TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KALI KE-15, JUBLI INTAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN BRAHIM
PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP
PRESIDEN AGUNG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KALI KE-15, JUBLI INTAN
Tema : ‘Menjejak Warisan, Membina Masa Depan’
dengan subtema ’60 Tahun Menyatukan Semangat Kepengakapan’
29 OGOS 2026 (SABTU) | 2.00 PETANG
STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri;
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
David Berg,
Secretary General of the World Organization of the Scout Movement (WOSM); dan
Seluruh keluarga Pengakap.
Yang Berbahagia Mejar Jeneral (B) Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin,
Ketua Pengakap Negara;
Rakan-rakan dan anak-anak Pengakap yang saya kasihi sekalian.
- Hari ini hari gemilang bagi Pengakap, tetapi lebih bermakna kerana ia mencungkil bakat, semangat untuk kita bersatu membangunkan negara dengan disiplin. Jadi, saya salute Pengakap kepada semua yang hadir.
- Hikmah bersama Pengakap ini, kerana ia diletakkan satu asas mencungkil bakat, membina semangat dan perpaduan, dan memahami sejarah, latar belakang dan warisan, tetapi ada kekuatan untuk bangkit membina masa depan.
- Jadi, saya harap Jambori ke-15 di Batu Kawan, Pulau Pinang ini juga menambah semangat dan tradisi kita yang agung. Anak-anak dari Malaysia beri contoh yang terbaik. Anak-anak mewakili satu negara yang hebat, Malaysia. Anak-anak boleh dan mampu menunjukkan kepada dunia bahawa Pengakap Malaysia mampu mengangkat negara kita.
- So, may I take this opportunity to express my profound appreciation to David Berg, the entire delegation from overseas have participated and witness the commitment of our Pengakap – Scouts here. Please make sure that you understand the society and use this opportunity, both for Malaysians and those from overseas, to utilize this moment to learn from one another, respect and see the message of unity in diversity and the message of peace and brotherhood and sisterhood among all nations in the world.
- This is, of course, a great event. It’s not a normal Jamboree. It’s a Jamboree with a purpose. A Jamboree that wants to inculcate a positive habit among the young. To work, to have discipline. To understand their role in society. To serve those who have less privilege. To serve mankind. To have empathy and compassion.
- Jadi sebab itu, saya tidak anggap ini sebagai satu acara biasa. dan baru ini mesti ada harapan ada mencungkil semangat dan tunjukkan minat bahawa dunia dan budaya Pengakap ini bukan saja dengan uniform berbeda, bukan kelainannya bukan pada apa yang kita pamerkan, tapi kelainannya kerana dipupuk semangat disiplin berkhidmat kepada semua.
- Tunjuk kasih sayang kepada semua dari pelbagai kaum dan budaya dan agama, tetapi ada satu semangat kesatuan dalam membina kekuatan Pengakap Malaysia dan Pengakap keseluruhannya. Boleh? Betul? Ya, saya lihat semangat anak-anak ini, saya rasa yakin. Dua hari lagi kita akan sambut kemerdekaan Malaysia. Merdeka! (Merdeka!) Jadi semangat itu, semangat harus dipupuk.
- Pengakap, dunia pengakap, budaya pengakap juga punyai peranan untuk menyuntik semangat, menjaga disiplin. Apa erti pembangunan? Apa erti kejayaan negara, kalau anak-anak itu tidak diasak dengan semangat, dengan didikan, dengan disiplin, dengan semangat kasih sayang.
- Sebab itu, anak-anak harus ada semangat yang sedemikian. Mengapa di sekolah, di pusat pegajian, nak menimba ilmu? Untuk apa kita menimba ilmu? Untuk apa kita belajar di sekolah, sekolah menengah, universiti? Untuk menjadi manusia berilmu dan berakhlak mulia. Mampu berbakti kepada masyarakat tentunya kepada ibu bapa dan juga kepada negara. Ini dunia Pengakap dan ini budaya yang anak-anak pupuk dan bina.
- Saya tentunya ingin menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kerana beri sambutan yang baik kepada anak-anak. Terima kasih Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua yang terlibat.
- Pulau Pinang dikenali dengan masyarakat yang sangat prihatin, selalu senyum. Kalau yang kurang senyum itu bukan anak asli Pulau Pinang. Kalau makan kurang sedap itu, bukan anak Pulau Pinang. Sekarang ni makan okey? Okey ya, alhamdulillah.
- Pengakap kalau dulu saya beritahu Dato’ Umar Zain, kalau dulu zaman saya Pengakap. Saya dulu Pengakap. Kalau tanya, “Anwar, dari mana belajar disiplin dan semangat dan daya juang?” Saya jawab,e di antaranya kerana saya terlibat dalam dunia pengakap masa di sekolah dulu.
- Tentunya tuntutan sekarang berubah. Dari dunia pergaulan, teknologi rendah kepada teknologi maklumat, digital, artificial intelligence, tapi dalam kita membawa perubahan itu, kita tidak boleh terlepas dari akar budaya kita dan inilah yang menjadi tema dalam Jambori kali ini.
- Jadi bila katakan be prepared, maknanya apa? Bersedia menghadapi ujian dan cabaran. Jadi sekali lagi saudara-saudara, saya ucap penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengakap Malaysia dan Pulau Pinang, dan yang lebih penting, terima kasih, salute kepada semua yang hadir dan menunjukkan semangat yang baik. Terima kasih.
- Sebagai bapak, saya katakan, I am very proud of you Scouts! Your discipline, your courage, your diligence and hard work, augur well for this beloved country Malaysia. Thank you very much.
- Jadi, terima kasih banyak, dan dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan segala sukacitanya merasmikan Jambori Pengakap Malaysia ke-15.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
