 2027. Ini mampu membawa 10 ribu penumpang setiap jam setiap hala pada waktu puncak.

 

PEMBANGUNAN BAKAT TEMPATAN

  1. Lebih ramai bakat tempatan bidang TVET diperlukan bagi memenuhi keperluan industri berpertumbuhan tinggi. Seraya, Majlis TVET Negara akan memperkukuh ekosistem TVET dengan lebih menyeluruh, termasuk cadangan penggubalan RUU TVET.
  2. Tahun hadapan, peruntukan TVET naik kepada 7.9 bilion ringgit, ketimbang 7.5 bilion ringgit.
  3. Peluang pendidikan dan latihan TVET ditingkatkan khususnya dalam menyokong sektor berkeutamaan tinggi.
  • Majlis TVET Negara menerima 45 juta ringgit antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan AI kepada 10 ribu pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
  • Institusi TVET KPM disediakan 1.3 bilion ringgit untuk mendidik 79 ribu orang penuntut TVET.
  • HRD Corp dengan dana 3 bilion ringgit menawarkan 3 juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.
  • PTPK menyediakan pembiayaan 650 juta ringgit untuk manfaat lebih 25 ribu pelatih terutamanya bidang NIMP seperti AI, EV dan semikonduktor.
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Program Akademi Dalam Industri melatih dan menyediakan peluang kerjaya bagi mengurangkan pekerja asing berkemahiran rendah dengan peruntukan 34 juta ringgit.
  • GiatMARA menawarkan latihan kepada lebih 13 ribu golongan tumpuan termasuk pekerja gig.
  • Kolej Komuniti menyediakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk komuniti rentan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan Orang Asli.

 

  1. Kemudahan institusi TVET turut dinaik taraf. Umpamanya, membina hangar baharu di ADTEC Shah Alam untuk penyelenggaraan kapal terbang dan membina Kompleks Teaching Shipyard TVET  Marine  di  UMT  untuk  bidang  maritim  dalam menyokong pembangunan ekonomi biru. Di samping itu, sebuah Kolej Vokasional baharu akan dibangunkan di Sabah.

 

PENERAJU EKONOMI ISLAM

 

  1. Sistem kewangan Islam tidak harus laih dan lesu dengan tradisi lama. Ia perlu berevolusi, memenuhi tuntutan hari ini, malah berupaya memimpin penyelesaian yang ampuh untuk kesejahteraan
  • Kerajaan telah merintis model pembiayaan berasaskan perkongsian risiko seperti musyarakah dan murabahah serta kaedah pembiayaan campuran (blended finance).
  • Labuan IBFC berhasrat menjadi Hab Kewangan Islam Digital. Inisiatif Global Tokenisasi Sukuk diperkenalkan bagi mendigitalkan sukuk secara telus serta boleh diniagakan secara runcit melalui bursa-bursa digital di Labuan IBFC. Sukuk Iklim juga diperkenalkan bagi pembiayaan projek hijau serta pemberian dividen kewangan berbentuk kredit
  • iTEKAD dengan dana padanan 35 juta ringgit akan diperluas bagi menyediakan geran padanan kepada penerima yang ingin meningkatkan kemahiran mereka untuk pekerjaan, sekali gus memperoleh peluang kerjaya dengan pendapatan lebih stabil.

 

  1. MADANI menyemangati makna wakaf demi maslahat
  • UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang melalui Projek Taman Wakaf Seetee Aisah Fasa 2 dan Fasa 3 serta Taman Sultan Sallehuddin Fasa 1B dan 2B dengan nilai pelaburan hampir 250 juta ringgit.
  • Sukuk wakaf tunai berinovasi tokenisasi akan diperkenalkan bagi membiayai keperluan kritikal termasuk pendidikan khas, pusat autisme serta fasiliti rawatan paliatif di Ini membolehkan sumbangan individu ditukar menjadi pembiayaan mampan untuk pembangunan sosial.

 

  1. Ekosistem industri halal terus
  • JAKIM terus mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, sementara Halal Development Corporation menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat.
  • SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada PMKS halal dengan dana berjumlah 100 juta ringgit.
  • SJPP meningkatkan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS halal sehingga 2 bilion ringgit ketimbang 1 bilio
  • Kerajaan akan membangunkan Taman Industri Halal Perak di daerah Manjung dengan kos 124 juta ringgit.

 

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

  1. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Melaka dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atas kejayaan Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 di Melaka bulan lalu. Tahun hadapan tentunya istimewa, kerana kita menyambut dunia untuk berkunjung ke Malaysia—menghayati keindahan alam yang mempesona, menyelami kerencaman budaya yang tiada tara, merasai aneka juadah memikat selera, sambil disantuni layanan mesra rakyat Malaysia.
  2. Kita punya tekad besar—menarik 47 juta pelawat dan menjana pendapatan pelancongan 329 bilion ringgit; suatu anjakan yang menjanjikan limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, usahawan pelancongan, komuniti desa, pengusaha kraf serta rakyat
  3. Arakian, lebih 700 juta ringgit disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan.
  • 500 juta ringgit adalah untuk menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • 60 juta   ringgit  dana   galakan       promosi,       pemasaran        dan penganjuran acara pelancongan serta aktiviti kebudayaan.
  • 50 juta ringgit untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik dan tenunan.
  • 50 juta ringgit geran padanan menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke Malaysia. MAHB berjaya menarik 10 syarikat antarabangsa ke Malaysia, seperti British Airways, Hong Kong Express dan Jiangxi Air.
  • 25 juta ringgit bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Lembah Lenggong, Perak; dan FRIM Forest Park, Selangor yang baru diisytihar tahun ini.
  • 20 juta ringgit untuk mempergiat program pelancongan kesihatan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia.
  1. Pulau Langkawi kekal destinasi tumpuan pelancong. Produk geopelancongan akan dibangunkan iaitu Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor dan geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark.
  2. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan bercadang menyediakan insentif cukai bagi sektor pelancongan dan kebudayaan seperti berikut:

Pertama: Pengusaha projek pelancongan yang melakukan ubah suai dan pembaharuan premis perniagaan diberi potongan cukai atas perbelanjaan layak yang dilakukan terhad sehingga 500 ribu ringgit;

Kedua: Syarikat pengendali pelancongan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan 100 peratus ke atas nilai peningkatan pendapatan daripada pakej pelancongan ke Malaysia;

Ketiga: Syarikat, persatuan atau organisasi yang menganjurkan Persidangan,  Pameran Perdagangan atau Insentif bertaraf antarabangsa diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun; dan

Keempat: Syarikat penganjur aktiviti kesenian, kebudayaan, pelancongan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta asing diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun.

 

  1. Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 1,000 ringgit diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program

 

  1. Kepada semua pemandu teksi:
  • pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan akan diteruskan ke atas pembelian kereta nasional baharu PROTON dan PERODUA oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
  • Bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, HRD Corp menyediakan 10 juta ringgit untuk menanggung kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti.

 

  1. Ikhtiar Warisan KL ialah garapan berani membugar nadi kota— yang tidak sekadar memulihara bangunan lama, tetapi menghidupkan semula jiwa Kuala Lumpur sebagai pentas budaya, pemangkin ekonomi dan medan aspirasi rakyat.

 

  1. Justeru, seperti yang dirumuskan dari ungkapan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam buku “The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Timeoleh Kee Beng Ooi:

 

“Kita tidak hanya membina semula dinding dan bumbung, tetapi membangkitkan semangat agar kota ini kembali berbicara tentang siapa kita, dari mana asal kita dan ke mana kita menuju”.

  1. Hampir empat dekad lalu, Kerajaan telah merundingkan pemulangan Carcosa Seri Negara daripada pihak British, yakni sebuah bangunan bersejarah yang melambangkan maruah dan kedaulatan bangsa. Bangunan Sultan Abdul Samad, saksi bersejarah tentang Raja-raja Melayu dan di mana Union Jack diturunkan. Khazanah melabur 600 juta ringgit untuk kerja-kerja pemuliharaan Carcosa Seri Negara.

 

  1. Usaha Warisan KL diperluas kepada kerja pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Kompleks Dayabumi. Pembangunan Merdeka 118 oleh PNB akan dilengkapi dengan pembukaan Muzium Tekstil pada tahun hadapan sebagai usaha mengetengahkan tekstil dunia Melayu selain memulihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
  2. Penghargaan setulusnya kepada Khazanah, PNB, Petronas dan RAC atas komitmen memulihara Kuala Lumpur.
  3. Kerajaan menyediakan dana awal 5 juta ringgit secara geran padanan bagi menggalakkan sektor korporat, dermawan dan pakar warisan untuk meremajakan Muzium Negara. Sumbangan tunai yang dibuat oleh individu dan syarikat korporat kepada Akaun Amanah Jabatan Muzium Malaysia layak mendapat potongan cukai bersamaan dengan amaun sumbangan.
  4. Bandar raya dan kota Kuala Lumpur juga tidak hanya dikenali dengan bangunan dan gedung-gedung megah, tetapi pusat penjaja, gerai dan warung yang lengkap, bersih, selesa.
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara proaktif sedia memanfaat dana dalaman 500 juta ringgit bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan 200 juta ringgit untuk membangun semula pusat penjaja, pasar serta medan selera yang usang. Manakala, 300 juta ringgit bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
  • Saya sempat turun ke Pantai Dalam baru-baru ini meninjau keadaan perumahan rakyat yang sering mengalami masalah lif. Saya juga telah mengarahkan DBKL untuk segera memulakan kerja-kerja membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir tahun ini.
  • Pada masa sama, Kerajaan menyediakan 60 juta ringgit untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara untuk manfaat 7,300 usahawan dengan peruntukan hampir 50 juta ringgit.

 

TEKAD EMPAT: MEMACU PRODUK CIPTAAN MALAYSIA

  1. Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna; kita mesti mencipta—mengeluarkan produk dan perkhidmatan, menerajui teknologi dan pendigitalan. Belanjawan MADANI Keempat bertekad memacu Ciptaan Malaysia dan seterusnya membawa produk “Made by Malaysia” menembusi pasaran Maka apa yang harus kita lakukan?

 

KECERDASAN BUATAN DAN RDCI

 

  1. PERTAMA: Mengutama bidang kecerdasan buatan dan aktiviti inovasi. Dalam menyongsong hari muka, jatuh bangun negara ini ditentukan keupayaan kita menguasai kecerdasan buatan atau (AI). Di bawah MADANI, saya tegaskan kepentingan AI dan kita telah pun menempa beberapa kejayaan bersejarah.
  • Dalam memperkasa AI, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dan Fakulti Kecerdasan Buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan
  • Universiti terus menelusuri AI dalam jurusan kritikal seperti semikonduktor (USM), perubatan (UM), kriptologi (UPM) dan termasuk MMU.
  • Intelek Luhur Malaysia Untukmu (ILMU) diluncurkan sebagai AI Model Bahasa pertama negara hasil kerjasama UM dan YTL AI Labs.

 

  1. Kita turut meraih pelaburan bidang AI dan pusat data daripada syarikat gergasi teknologi dunia seperti Microsoft, Google dan Amazon Web Service (AWS).
  • 2 bilion USD oleh Microsoft untuk membangun Wilayah Awan Malaysia Barat dan 2 bilion USD oleh Google untuk membina pusat data serta wilayah Google Cloud yang baharu di Selangor.
  • Microsoft melatih  800  ribu  rakyat  melalui  program AI for Malaysia’s Future serta menubuhkan Pusat Inovasi AI Kebangsaan Microsoft. Google menganjurkan AI@Work2.0 kepada penjawat awam. Sementara AWS menyokong pendigitalan PKS melalui pembelajaran mesin dan analitik data raya.

 

  1. Menuju status Negara AI menjelang 2030, Malaysia akan terus menerajui bidang AI serta menyubur aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta (RDCI).
  • Peruntukan aktiviti RDCI rentas kementerian hampir 5.9 bilion ringgit.
  • Agensi NAIO menerima hampir 20 juta ringgit untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi, memperkukuh infrastruktur digital dan mencipta ekosistem AI yang cekap.
  • Kerajaan bercadang, potongan cukai tambahan 50 peratus diberikan kepada PMKS bagi perbelanjaan kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber yang diiktiraf oleh MyMahir National AI Council for Industry (NAICI) yang diterajui bersama Talentcorp dan MyDigital.
  • Sebuah Sovereign AI Cloud akan dibina oleh SKMM dengan pelaburan 2 bilion ringgit.
  • SKMM turut menubuhkan AI Transformation Centre dengan kerjasama Universiti Multimedia dan Center of Excellence in Ethics for Emerging Technologies sebagai pusat R&D serta AI yang peka budaya.
  • 53 juta ringgit Geran Pecutan Digital Malaysia disediakan bagi mempercepat pertumbuhan serta penerimagunaan teknologi seperti blockchain, AI dan perkomputeran kuantum. Sementara MIMOS akan membangunkan teknologi blockchain dan pengesanan deepfake.
  • Bagi membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia, 15 juta ringgit disediakan untuk program seperti Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels.

 

BELI PRODUK BUATAN MALAYSIA

  1. Kedua: Kita gerakkan ikhtiar menyokong pembelian barangan ciptaan Inilah langkah bagi memastikan hasil penyelidikan dan inovasi anak tempatan tidak terhenti di makmal, tetapi benar- benar dipasarkan.
  2. Berdasarkan data, universiti awam telah menubuhkan hampir

450 syarikat terbitan, namun kadar pengkomersialan masih rendah—sekitar 5 peratus. Bagi menggalakkan pengkomersialan hasil R&D:

  • Pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan dibenarkan mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal setahun untuk tujuan pengkomersialan R&D.
  • Kerajaan bersetuju menyalurkan dana permulaan 10 juta ringgit melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan.
  • Ini memberi peluang kepada 50 pensyarah menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan syarikat terbitan, serta menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya 30 juta ringgit dengan kesan pengganda tiga kali ganda.
  1. USM menghasilkan mesin dialisis buah pinggang mudah alih dan rawatan kanser lidah, sementara UM menyediakan rawatan kesuburan dan  terapi  biologi  osteoartritis    12  juta  ringgit disediakan kepada HPU terpilih untuk mengaplikasikan hasil ciptaan dalam urusan pemulihan pesakit secara bersasar.
  2. Pada masa ini, lebih 550 produk dan perkhidmatan telah diluluskan logo MySTI. Bagi meningkatkan pengkomersialan, Kerajaan memberi keutamaan produk MySTI dalam perolehan Kerajaan termasuk peluang mengadakan pengujian komersial.
  3. Kerajaan bercadang supaya Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau untuk Kegunaan Sendiri sebanyak 100 peratus diberikan kepada syarikat yang menggunakan produk teknologi hijau dalam rangkaian buatan tempatan yang diiktiraf oleh MyHIJAU Mark.
  4. Penandaan logo Buatan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia terus diperkasa dengan peruntukan 20 juta ringgit untuk meningkatkan pendedahan produk Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.
  5. Kerajaan akan menganjurkan Putrajaya Festival of Ideas sebagai pentas merakyatkan hasil penyelidikan dan inovasi IPT untuk dikomersialkan dan dimanfaatkan oleh komuniti.

 

DUKUNGAN PASARAN EKSPORT

  1. KETIGA: KITA MENYOKONG USAHAWAN TEMPATAN MENEMBUSI PASARAN EKSPORT
  2. Malaysia mesti berani menembusi pasaran dunia. Daya cipta anak watan tidak boleh terus terkurung dalam sempadan negara. Belanjawan 2026 akan memperkukuh ekosistem eksport dan mendukung penerokaan pasaran baharu.
  • SJPP sedia menjamin sehingga 70 peratus pembiayaan syarikat pertengahan berorientasi eksport termasuk yang mengembangkan ke pasaran baharu dengan nilai jaminan sehingga 5 bilion ringgit.
  • Geran Pembangunan Pasaran MATRADE menyediakan 60 juta ringgit bagi memudah cara PMKS mengeksport produk ciptaan Malaysia ke pasaran sedia ada dan pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
  • EXIM Bank menyediakan pinjaman mudah untuk membantu syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global dengan dana 500 juta ringgit.
  • Susulan rasionalisasi pejabat Kerajaan di luar negeri, Program Jaringan Strategik Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan digerakkan dengan peruntukan 10 juta ringgit terutamanya di pasaran baharu berpotensi tinggi.

 

PEMERKASAAN USAHAWAN TEMPATAN

 

  1. Keempat: Ikhtiar yang utama adalah untuk memperkasa keupayaan usahawan tempatan. Saban tahun, sektor perniagaan tempatan meraih manfaat melalui skim-skim pinjaman dan jaminan yang Kerajaan disediakan.
  • Sejak penubuhan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, lebih 100 bilion ringgit pinjaman perniagaan telah dijamin Kerajaan dan memanfaat lebih 84 ribu PKS dalam pelbagai sektor. Permintaan syarikat untuk mendapatkan pembiayaan yang dijamin Kerajaan telah meningkat belakangan ini, tanda kejayaan besar SJPP dalam membantu peniaga tempatan termasuk usahawan cina.
  • Untuk tahun ini sahaja, BSN meluluskan pinjaman mikro hampir 250 juta ringgit memanfaat lebih 7,200 usahawan Bumiputera, Cina, India, Sabah Sarawak, wanita, anak muda, penjaja dan golongan rentan.

 

  1. Tahun hadapan, jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan Kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan bernilai 50 bilion ringgit, meningkat ketimbang 40 bilion ringgit.
  • Lebih 5 bilion ringgit pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
  • Jumlah jaminan Kerajaan di bawah SJPP ditingkatkan kepada 30 bilion ringgit, ketimbang 20 bilion ringgit. Selain menjamin syarikat sektor bernilai tinggi, skop SJPP turut diperluas bagi menjamin usahawan mikro.
  • Peruntukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 50 juta ringgit sebagai dana pembiayaan untuk menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh

 

  1. Sejak penularan pandemik COVID-19, BNM telah menyalurkan lebih 29 bilion ringgit kepada lebih 86 ribu PKS di bawah Dana BNM, daripada lebih 32 bilion ringgit yang disediakan untuk menyokong keperluan pembiayaan PKS. Bagi meluaskan capaian, Dana BNM akan beralih kepada sokongan berasaskan jaminan, dengan tumpuan kepada segmen yang kurang mendapat akses pembiayaan serta aktiviti berimpak tinggi seperti pendigitalan, automasi, inovasi dan peralihan hijau.

 

  1. PMKS digalakkan beradaptasi dengan teknologi dan
  • Institusi kewangan pembangunan (DFI) menyediakan pembiayaan dan geran hampir 1 bilion ringgit untuk menyokong automasi proses dan pendigitalan operasi
  • SKMM menyediakan 350 juta ringgit bagi memperkasa Pusat NADI termasuk membimbing usahawan desa menambah pendapatan melalui perniagaan dalam talian.
  1. Bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan, Kerajaan bercadang nilai ambang gaji bagi kontrak penggajian yang dikecualikan dari kenaan duti setem dinaikkan daripada 300 ringgit kepada 3,000 ringgit sebulan mulai 1 Januari 2026.

 

PERLADANGAN DAN KOMODITI

  1. Agrikomoditi menyumbang hampir 90 bilion ringgit kepada KDNK dan lebih 12 peratus eksport negara tahun lalu. Industri sawit umpamanya mengungguli eksport; menyumbang seperempat pengeluaran dunia. Kejayaan ini harus dilipatgandakan dengan meningkatkan automasi dan meneroka pasaran baharu.
  • FELDA, RISDA, FELCRA akan terus melindungi lebih 720 ribu peneroka, pekebun kecil serta keluarga mereka dengan peruntukan hampir 2.4 bilion ringgit.
  • Kejayaan mengambil alih FGV untuk kembali bersama FELDA membuktikan komitmen MADANI mendengar denyut nadi warga peneroka, dengan hasrat agar FELDA kembali mengangkat martabat peneroka ke puncak kejayaan yang lebih tinggi.
  • Berkat penemuan saintifik, kita berjaya menangkis tohmahan barat terhadap sawit. Ini terbukti menerusi peningkatan eksport terutamanya ke China dan 63 juta ringgit untuk memperhebat Kempen Menangani Antiminyak Sawit dan menggalakkan pensijilan mampan termasuk oleh pekebun kecil persendirian.
  • Bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing dan menggalakkan inovasi tempatan, 20 juta ringgit disediakan bagi menyokong syarikat mula niaga mengeluarkan produk mekanisasi dan automasi dengan kerjasama MPOB dan syarikat utama sawit.
  • Kerajaan membela nasib pekebun kecil yang memerah keringat, membanting tulang mencari rezeki di ladang dengan peruntukan hampir 120 juta Antaranya untuk:
  • menampung sebahagian kos tanaman semula pekebun kecil sawit bagi menggantikan sawit tua;
  • menggalakkan pekebun kecil getah menghasilkan getah dan mengusaha semula ladang-ladang getah persendirian yang terbiar;
  • membekalkan pekebun kecil koko dengan 1.1 juta anak benih koko berkualiti termasuk bantuan latihan oleh pemain industri;
  • mengurangkan beban pekebun kecil lada susulan peningkatan kos input seperti baja dan racun; dan
  • menyokong pekebun kecil kenaf untuk meningkatkan hasil kenaf sebagai salah satu sumber pertumbuhan baharu agrikomoditi.
  • 50 juta ringgit turut disediakan untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara.
  • Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan membangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dengan kos 600 juta ringgit demi kemampanan masa depan industri. LGM juga akan melaksanakan program insentif pengeluaran lateks serta pengaktifan ladang getah terbiar.

 

TEKAD LIMA: MEMPERKUKUH KETAHANAN NEGARA

 

  1. Dunia bergerak terlalu pantas, dan kita tidak boleh bertahan dengan cara lama. Ketegangan geopolitik, peralihan tenaga dan ancaman keterjaminan makanan menuntut kesiapsiagaan kita membina ketahanan dengan kebijakan baharu yang lebih tangkas, berani dan berpandangan jauh.

 

AGENDA PERALIHAN TENAGA

 

  1. NETR menetapkan sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang
  • NETR terus dipacu pemain industri dengan sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara 150 juta ringgit.

 

  • Projek penjanaan solar berskala besar dilaksanakan dengan kapasiti hampir 2 gigawatt di bawah program LSS 6 melibatkan anggaran pelaburan swasta 6 bilion ringgit.

 

  • GLIC GLC sedang menggerakkan pelaburan bernilai 16.5 bilion ringgit untuk tahun 2026. Umpamanya, UEM Lestra membangunkan ladang solar di Segamat, Melaka dan Selangor serta bekerjasama dengan PLUS memperluas kemudahan pengecasan EV.

 

  • Sumber TBB daripada biogas, biojisim dan janakuasa hidro kecil akan ditingkatkan melalui kuota tambahan sebanyak

300 megawatt di bawah program Feed-In Tariff dengan jangkaan operasi seawal 2028.

 

  • Selain itu, Corporate Renewable Energy Scheme (CRESS) dijangka menjana pelaburan sebanyak 3.5 bilion ringgit melalui pendaftaran syarikat yang akan menjana tenaga 500

 

  • Setakat ini, pemasangan solar fotovolta di bangunan Parlimen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Wisma Pertahanan dan kem-kem ATM menghasilkan kapasiti terkumpul hampir 8 megawatt dan menjimatkan bil elektrik sehingga 42 peratus; dan Parlimen Malaysia sahaja jimat 22 peratus.

 

  • Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) membolehkan pengguna menjana tenaga untuk kegunaan sendiri serta menjual lebihan tenaga kepada syarikat utiliti sebagai offset dalam bil elektrik. Ini membuka peluang pengguna untuk menyumbang kepada peningkatan penjanaan TBB menerusi pemasangan solar berkapasiti sehingga 500 megawatt.

 

  • Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS 5.0 dibuka sehingga 31 Disember 2026 dengan insentif jaminan Kerajaan sehingga 80 peratus bagi teknologi hijau sektor sisa dan jaminan sehingga 60 peratus bagi sektor lain seperti tenaga, air, pengangkutan dan pembuatan dengan nilai pembiayaan berjumlah 1 bilion ringgit.

 

  • Cukai Karbon diperkenalkan mulai tahun hadapan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga. Bagi memastikan kecekapan pelaksanaan Cukai Karbon, mekanismenya akan turut diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan RUU Perubahan Iklim Negara yang bakal digubal.

 

  1. Bagi menyokong gaya hidup lestari:

 

 

  • Pemberian rebat diteruskan bagi pembelian kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga dengan peruntukan 20 juta ringgit.

 

  • Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak 2,500 ringgit diperluas untuk merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan bagi menggalakkan gaya hidup lestari.

 

PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

 

  1. Bagi memperkukuh industri padi negara:

 

 

  • Sistem Pengairan Tersier Fasa 1 bagi Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis telah siap. Fasa berikutnya akan siap secara berperingkat sehingga suku kedua 2030.

 

  • Projek Pemindahan Air Jeniang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos 28 bilion ringgit. Ini bagi membina sungai baharu untuk pengairan yang menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun.

 

  • Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik termasuk mengguna pakai model sawah berteknologi moden dengan dana 100 juta ringgit.

 

  • Bagi meningkatkan hasil tuaian, 6,400 pesawah akan dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan 20 juta ringgit.

 

  1. Sejak 2024, MADANI bekerjasama dengan semua kerajaan negeri untuk memanfaat penggunaan tanah bagi projek pertanian. Lebih 360 projek dilaksanakan mencakup projek tanaman, ternakan, perikanan dan automasi pertanian. Umpamanya:

 

  • Bawang di Perak dan Kelantan;
  • Rock Melon, kerang dan udang galah di Melaka;
  • Lembu di Pahang; dan
  • Biri-biri pedaging di

 

  • Tahun hadapan, kerjasama akan terus diperhebat dengan peruntukan 300 juta ringgit, antaranya bagi menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.

 

  1. Kepada usahawan tani:

 

 

  • Agrobank menyediakan pembiayaan 1.1 bilion ringgit untuk usahawan mengembangkan perniagaan serta menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.

 

  • Program Agropreneur NextGen KPKM menyediakan geran permulaan dan geran pengembangan projek pertanian dengan dana 20 juta ringgit.

 

  • Kerajaan bercadang, syarikat menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Syarikat sedia ada yang membuat projek pembesaran diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 5

 

tahun.   Tempoh   permohonan   galakan   cukai dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030.

 

  • Bagi menggalakkan automasi untuk menambah produktiviti tanaman, Kerajaan bercadang galakan cukai automasi sektor pertanian bagi penanaman, penternakan, apikultur, akuakultur dan perikanan laut dalam turut diperluas kepada penternakan haiwan terpilih secara sistem reban tertutup.

 

  1. Di bawah panas terik dan deru ombak, jerih perih pesawah, petani dan nelayan—telah memastikan kita cukup nasi di pinggan, lauk di meja hidangan dan bekalan makanan yang tak pernah

 

  1. Kepada para pesawah:

 

 

  • Kerajaan MADANI membela nasib para pesawah dengan menyediakan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah. Tahun hadapan, 62 bilion ringgit disediakan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih, dan insentif pengeluaran padi.

 

  • Bermula tahun ini, Kerajaan MADANI menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun masing-masing kepada 160 ringgit dan 300 ringgit sehektar semusim. Kerajaan juga memperkenalkan insentif baharu iaitu Insentif

 

Penuaian    Padi    50    ringgit                    sehektar      semusim     bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai.

 

  • Dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira 4,300 ringgit sehektar ketimbang 3,790 ringgit sehektar bagi setiap musim.

 

  1. Kepada para nelayan:

 

 

  • Elaun sara hidup nelayan sehingga 300 ringgit sebulan dan insentif hasil tangkapan diberikan dengan peruntukan 160 juta ringgit.

 

  • Kerajaan tetap mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan.

 

  • 20 juta ringgit disediakan supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing; dan menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot bagi mengurangkan vesel tidak lestari.

 

  1. 55 juta ringgit disediakan bagi menyokong pengusaha buah- buahan tempatan, antaranya insentif tanaman dan prasarana ladang nanas termasuk di Sarawak selain tanaman buah lain durian belanda, jambu air dan limau besar.

 

KETENTERAMAN AWAM & PERTAHANAN NEGARA

 

  1. Kementerian Pertahanan menerima peruntukan 21.7 bilion ringgit sementara Kementerian Dalam Negeri menerima 21.2 bilion ringgit. Keutamaan adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara meliputi beberapa ikhtiar utama.

 

  1. Seperti diungkap dalam hikmah klasik Tamadun China purba,居安思危,思则有备,有备无患 —《左传襄公十一年》atau  pinyin: Jū ān sī wēi, sī zé yǒu bèi, yǒu bèi wú huàn yang bermaksud, “dalam damai, kita wajar berwaspada akan ancaman dan marabahaya”. Falsafah besar dari karya sejarah agung dalam Catatan Musim Bunga dan Luruh berjudul Zuo Zhuan mengingatkan kita betapa kebijaksanaan pemerintahan menuntut kesiapsiagaan, bukan kealpaan; dan bahawa kestabilan hanya teguh apabila disertai keinsafan akan rapuhnya nasib bangsa sekiranya leka dan alpa.

 

  1. Pertama: menyelenggara dan membeli aset pertahanan—6 bilion ringgit. Ini termasuk perolehan baharu:

 

  • Medium, Short dan Very Short Range Air Defence;
  • dua buah Multi Role Support Ship; dan
  • 10 kenderaan

 

  1. Kedua: menyelenggara dan membeli aset PDRM dan badan beruniform di bawah KDN—1 bilion ringgit. Ini termasuk perolehan baharu:

 

  • 100 buah pickup 4×4 untuk risikan dan operasi PDRM;
  • empat bot ronda Fast Patrol Vessel, Pasukan Polis Marin;
  • sebuah pesawat   udara   Maritime                Surveillance         Aircraft, APMM.

 

  1. Ketiga: membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform dengan kos lebih 1.5 bilion ringgit, antaranya:

 

  • Kompleks APMM Negeri di Tok Bali, Kelantan;
  • IPK Sarawak dan Balai Polis Lawin, Gerik, Perak;
  • Pembaharuan Kompleks Bersepadu APMM dan Pasukan Polis Marin, Labuan;
  • Kompleks Zon Maritim Kudat, Sabah;
  • Pusat Latihan Artileri, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan;
  • Naik taraf ICQS Sungai Tujoh, Miri, Sarawak;
  • Bangunan tambahan Batalion 23, PGA Sri Aman, Sarawak;
  • Tiga Pos PGA baharu di Sungai Nibong, Sungai Banting dan Sekinchan, Selangor.

 

  1. Bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform

 

  1. Syarikat dianugerahkan kontrak perolehan MINDEF, melalui skim PROTÉGÉ akan menyediakan peluang pekerjaan untuk veteran dan di samping memberi latihan sijil dan diploma kepada angggota ATM sebelum bersara. Ini termasuk pembiayaan program Work-Based Learning (WBL) dan Readiness To Work Programme.

 

  1. Sejak penubuhan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia telah menghalang masuk lebih 10 ribu warga asing dan menyita barangan yang cuba dibawa secara tidak sah. Sejumlah 45 juta ringgit disediakan untuk AKPS terus melindungi sempadan negara. Untuk memenuhi keperluan 220 tenaga kerja AKPS, keutamaan diberikan untuk melantik daripada kalangan veteran tentera bagi kesiapsiagaan penuh.

 

  1. Buli ialah jenayah senyap yang mesti dinoktahkan. Gejala ini sama ada di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun di alam maya, telah membunuh potensi, menanam trauma berpanjangan, malah meragut nyawa insan. Kita mesti putuskan rantaian kezaliman ini sampai ke akar, melalui didikan empati dan penguatkuasaan tanpa

 

  • Kerajaan bersetuju untuk membentangkan RUU Antibuli 2025 pada sesi mesyuarat ini juga.

 

  • Seluruh kekuatan dan tenaga jentera merentasi kementerian digembleng bagi mengekang gejala buli.

 

  • KPM membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE) sebagai rangka menyeluruh pencegahan buli di sekolah. Ini termasuk memperkasa peranan guru dan murid melalui Program Amalan Sekolah Penyayang.

 

  • KPT meningkatkan keselamatan mahasiswa di kampus dengan menambah CCTV dan menganjurkan program sahsiah serta kepimpinan sebagai bentuk pencegahan buli dan ragging.

 

  • KPWKM menyediakan sokongan psikososial melalui sesi kaunseling berkelompok.

 

  • Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.

 

  • Rakan Muda menggerakkan ikhtiar “Lawan Buli” dalam kalangan belia di akar umbi.

 

  1. Terkait isu scam dan ancaman siber, RUU Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.

 

  • Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber

 

  • Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini dikemudi secara langsung oleh PDRM agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap. NSRC diperuntukkan 12 juta ringgit.

 

  • Peranan D11 PDRM diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

20 juta ringgit bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah.

 

PENGURUSAN BENCANA

 

  1. Kita menghargai tindakan pantas NADMA dalam menguruskan musibah banjir termasuk di Sabah yang menerima ujian getir—banjir dan tanah runtuh yang meragut nyawa.

 

  1. Langkah segera diambil untuk membangun semula bangunan IPG Kampus Gaya yang rosak dan daif dengan kos 220 juta ringgit. Saya turut luluskan 39 juta ringgit projek tebatan banjir fasa kedua dan segera membina semula satu blok sekolah yang terkesan banjir di Inanam, Sabah.

 

  1. Tahun hadapan, NADMA dengan dana 460 juta ringgit bersiap sedia menghadapi bencana, antaranya akan menambah 10 kompleks tandas lengkap dengan bekalan air bersih di Pusat Pemindahan Sementara. Kemudahan ini juga boleh dimanfaatkan murid sekolah pada bila-bila masa.

 

  1. Kerajaan Persekutuan juga membenarkan semua kerajaan negeri menggunakan dana MARRIS bagi memperoleh Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge) dan melaksanakan kerja- kerja pembesaran longkang dan parit di jalan negeri yang rosak, terlalu kecil dan tidak selamat.

 

  1. SKMM menyediakan 210 juta ringgit untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS) bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan krisis, sekali gus mengurangkan risiko kepada nyawa serta harta benda.

 

  1. Sementara itu, GDRN melalui geran padanan 20 juta ringgit terus membantu kebajikan mangsa terjejas bencana.

 

  1. Sebagai langkah pencegahan banjir jangka panjang, 2.2 bilion ringgit disediakan bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi mengikut jadual, termasuk 12 RTB baharu yang mula dilaksanakan tahun hadapan, antaranya:

 

  • RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang, Johor
  • RTB Sungai Chaah, Segamat, Johor
  • RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah
  • RTB Sungai Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Jimah Fasa 2, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Nyiur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  • RTB Sungai Trong, Larut, Matang Dan Selama, Perak
  • RTB Sungai Buloh Fasa 2, Selangor
  • RTB Sungai Buaya, Kuala Nerus, Terengganu
  • RTB Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

 

 

  1. Pada masa yang sama, kerja-kerja pencegahan lain turut dilaksanakan bagi mengelakkan bencana.

 

  • Lebih 260 juta ringgit bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara termasuk Jalan
  • 55 juta ringgit untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.

 

  1. Terkait pengurusan risiko, Labuan IBFC akan memperkenalkan Program Insurans Kaptif MADANI sebagai instrumen baharu pengurusan risiko negara. Ini membantu mengurangkan kebergantungan kepada dana awam dengan menyalurkan pembiayaan risiko melalui platform insurans dan takaful kaptif yang lebih efisien dan kos efektif.

 

PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAM

 

  1. Ikhtiar melindungi khazanah flora dan fauna negara

 

 

  • 250 juta ringgit Dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) untuk menyokong peranan negeri memulihara khazanah alam. Kerajaan bersetuju 50 juta ringgit dana EFT disalurkan sebagai hasil kepada kerajaan negeri.

 

  • 80 juta ringgit untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan kita. Kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat selain dibekalkan peralatan rondaan bagi meningkatkan keupayaan melindungi habitat terancam seperti Harimau Malaya, Orang Utan dan Banteng.

 

  • 300 juta ringgit untuk merawat, menyelenggara, dan membersih sungai, termasuk 10 juta ringgit, Denai Sungai Kebangsaan bagi membangun laluan riadah dan memupuk tanggungjawab komuniti melindungi kelestarian sungai.

 

TEKAD ENAM: MERAPAT KESENJANGAN, MENCIPTA PELUANG

 

  1. Di setiap penjuru tanah air—dari desa pedalaman hingga ibu kota, dari Sabah Sarawak hingga Semenanjung—Kerajaan MADANI bertekad membuka laluan kemajuan yang seimbang untuk semua negeri dan menjamin peluang saksama tanpa mengira kaum, jantina atau wilayah.

 

PRASARANA ASAS

 

  1. Setiap anak Malaysia berhak menikmati prasarana asas yang setara—ia tuntutan keadilan yang tidak boleh Sejumlah

3.3 bilion ringgit disediakan untuk projek prasarana asas desa, antaranya:

 

  • 5 bilion ringgit bagi membina dan membaiki jalan kampung dan jalan perhubungan desa seperti:

 

  • Pos Lenjang ke Koa Jernang Pos Titom, Lipis, Pahang;
  • Jalan Mangkapon, Pitas, Sabah;
  • Kampung Pong, Pengkalan Hulu, Hulu Perak; dan
  • Kampung Tok Adis ke Kampung Banggol,

 

  • Lebih 700 juta ringgit untuk membekal air bersih dan elektrik termasuk pemasangan panel solar hibrid di kampung kecil Sabah Sarawak untuk manfaat 3,200 rumah.

 

  • Hampir 90 juta ringgit bagi projek jambatan serta lampu jalan kampung termasuk memasang lampu cekap tenaga dan

 

  • Tumpuan khusus diberikan kepada melengkapi infrastruktur asas termasuk jalan dan kemudahan klinik di Pulau Banggi.

 

  1. Terkait capaian bekalan air bersih seluruh negara:

 

 

  • Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga 13 bilion ringgit untuk lima Loji Rawatan Air Langat 2—kapasiti merawat sehingga 760 juta liter padu sehari untuk manfaat 1.5 juta rakyat Selangor, KL dan Putrajaya. LRA Machang, Sungai Karangan dan Sidam Kiri, Kedah pula—kapasiti loji sehingga 200 juta liter sehari.

 

  • Kerajaan meneruskan Non-Revenue Water Kebangsaan dengan kos 3 bilion ringgit. Tumpuan 2026 untuk menggantikan paip usang sepanjang lebih 820 kilometer di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Selangor. Kerajaan juga meneruskan pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi dengan kos lebih 400 juta ringgit.

 

  1. Bagi meningkatkan ketersambungan internet:

 

 

  • Kerajaan memperuntukkan 770 juta ringgit untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.

 

  • Liputan jalur lebar diperluas melalui projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan 780 juta ringgit.

 

  • Berikutan peralihan kepada model dwirangkaian 5G, Kerajaan komited memastikan kedua-dua rangkaian akan mencapai liputan 80 peratus menjelang 2026 dan menawarkan rakyat dan perniagaan internet berkelajuan tinggi dan mampu milik.

 

EKONOMI BUMIPUTERA

 

  1. Agenda ekonomi Bumiputera dipacu dengan pendekatan lebih terangkum melalui PuTERA35. Keutamaan diberi kepada pembiayaan, pembangunan bakat dan pemilikan strategik supaya lebih ramai usahawan Bumiputera dapat melonjak ke sektor bernilai tambah tinggi.

 

  1. GLIC dan GLC terus melabur untuk pembangunan ekonomi Bumiputera sambil memacu pertumbuhan inklusif untuk semua.

 

  • 40 juta ringgit disediakan bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.

 

  • Susulan penyatuan Ekuinas dan PHB di bawah YPB, Ekuinas akan membangunkan syarikat pelaburannya sehingga dapat disenaraikan dan diambil alih oleh PNB. Manakala PHB memperkukuh pemilikan strategik Bumiputera dalam hartanah dan perniagaan utama.

 

  • Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia. Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merencana pelan pembangunan dan akan memulakan fasa pembangunan menjelang akhir

 

  • Lapangan Terbang Subang dan kawasan sekitar yang strategik untuk industri aeroangkasa. Projek pembesaran lapangan terbang dan kawasan sekitarnya hendaklah diterajui Kerajaan dan GLC bagi memastikan kepentingan nasional dan penyertaan Bumiputera diutamakan.

 

  • Pada masa sama, KWAP menyediakan 20 juta ringgit untuk program pembiayaan mikro bagi pesara, memperkasa keusahawanan di peringkat komuniti.

 

  1. Peluang pendidikan Bumiputera diberi keutamaan dengan peruntukan keseluruhan MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM 6 bilion ringgit.

 

  1. Bagi menyokong kelangsungan usahawan Bumiputera juga:

 

 

  • 4 bilion ringgit khusus untuk kontraktor G1-G4 Bumiputera.

 

 

  • Daripada 30 bilion ringgit jaminan Kerajaan di bawah SJPP, 10 bilion ringgit dikhususkan untuk menyokong usahawan

 

  • Program Jaguh Serantau SME Bank menyediakan pinjaman 200 juta ringgit kepada PKS Bumiputera untuk menembusi pasaran eksport.

 

  • Program Penskalaan Usahawan Bumiputera MARA menyediakan 100 juta ringgit bagi menyokong pertumbuhan syarikat mula niaga dalam sektor strategik bernilai tinggi.

 

  • CIDB menyediakan 10 juta ringgit bagi meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera khususnya kontraktor muda industri pembinaan.

 

  1. VentureTECH melabur ke dalam 31 syarikat teknologi Bumiputera dan sembilan telah menembusi pasaran 105 juta

 

ringgit    untuk    VentureTECH    meningkatkan    pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor teknologi tinggi.

 

WANITA DAN ANAK MUDA

 

  1. Di bahu wanita terpikul masa depan Mereka berkorban tidak didendang—mendidik generasi, menggerak ekonomi dan tulang belakang keluarga misali. Dari sekecil-kecil tangan ibu yang mengasuh anak hingga mereka yang memecah siling kaca; pemerkasaan wanita tidak sesekali dilihat sebagai ihsan, tetapi keadilan yang wajib ditunaikan.

 

  • Penyertaan wanita dalam kepimpinan korporat menunjukkan kemajuan membanggakan. Setakat 1 Oktober, 45 peratus syarikat senaraian awam memenuhi 30 peratus ahli lembaga pengarah Namun, masih terdapat 8 syarikat tiada ahli lembaga wanita. Suruhanjaya Sekuriti akan meningkatkan usaha penyertaan wanita dalam kepimpinan urus korporat.

 

  • Kerajaan bercadang pelepasan cukai pendapatan individu 3,000 ringgit ke atas perbelanjaan yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak yang berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar bagi anak yang berumur sehingga 12 tahun berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.

 

  • Prestasi bayaran balik Amanah Ikhtiar Malaysia amat cemerlang iaitu 99.97 peratus. AIM disediakan 230 juta ringgit untuk terus menawarkan pembiayaan; dan ini menjadikan dana AIM yang tersedia berjumlah 2.9 bilion ringgit untuk manfaat lebih 300 ribu sahabat usahawan.

 

  • Sementara itu, Bank Rakyat, BSN, MARA dan SME Bank menyediakan pembiayaan 270 juta ringgit bagi menyokong usahawan PMKS wanita.

 

  • Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak.

 

  1. Negara yang membina anak muda hari ini, ialah negara yang menjamin masa depan hari esok. Justeru, anak muda tidak boleh dibiar menjadi penonton di pinggir pentas; mereka mesti diberi ruang, peluang dan kepercayaan memimpin, mencipta dan menyumbang.

 

  • Bermula tahun hadapan, had umur belia ditetapkan kepada 15 hingga 30 tahun, supaya penyertaan dan sumbangan mereka kepada kemajuan negara lebih terarah dan benar- benar berkesan.

 

  • Program Latihan Khidmat Negara 2026 dilaksanakan untuk anak muda membina jati diri, semangat kenegaraan dan   250  juta  ringgit  disediakan

 

termasuk memulakan PLKN secara rintis di peringat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.

 

  • Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan:

 

  • Khazanah menyediakan 200 juta ringgit untuk Program K- Youth yang memberi latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah dalam sektor strategik seperti semikonduktor, jentera, MRO, digital dan teknologi.

 

  • Industrial Boot Camp (IBC) MARA berjaya melatih hampir 5,000 peserta dengan jaminan Hampir 30 juta ringgit disediakan bagi meneruskan manfaat IBC.

 

  • Rakan Muda diberi nafas baharu supaya tidak tertumpu aktiviti mengisi masa lapang, tetapi wahana membentuk jati diri dan menjauhkan belia daripada gejala merosakkan. Rakan Muda disediakan 40 juta ringgit antaranya untuk program mendekati belia di desa yang tercicir dan terpinggir daripada pendidikan dan pekerjaan.

 

  • Kerajaan menggalakkan anak muda menceburi

 

  • BSN menyediakan pembiayaan 150 juta ringgit kepada usahawan belia yang berumur 30 tahun ke bawah.

 

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SME Corp menyediakan 12 juta ringgit untuk latihan dan bantuan

 

  • Kerajaan terus menanggung bayaran mendapatkan lesen motosikal kelas B2 bagi menyokong belia kurang mampu terlibat dalam perkhidmatan penghantaran.

 

KEBAJIKAN KUMPULAN TUMPUAN

 

  1. Iltizam MADANI memastikan komuniti Orang Asli tidak terpinggir, selari dengan prinsip “Leave No One Behind” di bawah SDG 2030. Peruntukan ditingkatkan kepada 412 juta ringgit bagi memperkasa Orang Asli secara menyeluruh, tidak termasuk peruntukan di bawah Bumiputera.

 

  1. Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 bagi memperkukuh hak dan kepentingan Orang Asli berkaitan tanah dan kebajikan.

 

  1. Jalan-jalan di Kampung Orang Asli ditambah baik dengan kos 155 juta ringgit. Ini termasuk jalan baharu di:

 

  • Kampung Orang Asli Batu Peti dan Panchor, Jempol, Negeri Sembilan; serta
  • Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut,

 

  1. Premis TABIKA dinaik taraf di semua Kampung Orang Asli dengan kos hampir 13 juta ringgit. Ini termasuk empat tabika Orang Asli baharu di:

 

  • Kampung Kuala Terbol, Temerloh, Pahang;
  • Kampung Tanjung Tuan, Mersing, Johor;
  • Kampung Uli Kuang, Gombak; dan
  • Kampung Taman Desa Kemandol, Kuala Langat,

 

 

  1. Bagi menangani isu keciciran murid, Kerajaan akan memperluas Program Chup Badui Sikulah, sekolah terapung di Hulu Perak bagi mendidik lebih 350 anak-anak Orang Asli.

 

  1. Golongan OKU adalah sebahagian daripada kita—yang punya keistimewaan, ketabahan dan bakat tersendiri.

 

  • Bantuan hampir 1.4 bilion ringgit akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.

 

  • Tahun ini kita menubuhkan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) di Semenanjung. Operasi PPA akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak untuk manfaat 13 ribu OKU autisme dan keluarga mendapatkan sokongan bersepadu.

 

  • Prasarana komited menyediakan 100 buah van mobiliti khas untuk memudahkan pergerakan golongan OKU. Van ini berupaya membawa sehingga tiga penumpang berkerusi roda dan dilengkapi dengan sistem pengangkat kerusi

 

  • Kerajaan bercadang pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan kepada 10 ribu ringgit ketimbang 6,000 ringgit.

 

  1. MADANI akan memastikan setiap rakyat diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan lebih baik.

 

  • Sejak Mac 2023, 200 ribu rakyat bebas daripada belenggu bankrap. Bagi membela ibu bapa tunggal yang menanggung anak, usahawan mikro yang terkesan krisis, mangsa scam, serta mangsa projek terbengkalai, Dasar Peluang Kedua Fast Track diperkenalkan untuk mempercepat proses melalui kaedah lebih ringkas dan bersasar.

 

  • 15 juta ringgit diperuntukkan untuk memperkasa Program Peluang Kedua untuk manfaat 1,700 individu termasuk bekas penagih di Pusat Pemulihan penagihan Narkotik; dan Peluang Kedua kepada 3,000 bekas banduan wanita yang tidak mendapat sokongan keluarga melalui pemberian

 

insentif mula niaga bagi menjana pendapatan memulakan semula kehidupan.

 

  • Saya menyeru   lebih    banyak            syarikat     swasta tampil menjayakan ikhtiar peluang kedua.

 

  1. Atas dasar kemanusiaan, pelarian khususnya kebajikan anak- anak kecil terus ditambah baik. 10 juta ringgit bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian, di samping menaik taraf tiga Depot Tahanan Imigresen dan tiga Baitul Mahabbah sebagai Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka Dewasa dan Kanak-kanak.

 

TEKAD TUJUH: MENJAMIN KELANGSUNGAN HIDUP RAKYAT

 

“Kesejahteraan rakyat adalah undang-undang tertinggi”.

 

 

  1. Kerajaan memastikan sebarang penjimatan dan hasil tambahan diutamakan untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat terutamanya dalam meringankan beban sara hidup.

 

 

 

MENOKTAH KEMISKINAN TEGAR

 

  1. Hari ini, kita bersyukur menyaksikan hasil nyata perjuangan MADANI. Buat pertama kali dalam sejarah, kadar kemiskinan tegar negara menurun daripada 2 peratus ke paras hampir sifar—hanya

0.09 peratus atau sekitar 7,000 isi rumah seluruh Malaysia.

 

 

  1. Ini kerana kita menggunakan kadar PGK Makanan 2022 1,198 ringgit sebelum ini. Susulan kenaikan PGK Makanan 2024 kepada 1,236 ringgit, insya-Allah baki 7,000 miskin tegar dinoktahkan sebelum akhir tahun ini.

 

  1. Beg Belanjawan 2026 yang saya bawa hari ini dihasilkan perusahaan sosial Heart Treasures dan Tanoti, yang menggunakan bahan kitar semula sarung tangan nitril dan fabrik terbuang; dan beg ini hasil kerja tangan Saudara Anthony Liew You Chung, seorang anak muda OKU. Kerajaan mendukung peranan perusahaan sosial yang membantu rakyat, terutama golongan rentan diakar umbi

 

menambah pendapatan. Selaras dengan strategi RMK13 untuk memperkukuh daya tahan pemain Sektor Ketiga:

 

  • Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh permohonan pengecualian cukai pendapatan perusahaan sosial sehingga

 

  • 120 juta disediakan sebagai geran padanan untuk yayasan GLIC dan GLC berganding bahu dengan Kerajaan dalam menangani isu-isu rakyat seperti menangani keperitan golongan miskin bandar, mengatasi gelandangan di bandar dan membina keupayaan bekas penghuni rumah perlindungan JKM untuk berdikari.

 

  1. BSN berjaya memupuk budaya perniagaan tanpa tunai dalam kalangan penjaja kecil di Pulau Tioman dan Kabong, Sarawak, selain menganjurkan latihan usahawan kepada Komuniti Tenun Songket Penjara Marang, Samping yang saya pakai hari ini hasil keluaran Penjara Marang. 50 juta ringgit disediakan kepada BSN, antaranya untuk:

 

  • menyediakan geran perniagaan sehingga 10 ribu ringgit kepada 1,000 usahawan mikro berpotensi sebagai modal membeli peralatan perniagaan;

 

  • menyediakan khemah penjaja, peranti sound box dan sistem QR kepada peniaga pasar malam di Pangkor, Perak dan Kuala Tahan, Pahang;

 

  • menganjurkan program bimbingan keusahawanan kepada Penjara Penor, Pahang dan Penjara Taiping, Perak; dan

 

  • menganjurkan program pembangunan usahawan di IPT untuk melatih mahasiswa yang mahu menceburi bidang perniagaan.

 

KOS SARA HIDUP RAKYAT

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

 

  1. Walaupun angka-angka ekonomi nampak meyakinkan, kita akui kos sara hidup meningkatkan dan membebankan. Mengakui kenyataan tersebut, bantuan tunai rakyat akan ditambah.

 

  1. Tahun ini, Kerajaan menyediakan 13 bilion ringgit untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaat hampir 9 juta Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai 6 bilion ringgit. Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, Bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai 2 bilion ringgit, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober. Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.

 

Kedum Perukkamum Illalla Nenjaththuk Kotaamai Saandrork Kani

 

Terjemahan: Susah dan senang silih berganti, namun keteguhan hati nurani adalah mercu tertinggi kemuliaan insan.

 

  • Alhamdulillah, SARA bulanan diterima baik rakyat dengan kadar penggunaan mencecah 98 peratus. Ia kaedah bersasar yang memastikan SARA diguna untuk membeli barangan asas seperti makanan, ubat dan alat sekolah.

 

  • SARA juga membantu 8,400 premis termasuk 2,000 kedai runcit kecil. Saya sempat meninjau pelaksanaan SARA di kedai runcit Baling, Kedah dan melihat sendiri produk tempatan seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Lembu Berlaga boleh dibeli melalui SARA.

 

  • Ini tentunya akan diperluas supaya lebih banyak kedai runcit kecil di pedesaan dan kedai koperasi dilibatkan serta lebih banyak barang tempatan disenaraikan.

 

  1. Sukacita diumumkan, bagi tahun 2026, semua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga 100 ringgit setiap bulan atau 1,200 ringgit setahun. Manakala, 1 juta penerima STR di bawah e- Kasih menerima SARA sehingga 200 ringgit sebulan atau 2,400

 

ringgit setahun. Kategori bujang menerima 600 ringgit iaitu 50 ringgit sebulan melalui SARA.

 

  • Kadar maksimum diterima isi rumah ialah 4,600 ringgit, iaitu pendapatan bawah 2,500 ringgit sebulan dengan lima anak menerima STR 2,200 ringgit dan SARA 2,400 ringgit.

 

  1. 31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat 100 ringgit Penghargaan Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah.

 

  • Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.

 

  • STR SARA 2026 berjumlah 15 bilion Peningkatan ini adalah hasil penjimatan yang diraih dari penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.

 

  1. Ada dalam kalangan rakyat yang cenderung memantau program ekonomi dari sudut kaum. Maka wajar dijelaskan tentang bantuan STR, SARA, SJKP, dan SJPP.

 

  • Bantuan STR dan SARA, kaum Melayu meningkat: 5 bilion ringgit (2022) kepada 7.1 bilion ringgit (2025); Bumiputera Sabah dan Sarawak naik: 1.1 bilion ringgit kepada 1.9 bilion ringgit. India naik: 0.6 bilion ringgit kepada 1 bilion ringgit.

 

  • SJKP: jaminan Kerajaan untuk pinjaman rumah meningkat. Bumiputera 2 bilion ringgit (setakat 2022) kepada 3 bilion

ringgit (2023 & 2024) dan India 0.2 bilion ringgit kepada 1.9 bilion ringgit. Kaum India turut memanfaat program sosioekonomi di bawah MITRA, TEKUN dan AIM berjumlah 220 juta ringgit.

 

  • SJPP: jaminan Kerajaan untuk pinjaman perniagaan juga meningkat. PKS Cina, 11.9 bilion ringgit (2022), 13.4 bilion

(2023) dan 13.9 bilion (2024), iaitu lebih 75 peratus daripada jumlah SJPP.

 

  1. Pada masa yang sama, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat terus disalurkan kepada lebih 560 ribu penerima dengan peruntukan 3.1 bilion ringgit, ketimbang 2.9 bilion ringgit.

 

  1. Jualan RAHMAH beri manfaat besar untuk rakyat membeli barangan asas  pada  harga  lebih    Tahun  hadapan, 1 bilion ringgit disediakan bagi menangani kos sara hidup termasuk 600 juta ringgit khusus untuk memperbanyak program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN seluruh negara.

 

  1. Khusus untuk rakyat di pedesaan dan pedalaman Sabah Sarawak, 250 juta ringgit disediakan bagi menanggung kos pengedaran barang asas ke kawasan seperti Taradas, Kudat dan Kawayoi, Kinabatangan, Sabah serta Entaroh, Kapit dan Nanga Segeris, Sibu, Sarawak.

 

SKIM PERLINDUNGAN UNTUK RAKYAT

 

  1. Ada yang bekerja sendiri tidak mampu mencarum perlindungan diri, terutama anak-anak muda. Bagi melengkapkan perlindungan sosial dan menggalakkan caruman KWSP, pekerja gig, e-hailing dan p-hailing, akan diberi insentif caruman padanan sehingga 600 ringgit setahun atau 6,000 ringgit seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus. Skim i-Saraan juga diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri yang lain dengan caruman padanan sehingga 500 ringgit setahun atau 5,000 ringgit seumur hidup.

 

  1. Akta Pekerja Gig 2025 telah mewajibkan caruman PERKESO untuk pekerja gig. Kerajaan bersetuju menanggung 70 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pekerja gig di sektor yang belum dimandatorikan yang pertama kali mendaftar; manakala insentif 50 peratus bagi tahun kedua.

 

  1. Pencari kerja atau graduan baharu yang menerima tawaran kerja yang perlu berpindah lokasi akan menerima insentif bernilai sehingga seribu ringgit daripada PERKESO.

 

  1. Kepada kaum ibu, umur kelayakan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum.

 

  1. PERKESO akan melengkapkan pusat rehabilitasi di Melaka, Perak, Terengganu dan terbaru di Pulau Pinang dengan pusat berkapasiti 250 katil.

 

  1. PERKESO turut menaikkan kadar maksimum 170 ringgit ketimbang 150 ringgit bagi setiap rawatan hemodialisis dengan implikasi tambahan sebanyak 52 juta ringgit setahun.

 

PERSEDIAAN MENUJU NEGARA TUA

 

  1. Kita menuju negara tua menjelang 2043. Persediaan mesti dimulakan sekarang bagi menjamin kesejahteraan hidup warga emas sambil memperkukuh ekonomi penjagaan dan solidariti

 

  1. Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 akan digubal sebagai panduan strategik menyeluruh yang bakal diluncur semasa New Frontiers on Care Conference peringkat ASEAN November ini.

 

  1. Peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan kepada 1.26 bilion ringgit melibatkan 180 ribu warga emas, antaranya untuk wang saku, bantuan sosioekonomi dan pusat aktiviti.

 

  1. RMK13 menumpukan pembinaan ekosistem perkhidmatan penjagaan yang mampan, berkualiti, mudah diakses dan mampu

 

  • Kerajaan akan membangunkan piawaian nasional bagi sektor penjagaan, yang menjadi asas kepada pengiktirafan sektor ini sebagai satu bidang profesional. KPWKM akan menawarkan kursus TVET bagi care workers dengan peruntukan 5 juta ringgit.

 

  • KWAP dengan komitmen 300 juta ringgit telah merintis projek rumah warga emas mandiri di atas tanah Baitulmal di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. KWAP juga sedang menilai potensi projek serupa di lokasi lain bagi memanfaat lebih ramai warga emas berpendapatan

 

  • Kerajaan bersetuju potongan cukai dua kali bagi syarikat yang menaja latihan bagi OKU diperluas kepada penajaan program latihan pekerja jagaan (care worker) yang diiktiraf

 

TEKAD LAPAN: MEMPERKASA PERKHIDMATAN RAKYAT

 

KESIHATAN

 

  1. Perkhidmatan kesihatan menagih suatu kebijakan dan pendekatan holistik dalam meleraikan segala kerumitan yang membelenggu. RMK13 telah menegaskan keperluan reformasi kesihatan yang menyeluruh berpandukan empat tonggak Kertas Putih Kesihatan. Pembaharuan ini penting bagi membina integrasi utuh antara sektor awam dan swasta, dengan matlamat memastikan capaian perkhidmatan kesihatan yang bermutu, adil dan mampu bayar untuk manfaat warga.

 

  1. Belanjawan 2026 memperuntukkan 46.5 bilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan, meningkat ketimbang 45.3 bilion ringgit tahun ini.

 

  1. Tahun hadapan, Kerajaan komited menumpukan kepada enam permasalahan utama sektor kesihatan.

 

  1. PERTAMA: Mutu prasarana kesihatan awam ditingkatkan. Semua hospital dan klinik Kerajaan akan diselenggara dan baik pulih melibatkan peruntukan 1.2 bilion ringgit. Wad-wad hospital daerah seluruh negara turut dinaik taraf (100 juta ringgit). Peralatan perubatan lapuk akan diganti selain memperoleh peralatan canggih untuk disiplin baharu (755 juta ringgit).

 

  1. SKMM menyediakan 650 juta ringgit antaranya untuk meningkatkan ketersambungan internet di hospital awam, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa.

 

180.    KEDUA: Isu kesesakan di hospital awam dileraikan.

 

 

  • Kerajaan akan meningkatkan kerjasama bagi menyumber luar pesakit ke hospital tentera, universiti dan swasta – 140 juta ringgit.

 

  • Bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital awam, peranan klinik kesihatan turut diperkasa untuk menyediakan perkhidmatan pakar kepada komuniti – 30 juta

 

  • Kerajaan akan membina hospital, klinik dan blok tambahan baharu meliputi:

 

  • Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah;
  • Blok tambahan baharu di Hospital Pontian, Johor; Hospital Banting dan Hospital Sungai Buloh, Selangor;
  • Pembangunan Advanced Surgical Block di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian, Kelantan;
  • Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II;
  • 13 buah Klinik Kesihatan baharu, antaranya di Machang, Kelantan; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Mukah, Sarawak; dan Nabawan, Sabah; dan

 

  • Termasuk menyegerakan pelaksanaan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor.

 

181.    KETIGA: Ikhtiar menangani isu kenaikan inflasi perubatan.

 

  • Sebanyak 60 juta ringgit dana bersama Kerajaan dan industri disediakan bagi memperkenalkan produk insurans asas mampu milik untuk semua dan melaksanakan Diagnosis Related Group (DRG).

 

  • Bagi menggalakkan caruman perlindungan insurans atau takaful dalam kalangan rakyat, Kerajaan bercadang supaya:

 

  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3,000 ringgit yang diberikan ke atas bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa untuk diri dan pasangan, diperluas bagi meliputi anak.

 

  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas polisi insurans atau sijil takaful bernilai kecil yang dibeli oleh individu dan PMKS dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun sehingga 2028.

 

  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas polisi insurans dan sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang turut dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun sehingga 2028.

 

  • Bagi menggalakkan hospital swasta membantu pesakit kurang mampu mendapat rawatan kesihatan, hospital swasta dibenar menubuhkan Tabung Kebajikan Hospital yang diuruskan oleh syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ). Pendapatan diterima oleh tabung diberi pengecualian cukai dan pihak yang menyumbang kepada tabung tersebut turut layak mendapat potongan cukai.

 

  • Pencarum KWSP boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk melanggan pelan asas insurans atau takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

 

  • Sejak diperkenalkan, mySalam telah membayar tuntutan bagi manfaat hospitalisasi dan penyakit kritikal melebihi

1.2 bilion ringgit memanfaatkan lebih 1.7 juta penerima.

 

  • Sukacita diumumkan inisiatif MySalam diteruskan untuk tahun 2026 bagi terus membantu rakyat berpendapatan rendah dengan persediaan subsidi perlindungan hospitalisasi dan penyakit kritikal.

 

  1. KEEMPAT: Kerajaan MADANI cakna isu Doktor Kontrak dan kebajikan petugas kesihatan.

 

  • Sejak 2023 hingga 2025, Kerajaan MADANI yang telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap. Termasuk pengisian tahunan, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap. Sukacita diumumkan, Kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

 

  • Manakala untuk jawatan jururawat, seramai 833 jururawat kontrak telah ditawarkan lantikan tetap tahun ini. Tahun hadapan, seramai 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawar jawatan tetap.

 

  • Kadar fi perundingan pengamal perubatan am tidak disemak sejak Kerajaan bersetuju menetapkan semula kadar fi perundingan antara 10 ringgit sehingga 80 ringgit ketimbang 10 ringgit sehingga 35 ringgit sebelum ini. Ini beri ruang lebih fleksibel sesuai tahap perkhidmatan ditawarkan, sambil mengekalkan kadar minimum yang tidak membebankan rakyat.

 

 

  • Bagi menghargai dedikasi pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian, sukacita saya

 

umumkan, kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Oktober 2025 dengan peruntukan tambahan 120 juta ringgit setahun. Umpamanya, doktor pakar yang diarah bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar ETAP ditingkatkan kepada 350 ringgit ketimbang 250 ringgit.

 

  1. KELIMA: Bagi menjamin keterjaminan ubat, Kerajaan akan merintis projek usaha sama awam-swasta bagi ubat-ubatan penting yang akan meningkatkan keterjaminan bekalan ubat negara serta daya saing industri ubat tempatan.

 

  1. KEENAM: Agenda Nasional Malaysia Sihat

 

 

  • Bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia, kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November 2025 seperti berikut:

 

Pertama:   rokok naik 2 sen per batang;

Kedua:      cigars, cheroots dan cigarillos naik 40 ringgit per kilogram; dan

Ketiga:      produk   heated   tobacco               naik        20               ringgit    per kilogram kandungan tembakau.

 

  • Pada masa yang sama, Kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk

 

terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027.

 

  • Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, Kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.

 

  • Hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

 

  • Mencegah lebih baik daripada mengubati. Dicadangkan, perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.

 

PENDIDIKAN

 

  1. Dalam dunia serba rumit—ditandai persaingan sengit ekonomi, ledakan kecerdasan buatan, dan perubahan iklim yang mendesak— pendidikan tidak boleh lagi terbatas pada membaca dan menulis. Kita mahu kemenjadian anak bangsa yang berfikir, beradab, berdaya saing, dan berani mencipta.

 

  1. RMK13 telah meletakkan asas reformasi pendidikan, agar sistem pengilmuan lebih menyeluruh dan tangkas menanggapi tuntutan masa depan. Pendidikan menengah pula diwajibkan susulan lulusnya RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan yang mulia ini.

 

  1. Tahun hadapan, Kementerian Pendidikan menerima 2 bilion ringgit ketimbang 64.2 bilion ringgit tahun ini.

 

  1. PERTAMA: Mutu prasarana sekolah kekal keutamaan MADANI. Hampir 2 bilion ringgit disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah. Ini termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat.

 

  1. 38 buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Ini meliputi:

 

  • SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor
  • SK Bukit Siput, Segamat, Johor
  • SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor
  • SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan
  • SK Desa Damai Bentong, Pahang
  • SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah
  • SK Sabandar, Tuaran, Sabah

 

  • SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah
  • SK Sri Sadong, Serian, Sarawak
  • SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor
  • SK Puchong Permai, Puchong, Selangor
  • SK Taman Desa (3), Rawang, Selangor
  • SMK Taman Aspira, Johor Bahru, Johor
  • SMK Laman Estuari, Johor Bahru, Johor
  • SMK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor
  • SMK Bandar Putra 3, Kulai, Johor
  • SMK Cahaya Masai, Johor Bahru, Johor
  • SMK Taman Cendana, Johor Bahru, Johor
  • Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa, Johor Bahru, Johor
  • SMK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah
  • Kompleks Sekolah Batu Berendam, Melaka
  • SMK Rumbia, Melaka
  • Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin, Melaka
  • Kompleks Sekolah Desa Casuarina, Negeri Sembilan
  • SMK Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
  • SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak
  • SMK Eco Grandeur, Kuala Selangor, Selangor
  • SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor
  • SMK Cyberjaya (2), Sepang, Selangor
  • SMK Bukit Puchong, Sepang, Selangor
  • SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
  • SMK Setia Alam (2), Shah Alam, Selangor
  • Kompleks Sekolah Bukit Jalil, Kuala Lumpur

 

  • SMK Intan Baiduri, Kuala Lumpur
  • SMK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
  • Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 6(1), Putrajaya
  • SK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor
  • SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan

 

 

  1. Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua, Perak juga akan dibina semula.

 

  1. KEDUA: Projek sekolah akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid.

 

  • Pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada berjaya siap dalam tempoh maksimum enam bulan. 100 juta ringgit disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi.

 

  • 350 buah kelas prasekolah baharu juga dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan lebih 100 juta ringgit. Ini bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah.

 

  1. KETIGA: Kerajaan akan memastikan anak-anak keluarga susah mendapat pelajaran demi masa depan lebih baik.

 

  • 150 juta ringgit Biasiswa Kecil Persekutuan untuk anak-anak

 

  • 870 juta ringgit Rancangan Makanan Tambahan untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada 870 ribu murid.

 

  • Pada masa ini, Bantuan Am Persekolahan hanya diberikan murid miskin sehingga tingkatan tiga. Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan ini kepada murid miskin sehingga tingkatan 5 dengan jumlah peruntukan 180 juta ringgit.

 

  • Semua 2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima 150 ringgit Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan 800 juta ringgit. Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa. Ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak.

 

  1. KEEMPAT: Pendidikan awal kanak-kanak terus

 

 

  • Enam taska, tabika KEMAS baharu juga dibina, antaranya:
    • Tabika Kampung Lendu, Melaka; dan
    • Taska Kampung Gong Beting, Dungun,

 

  • Kemudahan taska perpaduan di seluruh negara ditambah baik dengan peruntukan 20 juta ringgit.

 

  • Selari dengan tuntutan literasi digital, televisyen pintar akan dibekalkan kepada 10,800 kelas prasekolah, taska dan tabika seluruh negara dengan kos 70 juta ringgit.

 

  1. KELIMA: Kepada ibu bapa yang cekal membesarkan anak- anak istimewa, Kerajaan berikrar untuk terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa.

 

  • Dua sekolah pendidikan khas baharu akan dibina iaitu:
    • SMK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor; dan
    • SMK Pendidikan Khas Pasir Mas,

 

  • 35 buah blok tambahan bagi pendidikan khas di sekolah sedia ada juga dibina dengan kos 700 juta ringgit.

 

  • Tabika KEMAS akan menyediakan Kelas Tunas Istimewa di setiap negeri untuk kanak-kanak mild autism. Antaranya di:
    • Tabika Komta Gong Kuin, Kuala Nerus, Terengganu;
    • Tabika Kerupang 3, Labuan; dan
    • Tabika FELDA Teloi Timur, Kuala Ketil,

 

  • Semua 150 ribu murid OKU menerima Elaun 150 ringgit sebulan dengan peruntukan 270 juta ringgit.

 

  • Kemudahan sekolah dan peralatan ditambah baik supaya mesra OKU dengan peruntukan 30 juta ringgit.

 

  1. Isu keciciran pendidikan ditangani melalui Program Anak Kita dengan kerjasama Yayasan Hasanah (30 juta ringgit).

 

  1. Selaras penekanan RMK13 kepada latihan dalam perkhidmatan, 115 juta ringgit bagi membekalkan guru dengan latihan persediaan kurikulum 2027 dan latihan pedagogi STEM.

 

  1. Bagi tahun hadapan, Kementerian Pendidikan Tinggi menerima 18.6 bilion ringgit. Lebih 400 juta ringgit adalah untuk menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

 

  1. Tiada anak muda harus terhenti cita-citanya kerana kekangan kewangan. Pendidikan tetap pelaburan utama yang menjamin masa depan lebih baik. Kerajaan akan terus menyokong anak muda keluarga susah dengan bantuan dan peluang yang adil untuk melangkah ke menara gading.

 

  1. Bagi membantu anak muda melanjutkan pengajian:

 

 

  • Peruntukan Kerajaan dan GLIC sebanyak 4.4 bilion ringgit disediakan sebagai biasiswa, pinjaman, elaun pendidikan untuk anak muda keluarga miskin melanjutkan pelajaran.

 

  • Sementara itu, pihak swasta diberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan. Ini meliputi biasiswa Ijazah Sarjana Muda dan

 

turut diperluas kepada kelayakan profesional antaranya dalam bidang ICT, kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

 

  • Program Celik MADANI oleh PNB akan diteruskan dengan pemberian pelaburan awal 50 ringgit dalam ASB atau ASM kepada 200 ribu pelajar. PNB juga akan menawarkan 5 bilion unit tambahan bagi ASB 3 Didik dan ASM.

 

  1. Ketika di dalam kampus, kebajikan mahasiswa

 

  • Ikhtiar Dapur MADANI, KPT, 26 juta ringgit supaya mahasiswa dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah.

 

  • Dapur MADANI juga dilaksanakan untuk mengusahakan bantuan makanan kepada mahasiswa susah melalui sumbangan CSR sektor swasta.

 

  • Program MySiswa Job On Campus juga dilaksanakan iaitu peluang pekerjaan sambilan di dalam kampus dengan peruntukan 20 juta ringgit. Ini membantu mahasiswa serba kekurangan mendapat pendapatan dan melatih kemahiran keusahawanan yang boleh dimanfaat selepas bergraduasi.

 

  1. Universiti sedang berdepan krisis penginapan. Sebagai langkah awal, KWSP dan UM akan merintis kerjasama membina 1,000 unit residensi di Universiti Malaya.

 

  1. PTPTN lahir dari iltizam mengeluarkan anak bangsa dari kancah kemiskinan melalui pendidikan. Sejak penubuhan, PTPTN telah membuka jalan kepada jutaan mahasiswa menjejak kaki ke menara ilmu dan mengubah nasib keluarga. Sukacita saya umumkan, mulai tahun 2026:

 

  • Kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, dengan peruntukan 120 juta ringgit

 

  • Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah. Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan 90 juta ringgit setahun.

 

  • Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.

 

  1. Kerajaan bersetuju menambah 1,500 lagi unjuran tempat bagi Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti

 

penyelidikan antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, AI serta bahasa. Ini bagi beri ruang lebih ramai anak muda cemerlang termasuk lulusan STPM melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan.

 

  1. Bagi memperkasa bidang perubatan, Kerajaan bersetuju melaksanakan dua projek kerjasama awam-swasta iaitu Pembangunan Teknopolis Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya Health Metropolis. Selain untuk tujuan pembelajaran anak-anak, ini juga meningkatkan capaian kemudahan kesihatan moden untuk manfaat penduduk sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

 

  1. Kerajaan bersetuju membenarkan hospital pengajar universiti awam menubuhkan tabung endowmen. Sumbangan diterima layak mendapat potongan cukai pendapatan dan semua sumbangan yang diterima, termasuk pendapatan yang terbit dari tabung, dikecualikan cukai sepenuhnya.

 

  1. Bidang aeronautik diperkasa dengan peruntukan 16 juta UniMAP akan membangunkan Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat, Perlis—kemudahan pertama negara bagi pengujian penerbangan altitud rendah yang kian penting dalam sektor logistik, pemetaan, pertanian pintar dan keselamatan. UTHM—universiti di ASEAN pertama yang punyai lapangan terbang menyokong industri penerbangan maritim dan melahirkan juruterbang amfibia tempatan.

 

MOBILITI RAKYAT

 

  1. Mobiliti rakyat bukan soal prasarana fizikal semata-mata. Ia nadi yang memacu iktisad dan penghidupan Dari ceruk desa terpencil hingga ke metropolis utama, sistem pengangkutan awam dan jalan raya mesti cekap, selamat dan terhubung.

 

  1. Kepada pengguna pengangkutan awam:

 

 

  • Perkhidmatan bas henti-henti disediakan hampir 200 juta ringgit termasuk menambah laluan baharu dan bas tambahan di Johor Bahru bagi menampung keperluan perkhidmatan RTS yang bakal beroperasi.

 

  • Walaupun Perkhidmatan Udara Luar Bandar, RAS telah diserahkan kepada Kerajaan Sarawak, Kerajaan MADANI tetap menyediakan subsidi RAS 209 juta ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah Sarawak.

 

  • Pas MyRailLife secara percuma bagi perkhidmatan kereta api KTM Komuter dan Shuttle DMU kepada komuniti OKU, semua murid sekolah, dan akan diperluas kepada semua kanak-kanak bawah 6 tahun.

 

  1. Ketersambungan rel negara diperkukuh untuk

 

 

Pertama: ETS mula beroperasi ke Stesen Kluang Ogos lalu, manakala fasa terakhir ke Johor Bahru Sentral dijangka siap akhir 2025.

 

Kedua: LRT3 dijangka beroperasi akhir 2025. Ini akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara ke Johan Setia, Klang yang mampu membawa lebih 6,200 penumpang setiap jam setiap arah.

 

Ketiga:  ECRL Fasa 1 Kota Bharu-Gombak dijangka siap akhir 2026. Ini mengurangkan masa perjalanan Kelantan ke Lembah Klang kepada 4 jam.

 

Keempat: Naik taraf Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik di Lembang Klang Fasa 2 dijangka siap sepenuhnya 2029. Ini akan menghubungkan Bandar Tasik Selatan ke Seremban dan Simpang Pelabuhan Klang ke Port Klang dengan kos pembinaan 4.1 bilion ringgit.

 

Kelima: Kecekapan LRT Laluan Kelana Jaya ditingkatkan melalui penggantian 26 unit tren baharu dengan kos 1 bilion ringgit oleh Prasarana.

 

Keenam: LRT Laluan Mutiara mula dilaksanakan yang bakal memanfaat 1.8 juta penduduk selain 3.5 juta pengunjung luar ke Pulau Pinang.

 

  1. Prasarana komited menambah perkhidmatan bas dan van dengan capaian yang lebih meluas, moden dan mesra alam.

 

  • 310 bas baharu akan diterima menjelang Februari 2026 untuk menambah kekerapan perkhidmatan bas di kawasan

 

  • 300 van bagi program Demand Responsive Transit (DRT) akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, meningkatkan perkhidmatan van perantara untuk capaian batuan pertama dan akhir pengguna.

 

  • 1,450 bas elektrik dan 300 van elektrik akan diperoleh secara berfasa sehingga 2030 sebagai usaha untuk beralih kepada pengangkutan hijau rendah karbon.

 

  1. Kita berdukacita atas tragedi demi tragedi meragut nyawa di jalan raya—daripada kemalangan bas yang membawa anak-anak penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), nahas bas pelancong di Ayer Hitam, kemalangan trak anggota polis di Teluk Intan, hingga ke insiden lori di plaza tol Bukit Kajang baru-baru ini yang meragut nyawa bayi tidak berdosa.

 

  1. Pendekatan lebih tegas diambil bagi membendung kejadian seumpama ini terus berulang. Kementerian Pengangkutan di peringkat akhir menetapkan peraturan had kelajuan untuk kenderaan berat. Sementara itu, ikhtiar lain, antaranya:

 

  • 5 bilion ringgit untuk selenggara Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan di kawasan berisiko serta mengganti perabot jalan. 700 juta ringgit dikhaskan untuk kontraktor G1-G4.

 

  • 6 bilion ringgit pemberian MARRIS kepada negeri untuk menyelenggara jalan negeri seluruh negara.

 

  • 30 juta ringgit untuk memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat kerja-kerja pembaikan kecil di daerah termasuk aduan rakyat melalui aplikasi MYJalan.

 

  • Lembaga Lebuhraya Malaysia akan memasang 3,000 unit lampu LED di beberapa lokasi tumpuan lebuh raya yang berisiko terjadi kemalangan.

 

  • Bagi membantu penguatkuasaan had laju, Kerajaan bercadang, kos pembelian alat pengehad kelajuan untuk kenderaan berat diberi Elaun Modal Dipercepatkan untuk dituntut dalam tempoh satu tahun.

 

  • Program Saringan Kesihatan PERKESO juga diperluas kepada pemandu pengangkutan awam dan barangan.

 

  1. Kereta melebihi 20 tahun yang tidak ekonomik berisiko menjejaskan keselamatan. Kerajaan bersama syarikat pengeluar kenderaan nasional menyediakan geran padanan sehingga 4,000 ringgit untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.

 

KEDIAMAN RAKYAT

 

“Jangan biarkan kota menjadi megah tetapi hati manusia di dalamnya kontang dan kering. Hati yang subur adalah kota sebenar bagi peradaban.”

—Buya Hamka (dipetik dari ‘Tasauf Moden’)

 

 

  1. Konsep Kota MADANI lahir dari kekuatan dalaman untuk memaknai falsafah MADANI. Kota MADANI Presint 19 merupakan kota pertama dalam negara yang dianggap smart city, AI dan hijau, menyediakan 10 ribu rumah dengan 80 peratus khusus untuk penjawat awam.

 

  1. Sekolah Vertikal mengoptimum sumber di kawasan berkepadatan tinggi iaitu sekolah dan perumahan di bangunan yang sama. Tiga projek rintis terlibat termasuk:

 

  • Kota MADANI Presint 19, Putrajaya;
  • Rumah Bakat   MADANI  SkyWorld               Pearlmont,           Seberang Perai, Pulau Pinang; dan

 

  • Residensi Aman MADANI, Bandar Sri Permaisuri,

 

 

  1. Kerajaan juga akan meneruskan pembinaan kediaman

 

 

Pertama: Program Residensi Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat (672 juta ringgit). Sebilangan projek akan siap tahun depan untuk manfaat 33 ribu penghuni, antaranya PRR Ayer Lanas, Jeli, Kelantan dan PRR Masai, Johor.

 

Kedua: 80 ribu lagi pembeli rumah pertama ditawarkan jaminan SJKP yang meningkat sehingga 20 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit. Peningkatan ini dapat membantu lebih ramai pekerja gig dan pekerja sendiri.

 

Ketiga:  lebih 3,300 rumah daif termasuk 380 rumah nelayan akan dibaik pulih atau bina baharu dengan peruntukan 500 juta ringgit.

 

Keempat: Kemudahan kawasan PPR yang lebih manusiawi:

 

 

  • 143 juta ringgit untuk selenggara rumah strata kos rendah sederhana termasuk penggantian lif- lif yang usang.
  • Hampir 90 juta ringgit, menambah baik prasarana asas Kampung Baru Cina dan kampung India.

 

  • 95 juta ringgit, membaik pulih dan menaik taraf tandas awam serta taman awam di semua PBT.

 

Kelima:     Sosioekonomi komuniti PPR dipelihara.

 

 

  • Kesedaran pengurusan kebakaran dan lemas di air melalui Program Bomba Bersama Rakyat.
  • Aktiviti Sukan Rakyat untuk komuniti dan warga emas seperti kelas asas renang, seni bela diri dan riadah dianjurkan.

 

  1. Kepada pembeli rumah pertama, Kerajaan bercadang pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga 500 ribu ringgit, dilanjutkan selama dua tahun iaitu sehingga 31 Disember 2027.

 

  1. Kerajaan bercadang mengenakan duti setem pada kadar rata daripada empat kepada lapan peratus ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh individu bukan warganegara dan syarikat asing, kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia. Langkah ini memastikan pasaran hartanah kekal berdaya saing serta dapat mengawal kenaikan harga rumah untuk manfaat rakyat.

 

  1. Selaras dengan aspirasi RMK13, Kerajaan menggalakkan institusi kewangan untuk menyokong pelaksanaan skim sewa-beli rumah serta skim bina-kemudian-jual.

 

  1. Kerajaan mencadangkan perbelanjaan pengubahsuaian dan menukar bangunan komersial kepada tempat kediaman, diberi potongan cukai khas bersamaan 10 peratus daripada perbelanjaan yang layak dimana potongan cukai terhad sehingga 10 juta ringgit.

 

  1. Terkait premis agama masyarakat berbilang kaum, 50 juta ringgit disediakan bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara termasuk Sabah dan

 

TEKAD SEMBILAN: MEMBINA JATI DIRI, MEMBANGUN NILAI INSANI

 

MARTABAT SYIAR ISLAM

 

  1. Syiar Islam terus syumul dan tertegak di negara ini dengan peruntukan Belanjawan 2.6 bilion ringgit.

 

  1. Pada masa ini, terdapat lebih 300 sekolah pondok berdaftar dan hampir 160 tidak berdaftar. Sementara mempertahankan kurikulum tradisional, kita sedia menambah ilmu baharu seperti digital, AI dan TVET untuk masa depan anak-anak.

 

  • Prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz ditambah baik termasuk penggantian peralatan pengajian usang di institusi pondok berdaftar disediakan 150 juta ringgit.

 

  • 720 anak-anak tahfiz akan dibekalkan latihan kemahiran profesional melalui GiatMARA yang boleh dimanfaat setelah tamat pengajian.

 

  1. Institusi masjid terus diimarah sebagai pusat komuniti. Anugerah Masjid Malaysia akan diperkenalkan bagi mengiktiraf masjid cemerlang. Konvensyen Masjid turut dianjurkan sebagai wacana antara imam, ulama, umara, sarjana Islam serta teknokrat.

 

  1. Firman Allah SWT:

 

اِﻧﱠﻣَﺎ ﯾَﻌْﻣُرُ ﻣَٰﺳﺟِدَ ﱣاِاﻟﻠ ﻣَنْ ٰاﻣَنَ ﺑِﺎ ﱣﻟِﻠﮫ وَاﻟْﯾَوْمِ اْٰﻻﺧِرِ وَاَﻗَﺎمَ اﻟ  ﱠﺻٰﻠوةَ وَٰاﺗَﻰ اﻟ ﱠزٰﻛوةَ وَﻟَمْ ﯾَﺧْشَ اِ ﱠﻻ  ﱣاَۗاﻟﻠ ﻓَﻌَٰﺳٓﻰ

اُوٰﻟۤ �ﯩكَ اَنْ ﯾﱠﻛُوْﻧُوْا ﻣِنَ اﻟْﻣُﮭْﺗَدِﯾْنَ ��۝

 

Maksudnya:

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid- masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Surah Taubat (9:18)

 

 

  1. Majlis-majlis ilmu diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman umat MADANI terhadap Islam. Ini termasuk penganjuran Majlis Sama’ Hadis 2026 bagi memberi peluang umat Islam menghayati hadis-hadis Baginda Rasulullah SAW yang diperdengarkan dengan bacaan penuh tartil oleh para ulama.

 

  1. Usaha Malaysia melalui Yayasan Restu dan JAKIM untuk mencetak 1 juta naskhah al-Quran ke dalam 30 bahasa utama dunia mendapat sambutan yang amat positif daripada masyarakat dunia. Kerajaan turut perkenalkan MUSHAF MADANI sebagai sebahagian program tadabbur al-Quran di peringkat Seterusnya, kerja- kerja akan bermula untuk membangunkan Kompleks Madinatul Quran di Putrajaya.

 

  1. Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada 10 ribu ringgit ketimbang 3,000 ringgit. Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji terhad kepada penebusan 10 ribu ringgit dengan peruntukan 10 juta

 

PERPADUAN RAKYAT

 

  1. Kita bina negara ini atas tiang perpaduan–segulai sejalai, dan kita wajib pertahankan. Percikan api kebencian yang menggugat keharmonian mesti segera dipadam. Rakyat perlu hidup tanpa rasa takut dan terancam.

 

  • Dalam usaha mengukuhkan tradisi, kesenian, tatasusila serta perpaduan nasional ke arah peradaban negara bangsa, dua modul baharu iaitu Falsafah dan Cabaran Semasa serta Aspirasi Negara Bangsa diwajibkan mulai 2026 di IPT dan selanjutnya diperluaskan.

 

  • 55 juta ringgit diperuntukkan khusus untuk memperbanyak program perpaduan dan identiti nasional seperti Minggu Perpaduan, Harmoni MADANI dan Citra Nusa Muzium iaitu antaranya aktiviti bermalam di muzium.

 

  • Tiga pusat aktiviti perpaduan baharu akan dibina dengan kos 46 juta ringgit iaitu:

 

  • Kompleks Perpaduan Bukit Besar, Kuala Terengganu;
  • Pusat Aktiviti Perpaduan Bandar Seri Iskandar, Perak;
  • Pusat Aktiviti Perpaduan Miri,

 

  • Dalam sorak-sorai di stadium dan di kedai mamak—tidak dimungkiri bahawa sukan ialah wahana membina jati diri bangsa, yang buat kita berbangga menjadi anak Malaysia. 30 juta ringgit geran padanan disediakan bagi menyokong persatuan dan NGO menganjurkan aktiviti sukan rakyat.

 

  • 55 juta ringgit untuk memanfaat peranan Rukun Tetangga MADANI sebagai jambatan yang menggerakkan aktiviti kekeluargaan dalam kejiranan berbilang bangsa.

 

  • Anggota tentera darat telah turun ke lapangan memasang Jambatan Compact Bailey 100 di Kampung Air Punggai, Alor Gajah, Melaka akibat jalan runtuh. Program Jiwa Murni MADANI diperkukuh dengan peruntukan bertambah kepada 20 juta ringgit.

 

 

 

PEMBANGUNAN SUKAN

 

  1. Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini lebih bermakna apabila gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Pearly Tan-Thinaah Muralitharan melakar sejarah, beregu campuran dan wanita pertama yang meraih kejayaan di Kejohanan Badminton Lebih manis,

 

kita juga membawa pulang 25 emas, 16 perak, 11 gangsa dan dinobat selaku juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025. Terbaru, Datuk Latif Romly sekali lagi memecahkan rekod sendiri dan meraih emas dalam acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Para Dunia.

 

  1. Ayuh kita berikan tepukan paling gemuruh untuk semua wira dan wirawati bangsa yang telah mengharumkan nama Malaysia dan menjulang jalur gemilang di pentas dunia.

 

  1. Semangat kejuaraan yang menyala perlu kita kekalkan bagi menggapai kejayaan lebih besar. Seyogia, pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih besar berjumlah lebih 580 juta ringgit. Ini termasuk:

 

  • Pemerkasaan sukan berprestasi tinggi termasuk program

Road to Gold;

  • Persediaan bagi Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 di Malaysia;
  • Pemerkasaan atlet para dan sukan orang pekak;
  • Penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan belia dan sukan seluruh negara; dan
  • Naik taraf padang-padang sekolah KPM seluruh

 

 

  1. Bagi menggalakkan aktiviti pembangunan sukan negara, Kerajaan bersetuju membenarkan organisasi yang diluluskan oleh LHDNM untuk menggunakan sebahagian daripada pendapatan diterima bagi menjalankan aktiviti sukan.

 

BAHASA MELAYU DAN SENI KREATIF

 

  1. Bahasa Melayu ialah nadi identiti bangsa dan wahana pemikiran kebangsaan yang mesti terus dipupuk dalam jiwa setiap rakyat. Ia bukan sekadar bahasa komunikasi, tetapi bahasa ilmu, budaya dan perpaduan.

 

  • Seyogia diperingatkan, KPM akan terus mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di semua sekolah dan

 

  • Kita perhatikan terdapat kecuaian pelaksanaan yang bercambah di 249 sekolah antarabangsa. Sekolah antarabangsa harus memastikan pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu dan kenegaraan kepada semua anak Malaysia.

 

  • Penghidupan semula Hadiah Bahasa menandakan tekad MADANI memperkasa warisan bahasa Melayu sebagai lambang maruah dan keunggulan tamadun bangsa.

 

  • Sesuai dengan tuntutan semasa, penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara harus diberikan keutamaan mulai dari peringkat rendah.

 

  1. Kerajaan MADANI mendukung penghasilan karya kreatif dalam memperkukuh ekosistem ekonomi jingga.

 

  • 110 juta ringgit insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia termasuk 10 juta ringgit khusus kepada penerbitan kandungan kenegaraan.

 

  • 10 juta ringgit insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

  • Kerajaan menyediakan 20 juta ringgit untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan.

 

  • Bagi menggalakkan usaha penggiat kreatif animasi tempatan, Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan untuk memperoleh produk merchandise dan kandungan digital.

 

 

 

PENJAWAT AWAM SEJAHTERA

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

 

  1. Mewakili Kerajaan MADANI serta seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang saban hari menjalankan amanah—berkhidmat bagi menjayakan dasar-dasar MADANI demi kesejahteraan rakyat.

 

237.    Kemudahan perumahan penjawat awam ditambah baik.

 

 

  • Hampir 2.2 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, guru, bomba, penjara.

 

  • Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang akan dibina untuk manfaat hampir 800 anggota tentera dengan kos 500 juta ringgit.

 

  • Kerajaan juga akan memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota ESSCOM di Lahad Datu, Sabah; anggota imigresen di Lipis, Pahang; dan imigresen Kuala

 

  • Kepada kakitangan kontrak yang sukar mendapat pinjaman perumahan pertama, SJKP akan menjamin pinjaman sehingga 120 peratus dengan nilai keseluruhan 1 bilion ringgit. BSN menyediakan 500 juta ringgit untuk membiayai pinjaman rumah pertama penjawat awam kontrak. Ini bakal memanfaat kakitangan kontrak termasuk guru Tabika dan Taska KEMAS.

 

  • Skim Pembiayaan Perumahan Muda di bawah LPPSA akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026 yang dijangka memanfaat sehingga 48 ribu penjawat awam muda di bawah umur 30 tahun.

 

  • Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA akan dinaikkan sehingga 1 juta ringgit selaras dengan pelarasan gaji dan peningkatan harga pasaran hartanah.

 

  • Susulan kenaikan ini, pembiayaan kali kedua dipermudah tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama tertakluk kepada had kelayakan baki pembiayaan. Ini akan diperkenalkan seawal suku keempat 2026.

 

  1. Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS daripada 300 ringgit kepada 500 ringgit sebulan.

 

  1. Menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia, Kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas 500 ringgit kepada hampir 120 ribu pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan 60 juta ringgit.

 

  1. Bagi mengiktiraf prestasi cemerlang penjawat awam yang telah lama berkhidmat tetapi masih menunggu peluang kenaikan pangkat disebabkan kekangan struktur perjawatan, Kerajaan bersetuju untuk memperluas pelaksanaan Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

 

  1. Melalui peluasan ini, pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan yang kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam atau lapan tahun tertakluk kepada gred jawatan semasa serta menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang, akan diberikan insentif khas bersamaan dengan nilai satu Kenaikan Gaji Tahunan pada gred semasa, yang akan dibayar secara bulanan.

 

  1. Bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan kelayakan akademik, Kerajaan akan menyediakan Elaun Sara Hidup 900 ringgit sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai Kerajaan turut bersetuju meningkatkan jumlah penerima HLP Separa Biasiswa kepada 150 orang setahun ketimbang 100 orang.

 

  1. Kali terakhir gaji hakim dinaikkan pada 2015 dan mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan sepertimana skim Mereka juga tidak diizinkan untuk memegang jawatan dan perniagaan. Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih integriti dan bebas. Atas semangat tersebut, Kerajaan bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026.

 

  1. Sementara itu, suka saya tegaskan bahawa, semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.

 

  1. Susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa Januari 2026.

 

  1. Mengambil kira peningkatan gaji 2026 yang melibatkan penambahan 18 bilion ringgit, disusuli pemberian STR dan SARA bulanan, saya dengan ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan 500 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak 250 ringgit. Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

 

  1. Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit bagi menghargai khidmat 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan 35 juta

 

PENUTUP

 

 

  1. Alhamdulillah, Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN bersama Negara-Negara Teluk (GCC) dan China, di samping berjaya meredakan konflik Kemboja-Thailand serta membuka jalan penyertaan penuh Timor Leste sebagai anggota ASEAN.

 

  1. Dalam sejarah peradaban manusia, bangsa yang kekal adalah bangsa yang tahu memelihara maruah sambil bersikap terbuka kepada dunia atau mana-mana blok ekonomi atau kuasa, dan keras menyanggah kezaliman tanpa menolak hikmah, serta menginsafi bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada keteguhan moral serta prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat.

 

  1. Kini, ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025, kita berdepan percaturan kuasa dan tragedi kemanusiaan di Gaza akibat kezaliman Zionis Israel. Terkini, Malaysia menyambut baik dan menaruh harapan terhadap usaha damai yang diterajui Amerika Syarikat bersama Mesir dan Qatar bagi memastikan rundingan antara Hamas dan Israel membuahkan hasil yang menjamin kebebasan serta kemerdekaan rakyat Palestin. Parlimen Malaysia juga merakamkan penghargaan setingginya atas usaha murni para sukarelawan yang menunjukkan kecekalan membelah samudera melalui ikhtiar Sumud Nusantara Flotilla yang pastinya telah mencelikkan dunia tentang keperluan mengangkat nilai kemanusiaan dan menegak keadilan. Dunia pasca-Gaza menuntut keberanian moral dan kebijaksanaan diplomasi untuk membina ufuk baharu yang menjanjikan keamanan, keadilan dan kemanusiaan

 

“jikalau akarku merangkak ke tanah ini

akan lainlah buahnya nanti getahnya akan jadi anih

 

kental atau beku atau mengalir melawan arus.”

 

—Petikan bait puisi Muhammad Haji Salleh “Sajak-Sajak Pendatang

 

  1. Saya ingin memaklumkan, teks sahih ucapan penuh saya yang akan diedarkan boleh digunakan untuk dibahaskan oleh Ahli- Ahli Yang Berhormat.

 

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Share: