TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: SESI TEMU ANWAR SEMPENA AMBANG MERDEKA SAHABAT MADANI
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SESI TEMU ANWAR
SEMPENA AMBANG MERDEKA SAHABAT MADANI
28 OGOS 2026 | JUMAAT | 4.00 PETANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahil ladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitaba wa lam yaj’al lahu ‘iwaja
Wa usolli wa usallimu ‘ala rasoolihil kareem, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’een.
Yang Berhormat Datuk Seri Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim,
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan;
Yang Berbahagia Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria,
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (KP ICU);
Rakan-rakan, pensyarah, guru-guru dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Khusus kepada Pengarah IPG Mengkuang ini. Saya kenal sebagai IPG Mengkuang, Tuanku Bainun. Terima kasih banyak.
- Ini anak-anak sekitar Seberang Perai, Permatang Pauh ini, semangatnya luar biasa, saya ucap terima kasih dan salute, terima kasih banyak.
- Sejak saya jadi Perdana Menteri, tiga setengah tahun yang lalu. Saya sentiasa anjur beberapa majlis yang disebut Temu Anwar, untuk mengurangkan protokol, peraturan dan kaedah-kaedah yang agak formal dan mengadakan majlis yang lebih santai, berbincang dengan anak-anak mahasiswa, terus ke IPG dan juga pelajar-pelajar terutama yang Tingkatan 5 dan 6. Kerana saya kira, pendidikan ini harus mencungkil bakat, memberi ruang kepada anak-anak mengemukakan dengan tegas dan berani.
- Ini disebut menimba ilmu, tetapi mesti bersedia menyaring maklumat dan berfikir dengan kritis. Saudara-saudara tahu kalau di dunia pendidikan dari dahulu, saya tegaskan tentang prinsip Nabi Muhammad SAW, “Addabani Rabbi Fa ahsana Ta’deebi”, bahawa pendidikan itu tidak boleh terlepas dari mengangkat martabat manusia.
- Mengangkat martabat manusia itu tentunya dengan ilmu, tetapi juga dengan adab. Ada ilmu, adabnya rendah, akal budi tidak terkawal, tingkat ilmunya ada, tetapi tidak mampu mengangkat peradaban. Sebab itu, doa kita, mengangkat seperti hadis Nabi Muhammad SAW, ia mengangkat ilmu dengan prinsip adab. Ini bezanya dengan Negara MADANI.
- Kalau orang bertanya, “Mengapa MADANI?” Kerana MADANI ini selain daripada mengejar perubahan, Fadhlina banyak kali mengupas, apa dia? Bekerja, bergerak, berusaha ke arah “menggapai yang di langit”. Kita bayangkan seolah-olah teknologi baharu, IT, AI (artificial intelligence), ini seolah-olah “menggapai yang di langit” ilmu baharu, tidak ada dalam teks sekolah dahulu semasa saya Menteri Pendidikan, tahun 1988, 1989, belum ada lagi. Mana ada IT? Mana ada AI? Maknanya, ilmu baharu, dia mencabar guru, mencabar pensyarah dan anak-anak. Seolah-olah kita meneroka ilmu, dan alam pemikiran baharu.
- Ini dia cabaran. Jadi, kalau anak-anak Tingkatan 5, anak-anak prauniversiti, apa lagi IPG, mesti fikir begitu. Ini satu cabaran. Kalau negara ini mahu angkat sebagai negara hebat, dan saya yakin, ini bulan kemerdekaan, saya mahu anak-anak yakin bahawa Malaysia ini negara hebat dan gagah dan boleh kita angkat sebagai negara hebat.
- Dari mana hebatnya? Dari ilmu, dari budi pekerti. Ini yang digabungkan sebagai ilmu dan adab. Kita tidak mahu negara itu “menggapai di langit”, kerana banyak negara barat, teknologinya kalahkah kita, tetapi nilai kemanusiaannya terhakis, hina orang. Kalau dia kaya, hina orang miskin. Kalau dia berilmu, perbodohkan yang di bawah. Kalau dia tahu maklumat sedikit, menghina orang, mencaci orang.
- Tadi dalam khutbah Jumaat, saya terkesan dengan khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Bulan kemerdekaan. Itu bulan merdeka. Merdeka itu apa? Ya betul, “Merdeka!”, kata Tunku Abdul Rahman. Kita pun sahut, “Merdeka!”. Merdeka apa? Merdeka…negeri kena merdeka, tidak dijajah. Pemikiran kita, fikiran kita, juga merdeka. Tidak fikiran lapuk, hina orang kerana warna kulit. Hina orang kerana budaya yang asing. Itu dia tidak merdeka. Dia tak angkat nilai kemanusiaan. Tapi bukan saja negeri harus merdeka, tapi juga jiwa harus merdeka. Pemikiran dan jiwa.
- Jadi saya tekankan kepada anak-anak, semangat kemerdekaan itu dia. Sebab itu, kita lawan bebaskan rakyat daripada kemiskinan. Peluang pendidikan menyeluruh dalam dunia pendidikan, disebut memberikan ruang sebanyak mungkin kepada anak-anak semua kaum, semua daerah, miskin, kaya, desa, pedalaman, luar bandar, miskin bandar, mesti diberikan ruang pendidikan bermutu. Democratization of access to quality education. Sebab itu dibuka.
- Bayangkan, kita merdeka 1957. 1957 Mana ada sekolah menengah di seluruh Seberang Perai Tengah ini? Seberang Perai Tengah ada sekolah menengah, High School Bukit Mertajam. Yang lain semua sekolah rendah. Sekolah Rendah Mengkuang, itu kemudian. Sekolah Rendah Cherok Tok Kun, ya, sekolah rendah. Kalau nak sekolah menengah, kena pergi aliran Inggeris. Satu. Bayangkan satu daerah besar, satu. Dan sekarang kita ada puluhan. Itu pengisian kemerdekaan.
- Tapi dari mana mahu bina sekolah ini? Dana. Sebab dana, wang, tidak diangkut keluar ke England. Sebelum itu ke Belanda. Sebelum itu ke Portugis. Sebelum itu ke Jepun. Dia bawa ke luar negara yang menjajah kita. Jadi, kita tinggal yang, jadi miskin.
- Saya nak anak-anak Melayu, Cina, India, orang asli ini tahu ini sejarah kemerdekaan. Jadi, apa untungnya kita hasut, benci satu sama lain? Apa ruginya kalau kita angkat semua, kerana mereka menjanjikan kemerdekaan itu bagi semua. Tetapi, ini isi mesej saya, terpenting, risalahnya. Apa dia? Anak-anak akan tentukan masa depan. Ketimbang, puluhan tahun dulu sudah merdeka, ibu bapa dulu, neneklah dulu, tak ada peluang pendidikan. Berapa orang? Tanya di kampung. Bapak yang boleh lulus universiti, lulus IPG. Nenek? Berapa orang yang masuk universiti? Kan tidak ada ruang. Berapa orang yang ke sekolah menengah? Hampir tidak ada. Tanya kampung-kampung dari kalangan orang 20-an, 80-an, boleh kira. Itu erti kemerdekaan. Kita harus tahu bersyukur kepada Allah S.W.T. Ini bukan saya, nenek kita, pejuang-pejuang kemerdekaan, termasuk Tunku Abdul Rahman Putera Al-Hajj dan sebelumnya lagi, yang menggerakkan semangat. Dan kita merdeka kerana dukungan, pertamanya orang Melayu bersatu. Kemudian orang India, orang Cina dan kemudian dengan wujudnya Malaysia, Sabah, Sarawak dirangkul sebagai kekuatan baru.
- Jadi jangan remehkan peranan sesiapa. Ini bermakna, anak-anak yang ada di sekolah sekarang, di IPG, di Tingkatan 6, jangan lupa. Ada peranan besar. Manfaatkan dengan sebaiknya. Belajar dengan sungguh-sungguh, dengan tekun. Hormat ibu bapa, hormat guru-guru dan pensyarah, dan jalin hubungan kasih sayang di antara kita, baru bangkit. Hentikan amalan-amalan kotor dan lapuk. Kalau daripada kecil, tingkatan berapa? 5. Yang pandai buli orang. Berapa? Tingkatan 6 sombong. Bayangkan orang macam ini nak jadi pemimpin esok, jahannam negara kita. Sebab itu, saya keras sekali, tidak ada tempat bagi sekolah-sekolah kita, melayani orang-orang yang sombong, yang buli, kerana dia kuat sedikit, dia buli orang. Dia tak tahu orang yang kuat daripada dia itu berpuluh-puluh lagi. Ada, saya tahu di sekolah, yang perangai macam itu. Jangan tolak-ansur. Jangan tolak-ansur.
- Saya nak bagi ingatan kepada anak-anak, kepada guru-guru, kepada pensyarah. Kita mula tolak ansur ini, negara kita dan masa depan tidak akan terjamin. Kerana apa? Kita nak bentuk addabani apa? Peradaban apa? Akhlak tidak dijaga. Nilai tidak murni. Yang penting ilmu dan akhlak.
- Itu mesej saya, dan saya percaya, lihat pada semangat anak-anak, ada harapan yang indah bagi negara kita. Kadang-kadang kita baca ini, ada seribu pelajar satu sekolah. Yang teruk buli, 4 orang. Dalam media cerita 4 orang, dia tak cerita 960 orang tu. Jadi bukanlah maksud saya nak besarkan cerita 4 orang, tapi saya nak beritahu jangan kita izinkan. Kita mesti bawa budaya baru. Dalam dunia politik, pendidikan, yang kerja hina orang, maki orang, tak ramai. Jadi, kita kena hentikan amalan ini.
- Dan tentunya bulan kemerdekaan, dan baru-baru kini baru selesai Maulud Nabi Muhammad SAW. Kita sambut Maulidurrasul. Malam ini pun ada tuan-tuan guru dari Kedah, dari Kelantan ke Masjid Berapit. Kita manfaatkan ilmu mereka. Tetapi saya nak ingatkan, semangat bulan Maulid, semangat bulan kemerdekaan, apa dia? Kalau tidak kita hayati, kalau tidak kita menjiwai roh kemerdekaan itu.
- Siapa yang menentukan? Anak-anak. Apa caranya? Belajar dengan bersungguh-sungguh. Jaga disiplin dengan baik. Jaga akhlak dan adab. Hormat sesama manusia. Kita lahir kadang, warna kulit berbeda. Kaum berbeda. Budaya berbeda. Agama berbeda. Tidak ada ajaran agama yang menghina orang. Dan dalam al-Quran itu untuk apa? Untuk “li ta’arafu”. Kenal, hormat satu sama lain. Tidak semestinya kita terima agama dia, tapi tidak ada arahan untuk menghina orang kerana kepercayaan dan lain-lain. Itu maksud saya dengan pendidikan.
- Kalau ada guru-guru yang kadang tak faham, ada tentunya dalam ramai-ramai itu ada. Tetapi, saya percaya Fadhlina, Menteri Pendidikan dan seluruh kementerian akan bergerak untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu.
- Orang tanya, peruntukan. Di mana-mana saya beritahu. Malaysia ini satu-satu negara. Bila dalam belanjawan kan kita ada untuk pendidikan, pertahanan, kesihatan, keselamatan, kebajikan masyarakat, sosial, sains dan research, peruntukan. Di Malaysia, sejak Kerajaan MADANI, peruntukan terbesar dalam belanjawan, di bidang pendidikan. Paling tinggi jumlahnya. Sebab, kita fikir masa depan. Cukup? Belum cukup. Itu tidak tanya lagi KSU, KPP, asyik tak cukup sahaja. Tetapi, semua kementerian dan jabatan tidak cukup.
- Kemudian, baru-baru ini dalam dialog saya dengan anak-anak prauniversiti Tingkatan 6, dia kata dari darjah satu hingga Tingkatan 5 ada elaun, universiti ada elaun. Tingkatan 6, prauniversiti, tidak ada. Jadi, saya telah umumkan dalam belanjawan kita bulan Oktober, saya akan luluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6.
- Saya umumkan, tapi jumlahnya saya nak kena kira. Boleh umum besar-besar, tapi saya tidak mahu hutang. Jadi, kita kena umum, tengok. Ikut baju, ikut kainnya. Jadi, ikut keupayaan kita. Macam mana? Ikut baju ke ikut kain? Saya nak test Menteri Pendidikan. Lulus? Lulus dengan cemerlang, Jadi, ini yang saya nak tekankan. Tapi, di mana-mana saya pergi tentunya ada peruntukan.
- Tapi di IPG dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun di Mengkuang ini, Bukit Mertajam, dia ada kaitan nostalgia dengan saya sedikit. Mungkin ramai anak-anak tidak tahu. Masa saya jadi Menteri Pendidikan lama dulu, saudara belum lahir, ibu bapa pun boleh tentu belum kahwin lagi. Ada cadangan, saya ambil alih, kemudian ada cadangan untuk wujudkan satu Maktab Perguruan baru di Pulau Pinang. Maka disediakan tanah, tapak tanah dan dicadang tempatnya di Pulau Pinang. Tapi saya fikir… sudah, semua dah lulus. Tapi saya fikir, Pulau Pinang dah ada RECSAM, ada USM, ada Maktab Perguruan Pulau Pinang. Jadi saya kata, sepatutnya bawalah ke Seberang Perai. Kalau dulu kadang-kadang kita ni bias, apa pun sikit, pulau, pulau. Jadi, kita bawa ke Seberang Perai. Maka, semasa itulah saya putuskan harus ada Maktab Perguruan di Seberang Perai. Kita cari tanah, kita dapat tanah di Mengkuang, maka tertubuhlah Maktab Perguruan. Itu sejarahnya. Ini bukan nak claim Itu kenyataannya.
- Sebab, kalau saya tak campur tangan masa itu, dia akan jadi satu lagi Maktab Perguruan di sekitar dekat Bukit Gelugor di Pulau Pinang. Saya tidak ada perasaan anti Pulau Pinang, tapi saya tengok RECSAM ada, USM ada, Maktab Perguruan dah ada, 3 di situ. Ini sebelum Maktab Rendah Sains MARA. Ini baru. Tapi itulah sebab kita pindah di sini, dan sekarang berkembang sebagai satu IPG yang penting. Dan ucap tahniah kepada rakan-rakan di sini dan juga kepada Kementerian Pendidikan, kerana mampu mengawal dan mengangkat dan sekarang menjadi Maktab Perguruan IPG Tuanku Bainun. Terima kasih.
- Dan saya cadangkan nama Tuanku Bainun, kerana masa itu Tuanku Bainun adalah Raja Permaisuri Agung, dan belum ada nama yang disebatikan dengan peranan dan khidmat Tuanku Permaisuri masa ketika itu. Maka saya ambil keputusan itu. Dan sejak itu, saya berkembang, keadaan berubah, saya jadi TPM, kemudian saya dapat cuti panjang di Sungai Buloh. Ada anak-anak tak tahu ini. Nanti pensyarah kena beritahu, guru kena beritahu. Kemudian balik, berjuang, berjuang, berjuang dan alhamdulillah, anak Sungai Bakap, Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, sekarang Perdana Menteri kita.
- Tapi, yang penting apa dia? Apa yang mampu kita lakukan? Pengisian, ingat ini bulan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan. Dia bukan boleh diisi dengan kerangka dasar. Bukan boleh diisi dengan program, tapi diisi secara berkesan, dengan mutu pendidikan dan kaedah latihan dan pedagogi yang bermakna untuk mengangkat keupayaan kita. Tidak harus ada anak yang dipinggirkan. Yang paling miskin di desa harus diberi ruang dan kemudahan. Itu erti kemerdekaan.
- Sebelum kemerdekaan, yang naik itu hanya golongan pedagang kaya, golongan penjawat awam yang elit di kota, dan golongan bangsawan. Bila merdeka, pendemokrasian itu dilebarkan. Dari anak di kampung, desa, pedalaman, estet, ladang, itu harus diberi ruang dan kesempatan. Sebahagian besar dari anak-anak ini, dari keluarga yang saya maksudkan itu. Dan kejayaan kita itu bagi satu negara akan ditentukan, jika suksesnya, kejayaannya, jika anak-anak daripada kawasan yang terpinggir, miskin bandar, miskin desa, yang tak ada peluang itu dapat menikmati. Berapa ramai umpamanya anak-anak dari keluarga miskin yang mampu jadi pakar IT, menguasai AI, dalam industri semikonduktor, pendidik yang baik, penjawat awam yang berjaya. Tentunya kita harapkan dari anak-anak muncul.
- Bagaimana boleh? Dengan ikhtiar dan doa. Dia tak ada no shortcut, dia mesti dengan kesungguhan kita belajar. Ini saya nak sampaikan kepada anak-anak, dan kalau saya lihat tadi dalam video yang disediakan oleh ICU, itu minat saya mengajar, saya sekarang silap kerja. Saya keluar universiti, saya tubuh sekolah untuk anak-anak miskin. Jadi anak-anak yang miskin diberi peluang untuk ambil semula tingkatan 5, tingkatan 6 dan oleh kerana kita adakan program itu, ramai kawan-kawan saya termasuk dari Universiti Malaya yang tutor, yang pensyarah datang khidmat dengan harga bayaran yang sangat kecil.\
- Dia pensyarah universiti, Yayasan Anda Akademik itu dekat dengan Universiti Malaya. Dia boleh datang, buat kelas malam, bagi peluang anak-anak. Jadi, itu semangat saya tentang nama “Bu’ithtu Mu’alliman”. Kalau tanya Rasulullah SAW, jawapannya tugas dia sebagai muallim ini guru, pengajar. Jadi itu kita lakukan. Dan lepas saya cuti di penjara Sungai Buloh, saya sempat sekejap satu tahun di Oxford University, sebagai felo, kemudian profesor di Georgetown University di Washington DC. Dan masa itu pun saya sangat, I mean satu ruang saya, Azizah dan anak-anak sangat umpamanya, gembira dan rasa cukup selesa dengan kehidupan sebagai seorang pengajar, pensyarah dan professor. Tapi keadaan memaksa saya pulang, kembali kepada negara, kerana kecintaan saya kepada negara dan diktakdirkan sekarang mengetuai Kerajaan Malaysia MADANI.
- Sebab itu, jiwa saya masih jiwa sebagai pendidik. Fadhlina tahu, tiap kali kalau hari Jumaat, macam tadi saya solat Jumaat di Seberang Jaya, Sembilang. Memang anak-anak tadi berkerumun. Sekolah mana? Sekolah Sembilang ada, Sekolah Seberang Jaya 2. Okey. Tandas semua okey? Semua okey, tapi ada satu rosak. Hah? Satu? Satu pintu longgar. Okey. Guru semua datang? Ada. Saya kata, ada guru sejarah datang? Ada-ada. Guru matematik? Itu cara saya mendapat maklumat. Kerana anak-anak ni dia cakap lurus. Kalau tanya Ketua Pengarah dia kata okey, Dato Seri, jangan bimbanglah. Dia ada berlapik sikitlah kan? Tanya KPP, should be okay, should be okay! Dia cuba selesaikan, dia tak mahu bebankan saya. Itu tujuan dia.
- Tapi bila tanya anak-anak, dia cakap terus terang dan selalunya itu live on television. Jadi selalunya, Fadhlina dia akan dapat direct Itu feedback kita kepada anak-anak, kerana jiwa saya, saya senang tengok anak-anak dan okey lah, saya pesan, eh malam baca buku. Baca berapa jam? Ada seorang tu cakap, “saya akan baca tiga jam”, saya pun tak percaya. Jadi tak payah tiga jam, setengah jam pun okey. Atau mula dengan satu jam, okey janji-janji, okey janji, okey!
- Itu cara kita mendidik, makna jiwa saya sebagai pendidik itu tidak pernah terlepas. Jadi, hari ini walaupun Allah takdirkan saya di sini, saya masih menganggap tugas yang paling mulia bagi negara kita adalah tugas sebagai seorang guru dan seorang pendidik. Jadi, sekian dulu dan seperti biasa ada Temu Anwar.
SESI TEMU ANWAR
SOALAN 1:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Aidil Bin Selamat di SMK Gua Perahu Indah. Saya ingin tanyakan satu soalan. Melihat pada perjalanan panjang Dato’ Seri dalam arena politik dan kepimpinan, apakah satu nilai atau prinsip yang paling penting mahu Dato’ Seri pesan kepada anak muda, khususnya di Pematang Pauh untuk berjaya dunia dan akhirat?
Terima kasih Dato’ Seri.
JAWAPAN YAB PM:
Baik. Wah, hebat orang Sekolah Menengah Gua Perahu. Inilah kita nak anak-anak macam inilah, berani bangun tanya terus terang. Ingat senang nak tanya Perdana Menteri, you tengok dia berani, luar biasa. Nama apa sekali lagi? Aidil. Duk kampung mana? Taman Guar Perahu? Taman Guar Perahu itu saya yang bangunkan dulu. Baik, nanti satu masa saya balik situ. Kirim salam ibu bapa. Baik.
Saya bukanlah contoh terbaik. Ya, kalau kita dalam yang faham agama, tentulah contoh-contoh terbaik itu, “Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanah”, iaitu contoh terbaik itu adalah Rasulullah SAW. Jadi, kita ini hanya pengikut-pengikut di belakang mendoakan, lakukan sebaiknya.
Tapi, apa yang saya belajar? Pertama, kena ikhlas. “Ikhlasul ‘amalillah”. Kena ikhlas! Bukan nak angkat seolah-olah saya paling pandai, saya paling berilmu, saya paling bijak, saya paling banyak. Tidak, kena ikhlas. Itu satu.
Kemudian kalau nak pimpin, dia kena ada ilmu. Ini ada orang umpamanya bercakap, “saya pejuang Melayu.” Hikayat dia tak baca, bahasa dia lembab. Tapi, slogan dia kuat. Tanpa ikhlas, kamu jerit satu hal, “saya nak bersihkan negara ini daripada rasuah.” Tengok harta dia puluh juta. Sebab itu, saya kata kena ikhlas dan sebab itu, dalam pendidikan ini kita kena ada ilmu, amal dan akhlak. Ini maknanya kalau nak tanya saya, nasihat saya, saya kata pertama, “Ikhlasul ‘amalillah”. Kena ikhlas.
Sebagai manusia, bagaimana kamu ikhlas? Kamu cakap soal keadilan. Bagaimana kamu hina kaum lain? Kamu hina kerana warna kulit. Kamu hina kerana mata dia. Bagaimana kamu boleh angkat nilai kemanusiaan ini? Sebab itu, ujian itu besar. Saya boleh terima, orang kritik, saya okey. Anwar, “kamu tak kerja kuat sangat. Kamu tak tolong lagi rakyat.” Saya tak apa, saya boleh tolong jawab. Tapi kalau dia hina, dia maki hamun, itu memang darjatnya rendahlah. Hari-hari kita dengar kalau dalam berita.
Jadi anak, biar ada jiwa ikhlas. Sebab itu, kita kena solat. Kerana solat itu apa dia? Tanha ‘anil-fahsha’i wal-munkar. Solat itu sebenarnya penahan kepada kejahatan dan kemungkaran. Itu kalau kita tahu makna solat ini. Tapi kalau solat ini jadi ritual, dia bukan benteng untuk menjaga diri kita. Sebab itu, saya kata ikhlas dan ada ilmu. Ini nak pimpin orang, nak bercakap dan isunya berbeda. Ekonomi. Kemudian tanpa ilmu kami beri maklumat yang palsu.
Saya beri contoh, ada orang kata, negeri lain dia kata, “Pulau Pinang ini oleh kerana Perdana Menteri dia Pulau Pinang, semua asyik beri Pulau Pinang, puluh-puluh bilion beri Pulau Pinang, negeri kami tak bagi.” Saya tanya ini fakta ke auta? Kalau faktanya, tentu Pulau Pinang dapat, tetapi ada negeri yang relatif miskin itu kita bantu. Kelantan umpamanya. Cukai kecil tapi peruntukan Kerajaan MADANI bertambah, sebab masalah banjir, masalah kemiskinan, kita harus bantu walaupun dia itu masuk kategori dikuasai oleh parti pembangkang. Tapi peruntukan saya tambah juga, sebab saya jaga rakyat negara ini. Dia terima kasih? Tak dia maki ada.
Ini saya katakan, kena ada kebijaksanaan. Jadi jawapannya apa? Pertama, ikhlas. Kedua, ilmu kena ada. Nak jadi pemimpin biar keputusan SPM cemerlang. Keputusan STPM cemerlang, masuk universiti tumpu dalam bidang pendidikan. Tapi dalam yang sama, dia kena ada akhlak yang baik. Jadi ada ilmu, ikhlas, ilmu dan akhlak yang baik dan dia prihatin.
Kalau tidak bagaimana saudara-saudara. Bayangkan dia nak jadi pemimpin Malaysia, tapi kalau jumpa kaum lain dia hina. Baik Cina, hina Melayu, Melayu hina India. Nak jadi pemimpin rakyat Malaysia macam mana? Ya, hari ini saya Perdana Menteri. Orang Melayu majoriti, jadi saya kena jaga kepentingan orang Melayu. Saya memang tegas pertahankan dan tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan ekonomi orang-orang Melayu. Tetapi saya juga tahu orang India yang miskin ramai juga, yang di estet, yang di desa kita mesti bantu. Itu rakyat kita. Itu keluarga kita keluarga besar kita. Orang Cina, bukan semua Cina tauke. Dulu, walaupun kita di kampung Cina semua tauke, kita tahu bukan semua tauke, ada yang miskin. Apa rugi ke orang Melayu kalau kita tolong semua yang miskin? Tak rugi. Malah ini kalau kita boleh jadi contoh yang baik.
Jadi kalau tanya saya, persiapannya ilmu, persiapannya amal yang baik dan akhlak. Mudah-mudahan daripada Aidil, daripada Mengkuang, akan muncul sebagai seorang yang boleh mengisi tempat pemimpin masyarakat dan negara.
Terima kasih.
SOALAN 2:
Selamat sejahtera kepada Dato’ Seri, nama saya Aishara Ravi dari SMK Seberang Jaya dan saya merupakan pelajar Tingkatan 6. Saya ingin bertanya satu soalan sahaja.
Bolehkah Dato’ Seri berkongsi satu kenangan yang paling menarik atau tidak dapat dilupakan semasa zaman persekolahan dahulu?
JAWAPAN YAB PM:
Oh, zaman persekolahan. Ingat zaman dewasa, jumpa Azizah. Mana dia peristiwa yang tak mungkin saya lupa keseluruhannya? Itu kerana kali pertama menemui Azizah, mata bertentang mata, lidah kelu tidak terkata. Okey. Tapi soalan dia masa persekolahan.
Saya sekolah rendah di Cherok Tok Kun, Sekolah Rendah Cherok Tok Kun, kemudian Special Malay dan Darjah 6 di Stowell School, Bukit Mertajam. Kemudian, Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6 atas, 7 tahun di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Banyak pengalaman yang dilalui, tetapi tentunya yang terkesan itu semasa kita agak dewasa sedikit, yang tak boleh saya lupakan, iaitu pengalaman dengan teman-teman di sekolah untuk kenal erti hidup, erti kepayahan hidup, erti perjuangan kita. Secara spesifik, itu saya tak boleh sebutlah, tapi itu umumnya. Kita terdedah dan matang dengan pendedahan itu. Dan tentunya dari umur belasan tahun sehingga puluhan tahun, kita agak… dia kata dalam proses kematangan. It is phases untuk lebih mature. Tapi saya ucap terima kasihlah.
SOALAN 3:
Assalamualaikum, nama saya Muhammad Sulaiman bin Husein daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya. Saya ingin bertanya satu soalan.
Dato’ Seri, apakah cabaran utama Malaysia dalam menguasai teknologi AI? Dan sejauh mana kita bersedia untuk melahirkan tenaga kerja muda dalam bidang ini? Terima kasih.
JAWAPAN YAB PM:
Pandai soalan ini. Sulaiman dari Seberang Jaya. Saya tengok-tengok anak-anak. Tingkatan berapa? (Muhammad Sulaiman: Lima) Tengok, Tingkatan 5 boleh tanya soalan yang serius mengenai AI. Wah hebat!
You see, AI ini, saya sebut tadi, meneroka disiplin ilmu yang baru. Jadi, apa kita bersedia, jawabnya memang persiapan yang cukup. Menteri Pendidikan boleh tambah sedikit sekejap lagi tentang persiapan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Kita tak boleh tunggu. Saya pernah jadi menteri, saya tahu ada subjek AI itu diajar di universiti, tapi tidak ada pengkhususan. Saya masa itu ada lawatan rasmi ke UAE, Emirates, Universiti AI di Abu Dhabi. Saya minta pergi ke universiti itu, saya dengar taklimat, saya kata mengapa Malaysia belum?
Saya balik, terus saya arah penubuhan Fakulti AI. Tahun itu juga, Fakulti AI pertama di UTM, sekarang ini di UKM, UM dan USM, semua universiti ada. Kerana disiplin baharu ini memerlukan pensyarah yang juga terlatih dalam bidang baharu.
Mengapa kita perlukan AI? Kerana ia disiplin ilmu yang baharu dan kalau kita ketinggalan, negara tidak akan maju, umpamanya Malaysia dulu pertanian, kemudian getah, kemudian bijih timah, kemudian industri, kilang-kilang penuh di Seberang Jaya, di Bayan Baru semua. Tapi kita lihat ada pada now, data center, IT, AI dan investment kita, alhamdulillah, negara ini politiknya stabil, dasarnya jelas, pelaburan daripada syarikat-syarikat AI ini besar sekali. Semikonduktor di Hi-Tech Kulim itu di antara yang pelaburan terbesar, dia dari Jerman, dipanggil Infineon, RM25 bilion masuk.
Cabarannya apa? Apakah kita ada jurutera yang cukup terlatih, pakar AI yang cukup terlatih, pakar IT cukup terlatih dan semiconductor high-end? Maka saya minta dia sinergi dengan USM, segera. Nvidia, syarikat AI yang mungkin terpenting, terkemuka di dunia, di Johor, yang boleh bikin cip yang jadi cabaran. Saya panggil pengurus utamanya, tanya. Oh, dia kata ini dan latihannya lain, universiti tak cukup lagi, kena ambil, pastikan ada peningkatan. Jadi, itu peringkat universiti.
Jadi, saya… jawapannya, kita ambil langkah-langkah yang perlu. Kalau tak cukup dengan tenaga kita di universiti sekarang, kita pinjamkan daripada industri untuk mendapatkan sinergi di antara industri dan universiti supaya anak-anak kita lebih terlatih. Di bidang pendidikan, biar Fadhlina jelaskan sedikit apa AI di dunia pendidikan, khususnya sekolah.
SOALAN 4:
Good afternoon Dato’ Seri. Nama saya Tanisha Betia Viraya. Saya pelajar Form 6 daripada SMK Seberang Jaya. So, one of my questions is I am very interested in politics. I wanted to be a politician when I grew up. So, and I also know there are a few people not… there are people, students over here that are also interested in the political field.
So, I want to know is there any advice for this kind of students who are interested in this field? And also, what is one of the main challenges when you are in the political field? That’s all.
JAWAPAN YAB PM:
Thank you. You know, politics can be an art of governance, but politics can also be toxic. So, the challenge is naturally to have people with strong values and dedication. Why do you want to enter politics? You going to serve your people. You serve your people with integrity. You have to greet the country of excesses, of corruption, of abuse of power. This country has been a great country, relatively peaceful. But we are also marked by serious scandals, shameful.
First, we had this… a number of earlier scandals, then the 1MDB known throughout the world. Malaysia is inflicted by a very strange, serious disease of endemic corruption. Now we are talking about Tabung Haji, an institution to protect Muslim pilgrims, but due to abuse and corruption, we lost, the country lost RM12.5 billion. We are looking at FELDA now. We lost RM10 billion, and we find many politicians trying to defend that.
How do you imagine, how do you then inculcate to the young? Values of scholarship, love for learning and knowledge, and values of integrity, rejection of corruption and abuse of power.
When we have politicians defending the corrupt and exercising and showing so much sympathy the actions of the corrupt few, it is mind boggling. It is to me totally unacceptable. And then. We have politicians. Defending. The corrupt and exercising and showing so much sympathy. The actions of the corrupt few. It is mind-boggling. It is to me, totally unacceptable.
Ya. Angguk, angguk, angguk, angguk, ya. Tapi, okeylah, saya rumuskan. Maknanya, kalau minat untuk politik itu ada baiknya, kerana kita faham, politik ini maknanya dasar pendidikan. Siapa yang tentukan? Tentu KPP, Kementerian Pendidikan, tapi yang menentukan akhirnya, Menteri Pendidikan dan nantinya Jemaah Menteri.
Keputusan untuk menghapuskan Akta Universiti, ini anak-anak yang prauniversiti Tingkatan 6, tahun depan ke universiti. Tahun 1974, Kerajaan mengenakan sekatan kebebasan mahasiswa tapi saya katakan ini anak-anak 9-18 tahun, dia boleh mengundi kenapa nak sekat dia. Biar dia bincang, apakah dia akan bagi pandangan yang benar semua? Tidak. Ada mungkin salah tapi kita bincang, kita didik dia dengan kasih sayang. Ini anak-anak kita. Apa anak-anak kita tak ada silap? Ada. Apa kita tak ada silap. Ada. Kalau dia pukul orang, dia curi wang orang, itu ada undang-undang. Tapi kalau dia bagi pandangan, dengarlah.
Jadi sebab itu, mengapa saya hapuskan Akta Universiti yang berkuatkuasa pagi tadi, untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk berbicara secara bebas. Kerana saya tidak mahu mengongkong kerana saya nak didik anak-anak dengan daya cipta dan kreativiti, dengan penilaian dan pandangan kritis, sebab kalau tidak, dia memperbodohkan rakyat.
Kita lihat orang politik bercakap semberono, jahil, tak ada ilmu. Cakap pasal ekonomi, pasal politik ikut saja, ikut sentimen orang. Pimpinan politik harus mendidik berdasarkan fakta dan ilmu, bukan berdasarkan sentiment. Pergi ke orang Melayu, hasut orang Melayu benci India, pergi ke orang India, hasut orang India benci Cina. Takkan ke mana? Jadi harus ada apa yang istilah kita sebut selalu a courage of conviction ada ketegasan, keberanian dengan keyakinan.
Jadi kalau tanya pendapat saya itu baik, saya perlu orang-orang yang pintar, orang yang cerdik, orang yang ada hati nurani, ada jiwa untuk berkhidmat dengan Ikhlas, dengan ilmu untuk membela nasib rakyat. Dan kita perlukan lebih ramai begitu, kerana kalau kita tinggalkan, yang akan menguasai politik ialah golongan yang berkepentingan dan corrupt. Yang orang baik tak mahu, jadi orang lain masuk. Dan dia mungkin ada kepintaran hujah, tapi tak semestinya ada keikhlasan dan membanteras rasuah.
Saya tak katakan bahawa saya tidak ada musuh politik dan orang yang menyerang, menyerang saya. Saya ambil tindakan tegas terhadap salah guna kuasa dan rasuah itu. Ramai yang menyerang saya, oh ini dendam saya tak tahu apa yang dendam? Bukan saya yang putuskan, yang siasat itu SPRM, Polis Diraja Malaysia. Yang putuskan nak dakwa atau tidak, bukan saya, Jabatan Peguam Negara. Yang nak hukum, itu hakim. Perdana Menteri tidak ada kuasa nak hukum orang, ah ini… tetapi Perdana Menteri ada kuasa menetapkan institusi berjalan ikut apa… Kalau tidak, orang rasuah tutup kes. 1MDB tutup. Tabung Haji tutup. FELDA tutup. Apa nak jadi pada negara ini?
Anak-anak kena tahu, 10 bilion yang rugi ini, cuba bayangkan kalau kita bagi kepada sekolah-sekolah di Bukit Mertajam? Biasiswa anak-anak, yang makan pun kadang-kadang susah. Semalam saya dialog semasa…dua malam sudah, bincang di Universiti Malaya. Ada anak-anak itu kata ‘kami makan pun makan Maggi’. Saudara ingat saya tak terasa? Saya rasa!
Anak-anak ini patut diberi, tapi wang bilion-bilion yang disakau oleh orang. Wang itu hak rakyat. Saya nak jimat, bukan untuk saya. Saya, alhamdulillah, bukan saya nak cerita, oh, Anwar tak ambil gaji. Saya tak ambil gaji, betul, Perdana Menteri pertama dalam sejarah tidak ambil gaji sebagai Perdana Menteri. Tapi, saya bukan miskin. Kereta, kerajaan sediakan. Kapal terbang, kerajaan sediakan. Elaun makan, kerajaan sediakan. Jadi, gaji tak payah ambillah. Guna gaji itu tolong rakyat. Jadi, bukan makna yang miskin, tapi saya nak tunjukkan kepada semua bahawa tidak semua orang nak jadi pemimpin itu nak kaya.
So, that’s my advice, my dear child. It’s an honourable profession if you make it honourable. It’s a dirty, corrupt profession if you tend to be influenced by those who are blatantly with corrupt. So, my advice is, please do. If you are talking about your society, your community, your nation, make sure that you enter politics and work because you love this country. And you believe in the future of this country. Terima kasih.
SOALAN 5:
Assalamualaikum. Nama saya Airu Zuraikah binti Ahmad Ismail. Saya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir. Saya ingin bertanya kepada Dato’ Seri, pada zaman sekarang ini, isu buli sama ada daripada segi fizikal ataupun siber masih menghantui institusi pendidikan kita dan meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa.
Soalan saya, apakah mekanisme yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan sekolah dan asrama menjadi zon selamat dan sifar buli? Terima kasih.
JAWAPAN YAB PM:
(Haa Menteri jawab)
PENUTUP
Baik, saya tanya pengarah sebab kita dah datang ke IPG ini, takkanlah tak ada saguhati sikit. Jadi, okeylah. Dia tak minta pun, saya yang tanya. Baik, jadi tak apa, itu untuk segera, ICU nanti tengok, ada RM200,000 untuk menyelenggara apa-apa yang perlu. Okey.
Wakil IPG:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,
Terlebih dahulu, terima kasih atas peruntukan yang diberi, kami akan gunakan dengan sebaik mungkin. Sedikit saya nak berkongsi dengan Dato’ Seri dan juga hadirin sekalian. Dato’ Seri ada bercerita berkaitan dengan nostalgia beliau dan Dato’ Seri adalah orang yang menubuhkan IPG Kampus Tuanku Bainun, bermula daripada Maktab Perguruan Bukit Mertajam, ditukar kepada nama Maktab Perguruan Tuanku Bainun, akhirnya menjadi IPG Kampus Tuanku Bainun.
Dengan rasa bangga, saya adalah salah seorang daripada orang pertama yang naik ke pentas untuk menerima sijil Perguruan Khas daripada Dato’ Seri pada tahun 1995. Saya adalah pelajar pertama di IPG ini yang bermula dengan Maktab Perguruan Bukit Mertajam. Sekian, terima kasih.
YAB PM:
Okey, terima kasih banyak cikgu. Tahun 1995. 1995, ada yang belum lahir lagi kan? Yang belum lahir lagi, okey. Tapi bapak dah kahwin dah waktu tu. Baik. Terima kasih cikgu, dan terima kasih anak-anak dikasihi sekalian.
Jangan lupa ya, rajin belajar, jaga disiplin, timba ilmu, jaga akhlak, balik tu sampaikan salam kepada ibu bapa, cium tangan mereka. Itu pendidikan. Ini kadang-kadang ada, “Ya, balik,” jumpa ibu bapa pun tidak. Tak gunalah anak-anak ini. Boleh janji? Boleh?
Jadi, suddenly there is a change. Balik-balik, cium ibu bapa, tunjuk kasih sayang kepada mereka. Masuk kelas, cara hormat dan kasih kepada guru-guru kita. Sumbangan mereka, khidmat mereka, dan pensyarah mereka. Saya nak ini budaya kita yang asli. Dia tidak menyebabkan kita lemah, tapi dia menyebabkan kita ini nilai moral dan akhlaknya tinggi.
Balik hari ini, yang mana balik yang tidak di asrama balik ke rumah, tolong ingatkan. Sampai salam kepada ibu bapa daripada Pak Cik Anwar dan cium tangan mereka. Boleh? Boleh tak? Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
