TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PM : MAJLIS PELUNCURAN BAKAT MADANI
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN BAKAT MADANI
29 JUN 2026 (ISNIN) │3.30 PETANG
D’TEMPAT COUNTRY CLUB, SENDAYAN,
NEGERI SEMBILAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah,
Alhamdulillahil quail,
Wallaziina jaahaduu fiinaa lanahdiyannahum subulanaa,
Wa innallaaha lama’al muhsiniin.
Wa sallallahu ‘ala sayyidina Muhammadin,
Wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’iin.
Saudara YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun;
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Saudara Amin ini sahabat lama dan saya ucap terima kasih kepada Saudara Amin dan seluruh jentera Negeri Sembilan bantu menyelenggarakan acara ini. Terima kasih.
Saudara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
Menteri Kewangan II;
Walaupun namanya Menteri Kewangan II, tapi dia banyak buat kerja. Jadi, terima kasih banyak kerana beliau sebenarnya menjadi tonggak, membantu, menyelenggarakan banyak acara-acara ini, berhubungan dengan rakan-rakan saya, tokoh-tokoh yang menjayakan Syarikat-Syarikat Kerajaan, GLIC, GLC, agensi terlibat, kerana komitmen merekalah sebenarnya yang menjayakan acara, memberikan ruang kepada anak-anak yang dikasihi sekalian pada hari ini.
Saudara muda kita, tokoh muda. Sebenarnya Dr Taufik ini (YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johar, Menteri Belia dan Sukan) boleh jadi di antara penasihat program Bakat Madani ini, tapi dia masuk kohort umur yang sedemikian.
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP);
Tahu KSP ini? Tahu makna dia KSP? Haa, anak muda ini tak tahu lagi, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Jadi yang banyak tak lulus peruntukan dialah, yang lulus saya.
- Rakan-rakan, terima kasih banyak atas kesudian, jadi saya terpaksa tekankan penghargaan saya kepada semua Syarikat-Syarikat GLIC, GLC, ya, sebahagiannya yang dinamakan tadi syarikat milik Kerajaan. Sebenarnya, mereka menggagaskan acara ini, selain daripada jabatan kerajaan, JPA, Pendidikan yang mengambil graduan atau lulusan dari TVET dan lain-lain, merekalah sebenarnya yang telah bersama-sama menggagaskan acara ini, program ini, dan berjaya pada hari ini 8000, keseluruhannya 25,000 pekerjaan bagi anak-anak muda. Tahniah!.
- Dan yang utama sekali adalah anak-anak dikasih sekalian. Jadi saudara-saudara, kalau saudara ikuti, tidak banyak negara yang dapat memberikan ruang dan kesempatan sedemikian rupa. Jadi, telaahlah secara betul. Hadam betul-betul program ini. Sebahagiannya dalam bidang masing-masing. Pengkhususan masing-masing. Tetapi ingat, kerangka besarnya apa?
- Kalau sistem negara itu teratur, politiknya stabil, rakyatnya dan masyarakatnya bersatu dan aman, banyak yang boleh kita rangka. Kita bersatu, aman dalam Kerajaan Madani ini, dan kita tumpu perhatian merangka prakarsa ekonomi yang boleh menjamin keselesaan hidup rakyat. Jadi pertama, politik harus stabil, rakyat bersatu. Kerana tak banyak negara. Kita lihat anak-anak Melayu majoritinya. Anak Cina, anak India, orang asli. Ada di Sabah, Sarawak, ada dari Ba’kelalan. Ba’kelalan itu dekat Lawas, hujung Sarawak sana. Di Sabah. Jadi, kita berhimpun. Kita tidak sangat terasa perbezaan. Semua datang dengan satu matlamat, kerana negara ini aman, ada prakarsa ekonomi yang boleh menjamin pertumbuhan yang segar, rancak dan manfaatnya kepada rakyat.
- Ini tambahan daripada apa yang dilakukan secara langsung oleh Kerajaan, tapi ini inisiatif atau ikhtiar Kerajaan, dengan komitmen bersama rakan-rakan pengurusan yang terlatih dalam bidang korporat dan pengurusan. Mereka tahu bahawa untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa bagi rakyat harus ada ikhtiar baru.
- Di antara ikhtiar utama adalah menjamin latihan bagi anak-anak muda. Latihan yang utama. Peluang, pendedahan. Ada di majlis lain saya bicara tentang apa itu keadilan? Keadilan itu apa? Semua orang bicara nak tegakkan keadilan, tapi apa maksud keadilan? Keadilan itu hanya tercapai sekiranya ruang itu diberikan kepada ramai. Kalau kita katakan keadilan itu hanya peluang bagi yang terbaik, ini yang disebut perdebatan.
- Sebahagian daripada anak-anak, biasa dengan kupasan saya, Michael J. Sandel, seorang pakar ekonomi dan sains politik Harvard, yang menulis tentang ‘The Tyranny of Merit: What’s Become of the Common Good?’ atau meritokrasi, kritikan dia. Kerana setengah orang bicara keadilan, mesti sama semua. Yang mana mungkin sama, sekolah menengah di Ba’kelalan dengan sekolah menengah Kudut Payung atau Lahar Yooi atau Cerok Kudung? Cerok Kudung ada nama betul, Zafrul tak tahu, memang di Kedah. Saya Cerok Tok Kun. Mana nak banding dengan sekolah-sekolah utama, katalah Malay College di Kuala Kangsar. Kita beri ruang, tetapi bila kita buat persaingan, harus akui, tidak mungkin capai keputusan yang sama dengan kemudahan yang tidak sama. Sebab itu Michael J. Sandel beritahu, apa yang disebut keadilan itu bukan saja equal opportunities, persaingan yang bersama-sama, tapi tidak. Itu kata dia juga, melibatkan kemudahan dan peluang. Akses yang sama.
- Ini cabaran dia bagi mana-mana Kerajaan dan juga anak-anak sekalian. Bagaimana kita tentukan anak-anak yang dari kawasan yang terpinggir, tersisih, yang dikatakan marginalized communities, itu diberikan peluang. Jadi, dalam sistem kita itu bukan perfect. Masih harus diperbaiki. Di semua kementerian dalam Kerajaan, kita memikirkan bagaimana harus beri ruang dan peluang kepada semua.
- Jadi, dalam teori, bukan sahaja merit. Kita nak orang yang keputusan yang terbaik. Tapi kalau kita mahu pendidik yang baik, tentu kita cari guru yang paling baik atau profesor yang paling baik, betul. Kalau kita mahu melawat atau mendapat rawatan dari doktor, kita cari doktor yang terbaik. Jadi bukan itu isunya. Tapi isu peluang daripada awal. Bagaimana kita, terutamanya rakan-rakan yang sudah punyai kedai-kedai golongan elit, bangsawan ataupun hartawan, atau karyawan yang ‘wan-wan’ ini. Bukan Wan Azizah, ‘wan-wan’ lain. Bagaimana kita boleh pastikan mereka juga Insaf, bahawa ada yang terpencil dan tersisih dari arus perdana ini dan bagaimana kita beri peluang dan kesempatan kepada mereka.
- Sebab itu, saya ucap sekali lagi penghargaan atas ikhtiar ini, kerana selain daripada usaha-usaha yang dibuat, kita tambah dengan program yang praktik untuk memberikan pendedahan dan peluang. Sebahagiannya peluang kedua, sebahagiannya peluang yang tak mungkin terfikir, jika kita teruskan dengan program-program biasa yang lama. Tak mungkin.
- Tadi anak dari Kodiang sorang tadi, tahu Kodiang mana? Saya tahu. Ataupun ya, dari kawasan-kawasan terpencil. Sebab itu, anak-anak yang terlibat dalam acara ini, senantiasa harus ingat kerangka yang lebih besar, kerana kadang-kadang pengaruh kita lupa. Jadi jurutera, atau mekanik, ataupun dalam bidang sains komputer, ataupun AI, digital, ya pelbagai teknologi yang dibuat. Kadang-kadang lupa. Sebab itu, lupa akar kita, lupa asal usul kita itu, sebenarnya menjadi satu bencana kepada pemikiran kita, yang disebut lupa daratan.
- Baru-baru ini saya bawa kisah Nakhoda Si Tanggang, ada yang biasa dengar tak cerita itu? Tapi kita kena ingat, Nakhoda Si Tanggang itu satu pengajaran daripada hikayat Melayu lama, supaya menyedarkan kita, setelah kita agak selesa, jangan lupa asal usul kita. Tekad budaya kita, agama kita, akhlak kita, nilai kita, dan kepayahan, kesusahan dan derita yang dilalui oleh ibu bapa kita. Cuba renung setengah minit, bayangkan gambaran ibu bapa kita. Hidupan mereka, kesusahan mereka, keperitan hidup mereka yang tidak disedari oleh semua. Kalau kita nak cetus perubahan, kita mesti berakar ke bumi.
- Sebab itu, dalam bidang pendidikan, apa dia falsafah saya tekankan selalu kepada Menteri dan Kementerian Pendidikan? Kita bicara soal digital, soal STEM, soal AI, now quantum computing. Bunyi istilah-istilah yang menggerunkan. Seolah-olah kita nak menggapai yang di langit. Pendidikan itu, kalau tak diusahakan menimba ilmu baharu, teknologi baharu, menggapai yang di langit, kita akan ketinggalan. Kita akan jadi negara yang tertinggal, terpisah daripada arus pertumbuhan yang rancak.
- Jadi, kita harus latih anak-anak ini dalam semua syarikat-syarikat saya tengok, ada yang teknologi baharu, ‘menggapai yang di langit’. Tapi, jangan lupa ‘mengakar ke bumi’. ‘Menggapai yang di langit, tapi mengakar ke bumi’. Kerana kalau hanya memikirkan diri kita dan kejayaan kita, jadilah kisah Nakhoda Si Tanggang.
- Anak Orang Asli di Ulu Pahang, dibesarkan oleh keluarga miskin, ibu yang mencurahkan seluruh jiwa raga dan kasih sayang kepada anaknya. Tapi ditakdirkan ada taufan, hanyut, terdampar satu pulau besar sebagai pahlawan, jumpa puteri, mayang mengurai..… yang mayang mengurai itu saya tambahlah. Dan puteri itu jatuh cinta, pada ketampanannya, kahwin, dia jadi keluarga raja. Mana mungkin keluarga raja nak mengaku cerita dia itu anak orang miskin terdampar di Ulu Pahang?
- Maka al-kisah belayarlah putera ini yang menjadi suami kepada puteri paja, terdampar pula di pantai Pahang. Bila satu kapal bahtera besar raja terdampar, dia menggegarkan seluruh negeri, orang beratur datang nak lihat hebatnya kapal ini dengan puteri raja dan pahlawan handal. Datanglah sang ibu yang dengar dan lihat dari jauh, yakin itu anaknya. Bekalkan makanan yang paling enak yang pernah anaknya rasai, bawa dengan bangga nak menemui anaknya. Sebaik menemui anaknya di sebelah puteri raja, anaknya kenal ibunya, tapi tidak sanggup memberitahu itu ibunya, kerana dia bimbang ditolak oleh puteri raja dan hilang segala kebesarannya.
- Ibunya merayu dan menangis. Hulubalang menolak ibunya keluar. Ibunya tentunya rasa kesal dan sedih, tapi ikut cerita itu, pahlawan tadi itu dengan bengis menghina orang tua hodoh, miskin, pakaian compang-camping mahu akui aku sebagai ibunya, tidak mungkin. Ibunya merayu-rayu, meratap tidak diendahkan, dan diusir. Ibu yang tidak dapat menahan diri, sumpah anaknya menjadi batu. Itu cerita-cerita.
- Tapi pengajaran yang penting. Tidak adalah masuk akal kalau manusia boleh disumpah jadi batu. Tapi, pengajarannya itu, jangan lupa daratan, jangan lupa asal-usul, jangan sombong dan angkuh. Ini masalah dunia kita sekarang, yang kita bicara ini temasuk Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kedah dan lain-lain.
- Ya, kadang-kadang orang dia bangga sangat. Lupa kita ni siapa? Wa laqad karramnā banī Ādam itu, Allah angkat darjat manusia semuanya. Anak, cucu-cicit keturunan Nabi Adam A.S. Nak hina orang sebab apa? Sebab lain darjat? Sebab lain kaum? Sebab lain warna kulit? Sebab ada miskin, ada kaya? Ini masalah yang mesti dibetulkan. Jadi saya minta anak-anak di negara kita tercinta ini, bawa semangat baru ini. Kerja lebih baik, Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan-rakan di sini. Masa depan lebih cerah, jangan tinggal akal budi direndahkan dan lupa daratan kepada asal-usul kita. Jangan bila ada gaji yang lebih tinggi, dia pun jadi budaya baru, leka, mewah, tidak ingat bahawa ibu bapa dan keluarganya memerlukan apa juga sumbangan daripada mereka.
- Jadi saya bicara ini, saya bapa kepada anak-anak, kerana kasih saya kepada anak-anak dan kerana saya mahu ada anak kasih kepada ibu bapa dan jangan lupa tanggungjawab kita kepada mereka. Kalau dalam dunia sastera ada juga, saya ingat kalau tidak salah saya, Usman Awang, ‘Tamu di Bukit Kenny’, dia dah jadi Pegawai Tinggi Kerajaan, pegawai Melayu lah masa itu, baru-baru selepas Zaman Kerajaan Inggeris, bukan KSN Shamsul Azri dengan Johan, dak lain-lain. Saya cerita dulu-dulu. Dulu banyak pegawai-pegawai tinggi di Bukit Kenny. Kemudian dah jadi orang besar, mai ibu bapaknya di kampung, pakaian begitu. Jadi nak mengaku malu alah dia.
- Ataupun Kala Dewata, ‘Atap Genting, Atap Rumbia’. Saya rumah saya atap rumbia, rumah sekarang, atap genting. Jadi, dibeza-bezakan. Jadi, saudara-saudara, salah saya sebagai bapa. Saya fikir inilah kita lakukan ini semua, Alhamdulillah, sebab negara kita aman. Sebab? politik kita stabil. Sebab? ekonomi kita rancak. Negara-negara jiran beratur nak beli minyak. Ada stesen minyak tutup. Kita harga minyak turun. Diesel pula baru ini turun lagi. Di negara lain, negara Arab, pengeluar minyak, semuanya naik harga minyak, tapi orang masih sindir. Orang kata, Anwar kata, “hari ini menang, minyak turun”. Eh, dah turun dah nak bising apa lagi. Dah turun, turun, turun tak? RM1.99 sen.
- Jadi, anak-anak jangan terbawa-bawa, oh iyalah dulu dia janji turun, tidak turun-turun. Dah turun, nak turun banyak mana lagi? RM1.99 sen itu, the lowest RON95 price in the world. Ya, nak bagitahu kawan-kawan di Negeri Sembilan dan Johor. Ya, syukur Alhamdulillah. Kerja saya? Tidak, mengapa saya boleh buat begitu? Tengok baru ini saya balik dari Turkmenistan, Kazakhstan. Kazakhstan kepada Rusia, di Kazan, kepada Turkmenistan. Kalau P. Ramlee dulu Turkmenistan, Afganistan, Pakistan, Hindustan, “Gohet Gostan” filem P. Ramlee lama.
- Baik, tapi Turkeministan kita berjaya saudara-saudara untuk apa? Untuk anak cucu. Bukan untuk generasi saya tidak ada, kita dapat apa? Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow sahabat saya sangat terkesan, syarikat-syarikat minyak yang besar di dunia berebut nak dapat telaga besar itu untuk gas. Reserves yang besar di dunia. Jumpa tahun 2024, bincang, tentu dia tidak bagi jawapan. Baru ini pergi ke Turkmenistan, ke negara dia. Bincang pagi dia bagi dua telaga sahaja untuk gas, petang itu bila dia ucap, dia bagi kemudahan di antara telaga Gas Reserves terbesar di dunia kepada Malaysia.
- Sebab itu saya kata, sebab apa? Sebab itu saya kata, pengurusan ini bukan soal Anwar yang saya nak katakan, dak, dak. Team kita, pasukan kita. Negara kita aman, dasar kita jelas. Kita ada pegawai-pegawai, penjawat awam yang tegas dan cekap. Kita ada syarikat-syarikat dalam konteks ini PETRONAS. Imej dia baik, prestasi dia cemerlang. Dia boleh bersaing dan diiktiraf di antara terbaik dan dalam persaingan dengan syarikat-syarikat minyak besar di dunia dia diberikan peluang yang boleh mengangkat keupayaan negara kita di antara negara terhebat dalam penguasaan gas.
- Tapi kena ingat, dia tidak automatis. Dia tidak berlaku dengan sendirinya. Dia dengan persiapan, dengan kegigihan, dengan kerja. Puluhan ribu orang di semua peringkat. Tugas kita itqan fil amal, perbaiki supaya kecemerlangan ditingkatkan. Jangan kita leka dan cuai. Anak-anak muda ada tanggungjawab selamatkan negara ini dengan persiapan awal. Kita tak sempat tadi, Saudara Amir Hamzah bicara sebahagiannya untuk mencatatkan bahawa, tengok IMD Report. Maknanya dari sudut competitiveness kita itu, persaingan kita, daya saing kita itu, meningkat. Maknanya seluruh pasukan kita dalam jentera Kerajaan itu melihat keupayaan kita perbaiki. Nombor berapa sekarang? 15, saja saya tanya KSN. Takkanlah saya tak tahu, saya nak tunjuk, nak hormat dia, kalau tak dia kecil hati (nada seloroh).
- Saudara, nombor 15 di dunia, but bila tanya saya, saya rasa bangga, saya syukur Alhamdulillah, kerana syukur ini satu yang diminta dalam agama, La’in shakartum la’azidannakum, wa la’in kafartum inna ‘adhabi lashadid. Itu Allah ingatkan kita, apa-apa kebaikan syukur Alhamdulillah, kerana kalau kita kufur, menolak nikmat Allah itu ia azab yang pedih.
- Jadi kalau yang baik kita Alhamdulillah, tapi bukan maknanya kita leka dan selesa dan easily contented and have this culture of contentment. Tak. Kita selalu kata, no, no, no, no. There is always room for improvement. Anak-anak dapat keputusan cemerlang, dapat kerja baik, dapat prestasi, dapat sijil, Alhamdulillah. But remember, there is always room for improvement. Itqan fil amal, itu dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW. Baik, yes. Cemerlang, yes, but always room. Ini dynamism, seorang Muslim itu dia mesti dinamik. Dia mesti merasakan oh, baik! Alhamdulillah. Tapi boleh diperbaiki.
- Jadi, bila orang puji IMD bagus, oh, Kerajaan baik, saya kata Alhamdulillah, but there is always room for improvement. We have to work harder. We have to be more sincere. We have to clean the mess. Kalau tidak negara kaya pun, kalau pemimpin-pemimpin asyik memperkaya diri mereka, tatakelolanya lemah. Katalah syarikat-syarikat kaya, banyak untung, tapi kalau pengurusannya itu kaki songlap, kaki sakau, jahanam. Negara boleh maju, kaya, tapi kalau menteri dan pemimpin, Perdana Menteri asyik kumpul harta, beli harta di sana, beli harta di sini. Beli bungalow di Amerika, beli apartment di New York, jahanamlah kita. Ini yang saya sebut sakau, tapi dorang marah pulak. Asyik cakap sakau je. Ini masalah kita.
- So, ingat ya. Jadi yang serius sangat sebab apa?. Saya bukan marah you, saya cuma bagi peringatan supaya kita baiki usaha kita. Jadi semua prestasi tadi yang sebahagiannya disebut Saudara Amir Hamzah, soal pengangguran, soal pelaburan, ini apa mantan Menteri Miti dulu, Tengku Zafrul. Dia bawa pergi mana-mana, orang sambut benda baik, prestasi Malaysia ini baik sebenarnya. Tak susah lagi dah, imej kita dihormati, kerana dia tahu negara ini pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai budaya. Perbedaannya besar, tetapi ada semangat bersatu. Ada kecintaan kepada negaranya, ada nilai, budi, perkerti dan akhlaknya. Bahawa dalam MADANI ini, bukan saja pertumbuhan, bukan saja AI, bukan saja digital, tetapi nilai, manusiawi, karamah insaniah. Itu kena ingat.
- Jadi, saudara-saudara, ini dia yang saya nak sebut hari ini untuk anak-anak, sistem perbaiki. Kalau ada mismatch, kita baiki. Kalau ada keperluan latihan tambahan, kita ada. Kerana syarikat-syarikat ini syarikat-syarikat sebahagian besar itu, saya sebut PETRONAS. Tabung Haji, itu dalam ratus syarikat-syarikat yang kendali haji di Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah, haji dan umrah, itu Tabung Haji itu nombor satu prestasinya, terbaik. Ya, tak sebut yang lain-lain, takut kecil hati. Tapi yang lain-lain pun begitulah ya.
- Why? Padahal kalau ingat Tabung Haji ini pernah cemerlang, pernah jahanam, satu-satu ketika. Ya, ya, ya, jangan lupa the same company you put honest, clean, reasonable people, you register success. You put some rotten, corrupt, nasib baik saya Perdana Menteri, kalau tidak saya guna istilah lain. Tapis. Tapi apa? Dia rosak, dia rugi.
- Tengok Felda. Sekarang saya terpaksa jaga Felda. Felda dulu, tokoh-tokoh awal. Saya ingat lagi, Raja Alias, itu orang-orang yang prestasinya sangat baik. Dianggap di antara pengurusan terbaik di dunia. Ladang terbaik di dunia. Mari satu ketika, dup dup dup dup lingkup. Hampir lingkup.
- Jadi, semasa saya jadi Menteri Kewangan, dan tiga tahun berturut-turut, setiap tahun saya terpaksa beri RM1 bilion. Bayar, tampung hutang. Apa salah peneroka? Tak. Peneroka kerja rajin. Pengurusan. Ramai pengurus yang baik dan setia, yang kerja dengan baik. Peneroka, generasi pertama, generasi kedua. Tetapi, hanya kerana tatakelola lemah dan pengurusan beberapa kerat yang gelojoh, tamak haloba, dipandu oleh nafsu sarakah yang bobrok. Tengok kamus balik sekarang, istilah-istilah yang saya gunakan. Maka satu syarikat yang untung boleh rosak. Sebab itu jangan remehkan kepentingan menjaga. Baik.
- Penyediaan peluang dalam program ini mencecah sehingga 25,000 ribu orang. Jadi, anak-anak jangan lupa nyatakan penghargaan kepada abang-abang yang telah membantu menguruskan dengan baik syarikat-syarikat ini. Kalau mereka tidak urus dengan baik, tak boleh program ini diteruskan. Kerana pembiayaan itu, pembiayaan mereka. Selain daripada yang Kerajaan lakukan. Ini yang disebut bakat MADANI.
- Ada tadi saya sebut adik Hamizan tadi. Adik Hamizan bukan yang Kedah? Bukan. Orang suruh cakap pasal Malaysia, dia cakap ikut hang. Yang itu dia, yang ini yang lain kut. Yang ini dari USM, kemudian pergi program Khazanah, dapat sijil TVET, bekerja di ViTrox syarikat E&E.
- Kemudian, tadi yang Ba’kelalan tadi, Glenn. Ada Glenn tadi sini kan? Mana Glenn? Di luar tadi. Jangan malu buat apa?. Terima kasih. Good… good, thank you… thank you. Do they know where Ba’kelalan is? Most of them they don’t know. Itu paling hujung. Tapi udara yang paling nyaman dan orangnya paling cantik. Jangan bagi tahu Azizah (nada seloroh).
- Kemudian Nurin dari Kedah. Aisyah dari Kelantan. Ini Asnaf. Tahu asnaf ini anak yatim, anak miskin. Kalau kita biar ikut sistem baru, mana upaya dia. Nak makan di rumah pun susah. Sebab itu, kadang-kadang kita tengok orang asnaf, kita tengok, jangan. Ini yang disebut dictates of the heart, mengetuk pintu hati. Kita susah, tengok ada orang yang susah. Susah kita, kita bukan anak yatim, bukan sampai kena minta sedekah amal jariah, duit zakat dan sebagainya untuk bantu, tapi saya terima kasih kerana Tabung Haji, tumpukan kepada anak asnaf, anak yatim, adik Nurin dan Aisyah. Aisyah Kelantan, Nurin Kedah. Ada kan? Ok, tak apa, tak apa. Belakang. Ah ya.
- And then, Amirah dan Saamundeswaran, Negeri Sembilan. Nanti kena bangunlah, okey. Nanti Menteri Besar nak tengok. Saamun, okey eh? Dah makan nasi tadi eh? Jangan banyak sangat.Tapi SPM, tapi kerja dengan ON Semiconductor KWAP. Jadi terima kasih kepada KWAP, make sure you thank them eh! Thank you. Oh, dari yang BateriKu, dia kerja BateriKu sekarang? Bukan? Apa, ON Semiconductor? Okay, takpe, takpe duduk-duduk, jangan marah.
- Kemudian yang lain, Danish, anak Johor. Danish ada? Ya, di TNB melalui program vendor TNB. Ini pun program yang sangat baik, saya ucap tahniah kepada TNB. Sebab dia buat, anak-anak ini kadang-kadang TVET, dia ambil, bagi latih. Kemudian bagi tahu, ini kerja di sini. Nak repair elektrik rumah macam ni. Sekarang ini pondok-pondok di Kelantan, saya bagi peruntukkan untuk bantu pondok di Kelantan. Nak harap Kerajaan dulu tak ada. Itu sindir sikit, tahulah kan. Jangan tak faham, cakap pun pom-pam-pom-pam apa. Duit pondok tak dapat pun. Yang bagi kita. Jadi TNB punya pandangan ini, baik kita latih, kemudian Kerajaan melalui program ICU, kita hubungi TNB, dia dah latih, dia boleh buat, kita hantar dia. Jadi dia boleh bekerja dan mulakan syarikat-syarikat kecilan. Itu usaha yang membanggakan kita. Dan juga peluang lain yang dikendalikan oleh Sime Darby dan Guthrie yang saya lihat tadi. Baik.
- Jadi, Iman Shah dari Pasir Gudang yang kerja di ADTEC Pasir Gudang. Oh, baju merah. Tak nampak sajalah. Iman Shah, okey Pasir Gudang, KESUMA Johor. Oh, berlatih kimpalan guna robot? Weh, boleh tahan lah! Haa, tengok! Itu kadang-kadang, kalau lihat muka dia receiving! Nampak ini mana orang kampung macam ni? Haa, tengok-tengok. Boleh kendali robot, betul ke robot ni? Iman, betul Iman eh? Ya, Terima kasih. Proud of you! Ini yang Khazanah kerjasama dengan IPTA termasuk UITM.
- Jadi, ini sebahagian kecil yang saya bacakan. You see, anak-anak yang dikasihi, ruang itu banyak. Sampaikan kepada anak-anak kita yang lain, kawan-kawan lain. Tengok cari jalan, bantu. Dan saya, oleh kerana kejayaan ini, Amir Hamzah ada, kerana kejayaan ini, saya bangga begini. Dan saya syukur Alhamdulillah, dan saya bagi tahu kalau inilah prestasi kerja dengan disiplin, semangat baik, pastikan Kerajaan kuat. Faham tak? Insya-Allah bagi tahu kawan-kawan kita tambah lagi program seperti ini.
- Saya ucap terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
