TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026
19 JULAI 2026 | AHAD| 9.30 PAGI
KOLEJ KEJURURAWATAN IPOH, PERAK
Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdu lillahil-ladhi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba wa lam yaj’al lahu ‘iwaja,
Wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihiwa sahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi;
Yang di-Pertua Speaker Dewan Rakyat
Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri;
Ahli-ahli Yang Berhormat;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perak;
Pegawai-pegawai dan rakan-rakan;
Anak-anak yang dikasihi sekalian.
1. Alhamdulillah, hari ini kita dapat memulakan tradisi yang bukan sekadar membanggakan, tetapimemaknai erti kemerdekaan. Kita memulakan dengan menghimbau lembaran sejarah, kemudian menyemarakkan dengan mengibarkan bendera sebagai tanda persamaan kita. Dan seterusnya mengorak langkah memastikan masa depan yang cerah dan gemilang.
2. Dan sepertimana juga saudara YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad tadi, tiap kali kita sambut acara kemerdekaan, kita tidak boleh meninggalkan kenyataan sejarah bahawa Malaysia tercinta, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, itu pernah dijajah. Dan penjajahan itu pengalaman yang sangat getir. Menghilangkan harga diri,hak merampas segala kemudahan,kekayaan dan khazanah negara dipunggah di bawah keluar. Pimpinan dijadikan boneka perkakas untuk penjajah mengatur dan harga diri hilang. Kita jadi bangsa yang menjadi kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Itu erti penjajahan. Hilang jati diri.
3. Kita tidak ada hak bersuara, tidak ada kesempatan mengatur kaedah pentadbiran dan lain-lain. Hanya sebahagian kita bernasib baik dari sudut mengamalkan budaya agama sendiri. Tidak boleh mengembangkannya dan dihimpit dengan pengaruh budaya dan kekuatan negara asing, itu erti kemerdekaan. Anak-anak harus ingat ini. Nenek moyang kita terpaksa berdepan dengan ini.
4. Kita tahu pengalaman Perjanjian Pangkor ataupun sebelum itu penjajahan penaklukan Melaka oleh Portugis atau Perjanjian Inggeris-Belanda yang mengatur seluruh rantau Melayu ini kepada beberapa negeri dan wilayah. Bukan kita yang mengatur, diatur dari London dan dari Netherlands (Belanda). Bayangkan nasib negara ini pada satu ketika dulu diatur oleh rantau yang ribu batu jauhnya, bukan dari budaya kita, agama kita, dan sejarah kita. Tidak ada kecintaan dan kaitan dengan kehidupan kita. Tapi dia yang atur. Dia atur untuk memenuhi kepentingan mereka. Maka seluruh kekayaan kita dipunggah.
5. Saudara tahu, bila kapal Stanford Raffles terbakar, khazanah kita juga hilang. Saudara-saudara, anak-anak harus ingat ini. Ini sejarah kita. Pahit getir perjuangan. Ibu bapa kita mula memikirkan bagaimana mungkin kita hidup dan kehidupan, budaya, pendidikan, ekonomi kita diatur oleh orang asing. Timbul kesedaran kecil-kecilan yang menyemarak menjadi satu kekuatan raksasa perjuangan kebangsaan menuntut kemerdekaan. Tapi dia mengambil masa yang lama, pahit getir perjuangan yang sukar dengan darah, dengan keringat, dengan air mata.
6. Gabungan tiga-tiga ini, darah, keringatdan air mata. Itu yang menghasilkankemerdekaan. Jadi anak-anak janganlupa ini. Dua generasi sebelum ini, tigagenerasi, empat generasi. Ibu bapaanak-anak itu hidup dalam kesengsaraan di bawah penjajahan.
7. Apa yang berlaku? Seluruh kekuatanselepas penjajahan Pangkor.Golongan atasan terpaksa tunduk. Sistem pendidikan dia rombakmengikut ketentuan mereka, sistemekonomi diurus oleh mereka, budayakita dah jadi terkebelakang. Malah kitadididik untuk memuliakan budayamereka, bahasa mereka, agama mereka, budaya mereka, sistemekonomi mereka, sistem pendidikanmereka, semuanya terpinggir. Saya ingat kalau pun ada agama setakatibadah asas, iya. Tapi, tidak percayakekuatan Islam itu sebagai satu deen. Tidak yakin dengan “Al-Islamu ya’luwa la yu’la ‘alaih“ – ketinggian Islam itu. Kerana seluruh pemikiran kita.
8. Jadi, penjajahan itu mengikut salah seorang sarjana Islam terkemuka, Muhammad Al-Ghazali. Kata dia, “Al-Isti’mar al-ruhi wa al-fikri”. Penjajahanitu bukan sahaja sistem ada ResidenInggeris, ada Gabenor JeneralInggeris, tetapi penjajahan itusehinggakan pemikiran dan jiwa kitaterjajah. Dan banyak kemudian karya-karya, sejarah, sastera yang menunjukkan kehilangan jati diri kita.Itu sejarahnya.
9. Saya bukan nak beri kuliah sejarah ini.Tapi saya nak anak-anak ingat.Kadang-kadang kita betul, kita kibarbendera, betul kita semangat, tetapikita tahu apa memaknai kemerdekaanitu, menerima kenyataan itu sejarahkita. Sejarah getir, sejarah pedih, sejarah dihina, sejarah dijadikan alatdan boneka. Dan dalam keadaanbegitu, tentunya ada yang cemerlang, ada yang masih pertahankansemangatnya, ada yang tewas, dan menyerah kalah. Itu sejarah.
10. Kemudian, saya sebut, kita juga hargai,kerana kesempatan bagi ibu bapa kitayang punyai kesedaran dan pencerahan. Apakah mahu kitateruskan negara yang indah ini, yang kaya ini, dikuasai oleh orang asing?Tentu jawapannya tidak. Kita munculkekuatan sehingga kita capaikemerdekaan. Dan liku-likukemerdekaan yang awal juga bukankita salahkan generasi awal, kerana generasi awal juga sama seperti kitajuga terdedah dengan pelbagaipengaruh. Ada di dalam generasi awaldulu yang rasa tak ada tempat untukagama. Bahasa Melayu ini harusrendah daripada Bahasa Inggeris. Ataupun sistem pendidikan mesti barat semua. Sistem ekonomi mesti ikutyang diatur oleh New York atauLondon atau Paris. Tetapi kesedarandan pendidikan serta pencerahan itumeningkat sehingga kita membina jati diri.
11. Jadi kalau soal kedua, urutan dari apayang saya sebut dari sejarah ialahkemerdekaan itu mesti diisi dan adaprosesnya. Proses ke arahkematangan. Mengapa mahumerdeka? Kerana kita mahu bebas. Mengapa merdeka? Kita tidak mahuorang asing menjajah kita. Mengapamahu merdeka? Kerana kita mahumengatur dan membela nasib rakyat kita. Jadi, soalannya, apakah kitabebas? Apakah kita mampu mengaturnasib kita sendiri? Apakah adapencerahan di kalangan kita? Apakahkita capai kemerdekaan itu tanpasemangat kebangsaan Melayu dan kekuatan orang Melayu sebagaiinduknya?
12. Itu pangkal yang mesti diterima oleh orang Melayu, orang Cina, orang India atau Dayak dan Kadazan, bumiputeraitu menjadi induk. Tetapi apakahmungkin kemerdekaan kalau tidakbersama dengan Cina dan India dan suku-suku kaum lain? Tidak. Sebab itu anak-anak harus tahu, mahu memberi makna kemerdekaan dan menjayakan negara ini, kekuatan Melayu harus ada. Kekuatan Melayu bersama Cina, India, Dayak dan Kadazan, itu juga harus ada. Jangan izinkan orang memperkotak-katik dan memecah-belahkan kita. Kerana negara ini merdeka dengan kekuatan bersama semua rakyat Malaysia.
13. Bila kita ada semangat begitu, tak timbullah. Sudah merdeka Tanah Melayu hampir 70 tahun, dan lebih 60 tahun dengan Sabah dan Sarawak bersama dalam Malaysia. Tetapi tak habis. Bukan bicara bagaimana nak angkat martabat, harakat, darjat rakyat dan negara. Kita sibuk bicara soal warna kulit, mata dan hidung. Bicarakan perbezaan. Apakah perbezaan baru kita tahu? Tahun 2026 baru kita tahu ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan? Apakah kita tak tahu bila bapa-bapa kita mencapai kemerdekaan? Apakah tidak ada penyertaan Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan? Semua tahu.
14. Jadi mengapa hal itu harus dipertikai dan dipecah-belahkan? Apakah kita boleh nafikan penyertaan semua? Tidak. Tidak boleh kita nafikan. Sebab itu, bapa-bapa kita dahulu, Tunku Abdul Rahman Al-Haj, almarhum Perdana Menteri yang pertama,kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, dia pilih moto “Bersekutu Bertambah Mutu.”
15. Kalau di Indonesia, Bhinneka Tunggal Ika. Tetapi “bersekutu”, maknanya bapa-bapa kita dan ibu-ibu kita dah tahu. Bersekutu kerana semua berbeza. Berbeza kaum, berbeza agama, berbeza budaya, berbeza wilayah. Tetapi kalau kita berpakat, bersekutu, bertambah mutu. Itu logik yang sudah dikenal. Cuba kita renung sejenak, mengapa tokoh dan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memilih ini,“Bersekutu Bertambah Mutu.”Maknanya, kalau kita bersatu, mutu bertambah.
16. Jadi mengapa generasi sekarang ada yang fikir mesti berpecah atau terpengaruh dengan sentimen dan hasutan kelompok politik, kelompok mana-mana pun, yang mesti tidak berfikir tentang bersekutu? Kamu ini wilayah mana? Mahu merdeka di mana? Kalau mahu merdeka, mesti faham maksud “Bersekutu Bertambah Mutu.” “Unity in Diversity”. Bukan perkara baharu. Moto kita itu, “Unity in Diversity”. Kita terima kenyataan diversity, kepelbagaian.
17. Jadi anak-anak mesti ingat, anak Melayu, Cina dan India yang ada di dewan ini, dari Perak, dari Perak Darul Ridzuan, negeri yang hebat. Hebat, kan, Perak? Mesti beri dan tunjuk teladan. Ada di sekolah kebangsaan yang ramai. Ada di sekolah Cina, di sekolah India, di sekolah Tamil, ada Orang Asli. Apa tak boleh kita jadi matang? Mahu memberi dan memaknai kemerdekaan, serta jadikan Perak dan Malaysia ini negeri yang kita cintai, yang bersatu bersama semua kaum? Boleh atau tidak?
18. Jadi kalau mahu, mulakan dengan penyatuan ini. Untuk apa? Bersatu macam filem P. Ramlee, ‘Ali Baba Bujang Lapok’ yang 40 penyamun itu? Mereka pun bersatu juga. Ada orang tak suka saya cakap soal ini, sebab setengah orang kata, “Mesti bersatu.” Bersatu untuk apa pak? Bersatu untuk menambahkan mutu kehidupan rakyat, bukan bersatu untuk merompak dan mencuri balak dan harta. Betul? Jadi sebab itu, kita dalam Negara MADANI ini, kita tambah dengan MADANI dari sudut nilai.
19. Kita mahu negara ini menjadi negara yang hebat, berjaya, semikonduktor–nya, dengan Quantum Computing–nya, dengan Artificial Intelligence–nya. Saya percaya Malaysia boleh diangkatsebagai negara hebat. Di Perak sahaja, tidak kedengaran dulu. Dulu terkenal dengan bijih timah dan sedikitbalak. Sekarang, terima kasih saudaraSaarani, Perak menjadi kotapengeluaran kenderaan dan mobilyang antara hebat dan boleh jadihebat di rantau ini. Ada rancanganKIGIP di Kerian, salah satu yang paling utama menjadi satu pusatteknologi baharu – new technology, teknologi hijau. Nanti kalau berjaya, mudah-mudahan menjadi satu yang hebat di rantau ini. Dari mana? Kerian.
20. Jadi saudara-saudara, ini adalah ertinyapengisian. Bukan meninggalkanpertanian moden, teknologi dalampelbagai bidang, itu semua perlu. Tapi saya nak sebutkan, ini dia matlamatkita. Tumpu ke arah membangunkannegara Malaysia yang tercinta. Jadi kita fikir soal negara. Sebab itulahJalur Gemilang ini, yang menyemaisemangat ini, sangat penting. Kekuatan kita adalah “BersekutuBertambah Mutu”, “Unity in Diversity”. Untuk apa? Untuk angkatmartabat, harakat, darjat rakyat dalamsemua bidang.
21. Kerana kalau kita pastikan kelajuan kitasepertimana yang kita lakukansekarang, negara semua terhimpitdengan Perang Teluk dan sekatanSelat Hormuz. Ekonomi tidakmenentu. Harga minyak melambungtinggi, kos sara hidup menekan. Benar. Tetapi dengan semangatperpaduan kita, dengan kecintaankepada negara, Malaysia merupakansatu-satunya negara dengan hargaminyak paling rendah di dunia.
22. Walaupun kita tidak mengeluarkanminyak sehebat negara Teluk Arab, tetapi sekarang harga minyakterendah, RON95 dan diesel. Kita gunakan kekayaan ini untuk menyemaisemangat kemerdekaan dan memaknai kemerdekaan, memastikanprogram-program seperti TunaiRahmah dan SARA, dan bantuananak-anak sekolah untuk buku, untukpermulaan, diteruskan walaupundengan kos lebih RM20 bilion.
23. Kita tahu pengorbanan penjawat awam, rakan-rakan kita, adik abang kita, saudara-mara kita. Penjawat awamyang tidak diberi kenaikan selama 12 tahun. Tahun lalu dan tahun ini kitanaikkan gaji dan upah penjawat awam. Ini dalam kerangka apa? Dalamkerangka memaknai kemerdekaan,supaya seluruh kekayaan itu diangkatkedudukan ekonomi dan dicurahkansemula kepada rakyat.
24. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita.Jadi anak-anak dan saudara-saudariyang dihormati sekalian, bukansekadar kibar Jalur Gemilang, tapikibar dengan rasa bangga. Kami inidaripada generasi yang tahu perit, darah, keringat, air mata bapa-bapadan nenek moyang kami. Dan kami generasi yang mahu negara ini kekalmerdeka, berdaulat, bebas dan hebat, diangkat sebagai suatu negara yang terkenal di rantau ini.
25. Semoga Allah SWT memberikankekuatan. Kibarkan Jalur Gemilang!dan jayakan Bulan KemerdekaanTanah Melayu dan Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Ucapan