TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PROGRAM SEBARKAN SALAM DAN PENDANG BERSELAWAT

26 September 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YANG AMAT BERHORMAT

DATO’ SERI DIRAJA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI

 

 

 

SEMPENA

 

 

PROGRAM SEBARKAN SALAM DAN PENDANG BERSELAWAT

 

 

25 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT | 8.20 MALAM
PONDOK MUJAMMA’ IBNU SUNNI AL-TALAQQI (MUSHTAQ), PENDANG, KEDAH

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Wa ma tawfiqi wa i’tisami illa billah.

‘Alaika tawakkaltu wa ilaika uneeb.

Alhamdulillahil qa’il,

Wa man ahsanu qawlan mimman da’a ilallahi wa ‘amila salihan wa qala innani minal muslimeen.

Wa usolli wa nusallimu ‘ala Rasoolillahil Kareem

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang saya muliakan pertamanya tuan rumah, SyeikhTuan Guru Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Pengerusi Pertubuhan Mujjamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqi (MUSHTAQ) Pendang;

Terima kasih, jazakumullahu khairan pada semua yang mengatur, menyusun dengan baik. Saya tentunya terharu, kehadiran begitu untuk memeriahkan majlis ilmu, melihat sumbangan para ulama dari sini, Kelantan, Pattani, dan mendengar tausiah mereka.

 

Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

 

 

Yang Berhormat Senator Puan Marhamah binti Rosli,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Al-Fadhil Tuan Guru Wazir Che Awang Al-Makki,

Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan @ Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan;

 

Yang Berusaha Tuan Guru Dr. Khaleel Ismael Elyas, Guru Pusat Tarbiah dan Pengajian Islam Darul Hikmah Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah;

Pondoknya khaleel, tetapi kita tahu pondoknya kecil di Kuala Nerang, tetapi tahapnya itu di antara mutu pendidikan tertinggi yang mengumpulkan siswazah dari universiti-universiti Islam terkemuka dan yang telah pun kadang-kandang majister dan dokturahnya.

 

Yang Berusaha Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Abdul Kadir, Mudir Pondok Al-Irfan, Tumpat, Kelantan;

 

Tentunya Al-Fadhil Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi,

Mudir SMA Nahdhah Hasanah, Kedah;

Yang banyak di Kuala Lumpur, Putrajaya, di Seri Perdana untuk memeriahkan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan majlis Ilmu dengan para ulama terbesar bagi kita.

 

  1. Saya dengar dengan teliti. Bagi saya, bila dengar di depan Syeikh-Syeikh, Tuan Guru ini macam murid. Cuma hari ini saya baru dapat pen tadi, selalu saya catat. Kerana dia memberikan suntikan ilmu berdasarkan para ulama, bukan sahaja mufakkir, bukan sahaja pemikir intelektual biasa yang berbahas isu-isu semasa. Dia ada asas ilmu yang mendalam. Mengupas atas pengalaman mereka, pertamanya ilmu dan pengalaman, berdepan dengan permasalahan masyarakat dan cabaran semasa. Dan mereka faham apa pun kadang-kadang simpang siur perbincangan di luar.

 

  1. Saya di antara dari lebih awal, di pondok-pondok di Kedah, biasa semasa almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Tajudin dulu dan almarhum Ustaz Haji Fadzil bin Mohd Noor, menjelajah di pondok-pondok zaman ABIM. Apa temanya masa itu? Temanya ialah di kala negara ini Tanah Melayu, Kepulauan Melayu, Tanah Jawa, Selatan Thai, Selatan Filipina digugat, ditakluki oleh penjajah, mereka berjaya merobohkan semua sistem dalam negara itu. Sistem politik diserah pada mereka, pentadbiran diserah pada mereka, pendidikan diserah pada mereka, budaya diserah pada mereka. Dan kita lihat umpamanya orang akan berbangga kalau orang itu berbahasa Inggeris dan berbudaya Barat. Islam itu selalu terpinggir.

 

  1. Pengalaman kecil saya, saya di Universiti Malaya, tentunya daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar. Saya bersama-sama dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) sebelum ABIM lagi, budayanya itu walaupun kita Muslim, ramai juga yang solat, tetapi ucap “Assalamualaikum” dalam ceramah, itu janggal. Itu dianggap kalau mula ucapan dengan “Assalamualaikum”, apalagi kalau dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin nahmaduhu wanusolli ‘ala rasulihil karim”, itu dianggap memang ustazlah ini.

 

  1. Maknanya kejayaan Inggeris, Belanda di Indonesia, Perancis di Utara Afrika menakluki, apa yang disebut oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali—al-isti’mar ruhi wa fikri (pemikiran dan roh) itu ditawan, bukan saja negara. Maka Muhammad Natsir, salah seorang pemikir dan pejuang yang menubuhkan gerakan Masyumi di Indonesia yang kemudian menjadi Perdana Menteri sebelum dipenjarakan oleh Soekarno, dia pernah menulis bahawa pesantren, di sini pondok, pesantren itu satu-satunya benteng pertahanan umat di kala negara dijajah, pendidikan dikuasai dengan sistem mereka, budaya, pentadbiran, dan seluruh sistem, dan yang bertahan itu adalah pondok dan pesantren sebagai benteng pertahanan iman, ilmu dan akal. Itu sejarah.

 

  1. Jadi sekarang keadaan berubah tentunya. Saya tidak mahu mengatakan bahawa sistem itu kekal, tidak. Ia proses yang disebut proses Islamisasi itu, dia memulakan juga hikmah. Jadi bila tuan-tuan guru kita memesan tentang keperluan, kesabaran, hikmah, wal mau’izhatil hasanah, wajadilhum billati hiya ahsan. Maknanya sangat mendalam. Kerana kalau kita tengok proses Islamisasi, bila Ibnu Batutta datang ke kepulauan Melayu, ke Perlak, mengajak orang-orang Sumatera Utara, Aceh memeluk Islam, orang-orang itu masih belum berpakaian dengan agak sopan, masih pakai kain dan tidak ada baju yang menutup aurat wanita. Ibnu Batutta tidak persoalkan itu. Dia persoalkan dulu syahadah. Kemudian dia minta mereka solat. Baru diberi peraturan mahu solat ini caranya, pakaiannya begini. Barulah orang bertanya, solat begini, kalau keluar solat mengapa kami boleh buka? Baru dia didik. Didik itu dengan hikmah.

 

 

  1. Saya tentunya belajar, mendengar mengapa istilah hikmah, hasanah, ihsan itu sangat penting. Seorang Syafikul Azhar terkemuka pada masa ini jumpa saya, dalam keadaan bila kita keluar isu 1MDB, Tabung Haji, FELDA, penangkapan Ketua Hakim, Ketua Angkatan Tentera, dia ingatkan saya: “Anwar, menjadi Ra’īs al-Wuzarā’. pemimpin, harus tegas”. Pertama jangan rosakkan negara dengan tamak haloba dan rampas harta orang, hak orang, dan oleh itu bersihkan negara. Itu syarat pertama. Dan negara-negara Islam banyak yang ada kekurangan kelemahan ini kerana mengizinkan amalan menyakau dan merosakkan. Negeri kaya, tetapi tak berupaya menggunakan kekayaan itu untuk membela rakyat kerana semuanya sama ada terpalit ataupun dengan gejala itu. Jadi dia kata, teruskan kerana saya terangkan apa yang berlaku Tabung Haji, FELDA, dan 1MDB, kerana puluh bilion ringgit hilang dari sakau. Tetapi dia nasihat saya dia kata “Apa pun, jangan terdorong dari niat merosakkan orang, atau dendam, atau zalim. Biar proses itu dihormati”. Rakyat tak sabar. Satu pihak pertahankan amalan sakau. Satu pihak lain kata, kita terlalu berlembut dan berlemah.

 

 

 

  1. Jadi dia jawab, saya tanya dia kata “setengah kata, yang mempertahankan amalan rasuah ini pun banyak. Dakwah-dakwah juga, haji tiap tahun kadang, umrah dua kali setahun, tetapi balik balak hilang juga.” Jadi dia jawab kepada saya, “mesti tegas melaksanakan. Jangan kira tafsiran mereka.” Tetapi yang kedua, yang agak sedikit menggemparkan saya, yalah di kata, “tapi kena ingat apa maksud hikmah dan ihsan. Mengapa bila sebut ‘ad’? Dia sebut dan jawab ‘ihsan’. ‘Ad’ ‘ihsan’ kerana jangan tinggal sifat kasih sayang itu. Bukan bermakna memaafkan kecurangan dan amanah penyakau, tapi mesti ingat nilai kemanusiaan. Jangan kita rasa terlalu asyik dan gembira dengan kesusahan orang lain. Saya rasa imbangi ini memang sukar, senang untuk bicara, sukar untuk mengamalkan.

 

  1. Tetapi yang saya simpulkan dari pengalaman penjajahan itu, ialah bagaimana dalam proses Islamisasi ini sepertimana dalam tausiah ini secara konsisten. Sebab itu saya pilih tidak ikut protokol. Protokolnya maka Perdana Menteri harus mula merasmikan, ya tak payah. Protokol apa dengan Tok-tok Guru ini, dengar mereka dulu, ilmu pada mereka. Saya hanya mendengar dan cuba melaksanakan. Oleh sebab itu, saya tolak protokol asal dan minta mereka sampaikan tausiah.
  2. Tapi dengar, umpamanya. Ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Syeikh Abdul Rahim tadi, tentang ciri kerasulan dan kenabian – Laqad kāna lakum fī rasūlillāhi uswatun ḥasanah, tentang soal akhlah – Wa innaka la’alā khuluqin ‘aẓīm Itu menunjukkan betapa Islam itu melatih pertamanya, pendidikan, mendidik dan pencerahan manusia menjadi manusia muslimun haqiqiyun. Dan ini tentu ujian kita.

 

  1. Beberapa minggu yang lalu, dua minggu yang lalu, dalam majlis pertemuan dengan ulama termasuk ulama masyhur dunia, mantan mufti Mesir yang memang dikagumi di dunia dan ramai penuntut-penuntut daripada Universiti Al-Azhar. Syeikh Ali Jum’ah, saya sebut Ali Jum’ah mulakan, saya sebut satu perkara, kerana saya kata, kita dibesarkan dengan perjuangan Islam ini dengan penuh semangat, tetapi kelemahan kita apa? Dengar ceramah-ceramah kita dulu, termasuk ceramah saya dulu, dia penuh semangat y kebangangkitan Islam, rising tide of Islam. Bahawa Islam itu penyelesaian. Datang pula tempiasan pengaruh, revolusi Islam Iran. Semangat bagaimana boleh kita jatuhkan. Jadi, semangat itu didorong, tapi asas ilmu itu tidak lebih dari semangat. Dalam ucapan-ucapan dan pengajian kita, kita tidak rujuk kepada turath. Tidak ada usaha mendalami Islam itu sendiri.

 

  1. Jadi, kenyataan-kenyataan itu hanya dari tokoh-tokoh. Bagaimana mungkin kita padamkan 1,400-1,500 sejarah Islam ini, hanya dengan pengalaman kita dan pencerahan sedikit apa berlaku di kepulauan Melayu atau di Malaysia atau dalam sejarah 100 tahun yang lalu. Dan inilah yang dibangkitkan tentang Turath. Turath ini Islamic legacy. Sebab itu dalam kitab-kitab dibangkitkan oleh Syeikh, mereka minta kita supaya mengkaji dalam pondok-pondok apa yang disebut ilmu Turath, mengemukakan semula kitab-kitab lama supaya dapat kita kaji semula.

 

  1. Dan sebab itu umpamanya, dalam sikap Kerajaan Persekutuan sekarang, kita rasa sementara anak-anak muda yang keluar, yang alim baru, yang punyai kelayakan yang cukup baik, tapi kita mesti kembali untuk gabungkan kekuatan mereka. Sarjana-Sarjana Islam yang baru ini dengan kekuatan Tok-tok Guru pondok yang ada kekuatan dan Turath. Ini yang dilakukan.

 

  1. Jadi mereka mencadangkan supaya ditambah peruntukan untuk sekolah-sekolah pondok. Kerana kalau betul, sekolah-sekolah pondok itu dah terpinggir, ratusan ribu pelajarnya, bangunannya daif, kurikulumnya tak tahu ke mana, masing-masing buat sendiri. Tidak ada pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya tengok memang benar.

 

  1. Sejak tahun 2003, pada masa itu dihentikan semua peruntukan untuk bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat. 2022, saya ambil alih jawatan Perdana Menteri, saya kembalikan bantuan ini. Tak cukup. Ini hanya bantuan asas. 2023, kita tambah peruntukan. Tetapi sekarang ini dengan kerjasama JAKIM, khususnya Dr Zulkifli, kita teliti apa yang diperlukan. Jadi sudah ada permulaan untuk memartabatkan sekolah-sekolah pondok ini. Saya ucap jazakallahu khairan kathiran kerana mereka sekarang, cuba ada majlis sekolah-sekolah pondok ini dengan penekanan soal Turath dan kemudian memerlukan pengiktirafan. Saya nak jelaskan, selagi saya, sebagai pemimpin, saya tidak bermaksud campur dalam soal manhaj, tarbiah atau kurikulum pendidikan. Itu Tok-tok Guru putuskan sendiri.

 

  1. Kalau saya nak cadang, saya cadang, kemudahan moden, kita bagi. Saya cadang umpamanya, beberapa ilmu baru, apa dia? AI. apa dia? digital, teknologi baru supaya dapat pendedahan. Itu pun saya ingatkan di China, semalam saya berada di China. Saya bersama Perdana Menteri China, dalam ucapan saya mengatakan artificial intelligence, AI itu penting bagi semua rakyat. Tetapi, apa bezanya? Kita tekankan soal nilai, soal akhlak, soal kemanusiaan. Machine yang jangan mengatur kita. Sekarang ini AI machine yang mengatur manusia. Saya kata kita kena latih manusia, menggunakan AI supaya manusia mengatur machine. Jadi ini saya sebut dalam persidangan antarabangsa mengenai digital dan AI yang diadakan di Hangzhou dan Shanghai.

 

  1. Ini saya cadangkan, dan terpulang kepada Tok-tok Guru sekolah pondok, kalau setuju, ini pendekatan kita. Kalau tak setuju, tak apa. Sebab saya ingat nak martabatkan sekolah-sekolah pondok ini. Dan kita telah mula berikan bantuan kepada sekolah-sekolah pondok. Tahun ini di Kedah saja, kita tambah RM28 juta dan tentunya RM250 juta kepada Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi Pendang, Kedah (MUSTAQ), itu untuk Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis sebagai usaha memperkasa pengajian dan kefahaman Islam.

 

  1. Dan pada malam ini, saya ingin mengumumkan peruntukan tambahan Maahad Al-Quran Baling, berkaitan dengan Sekolah Islam Ma’al Mulaya, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Mustaqim, kerja berkaitan Sekolah Menengah Sains Tahfiz Al-Quran Al-Bukhary, Alor Setar, kerja penyelenggaraan Sekolah Menengah Islam As-Sholehah Pendang, Pondok Darul Hikmah, Pusat Tarbiah dan Pengajian Islam Darul Hikmah, Madrasah al-Hasanah Kuala Nerang. Kemudian, Maahad Al-Fathoni Bukit Khobak Pendang, Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang. Kemudian Maahad Darul Muhajirin Kampung Bukit Gajah Teriak, Jitra. Madrasah Zuhdiah, Kampung Baling, Madrasah Tahfiz Darul Changlun, Kedah. Ingat Darul Iman sahaja ada, Darul Changlun pun ada.

 

  1. Baik, yang ini semua RM2.8 juta. Dan seperti saudara-saudara tahu, awal Oktober, saya sedang siapkan Belanjawan Negara dan insya-Allah saya beri fokus pada aspek yang kita tinggalkan. Pertama, tak boleh nak nafi, pertumbuhan ekonomi sangat penting. Saya boleh umum ini semua, sebab ekonomi kita masih naik, lebih 6% satu tahun, dalam keadaan ekonomi tidak menentu dengan Perang Hormuz, dengan perang Iran-Amerika dan kenyataan-kenyataan Presiden Donald Trump yang agak keterlaluan.

 

  1. Saya di Delhi, saya jumpa juga Presiden Iran menyatakan sikap kita, pendirian kita, kerjasama mendukung dan menentang usaha Israel dan Amerika terus menyerang dan mencuba melemahkan Iran. Walaupun umumnya pandangan kita ke arah perdamaian. Maka dengan Putera Raja Mohammad bin Salman, Raja Qatar, dengan Kuwait, saya hubungi cara sayalah, macam orang Anwar ini raja telefon pulak dah. Tapi tujuan saya, sementara orang mahu dengar kita, tak senang. Kita pergi umpamanya saya pergi Delhi, saya pergi Mesyuarat BRICS, tapi Presiden Putin jumpa, Xi Jinping jumpa, China. Perdana Menteri minta India saya jumpa. Kemudian, Presiden Iran minta jumpa. Malaysia ini bukan sebab Anwar, sebab Malaysia, nama Malaysia itu. Kalau kita manfaatkan dan itu untuk kebaikan bersama, tapi kita pegang dan tetap pada prinsipnya.

 

  1. Sebab itu ucapan Menteri Luar kita, saya katakan jangan tinggal, pendirian kita tegas membela nasib rakyat Palestin, mengutuk keras serangan Israel ke atas Palestin dan Gaza. Sama ada saya berucap atau mana-mana wakil Kerajaan MADANI, dia mesti pegang pada prinsip ini. Tetapi negara kita tidak boleh hanya bangga dengan kejayaan ekonomi di atas, bagaimana tentang sekolah-sekolah kita dan hospital kita? Bagaimana dengan peniaga-peniaga kecil. Ini tadi, walaupun saya hari ini agak…, kalau orang lain mungkin dia batalkan semualah tapi tak mungkin saya nak batalkan program malam ini, saya dengan Tok-tok Guru saya berani, saya gagahkan mari jugalah.
  2. Jadi saya mari awal sikit ke Alor Setar jumpa dengan pengusaha-pengusaha kecil.  Selalu kita cakap pasal kilang atau syarikat-syarikat, tapi kakak buat kuih, yang tukang jahit di kampung bukan kedai-kedai besar. Dia perlu apa? Seribu ringgit, dua ribu ringgit, beli peti ais kecil nak simpan kuih atau beli mesin jahit. Yang ini, saya dah buat pendekatan, sejak dua tahun yang lalu, ICU selaraskan tak payah besar-besar, kita teruskan. Kilang besar, Kulim Hi-Tech, Johor-Singapore Special Economic Zone, NVIDIA yang masuk 10 bilion, 26 bilion, Infineon dari Jerman ke Kedah. Itu semua kita bagi sokongan. Tetapi bagi penjaja, peniaga kecil, dan dalam Belanjawan kali ini saya nak cari jalan bagaimana nak tolong peniaga-peniaga pasar malam pulak.

 

  1. Saya bukan nak cakap lebih daripada itu, tapi saya ingat saya pun teliti juga, dan berjalan juga ke luar negara dan bincang. Saya nak beritahu, kita syukur Alhamdulillah, tak banyak negara yang ambil teliti begitu. Saya tak pandai, saya bukan boleh jawab semua tapi oleh kerana saya dengar, tahu bila kita beli peti ais harga RM1,800 yang besar untuk orang meniaga. Itu dia pendapatan dia dengan sendiri daripada RM1,800 sebulan boleh naik RM2,800. Modal kecil-kecil. Bila saya datang ke Kuala Lumpur, apa yang saya buat? Ini kerana saya cakap soal hati dan nurani.
  2. Kuala Lumpur, hotel besar semua dah ada. Bangunan mercu tanda, Twin Towers dah ada. Orang kata, Anwar dia buat apa? Tak nampak, tak ada. Saya tak mahu nilai saya pada mercu tanda. Saya kata, yang pertama saya jadi Perdana Menteri jaga Kuala Lumpur, saya nak semua gerai di Kuala Lumpur, warung, peniaga-peniaga kecil, itu 80 peratus rakyat guna. Yang pergi hotel besar itu hanya golongan kaya di atas, tak payah kita bantu. Jadi, kita belanja puluh juta ringgit, baiki, gerai bersihkan dan bangun semula, dan ini terus dilakukan. Kemudian perumahan. Jadi, dari mana saya dapat itu? Dari dengar, keluhan rakyat. Apakah saya selesaikan semua? Tidak. Apakah banyak orang setuju? Ada setuju. Apakah ada yang kuat mengecam? Masih ada. Nasib baik kita boleh bersabar.

 

  1. Tapi, yang penting belajar dari pengalaman ini dan baiki. Islam ini tertegak dengan keyakinan kita, dengan amal kita. Dan Malaysia ini percayalah, tengok rantau, tengok dunia Islam. Satu negara yang mampu kita angkat martabatnya. Kuat perpaduan kita, ada program kita. Dan lahirkan pimpinan yang mendengar dan perbaiki. Beberapa bulan ini, saya pun tak boleh kawal semua masalah, kes 1MDB, bukan saya musuh sesiapa, tapi kita kena bayar puluh bilion ringgit, kita bayar, Kerajaan bayar. jadi jangan pandang ringan. Ini bukan soal politik, setuju tak setuju saya tak setuju tapi kita kena bayar bilion.

 

  1. Tabung Haji, 12 bilion ringgit kita kena selesaikan. Sekarang, alhamdulillah, kita dah pulih balik. Walaupun masih punya masa. Minggu ini, saya nak pasal FELDA, FELDA ini tiap tahun, tiap tahun ini, kita kena bayar hampir 1 bilion ringgit. Apa salah peneroka? Dia tak buat kerja? Tak. Salah pengurusan, salah ini amalan sakau ini kita boleh terima? Kadang saya rungsing betul, macamana orang boleh terima ini? Duit Tabung Haji, 12 bilion, FELDA 10 bilion. Jadi bocor di situ, jadi saya memang orang marah lah, Anwar ini kerja tak ada lain, tangkap orang, kata sakau, tapi saudara percaya, jadi kalau tak mahu tak apa, saya terima saya pun tak lama lagi, jawatan saya ada satu tahun, kalau ada keyakinan, saya sambung tak ada keyakinan saya balik Cherok Tok’Kun. Tapi sementara ada, saya nak beritahu, Insya-Allah saya nak cuba sedaya upaya in uridu illa islaha ma istata’tu. dengan sedaya upaya bawa perubahan nak bersihkan negara ini dan kembalikan maruah orang Melayu, ada orang yang bersih dan bukan semua kaki sakau. Bawa contoh yang baik. Sebab itu saya tegas soal itu, 1MDB, FELDA, Tabung Haji secara tegas.

 

  1. Dan sekarang, timbul, negeri aman tak ada kacau apa, Negeri Sembilan pulak. Orang tanya, Anwar apa yang nak campur? Saya tak campur. Apa yang saya campur? Undang ambil keputusan, ada pihak yang menyokong mereka, bagi pandangan terhadap raja. Tak ada masalah, saya tak mahu campur. Tapi Undang itu pun, yang mana sah, yang mana tak sah, ada dua Undang. Pilih, selesaikan yang itu. Tapi saya ini orang Melayu di Tanah Melayu, sistem negara kita beraja, Raja Berperlembagaan, nak jatuhkan bukan mudah. Dalam Perlembagaan Negeri Sembilan nak jatuhkan raja kena bagi sebab. Empat Undang boleh jatuhkan, sebab pertama gila, kedua bisu, ketiga melanggar syariah dengan nyata. Dan tak semena-mena dah berbelas tahun jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan teruih nak guling. Dan itu Undang, dia bincang.

 

  1. Saya kata bincanglah cara elok. Saya tak setuju semudah-mudah nak guling raja ini. Tak boleh, sistem kena begitu, sebab itu Perlembagaan itu bagi sangat jelas. Oh, kamu tak faham Negeri Sembilan, Negeri Sembilan kita ada Undang, Kita ada empat Undang yang menentukan. Saya pun baca Perlembagaan sebab itu Peguam Negara bagi keputusan yang tegas. Tak boleh, mudahkan. Bayangkan kalau mula di situ, saya tanya, baik besok Perdana Menteri dan Jemaah Menteri merasakan kita tukaq Agong, kita tulis kepada Raja-raja Melayu, kita tak setuju pada Agong. Tak boleh, bukan kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri itu Ketua Eksekutif, mentadbir negara. Had dia apa? Dia tidak boleh pinda Perlembagaan, soal Islam, soal bahasa Melayu, soal hak keistimewaan orang Melayu, soal raja-raja.

 

  1. Jadi, orang duk cakap, konon kita perintah nak tukar Perlembagaan, dia tak faham Perlembagaan. dia cakap politik picisan. Raja tak perlu singgung, saya ada masalah, saya rasa tak setuju, saya menghadap kemukakan pandangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Tak boleh jatuhkan. Itu pandangan saya dan pandangan Peguam Negara. Sebab itu kita tegas. Kalau raja ini kita boleh jatuhkan dengan mudah, sistem raja akan pupus di negara kita. Rakyat putuskan. Tapi saya faham rakyat, terutama orang Melayu, dan banyak rakyat Malaysia, Cina, India pun tak mahu sistem ini digugat. Jadi, ini sebabnya kenapa saya ambil tindakan begitu tegas pertahankan Sistem Raja Berperlembagaan dan apalagi Raja Melayu. Memang macam itu, ini senang-senang.

 

 

 

 

  1. Dan mengapa saya jadi keras kepada YAB Menteri Besar dan Exco? Dekat Undang, satu hal. Yang Menteri Besar pulak boleh dengan EXCO, boleh bawa usul turun raja. Saudara, Perdana Menteri boleh naik, boleh turun. Boleh menang boleh kalah. Raja berperlembagaan itu dia kekal ikut perlembagaan, dia tak bertanding dalam pilihanraya, yang ada hanya giliran jadi Agong, cuma dia tak turun sebagai sultan di negeri masing-masing.

 

  1. Jadi saya minta maaf kepada tuan guru, saya minta kebenaran juga daripada syeikh dan tuan guru, sebab saya tak mahu kata salah, tapi ini bukan soal parti politik, ini bukan soal politik, ini sistem negara kita. Orang Melayu buat keputusan, nak silap apa? Kalau kita orang Melayu dan Raja Melayu menjadi tonggak ini pun kita berbalah, nak suruh orang hormati kita macam mana? Ah, ini masalah kita, kerana faktor kebencian dan dendam tentang soal perbezaan ini yang menyebabkan kita hilang pertimbangan, hilang siuman kita.

 

  1. Jadi mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita, selamatkan negara kita, terutamanya tentang keupayaan orang Melayu sebagai tonggak dalam negara ini dengan contoh yang baik, dengan prinsip yang jelas, baru boleh kita jadi contoh dan tentunya bersemangat persatuan.

 

  1. Saya memohon maaf kerana gunakan majlis ini menjelas kerana saya anggap isu yang juga menyentuh kedudukan umat Islam di negara kita. Selamatkan negara, apapun perbezaan pendapat kita itu memang dibolehkan, tetapi ada kaedah dan cara yang ditetapkan, apalagi dalam Islam dan bersesuaian. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan.

 

Wassalamualaiku Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

Share: