TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PENYERAHAN PESERTA PROGRAM MADANI FELLOWSHIPTAHUN 2026

30 September 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PENYERAHAN PESERTA

PROGRAM MADANI FELLOWSHIP TAHUN 2026

 

30 SEPTEMBER 2026 | RABU | 1.00 TENGAHARI

 

DEWAN PUTRA, ARAS 3, BANGUNAN

PERDANA PUTRA, JABATAN

PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Rakan-rakan menteri;

 

Ketua Setiausaha Negara (KSN);

 

Menteri yang menyelaras acara MADANI Fellowship ini.

Timbalan-timbalan Menteri pun hadir dan yang pentingnya anak-anak dikasih sekalian.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama dan saya juga alu-alukan kehadiran yang alumni fellowship yang sebelumnya. Dan ini hanya satu acara ringkas bagi pendedahan kerana anak-anak akan berjumpa dengan mentor-mentor di kalangan Menteri yang tentunya akan sangat sibuk, tetapi saya percaya dia boleh celah-celahkan sedikit acara. Tapi yang penting itu adalah peluang dan kesempatan, pendedahan supaya anak-anak boleh bersama melihat program menteri, kementerian, jabatan, perbahasan di parlimen dan bagaimana kita dapat tingkatkan prestasi kerja kita dan anak-anak boleh faham bahawa pendekatan kita harus komprehensif.

 

  1. Maknanya, walaupun tugasnya di Kementerian Belia atau Kementerian Pengangkutan, tetapi pemahamannya harus lebih meluas. Ya harus ada pemahaman yang melibatkan semua kementerian dan jabatan. Bagaimana kita memanfaatkan kedudukan kita untuk menyantuni masyarakat dan menggunakan kedudukan dalam Kerajaan. Pertama, pertahankan prinsip dasar, agenda perjuangan kita dan yang penting membela nasib rakyat yang di bawah.

 

  1. Satu hal yang saya juga nak cadangkan, yang boleh Dr.Taufik bantu, iaitu walaupun anak-anak ini ditugaskan di kementerian masing-masing, tapi mungkin kita berikan satu ruang, satu hari tertentu di mana dia boleh berpindah sekadar mengenal dan mengetahui perjalanan lain-lain kementerian. Boleh?

 

  1. Jadi saya ingat, kerana sebelum ini, maknanya sebelum ini kalau di KPT, hari-hari dia tengok gambar Datuk Seri Zambry sahaja. Jadi untuk menghilangkan kebosanannya, kita tukar, jumpa yang lain. Saya ingat ada baiknya. Jadi saya minta umpamanya, diatur acara sedemikian. Sekurang-kurangnya dapat kenal perjalanan Kerajaan keseluruhannya.

 

  1. Jadi sekali lagi lah saya ucap pertama, tahniah kepada anak-anak. Sampaikan salam kepada ibu bapa dan keluarga, guru-guru dan pensyarah, dan keduanya mengalu-alukan kehadiran dan bertugas dengan sebaik mungkin.

 

  1. Negara memerlukan generasi muda yang punyai kekuatan, semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas yang sangat besar. Bila saudara di sini, saudara akan lihat bagaimana rencam, bagaimana rumit permasalahan kita hadapi, dari pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai wilayah, pelbagai kelompok yang menuntut sebaik mungkin kepada kita. Tetapi insya-Allah kita dapat lakukan yang sebaiknya.

 

 

 

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada penyelaras, rakan-rakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri, eh ini luar biasa, mana ada program anak-anak muda menteri semua hadir. Saya pun menteri semua hadir masa Mesyuarat Jemaah Menteri sahaja. Program saya pun bukan semua menteri hadir. Tapi ini program anak-anak semua menteri hadir.

 

  1. It shows such significant important with place, our children, to young leaders and potential leaders. So, please utilize the resources, make full use your time, learn, acquire knowledge, engage with many people as possible and learn from practical experience what your mentors are doing or attempting to do.

 

Thank you very much.

Assalamualaikum Warahmatullah.

 

 

Share: