TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI DENGAN WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI
8 Jun 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI DENGAN WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI
ISNIN, 8 JUN 2026 | 7.45 PAGI
DEWAN SERBAGUNA, ARAS B1
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba
Walam yaj’al lahu ‘iwaja
Wa nusalli wa nusallimu ‘ala Rasulihil-Karim,
Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudara, Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi;
Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri Komunikasi;
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
KSU-KSU, KSP, MCMC dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Kita teruskan dengan acara bulanan pertemuan dengan Kementerian-kementerian. Kalau ikut jadual biasa, selepas ucapan ringkas ini saya adakan pertemuan khas dengan Pengurusan Tertinggi Kementerian. Dan hari ini oleh kerana saya nak berlepas ke acara Lawatan Rasmi ke Jepun, itu saya bagi mandat penuh kepada saudara Fahmi untuk urus Kementerian ini dengan baik.
- Tapi Teo Nie Ching duduk sebelah boleh ya? Sekarang ini jadi isu, tapi saya rasa umumnya masyarakat di negara kita matang. Negara ini tertegak dengan beberapa prinsip utama dalam perlembagaan. Pimpinan silih berganti, tetapi kerangka dasar yang termaktub dalam perlembagaan itu menjadi pegangan.
- Itu kalau ikut undang-undang, dia kata itu yang thabit, maknanya yang prinsip asas kalau dalam hukum, iaitu prinsip-prinsip asas dalam perlembagaan. Jadi soal siapa yang harus berdamping dengan kita dalam Kerajaan, dalam Kementerian yang harus mewakili semua sosok pelbagai kaum, pelbagai agama. Walaupun induknya majoriti Melayu, Bumiputera, dasar-dasar yang jelas itu tidak dipertikai.
- Keduanya, dalam sistem dan amalan demokrasi ini kita mesti menghormati pilihan rakyat dan oleh itu, agak angkuh atau sombong untuk kita membuat keputusan menafikan hak mana-mana kaum atau parti untuk menyertai dan bersama dalam gagasan Kerajaan.
- Ini saya tegaskan kerana dalam ketegangan dan kehangatan kempen politik ini kadang-kadang ada keterlanjuran. Saya harap itu satu keterlanjuran yang harus diperbetulkan. Kerana ini tidak beri mesej yang baik. Saudara, kita semua ada sentimen, pendirian peribadi kita. Dibesarkan dalam suasana yang tersendiri. Ia juga mempengaruhi pandangan dan worldview atau weltanschauung atau tasawwur Tapi itu tidak boleh umpamanya, memberi satu sikap yang tidak manusiawi. Kita bukan pilih untuk menjadi Melayu atau Cina atau India atau Iban, Kadazan. Kita tidak pilih untuk mewakili satu sikap dan sosok dengan warna kulit tertentu.
- Sebab itu dalam Islam, soal menghormati kepelbagaian itu satu prinsip. Itu disebut dalam al-Quran sebagai satu ringkasan, Allah jadikan kita pelbagai kaum, pelbagai agama agar kita menghormati perbedaan itu, walaupun perbedaan itu kadang-kadang janggal buat kita. Sebab itu dia kata ada toleransi, tasamuh, ada kemajmukan, ada ikhtilaf, bukannya ikhtilaf pandangan, tapi perbedaan ikhtilaf dari segi warna kulit, kaum.
- Semua itu untuk apa? Dikatakan untuk kita Li ta’arafu. Istilah Li ta’arafu itu kalau kita hadam, dia berbeda daripada sekadar toleransi. Itu yang popular dalam kalau kata untuk perpaduan kaum itu harus ada toleransi. Tapi tidak, Islam letak lebih atas daripada situ. Disebut Li ta’arafu. Istilah kalau Melayu kita kata yang lebih arif, maknanya dia mengetahui, menghormati, tidak hanya tolerate. You don’t just tolerate the differences in terms of colour or creed. Dia kata Li ta’arafu kerana itu maknanya untuk arif, maknanya kita tahu budaya dia, bahasa dia, sikap kaum dia, kepercayaan dia.
- Tapi apa bedanya? Bedanya bukan pada kaum dan bahasa dan warna kulit. Inna akramakum ‘indallahi atqakum, yang membedakan itu ialah darjat, kemuliaan, kebaikan, ketakwaan insan itu, itu yang memuliakan. Bukan keturunannya, kekayaannya, pangkat dan darjatnya, suku kaumnya, warna kulitnya. Itu pengajaran. Sebab itu saya masih ingat, kalau saudara tahu, siapa dia Bilal? Bilal itu, pertama hitam legam. Kedua, bibir tebal. Ketiga, keluarga yang paling miskin. Dan seorang hamba abdi.
- Jadi bila dia bersama dengan Islam dalam satu kehidupan yang sangat sengsara dan derita, mendepani penyeksaan akhirnya memeluk Islam, dan banyak sejarah Saidina Bilal, tatkala membaca buku Hayatus Sahabah – kehidupan para sahabat. Saya baca lingkungan tentang hamba abdi ya, dibebaskan. Bagaimana Nabi Muhammad SAW nak angkat darjat dan kemuliaan dia. Dia azan. Dia tu dari Habsyah, Ethiopia sekarang. Jadi, sebutan dia tentunya tidak sama dengan fursah Arab yang murni, terutama Quraisy. Jadi, dia azan, ada beberapa orang Islam keliling jumpa Rasulullah. Bagaimana kamu angkat orang macam Saidina Bilal ini, Bilal, untuk azan? Dia bukan dari kuturunan kita. Dia tidak sebut di situ dia bekas hamba. Tapi sebutannya itu pun bukan sebutan kita, dia sebutan orang asing. Tahu jawapan Rasulullah apa? Saya baca itu, ya kebetulan dalam kurungan, saya mengeluarkan air mata. Bagaimana Nabi Muhammad SAW itu mendidik kita, memuliakan insan. Bukan kerana warna kulitnya, latar belakang hambanya, tetapi dari segi ketakwaannya.
- Rasulullah SAW kata, kamu takkan sampai darjat itu. Azan Bilal itu yang berkumandang di masjid itu, kedengaran sehingga ke petala langit, nak menunjukkan bahawa kehebatan, didengar sampai ke sana. Bayangkan, siapa dia? Seorang hamba, kulit hitam legam. Baik, kisah saya Saidina Bilal lagi. Jadi tatkala sebahagian para sahabat bicara dengan Bilal, jadi dipanggil Bilal itu Yabnas-Sauda’, “hai anak orang atau perempuan kulit hitam”. Memang betul lah. Saya ingat lagi anak saudara saya seorang tu gelap sikit, saya panggil dia Pak Hitam. Masa itu saya jahil lah. Dak, dak, dia pun okey. Kadang-kadang saya Bukit Mertajam, kawan Cina, India eh, Cina lah … tapi saya tak boleh ulang. Tapi masa itu kira kita jahil. Walaupun maksud kita bukan menghina, ingat ya. Tetapi, dilarang dalam Islam.
- Baik, saya balik kepada kisah Bilal. Ni Fahmi jangan bimbang, ini communications. Ini Fahmi dok fikir ni apa PM ni nak cakap pasal apa ni? Dia ingat teori-teori, itu sudah, Ashwad semua dah pandai dah, saya tak mahu ajar lagi dah. Jadi, dalam lingkungan itu, dia kan anak seorang perempuan, ibunya hamba, hitam tapi dipanggil Yabnas-Sauda’ – “hai anak orang kulit hitam”. Memang betul pun. Is it wrong? Ya lah betul, dia anak orang kulit hitam, nak panggil apa. Sekarang ini kita kata body shaming Saya anak-anak saya sekarang ini, dia generasi lain, kadang-kadang saya kat rumah tu, ini ada yang kurus kering tu. “Papa you cannot say that”. Lepas tu nak sebut macam mana?. Ada seorang tu, ada staff kita yang gemuk sikit tu. “Papa cannot”. Sekarang ni. Jadi saya, walaupun saya rasa aneh sikit anak aku ni, tapi dia dilatih dengan budaya yang baru dianggap body shaming. Tapi kalau dalam asas Islam itu dah lama. Siapa yang menggelar Bilal itu? Sahabat masa itu.
- Ini proses pendidikan, pendedahan, pencerahan. Apa yang disebut? Yabnas-Sauda’ – “hai anak orang kulit hitam”. Apa yang dijawab oleh Rasulullah SAW? Tiga kali. Rasulullah SAW tak suka. Tak suka. Dan menyebut Bilal itu Ahlul Bait – ahli keluarga aku. Tengok, dia angkat darjat seorang bekas hamba kulit hitam. Itu dianggap ahli keluarga. Ini yang kita latih. Kita duk bersyarah pasal Islam ni, dakwah, tazkirah, ada peluang dia maki orang, serang orang, munafikkan orang, kafirkan orang, salahkan orang. Tapi pendidikan, sedikit sekali.
- Maknanya, dakwah itu yang disebut, apa prinsip dakwah? Kalau kita ambil contoh, bagaimana? Kan dengan sendirinya, rakan-rakan yang bukan Islam tahu oh, Islam sebenarnya begitu. Tapi tidak yang dia dengar hari-hari. Tidak dia lihat dalam pengalaman hidup dia. Jadi tugas kita, dakwah itu dengan amal. Dan amal itu dalam komunikasi dakwah, yang untuk fiqh dakwah, uslub dakwah – cara dakwah. Itu apa dia? Yang disebut dalam al-Quran, Bil-hikmati wal-mau’izatil-hasanah, Wa jadilhum billati hiya ahsan. tiga kali diulang, satu Bil hikmah dengan bijak – wisdom. Dan dua kali Ahsan, Ihsan dengan cara yang baik. Peringatan kepada kita.
- Jadi pada saya, dalam prinsip komunikasi ini tak boleh lagi daripada akar pemikiran kita. Sebab itu, dalam Negara MADANI ini, kita tekankan soal nilai. Nilai apa yang dipaparkan, dilontarkan, dididik kepada anak-anak. Dari awal, kita sudah diperkotak-katikkan orang. Benci kerana kaum saja. saya tak ada masalah. Walaupun saya tahu, ramai yang mengatakan oh, saya ni oleh kerana itu liberal. Liberal apa begini? Oh, alat Cina, alat DAP, kerana hujah itu berdasarkan fahaman yang ada mewakili ciri-ciri jahiliah. Apa dia masyarakat jahiliah itu? Masyarakat yang dangkal ilmunya, tidak bersandarkan kepada kebenaran, tidak kepada prinsip keadilan dan kemanusiaan, tiada ihsan. Itu disebut jahiliah, orang yang the error of ignorance, itu jahiliah.
- Jadi, kita mudah-mudahan dalam proses pendedahan peningkatan, dalam ’art of effective communication’ ini, bawa prinsip ini dengan saya katakan kebijaksanaan, Bil-hikmati wal-mau’izatil-hasanah, Wa jadilhum billati hiya ahsan. Kalau pun nak mujadalah, wajadil itu mujadalah, mujadalah, even if you have to argue. Maknanya, kadang-kadang tak boleh elak dalam hidup ini, sedikit lagi, tapi argue lah, bahaskanlah dengan perkataan yang baik.
- Ya, mudah-mudahan itu kerangkanya. Sebab kalau ikut draf yang disediakan oleh KSU dan rakan-rakan kan ini, oh, macam-macam teori dan communications. Saya ilmu tidak sampai ke situ lah. Saya serah kepada Tan Sri Salim dan KSU semua ni. They are supposed to know. Sekarang ni Shaz pun ada. Buatlah apa-apa itu. Kemudian dia bagi tahu macam mana kita nak communicate Budi95 dan sebagainya. Saya tiada masalah itu.
- Cuma saya ingat rangka besar ni, kita kena jelas. Dia terpancar dari hati sanubari kita. Ikhlas. Bahawa dalam bawa kerja kita ikhlas. Semua kita ada kelemahannya. Kalau nak senarai kekurangan, kelemahan saya, saya terima, tetapi kita islah sentiasa ada minat, kesungguhan, perbaiki. Sebab itu disebut islah – reform. Islah itu pula bukan sekaligus dengan orang, dia bercakap seolah-olah dia kalau dia boleh buat semua sekali. Tidak benar. Itu satu keangkuhan. But, saya tekankan ini, ini musim kempen. Semua orang dah jadi pintar, dia boleh selesaikan semua masalah. Tidak. Tidak mudah.
- Sebab itu dalam Quran, in ‘uridu illal islah mastata’tu’. Kalau pun nak berubah ni, tuntutan perubahan, doa Nabi Allah, Shuib A.S. Nak berubah pun, tidak sebut kata change immediately, transform, no. Disebut, ”Ya Allah bagilah aku kesempatan bawa perubahan sedaya upaya aku”. Kerana kita tidak hidup dalam satu vakum. Kita hidup dalam kenyataan yang pelbagai dan rencam. Baik, itu tazkirah pagi ini.
- KSU catit betul-betul. Baik, tapi ada satu isu yang saya nak sampaikan kerana dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan beberapa kali dalam satu, dua bulan ini, kita bangkitkan ancaman dari kelompok-kelompok atas nama pelawat, ada visa, kunjungan ke negara kita, tetapi menggunakan kesempatan berniaga dan kadang-kadang perniagaan itu termasuk perniagaan peringkat kecil, PMKS.
- Dulu kita hadapi dengan masalah dari Rohingya, Bangladesh, Aceh dan sebagainya yang kita katakan, peniaga-peniaga di warung-warung, di pasar borong, menjadi masalah. Tentu dalam kemanusiaan ini, dalam cara tindakan kita itu harus berperikemanusiaan, tetapi dia menghalang kadang-kadang pekerjaan anak-anak tempatan. Sekarang dah meningkat tinggi. Banyak juga daripada negara China yang datang visa pelancong, tetapi buka perniagaan-perniagaan kecil ni. Baiki, mekanik biasa, kenderaan, aircond, syarikat-syarikat kecil, kedai-kedai kopi. Ini menimbulkan keresahan juga dari peringkat awalnya dan sekarang dah berkembang. Oleh itu, kerajaan tidak ada pilihan.
- Jadi, menetapkan umpamanya, kalau peniaga-peniaga, dia mesti ada pendaftaran perniagaan beralamat tetap. Dia tidak boleh umpamanya, menumpang di sana-sini, pekerja yang menjual barangan. Itu satu yang dia guna. Bahayanya ialah dia gunakan lesen dan permit tempatan. Baik. Kalau kita dapati permit itu disalah guna, kita akan rampas permit itu sepertimana dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kerana ini satu penipuan. Saudara register, saudara jual kepada syarikat asing dan banyak negara China.
- Keduanya, dia jadikan nama je label, kemudian semuanya daripada import, barangan import. Jadi, dalam kepentingan peniaga tempatan hampir tidak ada. Baru ini ada tindakan penguatkuasa di Semporna, Sabah yang membawa barang, menggunakan kenderaan China, dari negara China, perniagaannya China, hotelnya milik China, negara China, semuanya. Jadi akhirnya ada bantahan yang besar dari penduduk-penduduk tempatan. Restoran negara China, tukang ejen pelancong dari negara China, kenderaan dimiliki oleh masyarakat asing.
- Jadi sekarang kita terpaksa beri signal yang jelas, tidak boleh, dan badan-badan penguatkuasa harus ambil tindakan. Itu yang pertama. Kemudian perkhidmatan yang disediakan oleh warga China yang dipercayai menyalahgunakan visa pelawat ataupun pelajar atau mahasiswa. Visa pelawat tetapi digunakan untuk meniaga, merampas peluang dan kesempatan pekerja-pekerja kecil.
- Saya tinggal di Sungai Long, maksudnya tiap kali kalau pergi kedai gunting rambut dia neng neng neng neng neng dia merayu dan mendesak dia minta tolong sebab kita punya habis dia tidak ada peluang meniaga. Ini yang kecil ini ya, yang kecil dan sederhana, dan oleh itu, dia terpaksa bertegas.
- Kemudian jualan barangan murah melalui e-commerce negara China. Saya tumpukan negara China kerana banyak, mungkin kalau dari India atau Indonesia sama layanan kita. Dia maknanya dia guna e-commerce dan semuanya. Jadi perniagaan kecil-kecil ini akan mati urusan perniagaan mereka, terhapus kerana penguatkuasaan yang kurang berkesan.
- Saya ucap tahniah kerana badan penguatkuasa kita seperti mana saudara sudah saya lihat, E-waste yang telah kita warisi selama puluh tahun, tapi kerana keberkesanan badan penguatkuasaan kita telah merampas banyak sekali, menggunung jadinya bahan rampasan. Sampai sekarang ini jadi masalah bagaimana nak melupuskan. Dulu kita kata masalah rampasan kerana barang-barang itu diseludup, tapi sekarang ini kerana berkesannya. Jadi ada masalah lain yang Tan Sri KSN sedang selaraskan penyelesaiannya.
- Jadi langkah-langkah yang kita usulkan dan minta dilaksanakan segera. Semua kementerian dan agensi berkenaan LHDN, KASTAM, KPDN, PBT, MCMC, Bank Negara Malaysia. MCMC yang selama ini belum lah, Tan Sri Salim? Jadi harus ada, umpamanya kalau Bank Negara Malaysia dan MCMC harus kaji platform e-commerce dan money trail, termasuk AMLA kalau perlu. KPDN dan PBT menyemak pelesenan perniaga yang terlibat. LHDN dan KASTAM memastikan cukai dibayar sepenuhnya. Immigresen penguatkuasaan daripada penyalahgunaan pas.
- Jadi ini, kerjasama semua badan penguatkuasaan dan saya minta Kementerian Komunikasi highlight perkara ini dan tindakan diambil supaya kita beri amaran yang cukup, bukan amaran, amaran sudah diberi berulang kali tapi tindakan supaya mereka boleh hentikan segera.
- Kerjasama dengan Persatuan Perniagaan, sebahagian yang tahu bahasa Cina, sebahagian yang tidak tahu. Jadi, kerjasama daripada syarikat-syarikat perniagaan, dewan perniagaan, persatuan-persatuan penjaja dan perniagaan harus juga, ya kerana tidak semua persatuan penjaja dan perniagaan itu boleh diharapkan. Sebahagiannya menjadi ejen, sepertimana pengalaman kita melihat di beberapa Majlis Perbandaharaan dan Dewan Bandaraya, bukan mereka membantu badan penguatkuasaan tapi jadi ejen kepada pekerja asing, kerana dapat kutip cukai khas mereka. Dan libat urus serta mekanisme whistleblower dan mystery hop shopper supaya kita dapat memberi, empower masyarakat untuk bertindak.
- Kemudian bagi kementerian bersama digital, Kementerian Digital dan MCMC, perlu lihat umpamanya, bagaimana boleh ditambah melalui teknologi AI supaya dapat memantau dan mengesan aktiviti haram ini.
- Saya tekankan ini kerana ada timbul keresahan yang agak meluas di seluruh negara dan saya harap tindakan berkesan itu bukan sahaja penguatkuasaan itu satu jalur, bila hal-hal yang sebegini menuntut kita membuat tindakan yang bersepadu oleh semua agensi terlibat dan kalau perlu diselaraskan oleh KSN untuk satu mesyuarat awal, itu boleh diteruskan, tetapi komunikasi dan kementerian harus juga memberi penjelasan yang menyeluruh bahawa Kerajaan tidak tolak ansur dengan kesalahan ini dan keterlanjuran ini.
- Sekali lagi ucap tahniah kepada rakan-rakan, kepada Fahmi dan KSU dan seluruh team di Kementerian Komunikasi kerana kegigihan saudara menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat. Banyak lagi hal yang kita kerjakan, kerana kita boleh senarai apa yang kita lakukan, tapi kalau rakyat tidak faham, ia akan jadi bahan yang peluang untuk dilemparkan tohmahan.
- Saudara, lihat umpamanya kejayaan terbesar saya fikir di kementerian ini, komunikasi ialah dalam soal BUDI95. Bila diberi penerangan begitu jelas, dia tidak menimbulkan banyak masalah, tapi itu satu contoh. Walaupun masih ada lagi suara-suara yang mengatakan harga minyak naik, tapi BUDI95 itu sebagai satu, kalau saya faham satu contoh yang sangat membanggakan dan satu langkah yang sangat berkesan oleh Kementerian Komunikasi. Saya ucap tahniah.
- Jadi sekali lagi, maaf kalau ada apa-apa ketelanjuran. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
