TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SKIM USAHAWAN BANGKIT PERMATANG PAUH

29 Ogos 2026

 TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 SEMPENA

 MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM SKIM USAHAWAN BANGKIT

PERMATANG PAUH

29 OGOS 2026 | SABTU | 10.00 PAGI

DEWAN YAYASAN AMAN

PENANTI, PULAU PINANG

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah rabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Karim.

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;

 

Sahabat saya,

Yang Berhormat Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal,

Ahli Parlimen Bukit Gantang

 

  1. Dan juga sahabat yang banyak menggerakkan, Yang Berhormat yang hadir, Sollehuddin Alyubi yang saya tugaskan di Jabatan Perdana Menteri untuk selaras program ini dan cari peluang tambahan yang kita buat bukan jadi Permatang Pauh tapi banyak tempat-tempat yang lain.

 

Rakan-rakan yang saya muliakan,

 

  1. Saya ucap tentulah syukur kerana walaupun program ini kecil lah selalunya berbanding dengan program-program besar ni tapi penting kerana dia sentuh langsung rakyat di bawah ini.

 

  1. Jadi, Program Usahawan Bangkit ini yang kita sebut Skim Usahawan Bangkit (SUB MADANI) ini, itu untuk menampung program-program lain. Saudara bayangkan, Amanah Ikhtiar, kita belanja ratus juta, TEKUN, ratus juta. Pelbagai skim pinjaman kita bagi. Kemudian STR, semua dapat STR (Sumbangan Tunai Rahmah).

 

  1. Saya tambah lagi SARA, SARA itu walaupun sekali bagi RM100 ringgit untuk beli benda-benda asas, sekali bagi itu RM2 bilion ringgit kerana yang dapat itu puluh juta orang, tapi kadang-kadang yang lebih penting ialah bagi dia modal, bagi dia berniaga, jalan hidup sendiri supaya tidak bergantung lagi. Itu saya ingat tujuan kita untuk usahawan kecil-kecilan ini.

 

  1. Sebab itu, saya beri sokongan rancangan usahawan ini, maknanya dia boleh bangkit, sama ada dia jatuh, bangkit semula ataupun daripada tidak ada upaya, bangkit. Ini peranan kita sebenarnya. Jadi, bagi saya, seperti mana sahabat saya sebut tadi, kita tumpu bangunkanlah, kalau tidak saya tengok politik ini, ni yang maki sana, gaduh sana, pergi… kerja tak buat pun. Program tak ada.

 

  1. Jadi sebab itu, mudah-mudahan di Permatang Pauh ini, kita jayakan kerana orang nak hidup. Nak kata… saya bukan Ahli Parlimen sinilah, Ahli Parlimen Tambun sekarang ini. Dulu sini. Tapi kalau nak kata tak buat, buat. Saya nak bagitahu saya buat. Kita ikhtiar habis cara juga, ya. Daripada orang dulu ni, kerana orang atas itu dia ambil banyak, kalau hak dia, tak apa. Ini kita nak bagi berapa? RM800 ringgit, paling tinggi RM4000, tapi yang hilang puluh ribu juta.

 

  1. Tapi orang marah saya sekarang ini. Marah sebab dia kata ‘Anwar ini tegas sangat, ambil tangkap’. Saya kata bukan saya yang tangkap. Saya tak… bukan kerja saya tangkap orang, tapi kalau dah… kita bagi amanah, orang nak ini RM2,000 ringgit sahaja. Yang hangpa ambil bagi hilang ini bilion-bilion ringgit. Saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat, itu saja.

 

  1. So kena maki berbakul-bakul ini. Saya bercakap di Permatang Pauh ni memang nak meluahkan di sini la kan. Kalau saya ambil tak apa, saya tak ambil. Kata apa pun, saya kata, maki lah banyak mana pun, saya gaji pun tak ambil. Saya tak ambil gaji, miskin ke tak? Tak. Kereta, Kerajaan bagi, kapal terbang, pergi mana-mana pun, Kerajaan bagi, tapi saya tak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjuk, tak semua wakil rakyat, tak semua Menteri, tak semua pemimpin duk kerja nak ambil duit orang sahaja. Itu sahaja saya nak bagi mesej.

 

  1. Tumpulah perhatian. ‘Oh, tak Islam’, tak Islam lagi? Kita buat sedaya upaya kita. Semalam saya dengan Syeikh Wazir. Syeikh Wazir itu ulama besar Kelantan. Tok Guru Syeikh Abdul Rahim, Pendang. Kita bawa Mufti Wilayah, anak Syeikh Fadzil Noor dulu. Mufti Pulau Pinang, panggil bagi penerangan. Syeikh Abdul Rahim Pendang itu dia kata kat saya ‘Anwar, boleh tak kita buat di Pendang, buat di Kedah, panggil anak-anak’. Haa itu tak apa kita buat. Nak bagi Islam mana lagi? Buatlah.

 

  1. Orang kata, ‘oh Anwar ini tauke judi’. Saya tak judi. Saya tak sokong orang judi. Dulu, judi, sebelum saya jadi Perdana Menteri, masa kerajaan dulu perintah, kena faham ini. Kerajaan dulu, semua parti yang dulu lah. Berapa cabutan setahun? 22 Kali. Masa saya, batal semua. Saya buat perintah, saya turun daripada 22 jadi 8 kali. Hang nak maki aku pasal apa? Masa hang perintah itu 22 kali. Masa saya perintah, saya turun ke 8 kali. Cukup? Belum cukup. Baik? Belum baik. Tapi untuk kamu serang aku, kamu cermin dulu, kamu buat itu 22 kali. Saya turun. Jadi, yang ini sebagai contoh sajalah, bukanlah nak marah orang Permatang Pauh pulak. Saya nak cerita.

 

  1. Jadi, sebab itu Tok-tok Guru yang dengar, sekolah-sekolah kita, ini yang guru-guru Qur’an, terima kasih banyak Ustaz, kerana saya kata apa lagi? Kita ini, agama ini, kita kena mula di asas kita. Mengaji-mengaji, negara ini memang nak kata tak maju, bandinglah negara-negara ASEAN ini. Orang lain semua duk bertapak, kita dah boleh naik, tapi cukup? Tak cukup. Sebab negeri maju, betul, saya pergi mana-mana di dunia, orang memang hormatlah, tetapi di bawah ini macam mana? Sebab itu, kita kena terus ikhtiar, tapi kalau maju pun, agama macam mana? Akhlak macam mana?

 

  1. Kita nak kata kita bawa banyak program-program Islam betul, tapi anak-anak kita, saya ingat lagi saya masa Menteri Pendidikan lama dulu, masa wakil rakyat Permatang Pauh, saya Menteri Pendidikan. Itu yang buat Maktab Perguruan Mengkuang, itu saya mulakan dulu. MRSM apa ini, MARA, semua kita mulakan. Tapi asas Al Qur’an itu kena ada juga. Mana mungkin orang Islam baca Al Qur’an tak boleh? Nak kata sekolah agama tak ada, merata kampung ada. Masjid merata kelas ada. Itu belum cukup. Jadi bila, mana kita nak tahu? Kita tengok ustaz-ustaz ini layak, ada kelayakan, ada ilmu, ada asas, dia turun pergi rumah ke rumah. Saya ingat program itu sangat baik.

 

  1. Dan sebab itu, saya bagi sokongan sepenuhnya dan kalau jadi elok macam ini di Permatang Pauh, saya nak jadikan ini dah bincang dengan YB Fadhlina, Menteri Pendidikan. Kita nak sebarkan ini, di semua negara ini supaya orang Islam ini dia boleh baca Al Qur’an dengan baik. Kita tahu apa prinsip asas dia, Al Qur’an, Islam. ‘Ya Ayyuhallazina Amanu, Istajibu lillahi wa lir-rasuli iza da’akum lima yuhyikum’. Orang beriman ini dia mesti seru kepada kebaikan, tapi dengan amalan, penghayatan, ‘iza da’akum’,Lima yuhyikum’, penghayatan. Jadi, bagaimana kita nak sampai, asas tak ada? Bagaimana kita nak hayati, asas tak ada? Sebab itu kadang-kadang bila cakap soal Islam, akhlak tak jaga kerana dia tak berteras kepada Al Qur’an. Al Qur’an ini bagi kita cara hidup kita. Jadi, baca dan amal.

 

  1. Jadi, saya tengok program ini, ekonominya rakyat penting. Nak makan, nak hidup. Bela ayam, dah anjing liar pergi serang pulak dah. Apa dia? Nak buat berniaga, motor rosak, baiki. Jadi kita setakat yang boleh, kita bantu secara kecil-kecilan.

 

  1. Dan oleh kerana kejayaan ini, saya akan arahkan semua badan-badan Kerajaan, minta Datuk Seri Sollehuddin selaraskan kerana saya duduk situ, saya dapat laporan, betul program ini takda apa-apa, banyak yang buat, tengok program-program yang syarikat-syarikat (buat), ada tetapi apa istimewa ni? Skim Usahawan Bangkit ni?

 

  1. Ini kawan kita, Syed kita bagi idea juga. Itu kerana kita pi turun, baru-baru ni buat program baca Al-Quran, tak buat? Buat. Berapa belanja? RM1.4 bilion ringgit, saya bagi kat JAKIM. Lebih daripada pernah, Kerajaan-kerajaan dulu tak bagi banyak tu. Tapi saya ni istighfar pada Allah SAW. Cukup? Belum cukup. Apa buktinya? Ada lagi anak-anak kita yang tak boleh baca Al Qur’an. Maka apa orang nak buat? Marah kat orang? Pi ceramah maki orang? Bukan. Ikhtiar. Ustaz-ustaz kita yang punya tanggungjawab, yang cukup latihan kemahiran, ada. Bawa mereka turun sendiri dan ajar. Itu selesai dia.

 

  1. Baik, niaga, macam saya sebut tadi. Pertanian pun begitu. Jadi ini kita akan teruskan dan saya tidaklah berhasrat cakap panjang begitu kerana saya pun gembira dan ada yang kita kata yang makanan arnab pun ada. Ni bukan di sinilah. Kuih-kuih dia sampai Trong, Perak pun ada dan jadi skim ni saya nak tengok kalau boleh jadi contoh (yang) baik.

 

  1. Baru-baru ni kita ada NADI, saya luncur di sini. NADI ni. Itu semua kena buat. Kerajaan ni dia kena fikirkan kesemua. Satgi yang tak boleh baca Al Qura’n pun, depa cari kita. Tak boleh meniaga, nak baiki motor pun, cari aku juga. Kemudian satgi yang ada pula, tapi kita kata kita negara AI, teknologi, maklumat macam-macam, dia cari kita juga. Jadi kita buat NADI.

 

  1. Ini Malaysia satu-satu negara di mana AI dan teknologi itu kita bawa ke daerah-daerah. Setiap DUN, ada satu, dua Pejabat NADI. Sampai kita dapat menang di peringkat dunia, Malaysia menang sebab kita buat NADI sampai ke Pulau Banggi di hujung Sabah, kita buat. Cukup? Belum cukup. Ramai yang tak tahu apa dia NADI. Ramai yang anak-anak tak manfaatkannya. Jadi Skim Usahawan Bangkit pun perlu, NADI pun perlu, Amanah Ikhtiar pun perlu tapi kena turun ke bawah.

 

  1. Jadi saya ucap terima kasih lah bukan sahaja kepada saudara-saudara yang hadir, yang jayakan program ini. Kita boleh ada program, kalau saudara-saudara tak sokong, tak jadi juga. Kalau yang buat motor, tak mahu, tak mahu campur, aku buat sendiri, tak jadi juga. Jadi dua-dua berpakat, kemudian tanggungjawab saya ni sampaikan, kita ada ICU, ICU ni Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri. Jadi senang, di bawah saya cara langsung. Kemudian melalui ICU, saya kerah semua jabatan-jabatan berkenaan, berpuluh jabatan, berpuluh bilion ringgit belanja. Kadang sampai, kadang bocor. Kadang beri manfaat, kadang tiris.

 

  1. Macam Tabung Haji dok bercakap la (sekarang) lah. Bila tak ambil tindakan, negara rugi. Ambil tindakan, kena maki. Saya pun tak faham. Kita bukan boleh hukum orang yang tak salah. Yang hukum bukan Perdana Menteri. Ramai orang yang salah tau, kenapa PM tangkap?

 

  1. Bukan saya tangkap. Saya kata duit hilang RM12 billion. Macam mana hilang? Bila hilang? Siapa bagi hilang? Hampa siasat. Ada siasat, ada bukti , heret pi. Ada bukti kuat, dakwa ke mahkamah. Kemudian serah kepada hakim. Hakim tengok pula kes. Betul, dia tak salah, lepas. Dia salah, di Sungai buloh, ke Kajang ke ikut la. Itu cara kita perintah tadbir.

 

  1. Apa tujuan dia? Halanglah. Banyak wang. Siapa kata Malaysia ni miskin? Tapi tak sampai ke bawah. Dia bocor dengan jalan yang banyak. Jadi contohnya, tuan-tuan, dulu Permatang Pauh ni bagikan saya peluang dulu. Ni saya jadi Perdana Menteri ni betul lah wakil rakyat Tambun tapi yang mula dia di mana? Permatang Pauh. Takkan saya nak lupa. Ini kampung halaman kita. Tu saya pergi try pula di Negeri Sembilan, Port Dickson, menang di Port Dickson, try pulak di Tambun. Saya nak beri kekuatan kita tetapi mulanya di mana? Di sini. Berapa baru? Lama!

 

  1. Jadi, saya sebab tu macam mana pun saya kata kat Abu Hussin, tak apalah, buat di Bukit Gantang, buat di Trong, tapi kena tolong di Permatang Pauh kerana ni tempat aku, kampung halaman aku. Ini buktinya.

 

  1. Jadi itulah, saya nak kata terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri. Ni sewa tanah Majlis Agama pun lepaskan lah, esok bila untung bayar, la ni (sekarang ni) kecualikan dua (2) tahun ni. Ok ya. Kita tak tahu, takkanlah saya nak tahu. Jagan negara, cakap pasal international, masalah perang Iran, dia tanya kita. Satgi Pakistan, Perdana Menteri dia tanya. Tapi orang pun baik dengan kita. Bayangkan. Saya perut, baru ni ada surgery sikit lah, pasal depa suruh bagi pecah perut tu, Ya Allah tapi tengok kawan-kawan, Perdana Menteri Pakistan (hubungi), “Anwar you okay? You okay ke?”

 

  1. Sheikh-ul-Azhar, ulama besar dunia telefon, “Anwar, saya nak doa sikit bagi Kesihatan.” Tak terharu saya? Terharu kerana banyak orang yang baik dalam dunia ni banyak orang yang, ramai orang yang baik. Kita bantulah sedaya upaya kita.

 

  1. Setakat yang saudara-saudara, sekali lagi lah saya nak kata saya hargai sangat-sangat dan tekunlah, jagalah anak pinak kita, keluarga kita dan kerjalah dengan baik. Kerja saya, bantu sedaya upaya. Kerja saudara-saudari, jayakan program. Untung sikit jangan lupa yang tua. Cermat betul-betul. Ada wang lebih tengok pendidikan anak-anak. Kalau kita sahaja berjaya, anak-anak tak baca buku tak jalan pula.

 

  1. Jadi, jayakanlah masyarakat kita ini dengan ikhtiar kita dan doa kepada Allah SWT dan tawakkal kepada Allah SWT. Kita boleh ikhtiar tapi ingat, Al Qur’an jelaskan, “Fatawakkal ‘alallah”, tawakal kepada Allah, sebab apa? “Innallaha yuhibbul mutawakkilin”, Allah itu kasih orang yang tawakal kepada Allah Ta’ala.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: