TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MESYUARAT AGUNG KOPROJAYA KALI KE – 10

14 Jun 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MESYUARAT AGUNG KOPROJAYA

KALI KE-10

14 JUN 2026 (AHAD) | 11:30 PAGI

PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba

Walam yaj’al lahu ‘iwaja

Wa nusalli wa nusallimu ‘ala Rasulihil-Karim,

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Rakan-rakan jemputan khas termasuk Presiden ANGKASA, Datuk Fattah, Suruhanjaya Koperasi, dan ahli-ahli. Ini ahli-ahli KOPROJAYA nampak tenang kerana dividennya baik dan tahniah.

Tentunya kepada Yang Berusaha Encik Saiful Azhar bin Shaharun,

Pengerusi KOPROJAYA; dan seluruh pimpinan KOPROJAYA.

 

1.            Saya jarang hadir majlis-majlis seperti ini, selalu saya wakilkan kepada KSN atau KSU sahaja. Tapi KSN ini, selalu kalau saudara ikuti Yes Ministers Series, selalu Yes Ministers Series. Yes Ministers Series lebih busy, bagaimana KSU dan KSN, KSN dengan PM, KSU dengan Minister. Bagaimana dia boleh mempengaruhi. Kalau dia rasa penting saya hadir, saya kata KSN, ini just normal koperasi pegawai. Dia kata, no, no, no tapi kalau PM sibuk saya faham. Cuma saya nak tekankan ini, koperasi ini prestasinya baik, koperasi ini tarik golongan pertengahan dan muda, koperasi ini satu kebanggaan penjawat awam. Maknanya mesti hadirlah itu. Itu cara dia. Itu maknanya how the KSN can influence the Prime Minister.

 

2.            Walaupun nampaknya kuasanya pada Prime Minister bagi instruction. Kalau dalam BBC series itu ada satu kes di mana Menteri Kesihatan terpaksa berdepan dengan usul terpaksa mengharamkan rokok 20-30 tahun dahulu di UK. Pegawai, KSU maknanya mengemukakan usul kajian saintifiknya, dan cadangan-cadangan yang menyokong langkah pengharaman. Dan Menteri di antara suara yang anti-smoking. Mula-mula dia bagi pandangan yang sealiran dengan pandangan Menteri, dia kata “sir, merokok ini menyebabkan kerugian negara, kesihatan, beban kos tambahan kerana penyakit-penyakit bersangkutan dengan amalan merokok, oleh itu kesihatan awam terjejas”.

 

3.            Kerana dia tahu Menteri bawa dengan mandat dalam manifesto untuk mengharamkan amalan merokok. Norehan tak setuju kerana dia merokok. Jadi dia mula begitu. Ini macam mana KSU dengan Menteri? Tapi KSU tidak setuju, dia tidak setuju pengharaman. Dia nak kata tak setuju awal, Menteri dia marah. Tapi Menteri kata, “yes, get it done, parliament be in session next month, we will come out with a clear plan of execution”. Dia kata, “brilliant sir. Brilliant suggestion. I’m only need to caution you one thing, I agree, I support, but I need to caution”. It is going to be two by-elections, and we have made a survey in both constituencies. Dalam kedua-dua kawasan pilihan ray aitu, yang merokok itu lebih daripada 70% dan yang menyokong amalan merokok itu 70%. Jadi kalau pak Menteri mahu menekankan pengharaman ini boleh, saya setuju Cuma kemungkinan kita kalah pilihan raya. Jadi Menteri tu pun menung, dia kata tangguhlah dulu. Ini cara KSU mempengaruhi Menteri.

 

4.            Saya Cuma dengan KSN ini saya dah tahu trict ini. Jadi, saya bila saya dengar saya kena evaluate dulu. Dia kata, Korpojaya kena datang, jadi saya teliti dulu tapi berita baiknya saya tengok kajian dan report dan prestasi dan dan saya setuju ini satu contoh koperasi yang membanggakan.

5.            Saudara tahu, Fattah pun tahu, saya mewakili satu pandangan dari bawah. Saya bukan elit atasan. Dan kalau lihat pandangan ekonomi saya dari awal, pembasman kemiskinan, menjana pertumbuhan dari bawah dan memaknai pembangunan itu dari sudut pemerataan. Penyertaan yang lebih meluas. Saya juga tidak mendukung pandangan di mana kekayaan itu dibolot oleh segelintir kelompok manusia dengan kekayaan yang tidak terbatas dan tidak ada penekanan bagi rakyat terbanyak.

 

6.            Koperasi ini, daripada awal, itu suatu prakarsa yang sebenarnya membolehkan ekonomi itu menjadi lebih merata. Kalau konteks saya ingat membaca kadang-kadang dulu bila sebab koperasi dalam Islam di bawah wa ta’a wa mu’alal bir wa taqwa mesti dalam kerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaa. Dan kerjasama dalam bidang ekonomi itu ialah mempersatukan kekuatan yang lemah. Kelompok kecil tidak mungkin bangkit melawan arus kekuatan kapital terlalu besar akan kalah dari segi kekuatan pembeli, kalah dari segi kekuatan modal, dan kalah dari segi kekuatan kemahiran dan kepakaran. Keupayaannya adalah kerana membina kekuatan dari bawah.

 

7.            Sebab itu pemikir-pemikir yang melihat jauh ke depan, katalah Muhammad Hatta, Bung Hatta mantan Naib Presiden Indonesia yang pertama, dia itu adalah penggagas pembaharuan atau reform ekonomi dengan menekankan bahawa masa depan Indonesia, keadilan sosial, pemerataan ekonomi hanya melalui pemerkasaan koperasi. Kalau tidak sepenuhnya berhasil, tapi kalau peringkat awal saudara-saudara yang ikuti sejarah perjuangan Indonesia iaitu kekuatan besar termasuk GKBA iaitu gabungan kerajasama batik Indonesia, pengeluar  batik itu semuanya jadi gabungan yang ada kekuatan.

 

8.            Dan ini saya berikan kerangka pemikiran asas mengapa dalam negara kita yang sedang memacu pertumbuhan yang begitu membanggakan dengan penumpuan dalam AI, digital transformation, energy transition itu tidak boleh mengenepikan soal kesenjangan yang kian melebar di antara golongan kaya dan miskin dan kesenjangan itu tidak boleh dirungkai semata-mata dengan dasar, dengan pengarahan dari atas. Dia dapat dirungkai dengan penyertaan yang luas. Itu kalau dari segi pengalaman, saya katakan, kekuatan prinsip al-Quran dan pengalaman Indonesia.

 

9.            Di India, ada seorang pemikir dari kalangan bawahan. Dulu Mahatma Gandhi gelar mereka ini di ‘Untouchables’. Golongan yang paling rendah. Sekarang dikatakan Dalit. Nama dia Ambedkar. Orang dari kelompok paling miskin di bawah, tidak ada kekuatan ekonomi. Tetapi satu-satunya di zaman penjajahan Inggeris yang dapat mengatasi dan merentas kekuatan yang ada, golongan elit dan bangsawan dan berjaya ke Columbia University, PhD dan Oxford PhD.

 

10.       Tapi berbeda daripada beberapa elit kita yang kemudian terpisah dari akar tradisi mereka. Ramai kan yang sudah terdidik, dia jadi macam ‘Atap Genting, Atap Rumbia’ dalam kisah-kisah cerpen dulu. Ataupun Osman Awang, ‘Tamu di Bukit Kenny’. Bukit Kenny ini penjawat awam yang besar-besarti tinggi dulu, jadi ada tamu ibu bapa yang miskin datang jadi dia rasa malu untuk menjemput mereka dengan pakaian yang copang champing dengan kerabat baru golongan elit dan bangsawan di Bukit Kenny.

 

11.       Ataupun kalau saudara yang lebih tahu tentang epik sejarah dulu “Hikayat Nakoda Si Tanggang. Hikayat Si Tanggang, dari perkamungan orang asli Pahang, sebelah rumah Fattah. Kemudian, kebetulan hanyut, rempuh taufan sampai ke satu pulau. Anak kecil, miskin. Sampai ke pulau, ikut ceritanya jadi pahlawan dapat menawan puteri raja, berkahwin dengan puteri raja dan kemudian mula pengembaraan dan pengembaraan itu saya tak tahu sampai ke Pahang. Saya tak tahu macam mana. Sampai ke Pahang, ibu dia yang agak tua dengan pakaian yang lusuh itu dia lihat anak dia di atas kapal itu dia kenal anak dia dan kemudian tentu berlumba melepasi hulu balang- hulu balang pertahanan macam security saya tu, kemudian dia gelar anak wahai anakku. Nakhoda Si Tanggang ini dia kenal tapi dia tak mampu, dia tidak punya kekuatan untuk mengaku itu ibu yang miskin pakaian lusuh, rambut tak terurus, padahal isterinya itu puteri raja. Maka dia kata siapa perempuan tua ini? aku tidak kenal perempuan itu, merontak merayu dan bawa makanan yang sangat disukai oleh anaknya itu sebagai bekal dan beritahu ini makanan itu dicampak ibunya sedih, derita sangat kesal anaknya ditunggu berpuluh tahun datang untuk melupakan dia.

 

12.       Jadi ikut kisah cerita dia dengan sedih berjalan pulang perasaan yang lusuh dan sumpah anaknya jadi batu. Itu kisahnya, pengajarannya apa? Manusia bila ada kedudukan dan habuan lupa daratan. Jadi saya sebut tadi ‘Tamu di Bukit Kenny’ sebelum itu ‘Atap genting, atap Rumbia’ dan saya sebut Ambedkar. Ambedkar kemudian jadi di antara pejuang kebangsaan menentang Inggeris dan diangkat oleh Jawaharlal Nehru Perdana Menteri India pertama sebagai penggubal Perlembagaan India yang Merdeka, The Framer of the Constitution of India dan dia sebut, apa kaitan dengan koperasi ini? Ini Saiful Azhar kata, Anwar ini nak cerita apa pula? aku nak dengar tentang koperasi,  dia cerita Indonesia nak si Tanggang, bila nak sampai ni, sabar sabar sampai, sampai.

 

13.       Jadi perlembagaan India itu, beri makna kepada apa erti sosial demokrasi. Kita sekarang  demokrasi berebut, merentas, jatuhkan orang ini, kerajaan orang ini, pilihanraya belum sempat pun berebut juga nak buat, eh, pening kepala. Kita nak tumpu negara ini membangun. Kerana bagi mereka demokrasi ini, peluang untuk merebut jawatan. Demokrasi yang disebut yang betul dan ideal, wasyawirhum fil amrin yang berunding dan syura ini untuk matlamat yang lebih murni itu kalau dalam al-Quran dan kalau yang dibawa oleh sosial dalam pandangan sosial demokrasi, mana demokrasi rakyat, demokrasi penyertaan dan katanya demokrasi itu bermakna kalau kita beri keadilan sosial yang lebih melebar ia tidak mampu di urus oleh kelompok golongan yang kaya sahaja, kalau sistem itu tidak mengarah kepada melebarkan penyertaan. Daripada 5 orang kaya diketuai oleh Saiful Azhar, tetapi kemudian diagihkan kepada 2000 orang. Itu sosial demokrasi. Itu koperasi sebenarnya.

 

14.       Jadi Ambedkar, dia satu-satu suara pintar, bijak, pejuang yang juga menentang Mahatma Gandhi akhirnya. Aneh kan. Mahatma Gandhi, seorang pejuang, seorang yang sederhana, seorang yang ikhlas, seorang yang bersih, tapi ditentang. Ditentang sebab, kata Ambedkar, Mahatma Gandhi bicara soal keadilan. Tetapi tidak dapat merungkai sistem yang menindas. Sistem yang memeras rakyat. Sistem termasuk sistem kasta. Membahagikan orang darjat-darjat tertinggi, darjat tengah, darjat kuli. Dia kata sistem itu tidak wajar. Saya tidak peduli sama ada itu amalan Hindu atau apa, tetapi ia bertentangan dengan ciri manusiawi atau kemanusiaan ke arah keadilan. Jadi dia adalah penggagas besar sosial demokrasi dan koperasi di India. Hah itu sudah sampai, dah sampai sudah habis.

 

15.       Saya nak kita ini, kalau dalam negara kita di kalangan saudara-saudara yang relatif lebih muda, yang dipertanggungjawabkan dalam banyak jabatan dan urusan dalam negara. Kalau sekadar jadi pengarah, ketua jabatan, pegawai, sekadar jadi kerani sahaja catat-catat, ini tidak cukup. Saudara mesti tahu apa dia negara MADANI. Ini isu keadilan sosial, kesamarataan, kesaksamaan itu tujuan matalamat kita setiap langkah, setiap keputusan mesti memikirkan daya terbanyak, mesti memikir bagaimana untuk menjana pertumbuhan, itu satu kewajaran. Bagaimana untuk diagihkan, itu satu kemestian. Kalau tidak dia tidak memaknai kemerdekaan, memaknai demokrasi, memaknai pertumbuhan. Semua itu mesti menjurus kepada keadilan sosial.

 

16.       Ini soal kerangka falsafah, ini sikit saya nak sebut. Saya simpulkan dengan pandangan pakar ekonomi John Rawls. Dia kata apa? Semua bicara, saya dengar oh, kita mahu keadilan sini keadilan. Kadang kelompok Melayu bilang begini, kalau Cina begini, India begini. Sarawak, Sabah, saya semalam di Sabah. Merempas. Tapi keadilan itu, bukan saja semua sama. Ya, umpamanya keadilan. Kita bagi bantuan sama. Untuk sekolah di Kapit, sekolah di Manek Urai dan sekolah di sekolah elit termasuk di  Kolej Melayu Kuala Kangsar. Itu bukan keadilan, dia kata justice is fairness, justice keadilan itu memberi ruang yang sama kepada semua, mana mungkin ruang yang sama kalau kita bagi kepada sekolah anak orang kaya 10 juta dan sekolah di Ulu Tembeling 10 juta, dan kita anggap ini keadilan. Ini bukan keadilan, sebab itu keadilan itu dirungkai sebagai sosial demokrasi, keadilan sosial, adil wal ihsan, dia kena ada gabungannya, adil dan ihsan dan itu disebut oleh John Rawls sebagai justice as fairness.

 

17.       Mengapa saya pilih untuk menyokong koperasi? Because it gives essence and meaning to what we term as justice as fairness. Yang lain, Korporjaya buatlah apa yang baik dan catatlah untung yang banyak.  Untuk meneruskan agenda justice as fairness, keadilan dan ihsan.

 

18.       Jadi saudara-saudara,  ini pengerusi sudah cadang belanjawan,  dia siapa nak cadang belanjawan? Tetapi ada baiknya, kerana yang cadang belanjawan ini siapa pun boleh dan di antara cadangan dia lah bagaimana kita terus memperkasa kegiatan koperasi. Dan Norehan tahu, saya bagi tumpuan kepada MATAP. Sebab itu kita letak seorang yang kita yakin boleh memberikan dorongan, semangat dan disiplin. Kerana syarikat kerjasama ini, bercambah. Diurus dengan baik, catat prestasi yang baik. Dia urus dengan bobrok, maka lingkup. Banyak koperasi yang lingkup. Ini contoh yang baik.

 

19.       Jadi, ANGKASA saudara Fattah, sahabat saya, patut kita tonjolkan. Ini contoh koperasi diurus dengan baik, dengan tertib tatakelola yang teratur, menyebabkan prestasi kita tambah baik. Jadi, bukan semua korporasi yang puluhan ribu itu boleh catat keputuasan yang sama. Dia berbalik kepada soal asas.

 

20.       Kemudian, mesti diurus dengan baik. Tatakelola. Mesti diurus dengan baik. Ini yang kadang-kadang longgar kerana bila ramai, dan saya pun ada banyak pengalaman, saya berfikir kewangan dulu pun banyak masalah di antara saya sokong korporasi tetapi untuk urus pastikan peraturan tatakelola.

 

21.       Dalam negara memang begitu, negara boleh kaya hasil maksud besar tapi kalau kita izinkan segelintir rompak sesuka hati tak mungkin. Kita boleh agihkan dengan adil. Jadi soal tatakelola itu penting. Kalau saya tengok rekod, dan tentu saya tengok rekod saya tak beritahu, Saiful Azhar. Sebelum saya kata, saya tengok. Saya tak dengar dengan KSN. Walaupun saya dengar lah KSN tapi saya check, tengok proses. Dan memang kita tengok senarai ini di antara koperasi dipimpin, diurus dan tatakelola yang sangat teratur dan baik. Saya ucap tahniah. Jadi sepatutnya saya fikir, sepatut ada ulasan dalam kertas khas saya bagi homework iaitu berikan kerangkanya, bagaimana diasaskan dan apa prinsip tatakelola yang diurus yang membantu dan sekali-sekala kena anjak dia pergi ceramah di maktab kerjasama.

 

22.       Ingat, saya ceramah free turun dia bayar sana sikit. Boleh? Jadi, you share your experience. Untuk beritahu kepada kerjasama yang ada di negara kita. Apa yang menyebabkan prestasi kita baik? Banyak sebab, tetapi bagi saya, di antara yang paling penting, ialah tatakelola yang baik. Mudah-mudahanlah Allah SWT merestui usaha baik kita dan jadikan di antara Korpojaya ini di antara koperasi yang boleh memberikan contoh yang baik bagi menjana pertumbuhan dan menyemarak kegiatan koperasi di negara kita. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: