TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS BERSAMA WARGA AIMST

7 Jun 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI DIRAJA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS BERSAMA WARGA AIMST

 7 JUN 2026 (AHAD), 09.30 PAGI

DEWAN UTAMA,

AIMST UNIVERSITY

BEDONG KEDAH

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.

 

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Saudara dan rakan,

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Dr. S. Vigneswaran A/L M. Sanasee,

Canselor & Pengerusi  Lembaga Pengarah Universiti AIMST;

 

Dan seluruh warga AIMST University serta tetamu-tetamu yang saya muliakan mewakili universiti, dan lebih utama anak-anak universiti. Terima kasih banyak.

 

  1. Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri, Saravanan serta semua yang membantu menyelenggarakan dan menjayakan AIMST. Dan tepat sepertimana yang disebut oleh Tan Sri,  apa pun ikhtiar Kerajaan, suntikan dana, gedung yang indah, akhirnya yang utama adalah hasil dan kesan kepada anak yang dididik dalam tempat mereka.

 

  1. Mengambil kira pembangunan negara, apalagi Negara MADANI, yang kita bicarakan ialah soal peluang yang saksama kepada semua. ini yang menjadi suatu naratif, wacana dan perdebatan politik yang hangat di negara kita. Ada orang bicara, senang berbicara soal kaum, soal kelompok, soal darjat, soal peluang. Bagaimana menggali dan memunggah kekayaan mereka dulu. Dalam hidup ini bagi setiap rakyat, sama ada di kampung, di estet, di pinggir bandar, di pendalaman, masa depan anak-anak itu yang harus kita utamakan.

 

  1. Ini adalah istilah yang disebut, democratization of access to quality education. Can our system ensure that we provide good, equal access to be remain to what democratization is all about? Correlate to that, can we ensure that we provide quality education for our children? It’s not about race. It is about your family background. But it is about our future as a nation, and your future and your families.

 

 

  1. Ini sebab apa saya lihat umpamanya, konsep keadilan – justice. Kadang-kadang dana negara itu ditinggalkan. Saya nak anak-anak semua bicarakan. Anak-anak, di sini saya lihat anak Melayu, Cina, India, ada dari Sabah, Sarawak, terima kasih, AIMST University. Saya minta maaf, saya turut bicara tentang anak-anak dalam dunia pendidikan, saya agak sentimental sedikit dan terkesan. Betul saya sedang dalam jawatan seorang Perdana Menteri, tapi saya ada cara saya sebagai seorang ayah, sebagai seorang pencipta ilmu, dan merasakan profesion pendidikan itu sesuatu yang sangat tinggi.

 

  1. Saya bergurau kepada Vicky, saya kata Vicky kadang-kadang bila datang ke universiti, lihat anak-anak bincang dengan profesor, saya fikir saya dah pilih profesion yang salah, sepatutnya saya tinggal di universiti dan tidak masuk dalam gelanggang sebagai ahli politik, tetapi sebagai sahabat pandangan dia tetap kerana sebagai Perdana Menteri, saudara-saudara sudah mengikut arahan yang jelas tentang masa depan anak-anak bangsa kita.

 

  1. Sebab itu dalam kongres baru ini? Ingat, Kongres Ekonomi Bumiputera, saya bercakap tentang mengingatkan orang Melayu, orang Cina, India dan Kadazan tetap, yang utama, yang asas itu adalah keadilan. Dan keadilan itu saya mengikuti pandangan Michael J. Sandle dari Harvard yang berbicara sebagai panas dan hangat tentang ‘what is justice?’ Justice kata dia, keadilan itu bukan sahaja kesamaratan. Bukan kerana ruang yang sama, anak orang kaya dengan anak orang miskin, di estet atau di pedalaman atau di kampung. Kemudian dia kata, masuk dan bersih.

 

  1. Jadi itu bukan keadilan, keadilan itu adalah kesempatan memberikan, Kesempatan apa dia? Kepada anak kita itu. Beri mereka kesempatan sebaik mungkin, equal opportunities. Kemudian bila dia terangkat, dia itu yang dikatakan fairness. So, what is justice? Justice is fairness, if you’re not fair, there cannot be justice. You can’t compete between a son of a multimillionaire with all the best access. You have imagined with the son of a poor estate worker or farmer. And tell me that the result is. I hope you understand. Do you? This is a very fundamental question that children, the young should understand. And this is not new. This is not from Anwar. Some of you Indians who are familiar with Indian history know the great name. One of the great statesmen that I personally admire and possibly read as much. You can compete with me, not even the professors in terms of reading. Because I spent a long, many, many years in prison. I fallen behind the words to read the great institute. I’m a better car.

 

  1. Now I’m wet car comes from the poorest economy. The most oppressed. What Mahatma Gandhi termed as the untouchables, now become Mr. Danis. The heroes with sheer determination to rise and have the opportunity. A rare opportunity during the colonial period, because of the two premier universities in the world. I think now I may say Columbia University, New York, and Oxford University. The two universities came back. But he did not forget his rules.

 

  1. Ramai di kalangan kita yang mempunyai pendidikan tinggi. Asal dari kampung hulu, asal dari estet, tetapi oleh kerana pangkat, ada darjat, dia lupa pangkalannya, dia lupa asal usulnya, tetapi kembali ke perlindungan kepada Islam, bagaimana sikap yang konsisten, yang tuntas dari keluarga yang miskin, derita, dihina, dicerca, dek kerana kelas, kerana kasta tapi dia bangkit dan komitmen itu menyebabkan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri meminta dia untuk mempengerusikan jawatankuasa penggubal perlembagaan negara India.

 

  1. Saudara, bayangkanlah, ini dia yang hasilkan. Ketika itu, ribuan sarjana, intelektual dan pemikir, tapi yang dipilih itu adalah Jawaharlal. Sebab itu, perlembagaan Inggeris itu meletakkan beberapa prinsip. Tentang social democracy. Tapi sekarang ini bila bicara tentang demokrasi, bertarung di Johor, tadi di Negeri Sembilan, siapa menang, siapa duduk, siapa kalah mati? Siapa main api kaum? Siapa tanam kebencian? Tapi, yang harus dituntut itu adalah keadilan, kesaksamaan. Melihat kuasa dari sisi mata, tapi di mata hati, naluri-naluri. ‘Dictates of the heart or habits of the heart’ untuk menentukan yang kita bicarakan itu kemanusiaan.

 

  1. Jadi sebab itu, mereka dalam konteks ini memberikan pendedahan kepada saya, bahawa dalam kehidupan, dalam pemerintahan, good governance, mesti ada faham kemanusiaan. Jangan hina orang kerana warna kulit. Jangan hina orang kerana perbedaan kepercayaan. Jangan hina orang kerana darjatnya. Kamu anak orang besar, bangsawan dengan orang yang di kampung yang miskin, yang pakai pakaian robek. Itu yang disebut ‘Dictates of the hearts, Habits of the hearts’.

 

 

  1. Saya bilang ‘Habits of the heart’ ini kerana pelbagai yang diungkapkan oleh seorang pemikir Perancis yang menulis tentang demokrasi di Amerika, Alexis de Tocqueville. Alexis de Tocqueville ini, pemikir, perencana yang melawan Amerika Syarikat di peringkat awal kemerdekaan. Kemudian dia mengatakan bahawa mahu menjayakan kebebasan dalam demokrasi, dia tidak boleh dengan kebencian, dengan kedangkalan ilmu, dengan penghinaan kepada orang, bersama kepercayaan kaum, dia mesti ketuk pintu hatinya supaya mengangkat darjat kemanusiaan manusiawi. Ini disebut nilai kemanusiaan – humanity.

 

  1. Di universiti-universiti, terima kasih KPT kerana saya banyak adakan program Temu Anwar, saya tak sebut Perdana Menteri, dan kita bicara dari hati ke hati. Ini berbeda dengan perbicaraan saya dalam konteks Kerajaan atau politik, tapi bagaimana saya mahu mengajak anak-anak supaya memikir nasib mereka, keluarga mereka, masa depan mereka, dan tidak tinggal asal-usul mereka, tidak rasa terhina kerana mereka miskin, dan kalau menceritakan dengan bangga sumbangan ibu bapa mereka yang miskin, yang tidak ada pendidikan seorang rendah sekalipun, tetapi berjiwa tinggi dan mulia. Jangan lupa anak-anak, ibu bapa kita itu bukan semua siswazah dan sarjana.
  2. Ibu bapa kita ada di kalangannya yang penerima tetap BSD ataupun pesawah dari kalangan yang sangat daif dan miskin. Rumah-rumah yang robek, tetapi nilai kemanusiaan mereka yang tinggi. Kadang-kadang dilihat manusia itu lebih hebat daripada pemimpin-pemimpin yang menjerit mengenai kebebasan dan demokrasi. Kalau tanya saya, patut pemimpin-pemimpin dan sarjana itu turun ke bawah, belajar daripada ibu bapa yang miskin tetapi jiwa dan hatinya murni.

 

  1. Jadi, ini yang saya ajak saudara-saudara, anak-anak, saya sebutkan tadi Mahatma Gandhi, Alexis, saya sebutkan tentang Michael Sandle. Google, find out and start reading about these scholars and leaders and statesmen. Sekurang-kurangnya sinopsis dia. Boleh? Baik. Nah, saya bicara ini sebagai orang yang mahu lihat negara ini berjaya. Saudara lihat ringgit di antara yang paling kukuh di Asia. Pertumbuhan ekonomi dalam keadaan kacau-bilau geopolitik Perang Iran akibat diserang oleh Israel dan Amerika, sekatan Selat Hormuz, negara, ekonomi kacau-bilau, tetapi pasaran saham kita, pertumbuhan ekonomi kita, masih bertahan dan kuat.

 

  1. Kadar pengangguran kita di antara paling rendah dalam sejarah. Kadar pertumbuhan dan pelaburan dari luar dan domestik, foreign direct investment and domestic investment, itu tercatat tertinggi dalam sejarah Malaysia. Tentu kita syukur. Tetapi, saya sebut selalu kalau istilah, shouldn’t be lulled into complacency. There are silly challenges. But one of the major challenges of our education. How to ensure that we continue to accept.

 

  1. Dari Kerajaan dan belanjawan negara, peruntukan tertinggi dalam negara, ini jarang di dengar-dengar, kerana kebanyakan negara kerana masalah-masalah mereka sendiri, peruntukan tertinggi, pertahanan, yang kedua yang lain-lain. Tapi Malaysia, peruntukan yang tertinggi, sejak saya jadi Menteri Kewangan lagi, nombor satu pendidikan. Yang kedua, kesihatan. Saya tegaskan hal ini kerana anak-anak ini tidak jadi wacana. Dan wacana kadang-kadang itu hal-hal yang porak-peranda dan kebencian. Boleh tergur. Boleh kritik. Tetapi ini kenyataannya. Mana ada negara, mana ada pemerintah-pemerintah yang tidak ada kelemahan, termasuk saya dan pentadbiran saya. Tetapi satu perkara yang basic yang saya sebut semalam di Batu Pahat, satu perkara yang saya tegaskan yang patut anak-anak pastikan, dihidupkan iaitu bila jadi pemimpin jangan guna kuasa untuk merompak kekayaan negara ini.

 

  1. Inilah hal basic yang tidak patut berlaku, kerana kalau itu berlaku, tidak terjamin masa depan. Kaya sepertimana pun, tidak dapat dibersihkan. Saya selalu popularkan nama yang saya sebut Mahatma Gandhi. Dunia yang cukup, Malaysia cukup untuk memenuhi keperluan semua orang. Tetapi tidak akan mencukupi untuk memenuhi selera, nafsu, tamak haloba. The world is enough for every man or women needed, but will never make enough for everyone’s greed. Pernah dengar? Ya, itu Ghandi.

 

  1. Dunia ini cukup untuk keperluannya, negara kita bukan miskin. Jadi, tumpu dalam bidang. Baik. Anak-anak AIMST, sebab itu, saya tahu umpamanya, Perdana Menteri terakhir yang datang ke sini Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2008. And I must say, I am extremely proud to see my children full of hope and vision. Thanks to Vicky and colleagues. Thanks to professors and those who have done so much, including our dear friend, Tun Samy Vellu. I call him Anay. Yes.

 

  1. Jadi, saudara-saudara saya ke sini, dan saya sebut di sini sebabnya di antara lain kerana saya anggap ini sesuatu ikhtiar yang baik. Sebab itu, kita guna kesempatan pada hari ini untuk meneruskan bantuan tahunan kita, tapi bila dengar ucapan saudara saya Vicky dan melihat anak-anak dari apa yang telah diluluskan peruntukan untuk kolej dan AIMST, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI akan memastikan supaya anak-anak yang paling miskin di universiti ini tetap diberi bantuan dan saya tambah 1 juta ringgit lagi.

 

  1. Tapi seperti kita tahu minggu lalu, bagi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, kita tambah, kita berikan peruntukan 100 ringgit bagi setiap pelajar sekolah menengah dan universiti untuk keperluan buku dan ini tidak termasuk kolej-kolej dan universiti swasta. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk memberikan peruntukan 1 juta tambahan daripada apa yang diperuntukan. Okey.

 

  1. Memang tak cukup. Memang tak cukup, tapi ini permulaan yang baik, sebagai galakkan kepada anak-anak belajar dengan lebih baik, memanfaatkan waktu dan lihat kekuatan kita. Kita boleh lihat kepelbagaian ini sebagai satu masalah, tapi banyak, bagi contoh satu negara dengan pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai budaya, pelbagai suku. Ada satu suku, ada dua suku, ada tiga suku, masalah itu tiga suku (nada seloroh). Jika kepelbagaian ini masalah, bayangkan negara mana yang aman? Adalah ada sikit-sikit bising sana sini, tapi aman. Macam-macam masalah mungkin, tengok aman sekejap timbul masalah lagi. Aman sekejap ada 10 masalah lagi. Aman lagi, kuil kena roboh. Aman lagi ada surau kena roboh. Aduhai. Tetapi kita harus leraikannya dengan baik.

 

  1. Saya tidak mengatakan ini mudah, tetapi kita minta kematangan, kita minta kebijaksanaan, apa yang disebut maturity and wisdom. This is we are blessed. This is a great country. And you. You, my children, can guarantee and I’m sure, that this will be a greater nation, we remain united, focus with clarity of purpose. That’s all I want from you. You must change the direction of this country. Enough of racism, enough of religious, enough of endemic corruption. You should determine the future of the nation that we must leave with conviction, with necessity to make sure.

 

Terima kasih.

Nandri, Vanakkam.

Share: