TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PROGRAM HIMPUNAN ANAK MUDA KEBANGSAAN (HAMKA) ANTARABANGSA TAHUN 2026

20 Ogos 2026

 

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

PROGRAM HIMPUNAN ANAK MUDA KEBANGSAAN (HAMKA) ANTARABANGSA TAHUN 2026

 

 

 

20 OGOS 2026 (KHAMIS) | 2:30 PETANG

KSL ESPLANADE HOTEL, SELANGOR

 

 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.

 

Alhamdulillahil quail

Innahum fityatun āmanū birabbihim wa zidnāhum hudā

 

Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

  1. Saudara Dr Zulkifli, Saudara Bahrom, warga JAKIM dan dakwah dan terutamanya anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama pada petang ini dan saya mohon maaf, sedikit lewat dari jadual, kerana selesai acara awal tadi, saya terpaksa ke Parlimen untuk adakan sedikit pertemuan, yang ini menyentuh beberapa isu yang mendesak, saya terpaksa selesaikan dulu.

 

  1. Jadi saya sekali ucap terima kasih kepada saudara Zul, saudara Bahrom dan rakan-rakan yang bantu menyelenggarakan. Ini bunyi Perhimpunan HAMKA ini hebat. Dia ada bukan sahaja nama, tapi juga susur galur sejarah seorang mu’alim, sasterawan, filasuf bangsa di rantau Melayu yang mashyur. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ini terkenal kalau bicara soal sastera, dia menulis diantaranya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Merantau ke Deli. Siapa lagi tahu karyanya? Ya, falsafah hidup penting. Falsafah hidup itu di antara buku karya awal yang ada dalam perpustakaan ibu saya dan yang saya dapat hadam masa muda.

 

  1. Saya sempat berjumpa dengan beliau sekali, tatkala kami diundang setelah selesai Revolusi Islam Iran dan ada persidangan pada masa itu, peringkat awal dan tiga hari bersama. Dan luar biasa sosoknya sederhana, ilmunya mendalam, dan sejarahnya itu gemilang.

 

  1. Beliau dipenjara sebentar, sekitar beberapa tahun oleh rejim Soekarno pada ketika itu, kerana dituduh oleh golongan kiri dan komunis bagi orang terlibat mahu membunuh presiden. Dimanfaatkan waktu di penjara, menyiapkan Tafsir Al-Azhar. Di antara satu tafsir yang melihat tentulah al-Quran, makna dan takwil, tetapi melihat ke lingkungan Melayu, rantau Melayu. Adatnya, bahasanya, peribahasanya, dan selepas itu, bila Soekarno wafat, dia diminta untuk mengimamkan solat jenazah Soekarno. Dan dia dengan rela pergi mengimamkan, walaupun tidak disenangi oleh golongan yang ittijahat yang agak ekstremis, ekstrem sikit. Tapi itulah kebijaksanaan dan kebijaksanaan dakwah.

 

  1. Tapi berbalik kepada Tafsir Al-Azhar. Lepas saya kali pertama diberi cuti panjang di Kem Tahanan Kamunting. Syeikh Razali Nawawi, masa itu Presiden ABIM dan kemudian Dekan kuliyyah Islam di UIA, menulis kepada saya, usulkan supaya saya terjemahkan karya Buya Hamka ke bahasa Inggeris. Oh, saya kata, satu idea yang baik. Maka saya mulakan satu bab. Saya kata, sukar, bukan soal bahasa, lenggok bahasanya dengan peribahasanya, pantunnya bagaimana nak terjemah? Jadi saya kata, cukuplah satu bab.

 

  1. Demikian sejarahnya HAMKA. Jadi saudara-saudara kena ingat bahawa bukan sahaja pada nama, kebetulan Zul, nama kupasan itu tidak ada kaitanlah dengan Hamka. Tapi oleh kerana Namanya, saya tentu terkenang sedikit.

 

  1. Anak-anak dikasihi sekalian, pasca kemerdekaan atau sebelumnya sekejap dalam pertarungan sengit menentang penjajahan yang dikupas oleh seorang alim al-Azhar yang mashyur juga, Muhammad Al-Ghazali. Dia ungkapkan sebagai penjajahan itu bukan sahaja penaklukan oleh kuasa asing. Tapi lebih bahaya, lebih mengesankan dan menekan adalah “isti’mar ruhi wa fikri” – penjajahan pemikiran dan jiwa dan ini menyebabkan cabaran yang melibatkan juga pembenturan idea juxtaposition of ideas yang berterusan pasca merdeka.

 

  1. Serius sangat ke ni? Relax, relax. Nampak-nampak, sekarang ni mahasiswa lain kan. Ya, serious. Saya bukan datang nak marah. Bukan saya bagi kuliah. Kuliah tu, pensyarah-pensyarah banyak. Zul ni dia memang kuliah. Saya nak hanya melontarkan idea saya secara santai. Tapi yang saya sebut di sini, bila kita melihat penjajahan dan pasca penjajahan, tentunya pemikiran berbeda. Dan sebab itu dia perlukan hikmah “wal-maw’izatil hasanati wa jādilhum billatī hiya ahsan”. Dia perlukan kebijaksanaan, kefahaman yang luar biasa, kerana zaman itu menuntut tindakan yang berbeda. Zaman melawan penjajah itu seluruh kekuatan itu, tumpu lawan penjajah. Tetapi, tak ramai melaingkan soal alim atau sarjana, pemikir, filasuf yang menyatakan bahawa yang kita lawan itu bukan semata-mata pemerintahan orang asing.

 

 

  1. Tetapi sistem yang dipaksakan ke atas kita yang kemudian menjalar ke bidang pendidikan, hukum dan yang lebih parah jiwa dan hati nurani dan pemikiran. Sebab itu, kalau saudara baca karya Dr Syed Naqib Al-Attas, Islam dalam sejarah budaya Melayu, dia bicara pada masa itu, dia bicara tentang Islam, proses pengislaman, dan perubahan yang ketara dengan datangnya Islam, kerana sebelum itu ada Inggeris, ada Portugis, ada Hindu, ada Buddha, ada agama animisme. Tapi perbedaan yang dibawa oleh Islam itu, kata dia, itu hampir menyeluruh. Islam itu merubah rupa, maknanya pakaian dan budayanya, dan juga jiwa. Dia melibatkan soal bahasa berubah. Dan ini berlaku. Baca Urdu, Swahili, itu bila dalam pengaruh Islam itu membuat beberapa perubahan. Ya.

 

  1. Jadi Urdu, tahu Urdu kan? “Dil ke lehrai, jal ke kaugi”, “Dost dost na raha” menyanyi boleh. Tapi faham tidak. Baik. Dah serious Baik. Ini yang saya nak sampaikan di sini, anak-anak ini pasca penjajahan. Malah bapak-bapak, ibu saudara pun di zaman pasca penjajahan. Tetapi, pembenturan idea yang disebut oleh Muhammad Al-Ghazali itu berterusan. Sebab itu, kita harus ada kekuatan baru, kekuatan ilmu. Dan ini menjadi cabaran bagi kita. Kalau kita lihat sejarah Islam meluas, daripada agama-agama lain, semua jadi Islam. Tapi proses itu berterusan.
  2. Saya masih ingat kupasan seorang alim dan sarjana terkenal dari Sudan, Jaafar Sheikh Idris. Dia menulis rencana pendek – “Proses of Islamization” dan proses pengislaman itu, dia tidak terus “Asyhadu allā ilāha illallāh”… khalas, tak. Dia proses didikan daripada Rasulullah SAW itu. Saya dalam perbicaraan penutup Kongres KEADILAN baru-baru ini di Melaka, saya ambil apa yang dalam manhaj tarbiyah usrah ABIM dulu di antara kupasan yang kita wajib hafal. Muzzammil, Muddassir. “Qum fa-andzir, wa rabbaka fakabbir, wa siyābaka faṭahhir.” Apa maksudnya? Maknanya, kita ini seorang sedang leka, sedang mengelamun, sedang cuai, sedang tidur. Maka bangun dari tidur kita. Sepertimana beberapa orang di belakanglah (nada seloroh).

 

  1. “Qum fa-andzir” bangun dari lena, cuai, kealpaan, kemalasan, lembab. Untuk apa? “Wa rabbaka fakabbir” kebesaran Allah SWT, “Wa rabbaka fakabbir” itu bukan sekadar Allahu Akhbar. Kebesaran Tuhan maknanya, kekuatan yang kita harus insafi. Hinanya kita di depan Allah SWT. Kemudian kalau betul “Wa rabbaka fakabbir”, mula, mula, bertindak dengan “Ia siyābaka faṭahhir.” Bersihkan, bersihkan pakaian dan diri dan hati dan jiwa nurani. Ini yang dikupas oleh para ulama. Saya ini hanya sekadar pembicara.
  2. Jadi, itu proses islamisasi sebenarnya. Takkan selesai dua hari dengar dua kuliah di masjid waktu subuh, “beres pak, saya udah alim”. Ini yang jadi rosak masyarakat ini. Semua pemikir. Baca karya-karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. Baca maksud syeikh saya, Syeikh Taha Jabir Al-Alwani. Itu memerlukan kefahaman. Dia baca Quran, dia kata, ya baca al-Quran betul. Tapi, manhaj al-Quran itu harus diketahui. Baru kita tahu konteksnya. Kalau tidak baca satu ayat, mu kapir, mu tak Islam, parahlah kita. Faham kan? Faham kan? Itu selingan. Ya. Tak setuju sikit, ha ini tak betul. Ini jadi masalah.

 

  1. Jadi, pembenturan itu, pertembungan atau juxtaposition, bukan sahaja idea, tetapi kedangkalan. Bukan ilmu. Yang kita nak bawa perubahan ini, ilmu. Okey. Kalau baca itu sarjana-sarjana Islam, alim-alim terkenal, tapi juga di kalangan sarjana Arab Palestin. Tapi yang besar dan menjadi maha guru di Amerika Syarikat. Dan juga jadi pengasas kepada Al-Mahat Al-Fiqh, International Institute of Islamic Thought. Saya di situ, Syeikh Taha Jabir pun di situ, Abdul Hamid Abu Sulaiman. Saya di bawah-bawah sama-sama.

 

 

  1. Mereka kata cabaran bagi kita ini, kalau nak cakap soal Islam, ilmu, perubahan, politik, sosial, itu cabaran ilmu. Crisis of education. Krisis identiti ini pendidikan dan kefahaman. Ini cabaran terbesar. Kalau tidak, nak jadi Islam, janggut pun dah mula ada. Tapi, kefahaman entah ke mana. Jadi ukuran, padahal kita kata Islam itu rupa apa? Rupa dan jiwa. Islam itu rupa apa? Yang melawan apa? Melawan penjajahan apa? Isti’mar ruhi wa fikri. Tetapi, bila kita lakukan, tidak sama.

 

  1. Kita kata, perubahan daripada didikan Rasulullah SAW daripada awal apa? “Qum fa-andzir, wa rabbaka fakabbir, wa siyābaka faṭahhir.” Tapi dalam susulan amalannya tidak ke mana. Sebab itu cabaran terbesar bagi anak-anak ialah memastikan tahap kefahaman itu mendalam. Dr. Zul tahu saya selalu manfaatkan juga fikiran seorang Arab-Palestin, dia bukan Islam, Kristian, Edward Said. Tapi memang kepintarannya, dia membela umat dan Arab itu cukup kuat. Karya dialah, The Orientalism itu, dia mengupas bagaimana masyarakat asing dari barat itu yang dihina, diketuk, disanggah, dipijak, paling keras adalah Arab dan Islam. Dan dia sebut sebenarnya, yang bertempur dan bergaduh ni. Oh, dalam politik hari-hari, dalam Tiktok hari-hari. Saya baru pergi perhimpunan anak-anak muda dalam TikTok pagi tadi. Oh, bertempur. Ilmu, tak ke mana. Setuju dengan aku, Islam. Tak setuju dengan aku, kamu tak Islam. Terus. Buat apa begitu? Padahal kata Edward Said, ini bertempur. Ini orang barat, ini sekular, apa dia sekular ni? Oh, dia memang sekular. Apa dia sekular dia? Oh, kerana dia tak mahu Islam. Betulkah?

 

  1. Ini dalam polemik sekarang, termasuk dalam politik negara kita dan dari seluruh dunia Islam. Dan ini juga melambang kegagalan banyak kelompok-kelompok yang bawa Islam. Di Mesir, di Jordan, di mana-mana? Malaysia, Indonesia. Tidak berdasarkan ilmu. Bertempur dalam dunia yang dangkal, kerana motifnya benci ataupun mahu pertahankan kelompok tersendiri. Hujahnya Islam. Islamnya “al-Islāmu ya’lū wa lā yu’lā ‘alaihi”. Betulkah kita nak pertahankan Islam atau nak pertahankan kumpulan kita? Betul ke tidak? Melayu kata tepuk dada, tanya selera. Tapi hujahnya berdasarkan ilmu.

 

  1. Sebab itu, balik kepada Edward Said tadi, apa dia kata? Dia tulis, dia memang pengarang terkenal, tapi ada satu rencana kecil, tatkala dunia riuh rendah dengan pandangan Samuel Huntington. Samuel Huntington ini yang menulis tentang ‘The End of History’, seolah-olah akhir nanti yang akan menang pasti adalah Liberal Demokrasi Barat. Yang lain itu akan hancur, mundur Islamnya, Asia dan Afrika semualah. Hindu, Buddha, Kristian, yang lain-lain, Confucianism. Apa lagi Islam? Kata Samuel Huntington. Maka lawanlah balik orang Islam. Macam bila ada berlaku tuduhan kartun menghina Rasul, bakar. Yang tuduh di Sweden, yang bakar di Pakistan. Kerana marah. Jadi, yang rugi kita. Dan yang terbakar itu bukan kata musuh. Motorsikal, kereta, yang sebelah-sebelah tepi jalan itu, yang tak berdosa, yang penyokong-penyokong kita, kerana dia bakar, dia bakar semua.

 

  1. Jadi, kata Edward Said dalam menjawab tuduhan pandangan liberal, sekular, barat Huntington, kata dia yang clash ini, yang tuduh pun tak ada ilmu, yang lawan pun pakai semangat begitu sahaja, tidak ada ilmu. Jadi, kata dia dalami ilmu, kerana yang clash itu bukan of civilization, dia kata buku dia ‘Clash of Civilizations’. Akhirnya yang akan menang liberal demokrasi Barat. Mereka senang, kita marah, lawan. Tapi kata dia, kita kena lawan dengan ilmu. Maka dia tulis rencana pendek, 8 halaman, mungkin yang ini kena edar bagi semuanya. Walaupun yang tak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, boleh diterjemahkan. Dia ulas… siapa dia tadi? Edward Said. Dia ulas, dia kata, bukan Clash of Civilizations. Yang clash ini masalah kita sekarang, Clash of Ignorance. Maknanya yang bertempur, ini bukan berdasarkan ilmu. Yang di barat ini dia ingat dia pandai, dia tidak pernah tahu Islam, sejarah Islam, tamadun Islam atau tadi yang dilihat dalam video tersebut conviventia itu hebat, sejarah gemilang Andalusia di mana dialog peradaban berlaku di antara Ibnu Rushd dari segi Islam, Maimonides daripada Yahudi, itu perdebatan itu berlaku berdasarkan ilmu.

 

  1. Tapi kata Edward Said, Clash of Ignorance, bertempur sama-sama jahil, sama-sama dangkal ilmunya. Jadi, saya nak ajak anak-anak mari kita bukan bertempur, gaduh maknanya bertempur dari segi idea berdasarkan ilmu. Baik dalam dakwah, dalam perjuangan, dan saya percaya negara ini mampu melahirkan anak-anak yang mampu berfikir.

 

  1. Anak-anak yang dikasihi sekalian, ini kita di ambang kemerdekaan. Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia. Dan percayalah, yang menentukan anak-anak muda, yang menentukan bukan sumpah seranah orang politik yang bebal, bukan. Anak-anak muda yang menentukan. Berdasarkan kefahaman ilmu dan kalau dilihat dari segi tradisi Islam, dengan akidah kita, akhlak kita, sahsiah kita. Saudara kekuatan kita apa? Ialah keinginan kita bawa perubahan. Islaha ma-stata’tu, betul nak bawa perubahan. Perubahan apa? Perubahan untuk menegakkan sistem yang lebih baik. Negara ini mempunyai keupayaan, dan di mana-mana saya hebahkan nasihat daripada Mohandas Gandhi yang digelar Mahatma, Guru Besar Gandhi, “the world is enough for every man’s need but never enough for every man’s greed”, dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua manusia, tidak akan cukup untuk memenuhi tamak haloba manusia. Betul.

 

  1. Bincang RCI Tabung Haji, FELDA, agensi-agensi Bumiputera. Dia jadi naratif? Jadi perbahasan? Tidak, dia masih lagi di kalangan yang mampu berfikir mengelak daripada bincang-bincang hal ini. Saudara, kalau rugi Tabung Haji itu RM12.5 bilion ringgit, FELDA RM10 bilion ringgit, dan banyak agensi-agensi lain. Kalau benar diurus dengan baik, boleh tidak selamat anak-anak muda? Pendidikan mereka, kesihatan mereka, ibu bapa kita tidak payah tunggu berjam- jam di hospital. Saudara ingat saya tidak ada perasaan? Saya ada. Saya ini timbul dan muncul dalam perjuangan dari jalanan, dari bukan sahaja lereng-lereng bukit, dari dalam penjara saya ada. Bila saya bicara, saya bicara dengan perasaan dan hati. Saya datang perasaan muak dengar orang bicara yang tidak amalkan. Saya tahu dan saya kasih negara ini, saya tahu potensinya dan saya tahu berapa hilang dan kerana sistem itu mengizinkan soal bahas pun tidak mahu bahas tidak apa.
  2. Soal-soal tidak suka Anwar atau benci Anwar itu soal lain tetapi bolehkah atas nama agama dan Islam, kita izinkan ini semua? Tidak malukah kita sebagai orang Islam? Kalau tanya saya, “Anwar, apa yang nak jadikan Malaysia ni?” Saya kata saya nak tunjukkan bahawa nak pimpin negara ini mampu kita, kita cari orang yang baik, tidak mencuri, tidak memperkayakan diri dan jadi contoh supaya orang tengok oh, di Malaysia ini ada anak Melayu, orang Islam yang mampu mentadbir dengan baik. Ya, sungguh-sungguh saya begitu, saya bukan muda, walau nampak muda pakai batik garang sikit, nampak cerah sikit. Tetapi ini kenyataan saudara-saudara, nak bangga apa?

 

  1. Sebab itu dalam kongres KEADILAN, saya guna itu popularkan lagi ayat-ayat Al-Quran tentang ummat yang prinsip awasatiyah ini, “wa kadhalika ja’alnakum ummatan wasata litakunu syuhada a’alan nas wayakunarrasulu alaikum syahidah”. Kerana saya yakin saya yakin kerana al-Quran menjanjikan, dijanjikan kita umat-umat yang seimbang. Seimbang maknanya apa? Imannya, ilmunya, akalnya, kalbunya, duniawinya, ukhrawinya, materialnya, spiritualnya. Itu seimbang. Malah kupasan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi yang selaras juga dengan pandangan Hussein Nasr “man and nature”, kata mereka seimbang manusia dan makhluk lainnya, haiwan, seimbang, maintain the equilibrium dengan bukit bukau dan gunung-ganang dan hutan belantara, jaga keseimbangan itu, dunia selamat. Langgar, rosak binasa. Itu keseimbangan yang wasatiyah yang kemudian menjadi fokus dalam kupasan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sehingga akhir hayat beliau.

 

  1. Bagaimana kita yakin? Andai kata kita itu seimbang, wasatiyah, Allah menjanjikan “litakunu syuhada a’alan nas”, bukan contoh bagi orang Melayu di Malaysia sahaja atau orang Islam, tidak atas manusia, rakyat semuanya.
    Mengapa dikatakan “syuhada’a’alan nas”? Mana ada relevan kehadiran bukan Islam dalam negara ada di dunia. Sebab itu, contoh kepada manusia. Ini contoh apa?
    Contoh sakau, contoh dadah, contoh menindas orang, tidak. Contoh yang baik, itu dengan amal dalam politik ada kesopanannya, ada peraturannya. Ini dikatakan “syuhada ala nas”, kalau kita yakin. Insya-Allah, laksanakan “Wayakunarrasulualaikum syahidah”.

 

  1. Jadi mudah-mudahan. Saya bila tengok anak-anak muda saya rasa macam saya di Universiti Malaya, mahasiswa. Sebab itu, untuk menutup bicara supaya boleh tanya soalan-soalan, saya selalu sebut soalan susah biar Dr. Zul jawab, soalan yang okey saya jawab.

 

 

  1. Ini saya katakan, sebab itu soal Akta Universiti diperkenalkan tahun 1971, 1974 sampai sekarang, walaupun banyak dipinda dan diubah suai, saya kata kalau saudara tahu sejarahnya, Akta Universiti itu diperkenalkan untuk kawalan Anwar Ibrahim, orang lain tidak tahu tu? Ya, sebab lepas banyak siri-siri kita tunjuk perasaan soal kemiskinan, soal rasuah, maka dikawal dengan Akta Universiti. Baik, sekarang si Anwar itu dah jadi Perdana Menteri. Tukarlah undang-undang nak tukar sikit-sikit, ubah suai-ubah suai, saya tak setuju. Bagi ruang.

 

  1. Anak-anak kebanyakannya umur 18 dah. Dewasa, matang. Apa, tak akan melakukan kesilapan jangan kata begitu. Memang akan melakukan kesilapan. Didiklah. Tegurlah. Tidak ada undang-undang? Ada undang-undang. Undang-undang jenayah yang ada, pakailah. Mengapa nak ditambah undang-undang untuk anak-anak mahasiswa? Itu yang saya berbeza pendapat.

 

  1. Jadi, semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya kata saya nak tengok akta itu. Pertamanya, batalkan keseluruhannya. Dan kalau ada, keperluan akta pengurusan universiti, atau penubuhan universiti, kuasa dekan, kuasa senat, kuasa board of studies, itu soal lain. Tapi jangan ganggu dan beri ruang.
  2. Apakah saya yakin anak-anak mahasiswa tidak akan melakukan kesilapan? Saya percaya ada. Apakah tidak boleh terkawal, tidak? Jadi saya masih percaya dan insya-Allah tahun ini juga kita akan bentangkan rang undang-undang itu dan luluskan di Parlimen dan pimpinan universiti, naib canselornya, atau rektornya, dekannya harus berdepanlah. Kalau tidak kita berdepan dengan masalah kekacauan tak terkawal.

 

  1. Ada seorang sahabat saya, sasterawan Indonesia terkenal, namanya Taufik Ismail. Dia tulis semasa gejolak politik di Indonesia, 40 tahun yang lalu, mungkin. Dia tulis soal mahasiswa saya fikir. Soal takut. Mahasiswa takut dengan dosen. Dosen itu pensyarah ya, mahasiswa takut dengan dosen, dosen takut dengan dekan, dekan takut dengan rektor. Rektor takut dengan menteri, menteri takut dengan presiden. Presiden takut dengan mahasiswa. Tidak persis begitu, tapi dia kurang begitu. Jadi maksudnya takut. Jadi kita kena matikan ini, sifat takut ini. Nak tanya, tanya dengan sopan, dengan beradab tanya.

 

  1. Setuju? Ya. Tak setuju juga mungkin. Ada sebab itu, Syeikh Taha Jabir al-Alwani menulis “Adab al-Ikhtilaf fil Islam”, buku itu ada pernah saya minta diterbitkan oleh JAKIM adab, ikhtilaf dalam Islam, beda pendapat, tapi ada adab. Jadi mudah-mudahan Allah SWT berikan kekuatan sambung dengan sikit sebanyak soalan. Jangan susah-susah, saya baru baik surgery, susah kan lagi perut, lagi sakit. Boleh-boleh. Jadi tidak ada kongkongan.

 

  1. Terima kasih banyak saudara-saudara, saya sangat terharu. Anak-anak tak boleh bayangkan, you know bila saya tengok gini, ada harapan masa depan kita.
    Eh, harapan pula, ya (nada seloroh). Saya lihat, potensinya baik. Fikiran baik, saya betul-betul orang kata, tapi dah kalah Johor, kalah Negeri Sembilan. Saya tidak terganggu. Apa kalah? Di penjara pun dah berpuluh tahun-tahun. Keseluruhannya lebih 10 setengah tahun dalam penjara, saya tak anggap kalah. Saya memanfaatkan waktu, nak sedih pun boleh, tak? Nak sedih juga sikit, kita kan manusia. Tapi kita juga dalam ucapan tu “Lā takhaf wa lā taḥzan innallāha ma’anā”, macam mana?
    Bersyarah kat orang boleh, tapi kena kat kita. Jadi sebab itu, kita memanfaatkan waktu, maka ada sikit masa, hafaz al-Quran, baca kitab-kitab, belajar lagi. Jadi kita memanfaatkan waktu, keluar lawan lagi itu yang penting. Baik, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

SESI Q&A

 

SOALAN 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YAB Perdana Menteri. Nama saya Ahmad Attaul Quddus bin Ahmad Arif. Mahasiswa dari Turkiye. Saya ingin bertanya satu soalan. Apakah langkah kerajaan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan kewangan buat belia yang terlibat dalam ekonomi gig? Terima kasih.

 

YAB PM:

Baik, apa yang tanya soalan susah awal-awal ni? Tak kesian ke? (nada seloroh). Okey, tadi saya umumkan di sidang bersama dengan anak-anak yang terlibat dengan TikTok dan perniagaan kecil-kecilan, tentang pertama kita ada Suruhanjaya gig, keduanya sekarang ini kita perkenalkan rang undang-undang mengenai peniagaan kecil-kecilan yang baru ini. Saya dah minta Menteri Armizan siapkan tahun ini juga.

 

Dia ini satu lapangan yang baru. Undang-undang yang ada tu kadang tidak relevan. Jadi apa yang kita lakukan umpamannya, bagi kerja gig ada yang kalau perlu minyak kita dah turunkan harga minyak. Walaupun masih orang tak puas hati, kerana dia rasa untuk pemandu-pemandu apa dia panggil e-hailing ini, p-hailing tak cukup. Itu saya sedang meneliti balik, tapi janganlah kita nafikan bahawa harga minyak di Malaysia ini, mungkin di antara yang paling murah di dunia.

 

Tapi kadang-kadang orang kritik, dia padam itu. Dia kata, Anwar janji turun harga minyak. Seolah-olah saya tak turun. Turun. Turun harga minyak paling rendah di dunia dan tahu berapa kosnya sekarang. Yang kita tanggung, kerajaan? Hampir RM45 bilion satu tahun. Ini kenyataannya, yang dihadapi oleh seluruh dunia. Ini bukan alasan untuk saya mengelak daripada membantu.

 

Tadi dicadangkan banyak anak-anak yang lulus universiti, nak mula perniagaan. Dia kena tunggu 3 tahun. Dia nak dapat pinjaman TEKUN. Dia kena ada rekod. Tapi keadaan dah berubah. Jadi sebab itu, kita akan permudahkan. Jadi saya hanya boleh sebut di sini, saya akan dengar, minta beberapa pandangan lain dikemukakan, dan menjelang 31 Ogos tahun ini, saya akan ada satu dua pengumuman penting bagi negara, kemudian saya akan ke Kuching 16 September, Hari Malaysia.

 

Jadi 30 Ogos malam, satu pengumuman, beberapa kelonggaran ini saya ambil kira juga tuntutan anak muda. Kemudian 16 September, kemudian awal Oktober belanjawan tahun ini. Insya-Allah saya dengar, saya teliti ada keupayaan kita akan lakukan yang sebaiknya terutama bagi anak muda.

 

 

SOALAN 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YAB Perdana Menteri. Saya Muaz bin Muhammad Fazil, berasal dari Pulau Pinang. Sekarang mahasiswa Master di Kuliah Ulum Islamiah, kursus Bahasa Arab Balawa. Sastera Arab lah! Kalau Dato’ Seri sastera Melayu, dia ada persamaan. Saya pun negeri Pulau Pinang. So, soalan saya adalah bagaimana Malaysia mengekalkan kepimpinan dalam memperjuangkan isu Palestine dan ummah di peringkat global. Dan satu lagi, cadangan daripada saya tentang baucar buku MADANI Dato’ Seri, kita dapati baucar ini terhad kepada pelajar IPT di dalam Malaysia. Jadi kami di sini rata-rata di Mesir, Jordan, di luar negara kami tak dapat akses baucar buku tersebut. Jadi kalau mungkin Dato’ Seri boleh pertimbangkan. Baik, terima kasih.

 

 

YAB PM:

Nasib baik pendek, kalau tanya macam mana, saya tarik balik. Pertama soal Palestine. Walaupun umumnya masyarakat Malaysia bersetuju, tapi ada juga yang menentang pendirian saya isu Palestine. Dia kata, kampung, orang miskin di bandar pun ada nak jaga orang asing. Ini pandangan ni ada, dia tak faham “Rahmatan lil ‘Alamin”. Dia tak faham tentang soal kemanusiaan. Jadi kita kena sabar, tapi pendirian saya tegas. Bukan dari di sini, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan saya ingat lagi, masa itu depan Presiden Amerika Syarikat, Biden. Semasa Biden di San Francisco, saya tegas… tegas menyatakan kezaliman, penindasan, penghinaan, pencerobohan wajib dihentikan.

 

Di depan Chancellor Jerman, Lafpalm pada masa itu, saya kata saya lihat masalah Palestine masalah penjajahan. Kita dibesarkan dengan semangat yang kukuh untuk menentang penjajahan. Bagaimana boleh kita sahkan, tetapi kekejaman itu masih berterusan. Saya ditanya apa lagi yang boleh kita buat? Kita lakukan yang sebaik mungkin. Ada orang kata hantar tentera di sana. Saya tengok ada beberapa ceramah di Kelantan. Kalau betul PMX ini seorang pejuang, hantar tentera. Nak terbang ke mana? Tak apalah itu saya ingat itu hanya faktor sampingan, itu hanya perbicaraan politik tapi tidak beri makna.

Yang kita buat sebaik mungkin apa dia, bantu mereka. Yang sakit bawa ke mari, ubat dah siap, sihat bawa hantar balik. Kumpul dana, tolong mereka, bina masjid, bina hospital. Sekarang keadaan tidak mengizinkan nak hantar pun tak boleh. Jadi, yang ada hanya keupayaan kita menyuarakan dengan lantang dan berani. Ada orang kata. Tak cukup, tak cukup, tapi bayangkan negara mana? Negara mana, termasuk dalam rantau kita, yang setegas dan sekeras ini dalam perjuangan Palestine.

 

Jadi, saya lakukan yang sebaik mungkin. Saya jaga. Saya tahu ada risikonya. Maka sebab itu, kita baik dengan Amerika Syarikat, kita baik dengan China, kita baik dengan negara-negara ASEAN. Orang kritik lagi. Jadi, bagaimana kamu baik dengan negara yang pernah menjajah dan menghancurkan Islam. Saya kata kita negara dagang. Ratusan ribu pekerja di Malaysia ini. Suara kita tak boleh dikawal. Suara itu hak kita. Kita negara merdeka dan berdaulat, kita berhak menyuarakan dengan tegas dan berani menentang penjajahan dan kezaliman termasuk penaklukan Palestine dan Gaza. Itu yang penting, itu insya-Allah kita akan teruskan.

 

 

Yang kedua, baucer buku MADANI. Yang sekarang ini terpakai untuk semua mahasiswa dan pelajar dari sekolah rendah sehingga universiti, okeylah saya akan timbang termasuk untuk yang luar negara. Yang tepuk ni pasal apa, saya kata saya timbang. Tapi, insya-Allah, saya timbang dengan rasa simpati dan saya akan pandang serius, saya akan teliti. Kalau tak umum 30hb malam, saya umum 16 September. Kalau tak umum 16 September, saya umum belanjawan awal Oktober. Insya-Allah saya umumkan.

 

SOALAN 3

Assalamualaikum. Saya Aminah Zainal daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Saya ingin bertanya, apakah pendekatan kerajaan menggabungkan sokongan psikologi dan kerohanian untuk menangani krisis mental belia? Terima kasih.

 

YAB PM:

Menarik tau sebab kesihatan mental ini tidak sepertimana dulu, tak dihebahkan. Sekarang ini menjadi isu. Jadi, kita juga bincang semalam di mesyuarat Jemaah Menteri, saya bincang juga dalam perbincangan persiapan belanjawan negara, kerana isu ini dekat dan saya ingat Azizah, Azizah rumah saya, jangan fikir Azizah lain pula (nada berseloroh). Dia juga bagi pandangan kepada saya, dia kata bahawa isu kesihatan mental ini isu yang patut dipandang berat.

 

Jadi, saya setuju dan dalam belanjawan negara, kita akan cuba tangani sedaya upaya kita tanpa permasalahan kesihatan mental, OKU, autism. Itu yang tiga ini, walaupun kategorinya berbeda, tetapi isu ini harus kita tangani.

 

Kalau orang ada anak yang ada masalah kesihatan mental, itu satu beban. Kadang-kadang tengok orang, dia terjun bangunan ke ataupun dia bergaduh ataupun baru-baru ini dia cerca Raja. Check, check tengok kesihatan mental. Lepas itu dia buat ugutan nak bunuh Perdana Menteri, ya. Polis tentu dia tangkap. Itu dia ikut proses undang-undang biasa tapi tengok-tengok dia ada masalah. Jadi kita kena tengok dan lihat permasalahan ini.

 

Kalau autism, kemudahan kita agak terbatas. Tapi kalau seorang keluarga, ibu bapa yang ada anak, dia beban yang besar. Kita memang bantu banyak hal tapi tak cukup. Dia mesti ada sekolah khas dan sebagainya. Dulu kalau anak-anak kita, kalau ada yang ada sedikit kecacatan, mata ataupun OKU, dimarah-marahnya, dibuli-bulinya. Saya masih ingat di sekolah, budak itu dia mata tak berapa terang. ‘Kamu apa? Buta kah?’ Dia tak buta, tapi tak berapa nampak. Tapi ini makna pendidikan ini bukan sahaja bantu yang terkesan, tetapi juga didik masyarakat.

 

Ini macam kes buli, nak kata orang belajar sekolah Inggeris dibuli, dibuli juga. Mahaad Tahfiz pun ada buli juga. Jadi, didikan dan pendedahan ini penting. Sebab itu saya kata, isu pendidikan itu penting sangat. Menanam satu semangat dan jiwa manusiawi yang disebut karamah insaniah itu, sangat utama.

 

Kadang-kadang kita cakap Islam ini betul-betul rituals yang wajib, ya betullah, bukan kita tak ringankan, tetapi karamah insaniah tak ada. Pandang orang lain beza, warna kulit lain, kita pandang serong, budaya lain kita hina. Ini kerana didikan itu tidak cerah. Pernahkah ada satu hadis atau sahabat yang menghina orang berdasarkan warna kulit atau kaum atau beza agama? Tidak ada. Apa yang jadi pada kita? Tapi kita kata kita kesedaran Islam lebih tebal, tapi kemanusiaannya lebih tipis. Mana ada. Mungkin berlakunya pertembungan di antara kemanusiaan dan keislaman? Tak ada. Kemanusiaan itu sebati sepatutnya. Dia lebih, kalau hati nurani, kemanusiaan itu lebih mendalam, lebih baik, kecintaan.

 

Sebab itu, saya ingat umpamanya bila di… salah satu kupasan walaupun kadang-kadang dalam riwayatnya berbeda, tapi matannya lebih kurang sama, ya. Bila Saidina Ali bin Abi Talib R.A ditanya tentang Islam dan bukan Islam. Bagaimana? Macam kita di Malaysia sangat relevan. Di setengah negara tak relevan sangat. Bagi kita relevan.

 

Macam saya, saya anak Bukit Mertajam, Pulau Pinang, saya dibesarkan dengan semua jiran tetangga yang Cina, India, semua. Dan saya tengok, ada yang baik, ada yang jahat, betul? Sama juga macam Melayu. Tetapi kemanusiaan tak pernah disebut, ditanam. Jadi Saidina Ali bin Abdul Talib ditanya perbezaan di antara Muslim dengan bukan Islam. Kalau dia kata di antara orang Islam ini “Akhūkum fīd-dīn”, dia saudara kamu dalam agama, “Innamal-mu’minūna ikhwatun”, itu jelas. “Akhūkum fīd-dīn”, saudara kamu dalam agama. Eh berat itu. Jangan nak maki hamum, nak cerca dia kerana berbeda sikit pendapat. Lain pertubuhan, lain parti, cerca teruk. Tapi, bagaimana? Saidina Ali kata, saudara kamu, “Akhūkum” seluruhnya. Baik, itu Islam. Kalau yang bukan Islam?

 

Tengok kebijaksanaan seorang yang luar biasa, yang mengungkapkan lazatul ma’rifah ini. Saidina Ali bin Abi Talib. Apa dia kata? Islam dengan Muslim, “Akhūkum fīd-dīn”. Muslim dengan bukan Islam, “Akhūkum fil insaniyah”. Saudara kamu, sesama manusia. Saudara kamu, sesama manusia. Istilah itu maknanya persaudaraan itu ada. Tali persaudaraan. Tapi bukan persaudaraan akidah. Bukan persaudaraan deen. Persaudaraan insaniah. Itu kategori Walaqad Karamna Bani Adam itu, fil insaniyah. Itu karamah insaniah. Demikian kuliah Zohor.

 

SOALAN 4:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nama saya Fatimah Farhana binti Suhaimi. Saya adalah mahasiswa Universiti Al-Azhar daripada jurusan Syariah Islamiyah. Soalan saya, apakah garis panduan Kerajaan dalam menyediakan ruang hiburan untuk anak muda yang patuh syarak? Sebab yang kita tahu, anak muda ni bukan sahaja perlukan ruang untuk menuntut ilmu dan juga membina kerjaya tapi juga perlukan ruang untuk berhibur dan bersosial.

Terima kasih.

 

 

 

 

SOALAN 5:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Yang Berhormat Ustaz. Saya punya hujah ini agak panjang sikit, tapi saya direct kepada Dato’ Seri lah. Saya Muhammad Ajmal bin Muhammad Nazif berasal daripada Seremban, merupakan mahasiswa Universiti Malaya.

 

Sebagai seorang mahasiswa muslim dan anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara, saya melihat isu Tabung Haji bukan sekadar persoalan kewangan atau pengurusan sebuah institusi. Tabung Haji bagi umat Islam membawa makna yang lebih besar, ia adalah sebuah amanah. Di dalam Islam, amanah bukan sekadar tanggungjawab kepada manusia, tetapi juga tanggungjawab kepada Allah SWT. Wang yang diamanahkan oleh para pendeposit datang daripada titik peluh dan simpanan mereka untuk menunaikan ibadah haji.

 

Justeru. saya ingin bertanya kepada YAB Dato’ Seri berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Apakah jaminan dan langkah konkrit kerajaan untuk memastikan setiap syor RCI yang masih berbaki benar-benar dilaksanakan dengan penuh ketulusan dan accountability, supaya amanah para pendeposit terus terpelihara dan keyakinan umat Islam terhadap Tabung Haji dapat diperkukuhkan.

 

Dan sebagai anak muda kami bukan hanya mahu melihat bagaimana kesilapan masa lalu diperbetulkan. Kami mahu melihat sebuah Tabung Haji yang lebih telus, kukuh dan berintegriti untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

 

Jadi, apakah visi YAB untuk memastikan prinsip amanah, integriti dan tadbir urus yang baik terus menjadi asas Tabung Haji pada masa hadapan? Dan saya mewakili pelajar Universiti Malaya, mereka mengirimkan salam kepada Dato’ Seri sendiri sebagai alumni Universiti Malaya sendiri.

 

Jika Dato’ Seri berkesempatan, jemputlah datang ke Universiti Malaya memberi hujah yang bermakna Dato’ Seri, pengalaman Dato’ Seri menjadi mahasiswa dulu. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak Dato’ Seri. Itu saja. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

YAB PM:

Baik, pertama soalan ruang pergaulan. Tentulah kita boleh menetapkan kaedah-kaedah jangan keterlanjuran. Tapi kadang-kadang kita pun agak menghukum cepat sangat. Saya tahu, saya pun muda dulu. Tapi berbeda kerana saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam, kemudian dalam ABIM, kemudian syeikh-syeikh saya masa itu Ghani Shamsuddin, Fadhil Nur itu orang-orang yang membantu, mendidik kita dan memperingatkan. Jadi suasana, budaya itu lain dalam ABIM masa itu, tapi kan anak-anak di luar itu, bagi pencerahan, bagi pendedahan, bagi pendidikan. Kita pendekatan ni nak sekat, nak hukum, sekat, hukum, sekat, hukum.

 

Ini masalah kita pendekatan, jadi saya masih lagi terpengaruh dengan pandangan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi tentang Fiqh Aulawiyat ini, dia ada keutamaan dia. Kita bagaimana? Dalam Usluh Da’wah, Fiqhut Da’wah ni apa pandangan kita? Nak tarik orang atau nak hukum dulu? Dia kalau dalam prinsip dalam kaedah dakwah itu, bagaimana nak menarik orang? Dia kalau awal-awal asyik kalau bersyarah itu kira masalah, hukum je. Dia tak akan jadi tarikkan. Jadi kita kena tunjuk kasih sayang. Saya diperingatkan baru ini oleh Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi, kemudian dia pesan kepada saya. Ini lepas heboh Tabung Haji dan apa semua dia tengok, dia kata, “Anwar, dengar. Ante kena tegas, tegakkan keadilan itu satu kewajipan. Ante Rais Wizarat lakin, nak sambung bahasa Arab ke macam tu”. Tapi kata dia, “ante kena faham pendekatan dan kebijaksanaan dakwah itu menuntut ante tunjuk ante itu sangat manusiawi, sangat berhikmah, sangat ada Rahmah, kerana itu tuntutan Islam daripada awal. Dia jangan nak ikut hukum ada, tapi mesti dengan Rahmah, jangan tinggal prinsip kasih sayang ini” Dan disebab itu, saudara tahu di antara hadis yang sangat dipopularkan, “Irḥamū man fil-arḍi yarḥamkum man fis-samā”. Sebab itu bila kita lihat, saya katakan pencerahan dan pendidikan itu tak boleh lari. Hukum, salah, hantam, betul. Bukan saya kata nak padamkan ini, kesilapan ini, tapi cuma dengan kebijaksanaan dakwah.

 

Ada orang marah saya sebab saya pergi majlis itu, bahasa kebudayaan. Kebudayaan ini ialah kebudayaan Malaysia, ada yang menari, ada Cina, ada Melayu, ada Iban, ada Kadazan kalau dulu yang Iban dulu dia pakai sikit sangat, sekarang dia pakai lebih sikit lah. Jadi, saya rasa tak. Kalau kerajaan ambil keputusan tak boleh larang, jadi ditafsirkan sebagai menolak budaya dia. Jadi bagaimana hikmah ini kita kena tangani dengan baik. Saya pernah ingat lagi Sheikh Yusof al-Qaradawi pernah ditanya. Mengapa kita dalam dakwah dan kuasa tak melarang anak-anak yang pakai mini skirt di Bangsar?

Tahu jawab dia. Dia tak pernah kata boleh pakai. Dia kata, bagilah pencerahan, bagilah ilmu, pergiatkanlah dakwah dan dakwahlah dengan berkesan, tunjuklah kasih sayang dan tariklah mereka.

 

Berapa orang kita dulu kalau solat dan sebagainya, saudara-saudara tak apa bagaimana yang didikan yang lain-lain umum, kawan-kawan kita. Saya tahu saya di Malay College Kuala Kangsar, mana ada pendidikan kesedaran Islam, hanya belajar agama, solat dan sebagainya. Kesedaran tidak ada, kefahaman tidak ada, tidak. Jadi nak harap anak-anak itu form 5, form 6 terdedah, tidak. Tak mungkin, jadi kalau kita baca rencana saya masa saya tingkatan 6, itu tidak mewakili pandangan kawan-kawan saya. Saya masih ingat bila saya di Universiti Malaya, kemudian bila saya pimpin ABIM, ramai kawan-kawan saya dari Malay College dulu tanya. Dia panggil saya Pek Wah. Pek Wah (Prefect Anwar).

 

Orang Kelantan dia panggil Pek Wah. Mu guano sekarang ni. Dan saya ingat saudara tahun 60-an, 68, 69 di Universiti Malaya. Kalau kita bagi ucapan, “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Dia fikir aneh kerana tidak jadi budaya pada masa itu baru hanya kelompok kecil dalam persatuan mahasiswa Islam yang mulakan, “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”, dulu tak ada. Jadi takkanlah kita nak hukum mereka dalam keadaan begitu. Sebab itu, bagi saya asalkan janganlah tolak ansur sampai terlanjang pula tak bolehlah, tetapi kalau ini kita cari jalan cara berhemah untuk menarik.

 

Dia tidak akan menawan ataupun menarik pandangan golongan yang itijahatnya itu, sosoknya itu keras atau garis keras. Islam tu ada orang garis keras atau tidak, sudah tahu kalau lihat sirah bagaimana Abu Dhar al-Ghifari. Abu Dhar al-Ghifari. Sosoknya sahabat baik, tapi ada juga peranan. Kamu jangan jadi sini. Kamu boleh buat begini. Sebab itu, rangkuman daripada kekuatan empat Khalifah awal itu menterjemahkan sosok yang perlu dirangkul untuk menjadi ketua dan pemimpin.

 

Jadi saya nak sebut di sini Kerajaan MADANI harus lebih tegas. Tidak boleh umpamanya membiarkan keseronokan berlebihan. Tetapi, harus dengan bijaksana. Mesej harus sampai. Pendidikan, pencerahan harus ada. Umpamanya, 30 malam akan ada perhimpunan di Dataran Merdeka. Tentunya ada acara kebudayaan. Ada pesanan dari Perdana Menteri. Jadi, tentu kita harus kawal, janganlah kalau ada tarian dan sebagainya itu, sampai melampaui batas. Itu saya boleh jamin. Lebih daripada itu lepas itu, lepas jam 12 balik, apa jadi? Saya boleh kawal setakat ini, mengingatkan anak-anak kita. Okey itu sebagai contoh.

 

Tapi saya setuju dengan anakanda mengingatkan kita bahawa jangan izinkan ketelanjuran berterusan. Mesti didik mereka, beri kefahaman mereka. Pendidikan Islam itu harus ditanam secara tebal. Pendidikan Islam di sekolah-sekolah biasa saya tak sebut soal maahad tahfiz, atau sekolah-sekolah agama. Sekolah-sekolah biasa, harus ditanam kefahaman. Kefahaman dan roh, roh. Roh itu harus ada. Semangat ini kena ada.

 

Baik. Kemudian, RCI Tabung Haji, pemimpin masa depan. Saya nak bagi tahu anak-anak. Anak-anak ini dalam bidang bukan semestinya pemimpin masa depan. Anak muda sekarang harus berfikir yang Insya-Allah juga pemimpin masa depan, tapi masa kini pun anak-anak adalah pemimpin. Harus membentuk pemikiran, harus bersuara. Harus berani menegur. Saya tak ada masalah. Nak tanya hari ini memang baik daripada Dr. Zul ada. Nak tanya, saya tak ada masalah kerana anak-anak dalam beberapa bidang juga memimpin. Jadi, kita mesti ingat kita pemimpin masa kini walaupun agak terbatas dan mudah-mudahan Insya-Allah akan berkembang menjadi pemimpin lebih besar masa akan datang.

Soal Tabung Haji, tengok naratif, tengok perbahasan di Parlimen. Mana lari keluar. Sebab? Perdana Menteri tak ada. RCI ini dah berapa banyak dah sebelum ini. Bukan dibentang Perdana Menteri pun. Mengapa kali ini nak hentam saya? Saya buat pembedahan kecil di perut. Oh, pasal buat hari ini tak boleh Tangguh? Aduhai ini, ini bukan politik ini. Ini bukan dakwah. Ini bukan kemanusiaan. Ini benci betul-betul. Apa alasan? Yang bentang itu seorang yang saya yakin punya kemahiran, kewibawaan, terlatih dalam institusi kewangan Islam lebih baik daripada saya. Maka Dr. Zul bentangkan.

 

Dasar umum itu tanggungjawab saya. Jemaah Menteri dan tanggungjawab Perdana Menteri. Saya tak lari. Bukannya lari. Jadi, perbahasan itu penting, sebab dia mendedah. Tapi saya fikir alasan nak lari sebab lain. Sebab tempiasan itu kena banyak tempat. Saudara, anak-anak dikasihi sekalian. Tak boleh. Ini bukan soal parti politik, ini soal akhlak, soal nilai, soal masa depan bangsa dan agama. Satu institusi yang harus dipelihara, diasaskan dengan pemikiran seorang tokoh ekonomi Melayu, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan menjadi contoh kebanggaan umat Islam seluruh dunia. Baru ini dalam beberapa bulan lalu, bila dapat hadiah, saya teks dengan Putera Diraja Muhammad bin Salman dan dia jawab, menyatakan kebanggaan atas prestasi Tabung Haji yang diurus dengan baik.

Tapi ini keterlanjuran bukan sedikit, RM12.5 bilion ringgit. Saudara nak beli barang pun dia ada akad dia. Beli motor ada surat dia. Ini beli bank 1 bilion, pakai promisiri nota sahaja, note. Boleh, dibiarkan? What’s wrong? Dia bodoh? Tak. Dia tak tahu peraturan? Dia tahu. Itu masalahnya. Masalah ni amalan menyakau. Kerja sakau ni dibiarkan. Budaya bagi orang-orang tertentu. Kemudian marah saya.

 

Saya nak beritahu anak-anak. Anak-anak doakanlah. Saya sihat Insya-Allah. Selagi saya mampu, saya tak mahu ditolak ansur saya akan tegas. Apa? Ini baru satu. Tabung Haji berapa? RM12 bilion. Bagi. Syarikat rugi billion, bayar elaun melambung tinggi. Ini apa punya kerja ni? Ini duit pencarum, petani, nelayan. Hati perut kamu di mana? Kamu tengok duit buta. Cakap soal Islam pergi mengizinkan haji. Allahuakbar, Allahuakbar apa? Dia ambil caption dia kata, “Anwar kritik Allahuakbar”, apa aku kena marah pula. Salah juga. Maka kita kena soal ini dia anak-anak. Anak-anak kena ingat ini, it’s nothing politica,l beritahu betul-betul you ingat senang. Kadang-kadang orang itu saya kenal, kadang-kadang sahabat keluarga saya. You ingat saya suka? Saya tahu apa rasa di penjara. Saya tahu apa kena didakwa duduk berdepan dengan mahkamah hakim. Pergi balik pergi balik pergi balik saya tahu kan saya, lepas kena pukul, duduk di penjara. I know! Jadi saya tak mahu orang yang tak bersalah didakwa atau dihukum. Tapi kalau dia dah bersalah rugi itu ikut proses. Siapa nak tentukan buat siasatan? Itu badan siasatan SPRM, AMLA, PDRM dia siasat.

 

Siapa nak dakwa? Keputusan peguam negara. Siapa nak jatuhkan hukum? Itu hakim, bukan Perdana Menteri. Kalau tanya saya, banyak orang yang kena hukum, banyak orang yang tak payah kena hukum, bukan kerja saya. Tapi bila di dakwa, itulah Anwar dia dendam. Dendam apa? Dendam kesumat. Jadi, saya nak sebut di sini, It’s a very serious. Malu kita cakap Islam, Islam agama Persekutuan, selamatkan Islam, selamatkan Melayu, pergi gagah, bergegar di sana sini. Semangat bergentar-gentar, tapi dalam pada selamat sakau dan sekarang ni istilah sakau dia marah. Mana ada sakau. Ini Perdana Menteri tak ada cerita lain sakau, skaau, sakau. Mana ada pendakwaan dah berapa puluh dah kena dakwa. Pagi ni pun ada yang di penangkapan lagi. Saya di maklum saya taknak campur. Orang ni saya kenal, ya betul. Orang ni baik dengan saya, okay. Tapi, terus saya tak mahu campur. Baik. Itu satu kes Tabung Haji. Bolehkah kita biarkan?

 

Sekarang FELDA. Saya sekarang ambil alih jaga FELDA. Berapa rugi? Ada tak anak-anak peneroka di sini? Tak ada. Ada angkat tangan anak peneroka. Tak ada. Hmm… Baik. Berapa rugi FELDA? 10 bilion ringgit. Dulu tak? Dulu yang jaga Taib Andak, Raja Alias, Melayu, ya. Baik, baik. Pengurusan dia cekap. Pakar ekonomi? Tidak.  Pakar accountancy, no. But, orang lurus baik. Urus dengan baik. Untung berapa? Untung berbilion ringgit. Apa jadi ladang? Ladang di Malaysia termasuk FELDA itu merupakan perladangan di antara terbesar di dunia. Untung berbilion ringgit. Lepas itu, orang politik tertentu campur tangan. Beli hotel. Harga hotel 100 juta, dia beli 160 juta. Sekarang tak selesai. Orang kata, Anwar dendam. Ungkit kisah-kisah lama. Apa kisah lama? Saya sekarang Menteri Kewangan saya jaga. Minta Dato’ Seri, minta boleh sign. Kita nak jual hotel ni. Berapa? 100 Juta. Oh ya. Ya. Okey, okey. Beli dulu berapa? 160. Kita meniaga apa ni? Beli RM160 juta, jual RM100 juta. Saya kata macam mana saya nak sign? Macam mana, macam ni? Dia kata tak upaya sebab beli itu bukan harga yang berpatutan. Beli itu harga yang memang dilonjakkan untuk dikaut, disakau oleh orang tertentu.

 

Hidup Melayu, Allahuakbar! Sebab itu saudara-saudara, minta maaf, minta maaf. I am sick of this. I am not a young man. Saya memang nak mencapai 80-an dah, tapi Allah takdirkan setelah kena sepak terajang dalam penjara, pergi keluar penjara setengah mati. Allah takdirkan saya Perdana Menteri. Percayalah anak-anak, suka duka, sukar, ini simpang siur politik sementara tak mengganggu saya. Saya ada azam, Fa’idha azamta fatawakkal ‘alallah. I will do my job, I want to clean this mess.

 

Ada lagi? Ada. Tadi saya pengerusikan Khazanah. Apa dia Khazanah? Itu syarikat Kerajaan, semua bank, MAYBANK dan TNB, Telekom itu di bawah Khazanah, pengurusi Perdana Menteri ikut undang-undang. Baik saya kata, saya puji alhamdulillah, pengurusannya baik, saudara jaga tatakelola dengan baik. Saya tengok Bangunan Sultan Abu Samad, saya kata baiki Bangunan Sultan Abu Samad, saya nak jadi itu sebagai kebanggaan Warisan Melayu, Kesultanan Melayu. Jadi orang tengok Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad indah. Belanja tak apa. Carcosa Seri Negara, Carcosa itu bangunan British masa Merdeka, Kerajaan pada masa itu serah kepada Inggeris sebagai seolah-olah penghargaan. Masa saya jadi Ketua Pemuda, saya kata no, no, no, saya minta Perdana Menteri tak boleh. Saya buat sedikit tunjuk perasaan bantah. Saya kata ini hak maruah kita bangunan tertinggi, terindah di Kuala Lumpur harus menjadi milik negara. Jadi milik negara dan saya minta Khazanah indahkan, ada sejarah yang dirungkai baru-baru ini. Dan ini dilakukan oleh Khazanah dengan begitu baik. Tapi dalam gali, gali, gali ini rupanya ada syarikat ini tubuh sejak 2012 yang menimbulkan keraguan tentang tatakelola.

Apa keputusan saya? Saya kata, tak kira. Walaupun Pengerusi sekarang itu Perdana Menteri, saya kata kalau ada pelanggaran tatakelola, siasat. Ini barulah kita tegas. Jadi sekarang keputusan kita mesyuarat tadi pagi, di bangunan UEM, Mesyuarat Lembaga Khazanah, memutuskan untuk siasat apa-apa aspek supaya kita bersihkan walaupun dia itu warisan saki-baki yang lama kerana masih bertarung.

 

Orang tanya macam saya sebut tadi FELDA. Oh, nak bongkar yang lama, bongkar lama apa, kena bayar sekarang. Kisahnya 10 tahun yang lalu atau 15 tahun yang lalu, tapi yang kena bayar ini sekarang. Tabung Haji, bukan kerana kita dengki orang lama, tapi masalahnya sekarang. Nasib baik, alhamdulillah, kita ada Menteri, kita ada Tan Sri Rashid Hussein, dia mengetuai lembaga, bersih, jaga baik-baik dan pulihkan dan Tabung Haji dah mula kembali sebagai badan yang dibanggakan oleh umat.

 

Tapi percaya, kita akan teruskan. Mudah? No! Sebab apa tak mudah, sudah tengok siapa? Dari kalangan Ahli Parlimen parti pembangkang yang sokong, ada kenyataan mereka? Tak ada. Ada sokong kita ambil tindakan Tabung Haji? Tutup mulut. Ada sokong tindakan FELDA? Tutup mulut. Ini perjuangan Islam ke bagaimana ni? Ini yang basic. Kita masalah dakwah okay. Saya nak rumuskan, sebab Wong Tai ni hero tunggu saya di mana? Dia nak jumpa saya. Siapa nama? Nama apa tu? Nama apa? Sukan? Saya tanya Mong Thai, dia kata Sukan Malaysia. Baik ada Mong Thai, tapi saya nak sebut gini ya. Bukan saya nak guna ruang ini nak pandang ringan yang lain, tak.

 

Saya cuma nak ajak keutamaan anak muda. Saudara anak-anak muda, you tak realize I went through this. Masa saya dulu di Universiti Malaya, saya tak terfikir apa sumbangan dia. You bagi kesedaran, keinsafan satu generasi. Anak-anak you balik ke Jordan, ke Cairo, ke Jepun, ke Amerika, dan kalau you tiup ni semangat bukan benci, bukan nak hina orang, bukan nak perkotak-katikkan manusia. Tapi nak angkat martabat, harakat, darajat, karamah insaniah ini, bawa perubahan. Tanya saya, saya kata, saya menaruh harapan yang sangat tinggi. Kalau tanya apa Anwar, rahsia you boleh push and move ahead? Saya jawab, selain beri keyakinan saya, saya tengok anak-anak muda ini, Ini harapan saya masa depan.

Terima kasih.

 

 

Share: