TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN HARI GAWAI DAYAK PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS MAKAN MALAM
SAMBUTAN PERAYAAN GAWAI DAYAK
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
21 JUN 2026 (AHAD) | 7.00 MALAM
BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi;
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak;
Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan pasangan;
Yang Berhormat Timbalan-timbalan Premier Sarawak; Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas, yang membantu mengelolakan bersama dengan pengusaha-pengusaha;
Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri, Speaker Dewan Negara dan Speaker Dewan Undangan Negeri, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Hari ini sambutannya luar biasa dan perasaan saya pun senang luar biasa. Segulai Sejalai, dan kita ada semangat baru kerana hari ini banyak berita yang amat membangga dan menyenangkan. Tetapi tentunya kita mulai dengan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Manoa.
- Yang Amat Berbahagia Tun, izinkan saya sambung dengan menyatakan bahawa saya sudah menjadikan acara sambutan Gawai, Hari Gawai Dayak dan Kaamatan, Sabah itu, hampir jadual tetap saya tiap tahun untuk merai dan menghormati dan memuliakan dan tentunya saya lebih terkesan kerana apa yang dibicarakan oleh sahabat saya dan Tan Sri Abang Haji Johari mengenai perlu peningkatan kerjasama yang terarah. Budaya ini, kalau tidak kita raikan, dia boleh melemah dan memecahkan. Kita dalam negara ini, dan Sarawak khususnya memilih untuk meraihkan.
- Sepertimana saya bicara berulang kali, sebagai seorang Muslim, saya faham bahawa yang menjadikan kita pelbagai kaum, budaya, pengalaman budaya, bahasa, itu kudrat Allah subhanahu wa ta’ala. Sebab itu Islam menganjurkan Lita’arafu. Bukan sekadar toleransi, tetapi kenal, menghormati dan memuliakan. Tidak meremehkan dan memecah ataupun memperkotak-katikkan.
- Mudah-mudahan semangat Lita’arafu ini benar-benar hidup. Sepertimana yang ditunjukkan di negeri Sarawak.
- Saya sering menyampaikan pandangan ini bukan sahaja di negeri Sarawak, tapi juga di negeri-negeri Semenanjung. Bahawa perlu ada kesedaran, terutama di kalangan anak-anak muda, untuk menjamin kelangsungan hidup, keamanan, kestabilan di negara ini. Kita dilatih untuk menghormati dan memuliakan, bukan sekadar toleransi, tetapi merasakan setiap budaya ada kekuatannya, setiap kelainan itu mungkin ada keindahannya.
- Jadi mudah-mudahan sambutan ini yang saudara saudari sambut di seluruh pelosok negeri Sarawak dan diraihkan oleh semua. Itu yang menarik dalam semangat kebudayaan kita. Bahawa tiap budaya ada kekuatan, tetapi disambut oleh semua masyarakat.
- Saudara-saudari di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan seperti apa yang disebutkan tadi oleh Premier Abang Jo mengenai keputusan Kerajaan MADANI. Melaksanakan apa yang termeterai, termaktub dalam semangat perlembagaan negara dan juga yang terurai dalam MA63. Saya tidak mengandaikan hal-hal ini mudah. Ramai rakan-rakan yang pernah jadi Menteri Persekutuan dan kini menjadi Menteri, bagaimana perbahasan harus lebih teliti, bagaimana kita tidak terlepas daripada sanggahan dan singgungan dan kritikan, menjual hak, menjual maruah, mendapat tekanan dan ugutan.
- Jadi saya nak ambil kesempatan di sini menyatakan sepanjang lebih 3 tahun saya ditampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri, dan rakan-rakan saya di Jemaah Menteri pun ada. Betul, kita berunding. Betul, kadang-kadang rumit. Ya, TPM Datuk Seri Fadillah juga diminta mengepalai jawatankuasa, rakan-rakan Alex, Tiong, Arun, Nancy, umpamanya dalam Jemaah Ahli Menteri. Mereka tahu kerumitan kita menjaga perasaan semua, melaksanakan.
- Tetapi saya tidak pernah merasakan berdasarkan semangat kerjasama ini, persahabatan ini, ada sebarang ugutan atau kata dua. Ini adalah semangat muafakat, perbincangan teliti kita yang didewasakan matang dengan sedikit pengalaman politik dan faham bersemangat perlembagaan dan janji dan keperluan untuk mengeratkan hubungan antara Negeri dan Persekutuan, merasa sampai kepada ketikanya kita melaksanakan apa yang dijanjikan oleh pemuka, pendiri, bangsa dan negara.
- Saya percaya pemimpin-pemimpin terdahulu juga bergelut dengan tekanan kaum, tekanan suku kaum, tekanan membina trust dan kepercayaan. Tapi mereka punyai wawasan. Kita lebih mudah tugasnya. Segera melaksanakan. Sebab itu sebaik saya mengambil alih, terus berbincang dengan Premier dan di antara hal yang ditekankan termasuklah penyerahan pelabuhan di antara pelabuhan utama dari segi LNG di Malaysia dan juga rantau ini kepada Negeri Sarawak.
- Negeri Sarawak hari ini setelah berdekad-dekad merdeka punya keupayaan untuk mengurus mengendali ramai cendekiawan, pengurus yang sudah punyai kemahiran dan kepakaran. Ramai yang telah teruji dan menunjukkan kecekalan dalam melaksanakan.
- Oleh itu, saya tidak langsung merasa tertekan dan sukar dalam menyatakan dalam Jemaah Menteri sampai ketikanya. Saudara Anthony Loke, selaku Menteri Pengangkutan, telah berbincang dengan seorang Dato’ Amar Timbalan Premier Ungah, meluluskan, mengumumkakan Rang Undang-undang, meluluskan, dan kini saya syukur kepada Allah SWT kerana satu daripada petanda keyakinan kita dan persahabatan dan perpaduan kita ialah menyerahkan pengurusan Pelabuhan Bintulu itu kepada negeri Sarawak.
- Dan menariknya pula, sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan dulu dengan sekarang, belum pernah saya ke negeri dan dapat dana, semua mohon, letih saya mendengar. Tapi hari ini di Bintulu saya terima cek RM1.8 bilion. Saya tanya Douglas, saya nak tengok cek itu. Saya Menteri Kewangan. Saya tak mahu ni plakart-plakart Dan memang ada pada simpanan dia sekarang.
- Jadi, saudara-saudara ini untuk rakan-rakan juga yang pengkritik-pengkritik di Semenanjung, dia tidak mudah, bukan betul kita menyerah kerana itu perjanjian, itu termaktub dalam perlembagaan negara. TYT Tun lebih arif bab ini, dia mempunyai kepakaran sendiri tetapi yang saya tahu, ini sudah bukan hal yang boleh dipertikaikan.
- Tetapi, kesan sampingan, ya, kerana ikut aset ya, kali pertama saya rasa eh dah mimpi gawai ke mimpi apa ya? Dapat RM1.8 bilion selalunya, bukan selalu, tidak pernah lagi, ini kali pertama jadi saya ada excitement luar biasa.
- Saudara tahu, if you manage the country well you understand the rule of governance, and you put up responsible competent leaders, I salute Abang Johari and your team, you are able to deliver. Dan kebetulan saya ke Rusia bersama pimpinan ASEAN kemudian ada bilateral dengan Presiden Vladimir Putin dan juga pertemuan empat mata dengan beliau.
- Ini ada kesan juga, kita ini bebas, merdeka, berdaulat kita pegang kepada prinsip apa yang disebut dulunya neutrality, atau dalam konteks ASEAN, We engage with all powers we be friend all of them, we take our position independently, and we decide based on the importance strategic importance to our country that we love and would ensure that we benefit through economic, cultural, trade and investments.
- Maka, kita agak lantang menyatakan tidak ada sebab mengapa kita harus pinggirkan mana-mana negara kerana sesetengah pihak tidak suka. Maka kita dilayan baik, apa manfaatnya? Perbincangan dengan Presiden Putin untuk kali kedua, saya minta jaminan bekalan tenaga jangka Panjang, baik minyak atau gas atau diesel.
- Sebahagian ada di sini di Sarawak dan di Malaysia tetapi kita juga commit untuk eksport ke negara-negara lain. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri Jepun dua minggu lalu, dan dia minta perjanjian jangka panjang 20 tahun jaminan bekalan gas kerana keyakinan kepada kita dan, saya beritahu pada Premier tadi memang dia singgung juga tentang Sarawak, can you imagine? Saya, TPM, pergi ke Jepun di Tokyo bincang bilateral we did not leave without emphasizing the importance to support economic activities be it in Klang, Lembah Klang or Johor or Penang we, I included specifically the emerging force, energy giant in Sarawak.
- Tapi balik pada Rusia, Putin bagi jaminan kita buat persetujuan jaminan bekalan tanpa gangguan selama 20 tahun untuk keperluan kita dan eksport semula daripada situ saya ke Turkmenistan, Ashgabat. Ashgabat capital dia, Presiden Serdar sambut, dua tahun yang lalu dia datang dan saya minta dia beri pertimbangan untuk mengiktiraf keupayaan kita.
- Petronas mempunyai hubungan selama lebih 30, hampir 30 tahun tapi skala kecil, saya kata beri ruang. Dia balik, hari pertama pagi saya tegaskan semula beri ruang kerana kita bersaing dengan gergasi minyak dari Perancis, Amerika, China, Rusia, negara Arab merebut pelantar telaga besar gas.
- Saudara, petang itu tatkala berucap di hadapan 500 peniaga pengusaha dan syarikat-syarikat minyak antarabangsa, Presiden Serdar mengumumkan bahawa Telaga 9 dan 10 dia dah tambah lagi akan diserahkan untuk diuruskan Malaysia melalui Petronas, maknanya bekalan tenaga di antara yang terbesar di dunia itu akan diurus Malaysia.
- Jadi saudara kita bekerja saya beritahu Premier Abang Jo, saya tidak ke Johor dan ke Seremban, Negeri Sembilan saya ke Turkmenistan kerana ada tugas dan ini penting kita faham bahawa sekiranya kita bekerja dan sepakat, meleraikan isu-isu yang berbangkit secara baik, ada banyak manfaat dan faedah kepada negara kita.
- Kita berbincang soal Petronas dan Petros, dan kita kekal dengan pendirian yang dimeterai dalam persefahaman saya dan Premier. Apa dia? Kita hormat hak peraturan dan undang-undang masing-masing dan keduanya, kita tuntut supaya Petronas dan Petros bekerjasama mengangkat martabat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya.
- It can be done, and has been done. It has to be done. Through this common resolve, potential is huge, and Malaysia is known to be relatively very peaceful country in the world. There’s clarity in economic policies and we need to ensure that we succeed in this endeavour.
- Saya ingin juga memaklumkan bahawa dalam perkembangan terkini, kedua-dua kami, saya dan Premier menekankan kepada kedua-dua Petronas dan Petros tumpu kepentingan bersama, jalin kerjasama yang erat, win-win situation, there’s huge opportunity available, and we want this to be resolved fairly, squarely, justly between the two partners as a team.
- Dengan ini saya inin sukacita maklumkan nampaknya kemajuan yang sangat positif sekarang saya dapat laporan terkini dan Datuk Seri Fadillah juga membantu dalam jawatankuasa teknikal itu dan saya harap dalam tempoh terdekat, kita dapat meterai secara muktamad persetujuan di antara Petronas dan Petros untuk mengangkat martabat ekonomi kita di Sarawak dan juga di Malaysia.
- Jadi saudara-saudara, saudari-saudari sekali lagilah saya nak ambil kesempatan ucap terima kasih. Saya tidak ada pengumuman peruntukan, kerana peruntukan baru saya terima petang tadi jadi mungkin kita ambil ruang yang lain untuk kita tambah.
- Tapi please be rest assured, we are part of your team. You are part of our team. We work together, we deliver this together. Dan saya sangat terkesan dengan persahabatan dengan semangat kerjasama, dan terima jaminan saya bahawa saya pegang amanah ini untuk mengangkat martabat semua bukan untuk memperkayakan segelintir, bukan untuk merampas atau hak atau merompak kekayaan sesiapa.
- Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati Allah SWT dan kita akan menyaksikan Malaysia termasuk Sarawak akan berkembang maju dan pesat sebagai contoh pembangunan yang adil dan saksama yang akan memberikan pembelaan sebaik-baiknya kepada rakyat Sarawak dan Malaysia. Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
