TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI: PROGRAM RAMAH MESRA PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM RAMAH MESRA PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
11 OKTOBER 2025 (SABTU) | 10.15 PAGI
DEWAN CANSELOR, UNIVERSITI TEKONOLOGI PETRONAS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan;
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berusaha Puan Farehana binti Hanapiah,
Pengerusi Universiti Teknologi Petronas;
Yang Berusaha Encik Ruslan Islahudin,
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Petronas;
Yang Berbahagia Insinyur Mohamed Firouz Asnan,
Presiden Universiti Teknologi Petronas; dan terutama anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Terima kasih atas kesudian memberi kesempatan kepada saya bersama dalam majlis temu bual dan dialog dengan anak-anak mahasiswa terutamanya. Tentunya satu penghormatan kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana universiti ini memang diiktiraf sebagai di antara universiti terkemuka dalam negara dan di rantau kita. Jadi, ucapkan tahniah kepada semua.
- Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu, 90-an itu masa ekonomi kita rancak — pertumbuhan ekonomi sekitar 10% satu tahun. Kalau dalam Belanjawan, tidak seperti mana kusut semalam, dulu senang kerana kita ada lebihan. Ketika saya jadi Menteri Kewangan, ada hutang, defisit, dan setelah dua tahun saya kata mesti balance. Kemudian setelah itu, sejak tahun 1993–1994, surplus. Hutang-hutang lama dibayar.
- Dan di antara hal yang saya beri keutamaan pada masa itu ialah, badan-badan seperti PETRONAS, Telekom, TNB di antara lain. Selain daripada program-program yang menjadi fungsi utama masing-masing badan ini, apatah lagi Telekom dan TNB masa itu sudah diswastakan. Jadi, penswastaan tidak bermakna badan-badan ini hanya menumpukan perhatian untuk mencatat keuntungan, tetapi harus juga melihat aspirasi nasional, kepentingan kemanusiaan, keadilan dan mengurangkan kesenjangan yang mungkin melebar di antara golongan paling kaya dengan miskin. Semua ini harus diambil kira.
- Jadi saya tahu, pada masa itu saya dan sahabat-sahabat saya yang juga mengepalai PETRONAS, baru siap Dewan Filharmonik yang diminta oleh pemimpin masa itu. Saya kata, kalau Dewan Filharmonik itu sudah boleh dibuat, patut fikir keperluan gedung dan pusat pendidikan yang cemerlang. Maka dari situ ketiga-tiga badan ini — PETRONAS, TNB dan Telekom, menumpukan perhatian mewujudkan universiti, dan PETRONAS kini meletakkan UTP berjaya sekarang dengan pimpinan sebelumnya.
- Kita harus ingat tentang matlamat universiti. Tadi saya diberi taklimat ringkas tentang integrated engineering. Saya dengar dengan tekun profesornya, pensyarahnya dan anak-anaknya. Dan saya terkesan dan bangga dengan tahap pencapaian anak-anak. So I am extremely impressed, young students with such discipline, idealism, aspirations. Not only they inculcate knowledge and understanding, but to seriously attempt to enhance their understanding proficiency and they seem to be very confident. And we have young students having that discipline, that resolve and that confidence, I am extremely proud of them. Thank you very much.
- Ini tentu berbalik kepada isu ‘pokok’. Universiti ini ada pengkhususannya kerana ia juga terikat, terkait dengan PETRONAS — satu gergasi dalam industri petroleum dan gas yang dihormati di dunia. Tadi saudara YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry kita bincang, tentang minat negara-negara yang ada telaga minyak yang semuanya mengusulkan kepada saya minta PETRONAS ikut serta.
- Kerana kedudukan kita ini dalam negara kita — kita tidak memihak, kita berkawan dengan semua. Awal tahun ini, Presiden Xi Jinping dari negara China mengadakan lawatan yang sangat berhasil ke negara kita. Beberapa minggu lagi, Presiden Donald Trump akan datang ke Malaysia, bersama dengan Presiden Brazil, Presiden Afrika Selatan, Eropah, selain daripada ASEAN – China, Korea, Jepun, India. Ini meletakkan kita sebagai negara yang disebut mengamalkan dasar bebas, berdaulat, bersahabat dengan semua, tapi tetap berdiri atas prinsipnya.
- Within ASEAN, we term it as centrality, a policy that choose to engage with all countries, to understand that the primary objective is to enhance, to propel our economy, resilience, domestic resilience but also as a trading nation we need to engage with everybody because we have to protect the interests of our people. That is our priority.
- We want the best for our students, we want the best for our rakyat, the best technology, and we can only achieve that if the economy succeeds, is vibrant. And the vibrancy you as a trading nation means engaging trade investments with all countries. But having said that, we must also understand that Malaysia is an independent nation. And as an independent country we must have the right to exercise and express our views in defence of freedom, in defence of justice, to reject oppression, colonialism in any form. That’s why we remain consistent.
- Now, I want to share with you some of these concerns because as students, whilst having an understanding, you know, your mission is to ensure that you excel in your studies, continue to conduct research which is essential for the survival of this nation to move forward. But at the same time, we are training human beings. Those are rather earlier text in the seventies by a scholar from Latin America, Ivan Illlich, when criticizing a structured educational form institutions, university schools, his concern and worry is that we seem to educate, but we dehumanize.
- You have a great university with all the facilities accorded, but you have no concern about those around you – the poverty, the underprivileged. Now, I’m not talking about UTP, don’t worry, but general criticism of the university. So he said we are training human beings. We are training young students to be concerned with themselves, with their family, with their society, with their nation and with humanity. But we are not producing them. We are producing sacred cows. No critical thinking, no interest other than what is it for me, what is it for my family and this is of course a basic flaw in the education system.
- So, I take great satisfaction when this university take a lot of interest in getting students. Of course, the primary objective is still to ensure that they excel in their studies and the fields of specialization that is so required by this university and by this country. The new innovation, the new technology, the energy transition, their digital transformation, AI and the various fields of engineering. But at the same time, never forget the fact that we are inculcating students to assimilate knowledge, values, ethics, humanity.
- Dan, saya harap anak-anak faham bahawa sementara kita harus bersungguh-sungguh meningkatkan ilmu kita dalam bidang-bidang baru dan teknologi baru, tetapi jangan kita tinggalkan soal nilai. Bila saya merangka, melakar konsep Negara MADANI, kita tidak menidakkan apa yang dilakukan sebelumnya. Kita tidak menidakkan dasar-dasar yang sedia ada, tapi kita akui akan kelompongannya.
- Malaysia ini negara majoritinya Islam, Muslim, majoritinya Melayu, Bumiputera. Tetapi kita hidup sebagai satu keluarga. Negara ini tidak mampu mencatat kemajuan sekiranya rakyatnya berbalah. Berbalah kerana warna kulit, berbalah kerana kaum, berbalah kerana faham agama, berbalah kerana kelas, seperti yang berlaku di banyak negara.
- Kerana orang yang membicarakan isu kaum secara sempit atau agama secara fanatik itu bukan orang yang ada kefahaman. Di universiti-universiti, sepanjang tahun lalu saya hadir ke hampir semua universiti, saya selalu mengingatkan mereka bahawa kita boleh berbeza pendapat, tapi kita harus siuman.
- Kita harus jangan cepat menghukum, apalagi menghina orang dan lebih buruk kalau kita menghina orang kerana warna kulit atau kaum atau fahamannya. Kerana sebagai Muslim, kekuatan kita itu adalah mengangkat martabat dan darjat insan. Dan itu bukan urusan kita, itu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dalam Al-Quran, ‘wa laqad karamna bani Adam’ – Allah has exalted the status of the children of Adam. And who are we to question? the children of Adam? Maknanya Allah telah mengangkat darjat. Dan nilainya itu bukan pada kaumnya atau warna kulitnya, tetapi nilainya itu adalah pada nilai ketakwaannya, ‘inna akramakum ‘indallâhi atqâkum’ — darjat keinsanannya, ketakwaannya, kebaikannya. Sebab itu saya rasa harus tekankan.
- Harry R. Lewis, former dean of Harvard and I’ve popularized this book for some years now: talks about or wrote a compelling case against the flaws of a modern education system. Mind you, he was a former dean of Harvard, respected scholar. The title of the book is “Excellence Without a Soul”. Harvard, and like UTP, is a center of excellence. Some universities have achieved a state of excellence that is most admirable. But why is it that this ex-dean, Harry, chose to debunk the notion that excellence is purely based on academic pursuit. Because he says, what is the whole idea of education? The whole concept of education is to educate men or women. And educating means educating their lives, humanity, other than specific areas of specialization.
- So, you are excellent in your studies, but just outside the campus, there are ghettos of the blacks being discriminated, that does not prick your conscience. Just outside the university, you have villages that are living in abject poverty. Or communities marginalised does not matter whether they are blacks or whites. Or in this case in Malaysia whether they are Malays, Chinese, or Indians or Kadazan or Dayak. It does not matter. What matter is whether it does prick your conscience. Sama ada apa yang berlaku di persekitaran kita itu mengetuk pintu hati kita.
- Untuk memahami bahawa Allah memberikan kita kesempatan hadir ke UTP, universiti yang di antara yang terulung dalam negara kita. Dengan kemudahan yang sangat baik. Tapi apakah hati kita terketuk bila kita lihat ketidakadilan, kesengsaraan dan kebetulan kesengsaraan itu dari orang, mungkin kaum kita atau mungkin dari kaum lain. Ini yang disebutkan oleh Harry tadi, ada excellence dalam academic pursuit tetapi gagal kerana tidak ada soul. Jiwa dan hati nuraninya tidak tersentuh. Jadi apa yang dibelajarnya? Jadi kemanusiaan itu terhakis. Jadi dalam bukan maknanya anak-anak di sini tengok keliling. Tidak, saya bagi contoh. Nampak semua serius, relax, relax (nada seloroh). Tanggungjawab saya sebagai bapak adalah untuk meminta anak-anak itu tersentuh hati nurani mereka. Sebanyak-banyak yang harus kita kerjakan.
- Bayangkan, saya balik kepada Malaysia. Bayangkan Malaysia. Apa yang kurang di Malaysia? Prasarananya relatif lebih baik, hasil mahsul, khazanahnya tinggi. Hutan belantara, hasil balak, dulu bijih timah. Minyak dan gas yang menyebabkan negara kita boleh terangkat. Dan Alhamdulillah banyak yang telah dicapai. Tapi apa yang menggusarkan kita? Ya, soal tatakelola, pengurusan, soal perbenturan, pergaduhan antara kaum, kebencian satu sama lain. Kepantasan mahu menghukum pun saja seolah-olah kita ini macam malaikat, orang itu dihukum mudah-mudah kerana tak selari dengan fahaman kita. Padahal ilmu kita tidak ke mana.
- Mungkin saya minta Presiden dapatkan rencana yang juga saya popularkan di universiti: Edward Said. Bila dia kupas dan kritik Samuel Huntington’s Clash of Civilization. Apa dia teori Huntington? Huntington itu kata yang hebatnya yang akan menang akhirnya ialah tamadun Barat Western liberal democracy yang kemudian dikupas oleh Fukuyama. Yang lain itu lemah. Semuanya itu lembab. Baik tamadun China atau Arab apalagi Islam atau India. Semuanya akan kalah dengan kekuatan tamadun Barat. Edward Said ini Palestinian-Christians scholar, dia tulis rencana pendek sahaja, sekitar 8-10 halaman dalam The Nation. Dia jawab, sebenarnya bukan clash of civilization, kerana kenapa harus clash? Kita ada budaya Melayu, tamadun Melayu, sastera Melayu, saya bangga, banyak kehebatan kita. Kesulatanan Melayu Melaka itu menjadi pusat tamadun yang hebat, menjadi kawasan rantau Melaka kosmopolitan, saya bangga. Tapi kalau saya belajar tamadun China, hebat juga dalam banyak hal. India begitu juga, Barat pun begitu juga. Ada yang kuat, ada yang lemah. Ada pimpinan yang baik, ada pimpinan yang rosak. Jadi harus ada pemahaman.
- Jadi Edward Said dia jawab, kata dia tidak ada itu clash of civilization. Yang ada itu clash of ignorance. Pertembungan benci kepada orang, benci kepada kaum, benci kepada tamadun lain kerana kejahilan. Cuba tanya, yang kamu benci ni, kamu faham tak? Tak faham. Dah baca? Belum. Berapa banyak? Dah, dah, dah. Siapa cakap? Ada kawan tu cakap di surau itu hari. Itu bangang punya cerita itu. Saya ingat, Perdana Menteri tak boleh guna istilah itu. Tapi yang saya nak sebutkan sini, itu yang dia sebut, clash of ignorance. Jadi kita dalam kritikan kita terhadap Barat pun, jangan kerana gagal menguasai ilmu. Mesti ada usaha menguasai ilmu dalam pelbagai bidang. Ini yang menyebabkan bila saya lihat umpamanya baru-baru ini, anak-anak yang kita bawa pulang dari flotila, apa yang saya sebut? Kerana kemanusiaan. Kita ini merdeka.
- Saya faham ada rakan-rakan daripada kawasan lain. There’s some friends from Latin America, Africa or Timor-Leste here, right? Are there some students overseas? Yeah, raise your hands. Oh yeah, I can see oh, quite a number. Yeah thank you, welcome. You try, don’t forget nasi lemak and nasi goreng and teh tarik. Not too much, it’s not very healthy.
- Now, why do you fight for independence? Why is it our parents sacrificed their lives? Beaten up, killed, imprisoned to fight against the colonial power? Why? Let them rule? Sometimes they said they are smarter. But you can’t accept because no society wants to be ruled, exploited by others. It’s not their business. Let us decide for ourselves. Let Malaysians decide for ourselves how we govern this country, not for colonial powers or for the matter Chinese, or Indians, or Indonesians. Why did we fight? Why did we struggle? Because we honour human dignity, because we love our country, our nation. Okay, fair.
- We have achieved independence but next question, how is it we tolerate injustice as well? Why is it when it comes to Gaza and the Palestinians we can’t raise a voice? Why is it colonization, taking people’s land and property, killing children is allowed and tolerated? Where is the humanity? That is precisely the reason why we particularly you, the young students must inculcate this habit. What is education? Ultimately is the assimilation of knowledge in all fields and areas of specialisation. You assimilate knowledge. You assimilate knowledge for what? You assimilate in order to disseminate. What do you disseminate? They disseminate your level of your particular discipline, field of competence, expertise but you disseminate truth, honour and justice. You can be a chemical engineer or whatever fields, accountant, auditor, whatever. But you must have integrity. Integrity is a moral ethical principal of value. So, don’t ever forget the fact that to be successful in education, assimilate knowledge, disseminate that field of competence and expertise and disseminate truth, dignity because you imbibe in yourselves, the principle of honour, dignity, values and ethics.
- Demikian kuliah pagi. Jadi saya harap UTP ini yalah imbauan secara umum sebab pakar-pakar ramai di sini jadi saya bukan pakar. Tapi saya nak luahkan dengan harapan yang sangat tinggi. Malaysia ini punyai potensi yang sangat besar. Saya nak akhiri dengan sedikit cerita. Semalam dalam ucapan Belanjawan (2026), saya sebut dalam tempoh 2 tahun, 2024-2025, kita berjaya merampas wang yang dicuri, yang diseludup dengan kegiatan-kegiatan jenayah (sebanyak) RM15.5 bilion ringgit. Please think.
- Saya harap Presiden dan pensyarah-pensyarah tolong beritahu. Maknanya, berapa lama ini rompakan dan kerja ‘sauk’ ini berlaku? Dua tahun. Itu kerana saya tegas. Saya kata, semua badan-badan agensi penguatkuasaan, no compromise. No to corruption, no to smuggling, no to these syndicate and cartel. Break them because they are stealing from the people.
- And I, now that the mandate as Prime Minister with my colleague, want to make sure that this country do much better. Which means what? It’s been tolerated and condoned. Why? Because we have corrupt establishment, corrupt leaders or officers that have tolerated this. Why is it only after now? I’m not suggesting it was never done before, I mean this action or enforcement. But certainly, it was never done to this extend. Even then, I don’t think we have completed.
- So, it is my dream, in the few years that I have, I want to insya-Allah to clean up this mess. Whatever they say, it does not bother me. Because I think it is our duty, enough.
- You study very hard. You just struggle, some are from the poor students. He was telling me just now there are some are B40. We are certainly to get enough fund. We can’t tax too much because taxing means burdening the people. We tax only when absolutely necessary. We tax the very rich. Like RON95, we tax only the foreigners. Why? Because we need the fund to help you.
- But, after all these efforts, there are people stealing and sometimes there are Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, dan Tun. I don’t care. You can have your title but if you steal, we catch you and the court find you guilty, you go to jail. That must be the principal and the young must understand and support this move. This is important.
- Can I trust you to support this? Yes, it is important. It is for your future. Your future. And it is not easy so I would end my saying that of course, it is a big university, thank you very much. They only give me coffee (in joking tone). But thank you, thank you, I’m pleased, I’m sure my colleague YAB Dato’ Seri Saarani and YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry equally happy to be here. It’s a great university, it’s a great future, and great students.
Terima kasih, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
