TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PROGRAM UKHWAH KEPIMPINAN MADANI

20 Julai 2025

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

PROGRAM UKHWAH KEPIMPINAN MADANI

 

20 JULAI 2025 (AHAD) | 12.00 TENGAHARI

DATARAN KAMPUNG PACHITAN, PORT DICKSON

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

Tuan rumah saudara Menteri Besar Negeri Sembilan,

YB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun dan rakan-rakan yang membantu menyelenggarakan;

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi;

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof;

Rakan-rakan Menteri dan guru-guru.

  1. Ini Menteri-menteri, ini orang Kampung Pachitan ini luar biasa. Mana ada satu Kampung di Malaysia, seluruh Jemaah Menteri datang. Inilah Kampung Pachitan. Entah apa doa jawa yang dibuat saya tidak tahu, dipilih tapi luar biasa dan sambutan baik, alhamdulillah.
  1. Saya tentunya sudah banyak kali ke sini dulu. Hendak beritahu saya pernah jadi ahli Parlimen sini dahulu kerana orang Kampung Pachitan ini memang solid, alhamdulillah terima kasih banyak.
  1. Jadi Menteri Besar ambil peluang ini minta macam-macam. Jadi takkanlah, saya macam mana nak kata tidak boleh. Jadi saya minta kebenaran sebab yang ini di bawah Timbalan Perdana Menteri (TPM) YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dengan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah. Tengok kita punya demokratik, Saya Perdana Menteri (PM) hendak bagi kelulusan kena tanya dua-dua TPM dahulu.

  1. Jadi kompleks sukan itu mungkin saya akan bincang dengan YB Puan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kalau pun tidak kompleks, seluruh dan saya kena tengok dari segi kos, tapi saya setuju dimulakan fasa satu kompleks sukan di sini. Tanah dah ada kan? Orang dah suspense nak umum apa ini.
  1. Orang tanya pasal apa saya terlambat sikit tadi? Duduk berbincang dengan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian-kementerian berkenaan apa yang nak umum hari Selasa Rabu ini. Kerana apa? Walaupun kita ambil apa langkah yang perlu tapi kita turun kita dengar rakyat. Dari segi mikro ekonomi, pertumbuhan ekonomi baik, inflasi rendah, pengangguran rendah. Tetapi di peringkat bawah mesti ada sedikit kegelisahan dan kita sebagai Kerajaan MADANI yang prihatin kena dengar di bawah. Jadi bila dengar ada sedikit keresahan, kita cari jalan cuba meringankan. Inilah yang maksud kita bila kita santuni.
  1. Saya ucap terima kasih banyak kepada ahli-ahli parlimen. Ini bukanlah perkara baru dia buat. Di kawasan masing-masing ini antara yang berterusan, tetapi kita gabungkan semua kekuatan. Melihatkan bahawa semangat perpaduan kita itu kuat, bukan bersatu tetapi bersatu dengan satu agenda untuk memakmurkan negara, membangunkan negara dengan nilai. Ini yang penting.
  1. Jadi saya percaya kehadiran rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang begitu ramai dan Menteri-menteri yang begitu ramai di Pachitan ini, waras sudah jadinya. Waras betul. Jadi katanya masak sendiri tadi? Jadi kita belum boleh komen, kita makan dulu baru kita tahu sedap tau tidak (nada seloroh).
  1. Jadi sekali lagi lah saya tak ada hasrat nak bercakap panjang sebab sebelum sampai tadi YAB Fadhillah dah bagi warning. Dia jaga time dia ketua, dia bagi dah warning pada saya. PM dia tanya depa berdua ni tak perlu ucapan. Dia kata kita semua kena sampai di hotel pada jam 1:00. Saya faham saya jawab. Mana ada di dunia ini Perdana Menteri boleh kena warning oleh timbalan dia. Betul?

  1. Tapi itulah semangat di antara kita, orang tampil di luar tu lain. Tapi bekerja saya sebagai diamanahkan sebagai PM, saya bersyukur alhamdulillah, walaupun kita ini gabungan parti-parti dengan pendirian masing-masing dalam apa-apa hal, tapi semangat untuk membangunkan negara, fahaman itu luar biasa.
  1. Terima Kasih kepada Zahid, saudara Fadillah, Loh dan semua kawan-kawan yang berada disini. “Tak sebut Armizan karang kecil hati pulak” (dengan nada berseloroh). Bertambah lagi dia nak pilihan raya di Sabah ni. Apa buat sini saya tak faham, sepatutnya kempen di Sabah.
  1. Jadi sekali lagilah, terima kasih banyak dan rakan-rakan penghulu-penghulu yang baik di seluruh Negeri Sembilan, terima kasih banyak dan pasukan keselamatan. Saya nak bagi bagitahu Pacitan janganlah gaduh sebab Menteri pun ramai, selepas itu Polis pun ramai. Jadi jaga keselamatan. Bukanlah kita di negeri ini memang alhamdulillah selamat, tapi tugas mereka.

  1. Jadi saya ucap terima kasih kerana tugas yang bertambah di kalangan PDRM di Negeri Sembilan ini, terutama di Port Dickson. Dan kita syukur alhamdulillah, kita aman, kita stabil. Kita tumpu untuk membangunkan negara dan memberikan kebajikan kepada rakyat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: