TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN THE MALAY COLLEGE OLD BOYS ASSOCIATION (MCOBA) 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN
THE MALAY COLLEGE OLD BOYS ASSOCIATION (MCOBA)
28 NOVEMBER 2026 | SABTU | 8.00 MALAM
HOTEL RENAISSANCE
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulilllah,
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin,
Presiden MCOBA;
Yang Mulia Tunku Dato’ Seri Kamel Tunku Rijaludin;
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin bin Ali;
Semua tetamu-tetamu yang ramai, termasuk kawan-kawan saya yang tak boleh saya sebut. Kesetiaan yang hadir yang terpenting dalam majlis ini. Jadi, nanti insya-Allah saya akan jumpa lagi.
Jawatankuasa dan pimpinan di semua peringkat, pengetua yang juga hadir, rakan-rakan saya muliakan.
- Tentunya majlis ini majlis yang agak santai. Dan kata Bahrudin berulang kali, dia datang, diundang saya untuk relaks, dengar lagu. Jadi sepanjang saya nak dengar lagu, dia bagi kuliah terus-menerus. Tetapi, dia tidak minta projek. Dia cuma tekankan berapa isu. Pertama untuk tingkatkan martabat Kolej Melayu. Dan keduanya, MCOBA, termasuk bangunan MCOBA. Jadi, plot ratio pun dia dah bangkit kepada saya. Jadi ini maknanya, menunjukkan dedikasi dia yang luar biasa. Dan saya ucap tahniah kepada beliau atas komitmen untuk menjayakan MCOBA.
- Dan tentunya majlis-majlis seperti ini kita manfaatkan untuk mengikat silaturahim dan mengenang balik. Sebab itu, saya beritahu selalunya untuk majlis-majlis old boys ni, Azizah selalu keberatan. Dia kata, “You jumpa kawan-kawan, you are completely irrelevant,” kata dia. Dia bincang semua cerita-cerita lama, dari sekolah dan kemudiannya, dan akhirnya kami duduk situ saja. Jadi dia kata eloklah. And dia kata, “I’ll be excused from such functions,” melainkan bila kita ada kumpulan-kumpulan khas.
- Presiden MCOBA sebentar tadi bicara soal yang lebih serius, yang harus direnung oleh rakan-rakan. Saudara-saudara tergolong dari kalangan elit bangsa di sebuah gedung pendidikan yang bertujuan untuk menanam semangat kebangsaan dan mengangkat martabat bangsa di negara Malaysia tercinta.
- Dan oleh itu, izinkan saya juga menyambung apa yang beliau gesa sebentar tadi, supaya kita dapat bersama melihat isu-isu ini dengan lebih serius. Pangkal kenyataan beliau itu berpaksi kepada istilah amanah. Dan saudara-saudara yang bergelumang dalam kegiatan negara sama ada profesional, perniagaan dan politik faham bahawa isu itu harus kita tangani dengan bijak. Kita tidak boleh meneruskan kaedah dan cara yang lama.
- Tentunya saya terus berusaha kecil untuk menggagaskan perubahan atau reform. Tapi saya sedar bahawa reform itu istilah yang lunak, tetapi sukar diterjemahkan kerana kita berdepan dengan kekuatan yang sedia ada. Lihat apa yang kita warisi. Saya ambil alih genap empat tahun sekarang sebagai Perdana Menteri.
- Kita warisi tentunya ada asas yang juga kukuh, sistem yang jalan baik, demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, satu tradisi dan budaya perkhidmatan awam yang boleh kita kata kata membanggakan, tapi kita juga mewarisi satu kerenah yang sangat bobrok dalam sistem pentadbiran negara kita.
- Pertama, kita mewarisi satu hutang yang mencecah sebenarnya lebih satu trilion ringgit. Dan hutang ini bukan masalah bagi negara seperti juga dalam perniagaan. Tapi hutang untuk apa jadi isu. Almarhum Tun Abdul Razak juga mula berhutang dari Bank Dunia. Tapi untuk apa? Untuk membuka ladang-ladang bagi orang-orang Melayu yang miskin dari desa dan pedalaman, diberi tanah, membangunkan negeri untuk keluarga dan negara. Tetapi kita warisi pertamanya, 1MDB yang Kerajaan sekarang terpaksa tanggung bilion ringgit untuk lunaskan.
- Sebaik kita bertapak, kita hadapi permasalahan FELDA. Satu syarikat yang mencatat keuntungan kebanggaan bagi negara, ladang yang terbesar yang diurus di dunia, tetapi diambil alih oleh kepentingan-kepentingan tertentu. Seluruh jentera yang dibangunkan oleh Raja Alias umpamanya, itu hampir musnah. Mengapa saya katakan hampir musnah? Apakah sebab pengurusan? Apakah sebab peneroka? Tidak. Sebab campur tangan politik, kegelojohan tamak haloba yang merosakkan.
- Apa yang berlaku? Kerugian. Apa buktinya? Sekarang ini, hari ini, setiap tahun Kementerian Kewangan terpaksa sediakan hampir satu bilion ringgit satu tahun. RM980 juta tiap tahun untuk melunaskan hutang. Kalau itu tidak dibayar, kesannya akan menggagalkan seluruh rangkaian FELDA dan nasib peneroka tak terjamin.
- Kemudian terbongkar Tabung Haji. Orang bicara soal teknikal mengapa dihebahkan sekarang, mengapa tidak bulan lalu, mengapa tidak tahun lalu. Tapi substantive issue precisely is the issue of poor governance, endemic corruption and abuse of power. It’s time that we address these issues with honesty. Because until and unless we are prepared to deal with these issues, we will never recover. We will just repeat the past excesses.
- Jadi sebab itu, dalam soal Tabung Haji umpamanya, rugi 10 bilion. Wang siapa? Petani, nelayan, buruh, penjawat awam yang bertekad dengan niat yang ikhlas. Saya ingat lagi cadangan almarhum Ungku Abdul Aziz menabung untuk tujuan amal ibadat, tetapi mendapat pulangan supaya kekuatan ekonomi umat itu juga terangkat.
- Kalau kita bayangkan tiga empat ini sudah berpuluh billion, wang dicampakkan dalam parit, dimusnahkan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan sekolah, universiti, kesihatan dan prasarana asas. Saudara-saudara harus renungkan. Saya faham bila saya ambil alih, harapannya menggunung. Datang Anwar harus selesaikan. Dan saya cuba sedaya upaya. “In uridu illal islah mastata’tu.” Itu gesaan al-Quran yang menjadi moto hidup saya. Bawalah perubahan sedaya upaya kamu. Islah itu perubahan, itu reform. Sedaya upaya kamu, doa Nabi Allah Syuaib a.s.
- Tetapi sepertimana saudara faham, perubahan-perubahan itu juga mengundang banyak masalah. Saya tidak naif. Seperti saudara tahu, saya juga bersimpang-siur dalam gejolak politik selama setengah abad. Tetapi saya tidak jangka bahawa sebaik pegang kuasa untuk banteras rasuah, untuk bawa perubahan, itu lebih sukar daripada apa yang saya andaikan dulu. Kerana kekuatan elit yang memegang kuasa yang selesa dengan budaya rompakan ini tidak akan memberikan laluan yang mudah.
- Jadi kita berdepan dengan permasalahan ini. Ini soal debat soal kaum, nak jaga nasib Melayu, hidup Melayu, ketuanan Melayu, bagi saya ini hanya bicara picisan. Kerana orang-orang yang paling kuat bicara soal Melayu kadang-kadang juga perompak-perompak besar yang menyebabkan kerenah dan permasalahan orang Melayu yang kita hadapi sekarang.
- Begitu juga bicara soal Islam. Tiap tahun fatwanya berubah. Bila setuju maka perancangan ekonomi itu terbaik. Bila tidak setuju perancangan ekonomi itu seperti Dajjal. Jadi kita sebenar berhadapan dengan permasalahan yang besar. Yang ini saya selalu ungkapkan a juxtaposition of ideas, of philosophy, of development, of how we govern. Whether we choose to ensure that this affects change, to undertake the necessary reforms for the sake of our community.
- I’m a Malay. I’m a committed Malay, no question about it. I grew up from Badan Revolusi Agama, Kolej Melayu, Universiti Malaya, Persatuan Mahasiswa Islam, PKPIM, ABIM. There’s a strong Islamic foundation. But I’ve never entertained the idea that promotes exclusivity. We fully appreciate the role of Islam, the role of the Malays and Bumiputera in this country.
- On record, this government after four years have done more for the Malays than decades before. And I would challenge anyone to question that. No government from the days of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj in 1957 would dare declare any part of Kuala Lumpur as Malay Reserve. And I did precisely that, knowing the challenges and tribulations ahead. And I am grateful, despite the fact that we are a multiracial society, in the government there are representatives from different races, including the DAP, I did not face any problem and challenge when I decided to declare prime area in the so-called earlier Bandar Malaysia as Malay Reserve Land. There was never an opposition. It was unanimously endorsed by the Cabinet.
- So the issue is the necessity to undertake clear policies. The political will, the tenacity of purpose, the courage of conviction to undertake this reform. Why am I addressing this precisely to you? Because you are supposed to understand this better. We may have differences in other issues, but no one should dispute the fact that the country must be brought back to its fundamental values of a democratic society based on clear principles of good governance.
- That’s why I choose to address, and I think it’s appropriate, particularly when the President himself made a strong reference, much shorter, more polite, more dignified than my very frank remarks. But I believe we do share common ideals. And I believe too, I’m very optimistic that Malay College consistent with ‘fiat sapientia virtus’, if you study this, the meaning, the essence is clearly very relevant to our present discourse.
- It may be even, I think ‘fiat sapientia virtus’ is actually pre-Islamic, is very consistent with Islamic ideals. It talks about human dignity. It talks about the wisdom. Saidina Ali bin Abi Talib r.a., bila ditanya tentang hubungan manusia, Muslim dengan bukan Islam dan Muslim dengan Muslim, Saidina Ali berikan jawapan yang cukup jelas. Kedua-duanya saudara kamu.
- Muslim dengan Muslim, “akhukum fid-din”, saudara kamu dalam “deen”, dalam agama. Muslim dengan bukan Islam, akhukum, digunakan istilah saudara kamu, “akhukum fil-insaniyah”, saudara kamu sesama manusia. Dalam faham apa yang disebut dalam al-Quran, karamah insaniah, “wa laqad karramna bani Adam”, Allah angkat darjat nabi, keturunan Nabi Adam, Allah exalted the children of Adam.
- Jadi saudara-saudara, sebab itu bagi kita isunya bukan permusuhan warna kulit, perbezaan warna kulit atau kaum, atau kepercayaan. Isunya ialah nilai kemanusiaan. Isunya adalah tatakelola, pentadbiran yang baik, bagaimana kita gunakan kuasa dan kebijaksanaan untuk mengatur negara, menegakkan keadilan.
- Saya mohon maaf kepada saudara-saudara kerana menyampaikan ini, kerana saya rasa kalaulah bukan alumni Malay College, manalah lagi saya nak letakkan harapan dan rayuan. So, rayuan ini supaya saudara dekati permasalahan. Saya dah beritahu kepada Presiden, mungkin ada pilih beberapa orang sama ada dalam jawatankuasa atau yang lain yang boleh membantu kita siapkan di Jabatan Perdana Menteri umpamanya unit, dan kita dedahkan semua perancangan kita dan kita beri ruang kepada alumni, wakil alumni. Wakil alumni akan melihat semua ini dan kemudian akan memberikan input, teguran, kritikan atau sanggahan.
- Ini kumpulan kedua. Kali pertama saya usulkan kepada alumni UiTM, kerana itu merupakan alumni terbesar dalam negara kita dan saya minta Presiden kumpul tenaga dan saya akan berikan ruang yang secukupnya di Jabatan Perdana Menteri supaya saudara dengar, saudara lihat dan berikan sanggahan, kritikan ataupun cadangan balas untuk mengangkat martabat negara.
- Kalau ini tak dilakukan, plot ratio belum tentu kita luluskan. Jadi ini quid pro quo. Quid pro quo bukan minta komisen. Haa, masalah negara kita ini komisen. Nak lulus apa-apa komisen. Yang jahanamkan negara itu pasal tu. Jadi kalau Presiden setuju, okay, we start work. Jangan tunggu the typical traditional Malay College elite review, maybe after Christmas. No, nothing doing. You agree, make sure by first or first week of December, we start work. Done.
- Terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
