TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: IJTIMAK MADANI ULAMA DAN GURU PONDOK
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
IJTIMAK MADANI ULAMA DAN GURU PONDOK
9 OGOS 2025 (SABTU) | 9:15 PAGI
UITM KELANTAN, KELANTAN 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah
Wa Maa Tawfeeqeee Waktusaami Illa Billaah
Alaihi Tawakkaltu Wa Ilaihi Uneeb
Alhamdulillahil Qawiyyil
Waman ahsanu qawlan mimman daha ila llahi wa amila salihan waqala innanee minal muslimin
Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Saudara saya Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim;
Saudara Yang Berhormat Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Rakan-rakan Menteri;
YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri;
YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi;
Saudara Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusoff,
Pengerusi Akademi NUNJI;
Rakan-rakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), JAKIM, UiTM, yang membantu menyelenggarakan;
Yang saya muliakan tuan-tuan guru.
- Semalam saya disambut meriah oleh Tuan Guru Syeikh Wazir bin Awang, Pusat Pengajian Pondok Kandis, dan Tuan Guru Baba Ghazali bin Ahmad ada, Dr. Mohd Jamil Sadaqi, Tuan Guru Baba Abdul Rahman dan saya mohon izin di depan tok-tok guru yang ramai ini, kalau boleh saya kecek sikit, boleh? Dia ada adabnya apabila ada tok-tok guru, jangan cakap banyak. Jadi saya akan pendekkan.
- Jazakumullahu khairan kathiran. Ini ikhtiar yang baik. Ia kadang-kadang dalam umat ini, dalam masyarakat, dalam negara, ketegangan itu berlaku apabila tidak ada usaha berterusan untuk mendekati, menjelaskan, dan memperbaiki.
- Kalau kita sebut islah, islah ini mesti berperingkat. Sebab itu, pada faham saya, apabila kita jadikan program islah ini sebagai titik tolak dalam pembaharuan dalam negara, ‘in uridu illal-islaha mastata’tu’. Itu dengan pengakuan, perubahan itu mesti berlaku dan mesti berlaku sedaya upaya kita.
- Semalam di pondok Tuan Guru Syeikh Wazir, saya terkenang seorang alim, sarjana terkemuka Sudan yang baru meninggal dunia, sekitar beberapa minggu, bulan yang lalu — Dr. Jafar Shaikh Idrees. Saya masih ingat dalam pertemuan dan ulasan beliau tentang pembaharuan yang mesti terus berlaku. Dia tidak boleh berlaku mendadak, ia akan mengakibatkan kecamuknya masyarakat, tetapi berlaku dengan bijaksana, dengan tegas, dengan hikmah, dengan berperingkat.
- Dan beliau mengutip pada masa itu dari kupasan asy-Syatibi dalam muwafaqat tentang dialog Abdul Malik dan ayahnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ‘mesti ada perubahan, mesti bawa ketinggian Islam kerana tidak ada hujah lain dari keyakinan kita ‘al-Islamu ya’lu wala yu’la alaih’, tetapi mesti ada kebijaksanaan, mesti faham ada keterbatasan.
- Maka, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, orang yang warak, yang punyai keperibadian tinggi, yang dianggap Umar sani dan khalifah yang kelima kalau dalam tutur keutamaan, ‘aulawiyat’ kita. Dia sebut ‘Laa taj’al, yaa bunayya’. Memang kita boleh jadikan ini alasan untuk melengah-lengahkan. Ada orang yang tidak membuat apa-apa, jadi dia sebut “jangan gopoh”, dia tidak buat apa-apa. Tetapi kalau dia lakukan perubahan sedaya upaya dia, maka harus ada persefahaman, kesediaan untuk mendengar, memberi cadangan, dan berhujah.
- Seperti Majlis ini, tuan-tuan guru pondok ini bukan calang-calang, bukan baru satu dua tahun, puluhan tahun kerja dalam keadaan yang sangat sukar. Jadi kita harus mendengar. Sebab itu ada Majlis dan saya terkesan. Bukan saya nak tambah, ini bukan, tidak ada tujuan lain. Jadi saya lihat saya kata, dalam Kerajaan MADANI sudah hampir tiga tahun, kita cuba tetapkan tatakelola kerana apa erti perubahan kalau pimpinannya itu gelojoh, serakah, nak kaya semua, ada peluang cari kekayaan? Tidak boleh.
- Jadi kita mulakan dengan tatakelola. Kalau kita bercakap soal Khalifah Umar bin Abdul Aziz, waraknya ya, baca Al-Quran tiap malam menangis ya, tetapi beliau urus negara itu dengan bersih. Beliau tidak ambil dan tidak sakau. Baru boleh kita jalankan langkah-langkah dalam bidang pendidikan, ketenteraan, ekonomi, dan pelbagai cabang yang lain.
- Sebab itu jawapan beliau kepada anaknya yang muda, panglima peranglah, maknanya yang muda yang menuntut perubahan, dan ada baiknya, anaknya ikhlas. Anaknya itu semangat dan roh jihad, roh perjuangan itu tebal. Jadi nasihat kepada ayahnya: “Tunggu apa lagi?” Tetapi jawapan ayahnya: “Jangan gopoh, wahai anakku.” Itu memberi mesej bahawa kalau kita salah langkah, porak-peranda, dan sejarah telah buktikan. Apa lagi dalam negara kita.
- Negara kita majoriti Islam, tetapi kita harus santuni, nak jadikannya contoh bagaimana orang Islam itu dikenal sebagai tokoh-tokohnya yang bersih, yang pintar, yang urus negara dengan baik, yang boleh jadi contoh kepada umat manusia, ‘syuhadā’a ‘ala an-nāsi wa yakūna ar-rasūlu ‘alaikum shahīdā’.
- Ini cabaran yang besar, dan tidak boleh umpamanya menimbulkan ketegangan kerana ia tidak akan membaiki, memperbaiki kedudukan dan suasana, apa lagi dalam geopolitik yang sekarang. Memang kita bukan lagi negara dijajah. Kita tidak dijajah. Memang kita merdeka berdaulat sebab itu kita boleh hubungi, Yang di-Pertuan Agong di Rusia, saya boleh lagi telefon dengan Presiden Donald Trump. Kita masih lagi baik.
- Semalam atau dua hari yang lalu, Menteri Ketenteraan China datang. Kita bebas, tetapi tidak bermakna kita boleh bertindak secara bebas mutlak, terpisah daripada pertimbangan, kekacauan, dan kemelut yang ada. Ini yang saya nak tegaskan supaya jangan ada pemikiran bahawa tidak ada kesungguhan dalam kita melakukan.
- Kita bincang umpamanya berbalik kepada soal sekolah pondok. Di mana-mana sejak dulu, sejak zaman ABIM saya, Sheikh Wazir saya ingat sebab dia di Pakistan masa itu. Syarah saya, menukil pendapat Dr. Mohammad Natsir seorang pemimpin Masyumi Muslim di Indonesia yang kemudian jadi Perdana Menteri.
- Dia pergi ke pesantren di sana dia panggil pesantren, di sini panggil pondok. Dia kata kita harus buat sesuatu, angkat semula martabat pesantren ini, kerana dia kata dalam keadaan Indonesia itu dijajah oleh Belanda, habis lingkup seluruh sistemnya. Pemimpin-pemimpin, keraton-keraton ini semua menyerah, menyeksa sehinggakan timbul seorang pemikir pada masa itu. Nama dia Ronggo Warsito. Apa dia kata? “Ini sudah jadi jaman edan” orang Jawa sebut “edan” ini gila.
- Sebab kita sebagai orang Islam tapi tunduk kepada sistem yang asing. Jiwa, pemikiran, pendidikan, ekonomi, tidak ada yang Islam, tidak ada yang asli. Semuanya terperangkap dalam penjajahan. Jadi penjajahan itu bukan ada Gabenor Inggeris, bukan Gabenor Belanda atau Itali atau Perancis, tetapi penjajahan seluruhnya itu dikawal.
- Cakap soal pendidikan, saya amat percaya kepada Tidak ada masuk dalam tajuk pendidikan Turath. Tidak ada keinginan untuk bawa Islam, jika mahu solat, solat sendiri. Tidak boleh dimasukkan kurikulum.
- Stamford Raffles yang kemudian diikuti oleh Winstedt dan sebagainya, di Tanah Melayu, dia tulis notes on “The Establishment of a Malay College in Malaysia” Malay School. Dia tulis semasa dia jadi Gabenor di Singapura, nota untuk menubuhkan sekolah. Itu tujuan dia seperti mana Macaulay di India, Cromer di Mesir, Snouck Hurgronje di Indonesia, dan Raffles di sini, Tanah Melayu. Apa dia kata? sama pemikirannya. Lord Cromer, Mesir; Lord Macaulay di India ini bukan kecil, maknanya melibatkan ratusan juta umat.
- Apa katanya? Bagi mereka pendidikan supaya warna kulit kekal gelap atau sawo matang atau kelabu, ada macam ni, dan gelap sikit pun ada, cerah sikit pun ada. Tetapi darah yang mengalir itu tetap darah dan jiwa Inggeris dan Barat. Mereka merancang, kita berbalah. Mereka merancang dengan teliti dalam bidang pendidikan. Apa dia? 1, 2, 3. Sebab itu kita juga harus merancang melawannya.
- Tapi yang penting saya nak sebut di sini — seluruh sistem itu tertewas. Yang ada menurut Mohamad Natsir, satu-satunya tembok, benteng, pagar, kubu. Menteri pendidikan pun lambat jawab (nada berseloroh). Kubu, salah satu kubu pertahanan. Ingat, bukan hendak puji, kubu-kubu utama, satu-satu kubu yang ada, yang lain habis hancur pada masa penjajahan termasuk di Tanah Melayu ini. Satu-satu kubunya itu pondok di Tanah Melayu, pesantren di Indonesia.
- Dengan segala kekurangannya, bumbungnya, lantainya, semua kekurangan, tetapi itu menjadi tembok, kubu, benteng pertahanan umat dari segi akidahnya, ilmunya, dan roh perjuangannya mengembalikan turath, legasi Islam itu sendiri.
- Masa itu saya bersyarah sebagai Presiden ABIM, sekarang sudah jadi Perdana Menteri, turun ke Kelantan, jadi Anwar ‘turun’ ke Kelantan (nada berseloroh). Baik, apa mesej saya? Mesej saya, setelah kita atur pendidikan, sekolah daif, klinik daif, sampai tanah pun tidak teratur. RM1 bilion sekolah, kemudian rumah-rumah tentera, rumah polis, rumah guru setahun — ya, tidak siap semua. Tapi saya terfikir, sekarang ini kita bangunkan balik benteng-benteng sejarah kita, pertahanan umat ini. Cari kaedah dan jalan.
- Bulan lalu panggil pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan, Perbendaharaan, ICU, Datuk Seri Sollehuddin ada sini. Kita cari jalan bagaimana kita boleh pilih pondok-pondok ini dan jadikan dia benteng semula.
- Barulah MADANI dalam erti kata sebenar. Dulu benteng melawan penjajah, sekarang benteng melawan pengaruh-pengaruh yang sekular itu merosakkan dan menyediakan anak-anak kita menghadapi tantangan zaman dengan kekuatan dia, sama ada Maahad tahfiz jadi huffaz.
- Sebab itu umpamanya Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Zahid, Timbalan Perdana Menteri 1, ada satu perancangan khusus. Ini baru kita buat sahaja dalam 2 tahun yang lalu. Anak-anak yang sudah jadi huffaz yang mana layak, ambil dia, masuk TVET, bagi dia lulus. Dan sekarang ada yang jadi, melalui proses ini, pilot masuk universiti, jadi dia tidak tinggal tu turath. Dia huffaz tetapi dia juga dapat memenuhi keperluan semasa, menjadi pendidik, menjadi jurutera, menjadi doktor, menjadi apa sahaja.
- Sebab itu dalam pertemuan saya dengan tuan-tuan guru di pondok di Kuala Lumpur dan di Shah Alam, saya kata kita kena isi. Langkah pertama baiki, langkah kedua mengisi dengan apa yang kita anggap ilmu-ilmu baru.
- Macam Sheikh Wazir sebut semalam, memang ikut STEM, kena ikut SPM. Jadi kita hendak tentukan supaya kaedah tradisional, baca kitab-kitab kekal, kita tidak mahu mengganggu. Ada orang anggap ini hendak ubah, tidak ubah. Saya bukan mahir, saya bukan tuan guru hendak tentukan kitab ini kena baca, kitab ini Imam Nawawi punya baca, kimia, Saadah ke, Imam Ghazali ke, Munyatul Musolli, itu kerja guru.
- Yang boleh campur sikit ialah anak-anak ini kalau dia hendak pintar, penguasaan bahasa dia mesti baik. Kalau perlu selain daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris, bagi dia bahasa Inggeris. Kalau perlu, dia komputer, sediakan pelajaran komputer, dan sekarang ini digital, new technology, AI.
- Sebab apa saya kata AI, kalau guru-guru pondok tak menguasai teknologi baru dan AI, kita kalah. Sebab ini serangan baru. Serangan dulu penjajahan, sekarang serangan pemikiran. AI ini artificial intelligence, kalau kita tidak kuasai, orang kuasai. Anak-anak kita akan ambil AI dan dia ambil berdasarkan kerangka Amerika Syarikat, kerangka Perancis.
- Bagaimana kita boleh ubah pendekatan AI ini? Dengan anak-anak ada ketahanan jiwa, kefahaman Islam, kecerdasan, kebijaksanaan dia, dia tahu apa yang dia buat di sana. Dia siapkan kerangka algorithm, Apps Tetapi bezanya apa? AI itu AI juga, tapi beza yang menggunakan itu. Macam AI tadi saya tengok UiTM, tahniah dia boleh AI, dia boleh tengok ayat tafsirnya. Tapi AI ini bukan jawapan sepenuhnya, yang isi itu yang jawab.
- Baru ini, Muslim kaunselor Britain, dia bawa AI bagi ayat yang mengenai apa isu ke satu, jadi AI keluarkan ayat dengan terjemahan, dia pun sebarkan, rupanya bukan ayat al-Quran sepenuhnya. Sebab itu, walaupun kita tahu AI, kita mesti menguasai al-Quran. Jangan serah pada AI jawab. Ini yang menjadi satu yang sangat memalukan Muslim kaunselor Britain. Dia tersebar satu dunia dan silap, bukan ayat Quran. Jadi kita waspada. Bagaimana boleh kita jawab kalau kita tidak latih anak kita?
- Sebab itulah saya katakan, apa bezanya saya jumpa tokoh nombor satu Microsoft, Google, Infineon, Nvidia, saya jumpa, saya dengar, saya tanya. Jawapan saudara dengan jawapan kami kadang-kadang beza. Ya, kalau dua campur dua memang empat lah. Tapi kalau ditanyakan apakah cara dan kaedah terbaik untuk kita susun ataupun hidupkan suasana rumah tangga, dia jawab ikut dia.
- Maka sebab itu anak-anak kita belajar AI dan belajar supaya dapat menguasai ilmu itu, dilatih supaya menyertai teknologi itu dan mengisi. AI ini macam komputer, dia muntah keluar apa yang kita masukkan. Tapi dia pandai, dikumpul semua. Tapi kalau yang masukkan itu tak tahu Quran, tidak ada hadis, tidak ada nilai, dia muntah tanpa nilai Quran dan nilai hadis.
- Sebab itu, saya dah sebut kepada guru-guru pondok, tok-tok guru. Ini pendekatan kita, maknanya pondok kekal dengan turath dia kekal dengan pengajiannya, tetapi tambah dengan tuntutan baru dan insya-Allah, saya akan merencanakan Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Pendidikan, ICU dan Kementerian Kewangan untuk bincang semula dan bantu.
- Ini rencana kita, sebab kita dah cakap dah pasal benteng, tapi benteng kalau tanya saya, saya jawab jujur. Benteng ini masih berperanan tapi belum cukup kuat, kerana cabarannya lain, cabaran baru dan kita kena bina kekuatan.
- Kalau orang tanya saya, “Anwar, apa keutamaan?” Saya tak kiralah memang apa pun dalam politik ini simpang-siur itu biasa. Ya, tetapi kalau tanya saya, apa yang harus saya buat?
- Saya kata saya mahu negara ini, pertamanya, saya bukan muda lagi. Umur saya sebaya dengan Syeikh Wazir, cuma dia syeikh kepada semua wazir, saya wazir (dengan nada berseloroh) Sebab itu hari itu, Syeikh Wazir duduk di bawah saya duduk di atas, jadi saya kata tak boleh kerana dia Syeikh Wazir, baik, gurau.
- Baik, tapi balik kepada soal ini, saya sebut, kalau tanya saya, apa dia? Maknanya kita kena, mesti ada semangat untuk bersama. Tanpa beda pendapat sikit sebanyak, tetapi kena kuat. Kita yang boleh buat suara lantang depan Presiden Amerika, depan Canselor Jerman, cakap soal Gaza, pasal kenapa ada pembunuhan ini? “Where is your humanity? Why the hypocrisy?”
- Saudara ingat saya berani buat kalau saya tak tahu, kalau tidak ada perpaduan, gocoh semacam sepanjang masa. Saudara ingat saya berani buat kalau saya tidak ada dukungan, kerajaan tidak stabil, tidak boleh, kerana negara kita pelbagai kaum, pelbagai agama. Saya bercakap soal Gaza, ada yang tidak setuju sebab dia kata dia faham agama dia itu berbeza. Tapi kita berani kerana kita ada kekuatan.
- Jadi sebab itu, prasyarat yang pertama, stabil. Kemudian, perencanaan yang jelas. Apa dia? Nak bantu sekolah pondok, pitih tak ada. Jadi soal ekonomi ini penting. Orang sindir dia pergi sana-sini cari pelaburan kena cari. Dalam negara sahaja tak cukup.
- Kerana kalau negara tidak ada kekuatan kewangan, tidak dapat kita selesaikan banyak masalah. Sebab itu economic fundamentals, keutamaan dalam bidang ekonomi itu perlu kita bagi penekanan. Bila ada ini, sekarang kita siap baik ada sedikit dana.
- Apa dia pendidikan ini di mawdu’ yang dibincang nanti, iaitu bagaimana islah (reform) dalam bidang pendidikan. Kalau di sekolah menengah, apa yang patut kita buat lagi, tolong bagi pandangan. Di universiti-universiti, apa lagi yang patut kita ubah, apa yang patut kita sesuaikan, tolong bagi nasihat. Kemudian apa lagi yang kita harus lakukan di sekolah-sekolah pondok ini, itu kita harus lakukan.
- Ini tahap yang kita sampai sekarang. Tahun ini menjadi tahun ketiga, kita ada marhalah setakat ini. Jadi ini yang kita akan tumpu, bagaimana kita tingkatkan mutu, bukan sekadar kemudahan tetapi mutu pendidikan termasuk pendidikan Islam di pondok-pondok atau pesantren kalau dari istilah Indonesianya.
- Dan sekali bila saya sebut, kita harus terus maju ke depan. Kita syukur alhamdulillah, Malaysia itu dapat perhatian. Selesai orang tanya selesai masalah, bukanlah selesai, tapi hampir selesai mudah-mudahan dapat bertahan Kemboja dan Thailand. Ini dalam sejarah, kita dapat pengiktirafan, kalau baca majalah antarabangsa, berita antarabangsa, semua tumpuan ke sini. Alhamdulillah.
- Tapi ada lagi masalah-masalah. Mudah-mudahan kita boleh mengorak langkah untuk selesaikan lain-lain masalah. Tapi syaratnya apa? Kita harus ada persamaan, muafakat dan baik.
- Sebab itulah akhirul kalam saya nak ucap terima kasih kepada Datuk Ustaz Nasaruddin, Menteri Besar, yang beri kerjasama penuh bukan sahaja dalam majlis ini tapi dalam program-program saya. Begitu juga kepada Mujahid, saya tak berapa rapat dengan dia, saya rapat dengan ayah dia, dah boleh agak umur saya dah.
- Jadi kepada semua, YADIM, MAIK, JAKIM dan semua terima kasih banyak atas sumbangan dan mudah-mudahan ini kita boleh atur Syeikh Wazir dan kawan-kawan, atur di negeri lain supaya semangat muafakat ini dapat diteruskan.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
