TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DAN USTAZ ABDUL SOMAD BATUBARA

28 Oktober 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DAN USTAZ ABDUL SOMAD BATUBARA

 

28 OKTOBER 2026 | RABU | 5.00 PETANG

KOMPLEKS SERI PERDANA

 

ALUAN DARIPADA YAB PERDANA MENTERI

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim,

wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

  1. Yang saya muliakan tetamu kita dan juga Da’e yang tekenal bukan sahaja di Indonesia, tetapi di rantau ini, dan ramai juga yang meminati dan mengikuti termasuk Azizah, dia tengok Youtube sahaja selalu, kalau saya panggil pun tak dengar sebab dengar Ustaz Somad. Ini pun satu masalah (nada seloroh).

 

  1. Jadi, Ustaz Abdul Somad ini berasal dari Riau. Riau ini dekat, kalau dahulu empayarnya Riau, Johor – Johor, Riau. Tapi saya tidak tahu mengapa Riau jadi Batubara? Batubara selalunya Mendeleng, itu tak apa, biar ustaz terangkan.

 

 

  1. Terima kasih. Dan saya tidak berikan liputan tentang pengajian dia, sumbangan dia, kerana sudah diedarkan sebelum ini. Tapi Ustaz Abdul Somad ini, sekarang ini memang…ya tokoh, tetapi dalam beberapa hal kontroversial kerana tegurannya itu berani dan kadang-kadang tajam. Dan tajamnya itu sampai ke semua penguasa termasuk yang di Malaysia. Tetapi kita dalam pengalaman kita, dalam soal tatakelola dan tantanan ini terima baik teguran-teguran dan kita cuba perbaiki.

 

  1. Majlis ini kita sebut Majlis Ilmu MADANI, yang kita adakan sering di sini. Bukan tidak boleh di tempat lain, tapi saya bincang dengan Azizah, sejak saya ambil alih sebagai Perdana Menteri, walaupun kita tidak menginap di sini, tetapi biar kediaman rasmi Perdana Menteri itu subur dengan majlis ilmu.

 

  1. Jadi, ulama-ulama dalam negara, syeikh, tuan-tuan guru dalam negeri, dan dari luar negara itu hampir sering ke sini, ada kadang-kadang mingguan, kadang dua minggu sekali dan sebagainya. Banyak diselaraskan oleh Senator Dr. Zulkifli bin Hasan dan Timbalan Menteri Agama pun ada, dan juga JAKIM. Jadi, saya ucap terima kasih dan juga Yayasan Dakwah yang bersama pagi ini dengan Asatizah.

 

 

  1. Kepada sahabat kita, Tan Sri Syed Azman, memang salah seorang tokoh korporat yang nampak sangat komited dan membantu mengembangkan kesedaran agama.

 

  1. Ini penting mengapa kita hidupkan syarahan dan pengajian dari kuliah MADAN ini? Dan mengapa kita jadikan pusat rasmi pemerintahan itu sebagai gedung penting? Kerana apa-apa perubahan itu tentunya dari akar, tetapi juga perubahan itu berdasarkan contoh dalam sistem pemerintahan Islam itu, tanggungjawab itu tentu terpikul oleh semua, seperti kita tahu “Kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi” namun penguasa itu, sang penguasa tentunya harus memberi tauladan yang baik.

 

 

  1. Kalau kita katakan Islam ini akan tertegak dengan tradisi ilmu. Maka, tanggungjawab besarnya adalah pimpinan untuk menerapkan kesedaran dan memberikan pencerahan. Kalau tidak saban hari kita dengar masalah sahaja. Dan masalah kita dengar dari awal, dari tokoh-tokoh pejuang kita yang menentang imperialisme dan kolonialisme.

 

  1. Kalau dengar kuliah Ustaz Abdul Somad itu cerita Snouck Hurgronje dan sekularisme dan pengalaman bercerobohan barat, penguasaan bidang pendidikannya, itu saudara-saudara akan faham bahawa kupasan beliau itu mencapai bidang yang luas. Tetapi natijah akhirnya adalah untuk memupuk kefahaman. Jadi, kita kalau lihat kelemahan yang saya lihat bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia Islam itu, pencerahannya itu, atau tradisi ilmu atau Naquib Al-Attas lebih senang mempopularkan tradisi akliyah. Kalau akliyah itu bersandarkan kepada akidah dan akhlak, maka dia membina akliyah yang akan membentuk sahsiah – keperibadian.

 

 

  1. Jadi sebab itu, istilah-istilah ini tidak semestinya istilah yang kita guna itu sama dengan kefahaman orang lain dan sistem lain. Kita sekali lagi hanya menyebut kelemahan-kelemahan, menyatakan kebimbangan-kebimbangan, tetapi penyelesaiannya tidak ada. Dan sebab itu, kalau ditanya dari mana harus dimulai? Dan ini juga dijawab sudah lama.

 

  1. Ada perdebatan di antara Syeikh Muhammad al-Ghazali, ulama besar Mesir dengan seorang lagi yang mewakili, I think Khaled Muhammad Khaled something like that. Because Khaled ini agak dia terpengaruh. Dia alim, tetapi dia banyak terpegun dengan pengaruh Eropah dan Barat. Jadi bagi dia, dari mana harus kita bermula? Seolah belum ada jawapan, “Min huna nabda’” kata dia. Tetapi, tahun 1930-an, 40-an, itu Syeikh Muhammad al-Ghazali sudah jawab, dengan tradisi ilmu, dengan pencerahan.

 

 

  1. Kalau tidak kita bertempur dalam politik, dalam ekonomi, dalam sosial, dalam budaya, dalam pendidikan. Tetapi, for the lack of knowledge and reason. Sebab itu, dalam beberapa perbincangan kita, kalau kita tengok, lihat umpamanya dialog di kalangan cendekiawan, misalnya pimpinan utama termasuk Tan Sri Shamsul Azri, Ketua Setiausaha Negara, kita adakan juga bulanan, kita sebut Forum Ilmuan MADANI. Forum Ilmuan MADANI ini kita panggil di luar dan selalunya ditaja oleh konglomerat-konglomerat dan kita panggil dan kita bicara hal-hal ini.

 

  1. Kerana kita yakin bahawa tanpa persiapan ilmu dan kefahaman termasuk dalam dakwah, dalam pengajian, dalam menghukum, itu akan menimbulkan satu ketegangan. Dalam pengalaman kecil saya, tak bolehlah banding Syeikh Abdul Somad ini, kerana dia dari Riau ke Jakarta, ke Kaherah, ke Sudan ke.. satu lagi di mana? Maghribi. Saya tak sampai situ belajar dulu.

 

 

  1. Tetapi saya percaya pandangan dia, kalau dalam kuliah-kuliah dia itu singgung, menanam bibit kefahaman dan tradisi ilmu. Tatkala kami membentuk International Institute of Islamic Thought, Maahad al-Fikr itu pun pernah diulas dalam ceramah, dia ikut semua kita, bahaya ini Ustaz Abdul Somad. Bila ada terdapat IT itu, rencana pertama oleh Almarhum Ismail Faruqi, itu masih tajuknya “Malays of the Ummah” – “Kegusaran Permasalahan Umat”, itu masih kedangkalan ilmu dalam pelbagai bidang dan disiplin. Dan kalau dibangkitkan, itu dibangkitnya problem
  2. Hari ini Ustaz, kita bicara soal umpamanya keperluan menguasai ilmu Artificial Intelligence atau Quantum Computing. Kalau dengar orang, dia kata, “why we cannot pursue that knowledge?” Dia tak kata, “why we must acquire and make sure that we retain the Islamic precepts values.”

 

  1. Ini yang cabarannya. Jadi sebab itu, kalau dalam bidang Artificial Intelligence tak boleh kita ketepikan. Sebab itu dalam bidang pendidikan ustaz, dan baru-baru ini dalam Belanjawan Negara, apa tema dia? “Menggapai di langit dan mengakar di bumi.” Mengapa “menggapai di langit?” Kerana ilmu baharu, teknologi baharu, AI, Quantum Computing kalau tidak kita kuasai, orang akan menelan kita. Itu prinsip dia.

 

 

  1. Dulu kita kalah kerana mereka kuasai teknologi, kita tidak. Tetapi apa bezanya? “Menggapai di langit” itu tidak mungkin kita terima tanpa “mengakar ke bumi.” Mengapa “mengakar ke bumi?” Akidah kita, akhlak kita, nilai kita, budaya kita, sastera kita. Dan ini yang dikatakan kebanggaan tentang pembinaan tamadun kita.

 

  1. Jadi sebab itu, kalau kupasan ini, Ustaz Abdul Somad pernah masa dia kupas Ibnu Khaldun tentang Umran Hadhari, Umran Badawi, itu pembinaan tamadun itu, negara itu asasnya masih ya tentunya bagi kita akidah, keyakinan agama, tetapi dengan penguasaan ilmu.

 

 

  1. Saya ini penghantar (moderator), saya minta maaf kerana saya pun excited kerana Ustaz Abdul Somad ini bukan ya, orang ini bukan biasa, di sana dipanggil apa? Yang biasa-biasa. Ini memang seorang tokoh yang disambut baik di sini, dari pemerintah dan semua negeri. Jadi, yang mengatakan parti yang saya sahaja, tidak. Siapa panggil pun kita sambut baik. Asalkan mesej itu, mesej mengangkat martabat, harakat, darjat umat. melalui pertamanya ilmu dan kesedaran.

 

  1. Kalau tidak sekarang ini ustaz, banyak juga masalah. Belajar agama sedikit, terus hukum. Terus memurtadkan orang dan memunafikkan orang. Saya ini Ustaz, ya Allah, bukanlah kata yang baik, tapi cuba dengar syeikh-syeikh ini semua ada. Bila nak lakar belanjawan ini, tanya apa yang lebih baik untuk Islam, apa lagi nak tambah? Dulu kita tinggalkan ini pondok-pondok pesantren, kita bina semula. Dulu kita ketepikan syeikh-syeikh dan guru-guru agama, tuan-tuan guru, kita panggil di sini, minta pandangan. Dan mereka kata semua okey, tapi ada kelemahan besar, apa dia? “Kamu tidak gali itu Turath. Okey. Kita rencanakan buat manhaj, tarbiah untuk menggali kitab-kitab lama, Turath.

 

  1. Tapi bila dibahas di Parlimen, dia kata ini pemimpin munafik dan belanjawannya munafik. Tapi bila saya tanya Ustaz Abdul Somad, saya tanya dia, sabar Pak, tapi dalam hati menggelegak. Tapi memang saya sabar, saya tidak jawab. Tapi saya nak beritahu, ini hanya of the real problem including those who profess Islam, dia tidak membantu, dia tidak memberikan contoh yang baik dari segi akhlak, dari segi peribadi, kesederhanaan dan tolerance.

 

 

  1. Umpamanya negara ini, kalau di Indonesia mungkin 10% non-muslim, negara ini 40% dan menguasai banyak bidang. Jadi, “…bil-hikmati wal-mau‘izatil-hasanati wa jadilhum billati hiya ahsan…” itu lebih tercabar bagi kita ketimbang yang lain.

 

 

Sekian.

Wassalamulaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS SESI CERAMAH USTAZ ABDUL SOMAD

 

Jazakallah khairan kathiran, Syeikh Abdul Somad.

 

  1. Saya catat hampir semua tapi tak sempat. Kerana pantas dan tiap yang berisinya itu ya penuh. Tapi menyentuh sekali kerana nama-nama yang dikaitkan dan pengajarannya itu sangat relevan. Kalau kita kurang faham, kita ingat ini aplogetik. Nak menyatakan bahawa Islam harus kendur dan mengalah daripada bukan Islam.

 

  1. Tapi kalau dengar betul-betul, tidak. Ini memberi gambaran kekuatan dalam Islam. Sekiranya kita ada hikmah. Dan disebut umpamanya, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, guru besar kita. Dan insya-Allah baru-baru ini, kita putuskan untuk mengadakan satu Nadwah itu simposium besar tentang Syeikh Yusuf al-Qaradawi awal tahun depan, insya-Allah kita akan undang Ustaz Abdul Somad sebagai salah seorang tokoh pembicara utama kerana saya fikir menggali karya-karya itu besar.

 

  1. Kebetulan alhamdulillah, di perpustakaan rasmi ini, Syeikh Yusuf al-Qaradawi itu diamanah seluruh koleksi dia itu dikirim kepada Emir Qatar, Erdogan dan di sini. Jadi keseluruhannya. Jadi kita akan manfaatkan.

 

  1. Keduanya, Snouck Hurgronje. Snouck Hurgronje ramai tak kenal. Dia ini tokoh Perancis. Asalnya komunis. Dia katolik. Kemudian dia jadi komunis. Kemudian, dia jadi leftist dan komunis. Mula-mula katolik, kemudian komunis. Sebab apa katolik? Dia kata kerana lahir, dan keluarganya. Baik, mengapa jadi komunis? Kerana dia tengok itu sahaja fahaman yang menunjukkan penentangan terhadap imperialisme dan kebencian terhadap penjajahan.

 

 

  1. Kemudian dia lihat umpamanya tak memenuhi maksud. Akhirnya dia memeluk agama Islam dan di sinilah yang Ustaz Abdul Somad kupas. Kemudian saya kenal dia tatkala saya ke UNESCO dan saya undang dia kemari. Dia tahun 90-an, awal 90-an dengan isterinya Fatimah, asal Palestine. Dan kupasan dia itu menarik dan dia tidak apologetik, tidak kata, “oh, saya sesat masa saya jadi Katolik, sesat masa jadi Komunis”. Dak, dia kata, “ini satu cycle yang sangat menguntungkan saya, saya tahu apa dia kekuatan Katolisisme, tentang love the neighbor, hormat kemanusiaan. Tapi saya fikir tidak lebih daripada itu.

 

  1. Bila datang soal imperialisme, saya lihat pilihan saya hanya kiri kerana itu sahaja yang menentang imperialismee dan menentang kapitalism. Maka saya jadi komunis. Tapi saya lihat hidup ini takkan untuk benda sahaja, untuk bagaimana tentang jiwa dan kemanusiaan dan akhlak, maka saya pilih Islam.

 

 

  1. Jadi, yang saya dengar indahnya itu, ini yang saya dengar sendiri selain daripada kupasan dia. Dia itu di antara penghujah keras menentang Zionism dan oleh itu dia dihukum penjara. Jadi dia jawab, “menentang apa yang lain di dunia ini boleh dibenarkan, tetapi mengecam Zionism itu jadi kesalahan ikut undang-undang Perancis.” Itu peringatan dia sejak tahun 80-an, 90-an. Jadi, saya bernasib baik kerana dia seorang pemikir yang cukup handal lah, maknanya kerana dia boleh garap kefahaman tentang cabaran kepada umat Islam semasa.

 

  1. Jadi sila kalau ada soalan-soalan. Yang susah biar Ustaz Somad jawab, yang mudah saya beritahu Zul jawab, Sila Bismillah.Tidak ada protokol. Tanya terus saja. Ya, sila.

 

SESI SOAL JAWAB

SOALAN 3:

Bismillah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Yang Berbahagia Al-fadhil Ustaz, Perdana Menteri dan hadirin hadirat semua. Nama saya Muhammad Al-Haidanish bin Muhammad Fitri, juga dari pelatih Akademik Daim Muda YADIM 2026 dan pelajar di Akademi Pengajaran Islam, Universiti Malaya dan akan konvo pada bulan depan. Insya-Allah, mohon doa daripada Ustaz.

 

Soalan saya, sekarang ini viral di social media berkenaan tentang layanan sesetengah masyarakat Malaysia kepada kelompok Rohingya yang… kalau kita lihat itu, agak berat sebelah. Sebagai contoh, ada yang dilayan kasar dan sebagainya.

 

Soalan saya, bagaimanakah cara yang sepatutnya ataupun cara yang sebenar bagi kami, anak muda ataupun masyarakat Malaysia ini untuk melayani mereka? Adakah sama seperti konsep Muhajirin dan Ansar ataupun sebagainya? Baik, sekian, terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

  1. Izinkan saya tambah sedikit, sebab hal ini sangat sensitif di kalangan sebahagian umat kita. Jadi, bila saya undang Presiden Myanmar datang, matlamat dia apa? Sebab dua pertemuan saya sebelum itu, minta dia menyederhanakan sikap dia. Kalau tidak, 20 tahun, 30 tahun kita marah, marah, marah tidak ada kesan. Tidak ada perubahan dari segi dasar. Dan orang-orang di Rakhine, di Rohingya itu terbeban, terseksa terus. Jadi, 200,000 lari ke sini. Kita pun terbeban. Sentimen rakyat, termasuk orang Melayu, sudah mula marah.

 

  1. Jadi, saya fikir jalan keluarnya ialah untuk cuba melalui hubungan diplomatik dengan Myanmar. Bukan kita kata kita setuju orang diusir. Kita tak katakan umpamanya, meredakan apa yang dilakukan, tapi saya sebut, saya kata kita nak bersahabat dengan Myanmar. Tapi kita ada masalah dengan rakyat Myanmar yang sebahagian pelarian. Jadi, dia bagi pengakuan kepada saya sejak tahun lalu. “Okey, kami bawa pulang sebahagiannya.”

 

  1. Jadi, setakat ini, 10,300 orang sudah dibawa pulang dengan kos mereka. Pesawat dan juga kapal, kapal perang. Ada juga yang human rights marah saya. Dia kata kamu tak jamin keselamatan dia. Di antara syaratnya, kita kata mesti jamin keselamatan mereka, tapi di negara dia ada terbatas usaha kita, tapi Alhamdulillah. setakat ini, saya bila undang, dia kata okey.

 

  1. Dalam bulan ini, tiga ribu (3,000) lagi akan dibawa pulang. Tapi kata dia… tapi ada yang mengatakan ini belum orang daripada Rohingya atau Rakhine, dia kata dia tidak iktiraf suku-suku kaum. Tapi kalau asalnya itu dari Myanmar, dia akan ambil. Jadi, itu sebagai langkah. Apakah mencukupi? Tidak. Apakah dengan ini saya merestui semua keterlanjuran dia? Tidak, tetapi saya fikir ini jalan sementara yang boleh kita lakukan.

 

  1. Tapi dalam perbincangan, percayalah, saya tidak pernah mengenepikan soal persahabatan, sama ada dia Muslim atau Buddhist. Saya pesan kerana kita minta dia berikan kerjasama dan pertimbangan. Jadi, kalau saya lihat dalam sejarah kita sejak Vietnam dan pelarian mana-mana negeri, belum pernah satu negara ambil begitu ramai. Tapi ini saya rasa jalur diplomasi yang kita harus hidupkan

 

  1. Tapi saya faham, saya sampai ke United Nations, PM Malaysia Anwar diserang kerana mengenepikan prinsip human rights di Amerika Syarikat, di Eropah. Tapi apa yang mereka lakukan? Bantu? Tidak. Apa pun tidak. Jadi, terserah kepada kita. Jadi, itu untuk penjelasan tentang Rohingya. Saya tidak ambil sikap umpamanya agak menyerah pada tindakan pada mereka, tapi saya cari jalan keluar mengikut batasan.

 

  1. Saudara, 10,000 itu besar bawa pulang. Dan saya fikir kalau kita terus jalin ini, kalau kata empat, lima ribu sebulan pun baiklah, ya. Tetapi kalau ada umpamanya jaminan sebab kita takut dia itu diapa-apakan, dianiaya, itu mungkin ada beberapa pertimbangan lain. Okey? Minta maaf, sorry, sila.

 

  1. Saya gini, saya kebetulan ada majlis sebelah sana satu lagi. Jadi, biar Dr. Zul sambung, rugi kalau nak tinggal. Jadi, kita bebankan Ustaz Somad ini sampai dia capek (nada berseloroh).

 

  1. Tapi saya mohon betul-betul minta maaf betul-betul, sebab ada majlis di sebelah sana. Ini urusan Melaka, Melaka. Jadi, minta maaf, minta maaf terutama Ustaz, saya agak kurang manis itu. Boleh Ustaz ya? Tapi, kurang sopan, kurang adab ini. Kita dalam tema pendidikan kita itu, dalam pendidikan kita, adabani rabbi fa’ahsana ta’dibi. Itu tema dalam Kementerian Pendidikan. Sekali dia kata, PM tinggalkan tetamu. Macam mana? Minta Ustaz guna hadis lain dan separate (nada berseloroh). Baik terima kasih ya. Saya mohon dulu. Biar Dr. Zul sambung.

 

Share: