TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAULID AKBAR SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAULID AKBAR SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
28 OGOS 2026 | JUMAAT | 9.00 MALAM
MASJID TENGAH, JALAN BERAPIT
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.
Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.
Wa kafa billahi syahida.
Wa Usolli Wa Nusollimu Ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama pada malam ini. Saya ucap terima kasih kepada:
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
YB Senator Puan Marhamah binti Rosli,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
Yang Berbahagia Sahibus Samahah Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman,
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan;
Selain daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain saya ucap terima kasih.
- Saya nak raikan malam ini juga, meraikan tokoh-tokoh tuan-tuan guru yang utama, yang masyhur, dari Kelantan, dari Kedah. Jadi mungkin sebahagian daripada jamaah yang ada ini tidak kenal walaupun pernah dengar namanya.
- Pertama, Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Abdul Rahim, itu pengasas Pondok Sungai Jagung Pendang, Kedah. Memang terkenal dan saya ingat lagi masa saya muda-muda daripada zaman ABIM, memang terkenal, masyhur. Mula diperkenalkan kepada saya oleh Sheikh Fadhil Noor, mula-mula sekali. Jadi kita raikan kehadiran beliau.
- Kita di Berapit ini, terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid, Imam semua, tidak selalu kita boleh dampingi tuan-tuan guru yang terkenal, ilmu lama, banyak dan pernah mengaji di merata dunia, di Makkah al-Mukarramah, di Pattani, di Pakistan, jadi kita nak manfaatkan ilmu mereka. Yang penting, kita ini ada adab untuk menimba ilmu pengetahuan, tetapi lebih bermanfaat apabila berguru, dan berilmu, menuntut ilmu daripada orang yang mampu menyampaikan dengan tahap kearifan mereka, amal mereka dan ibadah mereka serta doa mereka.
- Mudah-mudahan, kita dapat manfaat daripada Tuan Guru Haji Abdul Rahim, dan juga yang sebelah kanan saya, Yang Berbahagia Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki, dan kenalan saya yang sangat lama, seorang ulama masyhur di Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok-pondok seluruh Kelantan. Seorang yang lama di Mekah, di Pakistan, di Pattani. Dan sekarang saya minta Dr Zulkifli bantu, dan Marhammah untuk pastikan mereka ini dapat menyampaikan ilmu dan memberi manfaat kepada umat.
- Negara MADANI ini tidak tertegak dengan hanya dengan dasar, dengan teknologi baharu, yang saya sebut, seolah-olah “menggapai yang di langit”. Artificial intelligence (AI), teknologi maklumat, teknologi baharu yang moden, itu penting kita kuasai, tetapi asas dia apa? “Menggapai di langit” tapi mesti “mengakar ke bumi”. “Mengakar ke bumi” itu, akidah, akhlak, sahsiah, supaya nilai kita dan akhlak kita jaga.
- Islam itu tidak terletak pada hanya pada slogan atau semangat, tetapi dengan ilmu dan dengan akhlak. Dan ilmu itu, kita ambil manfaat daripada tuan-tuan guru yang juga boleh memberikan manfaat kepada kita.
- Jawatankuasa masjid, kita kenal Berapit, tapi dipanggil Tengah la ni, tapi memang Masjid Berapit lah. Daripada sejarah lama, daripada sahabat kita Allahyarham Cikgu Ibrahim Ahmad sampailah Jawatankuasa sekarang, terima kasih banyak.
Saudara-saudari yang dimuliakan,
- Bulan ini bulan yang istimewa bagi Malaysia. Bagi umat Islam, bulan Maulud Nabi Muhammad SAW, dan kita tahu mesej dan risalah Muhammad SAW, risalah “Rahmatan lil ‘alamin”, ini kena jelas. Rahmat kepada sekalian alam.
- Jadi, ada kawan-kawan saya masyarakat Cina ada di belakang, saya nak bagitahu, Islam ini tegak untuk memberi rahmat kebaikan kepada semua. Tidak betul kalau dianggap ini hanya mesej dan risalah kepada orang Islam, kerana keyakinan itu, itu kita dengan Allah SWT, tentunya, dan kita dakwah. Tetapi risalah mesej itu, “Rahmatan lil ‘alamin” dan Rasulullah SAW itu “laqad kanalakum fi rasulillah uswatun hasanah”, contoh terbaik bagi kita semua, bagi umat manusia.
- Sebab itu, bila selalu dalam tegas, dalam Negara MADANI in,i kita kata kita agama wasatiyah, risalah wasatiyah, “ummatan wasata” – “Wa kazalika ja’alnakum ummatan wasatal-litakunu syuhada’a ‘alan-nas, wa yakunar-rasulu ‘alaikum syahida.”
- Kita ini, umat ini, ini yang ada ramai-ramai ini. Umat ini, Allah tetapkan sebagai “ummatan wasata”. Umat yang pertahankan keseimbangan dia, equilibrium Iman, ilmu, akal, kalbu, rohani, jasmani, material, spiritual. Ini dia satu agama yang menekankan soal keyakinan kita dan amal kita.
- Ada sarjana dan ulama kupas, umat seimbang itu, dunia pun seimbang. Jaga orang Islam, jaga bukan Islam, manusia ini. Jaga bumi yang kita pijak. Jaga pohon-pohon, haiwan, kita kena jaga, kerana sepertimana dalam hadis Nabi Muhammad SAW, “Irhamu man fil-ard, yarhamkum man fis-sama”. Kalau kita tunjuk kasih sayang kita kepada bumi, nescaya yang di langit akan mencurahkan kasih sayang kepada kita.
- “Ummatan wasata” dalam Al-Quran tadi apa dia? “Litakunu syuhada’a ‘alan-nas”. Betulkah kita ini umat yang seimbang? Betulkah kita cinta ilmu? Kita kuat akidah dan akhlak? Betulkah kita nak jadi contoh yang baik? Akhlak kita, nilai kita, kerja kita, kebersihan kita, tekun kita, negara kita, contoh terbaik. Teknologi yang melangit. Ilmunya, baik. Hubungan ulama dengan umarak, baik. Masing-masing sanggup mendengar nasihat dan pedoman. Umat seimbang. Kalau betul, betul. Betulkah kita sanggup begitu? Insya-Allah, Allah janjikan dalam al-Quran, “Litakunu syuhada’a ‘alan-nas”, Allahuakbar luar biasa.
- Maaf tuan-tuan guru-guru ni, mereka lebih arif, lebih mendalam, tapi sekadar ana nak sebut. Ini mufti-mufti ada dua juga, Sahibus Samahah, ana nak sebut, dengar kupasan ini. Kita macam mana hebat kita, Allah janjikan, dan pasai apa contoh kita tak jadi. Kerja kita, masalah negara kita. Contoh macam mana? Dadah banyak, rasuah banyak, sakau orang banyak. Bagi jaga hak orang Islam pun hilang duit. Bagi jaga orang bukan Islam pun hilang duit. Jadi nak jadi contoh macam mana?
- Sebab itu, kita kena ada “Islah”, bawa perubahan kerana apa? Allah janji, janji apa? “Syuhada’a ‘alan-nas”, kalau betul jadi ini “Ummatan Wasata”, “litakunu syuhada’a ‘alan-nas”, contoh terbaik bagi umat manusia. Ini bukan Anwar kata, bukan tok guru, ini janji al-Quran. Kamu jadi umat yang baik, umat yang wasatiyah, kamu itu sendirinya. Contoh bukan saja contoh bagi orang Islam di Malaysia, dak. Contoh bagi semua. Orang Cina kalau tengok kita, wah, orang Melayu Islam ni ya kerja rajin, akhlak baik, janji tak tipu, duit tak sakau. Orang hormat kita kerana apa? Allah janji “Syuhada’a ‘alan-nas”, tapi contoh yang baik. “Wa yakunar-rasulu ‘alaikum syahida”.
- Kalau beginilah, ini bayangkan kita akhirat esok jadi contoh, yang bagi saksi kepada kita ini Rasul. Jadi saya ingat dah sampai tahap yang paling tinggi, bukan setakat Yang Berhormat ke, Menteri gabung pun tak cukup (nada seloroh). Contoh itu, yang jadi saksi kepada kita.
- Jadi mudah-mudahan, sebab itu saya kata, kita ni pandai macam mana pun, mesti ada kesediaan ilmu. Saya dengar tadi khutbah Sahibus Samahah Mufti tadi di Masjid Seberang Jaya Sembilang. Orang baca khutbah ini tiap minggu, tapi kalau baca dengan ilmu, dengan ikhlas, penyampaian itu dengan gaya yang menarik, suara yang tegas, itu dia boleh menikam ke lubuk hati dan jiwa dan hati nurani kita.
- Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada tuan-tuan guru yang banyak, saya ingat memadailah setakat itu sebagai mukaddimahnya, dan terima kasih kepada Dr. Zulkifli dan rakan-rakan daripada JAKIM dan semua anak-anak daripada pondok seluruh Seberang Perai ini. Saya melawak tadi, bagus ada yang serban lebih besar daripada serban syeikh.
- Mudah-mudahan Allah bagi kekuatan, kuat iman, banyak ibadah, jumpa ibu bapa, cium tangan mereka. Ini kita peringat. Saya jumpa tadi, anak-anak di maktab perguruan, institut perguruan, kadang-kadang balik-balik kita, oh, okey okey tak ada langsung. Kita mengaji agama, kita solat, akhlak yang asal pun kita tak ikut.
- Jadi jagalah diri kita, kerana negara MADANI saya nak tekankan lagi. Takpalah orang kata apa pun, bagi saya negara MADANI ini mesti pacu ekonomi bagi bagus, tetapi asas dia akidah, akhlak, sahsiahnya yang baik. Maknanya, nilai dan akhlak sebagai tonggaknya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
