TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI (AKI) TAHUN 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI (AKI)
TAHUN 2026
23 OKTOBER 2026 | JUMAAT | 9.00 MALAM
DEWAN PERDANA, MENARA MITI, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI);
Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin,
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI);
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Yong Poh Kon,
Pengerusi Ahli Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri 2026;
Yang Berbahagia Datuk Hairil Yahri Yaacob,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI);
Rakan-rakan dari MITI terutamanya dan juga daripada pemain industri;
Terima kasih banyak atas kesempatan ini, dan saya oleh kerana kepercayaan penuh kepada saudara Johari Ghani, saya kata you can start first, have your dinner, I join a bit later. Thank you very much.
- Saya ucapkan tahniah. Kalau tidak salah saya, sebaik sahaja saya Perdana Menteri, dua tiga acara sebelumnya saya tak hadir, tetapi oleh kerana desakan menteri ini dia kata, “very important event, very significant event, we event”, jadi saya tak ada pilihan,. Anyway, it’s good that I’m here untuk melihat sendiri kejayaan industri kita. Dan saudara Datuk Seri Johari Ghani sepertimana yang saudara tahu, termasuk tadi Jemaah Menteri memang menekankan secara yang kritikal, kritis, tidak sahaja melapor angka pelaburan, import, eksport, tetapi melihat bidang atau jurusan mana kita boleh baiki.
- Saya ucap tahniah kepada bukan sahaja MITI, tetapi seluruh industri kerana jasa dan usaha serta khidmat yang boleh mengangkat keupayaan kita. Dalam satu tahun, peningkatan eksport 30 peratus itu agak menakjubkan. Kalau dahulu 90-an, disebut ‘East Asian Economic Miracle’, saya pun tak suka sangat istilah itu kerana kadang-kadang ia menyebabkan kita rasa terlalu selesa, you cannot be lull into complacency, there must be this drive and much more need to be done. So you can see our growing impatient and your minister is one of the more impatient ones, I can understand but we need that to push.
- I generally relate to the thesis by Joseph Schump Peter studying the events post-World War and see the utter destruction of the state economy and sense of hopelessness. But he introduced a very compelling thesis. “A gale of constructive destruction” at a time when there is a feeling of helplessness, and failure and despair, we need to be more creative. The forces of creativity rest mainly on industry. So that’s why he coined the term ‘gain of creative destruction.’ Things have fallen virtually destroyed. But we have to build and recreate and that’s the strength of research, R&D and industries.
- The role of the government is pivotal, of course, in ensuring stability and then crafting with confidence economic policies, national policies. Some have been alluded to by Jo Ghani just now about the Industrial Master plan, energy transition, digital transformation. These are critical because you must begin with clarity of policies. You have to craft these policies. But the challenge is of course, to effectively execute. And in most countries, they can introduce and come up with some impressive plans, but there’s no certainty that you are able or you will be able to execute it effectively. So the role, not only bureaucracy, but more so the industrial players are critical.
- Saya tentunya rasa bangga kerana kementerian ini, saya ikuti sejak tahun 2022 sampai sekarang, di bawah YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan YB Tuan Sim Tze Tzin, dan pimpinan KSU dan rakan-rakan, nampak ada satu sikap yang lebih terbuka tidak terikat dengan norma dan pemikiran lama. Industri ini dinamik, dan kerana dinamika ini menuntut kita bersedia membawa perubahan yang pantas. Sebab itu, tatkala merangka belanjawan baru-baru ini, saya ingatkan kawan-kawan saya di Perbendaharaan, Treasury, saya kata, “Jangan kita mula dengan kerangka kita, kita harus mula dengan kerangka semua sektor di bawah, kemudian baru kita lihat apakah ia boleh diserasikan dengan lakaran yang harus kita bentangkan atau harus ada sedikit pengubahsuaian.”
- Sebab itu saudara lihat umpamanya dalam kerangka kita baru-baru ini, kita tumpu sebagai fokus itu negara industri. Memang betul kita kata, “Menggapai di langit, mengakar di bumi”. “Menggapai di langit” itu kerana AI, super AI, super computer. Ini semua bidang-bidang baru seolah-olah di angkasa raya, di langit. Kerana tanpa penguasaan ini dan ini permasalah besar bagi negara kita. Kalau lihat umpamanya perdebatan di Parlimen sekarang, dia bukan” menggapai di langit”, tak ada langsung. Perbincangan itu siapa Islam, siapa tak Islam, siapa munafik, siapa tidak. Masih lagi terikat dengan kerangka pemikiran jumud, lapuk dan kolot.
- Dan kalau negara ini mahu dibangunkan, mesti ada kesediaan generasi baru dan pihak industri untuk memikir ke depan. Industri mesti ditingkatkan keupayaan dan dimodenkan. Dia tidak boleh umpamanya nak angkat martabat ekonomi dengan pendekatan lama yang lapuk, sebab itu kita sebut “menggapai di langit”. Tetapi kita Malaysia, dengan pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai sentimen, pelbagai wilayah, kita harus “berakar ke bumi”.
- Kita mahu jadi negara maju dan industri, bukan semestinya kita jadi sepertimana budaya Amerika ke Rusia ke China, tidak. Kita nak pastikan akar kita itu di sini. Maka bahasa kita, budaya kita, adab kita, kemanusiaan kita, menghormati sentimen pelbagai kaum, pelbagai agama, kerana ini suatu keperluan. Satu imperatif yang tak boleh kita pertikai. Sebab itu kita kata, “menggapai di langit tetapi juga mengakar ke bumi.” Kita boleh bincang dan bicara soal memacu pertumbuhan, eksport yang tinggi, angka yang menakjubkan, tetapi kesenjangan dan inequality Kelompok miskin terpinggir sama ada di ulu Kelantan atau di Kapit, Sarawak terbiar, tidak boleh. Jadi negara kita ini harus mempunyai suatu pendekatan memusatkan perhatian kita, langkah-langkah yang perlu untuk mengangkat ekonomi, “mengapai di langit, tapi masih mengakar di bumi.”
Saudara saudara yang dihormati,
- Sebab itu saya tekankan tadi, saya singgung tentang industri, terutama kekuatan SME. Syarikat-syarikat besar, syarikat gergasi, syarikat raksasa itu, dia memerlukan sedikit keperluan dasar yang boleh memberi galakan. Tetapi SME ini dalam negara kita, jurangnya besar, keupayaan dan sumbangannya itu tinggi. Kalau Malaysia ini mahu maju, dia tidak perlu umpamanya bersaing dengan MNC’s. Tetapi kalau kita dapatkan puluhan ribu SME itu terangkat kedudukan dia menjadi pemain industri yang penting, kecekalan dia, inovasinya, daya cipta yang kita dukung dan kemudian dapat kejayaan untuk menembusi pasaran antarabangsa, itu akan menjadi penentu kejayaan kita.
- Jadi, sementara kita bicara tentang “menggapai di langit”, kita bukan punyai cita-cita yang tidak berasas atau tidak realistik. Kita masih bertahan dan mengetahui bahawa kekuatan kita ini bukan pada puluhan syarikat gergasi. Yang penting, yang boleh kita beri kerjasama, tapi, kekuatannya adalah pada puluhan ribu SMEs dan PKMS. Sebab itu, atas gesaan MITI, khususnya saudara Jo (YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani), maka Kementerian Kewangan dan saya dalam belanjawan, memutuskan untuk memberikan ini fokus yang besar sama ada dana pinjaman, dana penyelidikan dan beberapa insentif yang telah diperkenalkan.
- Jadi, pada malam ini saya tentunya hadir untuk menyatakan, pertama, terima kasih dan penghargaan saya dan Kerajaan atas usaha dan khidmat saudara-saudara selama ini. Dan keduanya, menyatakan bahawa sepertimana prakarsa yang kita perkenalkan dalam belanjawan baru-baru ini, setelah mendengar beberapa cadangan dan usul yang dikemukakan oleh saudara-saudara. Sepertimana saya beritahu, saya tidak punyai kemahiran dan kepakaran dalam semua bidang, apa lagi dalam bidang industri, tetapi setelah mendengar, menilai dan melihat keupayaan kita. Itulah yang kita pulangkan.
- Dan seperti yang saudara lihat umpamanya kita telah mengambil langkah yang sangat berani dan positif untuk memastikan bahawa belanjawan tahun ini akan memusatkan perhatian untuk mengangkat keupayaan Industri Kecil dan Sederhana yang kita maksudkan. Atas kerjasama saudara-saudara, saya sekali lagi menyatakan penghargaan setinggi-tingginya.
- And I would summarize by suggesting that or emphasizing the fact that this country has all the resources, human capital, discipline, and resilience. And this morning, I summarized this need for cabinet members to look at the major policy shifts required to strengthen not only domestic but national resilience in the industry and the economy. And I remain very optimistic that Malaysia can forge ahead as a great nation if we can continue this work as you have shown in MITI and in the collaboration with the industry, you can see that for a country of this size to register such phenomenal industrial growth, particularly the new areas, E&E. To me, notwithstanding the limitations, the back end moving to the front end, with FAB and all the other new areas that we need to embark on notwithstanding all the limitations that we see. I must say that we are on the right track as long as we have the humility to acknowledge that there is certain room areas where we can improve and excel. Thank you again to YB Datuk Seri Johari Ghani and the team. Thank you.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
