TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN MASJID AL-QUDDUS, MUKIM GONG CHAPA, KELANTAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN
MASJID AL-QUDDUS, MUKIM GONG CHAPA, KELANTAN
18 APRIL 2026 (SABTU) | 12.30 TENGAHARI
MASJID AL-QUDDUS
GONG CHAPA, PASIR PUTEH
KELANTAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah,
‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.
Alhamdulillahil quail
Innama Ya`muru Masajida Allahi Man `Amana Billahi Wa Al-Yawmi Al-`Akhiri
Wa `Aqama As-Salaata Wa `Ata Az-Zakaata
Wa Lam Yakhsha `Illa Allaha
Fa`asa `Ula`ika `An Yakunu Mina Al-Muhtadin
Wasallahu ‘ala sayyidina muhammadin
Wa’ala alihi wasohbihi ajmain.
Saudara saya,
Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,
Menteri Besar Kelantan;
Timbalan Menteri Besar;
Ketua Setiausaha Negara;
Ahli-ahli Yang Berhormat;
Yang saya raikan Tuan Imam Haji Adnan, tuan-tuan guru Sheikh Wazir, dan tuan-tuan guru seluruh Kelantan yang sama hadir;
Guru-guru, rakan-rakan, ibu bapa dan saudara-saudari yang saya muliakan.
- Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama pada tengahari ini, pertama menunaikan solat zuhur bersama berjamaah, dan mengimarahkan masjid. Sebab itu saya mulakan dengan membacakan ayat yang mengaitkan kehidupan kita dengan asas dan tunggaknya, iaitu mendirikan masjid sebagai tanggungjawab bersama. ’Ya`muru Masajida Allahi’ – itu untuk apa? Mengimarahkan masjid.
- Mengimarahkan masjid seperti dibaca dalam ayat al-Quran tadi untuk apa? ”Man `Amana Billahi Wa Al-Yawmi Al-`Akhiri’ – mengukuhkan dan mengikhbatkan keyakinan kita, menambatkan hati kita kepada kepercayaan kepada Allah SWT dan hari akhirat.
- ‘Wa `Aqama As-Salaat’ – dan masjid itu yang tersergam untuk apa? Untuk menunaikan solat. Selalu sepertimana kita yang arif, termasuk anak-anak, ‘Wa `Aqama As-Salaata Wa `Ata Az-Zakaat’, dikaitkan kaitan ‘hablum minallah wal hablum minannaas’, kaitan menambat hati kita kepada Allah SWT tetapi mengingatkan kita tentang tanggungjawab kemanusiaan yang harus ada pada kita. Sebab itu dikaitkan dengan ‘Wa `Aqama As-Salaata Wa `Ata Az-Zakaat’.
- Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, saya masih ingat kupasan dia, dia kata, ”menariknya kerana dikaitkan satu-satunya agama yang mengaitkan soal iman, soal taqwa, soal masajid dengan tanggungjawab dalam masyarakat. Sebab itu penyempurnaan itu sebagai institusi yang kuat. Ada negara umpamanya peringkat awal, kita tahu dalam sejarah Islam, masa Abu Bakar Al-Siddiq R.A., itu diisytihar perang orang yang solat tapi tidak menyempurnakan zakat.
- Kerana untuk hidupkan masyarakat itu, kekuatan iman, masjid penting, kekuatan jamaah, masyarakat, keselamatan mereka, juga penting. Sebab itu, institusi zakat membantu memperkukuh kekuatan ekonomi, terutama Dhuafa Wal Masakin – golongan Dhuafa dan miskin.
- Jadi, dia kata tidak ada dalam sejarah manusia ini, belum ada negara yang isytihar perang dengan maksud membela nasib orang miskin. Tidak ada dalam sejarah. Dia perang kalau cerita-cerita dulu, hikayat-hikayat dulu, kerana meminang puteri raja ditolak, maka murka, isytihar perang. Ada kerana nak menakluki negara kerana harta-benda, kekayaan, mas perak, tapi tidak pernah berlaku takluk atau isytihar perang kerana nak membela nasib kalangan miskin. Itu maksud kupasan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi.
- Jadi kata dia, sampai sanggup isytihar perang kerana nak pertahan institusi zakat, dan institusi zakat itu terlalu penting sebagai tunggak untuk membela nasib rakyat terutama yang miskin, itu kekuatannya.
- Kaitan perbincangan kita ini dalam mendirikan masjid. Bayangkan. Kata dia, peperangan kerana nak membela golongan miskin. Ini begitu tertanamnya dalam fahaman agama kita kaitan supaya amanah itu dipelihara. Bagaimana kalau kita bela nasib miskin kalau ada kekayaan dan kekayaan itu dipunggah dan memperkayakan segolongan kecil. Dan orang yang memegang kuasa itu tidak amanah, membolot kekayaan untuk peribadi mereka, keluarga mereka, dan menyisihkan masyarakat terbanyak.
- Ini peringatan al-Quran yang ada kaitan dengan mendirikan masjid. Dan kalau itulah kekuatan kita, ’Wa Lam Yakhsha `Illa Allah’ – marilah masalah apa pun, ujian apa sekalipun, krisis ekonomi bagaimanapun, perang Teluk, serangan Israel Zionis yang zalim ke atas baru-baru ini negara Islam Iran dengan dukungan Amerika Syarikat, ’Wa Lam Yakhsha `Illa Allah’ tidak menyebabkan kita rasa takut atau kecewa dan lemah.
- Jadi, saudara-saudara yang dihormati sekalian, demikian tazkirah ringkas. Saya nak ucap terima kasih kepada En Adnan, beri kesempatan bersama di Pasir Putih ini, berbincang dan memberi maklum sedikit juga tentang apa yang kita telah lakukan.
- Dalam negara Malaysia, yang saya sebut MADANI ini, ialah kerana semua negara. Adik kakak harus tahu, semua negara bicara soal pembangunan: nak baiki jalan, nak bina masjid, nak buat sekolah baru, nak ada kilang nak bagi anak-anak kita kerja. Itu satu bab. Tapi apa beza MADANI ini? Yang itu kita terus, malah kalau untuk anak-anak, dengan UITM ada, ada UITM Machang? Sekolah menengah pun ada, sekolah menengah agama pun ada.
- Apa bezanya dengan negara, bila kita sebut MADANI. Kerana soal nilai, soal akhlak, soal keyakinan agama itu penting, bukan sekadar nak maju, semua negara nak maju. Kalau saya katakan tidak mahu maju, salah kita, kerana anak sekolah saya tekankan. Apa konsep dan falsafah pendidikan kita? Untuk mudah bicara, kita kata, seolah-olah ‘menggapai yang di langit’. Maknanya, cuba mencapai teknologi baru, artificial intelligence, digital, transformation. Ini yang hal-hal, bunyi pun mengerunkan, istilah-istilah. Tapi saya tengok baru-baru ini, Encik Wazir pun tengah main komputer sekarang ini. Eh, betul ke ni? (nada berseloroh). Maknanya kita tidak boleh tolak keperluan kita “menggapai di langit’, tetapi dalam ‘menggapai di langit’, teknologi baru, digital, teknologi maklumat, engineering dan segala kemahiran dan kepakaran baru, kita tidak boleh tinggal landasan.
- Apa dia landasan? Sementara ‘kita menggapai di langit’, jangan kita lupa ‘mengakar ke bumi’. Ingat? Siapa ‘capai yang di langit’, tapi ‘akar di bumi’. Akarnya, akidah, akhlaq, membentuk sahsiah. Itu dia akarnya. Itu membedakan kita di antara manusia dan haiwan. Dan sebab itu, dalam usaha kita, kita tak boleh mengenepikan. Mudah, tidak mudah. Sebab apa saya kata tidak mudah?
- Ramai juga tuan-tuan guru yang kita panggil tradisinya sekolah-sekolah pondok dulu, maahad tahfiz, penting kita pertahankan, tetapi ada cabaran baru juga. Ini saya sebut hari itu di depan tuan-tuan guru. Saya kata, kalau dulu, pondok ini kadang-kadang, sebab itu saya tekankan, saya ini belajar di Malay College, itu aliran Inggeris. Tapi saya juga diperingatkan, sejarah kita itu berakar kepada tradisi Islam, Melayu. Dan sejarah kita juga menuntut kefahaman bahawa tanpa benteng, apa dia benteng? Maksudnya tembok-tembok pertahanan itu, sekolah-sekolah agama, pondok ini, lebur habis kepercayaan kita. Maksudnya kalau anak-anak singkap lembaran Sejarah, bila penjajah datang 1824. Penjanjian, apa dia penjanjian apa? Tahu pun, nasib baik. Inggeris-Belanda 1824 dan sebelum itu penjajahan Belanda, penjajahan Siam. Tetapi, terutamanya penjajahan barat. Bila dia ambil itu, dia ambil kuasa. Maknanya walaupun ada raja, ada menteri besar, ada hulu-hulu balang, penggawa, tapi kuasa mutlak tu pada Penasihat Inggeris.
- Itu Perjanjian Pangkor 1824. Dalam perjanjian itu, kuasa diambil alih oleh Inggeris. Tapi bukan sahaja kuasa, semuanya sekali diambil alih. Apa yang diambil alih? Sistem pentadbirannya, pendidikannya, ekonominya, semuanya mesti sistem Inggeris. Kalau yang lain, kita rasa lemah sebabkita tidak ada mampu menggali turath. Turath ini, kitab-kitab lama, khazanah lama yang tunjuk kekuatan Islam. Tidak ada. Terbenam semua sekali. Apa yang berlaku? Semuanya, sebelum merdeka lagi, semuanya kagum. Pentadbiran harus Inggeris, sistem harus Inggeris, bahasa harus Inggeris, pendidikan Inggeris, sistem ekonomi Inggeris, sistem perdagangan Inggeris. Semuanya Inggeris. Dan dianggap Islam dan Melayu ini, kalaupun ada, hanya di tahap yang paling rendah.
- Baik, dalam keadaan itu siapa yang pertahankan? Bapak Muhammad Natsir ini seorang pejuang Islam Indonesia, pernah memimpin Masyumi dan kemudian dianggap Perdana Menteri di zaman Soekarno. Dia menulis rencana mengatakan tatkala seluruh negara itu dijajah, dilanda oleh orang asing, yang pertahankan itu siapa? Yang pertahan itu adalah guru-guru pondok pesantren di Indonesia. Itu merupakan benteng pertahanan terakhir iman dan ilmu masyarakat.
- Baik, alhamdulillah kalau tengok di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Johor, di Jawa, Pulau Jawa, Sumatera, di Perlak, Aceh, semuanya yang pertahankan bentengnya itu, benteng pesantren, zawiyah dan pondok. Alhamdulillah, kita dapat pertahankan. Cuma sekarang, saya dah seru kepada Tok-tok Guru pondok, yang itu kita kekal. Sebab itu dalam cadangan kita dalam Kerajaan MADANI dengan pondok-pondok ni, kita kekal.
- Kitab mana nak baca? Kimiyaus Sa’adah, Ihya’ Ulumuddin ni Ustaz Nasruddin yang lebih arif daripada saya lah. Saya bagi contoh satu dua yang saya tahu je, atau Munyatul Musolli, Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani. Saya banyak baca tu masa Sungai Buloh aje. Sebab banyak masa, banyak waktu masa itu. Banyak masa, hafalan pun masa itu juga, banyak. Itu ada hikmahnya apa pun. Masa itu Tok Panglima Perang memang dia pertahan saya habis-habisan. Saya tak kata sekarang, saya kata masa itu.
- Baik, jadi maknanya kalau Tuan-tuan Guru, Sheikh ya, nak pertahan tradisi itu tak ada masalah. Tuan Guru lebih arif apa yang nak dia ajar, apa yang sebaiknya. Cuma saya cadangkan, itu dia. Saya cadangkan, boleh tak kita tambah? Kita tambah sikit-sikit penguasaan bahasa anak-anak kita, tambah dari segi digital, dari segi teknologi maklumat, dari segi AI.
- Dan bezanya apa? Harus kita gentar atau takut? Tidak. Kerana kita pertahankan semua ilmu baru ini dengan dasar Islam, nilai dan akhlak. Jangan lari. Kalaulah umpamanya ada generasi dalam 10 tahun lagi muncul dari UITM, dari sekolah-sekolah pondok, sekolah agama ini, orang yang hufaz dan faham Islam, tetapi penguasaan teknologi dan AI tu lebih baik, kan selamat negara kita. Itulah yang kita lakukan dan sebab itu, umpamanya dalam pendekatan kita sekarang, kita cuba menambah usaha dan peruntukan untuk memberikan peruntukan tambahan baiki sekolah-sekolah agama ini, termasuk sekolah-sekolah agama rakyat.
- Kita ingat ya, tahun 2003 Ustaz Nasruddin tahu, masa itu dia memang marah betul, saya di dalam dan dia panglima di luar. Dia marah sebab Kerajaan pada ketika itu batalkan semua peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat. Baik, 2003. Ditakdirkan 2022, saya bersama rakan-rakan tubuhkan Kerajaan. 2023, Sheikh, yang dibatalkan 2003 itu saya balik-balik. Tahun pertama, saya bagi balik peruntukan kepadanya. Tapi saya tengok tak cukup, sebab banyak sekolah-sekolah agama oleh kerana terbiar lama, daif, rosak, pecah, bumbung bocor. Anak-anak belajar dengan kemudahan yang sangat lemah, kurang. Asrama-asramanya itu pun hampir tidak selamat.
- Maka, sejak 2023, 2024 kita mula memberikan peruntukan tambahan bagi memperbaiki Sekolah-sekolah Agama Rakyat. Maknanya, kita bantu luluskan beberapa peruntukan dan banyak yang dilakukan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), kerana saya anggap pendidikan harus diberi keutamaan.
- Untuk Masjid Gong Chapa ini, Tok Imam dok tunggu apa lagi nak umum? Saya kata, Tok Imam, baru je siap, molek benar dah. Jadi, kata dia tu, saya habis sahaja solat, ‘Assalamualaikum Warahmatullah’, Tok Imam kata, “fasa kedua ini belum mula lagi”, hai, cekap Imam ini (nada berseloroh). Tapi saya puji jawatankuasa masjid. Bayangkan setahun, tak sampai setahun projek ini cepat dan siap dan mutunya sangat baik. Alhamdulillah.
- Saya dah beritahu kepada ICU cari kontraktor dia. Tengok kalau bagus kita boleh bantu supaya kontraktor bagi satu contoh, dia boleh buat cepat dan memuaskan. Tak ada bocor ya?. Baik ada lagi ini, yang diminta ada sikit tadi, kita kemudianlah ya, ada kohor-kohor lah. Yang mereka minta ada tambahan-tambahan lagi ini, kita nanti, yang sekarang ini pun dilengkapkan pembinaan bangunan utama siap hari itu, 31 Mac 2026. Kemudian tambah lagi untuk 31 Mei 2027 dua (2) unit rumah imam, dewan serbaguna , kerja-kerja landskap yang jangka siap pada 31 Mei 2027. Yang masjid ini satu bab.
- Tadi, saya juga cadangkan kita nak tambah. Tadi saya jumpa pegawai jajahan, Menteri Besar dan para pegawai untuk mendapat taklimat tentang apa masalah di jajahan. Itu berbeza, dulu Perdana Menteri datang dia bagi taklimat negeri yang besar-besar, projek besar-besar, tebatan banjir di Sungai Golok, Rantau Panjang dan lain-lain. Tapi sejak tahun lalu saya tukar, saya turun ke daerah. Jadi bila dengar daerah itu lain masalah dia, kerana pandangan daripada Gawor, Tok Gawor, Ketua Kampung. Jadi pegawai jajahan itu bagi pandangan yang dekat dengan masalah-masalah rakyat.
- Dia Perdana Menteri, kerja apa? Dengar masalah-masalah parit, dulu dia orang kata Perdana Menteri tandas, sekarang dia kata parit. Bincang dia kata parit, dia nak kena tahu laluan longkang, kerana hal ini dia menyentuh masalah rakyat. Dan sebab itu, kita dengar dan kita ambil perhatian.
- Tapi masalah kemiskinan ini walaupun kemiskinan tegar selesai, masalah kemiskinan ini masih ramai, termasuk di Kelantan. Jadi tadi, saya bincang, saya akan bagi peruntukan khas tambahan untuk di Kelantan ini untuk projek membantu rakyat bawah kategori miskin ini RM20 juta khas untuk itu.
- Tapi pada hari ini juga kita ada ramai guru-guru sekolah pondok, i saya dah minta mereka hadir bersama dan saya nak luluskan sekolah-sekolah tadi senarai ini tadi tidak bawa pulak ini. Datuk Seri Sollehuddin untuk menyampaikan kepada mereka peruntukkan ada yang minta RM100 ribu, ada RM150 ribu yang projek-projek pembaikan yang segera. Jadi, kalau boleh saya beritahu supaya yang datang itu tak anggap sia-sia. Selalu pegawai-pegawai saya ini dia cekap, tapi hari ini tidak tahu pasal apa, dia letih agaknya. Kemudian pasal Tok Guru pondok itu Tak apa, it’s okay. Ada file tadi, saya dah bagi tadi, dia bagi senarai semua sekolah-sekolah pondok, sekolah agama di Pasir Putih ini supaya kita dapat beri sedikit tambahan bantuan kepada mereka. Tak apa nanti kita umum kemudian, tapi saya tidak mahu mereka datang tanpa beri perhatian, kita beri perhatian dan saya harap nanti dapat disampaikan.
- Baik, yang diberi sekolah-sekolah ini ialah:
- Mudir Pondok Al-Yaqbiyah;
- Madrasah Ribat Thoha;
- Madrasah Miftahul Qulub;
- Madrasah Khairul Ummah;
- Madrasah Rahmaniyah;
- Pondok Lubuk Tapah;
- Mudir Pondok Tarbiah At Thaqafah, Pulau Krai; dan Mudir Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah, Tanah Merah.
- Tidak apa nanti kita sampaikan kepada mereka dan melalui pegawai-pegawai. Sekali lagi, saya ucap terima kasih tuan Imam, Menteri Besar terutamanya, sahabat-sahabat lama. Saya selalu gurau dia, dulu kalau ceramah-ceramah dulu, tunggu Nik Aziz itu tugas dia lah, anjurkan ceramah untuk saya bagi ucapan ini. Sekarang ini, walaupun berkaitan nama parti atau nama Kerajaan pun dia terus anjur juga. Sama juga. Jadi, terima kasih banyak atas persahabatan.
- Sebenarnya kita begini, kadang-kadang orang tengok, nampak di luar, kadang-kadang kenyataan-kenyataan kawan-kawan kita dia lajak sikit, tak apa lah. Tapi sebenarnya apa? kalau kita tidak bersatu, tidak fikir masa depan, rosak kita. Tengok macam mana Iran di aniaya, saya tak boleh tahan, di mana-mana pun saya bercakap.
- Semalam Presiden Perancis Macron, minta saya terlibat dalam perbincangan mengenai Selat Hormuz, kita nak jaga hubungan, kita kata okey nanti saya tengok, tapi saya tidak hadir dalam pertemuan itu, sebab saya kata kita juga kena layan hak dan bagi keadilan kepada Iran. Mana boleh Israel senang-senang tengah runding, Perdana Menteri Oman bagitahu saya sendiri, dia kata Anwar, “saya tengah runding di antara Iran dengan Amerika, tengah runding ini. Okey setuju, Iran setuju, Amerika setuju buat begini. Tunggu, okey. Sejam kemudian, belum sambung pukul 3, Israel dengan Amerika bom Tehran, demikianlah nasib kita. Bukan katakan negara Islam nak bantu, nak buat kenyataan, kutuk kezaliman itu pun tak ada.
- Kita Malaysia ini negara kecil, nak berani sangat pun kita maklumlah, tapi saya terpaksa keluarkan kenyataan mengutuk serangan ke atas Iran, mengutuk Israel dan Amerika Syarikat, dan simpati takziah kepada ulama dia, pegawai-pegawai tentera dia, dan anak-anak sekolah 190 anak-anak kecil yang dibom tak ada suara di dunia ini. Semuanya cakap hak asasi, demokrasi. Bila orang Islam dibedil begitu rupa, diam semua.
- Jadi kita di Malaysia, alhamdulillah sanggup lagi bagi makna erti kemerdekaan. Inilah yang kita lakukan. Jadi anak-anak kena ingat, tanpa ilmu, tanpa semangat, tanpa akhlak dan nilai, kita akan terbenam walaupun kita kononnya sudah berdekat dan berdaulat. Jadi mesti tanam semangat yang dalam diri kita, mesti kuasai ilmu sebaik-baik mungkin, mesti ada cita-cita besar selamatkan negara kita, bagi saya itu lebih besar daripada kerenah yang di bawah, yang tidak berkesudahan.
- Maknanya pendidikan kita, ilmu kita, teknologi kita, sains kita, IT kita. Dan anak-anak mesti anggap ini sepatutnya amanah. Berapa orang yang boleh masuk UITM? Bukan semua. Berapa ramai yang memohon ini tak dapat? Berapa ramai yang terlepas peluang. Berapa ramai yang bermanfaat, nasib baik kerana dapat menguasai al-Quran dan menjadi hufaz. Jadi, manfaatkan itu sebaiknya tanggungjawab kita untuk selamatkan diri kita dan umat ini.
- Jadi, ini yang saya nak sampaikan dan pesan. Dan saya ucap terima kasih, Jazakumullahu Khairan Kathira dan seluruh masyarakat Pasir Putih ini, termasuk Ahli Parlimen dia, kerana bagi sambutan yang begitu mengesankan saya. Salam dengan petani, adik-adik, anak-anak, memang saya tersentuhlah perasaan saya. Dan insya-Allah biar apa pun simpang siur, cakap-cakap di luar, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin dia tahu saya, apa-apa pun kita rundinglah dengan baik, apa pun kita jaga negara kita dengan baik, ekonomi kita tidak mudah 1-2 bulan ini, harga barang, harga minyak, harga baja tidak mungkin kita kawal mudah. Jadi saya sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab saya beritahu. Yang saya boleh jamin satu, saya tak curi. Saya tidak guna kuasa saya sebagai Perdana Menteri dan telah berhempas pulas begitu lama, nak kayakan diri saya itu keluarga saya. Saya tidak pedulikan apa orang kata, tapi itulah saya nak gunakan sisa umur saya untuk lakukan yang sebaik mungkin dan bagi rakan-rakan saya yang bagi kerjasama, saya ucapkan terima kasih semoga Allah SWT menyelamatkan kita.
- Oh ya, Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Ulum al-Muhammadiah Kampung Kolam, Bachok Kelantan ini terbakar baru ini. Jadi saya ingat dua surat lah Menteri Besar tulis kat saya. Ini Menteri Besar ini ingat saya nak jaga Kelantan je? Saya banyak negeri kena jaga (nada seloroh). Tapi pasal dia sahabat. Jadi, saya kena tengok Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Ulum al-Muhammadiah Kampung Kolam, Bachok Kelantan, tiga (3) blok bangunan rosak. Ini sekolah anak-anak kita, saya tanya berapa yang tidak cukup? Dia kata hampir setengah juta. Saya luluskan sekarang setengah juta dan kita laksanakan segera.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
