TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : SESI SANTAI MESRA YAB PERDANA MENTERI DAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA DENGAN WARGA PERKHDMATAN AWAM ZON SELATAN

24 Jun 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

SESI SANTAI MESRA YAB PERDANA MENTERI DAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA DENGAN WARGA PERKHIDMATAN AWAM ZON SELATAN

 24 JUN 2026 (RABU) | 3.00 PETANG

DEWAN CREATE, PUSAT KECEMERLANGAN

KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR,

ALOR GAJAH, MELAKA

                            

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba

Walam yaj’al lahu ‘iwaja

Wa nusalli wa nusallimu ‘ala Rasulihil-Karim,

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara Ketua Menteri,

YAB Datuk Seri Utama Haji Ab Rauf bin Yusoh;

 

Ketua Setiausaha Negara,

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar;

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz;

 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,

YB Adam Adli bin Abd Halim;

 

Rakan-rakan mewakili penjawat awam Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

 

  1. Terima kasih kerana bersama-sama, dan saya diberi maklumat oleh KSN dan KPPA, dan saya tentunya sambut baik acara ini, kerana ini tunjukkan kesediaan KSN dan KPPA turun ke bawah menyantuni dan mendengar keluhan penjawat awam di semua peringkat.

 

  1. Dan ini satu tradisi yang baik dan saya rasa baru, walaupun ada dahulunya, tapi nampaknya terus lebih berkala, lebih teratur, dan semua komplen itu sampai ke saya, aduh tak larat dengar, banyak betul. Tapi maknanya ini dia, apa dia maksud participatory democracy? Demokrasi Penyertaan. Itu istilah baru. Kalau istilah lama, ‘wa amruhum syura bainahum’ perundingan dengan kita. Maknanya syura ini dalam prinsip dan konsep Islam itu, maknanya dalam semua peringkat harus ada perundingan.

 

  1. Tidak ada Ketua Jabatan, tidak ada Ketua Menteri, tidak ada Perdana Menteri yang akan dianggap arif dan bijaksana kalau tidak mendengar, yang baik, yang lemah, pujian dan teguran. Itu maksudnya semangat syura ini. Syura ini bukan bermakna kita mendengar semua laporan dan liputan yang positif, dia harus mendengar keluhan, kerana kadang-kadang tidak sampai ke telinga kita kerana proses tapisan yang begitu banyak.

 

  1. Sebab itu dalam beberapa pertemuan yang diadakan oleh KSN, KPPA dan pimpinan perkhidmatan awam, terakhir di Sabah, beberapa minggu yang lalu, ada beberapa hal baru yang kita dengar keluhan penjawat awam di semua peringkat. Alhamdulillah, keadaan ekonomi pada ketika itu baik dan kita telah berjaya, terima kasih KSN dan KPPA yang merangka, dan saya berikan persetujuan untuk mencatat kenaikan kadar gaji yang tertinggi dalam sejarah, alhamdulillah.

 

  1. Tetapi selain daripada itu ada lagi yang dianggap beberapa kemudahan dan kategori yang harus diberi perhatian yang lebih. Yang kadang-kadang yang kecil dan rasa terpinggir dari pemikiran dan perbincangan arus perdana.

 

  1. Dan keduanya, ialah tentang kebimbangan tentang kategori dan proses kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai dan penjawat awam yang berkhidmat dengan baik dan cemerlang, walaupun masuk kategori yang belum begitu senior, harus diberikan ruang yang baik. Barulah kita dapat angkat prestasi yang lebih cemerlang. Yang kita sebut itqan fil amal – ‘Striving for Excellence’ itu, dia tidak boleh terlalu terikat dengan kategori yang terlalu dogmatik, memang harus ada sedikit penyesuaian harus diadakan.

 

  1. Dan ini tentunya bukan ruang untuk saya stau Jemaah Menteri, tapi kita berikan ini ruang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Dan tiga (3) setengah tahun berlalu, saya selalu Perdana Menteri, KPPA ada, KSN ada, saya mewakili sosok atau pandangan di mana penghormatan, pengiktirafan, harus diberi kepada perkhidmatan awam.

 

  1. Saya tidak campur sangat soal-soal detail, kenaikan pangkat, perubahan dan saya hormati proses itu yang lebih telus dan menghindari daripada campur tangan politik keterlaluan. Politik ataupun yang lain atasannya. Kerana ini akan menyebabkan kita akan mengalami masalah. Sebab itu, saya sukacita maklumat di sini bahawa prinsip ini akan saya teruskan. Dan saya harap di semua negeri pandangan yang sama. Ini hanya bagi jawatan persekutuan.

 

  1. Tetapi, apa kebijaksanaannya? Supaya sistem penjawat awam kita itu telus. Kita ini daripada generasi penerus yang menentang penjajahan. Itu jelas. Kerana penjajahan itu mewakili satu sikap, merendah martabat manusia, menghina budaya, bahasa, dan agama tempatan. Tetapi ada satu aspek yang kita harus akui tentang apa disebut civil service. Civil service itu walaupun tidak perfect dalam sistem Inggeris, sekurang-kurangnya kita warisi satu sistem yang lebih tetap, yang lebih jelas.

 

  1. Dan negara-negara yang ikuti proses itu tanpa rombakan terlalu besar, itu menunjukkan kapasiti pengurusan dan pertadbiran awam itu jauh lebih baik. Dan saya syukur alhamdulillah, kerana pimpinan negara kita sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri dan penerusnya.

 

  1. Sekurang-kurangnya ada persefahaman itu, bahawa ada pengasingan kuasa di antara pimpinan politik dan penjawat awam, selain daripada pengagihan kuasa yang tetap ada pada kehakiman, eksekutif, dan legislatif. Dan ini yang kita harus pertahankan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

 

 

 

  1. Kadang-kadang ada hujah yang menunjukkan ada sedikit permasalahan. Kita tidak boleh ganjak daripada prinsip itu. Negara ini tertegak dengan asas pelembagaan dan negara ini tertegak dengan prinsip negara hukum, demokrasi berparlimen, maknanya pilihan rakyat. Kita hormati dan raja berpelembagaan. Kuasa raja itu mesti tertakluk kepada prinsip dan semangat pelembagaan.

 

  1. Golongan eksekutif tidak boleh langgar prinsip itu dan begitu juga yang lain harus menghormati prinsip ini supaya terjamin kelangsungannya.

 

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

 

  1. Apa dia permasalahan kita? Bagaimana dasar, betapa cekap, teratur pun, dapat difahami rakyat dan keputusan-keputusan itu sampai. khidmat kebijakan itu sampai kepada rakyat. dan ini a major challenge in all countries particularly developing countries and emerging economies.

 

  1. Kita syukur alhamdulillah, politik kita stabil adalah sikit-sikit bising sana-sini biasa, politik mana boleh tak bising. data Dia kata boring kalau politik tak ada berita, semua bagus sahaja, boring kan? Jadi yang saudara pun suka hangat sikit, yang letih saya. Duduk aman-aman, kacau sana sini. Nasib baik Datuk Seri Rauf tak sangat, adalah sikit-sikit. Tapi, kita syukur alhamdulillah, kestabilan ini.

 

  1. Setengah orang dia pandang ringan, ini masa persaingan, nak gaduh, nak cucuk, nak jatuh, nak cantas. Okey, tapi kena ingat, prestasi kita dalam tiga setengah tahun ini, pengiktirafan dunia ini, bukan sebab Anwar Perdana Menteri sahaja, tak. Sebab sistem itu dan rakan-rakan dalam pasukan, sebab penjawat awam.

 

  1. Tanyalah di mana-mana pun. Tengok, World Competitive Index. Thank you KSN KPPA. You perform well. Ya. World Competitive Index? Oh, terima kasih. Saya di Turkmenistan baru keluar yang itu, dia pun Presiden berkata, “World Competitive Index you proven so well”. Saya kata terima kasih kat dia, tapi saya tahu ikhlas, saya tawaduk, saya tahu ini berlaku kerana team Ini berlaku kerana pasukan perkhidmatan awam. Because the efficiency and the service is not by me alone. It’s by the entire team in the whole country. I salute saudara-saudara kerana kerjasama yang begitu.
  2. Ini bukan nak jack pasal dekat pilihan raya. Pilihan raya belum tetap lagi, walaupun ada kaitan (nada seloroh). Kerana prestasi itu, orang nak nilai dari prestasi. Fikir, saya di Turkmenistan. President Turkmenistan. Hari itu saya di Sarawak. Orang nak sebut, mana Turkmenistan ni? Saya ingat macam filem P.Ramlee dulu, “Afghanistan, Pakistan, Turkmenistan, Gohead Gostan”. P.Ramlee punya lucu, “Setan”, kata dia. Nak tunjuk P.Ramlee, bukan saya. Tapi ikhtiraf di Malaysia dan saya hairan. Dia boleh sebut World Competitive Index, congratulations Prime Minister Anwar, you perform. Amazingly well, one of the top, probably the top in any emerging economics in developing countries. Terus nak kata, dia nak hantar civil service team dia, bincang dengan civil service team

 

  1. Ya, pujiannya satu, tapi maknanya kita telah bergerak maju. Ini mungkin juga di antara lain yang mempengaruhi dia. Okey, persahabatan saya dengan dia betul. Imej Malaysia pun betul. Peranan PETRONAS selama 30 tahun pun betul. Tapi bayangkan Malaysia, terpaksa bersaing dengan Total, the top international oil gas company in the world. Shell, Esso, Mobil, top internationally compete. Nak dapat telaga gas besar. Blok 9, 10 dan lain-lain. Dan dia beritahu saya pagi itu, bincang, dia kata, “I’m thinking seriously Mr. Prime Minister. You are a friend; Malaysia has done well. You are working exceptionally well with PETRONAS. I’m thinking and considering seriously working together, cementing that relationship in the energy sector”. Saya kita okey, alhamdulillah.

 

  1. Dia hantar students dekat Petronas University dan sebagainya. Lepas itu kita break untuk solat Jumaat. Sampai petang, dalam majlis yang 500 peniaga dan penjawat awam, dan pimpinan politik seluruh Turkmenistan, dia umumkan, “dengan ini saya umumkan telaga terbesar reserve gas di Turkmenistan, yang dianggarkan di antara yang terbesar di dunia, saya serahkan kepada Malaysia, sahabat saya Pendana Menteri untuk diuruskan oleh PETRONAS”.

 

  1. Saudara, ini saya jangka dia akan bantu luluskan, tapi saya tidak jangka keyakinan begitu rupa. Kita tidur sana satu malam sahaja. Dan saya sangat terkesan dan terharu, maknanya bukan untuk generasi saya. Untuk generasi anak-anak saya, cucu-cucu di Malaysia ini. Jaminan bekalan gas di antara terbesar di dunia adalah milik Malaysia. Alhamdulillah.

 

  1. Sebab itu, ini ada apa kaitannya? Kaitannya, how we serve? How we dedicate ourselves? Why is it that political stability is critical? Why is it there must be clarity in policies and effective execution of policies? Ini semua patut dirangkul sebagai suatu kekuatan.

 

  1. Sebelum itu, saya ke Rusia, ke Kazan. Kazan itu wilayah majoriti Islam Rusia. Jadi, Presiden Putin anjur pertemuan ASEAN-Rusia di Kazan. Malam itu Rusia-Malaysia. Lepas itu, bincang empat mata Putin-Anwar. Tentu hal yang kita masuk, sebab sekarang ini masalah krisis dunia ni energy. Negara yang menguasai energy, ada kekuatan di dunia. Sebab itu bagaimanapun dilanyaknya Iran, Iran masih bertapak kerana ada kekuatan reserve minyak dan gas.

 

  1. Kita, PETRONAS, untuk kegunaan tempatan yang 50%. Tetapi, perancangan terdahulu membantu. Di Jepun, dua (2) minggu yang lalu, Perdana Menteri Jepun gembira kerana kita dapat jamin supply gas untuk negeri Jepun selama 20 tahun. Tandatangan agreement. Okey. Sebab gas sebahagiannya milik Malaysia, sebahagiannya dianggap Malaysia itu perantaraan. Jadi pengerang itu pusat pemprosesan minyak dan gas yang besar di dunia.
  2. Selepas itu, saya ke Bintulu dua malam sudah dengan Premier Abang Johari untuk memeterai perjanjian tentang pengurusan Pelabuhan Bintulu Port, Gas PETRONAS yang diurus oleh Kerajaan Negeri Sarawak sekarang. Tapi maknanya, di Rusia kita boleh bangkitkan ini, keperluan jaminan. Now, immediately, petrol, diesel, gas, Presiden Rusia, Vladimir Putin, setuju menyerahkan, menjamin penjualan ketiga-tiga itu kepada Malaysia untuk jangka panjang. Sekarang, sehingga jangka panjang.

 

  1. Ini kebijaksanaan rakan-rakan kita termasuk dari Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang ambil pendekatan bebas dan berkecuali. Kita tak tunduk pada mana-mana negara lain yang bagi kita tekanan. Kalau kita dengar tekanan daripada Eropah dan Amerika, kita tak berkawan dengan Putin. Kita tak melawat Rusia, dan kita tak runding untuk jual-beli gas, kerana tekanan politik itu terlalu kuat. Tapi kita, alhamdulillah, ambil sikap centrality, neutrality. Berkawan dengan semua negara-negara di dunia walaupun dihentam.

 

 

  1. Biasalah kalau tengok di parlimen, baik dengan China, dia kata China sangat, marah aku juga. Baik dengan Amerika, dan Amerika orang menyerah kepada Amerika pula. Tambah pula saya berjoget sikit dengan…, saya belajar dari Melaka joget ni, pun kena hantam. Ya. Baik dengan Iran pun marah. Tapi saya kata sebab apa? Malaysia ini bebas.

 

  1. Amerika setuju atau tidak merupakan rakan pelabur dan dagang no. 1 dengan Malaysia. Jadi tak boleh kita nak cakap, no, I don’t, tak boleh. Sebab puluhan, ratu-ratu ribu yang bekerja dalam syarikat milik Amerika. Dan masa depan, Ai, data center, digitalization. Walaupun ada kekuatan Jerman, China, tapi Amerika still number one. Jadi kita berkawan.

 

  1. Dengan China, kita lebih rapat. Dan hubungan dengan China memang jauh lebih baik sekarang. Bukan hanya dengan Bingbing (Fan Bingbing), Bingbing itu hanya dengan Ketua Menteri Melaka (nada seloroh). Dak, dia membantu promote Yang lain itu saya tak ulas. Gurau sahaja, saya gurau sahaja. Saya gurau sama-sama kawan (nada berseloroh). Tiba-tiba tengok “Anwar buat tuduhan kepada Ketua Menteri” naya dia. Tapi, ada kebenaran? Tak ada, kan? Tak bergurau. Kalau serious sangat, boring.
  2. Jadi, ini saya nak cerita sedikit senario di mana kaitannya dengan penjawat awam. Katalah, okey, kita bagi umum, kita berkawan sana sini. Dasar kita baik. State of the art. The latest emphasis on new technology. Tapi, bila main pelaksanaan, lembab, leceh, too bureaucratic. Orang tak datang juga.

 

  1. Sebab itu bila saya nak bagi penghargaan, saya kena bagi penghargaan yang telus, yang jelas, yang benar, iaitu kejayaan kita ini kerana barisan pimpinannya, dasarnya dan pelaksanaan oleh penjawat awam. Jadi saya balik sampai ke Rusia, Turkmenistan, dalam perjalanan ke Rusia, singgah Kazakhstan. Kemudian balik ke Bintulu. Sekarang di Melaka, lepas ini di Segamat. Itu nak sampaikan mesej ini.

 

  1. Kerjalah dengan baik dan apa-apa yang baik itu kita betulkan dalam dialog dengan pimpinan penjawat awam yang tidak sering berlaku. Saya pun betul, Perdana Menteri pun tiga setengah tahun, tapi saya dalam Kerajaan dulu pun lama, 10 tahun. Tapi saya harus hargailah pimpinan penjawat awam sekarang lebih menunjukkan kesediaan untuk turun ke bawah dengar akar umbi, ketimbang sebelumnya.

 

  1. Jadi cabaran kita untuk merumuskan ialah keperluan kita menjamin kita terus efisien. Ini suara-suara kadang-kadang, letupan-letupan di sini itu tak apalah. Itu maknanya macam kita katakan, sikit sebanyak tempiasan yang….. baik dengar, tapi tak payah layan banyak sangat. Saya pun komen-komen politik, termasuk kadang-kadang dari Melaka, saya tak jawab apa pun. Kerana kalau kita tumpu ke situ, tak dapat kerja.

 

  1. Pagi-pagi saya dah start di Parlimen tadi, dan untuk umur saya tidak mudah, tapi kita tumpu soal kerja, kerana kalau kita cuai, we lose. Itu kebimbangan saya. Kau tanya saya, Anwar, apa yang saya bimbang kalau saya tak dapat push perjalanan ini forward. MADANI dalam erti kata yang teknologi baharu betul. Ai, Crypto now, Quantum Computing. Itu semua yang baru. Generasi saya jangan kata ada disiplin, dengar pun tidak masa itu.

 

  1. Do I have a choice? No. Boleh kita tunggu? Tak boleh. Kita tunggu, generasi kita ketinggalan. Jadi kita kena push. Bila kita push tu, memang ada masalah. Sebab ada orang yang tidak akan sedia. You see, kalau bagi saudara-saudari yang biasa dengan theory social science. Dalam teori sains sosial ini ada dua. Tentang apa yang disebut propensity to change and resistance to change. Dia ada dua. Satu, iaitu keinginan, kesediaan untuk membawa perubahan. Maknanya bila ada teknologi baharu ke, ataupun keperluan penguasaan bahasa lain dan pelbagai maknanya, keupayaan kita untuk sedia menangkap dan membuat perubahan atau reformasi.

 

  1. Sepertimana yang ditegaskan dalam Al-Quran, In uridu illal islah mastata’tu. Iaitu, doa Nabi Allah Shuib A.S. yang mendoakan, “Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk membuat perubahan – islah sedaya upaya aku” penting. Dia tak kata buat perubahan esok. “Sedaya upaya”.

 

  1. Setengah orang dia kata, “Oh, pasal apa? You cakap nak buat tu, tak buat. Nak turun harga minyak, mengapa dua tahun baru boleh turun?” Baru turun. Tak immediate. Diesel baru semalam, 1 Julai baru turun, untuk seluruh negara. Ya. Kita buat sedaya upaya. Tapi turun tak? Turun. Negara mana lagi turun di dunia? Belum ada. RON95, 199. Beritahulah. Arab Saudi yang dulu masa saya sebut nak turun tu, harga minyak kita RM1.50. Harga di Arab Saudi 50 sen. Sekarang kita RM1.99, harga dia lebih RM2, RM2.50.

 

  1. Jadi, itu kenyataan sekarang. UAE Emirates yang tidak pernah menaikkan harga minyak selama sekian lama, selepas tercetusnya perang serangan Zionis yang serang ke atas Iran dengan kerjasama Amerika Syarikat, harga minyak naik, jauh lebih tinggi daripada Malaysia, tapi kita kekal RM 1.99 sen RON95. Syukurlah. Nak buat lebih daripada itu boleh, tapi gaji pun nak naik, minyak nak turun lagi, tidak boleh lah.

 

  1. Jadi kita buat sedaya upaya kita. Sebab itu “illal-iṣlāḥa mastaṭaʿtu” – sedaya upaya kita. Tapi jangan leka mesti bawa perubahan. Jadi, sama ada saudara itu dari anggota polis atau penjawat awam yang lain, kastam atau imigresen, pegawai-pegawai biasa ini semua peringkat, mesti ingat dia kalau kerja seperti mana tahap lama sambil lewa, we will not succeed. Dan sebab itu saya kata, mesti ada propensity to change, maknanya kesediaan untuk bawa perubahan –  Itqan fil amal, mesti ‘strive for excellence’.

 

  1. Kadang-kadang saya pergi mana, orang kata, “oh, bagus lah PMX, you do well”. Saya, “astagfirullahalazim, terima kasih lah”. Tapi saya tahu, kita manusia Tuhan bagi ini mesti ada dinamisme untuk bawa perubahan lebih baik. Islam itu, akhlak kita lebih baik. Fahaman Qur’an kita lebih baik, solat kita harus baik. Tidak pernah kata, oh, cukup takat ini, Alhamdulillah, khalas, tidak ada. Always striving for improvement, that is Islam. That is essentially the message of Islam. Tidak ada umpamanya orang yang kata cukup, cukup, cukup, tidak ada. Always mengatakan iman harus ditambah, akhlak lebih baik, kerja lebih kuat, harus lebih efisien, negeri harus dibersihkan, itu sebab saya katakan propensity to change.

 

  1. Apa lagi satu lagi? Resistance to change. Ambil tindakan rasuah, mengamuk. Nak bersihkan negara, bantah. Nak minta orang kerja dengan lebih teratur, lebih baik, ada protes. Nak bawa seorang Ketua Jabatan yang nampak lebih cekap lebih, kena sailang. Ini yang disebut resistance to change.

 

  1. Apakah resistance atau kengganan, bantahan terhadap langkah perubahan itu hanya berlaku di desa? Ada dulu orang faham begitu. Resistance to change itu orang kampung, tradisional, orang kolot, tidak betul. Itu kerana dia tidak ada pendedahan, kadang-kadang di kalangan elit pun, orang dah biasa. Penguasa, pembesar-pembesar ini biasa dengan amalan rasuah dan komisen, dia tidak mahu perubahan.
  2. So, resistance to change itu tidak hanya di kalangan yang kononnya kurang pendidikan, tidak betul. Jadi, kita doa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan kita dapat angkat martabat negara kita. Saya dapat ditakdirkan menjadi Perdana Menteri di umur yang agak lewat. Tunggu lama, berhempas pulas, masuk keluar Sungai Buloh, tapi alhamdulillah, kita lalui ujian dengan baik.

 

  1. Tapi orang tanya, “Untuk apa?” Saya mahu buktikan anak Melayu, anak Malaysia, orang Islam boleh tadbir negara, bersihkan, tingkatkan keupayaan kita, jadikan dia satu negara contoh, syuhada-a ‘alan-nas. Ini janji al-Quran, saya yakin. Boleh buat, lebih daripada ini. Tapi kelemahan-kelemahan, kebobrokan itu kena patahkan lah. Kalau kita tersangkut gaduh soal kaum, soal bangsa, habis habis. When can we ever move?

 

  1. Jadi sebab itu, rakan-rakan penjawat awam, itu cabaran sangat besar. Saya mampu, saya hanya merayu pada saudara, kerana saya yakin, saya tengok pengalaman hidup saya masa pasang, masa surut, masa naik, masa turun, masa negara boleh betul-betul maju, jahanam, masa orang dah give up, boleh angkat, ini bukan baru.
  2. Baca Ibn Khaldun Muqaddimah, itu dia teori peradaban, naik, pasang surut. Gibbon’s Decline and Fall of the Roman Empire, begitu juga. Naik sebab apa? Atau Arnold Toynbee, Cyclical Theory of Civilization, naik sebab apa? Sebab semangatnya, esprit de corps-nya, idealnya, nilainya. Turun sebab apa? Sebab corruption-nya, malasnya, bongkaknya bukan baru, daripada zaman purba sampai sekarang.

 

  1. Naik kerana idealisme kita, prinsip kita, akhlak kita, sebab itu dalam negara MADANI ini, saudara-saudari, kita tekankan soal nilai dan akhlak. Betul Ai, IT, kuantum. Betul modern technology, modern agriculture. Betul efficient civil service. Tetapi akhlak, Makarimul Akhlak, sebagai contoh yang terbaik. Ini cabaran kita, sistem yang boleh kita perbaiki.

 

  1. Saya percaya pimpinan penjawat awam boleh kemukakan teori-teori terbaru, kaedah-kaedah terkini untuk sentiasa perbaharui dan perbaiki. Dan kita mengambil sikap terbuka sama ada dari tradisi Islam sendiri, dari barat, dari timur, dari utara, dari selatan, mana sahaja yang baik, kita buat tapisan dan kita pilih.

 

  1. Jadi itu saja yang saya nak sampaikan, nampak serius begitu rupa, tidak ada pengumuman elaun tambahan. Yang itu apa-apa yang lain, tunggu Belanjawan Negara. Kalau nak lebih baik, doa kuat dan kerja kuat. Dan saya, rakan-rakan saya tahu, Shamsul Azri, Wan Ahmad Dahlan tahu lah sikap saya. Kalau ada rezeki, kita agih share. Yang itu jangan worry-lah.

 

  1. Sebab itu saya kata bila kawan-kawan kata yang Anwar tunggu sampai dekat umur dah lewat sangat mahu jadi Perdana Menteri, Allah dah atur ini ada hikmah. Dia tidak ada lah niat nak beli banglo di New York ke ataupun beli hotel di London, tidak ada. You have tasted the best food in the most famous palace. You have tasted the worst food in the worst prison.

 

  1. Itu satu pendidikan yang tidak mudah diperoleh oleh ramai orang. Saya katakan dulu ya, bintang di langit sudah tersemat di dada, itu maknanya begitu banyak penuh. Kemudian, kerana ditelanjangkan habis, pun sudah. Jadi yang perlu ada sekarang ialah berkhidmatlah dengan sebaik mungkin. saya syukur alhamdulillah, pimpinan negara, ramai dengan saya, rakan-rakan penjawat awam nampak sedia bersama-sama dan berkhidmat dengan sebaik mungkin.
  2. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan.

 

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Share: