TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS KEMUNCAK AMBANG MERDEKA SAHABAT MADANI PULAU PINANG 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS KEMUNCAK AMBANG MERDEKA SAHABAT MADANI PULAU PINANG 2026
29 OGOS 2026 | SABTU | 4.00 PETANG
UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil alamin,
Nahmaduhu wa usallimu ‘alaa rasuulihil-kariim,
Wa ‘alaa aalihii wa sohbihi ajma’iin.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,
Menteri Belia dan Sukan;
Yang Berhormat Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
Yang Berbahagia Datuk seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria,
Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri;
Setiausaha Kerajaan Negeri;
Rakan-rakan yang saya muliakan; dan
Yang utama pada hari ini Sahabat Madani dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Kita kini diambang kemerdekaan, dan tentunya ia melibatkan satu sejarah panjang, pahit getir, pengorbanan darah, keringat, air mata. Bukan puluhan tahun, ratusan tahun. Anak-anak ikuti sejarah tahu, sejarah Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Inggeris semula. Ini sejarah kita.
- Jadi, di ambang kemerdekaan, kita harus himbau ini semua, ia bukan mudah. Tapi untuk apa merdeka? Mengapa harus kita tolak penjajahan, penguasaan negara oleh kuasa asing sama ada Belanda, atau Inggersi, atau Jepun, atau Portugis? Kerana kita negara berdaulat. Kita mahu negara ini ditadbir oleh rakyat sendiri. Itu yang pertama.
- Soalan kedua, untuk apa? Untuk apa kita merdeka? Jawabnya kita tidak mahu dijajah. Mengapa kita tolak penjajahan? Kerana tidak mahu sistem kita ditentukan oleh asing, tidak mahu kekayaan negara itu dirompak oleh penguasa asing dan dibawa keluar. Kita tidak mahu sistem mereka menentukan masa depan kita, kerana kita ada agama kita, kita ada budaya kita, kita ada rakyat kita, dan mereka harus tentukan.
- Sekali lagi, untuk apa mereka perlu tentukan? Untuk menentukan kebaikan untuk semua. Baca Perisytiharan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, baca ucapan-ucapan besar agung oleh tokoh-tokoh dunia tatkala mencapai kemerdekaan. Baca Jawaharlal Nehru, tatkala merdeka India. Detik 12 malam India ketika itu, merubah wajah, India bukan lagi India lama, menjanjikan kebebasan, peluang dan harapan kepada rakyat.
- Muhammad Ali Jinnah, untuk Pakistan menyatakan, terbentuknya Pakistan itu kerana revolusi yang dianggap seklop, yang tidak terduga, terjangka. Soekarno menjanjikan jambatan emas. Negara yang dijajah oleh Belanda selama ratusan tahun, dia janjikan Indonesia merdeka, meletakkan jambatan emas. Filipina di bawah pejuang negara yang anggap dirinya itu The One and Last Malay, Jose Rizal menolak penjajahan Sepanyol, memaksa rakyat memilih agama mereka Kristian dengan kejam sekali. Memaksa rakyat menerima sistem ekonomi.
- Dan di tanah Melayu, di Sabah dan Sarawak, kita kemudian diasuh untuk anggap kita tidak ada kekuatan. Sejarah kita sejarah yang tidak gemilang. Padahal, kita warisi sejarah besar, Zaman Kesultanan Melayu Melaka umpamanya, ada sistem undang-undang, ada tradisi ilmu, aqliyyah melahirkan tokoh-tokoh agung di utara, Syeikh Daud al-Fatani, di selatan Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, di sempadan Palembang, tetapi dipadamkan kerana negara yang menjajah mahu melatih dan menawan negara dan jiwa supaya kita ini menyerah.
- Anak-anak lahir pasca merdeka. Bapak-bapak dan ibu-ibu atau nenek moyang dulu berhempas pulas dengan sistem asing. Kalau ambil di Seberang Prai Tengah, zaman Inggeris 100 tahun, yang ada sebuah sekolah menengah. Anak-anak cukup kalau belajar darjah 6. Negara merdeka. Jadi jawapannya, kita telah ada sedikit habuan kemerdekaan. Rupa dirubah. Jiwa juga harus berubah. Dan anak-anak harus mengisi kemerdekaan.
- Di ambang Merdeka, kita menyingkap lembaran sejarah. Tapi di ambang Merdeka juga, kita melakar sejarah baru. Kita mahu Malaysia ini bersatu dan gagah. Punyai maruah dan martabat. Diangkat martabat, harakat dan darjat sebagai negara hebat di rantau ini dan di dunia. Itu cita-cita besar anak-anak muda. Ingat, ini cita-cita besar. Apakah mungkin, apakah mampu bagaimana harus kita terjemahkan cita-cita murni ini mampu dilaksanakan. Bagaimana?
- Pertama, tentunya perpaduan rakyat. Kalau kita masih diperkotak-katikan dan diizinkan orang berhempas pulas, maki hamun dan menghemput soal kaum, soal warna kulit, soal agama, kita tidak mungkin tumpu ke arah pembangunan negara. Bila bicara soal penyelewengan, saya tengok Cina, atau Melayu, atau India, atau Iban, atau Kadazan. Kalau lihat masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, siapa? Cina.
- Jawab anak-anak muda biar jelas. Negara ini harus ditadbir dengan gagah, dengan berani, dengan bersih, dan tolak segala rasuah dan penyelewengan. Orang yang merompak itu, kita tak tanya, kalau rompak itu Melayu, okey. Kalau yang curi itu Cina, you’re right, tidak ada begitu. Orang yang di amanah, baik sebagai pemimpin pelajar ataupun pemimpin institusi, UiTM, atau Menteri, atau ketua agensi, atau syarikat, apalagi pemimpin negara harus bertanggungjawab. Kalau niatnya dan amalnya mengangkat martabat, darjat dan harakat negara, dia mesti ikhlas dan bersih daripada segala keburukan dan kezaliman.
- Tidak boleh nak diangkat martabat, nak perkayakan rakyat bermula dengan perkayakan diri saya dulu. Tak mungkin nak atur negara, diizinkan hasil negara itu dirompak oleh sebahagian. Anak-anak yang menentukan. Bayangkan kalau kita urus negara ini dengan baik, elak penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kita boleh jimat kerugian Tabung Haji berapa? Berapa kerugian akibat salah urus dan tadbir? RM12.5 bilion ringgit. Berapa kerugian FELDA? Satu lagi agensi yang diasaskan oleh Almarhumtun Tun Abdul Razak, untuk membantu rakyat miskin yang kelaparan tanah, berapa rugi dia? RM10 bilion ringgit. Ada kala rugi kerana saham ataupun permasalahan perniagaan. Tetapi ada kala rugi kerana dirompak oleh manusia yang diberi amanah.
- Bayangkan ini, di sini, di UiTM. Kalau kita boleh jimat daripada 2 badan itu, RM20 bilion, ia bukan untuk saya, ia bukan untuk projek lain. Kalau saya terus diberi amanah, yang dijimatkan itu saya nak pulangkan balik kepada pelajar dan mahasiswa dan rakyat dan institusi. Itu dia, maknanya negara ini bukan miskin, negara ini tidak miskin.
- Dari awal merdeka, kita ada paling tidak kita menjadi pengeksport, pengeluar utama getah dan biji timah. Lepas itu, pengeluar utama kelapa sawit, lepas itu sekarang ini di rantau kita E&E, komputer, digital, AI, Malaysia terangkat sebagai di antara negara yang maju, mampu mengeksport bahan-bahan. Tahniah Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
- Jadi sebab itu, di ambang Merdeka, kita kena faham tanggungjawab kita. Saya tahu ini bukan medan percaturan politik. Ini medan untuk meniup kesedaran, mencungkil bakat. Meniup kesedaran di ambang merdeka, kerana saya nak anak-anak bangga negara ini negara hebat, saya yakin. Di umur sekarang ini, datuk kepada anak-anak, saya hanya bercita-cita untuk jamin negara ini stabil politiknya dan aman, dan mengajak rakyat terutama anak-anak muda tumpu untuk membangunkan bangsa dan negara. Kerana saya yakin.
- Bayangkan negara-negara lain, berkecamuk, gaduh soal kaum, bunuh membunuh, dan kalau ada pun malapetaka yang besar-besar sekali. Dalam pertarungan permasalahan iklim, umpamanya. Tengok, mutakhir Nepal. Kita doa ke hadrat Allah SWT, diberi terus perlindungan dari malapetaka besar, dan beri ruang untuk kita pacu pertumbuhan ekonomi dengan segar.
- Jangan kita alpa, jangan kita fikirkan kita ini semestinya, jangan kita fikir bahawa negara ini akan kekal aman selama-lamanya kalau kita tanam bibit-bibit permusuhan antara kita. Negara ini daripada awal sehingga sekarang, orang Melayu bumiputera itu majoriti. Perlembagaan menetapkan Islam agama persekutuan. Bahasa Melayu bahasa rasmi. Hak keistimewaan orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak dipertahan. Dan kedaulatan Raja-raja Melayu itu sebagai induk dan payung dalam negara berdaulat.
- Tidak ada siapa yang boleh pertikai. Tetapi, untuk mempertabatkan bahasa Melayu, bukan untuk menyisihkan perkembangan bahasa lain. Orang Melayu, rakyat Malaysia, Cina, India, Iban, Kadazan, wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik. Tetapi kita juga tahu, bahasa Inggeris harus dikembangkan. Ini bahasa yang berkembang sebagai bahasa penting di dunia. Maka, sistem kita harus menerima bukan mengganti bahasa Melayu tapi complement, menambah.
- Dan kita tahu sebahagian daripada kita mahu meningkat penguasaan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa Cina kini berkembang sebagai bahasa ekonomi rantau yang penting. Dia bukan zero sum game. Kalau saya katakan, saya galakkan anak-anak menguasai bahasa Cina, itu syaratnya yang pertama, penguasaan bahasa Melayu cukup baik. Bahasa Cina, bahasa rantau. Tatkala saya mengajar di Universiti Georgetown, Washington DC, mahasiswa itu diberi pilihan bahasa kedua, selain dari Inggeris. Yang popular bahasa Perancis, Sepanyol dan bahasa Cina, sebab anak-anak Amerika Syarikat tahu, selain daripada bahasa Inggeris yang wajib mereka kuasai, dan kadang-kadang bahasa Perancis atau Sepanyol yang bahasa nenek moyang mereka, tetapi ramai yang memilih menguasai bahasa Cina. Dia tidak rugi.
- It’s an economic imperative to secure your own interest and your future. It’s not done at the expense of the English or the American English. It’s done to give you further opportunity to enhance and develop your potential. Ini pendekatan kita. Jadi kalau mahu Malaysia ini merdeka, dia dengan yakin. Dia bukan tahun 50-an, 60-an dulu, ada gerakan di tengah-tengah kaum, minoriti yang menentang penguasaan bahasa Melayu. Ini tidak berlaku lagi. Malah di sekolah-sekolah Cina sendiri pun, bahasa Melayu wajib, lebih 90% mengambil SPM. Tetapi mereka mahu ada peluang untuk menguasai bahasa Cina dan di kalangan masyarakat India ada yang mahu kembangkan penguasaan bahasa Tamil.
- Saudara, negara ini merdeka dan berdaulat. Ada prinsip-prinsip utama yang tak boleh kita rungkai. Tapi, faham kemanusiaan ini harus ada. Bagaimana boleh kita maju? Dengan kasih sayang, mesti ada di kalangan kita.
- Malapetaka berlaku di Nepal. Kaumnya lain, agamanya lain. Tapi, kalau tak tersentuh perasaan tengok glasier itu runtuh, rumah-rumah itu hanyut, tengok orang tu tak ada apa-apa. Itu kamu penyakit, buta hati. Tapi kan tersentuh kerana nilai agama, nilai kemanusiaan yang ada. Itu juga yang berlaku pada orang lain.
- Majoriti ada Melayu miskin. Itu harus menjadi tanggungjawab kita. Ada anak India di estet, meraung kelaparan, itu harus kita rasakan. Atau anak Cina, atau anak Iban, atau Kadazan. Ini yang kita nak bawa dalam Kerajaan Madani, ini anak-anak. Tak ada percanggahan, itu sahaja. Why can’t we share? You talk about sharing and caring. Why can’t we look at ourselves as a great Malaysian nation to show compassion, love, and to ensure that every single Malaysian benefits and survives. That’s all I’m asking.
- Tidak ada hasrat langsung. UiTM masih lagi institusi bumiputera, tak ada salah kerana ada matlamat khusus dalam keadaan bumiputera majoriti tapi banyak yang terpinggir, agenda bumiputera harus diperkasa. Itu bukan masalah, masalahnya itu bila kita bantu yang lain, itu menjadikan isu yang menghangatkan. Tapi cakap, “kami anak Malaysia”, anak Malaysia apa, begitu?
- Ini yang saya nak sampaikan kepada anak-anak, di ambang kemerdekaan. Sekali lagi saya tegaskan, please listen very carefully, this is a great nation. Bapak-bapak, ibu-ibu kita telah berjasa menjaga, tidak mudah negara yang ada Cina, ada India, ada Iban, Kadazan dan induknya Melayu. Tak mudah. Lihat negara-negara lain yang ada kaum yang berbeda. Bersengketa sepanjang masa. Negara yang mampu jadi kaya, terus jadi miskin.
- Belanjawan negara saya akan tunjukkan sekali lagi, umumkan bulan Oktober, insya-Allah. Ini satu-satu negara di dunia yang mampu kita letakkan keutamaan belanjawan. Malaysia meletakkan sejak saya ambil alih 2022 sampai sekarang, belanjawan tertinggi adalah dalam bidang pendidikan. Itu tertinggi. Itu pun saya tahu anak mahasiswa masih ada, dia text saya, PMX. Tak tahu siapa yang bagi nama PMX. PMX terima kasih, we love you, tapi kadang-kadang kami hari-hari makan Maggie. Betul ada ke macam tu? Okey, ada pula kata, tapi harga buku mahal. Jadi sebab itu kita tambah. Kemudian tertinggal pula Tingkatan 6. PMX, IPG dapat, mahasiswa dapat, anak sekolah dapat, Prauniversiti Tingkatan 6 tertinggal. Jadi saya dengar, sebab itu saya kata belanjawan ini saya akan umumkan peruntukan khas bagi anak-anak Tingkatan 6 dan Prauniversiti.
- Tapi, maknanya kita kena selesaikan semua, tapi apakah mampu kita selesaikan semua? Tidak. Sebab itu saya agak keras, orang anggap saya keras. Saya tak boleh terima orang yang diberi amanah jaga agensi, jaga kementerian, seorang menteri, seorang pegawai tinggi, seorang pedagang yang menggunakan kuasa menipu. Saya tak boleh terima. Sebab saya tahu, nak cari 50 juta nak tolong anak Tingkatan 6. Nak cari 100 juta, nak perbaiki sekolah-sekolah daif. Tadi nak cari 4.6 juta bantu sekolah-sekolah agama, sekolah rakyat yang daif. Tapi, mari orang ini bagi satu amanah, 10 juta lesap. Saya tak boleh terima dan kalau anak-anak kata boleh terima, jahanam negara kita.
- Ya, ada orang kata kat saya, dia kata, “PMX, biasalah dah jadi pemimpin kalau tak ambil bila lagi?” Ini dia, bibit yang merosakkan negara. Kerana apa? Kita bicara tentang agama Islam, kita bicara tentang budaya, kita bicara Malaysia, tapi hilang akal budi dan nilai. Ini masalah terbesar. Ssebab itu, dalam Negara MADANI ini saya tekankan apa dia? Mesti pacu pertumbuhan anak-anak mahasiswa.
- Anak pelajar tahu dan Sahabat MADANI saya selalu sebut seolah “menggapai yang di langit”. New Technology, Artificial Intelligence, Digitalization, peralihan tenaga, new source of energy. Ini seolah-olah perkara baharu, tak ada dalam teks 20 tahun yang lalu. Masa saya di universiti tak ada ni digitalization, artificial intelligence, tak ada. Tapi terpaksa kita menggapai seolah-olah ilmu itu baru, new technology, new frontiers, meneroka alam pemikiran dan disiplin baru seolah-olah “menggapai yang di langit”.
- Itu dia tanggungjawab kita, tetapi jangan lupa kita anak Malaysia, jati diri kita mesti ada. Kita rakyat yang ada agama, ada nilai, ada kemanusiaan, maka sementara kita terpaksa “menggapai di langit”, kita mesti dan wajib “mengakar ke bumi”. “Mengakar ke bumi” kerana kita orang beragama. Waktu solat kita solat. Waktu berhubungan di antara satu sama lain, nilai kemanusiaan ada, dan kalau orang Islam itu mahu jadi muslim yang baik, dia harus jadi contoh yang baik. Bukan contohnya jadi penagih dadah, bukan contohnya menjadi penyamun, atau mengamalkan kerakusan. Contoh yang baik. Ini cabaran bagi kita.
- Ini memang serius sikit, sebab saya bicara soal ambang kemerdekaan, because what is important, I love you my children. This is how I can show my love to make sure that you come up as a great nation. Dan ya betul, saya bercakap dengan perasaan. Apa mudah? Tak mudah. Ya, saya tengokkan video itu senanglah, contohnya dia melakonkan watak Anwar dalam movie Tak mudah. Duduk elok-elok dengan keluarga dipukul setengah mati, diterajang, diterlanjangkan dan diaibkan setiap hari, petang dan malam. Mudah? Tidak. Saya bukan Superman atau kadang-kadang macam India cakap, I’m not Sivaji the boss. I think, I look like one. Tapi, ini ujian Allah SWT.
- Bayangkan, kalau tengok cerita itu dan tengok sekarang, orang itu sekarang dia amanah. Ditakdirkan memimpin negara ini. Alhamdulillah, tetapi apa maknanya kalau saya hanya meneruskan cara lama. Guna kuasa bila lagi? Perdana Menteri, Menteri Kewangan, ambillah. Siapa tahu? Siapa berani cabar. Ini sebabnya mengapa saya katakan, “menggapai di langit, mengakar di bumi”.
- Negara MADANI ini mesti meletakkan asas nilai akal, budi, akhlak dan kemanusiaan, dan ini bukan perkara mudah. Saya mahu saja, bagaimana sikap dan sukarnya untuk menarik anak-anak. Anak-anak tahu ini, ini Melayu ada, Cina ada, India ada, orang asli ada. Apa masalah dia? Boleh duduk begini. Bincang satu hal tuju, apa dia? Nak angkat negara ini. Apa yang menyatukan? Menyatukan kerana pertahankan nilai agama kita. Tak ada masalah, budaya kita. Kalau tanya saya, saya bangga dengan bahasa dan budaya dan tamadun saya. Saya bukan bicara sahaja, oh, saya Melayu. Tak, saya baca, saya kaji, saya bangga, saya tahu sejarah negara kita. Sejarah dan tamadun Melayu dan Islam. Tapi, saya tidak pernah diajar untuk hina orang. Untuk rendahkan martabat orang. Untuk anggap orang India ini, kamu dari mana ni? Dari mana ni? Seolah-olah kamu orang asing, tak. Dah puluh tahun dah di sini.
- Majoriti Melayu, asas induknya masih Melayu tetapi kita rangkul kekuatan kerana apa? Kerana karamah insaniah, kemanusiaan kita. Kerana mengasihi mereka, itu tuntutan yang saya anggap kewajipan.
- Jadi untuk Malaysia, dan menghargai kemerdekaan, memaknai kemerdekaan, anak-anak mesti ada cita-cita tinggi. Cukuplah dengan cara dan kaedah lama. Bukan kita nak perlekeh semua usaha orang lama. Tidak. Saya orang tua. Saya pun tidak mahu memperlekehkan orang tua. Tapi saya tahu, untuk menjamin masa depan, saya nak wajah baru, sikap baru anak-anak muda. Berani, tegas, faham tentang budaya dia, kasih sesama manusia dan angkat martabat bersama. Itu cita-cita kita. Bukan disebaliknya.
- Apakah mampu? Saya jawab mampu. Sebab itu, minggu lalu saya umumkan untuk universiti kita hapuskan Akta Universiti yang menyekat dan mengongkong kegiatan mahasiswa. Anak muda nak bagi pandangan, orang tua bagi pandangan pun banyak yang karut. Anak muda bagi silap sikit, nak kena halang, tak boleh. Bagi dia ruang, dia salah tegur dia. Dia pukul orang, ada undang-undang, bukan maknanya kebebasan di situ, dia beri kebebasan tak ada terbatas.
- Negara ini negara undang-undang, tapi saya tak setuju tambah undang-undang untuk menyekat dan menakutkan manusia. Kerana apa? Kerana negara ini negara merdeka. Undang-undang warisan penjajah mesti dihapuskan supaya negara ini memaknai erti kemerdekaan. Ya, kemudian Tingkatan 6, Prauniversiti, betul dan sistem dia itu sebahagian daripada Kementerian Pendidikan. Tetapi, saya dah beritahu Fadhlina, Menteri Pendidikan, ada wakil Menteri Pendidikan di sini. Saya dah beritahu, saya nak Kod Tingkatan 6, Prauniversiti itu, tidak dianggap sebagai anak-anak sekolah, walaupun tempat fizikalnya itu dianggap sebagai anak-anak sekolah, tetapi harus ada peraturan lain, kebebasan, supaya kita boleh angkat kedudukan mereka itu tidak seperti anak-anak sekolah. Sebab itulah saya terpaksa bagi elaun kepada mereka. Nanti saya umum mula Oktober insya-Allah. Kalau nak lebih, doa lebih sikit.
- Jadi, ini saya nak sampaikan kepada anak-anak, memang serius sikit sebab ini soal merdeka. Jangan lupa harga ini terlalu mahal. Keep fikir, ratus tahun kita dihina,, yang tentukan itu Portugis, not the Malays or the Chinese or the Indians. Yang tentukan itu the Dutch, the British, the Japanese, they decide, they decided for us.
- Cuba fikir, kalau you hidup masa itu. Pegawai Kerajaan, bos Mat Saleh, Inggeris. Dasar London. Hasil negeri, diputuskan di London. Itu dia, erti kemerdekaan. Jadi anak-anak, mari kita sambut kemerdekaan dengan rasa bangga, syukur dan dengan tekad untuk bawa perubahan yang bermakna bagi negara kita.
- Mesti ada satu ketukan di pintu hati kita. You, you, you, anak-anak. Anak-anak nak jadikan Malaysia ini satu negara hebat dan gagah yang terhebat kalau boleh. And I tell you, kalau semua anak-anak muda tekad begitu, yes, we will deliver!
- My generation, generasi saya, mencuba: reformasi, perubahan sedikit-sedikit. Tapi saya yakin, kalau semangat ini ada di dalam anak-anak dari semua kaum, anak-anak akan pastikan ada Malaysia yang benar-benar gagah, yang dihormati. Kita buat dalam 2-3 tahun ini, tengok ASEAN kita, pengiktirafan negara asing, tetapi kalau anak-anak boleh angkat lagi lebih baik daripada kita, saya akan ya bersama-sama mendoakan supaya anak-anak akan muncul sebagai anak-anak Malaysia yang mampu mengangkat martabat, harakat dan darjat negara Malaysia yang tercinta.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
