TEKS UCAPAN: YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA MAJLIS PELANCARAN RASMI KOLEJ UNIVERSITI IJN
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN RASMI
KOLEJ UNIVERSITI IJN
4 NOVEMBER 2025 (SELASA) | 3.00 PETANG
LOBI UTAMA IJN, INSTITUT JANTUNG NEGARA
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah Rabbil Alamin
Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim
wa ala alihi wa sahbihi ajma’in
Rakan-rakan Menteri,
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad,
Menteri Kesihatan;
Yang Berusaha Profesor Emerita Dr. Durrishah binti Idrus,
Naib Canselor Kolej Universiti Institut Jantung Negara (IJNUC);
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Dan Ketua-ketua Pengarah semua.
- IJN University College ini luar biasa — semua VVIP ada hari ini diketuai oleh KSN, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Jadi sepatutnya dengan kehadiran mereka, tak payah lagi saya datang. Tapi kerana pentingnya program ini, dan harapan yang tinggi untuk mengangkat kedudukan university college ini sebagai yang premier dalam bidang perubatan dan sains perubatan, saya hadir juga.
- Saya percaya Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani bin Md Taib dan rakan-rakan yang mennakhodai program hari ini telah bekerja agak lama terutama IJN sendiri dan Dr. Durrishah. Saya tertarik dengan Dr. Durrishah ini dia bercakap dengan penuh passion, dengan perasaan — a good doctor dengan passion — ini penting.
- Sebab kalau saudara-saudara dan anak-anak faham tentang konsep negara Madani ini, dia tentunya kepintaran, kemahiran, teknologi baru, tetapi suatu aspek yang sangat kita tekankan itu nilai manusiawi iaitu kemanusiaan. Dalam Islam kita sebut “karamah insaniah” itu ehsan yang perlu ada, apalagi kalau dalam bidang dan dunia perubatan.
- Sebab itu dalam belanjawan negara, dua peruntukan terbesar adalah bidang pendidikan dan kesihatan. Bayangkan University College ini menggabungkan pendidikan dan kesihatan yang menjadi tumpuan kita dalam agenda perubahan dan pembangunan negara. Negara ini mampu terangkat sebagai negara hebat dengan mutu pendidikan yang baik, dan negara ini harus lebih prihatin (empathy) dan ada ihsan kepada rakyat dengan memastikan setiap warga tidak tersisih dari mendapat rawatan dan perubatan yang baik.Sebab itulah kita gunakan segala ikhtiar kita mencari dana, mengumpul dana dan memberikan perhatian.
- IJN ada keistimewaan dia, sinergi di antara kemahiran dan kepakaran ulung negara yang mampu menjadi pendidik, dan dengan sendirinya gabungan ini agak ideal, sinergi di antara doktor pakar yang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan dan yang mampu mendidik anak-anak. Dan sebab itu saya setuju dengan keputusan dibuat oleh IJN, masa itu Dr. DZul sendiri dan Dr. Zambry yang berusaha mempercepatkan proses kelulusan — menjadikannya dan mengangkat kedudukannya sebagai IJN University College.
- Tak siapa yang boleh pertikai kemahiran, kepakaran, kepintaran ada di sini, kemudahan-kemudahan, kelengkapan juga di sini. Pesakit pun ada di sini juga. Jadi sekebetulan saya bawa pulang dari ASEAN, Korea, dan itu agak keletihan. Jadi, doktor bagi cuti, doktor bagi cuti kepada saya hari Ahad. Doktor ini pun punya cerdik. Jadi, dia bagi sehingga Isnin semalam dan hari ni bertugas seperti biasa. Jadi bila keluar media, “Anwar akan ke IJN. Hari Selasa pagi, Anwar akan ke IJN.” Patut ada doktor tanya kesihatan tu sendiri kalau nak check up. Tak ada, doktor ni pun lurus semua. Dia datang, dia kata, “Anwar datang ini untuk rasmikan program.”
- Jadi saya mulakan dengan memberikan rangka besar. Memang asas IJN itu dari sudut pengkhususan, kekuatan dalam bidang dan sakit jantung, betul? Tapi setelah berkembang dengan jaya, berbaik, lebih berhasil — tahniah juga kepada IJN Holdings, maka difikirkan suatu bidang yang sangat diperlukan di negara yang anak-anak pintar, lulus cemerlang, yang memilih bidang perubatan itu kian ramai? Kejuruteraan, AI, Akauntansi. Jadi kita kena cari jalan peruntukan tambahan, penambahan, pembesaran fakulti-fakulti perubatan umpamanya di universiti, mengadakan kemudahan fakulti baru perubatan ada universiti yang kita mahu kembangkan, wujudkan. Dan sebab itu, bila IJN University College itu diasaskan, ia bukan sahaja memenuhi strategi dan keutamaan IJN, tetapi memenuhi keperluan negara dan rakyat keseluruhannya.
- Jadi, saudara-saudara yang dihormati sekalian, apa tugas kita? Ya, tentunya melatih dan saya dengar Naib Canselor tadi menjelaskan bahawa janganlah kita kesampingkan atau remehkan keperluan rakyat dari pelbagai kalangan. Negara ini tidak mungkin menerima kenyataan pembangunan, tapi dalam masa yang sama menyisihkan sebahagian dari rakyat. Sama ada kaum, pendalaman atau yang miskin. Ini tanggungjawab kita. Dia tidak mudah kerana kadang-kadang orang lebih senang bicara soal daerah dan wilayah, kaum dan kedudukan.
- Tapi kita mesti ingat, membangunkan negara ini membangunkan semua rakyat. Jangan mengizinkan mana-mana rakyat merasa tersisih. Sebab itu bila kita hadapi kegelisahan sebahagian daripada rakyat, anak-anak muda yang cerdik dan pintar dari semua kaum, dibangkitkan di Jemaah Menteri, kita cari penyelesaian. Maka sebab itu ditambah lagi peluang-peluang 1,500 tempat tambahan yang juga mengambil kira bukan sahaja dari matrikulasi tapi juga dari tingkatan 6 yang cemerlang, berikan peluang kepada mereka.
- Dan tentunya untuk tahun berikutnya nanti, Naib Canselor ya, IJN juga — tentu saya yakin akan menjadi antara keutamaan pilihan anak-anak kita kerana gedung ini mengumpulkan kepakaran yang tinggi dan jangan tinggalkan.
- Jadi disebut tadi tentang aspek membantu kelompok yang miskin dia pintar, anak dari keluarga yang kedudukannya tinggi — menengah atau atas yang dapat keputusan cemerlang, itu tidak sangat menakjubkan tetapi anak dari keluarga yang miskin, dari PPR, dari estet, dari kampung pendalaman dari sekolah biasa, mencatat keputusan yang baik. Ini tentunya dengan kegigihan, dengan pengorbanan ibu bapa, dengan ketekunan mereka.
- Tetapi mereka ada kekangan, Kerajaan mulai tahun depan seperti mana kita telah umumkan akan pastikan anak-anak dari kelompok termiskin akan dibantu sepenuhnya tetapi badan-badan seperti IJN itu juga akan perlu mengambil tanggungjawab ini sebagai tanggungjawab moral yang penting ini bagi saya asas raison d’être mana-mana pentadbiran, syarikat dan institut jadi saya percaya apa yang diumumkan oleh Naib Canselor itu disambut baik dan saya bagi pihak kerajaan Malaysia ucapkan penghargaan setingginya kepada IJN kerana pada awal telah menyebut bidang yang harus dibantu dan saya akan minta Naib Canselor berikan sedikit keterangan berapa jumlahnya, berapa kosnya
- Hendak tunjuk seriousness, kadang-kadang kalau depan Perdana Menteri semua umumnya elok-elok belaka tapi kadang-kadang kenyataannya berbeza saya percaya IJN ini exception tapi notwithstanding, harus ada penelitian ini. Saya selalu bagi contoh kalau dulu ada satu kupasan economist yang terkenal nama dia Mancur Olson dia cerita tentang sistem ekonomi zaman purba, zaman pemerintahan lama yang kadang-kadang sangat bertindak sangat zalim, merompak kekayaan rakyat. Setiap tahun pembesar-pembesar atau raja-raja ketika itu akan menjelajah di rantau dan samun apa yang ada, lembu, gadis cantik segala kekayaan diambil. Tetapi hanya setahun sekali, ya setahun sekali.
- Tetapi menurut Mancur Olson kalau kita tidak waspada dalam sistem ekonomi moden kalau keputusan itu menekan rakyat sama ada harga minyak ataupun ada kadar tarif elektrik kalau hanya memberi keuntungan kepada golongan korporat yang mahakaya dan tidak memperdulikan rakyat rompakan itu tiap minit kita gunakan jadi ada beza, ingat Mancur Olson kata kalau dulu setahun sekali dia datang merompak segala kekayaan dia tinggal aman orang itu 11 bulan lebih tapi kalau sistem ekonomi itu sama ada perubatan atau pendidikan atau perniagaan ataupun kemudahan-kemudahan asas yang lain itu tidak adil menekan rakyat seperti saya katakan kata dari kadar tarif elektrik, kata ada syarikat itu untung berbilion ringgit rakyat terbeban dengan kos yang tinggi jadi rompakan itu tiap minit tiap kali kita pakai aircond atau kipas angin atau lampu, kita terpaksa bayar dan bayaran itu tidak munasabah kerana keuntungan itu terlalu tinggi bagi satu kelompok.
- Ini, falsafah ini harus dihadam oleh kita apalagi kita sebagai orang Islam kita bicara tentang al-adl wal-ihsan, adil dan saksama jadi sebab itu saya sering membahaskan hal ini, kadang-kadang-kadang kita fikir bidang kita, kita fikir tanggungjawab kita tengok laporan tahunannya berapa keuntungannya benar bagaimana ada syarikat kalau tidak untung bagaimana harus kita hidupkan IJN kalau tidak mencatat keuntungannya tapi saya sengaja sebagai tanggungjawab saya memenuhi tanggungjawab dan mengingatkan bahawa sementara catat keuntungan, apa kebajikan rakyat? Apa kebajikan pekerjanya? Apa kemudahan yang mereka perolehi? Bagaimana tentang kalangan sekitar kita yang paling miskin dan memerlukan bantuan dan pertolongan?
- Saya nak kembangkan sikit kerana ini bukan bidang doktor-doktor bicara pasal perubatan saya tidak tahu saya yang jadi mangsa, dia check habis, saya katakan sakit perut, dia cek jantung, dia check semua sekali. Saya cakap sebab apa? Sebab dia kata SOP Perdana Menteri, sakit perut yang kamu check dada sebab apa? Dia kata ini SOP Perdana Menteri okay gurau sahaja gurau .
- Tapi ini bukan kepakaran saya, saya ikut saja I think you asked, Pengarah. I’ve been a good patient. Betul kan? Saya ikut, sabar saja baik, tetapi yang saya nak tekankan di sini adalah keperluan kita memahami ekonomi makro kita bicara soal negara, kita bicara soal kemajuan, kita bicara soal manusia yang di dalamnya yang kita nak bangunkan itu bukan gedung, bukan makmal, bukan pakar itu semua perlu tapi yang akhirnya yang kita nak bangunkan adalah manusia.
- Bagaimana boleh kita bangunkan manusia kalau tidak ada keprihatinan, perasaan kasih sayang, yang disebut passion, compassion ya itu semua memerlukan kita faham kaedah menyeluruh. Orang semua bicara, kita harus tolong tapi bila sebut soal dasar, ni penting. Saya masih ingat 80-an, 90-an, kita sebut soal privatisation ini ada kaitan dengan karya Mancur Olson, pakar ekonomi tadi. Privatize? Yes, okay, good. Tetapi, yang pertama melaporkan kepada saya ialah LLN masa itu dia sekarang jadi TNB. Wah, bangga kerana tahun pertama untungnya RM400 juta.
- Jadi sebagai Menteri Kewangan, saya harus bangga tapi saya tanya, oh bagus, Alhamdulillah, maknanya better management, better service, more efficient, more regulated, fair kemudian saya tanya, bagaimana pekerja kamu? Apakah pekerja mendapat layanan yang setimpal dengan keuntungan itu? Oh, bagus. Baik, bagaimana sekolah-sekolah dan mutu pelajaran, kemudahan pendidikan anak-anak pekerja tadi? Di mana mereka tinggal? Bagaimana kedudukkan rumah mereka? Apa semua ni nak bebankan kepada kerajaan? Ini syarikat ni dah untung, sekarang dah berbilion.
- Bayangkan ini dia yang kita sebut negara MADANI maknanya keuntungan dibolehkan tetapi lihat nasib pekerja serendah-rendahnya IJN ini masyhur kerana pengkhidmatan yang baik kepakaran yang setara dengan yang terbaik di dunia, saya akui.
- Namun kita harus faham, kerana apa? Pakar-pakarnya itu luar biasa hebat kemudahannya baik tapi kejayaan IJN itu juga kerana yang tukang cuci selain jururawat, technicion, yang tukang cuci yang bersihkan tempat kalau tidak, tidak mungkin IJN akan terkemuka dan terkenal.
- Ini yang saya nak tekankan dalam pembangunan manusiawi ini, yang terbaik yang teratas, yang harus diberi ganjaran setimpal dan yang serendah, semiskin yang tukang cuci tandas itu juga bagi kita ada maruah dan ada sumbangannya. Saya sengaja tekankan itu terutama kepada anak-anak yang sekarang menimba ilmu jangan lupa kita menimba ilmu itu jangan lupa sekali-kali peranan guru-guru tentunya peranan ibu bapa dan peranan semua di semua kategori kalau ada di universiti banyak anak itu, dia di universiti dia langsung tidak ambil perhatian dan menghargai sumbangan tukang cuci di asramanya atau di tandasnya atau tukang kebunnya saya mahu Malaysia ini mempunyai sikap kemanusiaan yang tinggi di Korea, kita bincang soal AI, Digital Transformation tetapi, selain daripada katakan pentingnya AI, Digital Transformation, Energy Transition saya tekankan soal values jangan izinkan kita membangun dan hilang runtuh dan robek nilai kemanusiaan kita.
- Jadi mudah-mudahan IJN University College ini akan menekankan soal disiplin perubatan dan farmasi dan sebagainya yang ada dalam catatan saya, saya tidak baca saudara sudah tahu dah dan tentukan supaya mutu pendidikan itu tahap cemerlang yang saya yakin insyaAllah tetapi didik anak-anak supaya menjadi manusia dan warga yang baik dan punya nilai yang baik
- Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan IJN University College.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
