TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SAMBUTAN ULANG TAHUN SPRM KE-58 DAN PELUNCURAN “KEEP MALAYSIA CLEAN” (KMC)
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN SPRM KE-58
DAN
PELUNCURAN “KEEP MALAYSIA CLEAN” (KMC)
1 OKTOBER 2025 (RABU) | 4.30 PETANG
DEWAN DE SERI ENDON, PUSPANITAPURI
PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam Sejahtera.
Alhamdu lillahil-ladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaaba,
Wa lam yaj’al lahu ‘iwaja,
Wa usolli wa nussalli ‘ala rasulillah al-karim,
Wa ‘ala alihi waasahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara; dan
Yang utamanya keluarga SPRM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
- Terima kasih kerana menjayakan sambutan 58 tahun usia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Peluncuran inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC).
- Saya tidak pernah mendengar cara Tan Sri Azam menyingkap pengalaman dahulu, saya teringat tanggungjawab kita. Bila Nabi Muhammad SAW itu mengasaskan kekuatan induk di Makkah al-Mukarramah. Ayat-ayat awal itu, ‘Muzammil’, ‘Muzaffir’. Semalam saya dan Dato’ Seri Zambry di Institut Integriti Malaysia, saya teringat ayat itu, kerana ia sangat berkaitan denga napa yang saudara-saudara terutamanya dan kita dalam Negara MADANI cuba hayati dan laksanakan.
- Peringatan supaya pertama, bangun, celik, sedar dari lena kita, lembap kita, kelemahan kita, tidur kita – “Qum faanthir”. Maknanya peringatan bahawa keadaan itu tidak memuaskan atau baik. Maka harus kita baik daripada kecuaian kita. Setelah “Qum faanthir, Warabbaka fakabbir” – maknanya kebesaran Allah yang Maha besar. Maknanya dia bertapak atau berpaksi kepada akidah, keimanan dan keyakinan. Dia tidak boleh bergerak dengan teori, dengan undang-undang, dengan profesionalisme semata-mata, tetapi kerja dan amalan ini mesti terpancar dari keyakinan pancaran batin (dhamir) dari hati nurani kita. Dan kalau ada kesedaran itu, bangun dari kealpaan dan kecuaian kita dan tahu bahawa kebesaran Allah menuntut sesuatu, mulai dengan keyakinan. “Wathiyabaka fatahhir” – relevan dengan keadaan hari ini. Bersihkan, bersihkan suasana, badan, kehidupan, amalan.
- Keep Malaysia Clean, tapi di sini bersihkan dalam erti kata fizikalnya, mentalnya, jiwanya – “Wathiyabaka fatahhir”, bersihkan. Tidak boleh kita bawa perubahan – islah, reform kalau tidak bersihkan. Bersihkan mulai dari diri kita, kemudian tentunya masyarakat, negara dan dunia sejagat. Tapi permulaannya itu.
- Jadi saya teringat, untuk integriti ini, untuk keyakinan kita bahawa negara ini Allah kurniakan baik khazanahnya, tenaga kerjanya, sejarahnya, kekuatannya, pelbagai. Tetapi kalau kita terus leka, kita belum celik, belum bangun, belum betul-betul sedar, dan kesedaran itu harus bermula berpaksi kepada keyakinan kita dalam apa yang kita lakukan dan kebesaran Allah SWT.
- Tapi kalau benar kita yakin, bagaimana tak mungkin kita bersihkan, tengok dia punya sequence, “Qum faanthir, Warabbaka fakabbir, Wathiyabaka fatahhir”, jadi proses itu harus bermula dan mendorong kita untuk berbuat sesuatu. Tetapi apa pun, bermula daripada diri kita. Jadi kuliah Asar pulak.
- Sebab itu dalam Al-Qurannul Kareem, apapun bermula dari kita. Kita boleh beri kuliah boleh sampaikan tetapi kita tahu bermula dari diri kita. Dalam Al-Quran, “ya ayyuhalladzina amanu qu anfusakum wa ahlikum nara” (Surah At-Tahrim ayat 6) – mula dari diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada siksaan api neraka.
- Kadang-kadang saya gurau kepada orang tafsir, itu yang aku bagi projek ke anak bini aku, sebab Quran kata itu mula daripada diri, kemudian keluarga. Tapi dia tak sambung daripada siksaan api neraka. Berat tanggungjawab dia. Dan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, ibdak binafsika – mula dari diri kita. Jadi kalau itu tonggak daripada dasar, kerja, amalan kita, insya-Allah kita boleh bangkit. Itu mukaddimahnya.
- Baik, pengalaman dengan SPRM, saya semasa dalam kerajaan dulu, dengan BPR dan kebetulan walaupun saya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sejak awal sebagai Menteri Keuwangan sebelum jadi TPM pun, masa itu telah dibentuk JawatanKuasa Jemaah Menteri, Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Kerajaan. Mula diletak Jawatankuasa Kabinet Anti Rasuah di peringkat tertinggi. Ada orang yang tidak buat bersenang. Istilah itu ditukar jadi Pengurusan Kerajaan.
- Maknanya sejak tahun awal 90-an ada kegelisahan tentang rasa selesa bila ekonomi meningkat yang segar, dipacu dengan meyakinkan, khazanah kekayaan melimpah, maka bibit-bibit rasuah menular dengan lebih kencang. Bukan bermakna tidak ada sebelumnya. Kita tahu dalam sejarah BPR sebab saya ingat lagi Harun Hashim belum jadi hakim masa itu. Itu digeruni kerana dia keras. Tetapi tidak mampu dibanteras selagi seluruh kekuatan tekad politiknya, kekuatan badannya dan profesionalnya dan keupayaannya untuk mengambil tindakan yang tegas.
- Jadi, semasa saya pengerusikan, saya tahu itu juga sukar. Dia diantara kerja yang tidak popular, termasuk dikalangan beberapa menteri. Kerana tugas kita umpamanya menggeledah beberapa inventori, JKR atau Kementerian Pertahanan, dan bila digeledah, tentunya terbongkar beberapa masalah, dari segi kontrak, dari segi rekod dan sebagainya. Maka daripada situlah kita terfikir, tak cukup dengan kekuatan undang-undang dan tenaga profesional BPR ketika itu.
- Maka kita perkenalkan beberapa cadangan pindaan sebelum SPRM. Saya bicara soal tahun 90-an, akhir 90-an, 96, 97 kita bertentangkan pindaan besar pada masa itu. Dato’ Seri Zambry ingat kerana kita bawa bukan sahaja kita pergi belajar daripada Hong Kong Anti-Corruption Commission ICAC tak silap saya, tetapi kita bawa wakilnya datang sini untuk sampaikan penerangan. Ramai yang tidak senangi, tetapi itu yang kita lakukan.
- Apa yang saya belajar dari Hong Kong? Hong Kong itu satu wilayah yang sangat terkenal dengan rasuah, dengan beberapa kegiatan gangsterisme dan sebagainya. Itu memang di antara apa yang dianggap sebagai one of the most corrupt areas in the region. Tetapi, pada masa itu ada tekad politik nak lawan perubahan ini. Maka diperkenalkan Anti Corruption Commission dan tiga aspek yang saya ingat betul. Pertama, tekad politik yang jelas. Ya, ada ini undang-undang memperkasa institusi, tekad politik yang jelas dan kedua, tenaga profesional yang cukup baik. Tekad politik, tenaga professional, undang-undang. Dan bila tekad professional termasuklah keupayaan mereka dari segi kekuatan kewangan dia. Ini yang Tan Sri Azam sebut, saya dekat belanjawan ini jadi macam mana nak bagi pertama, peruntukan tambahan bila perlu untuk memperkasa lagi SPRM. Keduanya, berilah umpamanya layanan dan pengiktirafan kerana khidmat cemerlang SPRM ini.
- Baik, dari situ permulaannya dan ada peruntukan tertentu pada masa itu. Masa itu saya memangku Perdana Menteri. Peruntukan menyebut yang agak terlalu radikal pada masa itu, iaitu jika didapati seorang penjawat awam atau tokoh yang pegang public office, Menteri, itu menggondol kekayaan tak dapat dikesan, tapi dapat dikesan 5 tahun, 10 tahun selepas itu, selepas bersara sekalipun, SPRM masih boleh menggeledah dan mendakwa. Bila diluluskan oleh SPRM, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) masa itu, kita luluskan, saya dapat arahan daripada Perdana Menteri, Perdana Menteri di luar negara masa itu, teliti semula kerana katanya ramai ahli-ahli jemaah menteri yang menentang. Saya rasa aneh depa dalam mesyuarat, mereka tak menentang. Jadi dia lapor kepada Perdana Menteri masa itu, dan Perdana Menteri telefon saya dan bagitau kaji semula. Jadi saya terpaksa bentang semula minggu berikutnya dan saya mulakan dengan mengatakan ‘kalau kita tidak korup, kita tidak harus risau sama ada digeledah hari ini atau esok atau lepas kita bersara.
- Maka, kita luluskan juga walaupun kemudian dengan beberapa pindaan, terutama bidang kuasa, penguatkuasaan itu ditarik balik oleh Peguam Negara pada ketika itu. Dia tidak Peguam Negara yang progresif sepertimana sekarang, agak sayalah. Jadi, itu pengalaman sebenarnya, jadi saya tahu, saya ikuti benar. Sebab itu, bila saya jadi Ketua Pembangkang dan pada tahun 2009, dicadangkan penubuhan SPRM, saudara lihat, saya ini membangkang banyak hal, tapi tentang SPRM, saya bangun menyokong penubuhan SPRM pada masa itu. Dan Alhamdulillah bukan kerana ini depan Tan Sri Azam dan pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan, saya lihat dengan tekad politik kita, dengan kekuatan dan perutukan undang-undang yang ada dan pelarasan dengan Jabatan Peguam Negara. Dengan sikap dan dukungan rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri terutama Timbalan-timbalan Perdana Menteri, saya lihat SPRM telah menggegarkan negara dengan keberanian bertindak terhadap siapa saja yang dianggap telah melanggar. Jadi saya ucap tahniah kepada semua saudara.
- Mana pernah dalam sejarah keberanian SPRM untuk bertindak kepada pembesar-pembesar yang paling berpengaruh? Satu, dua, tiga, empat orang dan lebih. Belum pernah dalam Sejarah. Saya baca sejak tahun 1957 kita merdeka. Ada sesekali seorang Menteri, ada. Menteri besar, ada. Tetapi suatu tindakan menyeluruh dengan teliti, dengan berani, sedia mengambil risiko. Ini sahaja yang telah dilakukan oleh SPRM yang kami banggakan dan saya salute kepada keberanian saudara-saudara. Dan percaya kalau kita kaitkan dengan ayat Al-Quran tadi, ini sahaja cara manusia dan negara boleh bangkit semula. Negara hebat dan kaya sepertimana sekalipun tidak mungkin dapat bertahan kalau ketirisan berlaku, rasuah terus menular.
- Sejarah juga membuktikan pasang surut tamadun kerana kerosakan dan keburukan sistem akibat rasuah. Bukan soal kecil. Semalam juga dikaitkan Saudara Zambry, itu teori Abdul Rahman Ibn Khaldun. Generasi baru, pejuang-pejuang kemerdekaan, bapak-bapak, ibu-ibu kita berkumpul, korban subangnya, gelangnya, hartanya untuk kemerdekaan negara. Jadi cetusannya itu idealism, esprit de corps, semangat assabiah, kekitaan, idealism merdeka, menolak penjajah, mau selamatkan bangsa dan negara, bela rakyat dan miskin. Kemudian, generasi kedua, generasi penerus pengganti, semangat kian luntur. Mari generasi berikutnya, dia lupa kepada idealisme.
- Kerana orang menilai pimpinan, bukan kerana keberaniannya, kecekalannya, ketegasannya, tetapi menilai kerana wangnya, kerana dananya. Maka sistem itu, seluruh sistem, budaya itu, budaya materialistic. Kalau saudara-saudara di kalangan yang mungkin mengikuti novel. Ada salah seorang novelis, Nobel Laureate yang terkenal, Gabriel García Márquez, dia tulis satu novel sejarah mengenai Simón Bolívar, pejuang Latin America, Venezuela, Bolivia, Colombia, orang terkenal semua dia. Simón Bolívar yang menentang penjajah Sepanyol. Novelnya saya ingat betul, amat mengesankan saya masa saya muda lagi membaca. “The General and Its Labyrinth”, seorang jeneral pejuang bertempur dengan semangat memerdekakan satu, bukan satu negara. Nama dia Simón Bolívar, itu di Bolivia tetapi di Colombia, Venezuela, dia pergi satu demi satu negara memerdekakan negara dengan keringat, darah dan air mata.
- Tetapi di akhir novel itu, dia seolah-olah dengan kuda tidak salah saya, di atas bukit dan dia lihat kotanya di bawah dengan rasa hiba dan sedih, kerana cita-cita ditanam, semangat ditanam dan cita-cita aspirasi perjuangan rakyat itu kemudian kian luntur kerana yang mengambil alih itu mempamerkan kehebatan, kekayaan, kemewahan melalui rasuah dan apa kita sebut sekarang, ungkapan ketirisan dan sebagainya.
- Saudara, ini kisah universal. Kisah kekuatan dan kelemahan manusia. Sebab itu kita perlu saling ingat, mengingati bahawa kalau mahu hendak angkat martabat, harakat, darjat Malaysia sebagai negara hebat, seluruh kekuatan harus kita kerahkan. Tekad politiknya, jentera kerajaannya dan badan penguatkuasanya, kerana SPRM itu menjadi satu tonggak untuk memantau dan memastikan idealisme itu tidak terhakis dalam satu sistem pimpinan. Sebab saya lihat orang itu mula runtuh dan rosak harus di geledah dan tidak akan diambil untuk menyelamatkan bangsa dan negara. Ia bukan soal personal, bukan soal dendam kesumat, bukan soal senang dengan kesusahan orang tetapi niatnya itu, “Qum faanthir, Warabbaka fakabbir, Wathiyabaka fatahhir”, kerana kebersihan itu akan menyelamatkan negara.
- Saya lihat di segi itu, dan saya percaya saudara Azam dan rakan-rakan dalam SPRM mungkin akan menjadikan Malaysia ini sebagai contoh satu badan penguatkuasa, badan pemantau, badan pembersih, keep Malaysia clean with a MACC that is profound effective, courageous to bring back the esteem image of Malaysia as a great nation.
- Itu ulasan yang saya nak sampaikan pada petang ini kerana saya tahu dia tidak mudah. Saya pun nasihat saudara Azam dan rakan-rakan kanan penguatkuasa, jaga kesihatan jaga keselamatan kerana musuh-musuh juga bukan kecil-kecil orangnya, kalau saya tangkap, orang rasuah di penjabat daerah RM1,000 hingga RM5,000 itu selamat. Kalau saudara geledah orang yang ratusan juta ringgit dan bilion ringgit risikonya besar, sokongan tidak banyak, saya pun aneh banyak kali saya bilang, di mana-mana saya, aneh juga ya, berani mengambil tindakan bahkan disergah, dimarahi lagi, apa ini, Tan Sri Azam? tidak fikirkan orang itu berjasa? tidak fikirkan orang itu tidak begitu sihat? tidak fikirkan orang itu berbagai alasan? aneh sungguh. Padahal orang yang patutnya kata, “terima kasih, bagi semangat dan dorongan” ini? bukan di luar, di Parlimen sendiri pun bangun. Pembangkang. Saya bingung juga fikirkan perkara ini, kerana seharusnya kita dukung. Sepatutnya, dia boleh tanya, “ya, saya setuju tangkap orang ini tapi saya nak tanya mengapa orang yang lain yang kita ada bukti tidak tangkap”. Hah itu okay, ini tak, “kenapa tangkap orang ini, kan dia ada jasa”. Semua orang ada jasa, ini tukang cuci ini pun ada jasa, Penghulu juga ada jasa, yang paling korup pun ada jasa.
- Kalau saudara-saudari lihat dalam Sejarah, kalau baca salah satu kupasan salah seorang alim, sufi, dia ceritakan tentang Fir’aun, Fir’aun itu pun ada jasa, dia bagi makan orang ribu-ribu satu hari, dia bagi gaji pekerja dia ribu-ribu, jasa lah itu. Tapi jasa apa? Jasa Fir’aun. Bukanlah saya bandingkan dengan sekarang, jangan salah faham. Esok media ini, kita tahu media, kita tahu ada sesuatu yang tertentu “Anwar menyamakan orang ini dengan Fir’aun”. Tidak ada, saya tak maksud begitu, Astaghfirullahalazim, tidak maksud membandingkan, saya nak tunjuk tindakan yang harus diambil.
- Jadi, Pesuruhjaya, saya bagi pihak rakan-rakan yang ada di sini, TPM, Menteri dan kepada semua keluarga SPRM, kami dengan segala kekuatan dan pengaruh dan mandat yang ada, ingin menyatakan, sila teruskan kerja baik itu dan bersihkan negara kita.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
