TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FORT CORNWALLIS, GEORGE TOWN PULAU PINANG

25 Julai 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FORT CORNWALLIS, GEORGE TOWN PULAU PINANG

25 JULAI 2026 | SABTU | 4.30 PETANG

TAPAK FORT CONRWALLIS, GEORGETOWN,

PULAU PINANG

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

 

 

Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang;

 

 

 

 

Yang Berhormat Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang;

 

 

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

 

 

 

Yang Berbahagia Dato’  Amirul Feisal bin Wan Zahir,  Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad;

 

 

dan tetamu yang saya muliakan.

 

  1. Tentunya peristiwa ini beri makna dan kesan yang mendalam bukan sahaja rakyat Pulau Pinang tapi seluruh rakyat Malaysia. Di beberapa majlis lain bila kita rungkai isu memelihara gedung-gedung lama, Khazanah Nasional telah melakukan sesuatu yang cukup istimewa dengan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) dan Carcosa Seri Negara dan di Melaka A-Famosa dan di Pulau Pinang, hari ini Fort Cornwallis, Esplanade, Padang Kota yang sebenarnya memberi satu pengajaran, pendedahan dan meletakkan kita sebagai satu negara yang lebih yakin dan matang.

 

  1. Sebab apa saya katakan begitu di beberapa majlis lain, saya ungkap pandangan pemikir Mark Twain yang selalu saya popularkan kata dia, negeri boleh maju, Pulau Pinang lebih terkenal sebagai hub semi-konduktor dan industri yang berkembang rancak tahniah.

 

  1. Tetapi, kita harus waspada negara ini berkembang dengan sejarahnya. Sejarah gemilang, sejarah pahit, sejarah getir, sejarah penjajahan. Kita tidak boleh lelapkan, tapi kita harus faham kalau tidak, kota mungkin indah tetapi, apa yang disebutnya Mark Twain, “kota mungkin maju dan hebat, berteknologi moden tetapi, gersang budayanya.” “A vibrant city, modern technology but culturally barren.” Itu quote Mark Twain.

 

  1. Sebab itu kita harus belajar peringkat awal, negara ini masa berkembang dia tahu sejarahnya tapi tidak ada upaya untuk membina, membangun, menyingkap lembaran sejarah kerana keutamaan kita ialah menyatukan rakyat, membangunkan prasarana asas di Pulau Pinang sendiri, sekolah tidak cukup, masjid dan rumah ibadat usang, infrastruktur harus diperbaiki, jentera pemerintah dan kerajaan harus disusun.

 

 

 

  1. Itu keutamaan bapa-bapa kita Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan generasi baru generasi yang baru merdeka. Tapi post-colonial period yang kita hadapi, kita mula memberi makna dan perisian dan disinilah kita harus pulihkan artifak sejarah.

 

  1. Sejarah duka dan getir, ada orang text kepada saya dia kata Anwar kamu diminta untuk meluncurkan satu kejayaan memulihara Fort Cornwallis, satu petanda kezaliman penjajahan yang lalu, benar tetapi itu sejarah kita.

 

  1. Kita mengajar anak-anak kita bukan gemilang period itu tetapi getirnya kerana yang menentukan nasib Pulau Pinang bukan rakyat Pulau Pinang tapi yang ditentukan sama ada di Tokyo atau di London atau di Amerika Syarikat.

 

  1. Maknanya pengajaran kita kepada anak-anak kita ialah bahawa tanpa semangat perpaduan, tanpa pembangunan tanpa keamanan dan kekuatan pertahanan kita demikianlah nasib kita zaman lalu. Sejarah kita dipadamkan, yang kita kenal hanya Francis Light dan Fort Cornwallis, kemudian zaman pemerintahan Jepun kemudian ditentukan oleh Amerika Syarikat yang memusnah dan mengebom kawasan-kawasan ini kerana tidak cocok dengan mereka.

 

  1. Tidak ada rundingan, tidak ada kaitan sama sekali dengan rakyat Pulau Pinang, kepentingan Pulau Pinang, melainkan kepentingan strategik bagi negara asing, negara kolonial. So I think precisely a very important message here. Yes, we have to ensure that Malaysia remains a competent and vibrant economy and we have done that to our level best, but at the same time there’s need for to reconstruct our history.

 

 

  1. Our history must not be dictated by monuments of the past by the dictates of our former colonial masters within the UK or Japan or the United States.

 

  1. It must be determined by our people and reconstructed to give meaning to the level of sacrifice and devotion of the people of Penang. So I think this is a very challenging task for the committee, we have Penang State of course municipality and Khazanah Think City, Aga Khan Trust for Culture to reformulate this not necessarily erasing history is a fact.

 

  1. So this is actually my answer to those who have chosen to criticise me for being present here today—that this is a historical fact. How bitter, how difficult, how demeaning our country was in the past because every single action and decision by the powers that be, the colonial masters, was determined by them to protect their strategic interests. Had absolutely nothing to do with our interests, our own culture, our heritage or survival.

 

  1. The lesson that must be learned for the present, of course.Thank you very much to all the friends here who have done wonderful work. Think City, thank you very much. I’m exhilarated. I’m amazed by what you have done. In the years I’ve been here a couple of times.

 

  1. No, I think more than a couple of times. Picnics. I would erase certain parts which is not relevant for the Prime Minister to suggest. But I also came here, I remember, to send these Hajj pilgrimage team because you have to see them passing through from Fort Cornwallis. So it’s a very emotional, sentimental journey for every single Penangite.

 

  1. And of course, we see this. Probably the level of sophistication may have been quite limited. We were not able to articulate these views in the sense of the historical relevance and the pain that our forefathers had endured.

 

  1. I rememberv S.M Mohamed Idris, our great friend, who told me of the tragedy that befell his family because when the Japanese bombed this place, I think his parents, or at least his father, was killed.

 

  1. For no reason, for no crime, for no offence, just a decision by the Japanese, by the Americans or, in a sense, the British and the Allied forces. No relevance, nothing to do with us, and we paid with our lives.

 

  1. Ini cerita sejarah ini, kebetulan terima kasih saya lihat wakil-wakil veteran angkatan tentera pun ada. Dan saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kerana dalam seluruh bicara sejarah kita tidak melupakan dan mengenang jasa dan pengorbanan Angkatan Tentera dan senjata kita termasuk polis.

 

  1. Kerana mereka juga punyai jasa yang besar. Pengorbanannya apa? Pengorbanannya darah air mata dan keringat peluh. Itu sumbangan mereka sehingga negara kita ini sekarang kekal aman. Dan tanggungjawab generasi sekarang, termasuk generasi muda, ialah memastikan negara ini harus aman.

 

 

 

 

  1. Benar, sejarah menentukan baik sebelum Francis Light, kehadiran beberapa perahu dari Kedah, peranan pedagang, saudagar dan juga nelayan Melayu, kehadiran rakan-rakan kita dari China dan India, yang menjadikan Pulau Pinang dengan pelabuhannya sebagai pangkal perkembangan baharu. Dan dengan kepelbagaian kaum agama yang rencam, ia harus memperkuatkan.

 

  1. Anak-anak jangan lupa, bila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menentukan moto jata negara, “Bersekutu Bertambah Mutu,” sebelum merdeka tahun 1957, apa maksudnya? Malaya, pada masa itu Persekutuan Tanah Melayu, adalah negara yang induknya masih Melayu.

 

  1. Bahasa Melayu dimartabatkan. Islam majoriti dan agama Persekutuan. Raja-raja Melayu didaulatkan. Tetapi kenyataannya, dari awal pemimpin-pemimpin negara kita terima kenyataan negara ini negara pelbagai kaum. Sebab itu motonya harus bersatu supaya kita boleh angkat mutu negara ini. “Bersekutu Bertambah Mutu.” Unity is strength.

 

  1. Why did our leaders and forefathers, don’t they understand the history? They knew. Tunku Abdul Rahman grew up here in Penang, and I’m sure this generation too was quite familiar with esplanade, other than Penang Hill, of course, they knew Fort Cornwallis and, of course, the excellent food around here, and familiar with the fact that this is a multiracial society and country.

 

  1. But there also Malay leaders, prominent Malay nationalist leaders. What is, to my mind, reassuring to learn and to hear is that they were fully committed, while championing and defending the rights of the Malays.

 

  1. They’ve always accommodated the fact that Malaya at that time and now Malaysia must remain a country that must dispense and assure justice for every single citizen in this country.

 

  1. Malays, Chinese, Indians or the Dayaks or the Kadazans. And our generation, in order to give meaning and essence to our history, must renew this commitment. Because there are forces desperate or the desperados in politics and in society they will continue to harp on racistless racism, religious bigotry.

 

  1. And please don’t ever ignore the fact that countries can be built, “Bersekutu Bertambah Mutu” can be destroyed precisely by harping on racial and religious differences.

 

  1. Penang must have a good example. Thank you very much, Chief Minister Chow, for the leadership, for your determination. Ensure that all our programs is not meant to marginalize any community. To ensure that everyone benefit and succeed in the process.

 

 

  1. Saya tekankan ini kerana bagi saya sejarah, pertamanya tidak harus gersang budayanya. Pembangunan tidak harus menyebabkan budaya kita itu terpinggir dan ternyata kita lakukan ini. Tetapi sejarah harus mengajar kita dan mendidik kita.

 

 

 

 

  1. Sejarah itu bukan rentetan peristiwa yang ditentukan oleh penguasa dan kebetulan penguasa masa-masa itu adalah pimpinan penjajah, bukan mereka yang tentukan. Kita harus belajar bahawa tanpa kekuatan dalaman tanpa perpaduan, orang asing dari luar negara yang akan menentukan.

 

  1. Sebab itu kita harus bina kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman ini maknanya himpunan, kesatuan, semangat perpaduan semua kaum dan penduduk negara kita yang melihat kepentingan negara lebih daripada kepentingan sempit. Melihat kepentingan mempersatu dari merobohkan. Percayalah sejarah di depan terdampar di depan kita. Hampir tidak ada kekuatan masa itu.

 

  1. Tidak ada perpaduan, masing-masing diperkotak katik ikut kaum semasa penjajah Inggeris. Dan tidak ada kekuatan pendidikan atau teknologi atau pertahanan sama sekali. Tidak ada hubungan luar untuk terus kita runding dengan kekuatan-kekuatan luar. Dan kita hanya menjadi mangsa yang menyerah.

 

  1. Itu pengajaran bagi saya melihat yang menyentuh hati nurani saya. Dato’ Amirul Feisal tahu tatkala berbicara di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya punya perasaan yang sama dan hari ini pun begitu.

 

  1. Potensi negara ini luar biasa. Keupayaan kita mengangkat martabat Malaysia ke mercu yang lebih tinggi itu bagi saya sesuatu yang kita impikan. Syaratnya kita harus dewasa dan matang.

 

 

  1. Lebih ramai suara yang harus berani pertahankan perpaduan kita. Harus ramai suara yang berani memahami sejarah yang mengajar kita. Apa erti gedung-gedung ini, apa erti keindahan ini. Ya kita harus memulihara kerana ini kenyataan sejarah kita.

 

  1. Harus mengindahkan, harus kita hadir keindahan ini bukan untuk kelompok kecil di atas, untuk rakyat semua memanfaatkan kemudahan. Dan saya senang dengan kerangka pemikiran Khazanah Nasional dan Think City dan rakan-rakan yang mahu melihat aspek ini.

 

  1. Dan mudah-mudahan peluncuran hari ini akan juga mengajar anak-anak kita. Saya syorkan kalau boleh, boleh menjadi bandar raya, kerajaan negeri, rakan-rakan Think City pastikan dalam tiap kunjungan anak-anak muda ke kawasan ini disertai dengan bukan sahaja dari video klip tentang keindahan bangunan dan sebagainya, tapi pengajaran dari sejarahnya.

 

 

  1. Harga satu perpaduan, harga negara yang bebas dan merdeka, dan bencana bila kita ini dijajah. Harus ada semasa kunjungan itu, seperti mana satu video yang dibuat di Carcosa Seri Negara sangat menyentuh perasaan. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong juga bersama di situ dan dia beritahu kepada saya dia kata, “Brilliantly crafted and presented.”

 

  1. So naturally, I take great pride to see our young professionals able to present our history in that light. Similarly, today I would appeal to the state government and all the forces here to understand that this is our history, this is our legacy, the bittersweet memories.

 

 

  1. And we use this to inculcate that understanding and expose our young to our own history, to reconstruct it. Not to the dictates of our colonial past, our masters, but make it relevant to our society and our future.

 

Terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

Share: