TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-66
TEKS UCAPAN VERBATIM
PERASMIAN PEMBUKAAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT ANTARABANGSA KE-66
TAHUN 1448H/2026M
6 OKTOBER 2026 (SELASA)
BERSAMAAN 24 RABIULAKHIR 1448H | 8.55 MALAM
WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.
Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.
Wa kafa billahi syahida.
Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan isteri;
Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Excellencies present here tonight. May I, on behalf of the Government of Malaysia, express our profound appreciation for your presence, which includes of course, Ambassadors and High Commissioners, Muslim and also non-Muslim that shows your understanding and tolerance, which we certainly reciprocates as a country that accepts the fact of multiracial, multicultural, multireligious to promote harmony and understanding in the spirit of the Quranic term “Lita’arafu”, respect one another.
Jemaah Hakim dan peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-66 Tahun 1448H/ 2026;
Rakan-rakan, ketua pengarah yang hadir, dan lain-lain yang hadir. Terima kasih banyak atas kehadiran. Yang utamanya juga, saudara-saudara dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Syukur alhamdulillah, kita teruskan acara ini dan kebetulan zaman muda saya dahulu pernah pengerusikan tilawah pada ketika itu. Masa itu musabaqah, dia tak panggil tilawah, undang saya sebagai salah seorang anggota jawatankuasa, peserta kecil bukan Qari, jawatankuasa. Jadi saya sampaikan ini kerana menteri tak tahu ini (nada seloroh).
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
- Pada tahun 1930, ada seorang reformis, pejuang, alim dan pengarang terkemuka, yang penggagas perubahan di dunia Islam, pengarang al-Manar, al-Sayyid Muhammad Rashid Rida. Telah menerima satu soalan yang dikemukakan oleh seorang dari Kepulauan Melayu. Ini al-Manar itu di Kaherah. Tetapi soalan itu dari seorang pembaca dari Kepulauan Melayu, namanya Sheikh Muhammad Basyuni Imran, ulama dari Sambas, Kalimantan. Soalan itu sampai kepada pengarang al-Manar, dan sengaja al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tujukan soalan itu kepada Al-Sayyid Amir Shakib Arsalan. Lihat dunia Islam pada ketika itu, tidak dipetak-petakkan ikut rencana penjajah, dari Kepulauan Melayu ke Mesir dan al-Sayyid Muhammad Rashid Rida minta seorang pemikir yang alim dari Lubnan, namanya Al-Sayyid Amir Shakib Arsalan.
- Untuk menjawab soalan dari anak Melayu ini tadi, atau orang alim Melayu ini tadi. “Limadha ta’akhara al-Muslimun wa-limadha taqaddama ghairuhum?”. Saya dah semak tadi sebutan daripada Sheikh Mufti tadi. Maknanya, mengapa umat Islam hari ini 1930? Dia soalannya 1929, diterbitkan 1930. Soalannya mengapa umat Islam kita hari ini mundur, padahal kita mewakili agama yang benar, tetapi yang lain termasuk dari Barat itu maju, walaupun dia tidak menganut bersama agama kita.
- Tentu Amir Shakib Arsalan memberi jawapan yang diterbitkan dalam majalah al-Manar. Apa katanya? “Kerana kita menerima agama tetapi tidak menghayatinya.” Tetapi beberapa ciri yang diajar oleh agama kita tentang disiplin, peraturan, tatakelola, kebersihan, itu diamalkan oleh orang lain. Maka dia perolehi sebahagian dari pelajaran itu.
- Soalan itu, kalau anak-anak muda bicara sekarang, minta guru-guru kupas. Itu masih relevan hingga hari ini. Mengapa kita keterbelakang, berpecah, tidak tolak ansur, menanam bibit-bibit kebencian, tidak maju dalam banyak bidang, dalam sains dan teknologi, malah kefahaman Islam sendiri pun masih dipersoalkan.
- Jadi, karya ini tidak panjang, pendek, diterjemah dalam banyak bahasa, dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dari naskah asal Arabnya. Jadi sebab itu, kalau kita mahu bangkit sebagai satu umat yang gagah, ada beberapa syaratnya. Soal imannya, ilmunya, akhlaknya, pembentukan sahsiahnya, dan ruh perjuangan. Keberanian untuk bawa perubahan. Yang disebut ‘islah mastata’tu.’
- Jadi mudah-mudahan, Semangat ini tentunya berasaskan kembali kepada pengajian, kefahaman dan pelaksanaan anjuran al-Quranul Karim sendiri. Jadi mudah-mudahan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan ini, kita tak terlepas seperti itu. Apa matlamat kita? Mendekatkan umat dengan al-Quran. Mendekatkan dalam erti kata membaca, menelaah, memahami, menghafal dan melaksanakan, menghayatinya. Ini disebut selalu, saya ungkapkan frasa ‘jeel’, membangkitkan satu ‘jeel’, satu generasi. Generasi apa? Generasi yang pernah dididik oleh Rasulullah SAW. Dari ‘al-Muddaththir’ dan ‘al-Muzzammil’ untuk bangun dari kealpaan, “Qum fa-andhir, wa-rabbaka fa-kabbir, wa-thiyabaka fa-tahhir”. Bangun dari kealpaan, kekecohan, kelemahan, kelembapan, kemalasan. Bangun dari tidur itu dan bangkit. Pertama, “wa-rabbaka fa-kabbir.” Tahu bahawa kita tunduk kepada kebesaran Allah SWT. “Wa-thiyabaka fa-tahhir”, dan bersihkan, bersihkan diri, bersihkan jiwa, bersihkan sikap. Itu yang disebut asas bagi kebangkitan umat.
- Dan dalam cabaran kita semasa, baik umat Islam di negara kita, ada beberapa prinsip, kaedah yang harus kita tegakkan. Menimba ilmu secara sungguh-sungguh. Alhamdulillah, sedaya upaya kita, kita cuba tingkatkan. Hari Jumaat ini, saya diminta menyampaikan Belanjawan Negara. Semua minta peruntukan tambahan. Termasuk Dr Zul untuk JAKIM. Tetapi yang penting apa? Memperolehi, manfaat dari keamanan negara ini. Keamanan ini kerana muafakat yang tercapai di kalangan umat Islam dan bukan Islam dan negara kita. Kerana tidak ada negara di dunia yang boleh bicara soal pertumbuhan ekonomi, merancakkan pembangunan dan memulakan beberapa program-program baru, transformasi digital, artificial intelligence tanpa semangat perpaduan dan keamanan dan boleh memikirkan cara yang serius.
- Tidak lupa pesanan Amir Shakib Arsalan pada tahun 1930, bahawa mesti kembali kepada ruh perjuangan dan kembali kepada kekuatan dan insaf bahawa bangkit itu dengan landasan yang jelas. Sebab itu, baru-baru ini bila kita bicara soal artificial intelligence itu sendiri, soalannya, apakah perlu kita kuasai? Jawab saya, satu kemestian. Umat yang meninggalkan artificial intelligence sebagai ilmu dan knowledge baru, akan tercorot.
- Tetapi, fahaman AI kita itu tidak semestinya menciplak, cedok sepenuhnya dari negara asing, apalagi negara Barat. Cabarannya ialah bagaimana kita gunakan ilmu dan teknologi baharu ini, quantum computing, artificial intelligence, digitalization. Tetapi berakar kepada iman, akhlak dan sahsiah kita. Nilai kita mesti kita pertahankan. Jangan kerana mendambakan perubahan, menginginkan ilmu baharu, kita tinggalkan prinsip akidah, akhlak dan sahsiah kita itu tersisih daripada arus sebagai seorang Muslim yang baik.
- Sebab itu, dalam mengejar perubahan ini, kita tidak boleh lari daripada semangat membawa kebaikan dan rahmat. Apa dia ujian bagi umat Islam, terutama dalam persatuan dan pergerakan Islam di mana-mana. Baru-baru ini, beberapa ulama masyhur berkunjung di sini. Terima kasih, JAKIM dan YADIM, dan beberapa badan lain membantu menyelenggarakan. Mantan mufti Mesir dan beberapa ulama alim. Apa yang mereka peringatkan kepada kita? Kembali kepada asas al-Quran. Kembali kepada pengajian yang lebih mendalam dengan kebijaksanaan, hikmah dan hasanah dalam penyebaran dakwah. Tanam kefahaman yang lebih mendalam. Dan jangan izinkan tersebarnya pandangan yang mendorong kepada pantas menghukum tanpa berbekal kepada ilmu yang mendalam.
- Maka, dianjurkan supaya kita kembali kepada Turath. Apa dia Turath? Itu khazanah kita. Khazanah 1,400 tahun lebih itu, jangan kita kesampingkan. Hanya kerana kita dengar tokoh-tokoh baru ini, mereka menguasai semua ilmu, mereka boleh jawab semua soalan, dan kita tinggalkan khazanah Turath kita ribu tahun ini. Yang rugi tentunya kita. Sebab itu, ulama-ulama mengingatkan saya, Dr. Zul ada, pimpinan negara kita, kata dia, “jangan lupa pesanan kami. Kalau bawa Islam, betul. Boleh berfikir cara baru, boleh belajar artificial intelligence dan lain-lain, tetapi mesti terikat kepada landasan, kekuatan. Apa yang disebut Turath, legasi kita, khazanah kita supaya tidak lari daripada semangat itu.”
- Gagasan kedua yang diperingatkan, mestilah dakwah ini termasuk majlis malam ini, apa? Mesti dicetuskan dari semangat kasih sayang. Bukan untuk mendabik dada, tunjuk kepintaran dan kepandaian kita. Dan kasih sayang itu, rahmah itu punyai makna yang sangat mendalam. Islam itu tertegak daripada awal, Bismillahirrahmanirrahim, rahmah. Dan rahmah itu bukan mana keadaan biasa dalam pengalaman simpang-siur, hiruk-pikuk, hidup, pekerjaan, pengajian dan perjuangan, kadang-kadang kita gopoh dan tersasar. Kembali kepada semangat dan pengajian al-Quran.
- Salah satu yang mereka kupas, ‘Fa-bimā raḥmatim minallāhi linta lahum, wa lau kunta faẓẓan ghalīẓal-qalbi lanfaḍḍū min ḥaulika, fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum wa shāwirhum fil-amr, fa-iẓā ‘azamta fatawakkal ‘alallāh, innallāha yuḥibbul-mutawakkilīn.’ Sadaqallahul azim. Maknanya, kalau tidak kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada kamu, maka tentu kita akan mengambil beberapa tindakan pada masa itu.
- Peringatan itu kepada Nabi Muhammad SAW selepas asbab al-nuzul-nya Perang Uhud. Banyak orang Islam melakukan kesilapan. Kalau tidak dimaafkan, diampunkan. Ikut sentimen kita. Mereka akan tentunya lari. Maka, “fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum”. Setengah orang dia selalu hari-hari minta maaf tapi tak pernah istighfar, pengalaman hidup kita. Haa sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, esok dia bedal lagi. Jadi, “fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum”. Kemudian runding, “wa shāwirhum fil-amr”, berunding, bermusyawarah, bincang, dengar. Berunding itu bukanlah macam kadang-kadang sidang parlimen, semua bercakap, tak ada yang dengar. Ada mikrofon, lempar pandangan, jawapan tak dengar. Datang sesi lagi, lempar lagi. Kita dah jawab. Itu contoh, contoh, contoh.
- Jadi sebab itu, rundingan ini kerana dengan semangat tadi. Semangat rahmah tadi. ‘Rahmatin.’ “wa shāwirhum fil-amr, fa-iẓā ‘azamta”, dah buat keputusan, “fatawakkal ‘alallāh”. Hari-hari kita sebut “tawakkal ‘alallāh”, “tawakkal ‘alallāh”. Apa dia “tawakkal ‘alallāh”? Kerana sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertawakal kepada-Nya.
- Dan sebab itu, Dia minta kita “bil hikmati wal mauizatil hasanati wa jadilhum billati hiya ahsan”. Maknanya, Kebijaksanaan dan hasanah dalam menyampaikan pandangan dan membawa perubahan ini. Malah, kalau boleh saya rumuskan dalam semua permasalahan ini, betapa indahnya mesej.
- For the benefit of my non-Malaysian friends and non-Muslims, I want to just summarize this about the Islamic message, sometimes because the Islamophobia, because of the lack of understanding. I popularized the great article by this great Palestinian scholar, Edward Said, who said, “the problem with our society, West or East Muslims or non-Muslims is the debate, the quarrel, the animosity, the belligerence not out of understanding and affection of humanitarian ideal.
- Edward Said said, it is not a clash of civilizations, the famous, infamous thesis of Samuel Huntington, about different civilizations ought to clash. But Edward Said nearly said, “what clash? Why? Why must you promote this animosity distrust.” This thesis to the contrary is merely to suggests, let us show our capacity as human beings to appreciate one another and understand one another. So, his short article as a rebuttal to the clash of civilizations. He said, that is not a clash of civilizations, but a clash of ignorance.
- Maknanya, yang riuh rendah tentang pertembungan budaya, pertembungan civilization yang di sini hentam Barat, yang Barat hentam di sini, Yang marah tamadun sana, benci tamadun sini. Padahal, tidak ada kefahaman. Dia kata yang pembenturan itu berlaku, pembenturan akibat dari kejahilan. Dia kata, yang clash itu adalah ignorance. Sebab itu, dalam Islam, therefore, for the Muslims, I say please show more tolerance affection does not mean that we surrender our principles and ideals. We still pray be good, avoid excesses, corruption and ‘sakau’ and be a good example for all.
- Jadi umpamanya, kita harus ambil iktibar daripada pengajian al-Quran, tilawah dan hafazan ini untuk mengingatkan kita bahawa penyelesaiannya adalah dengan pengangkatan darjat kita dengan ilmu dan tunjuk kasih sayang sepertimana yang disarankan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, “Irhamū man fī al-ard, yarhamkum man fī as-samā.” Tunjuklah kasih sayang kamu kepada yang di bumi. Siapa yang di bumi? Keluarga kita, kalau saya tentulah termasuk Azizah. Yang di bumi, Muslim termasuk bukan Islam, haiwan, pokok-pokok pun-pun, hutan belantara, bukit bukau.
- Sebab apa? Di dalam hadis Nabi Muhammad SAW, mengingatkan kita. Nescaya, “yarhamkum man fī as-samā”, yang di langit akan mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita. Mudah-mudahan dengan peringatan ini, kita ingatkan kita bersama untuk mengangkat martabat menjamin kejayaan negara Malaysia tercinta dan keselesaan umat Islam dan umat manusia seluruhnya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
