TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: BICARA IDEA NEGARA DAN MAJLIS PENUTUP FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2025 “MADANI: MELAKAR MASA DEPAN, MEREALISASI IDEA”

7 November 2025

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

BICARA IDEA NEGARA BERSAMA YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI DAN              MAJLIS PENUTUP FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2025

“MADANI: Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea”

 

 

 

7 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) | 4.30 PETANG

DEWAN PERDANA

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

 

Alhamdulillah Rabbil Alamin,

Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

 

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Rakan-rakan Menteri;

 

YB Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); 

 

Timbalan-timbalan Menteri;

 

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

Naib-naib Canselor;

Duta-duta Besar;

 

Tuan-tuan Yang Terutama;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan; dan

dan yang terutama, anak-anak dikasihi sekalian.

 

  1. Alhamdulillah sambutannya hangat dan nampak segar, ada minat untuk menimba ilmu, mendapat pencerahan kerana apa arti kehidupan tanpa usaha menguasa ilmu. Dengan idea mengangkat martabat hidup kita, hidup keluarga kita, masyarakat, negara dan kemanusiaan seluruhnya.

 

  1. Jika ditanya apa arti pendidikan? Apa maksud kita di sini? Tentunya untuk menimba ilmu. Tetapi mendapat idea sebagai pendorong kehidupan dengan maksud memberi sumbangan kepada diri, masyarakat dan negara dan kemanusiaan.

 

  1. I often ask in most of our dialogues with the students. Why are we here? The standard answer would be to learn, assimilation of knowledge, to acquire knowlege, to churning out ideas. The next question, very relevant, very pertinent, for what? To dessiminate truth, to ensure there is justice for yourself, for your family, for your community, for your nation, for humanity. Jadi itu asasnya, dan sering dalam dialog-dialog di universiti saya sebut, untuk apa kita terima idea? Dan idea ini bercambah. Perubahan terlalu pantas yang disebut zaman pasca normal — ‘post normal times’. Apa dia? Perubahan terlalu pantas, teknologi berubah. Ada idea baru, teknologi baru. Jadi kita harus menggapai di langit. Soal yang baru ini. Tetapi idea kita kalau kita benar hidup sebagai manusia, dia mesti berakar di bumi.

 

  1. Jadi Festival of Ideas ini, Saudara Zambry, terima kasih banyak. Kerana kita menggalakkan keterbukaan. Wacana yang segar dan terbuka, tetapi andaiannya kerana kita memang hadapi masalah. Negara pasca kemerdekaan, yang kita sebut ‘post colonial angst’ masih berdepan dengan idea yang dikuasai oleh orang lain. Kita belum merdeka sepenuhnya dari segi idea. Merdeka negara, pimpinan silih berganti. Dulunya penjajah Inggeris, penjajah Belanda, penjajah Perancis, penjajah Itali. Diganti dengan peribumi.

 

  1. Tapi kadang-kadang idea pendorong mereka itu masih terperangkap dalam acuan dulu. Belum bebas. Belum mengembalikan maruah dan keberanian untuk membentuk rangka baru berdasarkan keyakinan baru, dan akar kita sendiri. Ini cabaran bagi anak-anak.

 

  1. Jadi kalau tanya seperti mana apa arti dan maksud pendidikan? Mengapa kita harus menguasai idea dan melontar dan mencambahkan idea? Syaratnya kita mesti menguasai ilmu dengan bai.k Syaratnya, mesti ada keyakinan dan berpaksi kepada keyakinan. Dan keyakinan itu, seperti yang saya tegaskan tadi, ‘yang berakar ke bumi’, kekuatan akidahnya, keyakinannya, akhlak dan karakter, atau sahsiah. Baru ada keperbadian. Apa masalah? Saya sebut tadi, negara merdeka dan berdaulat. Pemikiran masih usang. Terikat dengan pandangan yang diatur oleh orang lain. Belum merdeka idea kita. Cabaran satu.

 

  1. Kita sudah maju. Sudah ada kekuatan, keyakinan, akidah baru. Faham apa dia dasar akhlak. Tapi kadang-kadang, tindakan kita tidak memenuhi maksud nilai kerana ada pula kelompok yang terlalu jumud. Jumud artinya terlalu taksub dengan cara dan kaedah lama. Tidak mahu pembaharuan, tidak mahu teknologi baru. Tidak bersedia menerima idea-idea baru. Maka, sarjana-sarjana pernah mengupas tentang keperluan.

 

  1. ‘Tajdid’, ‘Islah’. Ini istilah-istilah yang menunjukkan idea yang boleh mendorong kita ke arah pembaharuan. Sebab itu kalau dalam Ibn Sina, atau disebut Avicenna di barat. dalam Uyun Al-Hikmah, dia sebut idea ini mesti ada asas. Untuk apa? untuk bebaskan the human soul – jiwa dan hati nurani. Dia tekankan satu prinsip yang penting dalam Festival of Ideas ini. Dia bukan saja bercambah idea. Ada idea lapuk, ada idea karut, ada idea menghasut, ada idea kuno, ada idea jumud. Maka, kalau maksudnya membebaskan hati nurani jiwa agar baik, mahu kebenaran, mahu keadilan, cintakan kemanusiaan, ada ihsan, maka, tasawurnya kata dia, ‘conceptization’, tasawur itu, pandangan dunia dia itu juga harus tepat. Dia tak boleh kata, oh! saya ini mahu jadi bersih, mahu jadi alim, mahu jadi baik dan saya laksanakan ibadah saya dengan tekun. Tapi kefahaman tentang hidup dan dunia dan ehsan dan kemanusiaan tidak ada. Mendukung ketidakadilan, mempertahankan perasuah, mengizinkan kezaliman, itu bukan kemerdekaan human soul dan tasawwur yang tepat.

 

  1. Jadi kalau anak-anak muda, saya rumuskan begini. Untuk apa idea? Mencernakan idea berdasarkan keyakinan. Bukan sahaja melontarkan seperti mana yang kita lemparkan dalam media sosial. Gunakan kebebasan idea, mencerca orang, menghina orang, menghukum orang. Itu bukan idea yang kita pelopori, yang kita dukung dan kita gagaskan. Jadi sebenarnya bila kita bicara idea dengan sendirinya ada contestation, ada pembenturan, ada pertembungan yang dahsyat di antara idea yang menegakkan apa itu baik, apa itu benar, apa itu adil, apa itu hak dengan idea yang kusut dan merosakkan.

 

  1. Idea itu bukan dalam satu lompongan, bukan dalam satu vacuum. No!. Dia mesti dengan keyakinan. Jadi bila orang kata percambahan dan Festival of Ideas, ini festival yang nak merangka sesuatu yang baik dan hebat. Kita sudah merdeka. Hampir tujuh dasawarsa. Namun, masih lagi terperangkap dengan idea-idea kuno dan jumud dan kolot. Menghina sama-sama kaum. Menghina kaum sama ada majoriti atau minoriti. Merendahkan martabat mereka. Maknanya, idea itu pula merdeka. Sebab itu saya nak gagaskan anak-anak, gesa anak-anak. Biar Malaysia ini melahirkan generasi yang matang merdeka dengan idea pendorong yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara kita.

 

  1. Apa ideanya? Idea yang mahu kebaikan. Idea yang mengangkat martabat negara kita. We can be a great nation, if we are united, we are focus in what we do, implement the right policies and never loose sight of the principle of truth, and justice and humanity and love our people, and elevate the standard of living of our people.

 

  1. Jadi, ingat! mana mungkin universiti sudah bercambah, Profesor sudah ribuan orang. Buku-buku penuh di perpustakaan. Tetapi idea kolot masih menjalar. Masih ada anak-anak yang terpengaruh dengan idea menghina orang lain kerana warna kulitnya. Menghina orang kerana kedudukannya miskin dan kaya, budayanya, sebab itu you have this mission that responsibility to turn out ideas to defend justice and humanity and make Malaysia a great nation.

 

  1. Ini yang kita sebut, dulu masa saya muda, tidak lama, masa muda-muda dulu. Saya popularkan salah seorang pemikir yang asal dari Algeria, Malek Bennabi. Dia ini Khaldunian, dia banyak ikut beberapa dasar pemikiran Abdurrahman ibni Khaldun dalam kitab ulungnya Muqaddima. Jadi masa saya muda, dalam gerakan muda, termasuk di mahasiswa dan ABIM, saya popularkan ungkapan ‘Guiding Ideas’. ‘Guiding Ideas’ itu berteraskan, guiding idea mengagaskan perubahan. Idea pendorong. Idea ke arah pencerahan dan islah. Yang ini idea pendorong. Tetapi idea pendorong ini, menurut Malek Bennabi, berteraskan etika. Dia berteraskan nilai.

 

  1. Negara boleh hebat. Kita sekarang menjadi perhatian dunia dan rantau kerana kekuatan kita dari dasar apa yang disebut transformasi digital – digital transformation and through data centers, artificial intelligence. Semalam saya di sini, di Selangor, di Cyberjaya, buka satu lagi ruang besar untuk ID Design Park kedua. Yang pertama dah penuh. Sudah kedua, dan pelabur datang berduyun-duyun. Dan seperti yang kita tahu, kita sudah menjadi hab. Anak-anak harus ingat kita sekarang Malaysia sudah jadi hab bagi semikonduktor dan AI di rantau ini. Alhamdulillah. Dan oleh itu jadi perhatian dunia.

 

  1. Kita sebut mesyuaratnya itu ASEAN. Sepuluh dan termasuk Timor-Leste jadi sebelas negara. Tapi yang hadir itu puluh negara. Dan ada yang kepala-kepala negara yang tanya mengapa tidak diundang. Mesyuaratnya ASEAN. Yang hadirnya itu Premier China, Li Qiang. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Perdana Menteri Canada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea. Dan untuk ASEAN yang hadirnya itu dua gegasi utama, Amerika Latin dan Afrika. Presiden Lula da Silva, Brazil dan Presiden Cyril Ramaphosa, Afrika Selatan. Ini mesyuarat ASEAN, menjadi perhatian dan semuanya mahu melabur, meningkatkan kepedagangan, research, kerjasama universiti, pertukaran mahasiswa, profesor dan penyelidikan. Hebat kalau kita mengarah berdasarkan nilai yang baik dan mengangkat kedudukan dan martabat negara Malaysia tercinta.

 

  1. Jadi kalau ini yang kita faham sebagai idea pendorong, ‘Guiding Ideas’, Malek Bennabi sebut itu tadi. Dia harus segar. Dia tak boleh kolot dan jumud. Bahas kadang-kadang rakan-rakan di parlimen bincang, ada perjanjian Amerika Syarikat dan Malaysia. Oh! kita mengalah. Kita dijajah. Dah baca ke belum? Belum. Faham ke tidak? Belum tentu. Ini jadi masalah. Jadi idea dan tahap perdebatan itu rendah. Saya fikir kadang-kadang pemimpin-pemimpin mahasiswa itu lebih hebat daripada sebahagian ahli parlimen yang ada. Saya minta media dan televisyen ambil beberapa anak-anak pintar ini biar dia bicara di televisyen dan boleh jadi kita undang khas ke parlimen,bukan di dewan parlimen lah, di dewan sebelah itu dan mudah-mudahan ahli-ahli parlimen dengar, nak bahas dengan idea pendorong, dengan idea yang segar, yang idea ke arah islah, idea yang berteraskan akhlak dan etika. Ini belajar daripada anak-anak. Kerana kalau kita mahu bangunkan dan bina negara, idea mesti segar, mesti berfungsi, mesti ada fungsi dia, matlamatnya, tujuannya, mesti functional dan progresif. Dia tak boleh jumud. Tak boleh memberikan pandangan yang menoleh ke belakang.

 

  1. Saudara, hebatnya Malaysia sebab apa? Ada centrality. Kita boleh undang Amerika Syarikat hari ini, tandatangan perjanjian hari Ahad. Hari Isnin, kita undang Perdana Menteri China, kita tandatangan perjanjian. Tak banyak negara boleh lakukan begitu.

 

  1. Ini bukan soal Perdana Menteri, soal pasukan kita, soal tenaga kita, dan semangat dan beberapa ratusan anak-anak mahasiswa yang menjadi sukarelawan/sukarelawati semasa Sidang ASEAN. Saya salute dan terima kasih kepada mereka.

 

  1. Saya menemui beberapa orang — wah! dengan gaya mereka, dengan kacak mereka, dengan bicara mereka, dengan yakin dan confident. Tanya, saya ingat, “siswazah dari mana? Mahasiswa. “Wah! hebat mahasiswa, mutu mahasiswa kalau begini”, saya kata, Terima kasih ibu bapa, guru-guru dulu yang mendidik. Rakan-rakan pensyarah dan profesor dan Naib Canselor, thank you. You did a great service to the nation.
  2. Jadi bila saya sebut MADANI, ini dia. Kalau mahu bicara, kita kata sustainability, mesti ada kemampanan. Kita tidak faham kemampanan seperti mana orang lain faham. Kita bicara soal persekitaran dan environment. Kita bicara soal keadilan. Mengangkat kedudukan yang paling miskin. Untuk masa hadapan anak-anak. Memang betul saya warisi kerajaan dengan hutang trilion ringgit. Tetapi setelah dua tahun, saya kena fikir bagaimana nasib anak-anak paling miskin di universiti. Kalau tanya saya, kalau ada keupayaan, saya nak pastikan pendidikan dari sekolah rendah, dari prasekolah, sekolah rendah, menengah, sehingga universiti harus percuma, dibiayai oleh kerajaan.

 

  1. Maka, Kerajaan MADANI memulakan tahap awal yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Apa dia? Kita cuba, kita bantu dulu kelompok yang termiskin dan lihat keupayaan kewangan kita. Jadi tahun depan, golongan yang termiskin dari prasekolah sehingga ke universiti, itu akan mendapat pendidikan percuma.

 

  1. Maka, ini yang kita sebut, ini yang saya sebut pemikiran kita, idea kita ini, mesti positif, progresif. Kalau tidak, kita masih gaduh — Melayu, kadang Cina, kadang Dayak, kadang India. Cina, budaya ini tak betul. Jadi, tak pernah bangkitkan bahawa kalau Malaysia ini mahu maju, dia mesti aman. Kalau mahu aman, kita mesti adil kepada semua. Negara ini dengan perlembagaan menetapkan soal bahasa, soal Islam agama Persekutuan.

 

  1. Tetapi dalam masa yang sama, kita merangkul keluarga kita keseluruhannya. Semua kaum, semua agama itu anak-anak kita. Baru boleh selamat negara ini. Dia bukan zero sum game. Tolong Melayu, mesti hina Cina. Bantu India, mesti tolak Bumiputera. Tak ada. Ini saya minta anak-anak fikir. Ini yang kita kata churning out ideas. Idea ini, idea yang progresif. Idea yang benar, ini yang kita sebut idea yang membawa kebebasan.

 

  1. Lihat umpamanya, perbahasan-perbahasan kita berdasarkan idea. Saya mula tadi apa saya sebut. Yang pertama sekali bebas daripada pemikiran jumud, kolot, anggap orang lain semua tidak beragama, orang lain itu tidak berbudaya. Tak betul. Bangkit kesedaran bersama. Ada hikmah dalam dakwah. Sebab itu saya kata Ibnu Sina tadi, dia sebut istilah itu, idea itu ke arah hikmah. Bebas dari kongkongan lama yang lapuk dan jumud yang masih berkeliaran, bergentayangan dalam dunia politik dan ekonomi dan sosial masih ada.

 

  1. Yang kedua, bebaskan dari pemikiran terjajah. Seolah-olah semua jawapan itu dari barat. Tidak ada keyakinan diri. Bebas dalam erti kata idea yang menilai orang tentunya berdasarkan ilmunya dan berdasarkan kebaikannya, nilai yang baik. Sebab itu saya kata dalam AI sendiri yang kita bahaskan dan saya tahu dibahaskan juga di sini.

 

  1. Saudara Zambry kata dalam beberapa hari itu, ikut laporan Saudara Zambry, saya tak tahu betul tidak, tapi dia bagi laporan begitu. Oleh kerana dia baik, saya percaya. AI itu satu kemestian. Kalau tidak mahu AI, kita jumud ke terbelakang. Tapi AI kita mesti berdasarkan nilai. AI itu bukan men-teknologi kan manusia. Tapi memanusiawi kan manusia, teknologi itu, kerana kita sebagai insan. Sebab itu, soal values as an integrating force in society and culture itu penting. Ia nilai bagi kita dengan dasar etika.

 

  1. Jadi saya harap anak-anak, saya nak pesan ini satu — you are the future. Yang kita mampu setakat ini dengan segala kudrat dan kekuatan kita, beri ruang. Dia nak Festival of Ideas? okay. Dia nak lebih kebebasan kat universiti, okay. Dia nak baiki kemudahan-kemudahan lain, iya. Sedaya upaya kita, kita akan bantu. Percayalah dalam mesyuarat-mesyuarat Jemaah Menteri kita. Kita tak pernah tinggalkan saudara.
  2. Yang miskin, yang terpinggir, yang kawasan pedalaman, yang miskin bandar, masih ramai. Dan sebahagian daripada saudara-saudara mewakili kelompok itu. Dan bagi kita pendidikan itu jawapan terbaik. Mobiliti sosial itu melalui pendidikan. Kalau ada satu kejayaan kita di Malaysia ini yang paling hebat ialah kelompok yang paling miskin — baik miskin bandar, miskin desa, miskin pedalaman diberi ruang untuk naik ke arah mobiliti sosial-nya.

 

  1. Tetapi ingat, kalau saudara tahu apa matlamat pendidikan, jangan seperti ‘kacang lupakan kulit’. ‘Jangan seperti kisah Si Tanggang’. Anak-anak muda banyak lupa Si Tanggang, nanti minta profesor terangkan. Kisah Si Tanggang ini, anak orang asli, kisahnya cerita hanyut ke satu negara, hebat pula kepahlawanan dia, berkahwin dengan puteri raja. Kemudian belayar, kebetulan sampai ke tempat asal kampung halamannya. Muncul ibu bapa yang daif dan miskin. Nampak wajah pria yang ganteng dan hebat. Pria itu malu untuk menerima. Kerana dia sudah berkahwin dengan puteri raja. Dinafikan. Ibu yang menangis. Bawa makanan yang disukai oleh anaknya — dilemparkan. Kerana jaga kedudukan dia yang baru. seorang yang telah menjadi keluarga raja.
  2. Apa pengajaran ini? Jangan tinggal landasan. Jangan tinggal akar kita. Bangga dengan budaya kita. Dengan akar umbi masyarakat kita dan keluarga kita. Itu pengajaran daripada hikayat Si Tanggang. Memang ada lain-lain cerita begitu. ‘Cerita Atap Genting, Atap Rumbia’ kalau tak salah saya. Atau Usman Awang, ‘Tamu di Bukit Kenny’. Semua pengajaran tentang bagaimana setelah ada peningkatan mobiliti sosial itu dia tinggal akar dia.

 

  1. Sebab itu saya sebut selalu kepada Fadhlina di sekolah dan sebagainya. Kita mesti menggapai langit. Kita nak menguasai bahasa, Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa lain-lain. Kita nak menguasai teknologi. Kita menguasai sains. Kita nak menguasai AI. Tapi jangan tinggal prinsip mengakar ke bumi. Kerana ini pernah berlaku, orang yang terdidik. Kemudian menghina kaumnya sendiri, menghina bahasanya sendiri, menghina budayanya sendiri pun masih ada.

 

  1. Saya harap anak-anak dalam Festival of Ideas ini bawa mesej baharu ini. Kerana saya lihat kadang-kadang berkecamuk kita dalam dunia politik itu membosankan juga. Kalau perbahasan-perbahasan sampai sekarang di parlimen. Kadang-kadang masih menyinggung, menghina kaum, menghina agama lain dan tidak meluahkan pandangan, melontarkan idea yang boleh membantu. Tapi kerja menghina dan maki hamun dan mencerca. Ini bukan politik yang sihat. Ini bukan idea yang bernas. Ini idea dalam Festival of Ideas ini yang mesti dibenamkan. Mesti bangkit satu angkatan muda, mesti bangkit angkatan mahasiswa yang menunjukkan the courage of conviction, keberanian untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dan menolak unsur-unsur yang merosakkan akal budi negara kita.

 

  1. Belum pernah dalam sejarah kita. Dalam 2 tahun – 3 tahun ini, kita banteras rasuah habis-habisan. Dalam 2 tahun, kita hentikan penyeludupan, tidak keseluruhannya, kita mulakan langkah. Penyeludupan, online gambling penyeludupan rokok dan arak, ketirisan, rasuah. Bayangkan berapa bilion kita selamatkan dalam 2 tahun? 15.5 bilion ringgit. Sepatah pun kita tidak dengar dari ahli-ahli parlimen pembangkang. Menyokong atau menerima perubahan ini. Sepatah pun tidak ada.

 

  1. Malah ada suara-suara nak pertahankan perasuah-perasuah besar. Polis Sarjan ambil 200 ringgit, kita kata ‘tangkap’. Seorang yang bergelar Tan Sri, Tun, Datuk Seri, yang besar-besar pangkatnya curi berbilion ringgit, kita salute. Nilai apa yang nak kita ketengahkan? Ini nilai yang merosakkan negara kita. Jadi anak-anak harus fikir, kalau mahu selamatkan negara ini, selamatkan dari pimpinan atasan sampai ke bawahnya. Selamatkan melalui idea yang sihat dan tindakan susulan yang benci dengan kebejatan dan kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan ketidakadilan, benci dengan permusuhan kaum dan angkat martabat negara kita.

 

  1. Demikian Festival of Ideas, certainly, you can hear me, I am enthusiastic because I have full confidence and trust. Our task is to give you opportunities, to create this generation of those who hold certain ideas in life based on ethical and moral principles of truth and justice or compasion. Yes, we have to work hard. Yes, innovation. Yes, to AI. But never lose sight that this is Malaysia. We have our own moral precepts and we have a duty to defend this nation at all costs.

 

  1. Terima kasih. Selamat saudara-saudara pulang nanti. This Festival of Ideas, Zambry, saya nampak anak-anak kita berikan kita cukup kuat semangat dan harapan. Kalau anak-anak tanya saya, “Anwar, apakah yang berikan dorongan kepada saudara?” Saya kata, pada tahap umur yang sedemikian, lalui liku-liku hidup yang banyak derita —di penjara, diseksa, dihina. Tapi saya bila lihat wajah-wajah anak muda dengan penuh semangat dan harapan, saya berbangga. Alhamdulillah,

 

  1. Dengan harapan itu, saya dengan segala sukacitanya, merasmikan malis penutup Festival of Idea Putrajaya.

 

 

 

Share: