TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PELANCARAN PROJEK RESIDENSI SISWA UNIVERSITI MALAYA

15 Oktober 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RESIDENSI SISWA UNIVERSITI MALAYA

15 OKTOBER 2026 | KHAMIS | 4:00 PETANG

UNIVERSITI MALAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Yang Berhormat Tuan Adam Adli,

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan

Abu Osman,

Naib Canselor Universiti Malaya;

 

Profesor-profesor, Pengerusi dan Ahli Majlis, Tenaga Pengajar dan yang utama anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

 

 

  1. Alhamdulillah, saya bukan sekadar gembira kerana datang untuk meluncurkan projek raksasa perubahan mahasiswa, tetapi tentunya kalau balik ke gelanggang Universiti Malaya ini, saya agak lain sedikit, saya semangat lebih. Jadi, saya beritahu Naib Canselor Noor Azuan, bahawa peluncuran ini ada makna dia, iaitu satu projek pertama cara raksasa yang dikendali oleh Universiti Malaya dengan syarikat-syarikat milik Kerajaan dan besar. Fasa pertama, 10,000 rencananya 30,000 pelajar, kerana kita lemas dengar masalah perumahan ini.

 

  1. Masalah perumahan ini bukan baharu. Bayangkan masa saya mahasiswa, pun masalah tetapi tidak serumit sekarang. Kerana kadang-kadang pemilik rumah sekitar ini dia ambil kesempatan. Harga dinaikkan, harga sewa, kadar sewa dinaikkan. Kita terpaksa memikir untuk mengawal harga, tetapi itu tidak mudah kerana jenis rumah yang berbeza. Jadi, langkah yang munasabah ialah menyiapkan kerana Universiti Malaya punyai ruang tanah yang cukup.

 

  1. Sebab itu, saya ucap terima kasih inisiatif Universiti Malaya, Noor Azuan, KPT, saudara Zambry, dan Kementerian Kewangan telah berikan fokus utama mengajak GLIC syarikat-syarikat milik Kerajaan, mengatakan ini projek kita, mesti kita jayakan dalam masa dan tempoh yang pantas. Jadi, saya nak ingatkan Naib Canselor, sudah undang saya datang, saya ucap terima kasih, kalau undang saya itu ada harganya. Harganya saya akan cara peribadi pantau pelaksanaannya supaya jadi contoh yang baik.

 

  1. Soal tanah, milik Universiti Malaya, jadi senang, cepat. Peruntukan kita gunakan universiti bersama dengan GLIC, syarikat-syarikat milik Kerajaan. Ini anak-anak harus faham falsafahnya. Kalau dahulu syarikat-syarikat milik Kerajaan ini diserahkan dan tumpuan dia itu commercially viable, dia beri rekod keuntungan yang baik, dan ada keperluan untuk melabur di luar negara.

 

  1. Sejak 3 tahun yang lalu, saya minta dialih pandangan. Pelaburan luar negara boleh terus, tapi mesti ada tumpuan untuk membantu membangunkan. Apa beza syarikat-syarikat milik Kerajaan dengan syarikat swasta? Kalau motif kita semata-mata keuntungan, maka jadi syarikat swasta. Tetapi syarikat milik Kerajaan itu sementara ada keperluan untuk mencatat keuntungan, tetapi ada tanggungjawab sosial harus dipenuhi. Maka sebab itu, kalau saya saudara tengok umpamanya Khazanah bangunkan pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi kawasan warisan yang penting dan syarikat-syarikat lain diminta tumpu dalam beberapa bidang.

 

 

 

  1. Sebab itu, saya syukur alhamdulillah, dan bangga kerana sambutan daripada GLIC diselaraskan oleh KPT dan Universiti Melaya dan tumpu. Saya mahu ini sebagai contoh terbaik, satu permulaan baru untuk menyelesaikan masalah penginapan anak-anak mahasiswa dan ini bermula. Dan insya-Allah, esok kita ada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini style kita kerja. Petang ini saya datang, esok Mesyuarat Jemaah Menteri, kerana selalu hari Rabu, tapi bila parlimen bersidang mesyuarat dipindahkan ke hari Jumaat pagi jam 9. Saya akan pastikan dalam pengantar saya sebagai Pengerusi Jemaah Menteri, saya akan pastikan bahawa saya kata semalam, saya ke Universiti Melaya, saya telah bagi jaminan, pertama semua jentera Kerajaan; Dewan Bandaraya, Kementerian Kewangan, KPT faham ini projek keutamaan kita yang mesti disiapkan dalam masa cepat.

 

  1. Saudara Naib Canselor Noor Azuan kata 2030, saya kata, “No. This is a new efficient MADANI Government. Jadi kita akan cuba selaraskan supaya dipercepatkan. Dia lain, kalau sektor swasta biasa kadang-kadang kita bimbang cut cost, ada penipuan-penipuan, jadi kita pantau dan saya percaya bahawa bukan sahaja Fakulti Kejuruteraan, semua Fakulti Universiti Melaya, saya minta Naib Canselor, minta mereka ini menjadi pengawas, pemantau projek supaya berjalan dengan baik. Kalau itu berlaku, percepatkan design dan sebagainya dan kalau boleh saya nak tengok jugalah 10 minit, bukanlah saya faham sangat, tapi kerana saya ingat ini macam, ya lah, projek universiti saya lah, begitu.

 

  1. Jadi kita pastikan kalau dia selesai semua, design itu, seni binanya harus juga mengambil kira bukan sahaja soal persekitaran, keindahannya, dan budayanya. Ingat Mark Twain, tatkala pertama kali dia ke Washington D.C., tatkala Washington telah dibangunkan. Dia lihat dan kagum kerana gagahnya projek-projek hebat besar di Washington D.C. Tapi apakah teguran dia? Kritikan dia? Dia kata, Mark Twain kata, “profound impressive buildings huge but”, ini kita dengar, “culturally barren.” Indah, hebat bangunannya, tetapi gersang budayanya. Ini dihuni oleh manusia, walaupun anak-anak mahasiswa mungkin 3-4 tahun, tetapi harus dipastikan bangunannya itu indah. Ada seninya, ada budayanya, ada persekitaran yang baik, ada kemudahan yang cukup. Ada elemen MADANI yang manusiawi. Dan ini contoh terbaik yang harus Universiti Melaya sediakan. Kalau tidak, kita bicara soal manusiawi dan MADANI ini hanya slogan. Tapi memaknainya adalah melalui projek, termasuk Projek Perumahan Mahasiswa ini.

 

  1. Jadi Residensi Siswa Universiti Malaya ini, saya nak jadikan contoh awal kerana selepas ini ada projek yang sama untuk UiTM, UniSZA fasa kedua yang kita akan segerakan, Zambry ya. Tapi kita mulakan dengan di sini, jadi pertama tanah selesai, perancangan dan design mesti memenuhi skop yang baru, bukan concrete jungle, tetapi ada nilai manusiawinya, kalau tidak apa makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Itu slogannya menarik, menawan, tetapi pelaksanaannya itu akan ukur. Apa kaitan Negara MADANI dengan perumahan siswa? Pertama ialah keprihatinan. Nak tunggu projek dan dana Kerajaan semata-mata tidak mampu. Peruntukkan kita tahun ini dan tahun sebelumnya untuk Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, untuk sektor pendidikan itu tertinggi. Yang pertama pendidikan, yang kedua kesihatan, yang ketiga baru pertahanan.

 

  1. Jadi, nak tambah lebih daripada itu memang mengusarkan. Tidak ada upaya. Jadi, kita gabung kekuatan dari syarikat-syarikat Kerajaan. Syarikat-syarikat milik Kerajaan menyumbangkan pelaburan. Tapi, sekurang-kurangnya anak-anak mahasiswa tahu, ini syarikat milik Kerajaan, untungnya pulang kepada rakyat secara langsung. Berbeza dengan syarikat-syarikat swasta kerana mungkin diragui. Mungkin kerana catatan keuntungannya dan mungkin syarat-syaratnya itu tidak sepenuhnya mewakili kehendak kita. Jadi sebab itu, penglibatan syarikat-syarikat milik Kerajaan ini juga satu mercu tanda tentang cara dan kaedah pelaksanaan yang utama.

 

 

 

 

 

  1. Jadi saudara kena ingat, isu design itu jangan jadi culturally barren, gersang ekonominya, tidak ada nilai kemanusiaannya dan nilai insaniahnya. Apa, kerana mereka mahasiswa bukan golongan korporat, golongan kaya, maka tempat makannya itu tidak penting? Atau biliknya itu tak perlu dikawal? Kemudahan permainannya tidak perlu diawasi? Tidak. Saya mahu ini satu projek yang memenuhi aspirasi negara kita, memberi secukupnya. Tentunya, bangunan dan kemudahan tidak mungkin seperti hotel lima bintang. Tapi syarat-syarat asas dari sedikit kemudahan, itu boleh dan mampu dipenuhi.

 

  1. Ketiga, seperti yang saya sebutkan tadi, setelah selesai persiapan perencanaannya, ialah tempoh pelaksanaan. Banyak projek-projek, menteri tahu kadang-kadang terbengkalai. Sekolah yang pada kos RM40 juta jadi RM80 juta. Dan kemudian banyak pula terbengkalai. Bila dah terbengkalai minta valuation order, tambah lagi kos. Ini pengalaman ini harus mengajar kita. Universiti ini harus memahami semua permasalahan ini. Dan melihat ini patut mewakili kenyataan yang sebenar di luar. Berapa banyak dana negara itu terbuang. Bocor. Terhakis kerana pengurusannya lemah. Jadi, Naib Canselor pastikan Universiti Melaya dan projek Residensi Siswa ini contoh yang patut diteladani oleh banyak agensi-agensi lain. You can do a great job, a clean job, an incorruptible job and with full dedication. Ini real challenge kepada kita. Lemas saya dengar, asyik ada projek, hilang sana sini. Rugi sana sini. Berbilion-bilion ringgit. Walaupun memang ramai yang tidak suka saya bicara soal ini. Tapi saya tidak akan mengalah. Selagi saya diberi mandat ini, tugas saya nak bersihkan negara ini daripada amalan ini kerana aku tidak…

 

  1. Mana mungkin kita nak jaga rakyat dan anak-anak muda. Mana mungkin. Kerana projek semua nak tengok berapa banyak boleh kaut keuntungannya. Berapa banyak yang tiris dan rosak. Jadi please, apakah semuanya pe’el begitu? Tidak. Ramai yang baik. Saya percaya Naib Canselor tahu, ramai professor-profesor yang idealismnya tinggi, yang semangatnya kata “NO”. Kita nak tunjuk tontoh yang baik negara kita. We can prove. Bahawa negara ini negara hebat, kita boleh angkat martabatnya kerana kegigihan anak-anak muda terutamanya.

 

  1. Jadi walaupun ini satu Projek Residensi Siswa, saya lihatnya daripada konteks yang lebih luas. Perencanaannya, falsafah dan konsepnya dan pastikan ia disiapkan cepat. Syarikat-syarikat yang kemudian nanti terlibat, Ketua Setiausaha Negara ada, Tan Sri Shamsul Azri, saya akan pastikan Tan Sri Shamsul juga panggil mereka dan beri peringatan yang cukup tegas. Ini projek contoh, projek yang bertanggungjawab langsung kepada Perdana Menteri, you cuai, you jaga, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Betul, saya bukan, saya sebenarnya ya lah, dah macam datuk pada anak-anak. Tapi saya pun kadang lemas, lemas.

 

  1. Tengok, kita bicara soal ini. Tengok naratif di luar. Perkara titik bengek, benci sana, masalah sini, masalah… Masalah apa? Ini masalah kaum? Tidak. Ini masalah kelas? Tidak! Ini masalah wilayah? Tidak. Ini masalah kecurangan kerana kita mengkhianati amanah. Sebab itu, Universiti Melaya harus kekal sebagai bastion and the conscience of the majority yang boleh bawa perubahan bagi negara kita. Dan saya percaya, Naib Canselor, you can do it. Saya tanya juga menteri. Ini, you can.

 

  1. Kalau golongan inteligensia yang kita amanahkan. Kalau dulu, universiti ini hanya bidang-bidang akademik, ini tidak. Kita tambah ini. Universiti diamanahkan untuk mengurus soal pembangunan residensi besar. It has not happened in the past. Now, bila kita ambil tanggungjawab, ini ‘taklif wala tashrif’, tanggungjawab ini, ia bukan keistimewaan. Responsibility and not a privilege, dan sebab itu saya, iyalah. Minta maaf, maaf. saya bila balik Universiti Malaya ini semangat saya macam balik 70-an dulu. Ya, berkobar-kobar idealismnya. Ya. Sebab kalau kita dah mula rasa tua, lemas, lembab dan hanya hanyut dengan sistem, dengan kuasa, dengan kekayaan, dengan puji-pujian, negara akan lingkup. Sebab itu, elok kita peringatkan. Jadi, insya-Allah projek ini akan disiapkan lebih awal daripada jadual dan mana-mana syarikat kalau tunjukkan tidak ada kebaikan kita tukar, Naib Canselor.

 

  1. Dalam pertemuan pertama, tanya mereka, will you take this responsibility? Kedua, can you do it as a fast track basis? Dan ketiga, can you perform well? Dari segi Kerajaan, tentunya ini melibatkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur. Jadi esok dalam mesyuarat, Menteri, saya akan beri arahan supaya mulai esok semua jabatan ini, apakah melibatkan Kementerian, Jabatan, Kementerian Kewangan, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur kerana penting dari segi kelulusan, semuanya fast track.

 

  1. Kita yang bimbang ini kalau dia masuk tujuan untuk mencuri dan mengambil komisyen, tapi kalau kita boleh kawal ini semua kita boleh lakukan dengan skala yang sangat pantas. Saya memang excited because if I may say so, I want this project is so critical, it mean so much to the student. It’s their livelihood, their comfort they are our children. Can we do something right for them? And do it for the best for our availability improve the quality of life and can we do it in the most transparent and clean manner. Dan saya percaya insya-Allag kita dapat lakukan.

 

 

 

  1. Dalam kabinet dan juga dalam Belanjawan saya sebut, saya kebetulan Menteri Kewangan, tapi kuasa Fiscal Responsibility Act saya serah ke Parlimen. Semalam kita luluskan Parliamentary Services Act, Akta Perkhidmatan Parlimen. Kuasa Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri dipindahkan ke Parlimen secara langsung.

 

  1. Hari Belanjawan saya umumkan semua tender, semua projek mulai tahun depan, setelah siap kerangka kita, kita akan hebahkan. Projek perumahan residensi siswa, berapa kos dia, siapa kontraktornya, berapa lama jadualnya. Semua itu disenaraikan biar mahasiswa dan rakyat boleh menilai. That is what we mean by ketelusan and transparency. Dan kalau ini boleh berlaku di seluruh negara, kontrak tebatan banjir, kos RM6 bilion tender, bagaimana boleh satu syarikat dapat tender itu. Berapa kosnya? Ini semua kita akan lakukan.

 

  1. Saudara kalau dengar perbahasan-perbahasan di Parlimen, hal ini tidak diangkat. Tidak oleh pembangkang, dia ambil picisan-picisan isu. This a fundamental reform yang kita sebut ‘islah mastatu’ itu, perubahan dan reform, ini bermakna untuk merubah mindset dan tindakan. Jadi kita mulalah dengan Residensi Siswa Universiti Malaya ini dekat Kolej Kelima. Saya tahu Kolej Kelima dulu memang saya sering ke sini, saya tak boleh cerita lebih daripada itu nanti Azizah tahu, tapi it was a great years.
  2. So, anak-anak remember kawasan perumahan yang baik betul, tetapi ingat, matlamat utamanya ialah academic excellence. Ya, maknanya memahami, membaca sebanyak mungkin dan kenal di antara satu sama lain. Janganlah diheret bincang isu-isu kaum dan agama cara yang sangat leceh, bahawa kekuatan kita itu pada nilai insaniah kita.

 

  1. Jadi, demikianlah saudara Noor Azuan, celoteh saya petang ini dan terima kasih kepada anak-anak terutama dan saudara-saudara, dan mulai esok saya akan bentangkan ke Jemaah Menteri dan dalam masa singkat saudara Zambry akan bawa kertas Jemaah Menteri berikutnya dan semua agensi akan laksanakan. Dan mudah-mudahan ini jadi contoh yang baik. Saya nak anak-anak rasa lega dan percaya bahawa Kerajaan MADANI ini bukan saja berbicara, tapi melaksanakan.

 

  1. Minggu lalu hari Jumaat kita umum, hari ini kita lancarkan. Semalam, hari Jumaat saya umum RM1,000 untuk pemandu teksi. Wang dari mana? Wang dari nombor H untuk teksi. Jadi wang itu diperoleh pulang balik kepada pemandu teksi. Jadi hari Jumaat kita umum, hari Rabu, semalam kita bagi RM1,000 kepada setiap orang pemandu teksi. Ini dia pelaksanaan kata-kata.

 

 

 

 

  1. Jadi sekali lagi lah saya ucap terima kasih, penghargaan saya tinggi-tingginya pada rakan-rakan Universiti Malaya dan sepertimana saya umumkan saya nak Residensi Siswa ini, beri contoh bagaimana kita selesaikan masalah perumahan anak-anak mahasiswa yang sangat rumit di seluruh negara.

 

  1. Kita mulai Universiti Melaya, UiTM, UniSZA yang berikutnya fasa kedua, dan saya percaya kita boleh tingkatkan program di universiti-universiti lain. Terima kasih anak-anak semua.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: