TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : PERTEMUAN MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN DAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KEMPUNG PERSEKUTUAN (JPKKP) NEGERI KEDAH

7 Jun 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI DIRAJA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

PERTEMUAN MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN DAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JPKKP) NEGERI KEDAH

7 JUN 2026 (AHAD) | 12.15 TENGAHARI 

DEWAN PERDANA,

UITM MERBOK, KEDAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba

Walam yaj’al lahu ‘iwaja

Wa nusalli wa nusallimu ‘ala Rasulihil-Karim,

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara Saifuddin Nasution,

Menteri Dalam Negeri;

Yang ditugaskan untuk membantu menjalankan projek-projek Kerajaan Persekutuan di negeri Kedah bersama Kerajaan Negeri dan Jabatan-Jabatan berkaitan.

 

Saudara YB Dr. Mohammed Taufiq bin Tan Sri Dato’ Johari. Menteri Belia dan Sukan;

 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang hadir;

 

Terima kasih kepada Datuk Seri Sollehuddin dan ICU yang bantu menyelenggarakan perjumpaan dengan JPTTP pada tengahari ini.

  1. Saya dari sehari ke sehari digesa oleh saudara Saifuddin ini, dia minta kita bertanggungjawab. Saya pun pikul amanah yang besar, saudara-saudara di peringkat akar umbi pun sama, Kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi dan semua bertanggungjawab. Sebab itu, kita anggap ini sebagai satu amanah. Kita tahu kelemahan-kelemahan lalu, kita tahu tanggungjawab bagaimana nak perbaiki, kita tahu keupayaan kita dan kekangan atau kekurangan kita.

 

  1. Tapi maklumat ini bukan untuk kita. Dia mesti disampaikan. Kalau kita tengok umpamanya dalam simpang siur, politik dan perbincangan, kadang-kadang dia tak berakar kepada kenyataan. Semua orang cakap tentang Islam, menyelamatkan Melayu, menyelamatkan negara, tapi kadang-kadang amanah itu tidak semua dipikul.

 

  1. Tadi, saya ke Universiti AIMST, termasuk dialog dengan anak-anak mahasiswa oleh pelbagai kaum. Ramai juga tanya apa yang mereka harus lakukan. Tanya tentang kedudukan negara pada masa depan. Jadi kita harus juga insaf bahawa saki baki hidup kita ini kita manfaatkan dengan sebaiknya, Al-islaha mastata’tu, bawalah perubahan ikut keupayaan kita.

 

  1. Siapa kata Malaysia ini tak mampu menyelesaikan banyak masalah. Lihat sahaja kedudukan ekonomi negara-negara jiran. Selaku Perdana Menteri, susahlah saya nak sebut negeri-negeri ini, nanti sensitif, tapi saudara-saudara harus faham, harga barang baik, kekuatan nilai matawang, orang pergi ke Siam, dia tahu nilai matawang kita. Orang pergi kunjung ke Indonesia, lagi tahu. Sekarang ini ramai, sampai kita pulak pening, sebab ramai sangat orang pergi ke Indonesia, sebab harga ringgit kuat dan barang lagi murah di sana. Sebab itu saya kata, urus ekonomi ini penting, tetapi urus ekonomi ini bila keadaan boleh diurus stabil.  Kalau keadaan kacau bilau asyik bergaduh pilihan raya tiap bulan, siapa nak mari? Dia kata tak ada ketentuan.

 

  1. Walaupun saya Perdana Menteri, saya tidak ada kuasa penuh nak tentukan apa yang dibuat oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan ini yang berlaku sekarang. Kalau tanya saya, saya nak tumpu selesai dulu 2-3 bulan, betul keadaan ekonomi kita baik, sebab politik itu stabil. Kalau politik haru-biru, orang luar tak datang. Orang dalam negara pun kalau dia ada wang, dia tak sanggup nak labur. Jangan sebut pelaburan domistik ini. Sebab itu, jangan dok, ini bukan propaganda politik, dah stabil dah. Bukan kata oh, nak kena jaga kedudukan Perdana Menteri. Tak. Ada pilihan raya tukar. Siapa tahu, saya pun bukan muda, tapi saya rasa dah Allah uji begitu kena terajang kena masuk keluar keluar penjara, ada pengajaran. Sekarang kita ada kuasa, takkan dulu kita marah orang rompak, kita pun rompak sama? Orang gunakan untuk kayakan keluarga, anak bini, semua kerana sombong, kita pun rompak sama? Tak boleh.

 

  1. Sebab itu, saya ingat ini sebagai satu amanah. Dan ini mesti disampaikan. Kata Kedah, Kedah memang bukan satu parti lah dengan Kerajaan. Saya tak ada masalah itu. Tebatan banjir, kita belanja sama juga. Ada orang, kawan-kawan saya marah, dia kata kenapa nak layan sangat. Saya kata tanggungjawab saya, saya kena tanggungjawab kepada Allah SWT, yang kena buat, kena buatlah. Oh, tapi ada kecaman, tak apalah itu kerja lain. Tapi tanggungjawab kita, sebab itu, kalau ikut pasal MADA, Saifudin tahu, itu belanjanya dah belanja satu bilion, dan kita belanja. Sebab saya tahu di antara keluarga yang paling miskin di Tanah Melayu ini, Malaysia umumnya, itu keluarga penanam padi. Kita cari jalan, nak selesai semua tak mampu, dah berbahas hampir tiap Jemaah Menteri, fikir macam mana lagi, tambah lagi.

 

  1. Saya tak tak masalah orang nak kritik, tapi kita bincang cara baik lah, berkelahi, musuh buat apa? Minta tolong orang. Kita bayar cukai sikit, tapi kita marah banyak. Jadi, apa salah kita runding dengan baik? Kalau saya ini mewakili sama dengan orang, maknanya, sejak jadi Perdana Menteri, beli kereta di England, di New York, dia punggah kekayaan, beli kereta banyak-banyak, jam beratus juta, okey lah, saya tak buat. Ini kerana kita ada tanggungjawab, Allah uji ini bukan mudah. Saya bukan nak kata uji banyak pun, saya malu, sebab kita tahu ujian kita ringan banding dengan para rasul dan para nabi.

 

  1. Malah dalam beberapa ucapan-ucapan dulu pun, saya selalu sebut bila Nabi Muhammad SAW ditanya oleh sahabat dia kerana sahabat fikir, Rasulullah SAW dan sahabat dia banyaklah derita, sengsara, bala menimpa, susah payah. Kita ingat kita. Tapi itu pengajaran dalam hadis Nabi Muhammad SAW itu sangat berkesan. Ayyun-nasi asyaddu bala’an? – manusia ini, sahabat tanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling banyak menerima bala, ujian, cubaan, rintangan? Kalau tanya kita, akulah, mana ada orang lain yang lebih teruk dari aku, tapi tak betul. Kerana jawab Rasulullah SAW itu, mengajar kita. Apa jawapannya? Soalannya, Ayyun-nasi -di kalangan manusia, asyaddu – yang paling kuat, bala’an – terima bala, malapetaka, susah payah dan ujian. Jawab Rasulullah SAW, itu pengajaran kepada kita.

 

 

 

  1. Pengerusi, jawatankuasa, pegawai, pengarah kena ingat. Betul semua kita ada ujian. Kena tukar jawatan sikit, mengeluh berbulan-bulan, rasa turun pangkat ke, pindah ke, kena marah ke, oh dia fikir, tak tak lah, banding ujian pada aku. Tapi jawapan Rasulullah apa dia? Al-anbiya’u thumma al-amthalu fal-amthal. Oh, tak termasuk pula kategori kita. Ujian ini yang paling banyak menurut hadis Nabi Muhammad SAW, yang paling banyak; Al-anbiya’u – para Nabi, tu dia. Thumma al-amthalu – dan para sahabat, orang-orang yang dekat, yang berjuang, mengikut jejak langkah Nabi. Fal-amthal – dan orang yang ikut misalan itu. Yang kita kata tabi’it-tabi’ina ila yaumid-din. Jadi, kita ini Jadi, janganlah rasa perasaan sangat kita terima ujian yang banyak sangat.

 

  1. Itu saya satu pengajaran, saya dalam penjara pun saya ingat ini, saya tak berani sebut sebagai ujian, saya cakap pasal kesabaran. Jadi, bagi kita syukur ke hadrat Allah SWT nikmat banyak. Tak payah nak senarai, saya ingat dalam rencana kita, patut bagi penerangan. Kadang-kadang-kadang kita dilatih, kadang-kadang orang ini setengah kawan-kawan kita, jumpa dia cerita serabut sahaja, tak pernah nak cerita senonok sikit, yang baik, tak ada nak cerita bersyukur, “aku ni kena, aku ini”. Jadi cerita dia. Ada dalam politik pun ada macam tu juga. Saya ada kawan-kawan, kalau tanya, cakap itu, cakap dia sahaja. Akulah begitu, akulah begini, aku susah begini, aku kena, aku je. Jadi, politik ini patut tubuh parti aku.

 

  1. Sepatutnya kita fikir ini, yan di bawah ini. Apa ujian kita? Orang tanya saya, oh, aku susah. Yang susah-susah aku, anak bini aku tak pernah kelaparan, susah cari makan. Anak-anak aku, susah-susah aku dulu pun boleh mengaji lagi, masuk universiti, banyak lagi bantuan. Orang terajang-terajang kena pukul pun doktor baik bagi berubat, kalau tak ada doktor lain, Doktor Azizah.

 

  1. Jadi, selalu melihat kepada yang lebih baik. Barulah “la’in shakartum la’azidannakum, wa la’in kafartum inna ‘adhabi lashadid.” Barulah kita tahu tentang nikmat yang Allah beri. Jadi, yang nak disampaikan tu apa dia? Bukan maknanya tak ada halangan. Orang kata dia komplen, ni masalah barang, harga. Ada ni? Ada. Jadi, nak bawa fikir- JPKKP, kata, kita dengar, kata nak bawa. Saya tak ada masalah. Tapi nak kata kita tak buat apa-apa, tak betul. Kita kerja sungguh-sungguh. Tadi ada yang kata rumah saya banyak, lebih tua daripada kawan-kawan lama. Jalan deraslah. Kata orang, jalan baik-baik nanti tersepak jatuh. Ada juga yang perli. Tapi kalau jalan, kalah Saifuddin. Tapi kerja, saya kalah lah. Jadi sebab itu, saya tak larat nak naik kereta daripada Batu Pahat mai sampai pagi ini. Naik helikopter daripada Batu Pahat turun Batu Berendam, naik kapal terbang pi terus ke Pulau Pinang. 2 pagi tadi sampai. Bagi saya, saya tak mahu terlambat untuk program pagi tadi.

 

  1. Isu yang saya nak tekankan apa? Perlu ada maklumat yang cukup. Kalau tidak bagaimana nak sampai kepada orang ramai? Jadi, yang kita capai ini, kalau tanya saya, bukanlah nak cakap, kita ini hebat sangat, tak. Tapi kita tahu, inflasi negara jiran berapa? Harga barang dia berapa? Bukan saya nak salahkan kerana perang Iran. Iran ini pun jadi mangsa, kerana yang serang dia itu Israel dengan Amerika Syarikat, bukan salah Iran. Tapi, bila jadi macam itu, Iran balas balik. Bila balas balik, sekat Selat Hormuz. Bila sekat Selat Hormuz, harga minyak melambung. Harga pengangkutan, perkapalan melambung, harga insurans melambung. Kita dah bertahan sebulan, dua bulan, lepas itu kita kena naik di sini.

 

  1. Tapi, dalam orang dok marah kita harga minyak, harga minyak Malaysia ini paling rendah di dunia. Kena bersyukur. Yang dok maki saya kata, Anwar kata hari ini menang, minyak turun, turun lah, tak faham ke? Tak turun macam mana? Mana ada negara di dunia yang harga berapa? Negara Arab Saudi dulu, kita RM1.50, saya kata mesti turun, harga Arab Saudi masa tu, 5 kupang (50 sen). Sekarang ini harga Arab Saudi lebih daripada dua ringgit lima kupang (RM2.50), lebih daripada kita. Kita RM1.99. Arab Saudi itu pengeluar minyak di antara terbesar di dunia pun tak dapat bertahan harga minyak la ni macam kita. Syukur lah. Oh, minyak turun, turun, haa saya pun geram juga, disuruh sabar.

 

  1. Tu harga diesel, tengok negara-negara lain. Cuma, oleh kerana kita ada upaya, kita buat. Tak ada upaya, maka kita kata baik, diesel naik pun, untuk petani, untuk nelayan, untuk pengangkutan, untuk bas sekolah, untuk… semua kita turn. Baik, ada lagi satu dua tak puas hati? Bincang lah. Kerja kita saudara-saudara, nak meringankan. Saya tak mahu saki-baki hidup saya, sebagai Perdana Menteri ini, orang maki kita bagi orang susah. Dak, saya tak mahu. Saya nak ini akhirnya, setelah berhempas pulas hidup ini begitu susah, saya nak orang kata, oh Anwar ini dia tak adalah bagus sangat, tapi dia susah payah cari jalan selesaikan masalah kita. Yang itulah hidup saya, amanah saya.

 

  1. Jadi, sebab itu dalam hidup kita semua berjalan dalam telefon-telefon. Kalau orang nak sindir, nak perli, nak maki, saya tak peduli, saya dengar di Kedah merata, Perdana Menteri telefon, hari itu Perdana Menteri tandas, sebab saya dulu repair tandas sekolah. Yang ini Perdana Menteri telefon pulak, kata nak pergi, kalau nak jalan orang marah, Perdana Menteri asyik jalan, tak jalan guna telefon, pun marah. Kalau dengar dia, kita tak berapa cerdik. Jadi kita buat apa yang kita upaya untuk mengurangkan tekanan.

 

  1. Saudara, masalah kita banyak. Tapi kita syukur saya kata sebab apa? kapal kita tersekat di Selat Hormuz. Orang perli, tapi sungguh saudara, ada rekod telefon, bukan kita main-main. Saya telefon Presiden Iran dan bercakap pasal harga barang, harga minyak kita naik kerana disekat minta lepas, dia kata, “Brother Anwar, habis telefon ini, saya bagi arahan”, maka dalam masa berapa hari terlepas satu, di Pengerang. Mulanya 4, satu sangkut di pelabuhan kerana rosak kapal.

 

  1. Jadi saudara, ini yang kita cuba lakukan dan bukan saya, saudara Saifuddin juga hubungi dengan rakan-rakan dia, terutama Menteri Dalam Negeri sebab hubungan kita baik. Apa yang berlaku rundingan Amerika dengan Iran? Itu kita tahu secara dekat, kerana apa? Kerana Perdana Menterinya telefon dan maklum kepada saya perkembangannya, walaupun sebahagian tak boleh saya sampaikan kepada awam. Ini yang kita lakukan.

 

  1. Dalam masa yang sama kita nak jaga kedudukan negara kita. Kita baik dengan negara China, kerana negara China itu hubungan dia baik. Pelaburan, dagangan dan tak perang dengan kita. Tapi kita jaga juga Amerika. Bukan senang nak jaga Presiden Trump ini. Dalam soal Gaza, kita attack Dalam soal perang Iran, serangan terhadap Iran, kita kritik. Bagi tahu saya, negara mana? Negara mana di dunia, keras kenyataan. Saya bawa usul di parlimen kritik Amerika, kerana terlibat dalam serangan terhadap negara Iran. Setakat kita upaya  lagu itu lah, nak hantar kapal terbang diserang Amerika dak lah kot. Ada orang kata, kenapa tak hantar tentera lawan Israel pun belum lagi kot. Kalau saya nak hantar, saya kena tanya juga Panglima-panglima Angkatan Tentera, macam mana  keupayaan kita? Ada kapal terbang berapa? Ada dron berapa? Ini kebijaksanaan ada, bukan kira-kira pemuas kita saja, menang kita bukan menang bicara, bukan menang maki hamun orang, menang kita dengan pertama, jaga rumah tangga kita bagi baik, kena susun dengan baik, latih anak-anak kita dalam bidang-bidang baru, teknologi baharu. Jadi anak-anak kita dulu kalau tak mahu jadi macam kita, mahu jadi lebih baik daripada kita bagi dia pendidikan, bagi subjek-subjek baru.

 

  1. Itu pun kita ini Negara MADANI tak bagi begitu saja, dia bagi umpamanya dalam bidang pendidikan, tak tinggal AI. AI ada, tapi AI kita ada nilai, kita peringatkan ada akhlak, ada asas agama, sebut sahaja AI itu bawa corongnya yang menyesatkan, dan dan kita blok, sebab bagi kita negara nak maju tak boleh tinggal asas akidah dan akhlak dan tergabung dalam soal nilai. Jadi bidang pendidikan kita bagi keutamaan.

 

  1. Tetapi balik kepada soalan lain, saya percaya ada rakan-rakan lain dan pegawai-pegawai, tetapi Saifuddin Nasution ada tugas besar selain dari Menteri Dalam Negeri, dia tolong menyelaraskan supaya maklumat, pertamanya, projek berjalan dengan baik. Saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan, kerjasama yang diberikan oleh semua, Persekutuan dan Negeri terutamanya jentera Kerajaan Persekutuan, ICU yang pastikan projek itu sampai ke bawah. Yang penting sangat kadang-kadang kita umum, yang bendang boleh siap dalam setahun dia jadi 3 tahun, boleh siap 3 bulan, jadi 8 bulan.

 

  1. Jadi sebab itu, pemantauan itu penting, sebab itu saya amanah ini kepada saudara Saifuddin supaya supaya dapat pantau dan selaras supaya beri manfaat kepada rakyat yang terkesan. Projek besar seperti Kulim Hi-Tech ada, kemudian kita ada projek-projek digital, AI yang besar-besar, yang puluh-puluh bilion di Johor, di Selangor, di Sarawak, di Sabah, ada. Tetapi bagi saya projek-projek kecil pun penting. Kita bercakap pasal AI, banyak pelaburan puluh-puluh bilion, tetapi bumbung masjid bocor. Rumah yang orang miskin tepi rumah itu daif sangat. Jadi sebab itu saya kata, peranan jawatankuasa yang dipantau oleh ICU dan dipengerusikan oleh saudara Saifuddin Nasution ini nak pastikan perkembangan ini dulu. Susah kita macam mana pun, tanyalah kawan-kawan saya, Taufiq pun ada, di Jemaah Menteri, kalau masalah orang susah, saya tak pernah kata tangguh. Kalau kata masalah dia, tandas sekolah rosak ke, rumah dia bocor ke, tidak pernah saya, saya carilah jalan dengan bagaimana, potonglah elaun menteri pun potonglah elaun.

 

  1. Tapi nak potong elaun pegawai Kerajaan tidak patutlah, 13 tahun, 13 tahun tidak naik. Sebab itu, bila beritahu KSN tengok tidak apa lah. KSN tertanya-tanya, bila saya cadang kenaikkan gaji pegawai penjawat awam begitu tinggi, yang paling tinggi naik setakat 7 peratus, yang lain di bawah ini naik tinggi. Tanya dia. Dia pun terkejut sebab dia tidak terfikir saya boleh langgar cadangan JPA dan bagi yang saya rasa maksima yang saya mampu sebagai Menteri Kewangan. Kita buat sebab kita kenang jasa mereka, kita nak dia kerja kuat, kita nak dia lebih amanah. Dalam mesyuarat JPA, dalam soal gaji, KPPA ada, cadangan saya itu lebih daripada yang diminta.

 

 

 

  1. Tapi saya tidak fikir sekarang, saya fikir dalam 13 tahun tunggu tidak naik, dan naik pun tidak jadi kaya pun, dengan inflasi masa dia naik dulu, anak dia dua, sekarang anak dah enam, jadi fikir itu semua. Jadi janganlah fikir kita nak join, tidak. Akhirnya hal yang dibahaskan semalam di Batu Pahat saya sebut, kadang-kadang hal ini tidak terfikir. Ini negara ini kalau kerja tidak tumpu soal pembangunan, teknologi baharu, baik bidang tentera ke, polis ke, pertahanan kita out. Kalau anak-anak muda kita tidak latih dalam bidang teknologi baharu ini, AI, digital masa depan kita out. Jadi kita kena tumpu bidang ini, penting.

 

  1. Tapi dalam perbahasan ini, dalam ceramah-ceramah dulu ada ke bincang bab itu? Tidak pernah. Yang dia bincang kita jual kepentingan Melayu, saya kata jual di mana? Tang mana yang saya bagi kompromi ini? Di mana? Soal bahasa ke? Soal agama ke? Soal hak keistimewaan ke? Tidak ada. Saya tidak mahu gadai prinsip saya, dan akhirnya sebagai seorang pengkhianat kepada bangsa dia, saya tidak mahu. Soal orang kata saya tidak peduli.

 

  1. Semalam itu saya sebut, hang katalah apa-apa, ada apa hang nak kata lagi, depa londeh saya habis, bukan londeh dalam politik, londeh macam itu pun londeh dah. Saya tak apa, kita Fa’idha ‘azamta fa tawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul-mutawakkilin, sudah, kita buat. Jadi yang kita kena buat. Jadi, saya kena tanya, pertama yang Melayu kita, oh tidak, kerana kita bergantung pada DAP. DAP, dia Cina, rakyat Cina pun ramai. Saya bukan bagi apa. Saya ingat lagi, masa Saifuddin di Kabinet, masa itu kita nak bincang sebab nak bagi rizab, rizab tanah, rizab Melayu di Kuala Lumpur. Ini kita, berapa tahun Merdeka sejak bila? Tahun 31 Ogos 1957, ada tidak pernah ada satu Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur? Tambahan baru? Tidak. Masa mana? Masa PN? Tidak ada. Masa PN, masa PAS dan BERSATU dalam Kerajaan dengan UMNO, ada? Tidak ada. Masa siapa ada? Kita ada. DAP dalam Kerajaan. Bila saya cadang itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke datang pejabat saya, dia tanya sebab, 50 ekar di bandar Malaysia Kuala Lumpur itu sama macam 500 ekar atau 5000 ekar lah di ulu mana-mana kawasan tanah Malay rizab, tanah hutan.

 

  1. Tidak pernah dibuat, saya nak buat, saya nak cuba. Saya ditanya ketegak saya boleh. Betul tak masuk, keluar sajalah. Jadi, Loke tanya, saya kata 50 ekar saja, 50 ekar memang mahal lah, 50 ekar macam 5000 ekar tanah kampung, betul? Tapi saya tanya, saya jawab ya lah tanah Melayu di bandar pun banyak dah dijual, setengah kerajaan jual tu, mereka dok cakap Melayu dok Melayu dok Melayu ini, tanah pun hangpa gadai. Baik, tapi sekarang ini bagilah saya peluang. Oh, dia kata okey. Cuma dia kata belum jelas. Saya kata memang saya nak kena jelas dalam Jemaah Menteri lah kerana ini dasar pertama sejak 1957. Kali pertama tanah Kuala Lumpur, kita bagi rizab. Kerajaan MADANI kita buat. Kalau kita takut dengan DAP, kita ini bukan Kerajaan jaga Melayu, tak kita tak buat.

 

  1. Tapi, saya jalan nak buat kerja saya, kalau dulu masa pembangkang lah, masa ABIM tu saya pi ceramah merata masjid. La ni tak dan saya nak buat. Balik malam ni, esok pagi pukul 8 pagi perhimpunan di Kementerian Komunikasi, pukul 12 terbang ke Jepun. Oh, dia seronok jalan-jalan. Umur saya , saya duduk rumah dengan Azizah dan cucu melawak main-main. Tapi lawatan rasmi, tidak salah saya 15 tahun tidak ada lawatan undangan, ada lawatan kerja, tapi tidak ada lawatan rasmi. Itu penghormatan kepada Malaysia, tiga hari dua malam.

 

  1. Balik, kemudian ada Mesyuarat ASEAN dengan Rusia di Kazen, dua malam kena pergi. Semua Ketua-ketua negara ASEAN pergi, bukan cuti. Habis itu Petronas, Pengerusi Petronas dan Penasihat Petronas, Tan Sri Azizan kata kena pergi Turkmenistan. Allahu Akhbar, aku malas nak ke Turkmenistan. Dia kata kena pergi, saya kata tidak payah lah, dia orang wakil, saya wakil minta Pengerusi Petronas, dan saya sign surat kepada Presiden. Lepas itu depa pi jumpa Presiden dan Pengerusi semua dia kata tak, dia ada satu telaga, telaga gas reserve di antara terbesar di dunia, no.2 atau no.3 di dunia. Dia sanggup adakan agreement nak bagi kepada Petronas, tapi dia kata syarat Perdana Menteri Anwar kena main sign Dia balik beri tahu begitu, takkan saya nak kata, no aku tak larat, aku tak mahu pergi. Saya terpaksa datang okey lah, kerana untuk negara, senang ke nak dapat telaga gas?

 

  1. Doa insya-Allah dalam 2-3 minggu ini, saya pergi dan dapat sign telaga minyak tambahan. Maknanya gerenti ini untuk puluh tahun Anwar dah pencen, dah digugurkan, tapi masa itu anak-anak saya, anak kita ini terjamin kerana telaga gas yang kita runding dan berhasil. Itu ertinya, lawatan ke luar negara. Macam puak-puak marah ni hangpa pergi, nak pergi cuti, kita pergi dapat hasil. Kalau tak dapat, saya tak pergi, sebab masalah dalam negara banyak. Ini sebagai contoh, bukan contoh sajalah, yang lain kita kena tumpu masalah dalam negara.

 

  1. Jadi apa dia amanah kepada saudara-saudara, dan juga para pegawai yang hadir? Bagi penerangan, kita tidak boleh salah rakyat, kerana dia tidak tahu oh, dia kata betul ya? Tidak. Tidak. Saya dengar ini dah. Saifudin ini dia jadi Menteri Dalam Negeri tak pernah kerja apa-apa. Dia bukan faham, senang kerja Anwar, Anwar tidak ada, dia dah jadi Cina, dahlah bini dia nampak macam Cina dan dia kata semua ikut DAP lah. Ini tengok apa DAP cakap semua dia ikut. Tanya Saifuddin ini dia Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, dalam mesyuarat. Ya saya dengar, dia pengerusi ini, saya dengar. Tapi akhirnya, dia kata, dia bincang-bincang, serah kepada Pengerusi, bukan dia tentukan, tapi kita hormatlah. Sebab Malaysia begitu rupa, kita kena dengar juga India, masalah India, dengar juga masalah Cina.

 

  1. Saya balik ke Jepun lepas itu kena pergi Seremban, kemudian esok tu ke Sabah, balik Sabah ke Sarawak, kemudian ada Gawai, hormat budaya dia. Kalau saya diberi pilihan saya tak nak, tapi ini tanggungjawab yang kita sempurnakan. Negara ini kita warisi corak macam itu. Nak perongoih boleh, nak bersyarah ikut mulut sedap maki orang, lagi senang. Tapi nak jaga negeri dengan aman, tanya polis, tentera dan pasukan keselamatan, tidak mudah. Nak jaga pembangunan negara ini, cabaran besar. Nak buat jambatan, ambil masa 2-3 tahun. Nak tebatan banjir, kadang 4-5 tahun. Tapi nak robohkan, nak pecahkan pakai dron gong, setengah jam, satu jam, letup habis. Saya pilih bangunkan, saya tidak pilih nak robohkan.
  2. Saudara-saudara bertanggungjawab baik di Kedah atau mana-mana negeri, membangun dan membangun itu lebih mencabar, lebih sukar, lebih menuntut kesabaran, lebih menuntut kebijaksanaan. Kesabaran ini kesabaran Wa tawasau bil-haqqi, wa tawasau bis-sabr, yang diikut dalam Al-Quran bukan mudah. Bukan sabarlah, sabarlah bukan, dia menuntut sesuatu yang sangat berat dan kesabaran membina negara. Pilihan kita nak merobohkan senang. Lagi popular, bicara di kampung, benci Cina, bagitahu negara ini jahanam kerana Cina, Cina semua jahat, itu orang boleh tepuk tangan. Tapi negara kita tidak akan terjamin selamat.

 

  1. Jadi kita ragu, tapi tidak bermakna kita cuai soal prinsip agama, soal budaya, soal bahasa, tidak langsung. Sikit saya nak sebut pasal UEC, bagi contoh. Saya kena maki teruk UEC ini. Padahal dulu saudara baca balik kenyataan, PAS, BERSATU, UMNO, semua sokong, iktiraf UEC. Apa beza dengan kita sekarang? Sekarang kita boleh ikhtiraf apa syaratnya. Pertama jumlahnya kecil, yang tidak ambil SPM, 1,500. Tapi, apa syaratnya? Ada syarat? Tidak ada? Apa syarat yang kita tetapkan? Mesti lulus Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah Malaysia. Ada itu? Kita terima sebagai penutup. Tak ada, sorry

 

  1. Yang ini dia tak cerita, dia tidak cerita bab ini, yang dia cerita kita bagi UEC. Ini dulu hangpa suruh bagi kita semua, tak ada syarat ini. Dulu, parti-parti, semua parti-parti setuju tanpa syarat ini. Saya bawa Jemaah Menteri Saifuddin, Taufiq ada, kita kata, boleh dengan syarat. Maka beliau runding lah dengan persatuan, sekolah-sekolah Cina, dia kata okey. Kalau dulu dah, dulu ada, saya tak peduli, saya tidak bagi. Saya dulu Menteri Pendidikan, pernah panggil mesyuarat dengan guru-guru, persatuan guru-guru Cina, mesyuarat tu, saya, Ketua Pengarah Pendidikan masa itu, Tan Sri Rahman Arshad  (Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman bin Arshad) bekas cikgu saya di Malay College. Panggil, terima kasih atas kehadiran tuan-tuan, ini dialog kami nak dengar pandangan. Dia mula tidak ada menteri, tak ada apa-apa, semua cong ceng cong ceng Cina, tak ada sepatah bahasa Melayu dia tahu cakap. Dalam beginilah prinsip bahasa.Saya sabar, nak dengar sebab kita jemput dia ke pejabat untuk dialog. Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Rahman Arshad, dia kata, “sorry Menteri”, dia cikgu saya dulu, dia kata saya tak tahan saya kena keluar, eh jangan, saya nak keluar no, no, no, sorry, saya hormat sangat saudara, saya tidak mahu saudara dihina. Saya kata, bolehkah bersabar sekejap, dia minta maaf sangat-sangat dia keluar.

 

 

  1. Itu kedudukan dulu, 30 tahun dulu kerena mereka tak iktiraf langsung bahasa. Jadi masa itu saya tak setuju dengan pengiktirafan, tapi sekarang 90% dah ambil SPM dan syarat kita selain daripada SPM, bagi yang tidak ada SPM, mesti wajib lulusan kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah. Dulu tak boleh runding langsung bab sistem pendidikan negara. Jadi janganlah kata kita tinggalkan, negara khianat-khianat ini. Ini sebagai contoh bagaimana kita nak kena sampaikan ke bawah ini, kalau perlu kita nak cara bertulis, boleh kita bagi tulis. Jadi bagi penerangan, walaupun ICU ini banyak soal pembangunan, tapi nak buat macam mana, nak jadi wakil-wakil untuk sampaikan dia bukan dia tanya masalah pembangunan, dia tanya macam-macam.

 

  1. Jadi, patut bagi penjelasan dan saya ucap terima kasih banyak. Doa mudah-mudahan negara ini selamat aman dan menjadi contoh negara terbaik di kalangan negara-negara lain yang baik.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Share: