TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: UCAPTAMA & MAJLIS MAKAN MALAM GLOBAL SUMUD CONGRESS 2026

13 Oktober 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

  

UCAPTAMA & MAJLIS MAKAN MALAM

GLOBAL SUMUD CONGRESS 2026

 

 

 

 

13 OKTOBER 2026 | SELASA | 8.00 MALAM

BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE (BACC)

BANGI, SELANGOR

 

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara-saudara yang dikasihi sekalian.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari,

Dato’ Menteri Besar Selangor Merangkap Penaung Chief de Mission;

 

Rakan-rakan menteri;

 

Yang Berusaha Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh,

Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia (CGM);

 

Yang Berusaha Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman,

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM);

Pengelola utama yang membantu kita dalam Sumud Nusantara,

 

YBhg Dato’ (Dr) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby,

saya sangat hargai sumbangan saudara dan rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Malam ini kita gunakan kesempatan untuk menyatakan penghargaan, jazakumullah khairan kathiran atas sumbangan, pengorbanan dan yang menarik perhatian ialah penyertaan rakan-rakan dari seluruh dunia.

 

  1. May I take this opportunity to express my profound gratitude for our brothers and sisters throughout the world who not only preach about democracy and human rights, but who genuinely want to express what is right, what is so hypocritical, the failure of the international community.

 

  1. I have to speak as a Prime Minister, I understand that but I have to express my utter disgust of the failure the international order. What order? Without democracy, whose democracy? Without human rights, which human? When human beings are treated as animals and slaves?

 

  1. Kita dibangunkan sebagai anak-anak dari negara yang terjajah, di Malaysia, seluruh dunia dan kita diajar oleh ibu bapa kita, untuk menentang segala bentuk penjajahan, ketidakadilan, kezaliman. Bila kita besar dan dewasa, kita lihat kekejaman di depan mata. Dan kita lihat kegagalan dunia untuk bukan sekadar memperjuangkan, menyuarakan pun masih terbatas.

 

  1. As we grew up as children in a colonized country where colonialism and imperialism were accepted as deed order of the day. But we grew up with our parents and grandparents to fight against colonialism and imperialism. We fought because we are against injustice, oppression, and colonization. And now we are in a society that condones the same principles that we fought for decades against colonialism and imperialism.

 

  1. Satu contoh terbaik adalah di Gaza. Ada orang kata, baru berlaku dua, tiga tahun. Orang yang faham sejarah tahu. Contoh kezaliman yang berterusan 70 tahun. Apa masalahnya? Kerana mereka Arab? Kerana mereka orang Palestine? Kerana mereka Islam? Tidak ada jawapan.

 

  1. Why is it, when it comes to the Palestinian case, that there is a different arrangement, judgment, and decision? I asked many colleagues in Europe, in United States, in many parts of the world. Is it because they are Muslims or Arabs or Palestinians? To me, it does not matter. What is important is they are human beings and they cannot be colonized. They cannot. We cannot allow this continued oppression, atrocities to be inflicted upon innocent lives.

 

  1. Jadi sebab itulah saudara-saudara, saya dan rakan-rakan menyokong langkah rakan-rakan dalam Sumud Flotilla. Saya tahu risikonya. Saya tahu masalahnya. Tapi apalah masalah ini ketimbang masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang menjerit mengharapkan dunia mendengar, tetapi dunia pekak.

 

  1. How do you compare the appeal that tears of the babies and children to endure this suffering for decades. And we talk about our problems. That is precisely the reason why we believe that we need to support this endeavor. We have to continue this struggle. Seemingly difficult, but with the growing awareness in America, in Europe, Asia, Africa, Latin America. I believe insya-Allah, justice will prevail and Palestine will be free. Insya-Allah.

 

  1. Jadi saya datang, tentulah akan mendengar Araby tentang protokol yang dikemukakan. Sebab itu, bukan sahaja saya, tetapi menteri-menteri yang ramai dan Menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara bersama yang menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI sepenuhnya dalam perjuangan rakyat Palestin.

 

  1. Saya merayu rakan-rakan supaya terus bekerja dan berusaha sedaya-upaya supaya memberikan sedikit sumbangan, khidmat, tenaga untuk membantu. Amat mengaibkan sekali kalau kita kata kita tidak boleh melakukan apa-apa, kerana kita sibuk dengan dunia kita sendiri. Jadi ambil langkah-langkah yang perlu. Satu usaha sekecil mana pun untuk membantu rakyat yang mengalami penyeksaan selama 70 tahun lebih.

 

  1. Mudah-mudahan Allah SWT memperkenan, merestui usaha kita, menerima doa kita dan menjamin kebebasan Al-Aqsa, Palestin dan tentunya Gaza. Saya ucap terima kasih lah semua kepada rakan-rakan yang menjayakan program ini.

 

  1. I think I make special mention to our friends from overseas. It means a lot because you are part of this international movement. But more importantly, you are part of the voice of conscience, of reason, clamoring for justice. You don’t show that you are giving up. You show your determination. You show that there are important voices from Spain to Brazil to Indonesia to the Philippines. Name it. You will have a voice of reason, a voice of conscience, a voice that calls for freedom and justice. May Allah guide us.

 

Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: