TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA WARGA
KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
8 SEPTEMBER 2026 | SELASA | 8:30 PAGI
DEWAN SERBAGUNA, ARAS G,
KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil ‘aalamin,
nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim,
wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’iin.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad,
Menteri Perladangan dan Komoditi;
Rakan-rakan dari Kementerian;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
Yang Berbahagia Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof,
Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi;
KSP;
KSU KE;
Wakil-wakil pekebun kecil; dan
Yang penting rakan-rakan dari Kementerian.
- Dan seperti biasa, ini acara bulanan yang saya sampaikan sedikit pandangan ikut giliran, dan kebetulan Noraini beritahu belum sampai di sini, sebab dia tak undang saya. Terima kasih atas sambutan ini dan sepertimana tahu ini tak salah saya Kementerian ke-15 saya adakan acara ini untuk turun, kemudian selepas sedikit penyampaian pandangan kepada penjawat awam keseluruhannya, saya akan duduk dan mendengar juga beberapa permasalahan kementerian secara khusus. Dan hari ini Menteri Noraini, mencadangkan supaya saya juga ambil kesempatan menemui wakil-wakil pekebun kecil.
- Dan ini dalam Kerajaan Madani ini penting. Kita tidak menganggap kita ada penyelesaian daripada semua masalah, dan penyelesaian itu tidak harus berpunca hanya di peringkat atas di kalangan perancang, penjawat awam atau pimpinan politik. Kita harus mendengar, kalau ada masalah boleh kita dengar di bawah itu kadang-kadang ada berlaku kesenjangan atau disconnect di antara apa yang kita rencanakan dengan apa yang dihasratkan di peringkat akar umbi. Sebab itu, program ini hanya untuk menekankan kepada penjawat awam, bahawa sementara prestasi itu membanggakan, dan saya tak dapat nafikan dan saya ucap tahniah kerana Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah dalam tengok prestasi tahun-tahun terakhir ini dari segi tahap kerja, tahap pengeluaran, itu membanggakan. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih banyak atas khidmat.
- Tetapi sesuatu yang sering saya tegaskan, kita ini tidak harus dilamun dengan rasa enak dan senang dengan kejayaan. Betul, tidak dapat dinafikan prestasi kita membanggakan kerana dasar jelas, politiknya stabil, kerjasama yang ada dalam Jemaah Menteri, walaupun kadang-kadang dalam media sosial itu lain sedikit, tapi dari segi kerjasama Datuk Seri Noraini boleh jelaskan bahawa dalam Jemaah Menteri dan sebagainya, umumnya kita muafakat kita sangat baik.
- Ini memberikan gambaran kestabilan dan boleh kita rencanakan untuk rakyat. Dan sebab itu, prestasi kita umpamanya, pertumbuhan suku tahun kedua dengan Perang Teluk, dengan permasalahan sekarang jerebu dan permasalahan ketegangan politik di beberapa negara termasuk masalah negara jiran, prestasi kita masih baik mencatat pertumbuhan yang lebih baik dari apa yang kita jangka. Tidak ada satu unjuran dari IMF, Bank Dunia, Bank Negara, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi yang menjangkakan kita catat prestasi pertumbuhan enam peratus (6%) suku tahun baru ini.
- Dan ini semua kerana berkat, dasar jelas dan upaya melaksanakan. Kalau dasar baik penjawat awam ambil sikap leka, tidak melaksanakan dengan baik, tentunya kita tak dapat prestasi yang begini baik. Sebab itu, saya ingin menggesa rakan-rakan, jangan senang terima dan rasa puas hati dalam dua (2) perkara. Pertama, pelaksanaan kita harus lebih cepat, lebih berkesan. Ada hal-hal yang masih dibangkitkan, umpamanya dalam bisikan beberapa minit sebelum saya naik sini, Datuk Seri Noraini sebut, dia kata ini masalah perumahan pekebun kecil, itu perkara yang harus kita angkat dan pertimbang sebab baru-baru ini saya hanya bicara soal perumahan Pengurus FELDA yang sudah 10-15 tahun tak terurus. Kaji-kaji, rupanya keperluan itu tinggi. Ini pengurus kita, sudah belasan tahun, rumah dan kediaman mereka itu dalam keadaan yang sangat daif. Kita minta mereka bekerja lebih keras, balik rumah, bumbung bocor, tandas tak terkunci. Ini hal-hal yang membebankan. Dan kita hanya tahu ini setelah kita dengar dari peringkat akar bumi.
- Sebab itu, saya tekankan dua (2) perkara. Satu, pelaksanaan yang lebih berkesan. Walaupun baik, tapi kita, upaya kita yang saya selalukan jadikan tema yang rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, ‘Itqan fil amal’. Islam itu menekankan tidak ada kerja sambil lewa, tidak ada kesederhanaan dalam erti kata lembab. Dia harus perbaiki, perbaiki elak ketirisan, penyalahgunaan, lebih cekap dan pantas. Itu ‘Itqan fil amal’ itu disebut dalam teori pengurusan sekarang, ‘striving for excellence’, tetapi Islam menekankan daripada awal dalam hijratun Nabi Muhammad SAW dari Makatul Mukarramah ke Yathrib Madinah Al-Munawarah, itu kerana mahu meningkat, bukan sahaja keimanan, the excellence dari segi akhlak, ketakwaan, keperibadian dan pengurusan negeri.
- Pengurusan ekonomi diserah kepada orang yang pakar, Abdul Rahman bin Auf. Pengurusan masyarakat, Abu Bakar as-Siddiq dan rakan-rakan. Sebelum hijrah, ditugaskan dua (2) yang punyai keupayaan, Abdullah ibni Ummi Maktum, yang buta tetapi orang yang baik, tinggi darjah ketakwaan dan fasih dalam al-Quran dan ilmu Islam. Kemudian, dengan Mus’ab bin Umair. Itu orang yang bijak, pintar, boleh mengajar, mendidik. Maknanya, kesediaan itu supaya berlaku hijratun Nabi Muhammad SAW dari Makkahtul Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah itu orang yang terima itu sudah terlatih, baik peribadinya, kukuh imannya dan tinggi minat kepada ilmu dan mahu perbaiki sistem. Walaupun sistem mungkin dianggap baik, tapi sentiasa ada minat untuk meningkatkan prestasi.
- Jadi kita yang bicara tentang Islam, dakwah lebih meluas di mana-mana, tetapi peningkatan kerja tidak meningkat. Sebab itu, kalau dalam tradisi Islam, semangat memperbaiki, memang dapat prestasi baik, KPPA bagi prestasi baik. Betul, kita terima. Tetapi, adakah baik itu peringkat cemerlang, ‘Itqan fil amal’? Kerana kita baik ketimbang dibanding dengan teman-teman lain. Boleh tak kita cari kebaikan berbanding dengan negara-negara yang lebih maju daripada kita? Pencapaian yang lebih hebat daripada kita? Kerana cita-cita kita di Malaysia ini tidak anggap tahap yang lama. Kita ada upaya saudara-saudara lihat dari segi AI, dari segi data center, dari segi teknologi maklumat, dari segi digital, dari segi energy transition, production, quality pengeluaran hasil-hasil, komoditi. Semua meningkat ,tetapi kita ada keupayaan meningkat jauh lebih baik.
- Sebab itu, saya kata perkara pertama ialah pengurusnya, pegawainya, penjawat awam harus sentiasa syukur alhamdulillah, tetapi didorong untuk bekerja dengan jauh lebih baik, dengan mencatat proses yang lebih baik. Itu yang pertama.
- Yang kedua, kita ini harus menyantuni masyarakat dan rakyat. Kejayaan Kementerian Perladangan dan Komoditi ialah kejayaan untuk berinteraksi, dengar pandangan. Pengurus ladang baik yang besar, yang kecil. Kerana mereka semua memberi sumbangan kepada negara. Pekebun ini, walaupun kadang-kadang kita sebut pekebun pecil, digabung semuanya sumbangannya besar, dan kita bertanggungjawab untuk mencari jalan meningkatkan mutu pengeluaran mereka.
- Sebab itu, saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Noraini kerana dari semasa ke semasa, memberi laporan tentang dialog beliau dengan wakil-wakil pekebun, yang ladang besar dan pekebun. Dengan cara ini, maklumat itu dimanfaatkan untuk perbaiki.
- Sebab itu, dari segi ini saya tekankannya keperluan untuk mendengar. Hari ini umpamanya dalam masa singkat, saya undang KSN, KPPA dan selain dari KSU, KSP Kewangan, KSU Ekonomi, kerana memberikan kesempatan. Walaupun dah ada memo, dihantar untuk membantu kita dalam Belanjawan dan kita lakukan apa yang kita fikir sebaiknya, tapi bila mendengar keluhan dan rintihan, lain lagi. Tambahlah rintihan pekebun kecil. Bunyi pekebun kecil, tapi rintihannya besar. tapi kena dengar juga, insya-Allah.
- Apa yang hendak saya sebut di sini. Sejak Kerajaan MADANI ambil tanggungjawab, kita tidak berdiam. Saya tahu masalah pekebun getah ini daripada peristiwa Baling dulu lagi, bukan baru, tahun 1974. Jadi takkanlah tak beri sedikit kesan dalam damir Dulu, kita sama-sama dengan mereka, sekarang kita ada upaya untuk membantu.
- Sebab itu bila kita lihat umpamanya, Dulu, kalau insentif pengeluaran getah yang banyak dibangkitkan oleh pekebun kecil getah, hanya diberi RM2.50 sen per/kg. Pada tahun 2023, setahun setelah kita ambil alih Kerajaan MADANI, kita naik RM2.70 sen. Kemudian, pekebun kecil keluh lagi. Dulu masa dia dapat RM2.50, dia tak keluh kuat. Tapi sekarang dia keluh lebih kuat. Tapi kita terpaksa dengar. Maka kita naik RM2.70. 2024, naik RM3. Tapi saya dengar, keluhan masih ada. Ini lepas ni, saya dah agak ni memang akan dia bawa lagi. Sebab itu saya bawa Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
- Bagi pekebun kecil sawit, kita ada galakan tanaman semula sawit bersama 100% pinjaman. Ini dari keputusan. Kadang-kadang di peringkat di bawah, dia kata ada masalah-masalah lain. Mulai 2024, Kerajaan MADANI menambah baik ikhtiar secara hibrid, iaitu 50% geran dan 50% pinjaman mudah. Dengar eh, maknanya, kalau dulu 100% pinjaman. Kita ambil alih Kerajaan, kita tukar 50% geran, 50% pinjaman mudah. Pinjaman mudah ini nama pinjaman mudah, tapi dia punya kadar faedah dia hanya 2%. Ini mencecah RM100 juta ringgit.
- Kemudian, untuk selenggara jalan ladang seluruh negara, jalan ladang ini, dia keperluan. Dia tak perlu jadi jalan-jalan lebuh raya, tapi jalan ladang untuk pengangkutan pengeluaran hasil-hasil. Jadi, kalau dulu paling tinggi dalam rekod Kementerian Kewangan satu tahun RM8 juta untuk jalan ladang. Untuk 2026 sahaja, daripada RM8 juta, Kerajaan MADANI tingkatkan kepada RM50 juta.
- Baik, setakat September 2026 tahun ini, 270 ribu pekebun kecil termasuk pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada, kenaf, menerima bantuan tunai Budi Agri Komoditi RM400 sebulan. Kita sebut perkara ini, kadang-kadang kerana maklumat ini tak sampai. Orang beritahu saya, dia kata, “ya Anwar, dah ada Kerajaan, tapi sama saja”. Jadi sebab itu, tugas kita bukan sahaja masing-masing jabatan dan agensi, tetapi tugas umum memberi penerangan. Saya tak beritahu kata tak ingatkan ini propaganda, maknanya sudah sempurna tidak, tapi sekurang-kurangnya dia tahu. Jangan dia kata belum dapat apa-apa.
- Saya bandingkan ini, umpamanya sebelum dan selepas Kerajaan MADANI. Peningkatan itu mendadak. Kalau wakil pekebun kecil tanya saya cukup? tentu dia jawab tak cukup dan saya akui. Sebab itu kita terdengar, kita cari jalan. Cuma kita kena faham juga keadaan ekonomi sekarang ini. Sudah keadaan agak baik, dah jerebu pula. Perang Teluk belum selesai. Apa kena-mengena Perang Teluk yang jauh itu dengan kita? Sebab, minyak dan pengeluaran sebahagian kita. Sebahagian yang kita import tu melalui Selat Teluk. Harga minyak melambung. Dulu, USD40 satu tong. Amerika Syarikat 40. Sekarang dah cecah sampai USD90. Sebab perang.
- Tak larat nak bercakap dah dengan Presiden Donald Trump ya. Dia dengar. Saya masa duduk dalam kereta. Kereta dia nama Beast. Siapa pun tak faham kereta Presiden Amerika Syarikat namanya Beast, haiwan. Dan memang kereta itu hebatlah, besar. Masa duduk 40 minit itu saya sampaikan. Pasal Gaza, pasal harga barang, pasal apa kita sahabat dengan Amerika, pasal apa kita sahabat dengan negara China. Pasal apa kita mahu keamanan di kawasan ini. Semua kita terangkan, dia dengar. Dia ini seorang pendengar yang baik. Tapi lepas itu habislah.
- Tapi, yang saya nak tekankan di sini, kesannya. Jadi, jangan kita pandang ringan. Negara-negara lain, yang saya tahu negara-negara jiran ASEAN hadapi masalah yang sangat besar. Kita dalam keadaan kekangan masalah minyak ini, yang dihadapi oleh satu dunia, masih ada minyak yang mengalir. Baik RON95 ataupun diesel. Di beberapa negara jiran, tentulah saya sebagai Perdana Menteri tak boleh sebut negara mana, kan. Tapi yang terpaksa queue nak ambil minyak. Dan ada satu negara, pada satu hari, 40 stesen minyak ditutup. Ya, satu hari dan lepas itu, tunggu beberapa bulan baru buka balik.
- Jadi kita syukur alhamdulillah, kita dapat tangani dengan baik. Bukan setakat itu. Sekarang ini, walaupun dalam keadaan kekangan ekonomi, kita masih bertahan untuk menetapkan harga RON95 paling rendah di dunia. Ini bukan mudah. Memang saya tahu tak dapat, kadang-kadang orang tak bercakap pasal itu. Dia nak cakap pasal gaduh, cakap pasal Muktamar PAS. Dia tak bercakap pasal masalah-masalah ini. Dia tak menarik. Tapi sebenarnya cuma saudara renungkan. Renungkan. Satu dunia termasuk negara pengeluaran minyak yang terbesar di dunia apa? Arab Saudi. Pengeluar gas yang terbesar apa? Qatar. Semua itu harga minyak dia lebih tinggi daripada kita. Saudara ingat mudah, tidak mudah.
- Tanya Noraini, dalam Jemaah Menteri. Tanya Johan, Nor Azmi, Menteri Ekonomi, Kementerian Kewangan. Itu letih kita nak fikir. Nak naik harga minyak, mengamuk pekebun kecil. Bila saya kata ini harga import mahal, itu masalah Perdana Menteri, siapa suruh nak jadi Perdana Menteri. Tapi pandangan saya, kalau cari jalan, kalau apa sahaja yang mungkin, jangan bebankan rakyat. Kita tanggunglah, ya. Itu baru cara kita memimpin.
- Jadi, kita ambil keputusan, masa itu sebelum Perang Teluk, turun harga minyak. Dah Perang Teluk, nak naik, tak terlarat saya nak jawab. Jadi kita kekal. Kemudian kata, tapi tak cukup. Budi diesel tak cukup. RON95 tak cukup, nak naik lagi. Jumlah daripada 200 seliter ke 300. Bila saya dengar mula, saya tak berapa setuju. Saya kata ini kos. Kita dah bayar RM40 bilion. Ni saya dok cakap ini bukan RM200 juta, RM300 juta. RM40 billion subsidi harga minyak. Bukan free. Jadi, tiap kali ambil minyak tu tolonglah fikir. Ambil yang perlu. Sebab negara bayar. Negara siapa? Pembayar cukai. Daripada semua kaum, semua wilayah.
- Tapi kalau tak naik, saya dengar ramai yang merayu, itu betul lah 200 itu cukup bagi sebahagian. Yang tinggal Putrajaya, KSN kemudian dia pejabat dia di Putrajaya. Cukup lah. Saya duduk Sungai Long, datang ke sini, lebih kurang cukuplah. Cukup-cukup. Tapi kalau orang itu duduk Seremban, kerja di Kuala Lumpur atau kerja di Putrajaya, mungkin tak cukup. Orang naik pemandu Grab yang ye lah, kemudahan-kemudahan ini, nampak belum cukup. Jadi ding-dong ding-dong, runding… runding naik lagi. Bila naik lagi, tanggungan Kerajaan, lebih tinggi. Jadi, itu tak apa saya serah Tan Sri Johan dan Kementerian Kewangan, biar dia pening. Biar fikir bagaimana nak tampung.
- Saya hanya minta kawan-kawan dari dalam Pekebun-pekebun kecil. Bukan maknanya kita tak boleh dengar dan cari penyelesaian. Tapi sekurang-kurangnya yang berlaku adalah dia tahu masalah ekonomi keseluruhannya. Tahu keseluruhannya. Saya pernah jadi Menteri Kawangan dulu. Itu keadaan yang lain. Pertumbuhan kita 9%, 10%, harga minyak terkawal. Perang sepanjang masa itu belum ada perang. Sepertimana perang Arab-Israel dulu sebelumnya dan sebagainya. Itu tahun 73-74. Yang itu kecil-kecil. Tapi kali ini perang sampai tertutup Selat Hormuz. Selat Hormuz tu selat laluan tangki minyak. Itu pun nasib baiklah kita berkawan dengan Presiden Iran. Terlepas satu dua kapal besar Petronas daripada sana lalu pergi ke Pengerang. Itu di antara kita kapal minyak awal yang diluluskan. Walaupun banyak orang sindir saya kata telefon, memang betul. Saya bercakap sendiri dan itu ada rekod.
- Habis bincang soal Iran, Amerika, negeri Teluk dan sebagainya, saya kata kami ada masalah sedikit, kapal kami sangkut. Di mana? Saya kata di Selat Hormuz, kapal Petronas untuk keperluan minyak dalam negara, bukan untuk eksport. Nak bawa ke mana? Nak bawa ke Pengerang. Untuk diproses dan dijual dalam negara. Tahu Presiden Iran kata kat saya apa? “Brother Anwar, sebaik habis ini, saya akan usahakan, uruskan supaya kapal ini dapat lepasi sekatan di Selat Hormuz. Itu sebab persahabatan dengan negara ini baik. Ada suruh kita bergaduh dengan negara China, ada suruh bergaduh dengan Amerika. Kita bergaduh buat apa? Pandangan kita tegas. Kalau dia bunuh rakyat Palestine, langgar Gaza, hina rakyat, menjajah, kita ambil sikap yang sangat tegas.
- Sebab itu Israel, kita tak iktiraf. Rakyat Israel kalau dapati ada di sini, kita usir dia keluar. Ada perdagangan yang bawa umpamanya bawa barang untuk Israel di pelabuhan kita, kita rampas. Tapi persahabatan dengan negara-negara lain, kita teruskan sebab kita nak berdagang dengan mereka. Kita nak eksport minyak sawit ke negara-negara Eropah, China, India dan Amerika. Ini langkah-langkah yang kita harus ambil.
- Jadi, ada beberapa hal lain yang juga diminta untuk saya umumkan sedikit tentang pemerkasaan usahawan hiliran, sektor agrikomoditi dengan peruntukan ini tambahan beberapa perkara yang kita sedang kaji dalam inisiatif utama di bawah Belanjawan 2027. Iaitu, usahawan hiliran sektor agrokomoditi itu RM17.05 juta. Tabung-tabung bencana dan kawalan penyakit sektor agrokomoditi betul ini, Noraini ya? Aku umum-umum tak ada duit pulak. Tabung bencana dan kawalan penyakit sektor agrikomoditi RM28.57 juta. Projek ladang, pekebun kecil, persendirian GLPK ini yang impak langsung pada peningkatan produktiviti, sebab saya kata ini jalan-jalan yang dianggap perlu dengan kadar yang sederhana, tidak yang terlalu canggihlah ya. Tak perlu bawa apa itu, Mercedes, itu untuk traktor, untuk kerja-kerja kemudahan ladang, itu kita tambah RM100 juta.
- Kemudian Program Tanam Semula Perkebun Kecil Sawit TSPKS. Ini pegawai ingat TSPKS, saya tak hafal, 2.0 dengan peruntukan RM280.03 juta dan Program Pembiayaan Tanam Semula Sawit (PTSS) itu pembiayaan tanam semula sehingga 100% untuk pekebun kecil yang layak, ini untuk pekebun kecil berdepan dengan kekangan modal, tapi tanaman sekitar 10 hingga 40.46 hektar.
- Ini yang dirumuskan oleh kementerian dan kalau ada pandangan boleh kemukakan. Saya umum perkara-perkara telah dilaksanakan ini supaya kementerian tidak minta dana tambahan lagi untuk belanjawan. Tapi sepertimana yang kita tahu, kalau ada keperluan, walaupun ada kekangan, keutamaan kita pertama saya sebut pembasmian kemiskinan. Kedua ini untuk peniaga-peniaga kecil dari warung ke restoran kecil, pekebun kecil, kan jumlah dia besar dan masalah mereka juga meningkat, meninggi.
- Jadi oleh itu, saya tidak fikir kita harus abaikan. Dan selain itu, keutamaan Kerajaan ini adalah pacu pertumbuhan. Kalau negeri ini lembab ekonomi dia, hasil berkurangan, saya tak boleh umum peruntukan. Dalam belanjawan bulan depan, saya tak boleh tingkatkan untuk rakyat. Sebab itu, politik negara harus stabil, dasar harus jelas, dan rakyat mesti berusaha, beri ikhtiar, bekerja dengan bersungguh-sungguh, terutama di kalangan penjawat awam dan berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan apa yang kita capai ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
