TEKS VERBATIM EXIT PRESS CONFERENCE YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM SEMPENA LAWATAN RASMI KE MALDIVES
TEKS VERBATIM
EXIT PRESS CONFERENCE
YAB PERDANA MENTERI LAWATAN RASMI KE MALDIVES 15 SEPTEMBER 2026
———————————————————————————
Kita di pulau yang serba indah ini, Pulau Maldives, di atas undangan lama, Presiden Mohamad Moizzi yang telah pun melawat Malaysia, dan persahabatan dah lama, kita nak tingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang yang telah kita umumkan, dan saya lihat persahabatan dia, negara ini 100% umat Islam dan mereka mahu tingkatkan kerjasama.
Kita bersedia, saya dah cadangkan supaya ada Suruhanjaya bersama yang kita adakan tiap tahun dengan negara-negara sahabat, kita boleh percepatkan dan ada ruang yang dia beri kepada kita, ada ruang yang kita beri kepada dia. Dan selama ini beberapa usaha dalam bidang pembangunan, pembinaan dan, pelaburan tentunya diberikan sedikit kelonggaran yang kerjasama kepada Malaysia, kerana Malaysia beri sambutan
yang baik dalam bidang pendidikan, dan juga kerjasama, dalam bidang pelancongan dan lain-lain. Okay.
SOALAN 1
Dato’ Seri mungkin boleh ulas balik berkenaan dengan dua dokumen MOU telah ditandangani itu, apa signifikannya kepada Malaysia dan apa bentuk kerjasama melalui MOU itu?
YAB PERDANA MENTERI
Pertamanya, dia negara maritim, dan dia sangat memberikan keutamaan dalam bidang kerjasama maritim dan juga keupayaan kita kalau ada yang jenis-jenis kapal kecil yang kita keluarkan, dia bersedia untuk ketimbang untuk membeli di samping kerjasama dalam bidang keselamatan dan latihan ketenteraan, dan tentera laut itu akan kita teruskan.
Yang kedua tadi, tentu sebagai negara Islam, dia sangat mengambil berat soal halal, soal kerjasama dalam latihan, dalam dakwah, dalam mengukuh institusi seperti institusi
mufti, institusi wakaf, hajj yang mereka akan beri kerjasama dan juga melihat pengalaman Malaysia. Okay?
SOALAN 2
Berkenaan dengan USD100 juta itu Dato’ Seri, mungkin boleh jelaskan berkenaan apa sebenarnya?
YAB PERDANA MENTERI
Dia sebenarnya, dia perlukan jenis pinjaman mudah dari Malaysia, tetapi dilakukan melalui Bank Negara dan badan kewangan negara dia. Jadi soal syarat-syarat terperinci itu masih diteliti oleh kedua-dua bank, walaupun pada dasarnya kita tidak ada masalah, kerana rekod pembayaran mereka dan juga kerjasama dan jaminan kerajaan yang mesti dipatuhi.
SOALAN 3
Dato’ Seri, berkenaan dengan juga persetujuan untuk mengadakan rundingan PTA, bagaimana Dato’ Seri melihat perdagangan antara dua negara?
YAB PERDANA MENTERI
Dia selalunya, Menteri Johari tahu bahawa, bila kita ada FTA atau sebelumnya PTA, dia memberikan ruang memudahkan kerjasama kerana peraturan-peraturan itu jelas. Jadi pakar pelabur atau pedagang itu tahu secara khusus, secara persis apa yang dikehendaki. Sebab itu, perjanjian itu penting dan juga jaminan-jaminan yang terikat dengan kerajaan. Okay.
SOALAN 4
Pasal isu-isu kesihatan rakyat Maldives itu?
YAB PERDANA MENTERI
Dan inilah masalah dia, kan kalau anak dia belajar, kita bagi kelonggaran ibu bapa dia jaga. Kemudian kalau anak dia yang OKU, kadang dia sanggup bayar, tapi maknanya kadang-kadang kita tak berikan kemudahan, padahal hal kecil, ini kita harus perbaikilah ya.
Saya tak fikir hal yang melibatkan 11, 12 orang pesakit itu jadi beban kepada kita. Apa tah lagi macam dari segi pendidikan, latihan, banyak yang mereka sendiri keluarkan bayaran sendiri, walaupun kita beri sedikit kelonggaran supaya tidak terlalu tinggi, kerana kita bangga kerana di antara negara yang dipilih ketimbang jiran dan sebagainya, dia pilih Malaysia.
SOALAN 5
Dato’ Seri, pasal Suruhanjaya Bersama itu kan… kita nak adakan mesyuarat dekat Kuala Lumpur sebelum hujung tahun. Mungkin boleh…
YAB PERDANA MENTERI
Tak, yang itu maknanya baru pertama kali nak diadakan di antara Malaysia dan Maldives. Jadi biasanya kalau tahun ini kalau kita anjur, tahun depan dia. Jadi itu diselenggarakan oleh Kementerian Luar dan kementerian-kementerian terlibatlah, sama ada MITI ataupun pendidikan, ataupun pertanian yang terlibat. Okey.
SOALAN 6
Dato’ Seri, what are the efforts by the government to promote trade and tourism between both countries, and are we looking at visa-free as well? And what is the current trade numbers, and which are the biggest sectors?
YAB PERDANA MENTERI
The numbers is already there provided for you, why do you want to…
WARTAWAN
Probably the latest numbers.
YAB PERDANA MENTERI
Why do you want to test me on that?
The figures Malaysia is Maldives’ second largest ASEAN trading partner, and our exports exceed $184.1 million dollars and import is $1.3 million dollars. So, the potential is huge. It has Maldives have attracted almost all the big international
tourism players. So, I think we should benefit from the relations with them. Okey, terima kasih.
