TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PROGRAM MADANI KITA 2026

19 Julai 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

 

YAB DATO’ SERI ANWARIBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

PROGRAM MADANI KITA

TAHUN 2026

 

 

19 JULAI 2026 | AHAD | 1.45 PETANG

 

DEWAN KOMUNITI TAMANPERPADUAN, TAMBUN, PERAK

 

 

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdu lillahirabbil-‘alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselematan), Kementerian Dalam Negeri;

 

Yang Berbahagia Datuk Rosli bin Yaakub,

Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA);

 

Semua wakil-wakil daripada masyarakat, ketua-ketua kampung, rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

1. Terima kasih atas kesudian bersama-sama tengahari terik ini untuk bersama-sama di acara MADANI Rakyat ini, cadangan Tan Sri KSN untuk memastikan rakyat ini tahu apa yang berlaku.

 

2. Kadang-kadang kita tengok pengumuman besar-besar, Putrajaya atau di negeri, di Ipoh, tetapi bila kita ada pameran begini dan kehadiran jabatan-jabatan, jadi senang apa-apa masalah sampai langsung di kawasan kita. Itu tujuannya. Tak payah kita adakan majlis, umpamanya pameran besar-besaran, tetapi secara kecil-kecilan.

 

3. Dan kali ini yang mengambil inisiatif adalah pihak RELA. Jadi saya ucapkan terima kasih kerana RELA ini juga mempunyai peranan yang besar menyantuni rakyat selain daripada menjaga keselamatan, juga menyantuni rakyat. Jadi, saya ambil kesempatan di sini bagi pihak rakan saya Menteri Dalam Negeri untuk ucap terima kasih kepada Ketua Pengarah serta seluruh keluarga RELA yang hadir.

 

4. Di negara kita ini, apa istimewanya? Tentu kalau orang dengar, dengar masalah sahaja. Tapi saya nak cerita apa istimewanya? Negara ini, negara, ya tentu Melayu majoriti, Islam agama Persekutuan, dan dasar-dasar yang pertahan kepentingan Melayu itu ada. Tetapi negara ini juga, negara yang mahu jamin setiap rakyat, orang Cina, orang India, termasuk di Sabah dan Sarawak, itu merasa mereka ini sebahagian daripada keluarga di negara ini.

 

5. Jadi, kita mesti pastikan negara ini aman. Istimewa ini kerana kita aman. Mana dengar, adalah keluh kesah sini, tetapibanding dengan negara lain, negara ini tidak terlibat dalam pergaduhan kaum,permusuhan antara agama, sepertiyang banyak berlaku negara-negara membangun.

 

6. Negara merdeka, tetapi rakyat masihbergelut, bergaduh soal yang 50-100 tahun dulu, tak selesai. Jadi janganpandang ringan hal ini, kerana tak adanegara yang boleh pacu pertubuhan,kita bagi kerajaan nak tolong rakyat,kalau kita terpaksa hadapi masalahkeselamatan. Sebab itu kita ada RELAini, selain daripada polis, tentera. RELAini di tiap kampung halaman, jadi boleh menyantuni cara langsung rakyat. Jadi saya harap, bagi kerjasama kepada RELA.

 

7. Dan saya pun bincang dengan Menteri Dalam Negeri, tapi RELA pun adamasalah juga. Kadang-kadang pasukanRELA itu, KP tahu, masuk dalam B40. Ada juga yang miskin. Rumah diakadang-kadang, rumah dia sendiri pun robek. Dapur bocor, pintu tandaspecah. Ini sampai kepada kita. Sebabitu, saya katakan negara ini bukan nak bangga dengan mercu tanda Twin Tower, jambatan panjang, tapi juga keselamatan rakyat.
8. Hari ini saya tengok ramai rakan-rakanyang uzur ataupun miskin akandiberikan bantuan. RELA bagisumbangan kerja, dan walaupunnamanya sukarelawan, dia khidmatdengan membanggakan, dengan baik.Sebab itu, tahun lalu saya umumkan,minta Ketua Pengarah tengok ini,rumah ahli-ahli RELA apa perlu. Tak payah banyak, baiki sikit-sikit cukup. Buat sukarela, buat. Jadi kita luluskantahun lalu, RM3 juta, tapi tentunya tak cukup. Sebab itu, mereka tak bagiKetua Pengarah berucap, kalau diaberucap tadi banyak dia minta peningkepala saya, tapi saya ni boleh tilik,tengok dia dulu, makan tak berapa lalusebab dia nak minta peruntukantambahan.

 

9. Jadi untuk jaga kepentingan RELA, sayasetuju teruskan program itu, dan tahunini kita bagi RM3 juta untuk kebajikanRELA. Tengok, ini kita kata kitaprihatin, tak minta pun, tak ada suratpun minta lagi, tak ada peluang nak minta. Tahun lalu, bila saya bincangdengan Datuk Seri Saifuddin Nasutiondia kata, yalah betul kita kena tolong, tapi ini, dia ni seolah-olah anggotasukarelawan yang membantu kerajaandan membantu rakyat”. Jadi kita bagi.Jadi KP tolong tengok, cepatkanlahmana-mana rumah yang baiki, dibaikilah elok, nak besarkan, bukannak buat istana, dak. Bukan nak buat rumah banglo pun tidak. Tapi repairlah, sikit-sikit ya. RM5,000 untuk beli apa-apa untuk baiki. Itu ikutlahkebijaksanaan KP dan pasukannya.

 

10. Yang ini kita panggil Program TeduhanKasih RELA. Tahun lalu fasa 1, tahunini fasa 2, dan ini khusus untuk rumahanggota RELA. Kalau tak cukup jangankomplain dekat saya, komplain dekatKetua Pengarah. Tapi kita tengok di Tambun ini, tentulah banyak program dan perhatian. Saya ucapkan Dato’ Seri Saraani, Menteri Besar kerana perbandaran dan kerajaan negeri juga banyak bantu dan memastikan projek-projek diluluskan itu dijalankan denganbaik.

 

11. Jadi, umpamanya di Tambun sahajasejak setahun lebih dulu, sejak 2025 sampai sekarang, yang diluluskan dan dilaksanakan 385 projek RM17.8 juta. Jadi, senang bila dia pergi jumpaPengerusi Majlis Perbandaran, jumpaketua kampung, jumpa wakil rakyat dan pejabat Menteri Besar, dia tanya darimana? Tambun. Jadi maknanya kalau dia minta itu kena lulus. Jadi orang Tambun ini memang hebat-hebat juga. Sebab itulah kita bagi kelulusan ituagak tinggi, kerana saya pun balik sinidan tiap kali ada permohonan-permohonan baru.

 

12. Jadi setakat ini saya katakan yang dah sudah belanja, ini tak termasuk program lain, sekolah, projek-projek IPD yang besar dan juga baru ini pusat pemulihanPERKESO yang ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perakrasmikan. Ini tak termasuk, sayamaksudkan RM17.8 juta ini projek-projek kecil yang menyentuhkepentingan rakyat di kawasanParlimen Tambun.

 

13. Baik, izin saya sentuh sedikit tentangkeadaan negara kita. Saya kata kitapun tak terlepas daripada masalah yang berlaku. Perang Teluk, saya ingat dahboleh selesai. Dah, Presiden Trump bom lagi Iran. Bila bom Iran, dia balas. Bila dia balas, kena habis negeri-negeri Teluk Arab yang lain. Nak serangAmerika Syarikat jauh sangat. Jadi apakesan kepada kita?

 

14. Teluk Hormuz itu tersekat. Sekali dua Presiden Iran tolong lah kita. Dulu bilakapal PETRONAS sangkut, kitamenelefon Presiden dan saya ucapterima kasih Presiden Iran, segeraarahkan kapal daripada Teluk, laluSelat Hormuz terus lepas dan sampaike Pengerang, Johor untuk proses dan kemudian jual minyak kepada kita.

 

15. Tapi kalau banyak kali macam mana nak minta? Dia pun perang. Saya pun takkan, malu nak telefon nak minta lagi. Orang tu tengah perang, negeri diakena bom, kita dok minta kapal kita bagilepas. Jadi, sekali dua saya berani lah, kali ketiga empat ni kita hanya doa bagiselesai cepat perang.

 

 

16. Tapi alhamdulillah, rakan-rakan Tambunni, tuan-tuan pilih wakil rakyat, wakil rakyat tu jadi ahli parlimen, ahli parlimen jadi Perdana Menteri, minyakRON95 turun RM1.99. Ini harga minyakyang paling rendah di dunia. Jasasiapa? Jasa rakyat Tambun, pengundiTambun yang pilih. Kemudian diesel, diesel tu kalau tengok, seluruh rantau, pertama, nak dapat pun tak mudah, tapi alhamdulillah, Ahli Parlimen Tambunikhtiar dengan kawan-kawan lain, dan kita turunkan harga diesel RM2.10.

 

17. Jadi, ini saya katakan ikhtiar yang teruskita lakukan. Yang ini yang ambil, kitadapat Sumbangan Tunai Rahmah, SARA dan saya beritahu kalau keadaanekonomi mengizinkan, saya tengahbincang semalam, hari Sabtu petang, saya panggil juga Ketua SetiausahaPerbendaharaan, bincang, apakahmungkin kita tambah lagi SARA. SARA ni dapat ke? Ada dapat tak? Baik. Nak tambah lagi ke? Okey. Kalau orang Tambun minta tambah, takkan sayaberani kata tak boleh? Kalau pergi tempat lain kata minta tambah, Chenderoh ke Grik, saya kata tunggulah dulu. Tapi kalau ke Tambunni, kita bagi keutamaan.

 

 

 

 

 

 

18. InsyaAllah dalam belanjawan, saya fikirbagaimana untuk tambah peruntukanuntuk bantu rakyat kerana kita juga tahukadang walaupun harga minyak turuntapi harga barang asal tu kadang susahdikawal. Hari itu bawang, bawang kitabeli daripada India, kita tanam tak banyak, daripada beli India hargabawang naik. Jadi itu masalah-masalahkita kena selesaikan lah.

 

19. Jadi saya cuba sedaya upaya kita selaindaripada Jualan Rahmah. JualanRahmah ada kan? Setuju tak kitakembangkan lagi Jualan Rahmah? Nanti saya…baru ni saya umum untuktambah dan mungkin untuk Perak Darul Ridzuan ini dan juga Tambun, kitatambah Jualan Rahmah supaya kos lebih rendah.

 

20. Tadi dengan Dato’ Seri Saarani, kitaluncurkan sambutan awal Hari Kemerdekaan Malaysia denganpenggunaan dan penyebaran bendera. Jadi, saya harap di Tambun, jangan kitaketinggalan. Bagi saya seminggu dua ini terutama bulan Ogos, kita nak suruhTambun ini juga kibar benderaMalaysia, Jalur Gemilang sebagai tandataat setia kita kepada negara, kecintaankita dan syukur ke hadrat Allah SWT, negeri ini aman dan damai.

 

 

 

 

21. Jadi ini yang saya nak sampaikan, terima kasih banyak kepada rakan-rakan terutama dari RELA dan Kementerian Dalam Negeri, dan sayadoakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan usaha-usaha kita ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Terima kasih sekali lagi.

 

Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh

 

 

Share: