TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026
6 SEPTEMBER 2024 | AHAD | 10.30 PAGI
MAEPS, SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu,
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
Dan keluarga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul,
Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari,
Menteri Besar Selangor;
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Dan semua Pegawai, Rakan-rakan; dan
Excellencies, High Commissioners and Ambassadors,
- Thank you for being present. This is a very important occasion as far Malaysia goes despite the fact that we’ve been talking about digital transformation, energy transition, artificial intelligence, the core remains the Ministry of Agriculture.
- Jadi walaupun kita bicara tentang perkembangan semasa yang menuntut perubahan, yang saya selalu ungkapkan sebagai ‘menggapai yang di langit, mengakar ke bumi’, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini masih merupakan tonggaknya. Bukan sahaja soal keperluan apa yang disebut sebagai keselamatan dan food security, tetapi apa sahaja kita bicara, AI ada kaitan dengan pertanian, digital pertanian, pemodenan dan teknologi moden, pertanian. TVET dia masih terlibat pertanian. Selain daripada keperluan semasa.
- Sebab itu, Kerajaan MADANI memang memberikan tumpuan khas kepada kegiatan dan perkembangan program kementerian ini dan apa yang digesa oleh saudara YB Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, saya fikir dalam merangka Belanjawan Negara bulan Oktober ini, sekadar perbincangan awal kita, dalam apa yang saya sebutkan tadi beberapa tonggak dan ikhtiar baharu, kementerian dan program pertanian ini masih merupakan fokus dan saya percaya peruntukan itu tentunya harus ditambah sesuai dengan prestasi yang membanggakan.
- Dan ini benar, lihat kepada kenyataan-kenyataan eksport saya bincang tadi, eksport nanas yang dulu kecil sekarang sudah besar. Production pengeluaran bawang yang hampir tidak ada dahulunya, sekarang sudah berkembang. Apa kaitannya? Pertanian itu sudah moden? Hubungan antarabangsa daripada import-eksport dan perdagangan meningkat. Jadi semua langkah-langkah kita itu mesti balik berpangkal kepada industri pertanian. Bukan sahaja di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tapi juga dalam rancangan lain yang melibatkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian bawah FELDA dan lain-lain yang terangkum, dan juga komoditi dari segi pengeluaran pertanian keseluruhannya.
- Jadi, saya sekali lagi rasa bangga bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026 ini, satu deretan program MAHA yang sudah menjangkau lebih 5 dekad, 50 tahun, tetapi ternyata MAHA 2026 dengan pasukan hebat tahun ini, mencatat kemajuan tertinggi dalam sejarah.
- Tetapi kelainannya itu yang menarik perhatian ialah kerana penyertaan. Ini penyertaan peladang, petani, pelabur, pengusaha dari pelbagai sektor industri pertanian dan penyertaan rakyat keseluruhannya. Maknanya, kalau nak dibangunkan negara ini, kita lihat, saya tidak tahu ada lagi tidak apa-apa pameran atau sambutan begini yang boleh mencecah hampir lima juta orang pengunjung. Satu-satunya yang pencapaian bukan sahaja rekod dari segi pesta, tapi rekod dari segi kehadiran yang paling tinggi itu dicatat oleh MAHA. Sekali lagi saya ucap setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih.
- Sebab itulah saya bangga juga dengan prestasi kementerian kerana agak lebih teliti dalam menguruskannya. Belanja boleh bertambah, tetapi dalam Kerajaan MADANI ini kita mula dengan menekankan soal tatakelola. Soal governance, kerana belanja yang banyak itu mesti diurus dengan baik dan kita tidak ada pilihan. Kalau nak selamatkan nasib petani, pesawah, peniaga, kita harus pastikan pengurusan itu baik. Belanja boleh bertambah, peruntukan boleh bertambah tetapi kalau bocor, tiris yang terdera itu petani, nelayan dan pesawah.
- Kadang-kadang tidak faham, dia fikir kalau bila kita bicara soal tatakelola, soal rasuah, soal sakau, ini hanya melibatkan orang atasan. Betul, tetapi yang menjadi mangsa itu orang bawah. Saya tidak mahu singgung Tabung Haji, tapi kita ambil contoh FELDA. Kerana ini soal pertanian, soal perladangan. Di antara yang kita banggakan, estet perladangan terbesar dunia. Kalau diurus baik, pulangannya itu kepada peneroka. Kalau urusannya teruk, yang menimpa malapetakanya, sengsaranya, juga peneroka. Jadi jangan pandang remeh usaha kita betulkan.
- Sepertimana saya sebut berulang kali, dia bukan perkara mudah, dan juga bukan perkara yang disambut semua, semua akan jadi satu polemik politik yang merugikan, tapi yang jadi mangsa itu rakyat bawahan, nak minta saya dan rakan-rakan bantu. Kita harus bantu dengan bersihkan negara ini dari segala kecurangan. Kalau tidak, tiap kali ada yang kata masih halal, pasal dendam, pasal iri hati. Saudara, yang siasat bukan saya. Yang siasat itu badan-badan penguatkuasaan. Yang memutuskan untuk mendakwa itu peguam negara, yang sebahagiannya ada di sini. Dan dia ada pasukan yang meneliti tiap kes. Yang menghukum itu hakim.
- Apa tugas saya dan rakan-rakan? Ya, memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan dan rasuah dihentikan. Ini bukan momokan politik biasa. Apa kaitan dengan pertanian? Ada baru-baru ini, saya nak sebut tadi. Mengenai apa yang berlaku, soal pengedaran baja kepada pesawah di Kedah. Kita lihat kelewatan. Sekali lagi, yang menjadi mangsa pesawah. Mereka bangkit marah. Ada juga memo bantahan kepada saya, saya terima. Jadi kita kena cari balik apa puncanya. Syarikat mana yang diberi amanah, mereka tunai janji atau tidak? Kalau mereka tak tunai, mengapa tidak ada tindakan terhadap mereka?
- Jadi bagi saya, tak tahu siapa, syarikat mana, saya kata, kalau syarikat yang seperti ini berulang kali melakukan silapan, batalkan. Ambil syarikat baru. Jangan jadikan petani dan pesawah mangsa. Ambil tindakan. Kalau nak dihadap ke mahkamah, hadapkan mahkamah. Kalau nak didakwa, SPRM masuk, masuk. Saya dah minta SPRM masuk dan kaji balik proses ini.
- Saudara tahu sebab apa? Sebab rekod Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu baik. Jiwa orang-orang seperti Mat Sabu, Ketua Setiausaha (KSU) dan rakan-rakan ini, jiwa yang kasih kepada rakyat, mahu membantu. Tetapi satu dua kerosakan ini, memberi imej yang buruk kepada kita. Sebab itu, kita tidak harus biarkan.
- Jadi, jadi akan jadi isu lah nanti. Ya betul. Salah tangkap. Sebab kalau ada wakil pesawah Kedah, kalau tanya, dia marahlah. Program dia itu terbantut. Sudahlah dengan kadang-kadang keadaan cuaca, masalah air. Ini hal yang tak boleh kita izinkan. Sebagai contoh.
- Sama juga dalam beberapa minggu ini, kita akan dedahkan masalah FELDA. Tabung Haji masih dalam siasatan dan tindakan. FELDA tiap tahun, ini pertanian ini. Peladangan, peneroka. Apa yang berlaku? Setiap tahun, Kementerian Kewangan mesti sediakan RM980 juta. Apa dia? Dana untuk membayar hutang akibat kerugian FELDA. Setiap tahun hampir RM1 bilion. Dari wang Kerajaan. Wang Kerajaan ini wang rakyat. Wang Kerajaan ini wang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, terpaksa bayar sebab kalau kebetulan sebab gunung berapi meletup atau sebab El Nino atau sebab typhoon, kita faham. Ini sebab pengurusan yang lemah dan amalan mengambil hak rakyat oleh orang yang diberi amanah.
- Jadi, kalau RM1 bilion ini tak bayar, tak payah kita bayar, ganti. Apa boleh kita lakukan? Kita tolong peneroka. Sekarang umpamanya, kita nak bantu. Kalau kita ada pilihan, baik. Siapa rugi? FELDA. Jadi FELDA bayarlah. Bukan pengurusan yang dulu itu nak bayar. Peneroka yang harus bayar. Jadi, saya bertanggungjawab atas FELDA sekarang. Saya kata, bagaimana saya nak bebankan peneroka dari kampung-kampung halaman yang miskin? Bukan salah mereka. Dia bekerja. Masuk hutan belantara, menebas hutan, ada hasilnya. Urus lemah, wang songlap atau ada sakau. Kemudian bila rugi, nak bebankan orang kampung, peneroka. Saya tak sanggup. Jadi terpaksa Kerajaan tanggung. Berapa? Hampir RM 1 bilion satu tahun.
- Sekarang ini, kita ada orang yang marah pada kita. Asyik nak ambil tindakan sahaja. Saya kata, saya bukan pilih mengambil tindakan. Kalau nak pilih, saya pun nak popular, biar orang semua suka. Orang yang sakau pun suka saya, yang perasuah pun suka saya, senang kerja. Tetapi, kita diberi amanah. Mesti menyelamatkan negara ini.
- RM1 bilion itu patut bantu. Sekarang wang tak cukup. Pertama, saya kena bagi RM1 bilion, bantu. Kemudian, saya jumpa pengurus-pengurus FELDA, kerjanya banyak, tanggungjawabnya besar. Rumahnya pecah, robek, bumbungnya, pintunya, bilik airnya, dah puluhan tahun tidak dibaiki. Jadi tahun ini, saya terpaksa, di Jengka, saya umumkan. Saya mahu pengurus kerja dengan baik. Maka, saya terpaksa tambah daripada dana Kerajaan, Kementerian Kewangan, RM450 juta untuk baiki perumahan mereka. Kalau diurus baik, FELDA, rakyat tak terbeban. Kita tak payah fikir nak cukai sebab urusannya baik.
- Sebab itulah rakan-rakan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya minta faham dan tolong jelaskan. Saya tidak ada masalah sama sekali untuk tingkatkan dana bantuan untuk Kementerian Pertanian kerana ia akan memberi faedah langsung kepada petani, pesawah, peladang, nelayan. Tetapi yang saya minta, masing-masing harus bantu, cermat, jaga amanah ini. Wang ini wang rakyat. Kita bertanggungjawab kepada rakyat dan akhirnya kepada Allah SWT.
- Kita semua hafal, “Kullukum rā‘in wa kullukum mas’ūlun ‘an ra‘iyyatihi”, tak semua amalkan. Ini principle of accountability yang tertinggi, yang pernah diungkap dalam sejarah manusia. Hadis Nabi Muhammad SAW yang menetapkan tiap kita, menterinya, ketua pengarahnya, pegawainya, pengurusnya, peladang, pesawahnya, semua itu bertanggungjawab dan bukan bertanggungjawab untuk menawan hati rakyat dalam pilihan raya, bukan sahaja kepada keluarga, bertanggungjawab, akhirnya dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Jadi mudah-mudahan ada kesedaran ini saudara-saudari.
- Saya memilih untuk gunakan ruang ini kerana saya tahu ramai sekali penjawat awam dari kementerian. Ramai wakil-wakil petani, nelayan, pesawah yang di sini. Ramai keluarga yang mengikuti perkembangannya. Dan saya percaya, saudara akan bantu bersama meningkatkan usaha kita. Kerana ramai daripada kalangan kita yang boleh juga bekerja. Bukan saja Menteri Pertanian, saya tahu Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Perak ada. Saya sering ke Perak. Dan saya lihat, tekun ke hulu, ke hilir berbuat sedaya upaya kita untuk memperbaiki, membela nasib rakyat. Rakan-rakan Menteri, Timbalan Menteri pun ada.
- Jadi, yang saya nak guna ruang ini dengan mengatakan, apa saja yang mungkin kita lakukan, kita akan lakukan untuk tingkatkan. Kalau hubungan kita baik dengan semua negara, dengan Amerika Syarikat, dengan negara China, dengan Australia, apa lagi dengan negara-negara ASEAN, semua kita akan lakukan untuk apa akhirnya? Untuk jadikan negara ini, negara yang dianggap bersahabat dengan semua, meningkatkan dan membela nasib rakyat.
- Pagi tadi, awal pagi tadi, mantan Presiden Indonesia, Jokowi, kebetulan ada di Pulau Pinang. Jadi sebagai sahabat lama, sepatutnya saya turun ke Pulau Pinang untuk bersama beliau. Tetapi saya beritahu, “Minta maaf, Pak, saya ini ada acara bersama rakyat, MAHA, peladang, pesawah, petani. Jadi saya minta maaf tak dapat bersama.” Jadi cuma dia ucapkan terima kasih dan nyatakan tentang persahabatan kita dengan Indonesia.
- Selepas itu, mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. Dia ada di Singapura. Jadi saya sempat ada perbincangan panjang dengan dia soal alam sekitar, soal apa yang disebut climate crisis sekarang ini. Dia sahabat lama saya. Dan dia juga melahirkan rasa terharu dia kerana jerebu. Dua (2) hari yang lalu mencecah lebih 500 di Serian. Jadi saya bincang dengan Premier Abang Johari, Sarawak dan kemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, terpaksa mengisytiharkan darurat. Apa ertinya keselamatan dan kesihatan rakyat? Hasil ladang, pekerjaan mereka. Semua itu terjejas dan kita harus beri perhatian kepada mereka.
- Jadi dalam perbincangan dengan Al Gore itu tentunya dia fokus, dia lebih banyak tentang climate crisis, kerana dunia ini tidak dapat selalu terkawal. Glasier, ais dari pergunungan Himalaya yang ribu tahun kemas, kekal mantap, lebur. Menjadikan satu bah banjir yang paling besar di Nepal, dan itu meragut begitu banyak nyawa dan keselamatan, bukan sahaja rakyat Nepal, tapi rakyat termasuk rakyat Malaysia. Itu hal-hal yang kita tidak boleh duga.
- Tapi hal-hal yang mampu kita rancang dengan baik, kita harus lakukan. Sebab itu, transisi tenaga kita lakukan. Pergantungan kepada fossil fuel, arang batu, kita kurangkan. Dan saya jelaskan kepada Al Gore tentang langkah-langkah baru kita, tentang import tenaga, hasil dari kerjasama dengan Vietnam, masuk ke dasar laut, ke Kelantan, sampai ke Johor, ke Singapura. Kita runding dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Premier Abang Johari, supaya ada daripada tenaga, hasil yang banyak di Sarawak itu, melalui laluan dasar laut, ke Sedili, Johor, ke Singapura, dan akan manfaat kepada Sabah, Kalimantan dan selatan Filipina.
- Saudara-saudara, apa kaitan dengan pertanian? Maknanya, sumber tenaga baru di bidang pertanian ini, itu kita manafaatkan dengan dasar peralihan tenaga yang ada.
- Jadi saudara-saudara yang dimuliakan, saya sambut baik dan tentunya akan keliling lagi melihat dan saya lihat minat kepada MAHA ini sekarang, minat yang begitu menarik perhatian rakyat keseluruhannya. Saudara Mat Sabu tahu kalau ada satu pameran, tidak ada pameran yang boleh menarik Raja-Rajanya, TYT-nya, rakyat dari pelbagai kaum, pelbagai wilayah dan sambutan yang luar biasa. Dia ini petanda yang sangat baik untuk negara kita kerana dalam peralihan dasar kita yang ‘menggapai yang di langit, mengakar ke bumi’ ini, bumi dan tanah dan usaha pertanian dan makanan ini masih menjadi fokus.
- Saya tentunya, sebagai sebahagian daripada saudara, sebagai rakyat, saya bangga kerana saya tahu 10 hari itu untuk pegawai-pegawai, penjawat awam dan sukarelawan di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini, sangat membebankan. Saya terharu dan saya bangga dengan penyertaan begitu ramai dan komitmen yang begitu baik.
- Jadi MAHA 2026 ini, catat satu kejayaan dari segi pelaburan dan sebagainya. Perniagaan, perdagangan. Saya minta kaedah ini diteruskan. Bukan dengan sahaja pesta, tetapi dengan follow-up. Kadang-kadang kelemahan kita ini, dasar baik, program baik, tetapi tindakan susulan itu lemah. Tan Sri KSN, Vista dan beberapa langkah, itu memang memberikan tumpuan ke arah itu.
- Saya harap rakan-rakan dari semua jabatan. Ini kementerian besar tu. Di antara kementerian yang besar dalam negara kita ini, ini kementerian Mat Sabu. Bukan nama Kementerian Mat Sabu, tapi kementerian ini (nada berseloroh). Dan telah catat kemajuan.
- Jadi sekali lagi lah saya ucapkan Jazakumullahu khairan kathiran, terima kasih banyak dan merasmikan penutupan MAHA 2026.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
