TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PM : PERASMIAN MUZAKARAH ULAMA TURATH KEBANGSAAN 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERASMIAN MUZAKARAH ULAMA TURATH KEBANGSAAN 2026
“Menghadapi Cabaran Dunia Moden”
19 SEPTEMBER 2026 (SABTU) | 11.00 PAGI
KOMPLEKS SERI PERDANA PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahil-lazi arsala rasulahu bil-huda wa dinil-haqq,
li-yuzhirahu ‘alad-dini kullihi wa kafa billahi shahida.
Wa usalli wa usallimu ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Fadilatush al-Shaykh Al-Ustaz Al-Hadib Maulana al-Imam al-‘Allamah Syeikh Professor Dr. Ali Juma’ah,
Mantan Mufti Besar Republik Arab Mesir merangkap anggota Kehormat Haiah Kibar Ulama al-Azhar al-Sharif;
Yang Berbahagia Syeikh Professor Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri,
Timbalan Rektor Universiti al-Qarawiyyin, Kerajaan Maghribi;
Ulama dan mufti-mufti yang hadir;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari,
Dato’ Menteri Besar Selangor;
Timbalan Menteri dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Kita sebenarnya sampai ke tahap atau macam marhalah baru. Sebab saya kata begitu, kesedaran Islam ini memang meningkat. Peringkat awal kalau kita baca karya-karya yang saya sebut juga di sini, benteng pertahanan setelah era penjajahan, itu pondok dan pesantren. Dan pada masa itu, satu-satu benteng pertahanan iman, ilmu, akhlak, itu pondok dan pesantren. Tapi dalam pertembungan atau dikatakan pembenturan dengan kemerdekaan, fahaman Islam itu kian sedikit pudar dan peranan pondok itu sudah jadi tersisih. Tidak lagi dalam arus perdana.
- Dan ini berkembang dalam kebanyakan negara, semua negara hampir, negara Arab Indonesia, Malaysia dan menyebabkan pendidikan itu dah jadi dua, yang moden, sekular dan Islam. Dan Islam itu pecah dua, ada yang dianggap trend ittijahad moden dan yang dianggup tradisional di pondok. Itu yang berlaku. Malah saya sendiri pun terlibat, Syeikh Professor Dr. Ali Juma’ah tahu dengan rakan-rakan seperti Sheikh Dr. Taha Jabir Al-Alwani, AbdulHamid Ahmad AbuSulayman dalam Ma’had al-Fikr al-Islami al-Alami, Institut Pemikiran Islam Sedunia. Kesedaran Islam kuat, tetapi alirannya itu kurang menekankan soal Turath. Pemikiran Islam, pemikiran moden, cabaran semasa, pertembungan ideologi ada peranan. Dan saya lihat gerakan-gerakan Islam pada peringkat awal begitu, umumnya tidak berakar kepada legasi atau Turath. Dan kita banyak terlibat dengan Amirudin Shari dan lain-lain, banyak terlibat dalam kegiatan.
- Tidak ada salahnya, tapi ada kekurangannya, kerana kebangkitan itu perananya penting, akhir 60-an, 70-an, dia membawa suatu yang disebut rising tide of Islam, kesedaran baru Islam. Tetapi banyak didorong oleh semangat, dengan semangat, dengan kesedaran umum, tetapi tidak berakar kepada ilmu yang lebih mendalam. Dan di situ ada pertembungan yang menyebabkan kita kurang memberikan perhatian kepada, kalau di sini disebut kitab-kitab kuning yang dibaca di Pondok. Tahu sambil lewa, dan malah dalam karya-karya gerakan Islam atau parti Islam atau jamaah Islam, hampir tidak ada kaitan dengan Turath ini. Yang ditunjukkan ialah pemimpin-pemimpin baru, suara-suara baru, tokoh-tokoh gerakan dan parti dan jamaah, tapi tidaklah banyak berakar. Saya sebut ini kerana saya juga sedikit sebanyak, tidak banyak sedikit memang ikuti trend ini.
- Dan saya tidak anggap satu kerugian, tetapi bila lebih mendalam, kenal tokoh-tokoh besar seperti Syeikh Professor Dr. Ali Juma’ah yang kemudian mengingatkan kita bahawa sebenarnya Islam yang 1400 tahun itu tidak hanya berkembang dalam 200 tahun yang lalu, sejak pertembungan dengan imperialisme dan penjajahan. Saya tidak mahu meremeh, mengurangkan peranan, kerana besar juga peranan yang baru ini, tetapi ternyata dia tidak didalami. Sebab itu, saya masih ingat bila Sheikh Dr. Taha Jabir Al-Alwani menasihatkan saya dengan rakan-rakan, setelah mendapat sedikit ulasan daripada Syekh Mahmoud Al-Ghazali, Ulama Azhar bahawa sementara kitab-kitab baru penulisan tentang cabaran sains, cabaran teknologi, cabaran ideologi, cabaran ilmu-ilmu barat, itu penting, tetapi dia mesti berakar kepada Turath. Dan maknanya, kembali kepada kitab-kitab, Al-Hikam di sini ataupun Aqaid Al-Nasafi yang dulu menjadi sebahagian daripada manhaj tarbiah, kurikulum, pendidikan tetapi terasing sama sekali.
- Tidak ada generasi muda ataupun gerakan dalam gerakan Islam atau parti yang mengaitkan dengan karya-karya Turath yang lama. Semua pemikiran-pemikiran baru, tokoh-tokoh mereka. Ini maknanya, kita memadamkan ilmu 1,000 tahun. Seolah-olah tidak ada yang penting selain daripada al-Quran, hadis tentunya. Tetapi selain daripada itu, 1,000 tahun seolah-olah tidak ada karya dan sumbangan Islam.
- Menariknya, di barat pun syeikh, syeikh lebih arif sebab dia campur Kaherah dengan Sorbonne. Di barat, jika dikatakan ada siri 100 buku-buku besar, great works itu editornya Mortimer J. Adler. Dia itu telah mengkaji karya Yunani, Socrates, Aristotle dan semua. Kemudian dia kata, kelemahan terbesar Barat, sehingga menjadi satu kefahaman sekular yang melampau dan kekinian, maknanya yang kini yang penting, itu kerana Barat sendiri telah memutuskan Turath dia. Itu kata Adler. Lepas itu dia hidupkan balik. Nak jadi inteletual kata dia, kalau Barat lah, kena tahu Homer dan ya dan semualah, karya-karya Yunani dan Romawi dulu. Tapi kita dalam Islam tidak ada usaha ke arah itu.
- Saya masih muda, hadir dalam sidang yang dianjurkan oleh Professor Hamidullah, Pakistan, yang didukung oleh Presiden Muhammad Zia-ul-Haq. Yang pertama kali saya dengar dalam zaman moden sejak 90-an itu, sekitar 1980-an atau 1970-an akhir, bila dicadangkan mesti terjemah untuk orang-orang yang didikannya Inggeris, bukan Arab sekalipun, mesti terjemah karya-karya. Tidak mungkin kamu menjadi seorang sarjana kalau tidak membaca Ihya’ Ulumuddin, Kimiya-yi Saʿadat, Al-Munqidh min al-Dhalal, umpamanya dan nukilan Imam Al-Ghazali ataupun karya-karya besar Islam yang lainnya itu.
- Maka mereka mula menerjemahkan sebahagian, kemudian ditakdirkan Presiden Muhammad Zia-ul-Haq itu juga terbunuh. Maka saya pada tahun 80-an, 90-an, saya terfikir, itu yang saya usulkan untuk antara Melayu, kita kata kita hidupkan balik karya-karya lama, termasuklah klasik-klasik Melayu lama. Belum sangat berhasil, tapi sehingga lah orang-orang seperti Amirudin, Dr. Zulkifli, ini dia desak. Mereka ni memang pendesak kuat. Jadi kata kita harus kembali cara sistematik Turath dan ilmu Turath. Itu yang berlaku.
- Jadi, maknanya kita harus terima kenyataan, sementara ada kemajuan, peningkatan dari segi kesedaran Islam dan ilmu, tetapi ada kekurangan besar kerana dia tidak terikat pada Turath. Kitab-kitab lama, hampir kalau tengok gerakan Islam, parti-parti Islam, badan-badan Islam, bukan sahaja di sini, di Pakistan, di Mesir, itu langsung terputus. Yang dimukakan itu tokoh-tokoh baru, sama ada politik atau Islam atau orang alim, tapi ulama mereka itu, ulama yang tidak terikat kepadanya. Dan saya percaya kalau pengalaman di Mesir dan dunia Arab itu lebih ketara, dan termasuk di dunia lain.
- Kalau guru-guru pondok dikaitkan itu hanya sekadar menempel, memperkukuh hujah mereka, tapi tidak menjadi pengasas dalam penghujahan. Sebab itu, upamanya kita tengok pertembungan, pembenturan idea itu keras kejam, tidak ada hikmah, tidak ada kebijaksanaan, tidak ada kesabaran, tidak ada penelitian sepertimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama muktabar dan ulama-ulama lama.
- Jadi, bila saya dengar, kupasan-kupasan ini, tentunya saya rasa kita kena hidupkan. Tapi tidak bermakna, ini minta maaf saya nak cakap terus terang. Tidak bermakna pondok yang ada sekarang dalam bentuk sekarang itu sudah memenuhi maksud kita. Terlalu banyak kekurangannya juga. Jadi kalau kita dapat terima kenyataan ini, dan saya terima kasih banyaklah Tuan Guru Syeikh Wazir Al-Makki, Sheikh Abdul Rahim, mereka dapat mendengar dan menerima. Saya kena dengarlah, dia Sheikh, saya anak murid, al-Fakir. Tetapi sekurang-kurangnya mereka juga dengar.
- Apa dia? Pertama, pondok itu pun sendiri mesti dimartabatkan sedikit. Ini peranan Kerajaan, bantu perkemaskan. Pondok juga mesti terima beberapa kurikulum baru. Saya tidak pertikai sama sekali apa yang kitab mereka itu, bukan keupayaan saya. Tetapi umpamanya, Syeikh Professor Dr. Ali Juma’ah menyebut Artificial Intelligence. AI ini adalah senjata penting dalam dakwah dan kebangkitan Islam. Dan AI tanpa sistem etika dan akhlak boleh menjadi masalah dan musuh utama yang akan menikam kita. Ini sepertimana komputer ataupun telefon.
- Maka saya telah mencadangkan dan saya, Jazakallahu khairan kathira, kerana ramai para ulama yang menerima bahawa sementara tanggungjawab saya dan kerajaan memberikan apa sahaja kemudahan peningkatan. Saya bukan nak sebut lebih daripada itu, tapi sejak Merdeka 1957, kerajaan bertukar ganti, inilah kali pertama di mana kita bantu sesungguhnya. Peruntukan walaupun belum cukup kerana baru. Saya kata bagaimana ratus ribu anak-anak ini dia nak belajar, kita kata kita nak paksa sistem, kita boleh runding apa yang harus diperbaiki. Ini kita ada orang-orang-orang ulama besar, kita bagi mengikut pengalaman mereka.
- Jadi kalau begitu, Belanjawan Negara seminggu dua minggu lagi, kalau kita putus hari ini, saya boleh tambah sikit lagi lah. Dan maknanya, perbaiki dan apa-apa penyesuaian yang perlu. Tak ada kepentingan lain. Saya nak tekankan, kerana banyak orang pertikai saya tidak akan tentukan apa kurikulum, bukan bidang saya. Kalau nak kata kitab ini yang penting, baca-baca, cuma saya nak usulkan bagaimana nak tingkatkan martabat kedudukannya termasuk ilmu dan disiplin baru. Tapi disiplin baru itu, sementara ada kekuatan ada bahayanya AI itu bahaya besar bagi umat. Dia bahaya itu tak mampu kita tolak macam telefon. Bahayanya ada, ataupun komputer. Jadi, mesti latih juga anak-anak di pondok itu menguasai.
- Syeikh Professor Dr. Ali Juma’ah menyebut, saya ingat sangat realistik, kerana dia ini beza, kerana dia punyai pengalaman dalam mentadbir dan mempengaruhi. Kalau kita katakan semua pondok ini harus lahirkan semua ulama, tak boleh juga. Sebahagiannya khusus, baik. Sebahagiannya nak pergi engineering ke, nak jadi pilot ke, nak bidang TVET, saya ingat tak ada masalah. Sekurang-kurangnya dia ada asas ilmu agama yang cukup. Tetapi yang diusulkan di sini yang saya terima, kita akan bantu segera lah iaitu biar pilih beberapa pondok yang boleh memulakan tradisi ilmu yang baru, yang dikemukakan ini, dan mengkhususkan berdasarkan manhaj tarbiah atau disiplin yang dinasihatkan oleh kedua-dua syeikh sebahagian, supaya kita dapat tingkatkan.
- Saya setuju tak semestinya kalau kita iktiraf jurusan pondok sampai ke peringkat tinggi, tak semestinya dia masuk ke universiti, betul saya setuju tak ada masalah. Tetapi kita kena ingat, untuk sebahagian dari pondok ke universiti juga penting, sebab dia akan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Kalau tidak, dia tiada jurusan. Satu jurusan pondok, tradisional, satu jurusan. Jadi, ada pertembungan di antara dua, kita hanya menurut.
- Jadi, kita ada juga strategi di mana kita perkukuh sistem pondok sehingga ke peringkat tertinggi, dan sistem pondok yang memberikan asas supaya memberikan pendedahan pendidikan supaya masuk dalam sistem awam, sistem umum. Jadi, pakar-pakar yang ada di sini, syeikh teruskan dan saya sekadar mampu insya-Allah, kita akan bantu tingkatkan. Kita dah mulakan, terima kasih Dr Zul dan JAKIM, dan Selangor Amirudin, sesuatu yang memang kedepan dalam soal Turath ini.
- Jadi, kita harus lebih positif. Dalam hal ini, saya tak ada perbalahan. Tak usah dengar lah pandangan yang membalas. Bagi saya, tanya apa yang perlu, yang ada upaya, yang boleh buat, saya kata boleh. Kalau saya tak sedia, saya kata tak sedia. Yang saya kata boleh ialah bantuan segera untuk memilih beberapa pondok sebagai contoh, bila kita bawa pengkhususan dalam bidang yang dikatakan supaya madrasah ini atau pondok, saya tak tahu pasaipa (kenapa) kita guna pondok, istilah pondok tapi dipakailah. Pondok ini menjadi suatu sistem yang cukup mantap. Dia tidak boleh umpamanya, bukan dari segi fizikal tapi dari segi disiplin.
- Jadi, saya ucap sekali lagi terima kasih Jazakallahu khairan kathira kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama. Dan kalau ada masa kita nak tanya pendapat dua syeikh ini teruskan, kalau ada masa.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
