TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PM : MAJLIS PERASMIAN PROFESSIONAL CONFERENCE & EXHIBITION(PROFEX) 2026
29 September 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PROFESSIONAL CONFERENCE & EXHIBITION (PROFEX) 2026
29 SEPTEMBER 2026 | SELASA | 4.30 PETANG
KLGCC CONVENTION CENTRE, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Alhamdulillah, nahmaduhu wanusalli ‘ala rasulihil karim.
Yang Berusaha Professor Chemist Dr. Juan Joon Ching,
Presiden Balai Ikhtisas Malaysia,
Saudara Baharuddin bin Haji Kamarudin,
Timbalan Presiden, Balai Ikhtisas Malaysia,
Andrew Tan
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PROFEX 2026; dan
semua pimpinan Balai Ikhtisas;
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Bulan Julai yang lalu, betul, Professor Juan, dia profesor. Jadi bila dia datang jumpa saya, mengundang saya untuk hadir, dan kuliah dia berterusan, jadi saya tak ada pilihan. Jadi saya kata saya setuju. Tetapi saudara sedia maklum, di antara sebab saya pilih untuk hadir ialah kerana dalam memacu pertumbuhan negara yang segar dan rancak, kita perlukan tenaga profesional yang layak, mantap, bukan sahaja sekadar memacu pertumbuhan dan menjamin peningkatan produktiviti, tetapi memastikan tatakelola dalam negara ini lebih teratur.
- Kalau kita lihat umpamanya, di antara permasalahan yang berbangkit di negara kita ialah bagaimana urus negara, pertama dengan tahap kecekapan yang boleh meningkatkan produktiviti. Dan kedua, mengelak daripada salah guna kuasa, ketirisan, rasuah. Dan ada kaitan di antara penggubal dan pelaksana dasar, sama ada pimpinan politik, penjawat awam, dan tenaga profesional yang mesti satu aliran. Ketiga-tiganya mesti bergerak pantas sebagai satu pasukan menjamin peningkatan produktiviti dengan tahap kecekapan yang sangat baik, tetapi juga menjamin supaya amalan dan budaya yang meleset yang menyebabkan negara kerugian puluh bilion ringgit dihentikan. Ini saya popularkan istilah ‘sakau’ tapi ada yang kurang senang dengan istilah itu, saya tak faham mengapa.
- Jadi saudara-saudara punyai tanggungjawab tentunya bersama untuk menjamin supaya negara ini dapat terangkat sebagai negara yang maju. Tetapi sepertimana disebut oleh Professor Juan sebentar tadi, kemajuan kita tertaluk kepada juga tahap peningkatan produktiviti dan specialization yang sebenarnya ditentukan oleh golongan profesional. Tahap specialization itu, sama ada professionals, academics, yang ada tahap kemahiran, kepakaran tersendiri.
- Tetapi agak menarik kerana disinggung juga tentang sementara kita pacu kemajuan dan memastikan ada bidang pengkhususan yang menyebabkan kita sebut ini Balai Ikhtisas, ada specialization. Saya teringat pesanan pemikir Sepanyol yang terkemuka tahun 30-an, 40-an dulu. Apa kata dia? Namanya Ortega y Gasset. Dia kata, “berusaha mencapai bidang pengkhususan dan specialization itu adalah satu kemestian. Masyarakat dan negara yang lalai untuk mencari kecemerlangan atau yang kita sebut ‘striving for excellence’ melalui tahap professionalism yang membanggakan akan ketinggalan.” Sekarang bila kita bicara soal AI, AI itu juga area of specialization, quantum computing, dan digital transformation, semua itu menuntut satu gagasan pengkhususan yang tinggi.
- Dan sebab itu Ortega y Gasset menyebut, memperingatkan kita, and it’s amazing that it remains truly relevant till now. Katanya, specialization itu satu kemestian, tetapi jangan jadikan specialization itu, mengikut istilah dia, ‘barbarism of specialization’. Mengapa dikatakan barbarism? Kerana orang specialized dia tak tahu langsung, tak ada integration, tak ada suatu kerjasama, ikatan di antara satu profesion dengan yang lain.
- Jadi dia sebut umpamanya membina satu kota, itu bukan sahaja gedung dan bukan sahaja konkrit. Kerana kalau kita fikirkan hanya membina kota semata-mata dari segi pandangan yang khusus, kita akan bina concrete jungle. Sebab itu, salah seorang pemikir, tatkala melihat Washington D.C. peringkat awal, dia sebut “impressive new buildings with new technology but culturally barren.” Gersang budayanya. Gersang budayanya dalam erti kata ada kepakaran dan kemahiran, ada specialization dalam satu bidang, tetapi tidak integrated, dan tidak ada kefahaman tentang permohonan dan permintaan yang begitu banyak.
- Jadi saya nak jelaskan sekali lagi, saya bukan menentang usaha ke arah ‘striving for excellence’ atau ‘specialization’ yang penting. Tetapi sepertimana kerana ‘striving for excellence’ itu dalam kalau dalam konteks Islam, rumusan hadis Nabi Muhammad SAW diungkapkan sebagai itqan fil amal. Maknanya ‘striving for excellence’ itu, walaupun bunyi macam new concept, new management guru, Peter Drucker and the rest, tetapi sebenarnya ‘striving for excellence’ itu is embedded dalam our culture, religious philosophy, and our
- Saya baru balik daripada negara China umpamanya, kalau bincang itu dikaitkan dengan Confucianism, itu tak lari daripada kemurnian, walaupun istilah dia disebut Chung Yung makna pertengahan, kata dia middle path, dalam Islam disebut Wasatan. Masyarakat awsatiha maknanya masyarakat yang seimbang, sederhana. Tapi bukan average, bukan maksudnya sederhana. Sederhana dalam konteks sikap, tetapi Awsatiha sepertimana Chung Yung ataupun dalam kalau Yunani dia sebut golden mean, apa pasal fasal Yunani, ini ingat ini kuliah falsafah ke kuliah ikhtisas? Tapi ini masalah tak pakai teks ni.
- Jadi kalau you banding golden mean, Chung Yung dan Awsatiha atau Wasatan, itu sebenarnya membentuk manusia yang seimbang sebenarnya. Seimbang maknanya, ada kemahiran, kepakaran, tetapi well-integrated. Ada pemahaman tentang diri, keluarga, masyarakat, persekitarannya, dan dunia dan iklimnya. Itu maksudnya. Kalau tidak, bidang ikhtisas itu dia akan jadi apa yang disebut peringkat awal tadi barbarism of specialization.
- Saya percaya saudara yakin dengan perkara ini, kalau tidak saudara tak bersama dalam Balai Ikhtisas Malaysia. Kerana raison d’être asas pembinaan badan ikhtisas ini dan gabungannya ialah untuk ada penyelarasan yang cukup bermakna.
- Sebab itu, bila dicadangkan tentang 29 September sebagai Hari Ikhtisas Malaysia, saya dipaksa untuk bersetuju. Dan saya setuju kerana ada kewarasannya, ada kebijaksanaannya. Terima kasih. Dan dengan Profex 2026, tentunya boleh menggabungkan kekuatan ini.
- Saya nak rumuskan satu hal. Apa yang hebat dalam negara ini? Hebatnya kerana golongan profesional itu dari pelbagai disiplin, pelbagai kaum, dari pelbagai wilayah. Dan badan-badan sepertimana Balai Ikhtisas, seperti badan-badan profesional lainnya yang gabung, itu badan yang menghimpunkan semua kekuatan. Tidak lagi melihat dari sudut wilayah atau kaum atau agama secara sempit. Jadi, kita belajarlah untuk menghimpunkan kekuatan ini untuk membina satu kesatuan yang lebih kukuh dan ampuh. Jadi itu bagi saya sangat penting saudara tekankan.
- Negara ini boleh tegak dan maju serta hebat sekiranya kita lihat dari perspektif apa yang mampu kita lakukan untuk mengangkat martabat, harakat, darjat bangsa dan umat ini ke mercu yang lebih baik dengan merangkul seluruh kekuatan yang ada, dan tidak memecahkan kerana perbedaan dari suku kaum atau wilayah atau agama.
- Wajar saya ingatkan, kerana negara ini juga tidak terlepas daripada racial divide, sentimen-sentimen yang terus dinyalakan. Yang patut ditekankan ini ialah ikhtisas, tatakelola. Bagaimana boleh kita bersama angkat martabat kita bersama, bukan untuk mengheret kerana perbedaan warna kulit, kaum atau agama. Saya harap hal ini juga dibicarakan, kerana kita bicarakan pengkhususan untuk ikhtisas ini bukan untuk memecah dan membedakan.
- Itu yang saya tekankan satu. Sebab itu yang keduanya, saya tekankan juga tentang dalam merangkul kekuatan, memahami bahawa membina manusia ini memerlukan semua disiplin, keyakinan atau keimanannya, akhlak dan prinsipnya, kerana dia tergabung dengan soal disiplin, soal kemanusiaan.
- Bagaimana kita bicara soal professionalism tapi tertanam sikap perkauman yang sempit, yang mendalam? Professionalism apa itu? Bagaimana kita tingkat untuk professionalism dan martabat manusia, kalau kita gunakan agama atau kaum atau wilayah untuk memecah belah dan memperkotak-katikkan manusia? Ini hal-hal yang sangat relevan, kerana saudara sebenarnya golongan biasanya dipanggil elitlah. Saya ni dari orang kampung Cherok Tok Kun. Dia jauh sikit daripada elit ni. Tetapi saya rasa elok saya ingatkan bahawa golongan elit ini dia ada pengaruh.
- Ini orang-orang kota, dalam teori-teori pembangunan manusia selalunya yang menentukan mempengaruhi banyak itu adalah golongan yang berfikir, yang terdidik, profesional, elit kota. Jadi sebab itu, saya lontarkan pemikiran ini untuk saudara-saudari fikirkan bersama. Iaitu bila kita lihat kepincangan-kepincangan yang lalu, sama ada 1MDB ke Tabung Haji ke, FELDA ke, ini sebenarnya, ya pimpinan politik bertanggungjawab, golongan profesional pun tak terlepas. Bukan, bukan yang hadir ini tapi di luar. Jadi harus kita terima.
- Jadi, bila kita sebut tentang keperluan untuk memperbaiki tatakelola, the ethics dalam governance yang terkait dengan usaha golongan profesional, kita harus ingat bahawa banyak keterlanjuran. Di Universiti Malaya berapa tahun lalu, tatkala bericara depan ramai ilmuwan dan para akademik dalam Forum Ilmuwan Malaysia, saya sebut, apakah mungkin kalau sistem negara itu betul demokratik, betul percaya dengan good governance, betul dengan rasa bebas melontarkan idea, boleh membiarkan keterlanjuran sehingga negara rugi puluh bilion ringgit? Tidak mungkin.
- Maknanya ramai yang bertanggungjawab. Betul, dua tiga orang itu yang bertanggungjawab yang mungkin didakwa, tapi kita semua hilang, kita mahu kebebasan, kita mahu keselesaan, kita mahu menjamin masa depan anak-anak kita, tetapi kita bisu, lembab membiarkan keterlanjuran sehingga begitu rupa. Sebahagian besar tahu, tapi tidak mampu menyuarakan. Sebahagian besar dia top professionals, tapi dia tahu bidang dia saja. Dia pekak dan bisu tentang semua yang lain, ini yang saya sebut tadi barbarism of specialization.
- Jadi, ini pengajaran kita. And I have to address these issues because it is relevant to us all, and more or particularly the professionals. We have a duty to ensure that this nation succeed. And this nation succeed through unity of course, through understanding yes, respect. Respect means our differences, cultural, religious, regional, and more importantly believing strongly as a form of commitment in what is right, what is just, and what is fair. Because justice must remain an integral part of our belief and structure in order for us to survive as a nation.
- So, I don’t feel bored or tired repeating these issues to professionals and or addresses to these students. Some of you may feel a bit bored or tired, I’m sorry, but I make no apologies in that sense because this will ensure not only our survival as a nation, but meaning of humanity, as what we are. Why are we considered human beings if we don’t believe in set belief in respecting one another? And one another means respecting the differences, and understanding that no country, mind you, no country can ever manage and survive if the system allows and continue to condone endemic corruption, excesses, and lack of professionalism.
- Jadi sebab itu, saya harap rakan-rakan percaya sebagai golongan profesional yang menjadi ejen pembaharuan dan perubahan, yang menjadi pemangkin dan catalyst untuk idea-idea baru, yang kerana tidak semua orang yang punyai kemahiran dan kepakaran untuk memberi cadangan baru, seni bina baru, pemikiran baru, teknologi baru, tak semua. Hanya terpilih dan golongan terpilih itu selalunya dianggap golongan profesional. Jadi mudah-mudahan saudara dapat lakukan dengan sebaik mungkin.
- Dalam pertemuan itu saya cadangkan. Saya cadangkan kepada pimpinan Balai Ikhtisas, supaya kenal pasti beberapa orang yang boleh berikan khidmat, bagi pandangan, dan saya telah arahkan kementerian-kementerian, dan saya bawa, sepertimana saya janjikan dalam pertemuan itu, saya bawa dalam Jemaah Menteri. Ingat kepada menteri-menteri, kita bukan punyai kepakaran dalam semua bidang, jangan ingat kita pandai dalam semua hal, patut juga mendengar, menilai, kadang-kadang dengar, kadang-kadang letih juga dengar ya, tetapi perlu kita lakukan.
- Jadi saya minta jawatankuasa pimpinan Balai Ikhtisas ini menentukan supaya dalam tiap bidang, ada yang boleh dicalonkan sebagai ahli dalam beberapa jawatankuasa kesihatan, pendidikan, IT dan sebagainya supaya berikan sedikit khidmat tanpa elaun. Dak, dak, itu tengoklah keadaannya, tapi umumnya, kalau boleh, because it is our duty, our task bersama untuk angkat.
- Dan walaupun kita sudah dengar sikit-sikit sebanyak kadang sekejap negeri Sembilan, sekejap tahanan rumah, sekejap, adalah masalah-masalah, tapi saya nak bagi tahu, majoriti rakyat apa pun, dia nak fokus bagaimana nak angkat martabat, nak jamin anak-anak dapat kerja yang baik, pendidikan dia lebih tinggi, kemudahan kesihatan lebih baik, hutan belantara yang dikawal, iklim yang lebih selamat. Itu majoriti rakyat itu harus diajak memikir hal ini. Dan akhlak dan etika yang lebih baik. Majoriti begitu. Dan saya mengajak rakan-rakan dalam Balai Ikhtisas ini untuk membantu melaksanakan ini kerana saya mewakili pandangan sepertimana majoriti yang ada, kasih pada negara ini, dan yakin negara ini mampu diangkat martabatnya, kemajuannya, sekiranya lebih ramai yang fokus untuk membangun dan menyelamatkan negara.
- Jadi sekali lagi ucap terima kasih, kesabaran saudara mendengar kuliah petang ini (nada seloroh). Dan saya ucapkan selamat dan menjayakan Profex 2026 untuk kalangan profesional untuk transform, itu besar cita-cita dia, how do you transform? Transform Malaysia’s future. Dan juga mengisytiharkan hari 29 September sebagai Hari Ikhtisas Malaysia.
Terima kasih.
