TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: FORUM ILMUWAN MADANI – TEMA: KESELAMATAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

6 November 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

FORUM ILMUWAN MADANI SIRI 14

TEMA: KESELAMATAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

 

6 NOVEMBER 2026 | JUMAAT | 8.30 MALAM

HOTEL M RESORT, BUKIT KIARA

KUALA LUMPUR

 

MUKADIMAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah rabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Karim.

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu,

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan

Rakan-rakan yang saya muliakan;

 

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi dan semua.

 

 

  1. Terima kasih pertamanya kepada tuan rumah, katanya sedia makan, tapi saya selalu skip Saya mohon maaf, ini sudah 14 sesi, yang ini kali pertama saya sampai 12 minit lambat, nak kata Perdana Menteri sebab trafik, tidak boleh, tapi saya minta maaf.

 

  1. Forum Ilmuan ini, bagi yang biasa ikuti, hampir setiap bulan kita selenggarakan untuk satu sesi ikut tajuk-tajuk berbeda. Dari soal AI kepada soal percaturan hukum, permasalahan kerangka ekonomi MADANI dan pelbagai tajuk, dan setiap sesinya selalunya terbahagi secara yang agak santai. Saya selalu bantu untuk mempengerusikan dan tidak menyampaikan pidato, kerana saudara dah selalu dengar dan membosankan. Takkan bila saya kata membosankan, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry setuju. Janganlah, you Menteri, hormatlah sikit.

 

  1. Dan selalunya kita bagi kepada tiga tokoh, seorang Menteri yang menyampaikan pandangan bagi pihak pendirian dasar Kerajaan, seorang dari sektor swasta, walaupun di SD Guthrie tapi dia dianggap bebas untuk memberikan pandangan. Kemudian seorang lagi salah seorang penyelidik atau akademik, academician, kadang-kadang dari universiti, atau daripada pusat-pusat penyelidikan. Dan gabungan tiga itu akan membicarakan secara santai dan kemudian dibuka untuk perbincangan.

 

  1. Mengapa kita adakan Forum Ilmuwan ini? Kerana sidang-sidang yang diselenggara oleh Kerajaan, selalunya itu agak lebih structured dan walaupun ada sesi-sesi yang melibatkan pensyarah atau profesor dan pakar-pakar di sektor swasta, tetapi tidak dalam format yang lebih terbuka dan santai seperti ini.

 

  1. Jadi dalam sesi-sesi ini selalunya kita ambil agak serius. Sebab itu saya dengar sendiri dan ada Menteri-menteri, umpamanya hari ini, Jumaat, tapi selalunya nota dan catatan, keputusan atau pandangan sama ada kita setuju atau tidak, saya akan rumuskan dan bentang di Jemaah Menteri. Itu memang format yang selalu kita adakan. Jadi Menteri-Menteri harus dengar, sama ada pandangan itu serasi dengan dasar kementerian mereka atau tidak atau yang memerlukan beberapa tindakan ubah suai.
  2. Ini untuk memaknai atau memberi kekuatan kepada suatu sistem, keadaan yang lebih terangkum, lebih inklusif. Memberi ruang kepada perbincangan dan kemudian mendengar secara serius dan cuba menghadam dan dalam beberapa hal, melaksanakan. Tentunya ada beberapa kekangan, kalau jabatan dengan dasar dan sebagainya, tetapi kekuatan kita saya kira dalam Forum Ilmuwan ini ialah dapat mendengar dari pandangan yang rencam dan cuba menjelaskan sekiranya perlu atau, disebaliknya mendapat satu sanggahan atau teguran atau kritikan atau usul yang agak berbeda.

 

  1. Ini kerana kita mengambil satu sikap yang lebih terbuka, kerana kalau kita hanya jadi macam sesi Parlimen Kerajaan-Pembangkang, maka saya tidak fikir kadang-kadang perbincangan itu lebih sopan dan lebih terbuka. Dalam konteks seperti ini perbincangan lebih terbuka.

 

  1. Tajuk malam ini adalah mengenai pertanian, resilience kita, ketahanan, daya tahan kita dalam mempertahankan dan melihat industri makanan sebagai suatu national security, satu dan kedua juga economic security. Bagi negara yang tanahnya subur, dikeliling dengan laut, tapi import bahan makanan yang banyak dan tinggi, itu satu yang membebankan yang saya ingat sejak saya menjadi Perdana Menteri hampir 4 tahun, itu dibincang berulang kali dan saya ucap terima kasih kerana Menteri Mat Sabu dan juga rakan-rakan dari kementerian dan jabatan-jabatan berkaitan, Kementerian Komoditi dan lain-lain dalam bidang pertanian, mengambil serius hal ini dan mengemukakan saranan-saranan untuk memperbaiki.

 

  1. Dan di samping itu, sektor swasta. Saya juga pernah melihat SD Guthrie yang lebih rancak dalam bidang ini, tetapi kita tahu ini belum mencukupi. Saya selalu mewakili pandangan yang agak…pandangan anak muda, walaupun rupanya tidak, iaitu rasa resah, kerana kadang-kadang kecepatan perubahan. Kita bicara tentang post normal times dan post normal times itu menuntut satu perubahan yang lebih drastik, lebih segera dan kepesatan perubahan yang satu kemestian, tetapi pelaksanaan itu kadang-kadang melelahkan dan kita juga kadang-kadang diheret dengan isu-isu yang hampir tidak relevan dan tidak membantu kita.
  2. Jadi pada malam ini, walau bagaimanapun saya selesai dengan mukadimah saya. Dia kata kalau mukadimah benar adalah “Mukaddimah” Ibn Khaldun yang dua volume. Dua volume itu ringkasannya. Dan oleh itu kita akan manfaatkan waktu ini sepertimana saya sebut dengan tiga pengupas; Saudara Mat Sabu, yang saya tahu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr. Sarena binti Che Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Research Institute dan juga Encik Mohd Haris bin Mohd Arshad, Presiden & Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif SD Guthrie.

 

  1. Dia kena sopan sikit kerana makanan percuma, dan oleh itu saya mulakan dengan Saudara Mat Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Daya Tahan Negara dalam Keterjaminan Makanan bagi Mendepani Ketidaktentuan Global. Sila.

 

 

 

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS PEMBENTANGAN YB MOHAMAD BIN SABU, MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

 

Saudara Mat has touched upon some very key issues of concern and I think mainly to deliberate some of the measures taken up by the ministry and the government. But there are also some key fundamental questions that we must address.

 

Agriculture sectors and the fisheries also sectors that affect or that concern issue of poverty and concern that was raised since the 60s by Almarhum Ungku Aziz. They show low productive, lack of capital, low productivity and inadequacy, or as he put it as irregularities in the marketing infrastructure.

 

These issues also has to be addressed because if our concern is of course to raise awareness and to encourage our farmers and producers to do more, then the system also requires some very bold measures that would affect systematic change, systemic change in the system or structural system.

 

The industry, for example, the plantation sector doing remarkably well, undeniably so. But then the smallholders, poor farmers and fishermen here has serious issues of concern that need to be addressed. It has caused what is termed now as poverty threat.

 

And our policy has to also depart because there is also, if I could refer to Samir Amin’s theory of dependency syndrome, that we are not prepared to take really tough, bold measures. And precisely because of that failure, we have caused our farmers of the poor to be totally dependent on support and subsidies. And the more support and subsidies, the more dependent they are on the powers that be.

 

 

So, these are issues that need to be addressed. That’s why measures like what Minister Mat Sabu has described very pertinent. But there are also some major structural issues I’ve encouraged. For example, the plantation sector, the hinterland outside these areas will be the small holders poor. So, I’ve encouraged them strongly to then engage with these people and try to ensure that they benefit from that new modern technology in agriculture. And most likely there will be great response. The failure to attract them is also systemic.

 

So, I think I take a view that is widely popular among the more critical mass in terms of the need for the bureaucrats, the policy makers, and particularly so the ruling elite and creed must also address. That is how we then mitigate these concerns or the more the poorer, the marginalized, particularly in the rural hinterland.

 

Itu respon saya dan saya ucapkan terima kasih kepada Saudara Mat Sabu, dia kerja kuat sebenarnya, dan saya tahu umpamanya pertanian, keterjaminan makanan bukan mudah, kerana kena kendali betul, kemudahan, struktur, sistem dan cabaran-cabarannya. Jadi, kalau tidak lakukan apa-apa yang drastik dia akan kesenjangan antara miskin kaya terus melebar dan terima kasih. 

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS PEMBENTANGAN YBRS. DR. SARENA BINTI CHE OMAR, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PNB

 

Beberapa isu yang agak provokatif ini dilemparkan, dilontarkan dan saya fikir harus dihadam oleh Kementerian, tapi ia tidak menjawab permasalahan. Bukan tidak ada produk, tetapi yang saya sebut tadi ialah teori asas ekonomi, iaitu tentang ketidakselarasian sistem pengedaran yang sebut irregularities of the marketing infrastructure. Kita ada FAMA, kita ada LKIM dan kita ada beberapa, tapi masih ada kekangannya. Kita tengok kadang-kadang produk ini kalau di kampung nelayan RM2, di KL RM8. Jadi, hal-hal yang sedemikian itu harus juga ditangani dengan baik.

 

Tapi, terima kasih untuk Dr Sarena, saya percaya untuk berlaku adil pada dia, sepatutnya kita beri ruang dan bentangkan kertas yang sempurna. Tapi, kepintaran seorang penghujah ialah menyampaikan semua dalam masa 5 minit, yang sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik.

 

Sekarang ini kita dengar pula dari tuan rumah, Presiden dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif SD Guthrie, saudara Mohd Haris Mohd Arshad.

 

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS PEMBENTANGAN ENCIK MOHD HARIS MOHD ARSHAD, PRESIDEN DAN KUMPULAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SD GUTHRIE

 

Terima kasih, dia apa orang kata, propagandist untuk kelapa sawit yang paling berkesan yang saya pernah dengar. Tetapi dia banyak membantu, kerana di peringkat antarabangsa, terutamanya di Eropah itu, kempen menentang kelapa sawit itu terlalu sengit.

 

Sahabat saya, mantan Naib Presiden Al Gore, dua bulan lalu di Singapura, dia ada call saya, dia kata kita belum menjawab tohmahan dan serangan yang berterusan. Saya agak aneh sebab kita jawab, tetapi ternyata kelemahan kita ialah kita tidak ada interaksi yang cukup berkesan dengan NGO’s. Jadi, sejak itu saya telah minta semua kementerian merumuskan sebab saya nak jawab.

 

Kebetulan hari ini, Al Gore, menulis sedikit kepada saya, dia agak sympathetic sebab saya kata, no, not fair. Your allegations about peat soil being used for plantations, which has ended a long time ago. So, maknanya kita, penerangan kita itu kurang berkesan.

 

Tapi saya juga nak ambil kesempatan ini, Saudara Haris, untuk menyatakan penghargaan, kerana SD Guthrie menampilkan satu contoh yang baik, mechanization, pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing, itu ternyata.

 

Tadi angka-angka saya minta Menteri Noraini Ahmad bacakan di Jemaah Menteri, pengurangan kerana kebergantungan kepada pekerja asing itu agak keterlaluan dalam beberapa ladang, dan ini dilakukan dan contoh saya lihat sendiri di Ladang Guthrie dulu di Pulau Carey, yes, very impressive. It can be done, dan walaupun dia menelan sedikit kos awal, tapi dalam jangka sederhana, dalam 3 tahun pulangan itu lebih baik.

 

Mengenai perancangan yang melibatkan smallholders ini, saya lihat KLK memulakan, saya tidak tahu sejauh mana berkesan, because the initiative by KLK as we proposed. We met them in Taiping some time back. I remember, where we did suggest that they need to collaborate with the other smallholders. Otherwise issue productivity, issue quality service but then there must be some sort of mechanism where we interact and assist them and therefore will enhance the production at the same time will provide better returns for them. When these are issues I think the plantation sector must aggressively address. And I think I will mention this in next week’s Cabinet to the Minister. It doesn’t matter YB Zambry, I know the minister from UMNO but it’s okay. We work together. Sempat juga tu, sikit-sikit (nada berseloroh). But I think and I will address with that there must be a specific proposal measure need to be done. Because I remember the… about two, three years, two and a half, three years ago when we met with some of the representative the planting sector, the KLK, Taiping. Yeah, you were there then, and I did stress on this point because otherwise, of course we to enhance the productivity and I think the plantation sector is doing remarkably well. Major service to the economy in this country but at the same time I don’t find it satisfactory that we have this big gap between the more successful plantation and the poorest segments of the society. Where invariably would depend to a large extent on government assistance, government subsidies. And it is a major burden to the country’s economy.

 

 

Jadi baik, saudara-saudara, terima kasih Mohd Haris dan terima kasih kerana walaupun tidak menjelaskan, tapi saya tahu kerana mengikuti sendiri perkembangan SD Guthrie dan tanggungjawab yang mereka sempurnakan dan menjadi salah satu sektor ladang yang membanggakan negara kita.

 

Jadi sekarang ini kita terbuka untuk perbincangan, soalan dan oleh kerana terbuka, janganlah agak terlalu sopan, bagi, tapi jangan kritik saya, yang lain tiga-tiga ini kena jawab. Dak bukan, kesian juga saya ini hidup, saya dah kena serang kuat sangat dah. There was once, there was this Al-Jazeera about 20 years ago. Dia ada satu program televisyen dipanggil “Bilah Hudud”, no-holds- barred dan memang itu terkenal sebagai duduk situ macam yang BBC gitu ya, HARDTalk. Jadi, saya sampai, saya masa itu baru keluar penjara. Jadi saya tahu ni, they want to questions, I know it’s not easy, it’s going to be very rough. Jadi saya pun pergi saya kata, please you are free to ask whatever you want, but just I want to remind you that I have suffered enough in my life.

 

 

SESI SOAL JAWAB

 

SOALAN 1:

 

Saya Fauzan daripada UIA. Soalan saya mudah, senang, tak susah. Soalan saya mengenai keterjaminan makanan, yakni food security. Lately we know that we have been attacked by cyber security. Baru-baru ni di Europe ada 8 negara di attack. Dia tingkatkan temperature freezer-nya daripada kosong ke 50 celsius menyebabkan Europe ada masalah besar. Bagaimana Malaysia menangani masalah akuaponik ke ataupun masalah makanan yang bergantung pada internet of things or internet of everything. Terima kasih.

 

JAWAPAN:

 

Dia melibatkan seluruh sektor yang memang betul membimbangkan, tapi kita mesti bina kekuatan untuk menjangka serangan, jangan tunggu reaktif. We must be prepared to anticipate. It’s more complex because the more sophisticated economics and systems in Europe has been severely attacked. Even semasa  di United States baru ini, cerita yang baik yang melegakan kita kerana kalahnya Republikan, saya tak boleh komen (nada berseloroh). Itu pun ada 11-12 jam election commission diserang, jadi kita mengambil, sebab itu saya panggil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan panggil kepakaran yang ada, hari Isnin, hari Selasa saya bentangkan di Parlimen. Hari Khamis Ketua Pengarah MKN memberi taklimat kepada semua Ahli-ahli Parlimen.

 

Kemudian, KSN memanggil semua Ketua Pengarah, KSU dan pegawai-pegawai kanan untuk memberi perjelasan untuk membuat semua persediaan yang mungkin menjangka. Kerana ini kadang-kadang ada hal yang tidak terjangka. Sebenarnya serangan ini yang berlaku itu, kalau satu bulan, ribuan di Malaysia ini, bank, institution baru ni semua saya tak sebut agensi-agensi, tapi ketangkasan kita menjawab, menyelesaikan itu sangat kritikal.

 

 

SOALAN 2 :

 

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar. Distinguished Minister and also fellow. Saya ingin buat satu laporan kepada Yang Amat Berhormat, makanan malam ini sangat mencukupi. Keterjaminan makanan dicapai setakat malam ini, terima kasih Guthrie.

 

Pertanian sebenarnya merangkumi penanaman dan juga perternakan. Malam ini saya, Dr. Tee, saya mewakili 12 persatuan dan institution which association which including the farmers, feed millers, veterinarian, researcher and traders.

 

Before I raise the issue, only one issue, where we have been fighting for on behalf of livestock food producing industry. May I take one to two minutes to say something from the heart.

 

First, we would like to express our appreciation to MADANI government under the leadership of Yang Amat Berhormat, for the courage and determination shown in navigating Malaysia through this uncertainty time, especially during this geopolitical conflicts. Now one of the toughest decision we believe is the implementation of BUDI petrol and diesel, it is a cost of hundreds of billion per year.

 

Despite this enormous financial commitment involved, it was actually a very important intervention to help stabilise the cost of living. For ordinary household every ringgit saved on fuel is actually a ringgit can be utilised for food, for healthcare or for education. And I think we should recognise this tremendous responsibility carried by our Prime Minister working days and night constantly looking for solutions to protect the rakyat and keep Malaysia moving forward during this period of great global uncertainty. So Prime Minister, on behalf of the rakyat particularly those of us from food producing sector, we thank you.

 

Now the issue I would like to share with you Yang Amat Berhormat, with the spirit of appreciation I want to bring forward a very practical issue concerning our national food security. It is the treatment of broader SST on animal feed ingredient which was an essential input for our food production. We have been advocating this issue for some time since last year July where SST, the broader SST was introduced. We raised this issue not because the industry, one have a special privilege but because the feed ingredient.

 

YAB PM: Whether you just propose something then? For production? Yes if you propose then I will take in the next budget next year.

 

(Good, we appreciate the government has just announced last month whereby a refund mechanism for this feed input. Yes. However, this defund mechanism required the industry, the importer and also the distributor to pay the SST upfront and allow us to subsequently apply for a defund. Meanwhile, this extra cost.)

 

YAB PM: How do you mitigate? How do you propose to solve this?

(Okay, our concern is very simple. It is again for the national food security. Why should this cost of producing food first carry a tax and then require the industry to recover the tax?)

 

YAB PM: So, you want to propose that we deduct or? Exactly. Which part of the tax.

 

(Yes, therefore, we respectfully plead government to consider one further step it is to move towards a genuine tax exemption at the point of import for approved of free ingredients.)

 

YAB PM: So where do we impose the tax then? No, you kata at the point of import dengan tax, tax kat mana tak payah? So, nak makan kat mana, semua tak ada tax?

 

(No, you see, SST is not new but the broader SST that involved the feed ingredient is new started last year. And we cannot be competitive because our neighboring country do not have SST on the feed ingredient. )

YAB PM: They have another 26 other taxes that we don’t have. You understand? Yes, there are certain taxes that is not applied here, but there are 26 other taxes I know a neighboring country that have that we don’t have. So, but you come in a specific proposal let me look at it, give me the memo and I’ll take it up. Okay, all right. Thank you. I’ll take it up seriously. I mean, if it is really something that is burdening the industry, we will certainly consider that I’m. I’m not joking. Not. We don’t need to wait next year. I mean, if it is something really critical, I will look at it. Yes.

 

 

SOALAN 5:

 

Dato’ Seri, saya Roslin daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia, ya. Industri sawit di Malaysia ini lebih kurang 110 tahun dah. Dan pada yang sama kita kena terima bahawa industri ini labour intensive dan sebahagian besar daripada pekerja adalah pekerja asing. Tadi pun saya dengar, YB Mat Sabu cakap kalau kita tak nak guna kerana banyak pekerja asing, tetapi kita kena accept dia punya realiti bahawa industri sawit ini perlukan pekerja asing. Walaupun arahan daripada pihak Kerajaan untuk industri sawit kurangkan penggunan  pekerja asing, saya ingat syarikat SD Guthrie, IOI, KLK dan United Plantations, kita telah cuba selama ini untuk kurangkan pengggunaa pekerja asing, tetapi isunya di sini Dato’ Seri, pekerjaan yang paling susah ya untuk industri sawit ialah untuk memotong buah sawit itu.

 

Operasi, tabur baja, racun rumput itu kita ada mesin untuk melakukan, tetapi kita tidak ada lagi mesin untuk harvesting buah sawit. Jadi, tenaga asing kita perlukan ini semata-mata untuk melakukan pekerjaan ini. Pada tahun ini, kuota untuk pekerja asing almost tak adalah untuk industri sawit, accept for certain company they able to manage the quota, but majority of the plantation company their yet to receive their quota.

 

The issues is that, next year if you don’t get the workers now, you going to be a problem next year, kerana apa? Untuk mendapatkan pekerja asing ini sekurang-kurangnya perlukan tiga bulan the entire process of recruitment and what not, then at least tiga bulan lagi untuk kita train dia untuk dia dapat jadi pemotong buah.

 

Nampak El-Nino yang baru di Indonesia ini dengan jerebu di Malaysia ini mungkin akan effect juga pengeluran kita pada tahun depan. Sekiranya kita tidak dapat pekerja yang cukup untuk tahun depan, ditambah pula dengan isu jerebu yang kita jangkakan pengeluaran hasil sawit akan terjejas ya sama ada suku kedua atau ketiga tahun depan, jadi pengeluaran kita tahun depan mungkin kurang.

 

Tadi, Tuan Haris pun dah bagi tahu tadi lebih kurang 20 juta tan CPO ya, yang bernilai RM112 bilion untuk Malaysia. Sekiranya isu ini jika tidak ini, saya minta Kementerian sama ada KESUMA atau KDN tengoklah permintaan daripada industri sawit.

 

 

 

 

YAB PM:

 

Dia betul, kalau bertanya ladang-ladang ni dia minta. Saya setuju, kalau khusus untuk mengawit, tetapi banyak ladang digunakan untuk lain juga. You see? Untuk melihat dari segi perspektif makro seluruhnya. Kerajaan ini patut terima sajalah. Sekarang ini 2 juta yang registered, 2 juta lagi, dah 4 juta orang asing. Sentimen rakyat ini kadang menjadi masalah macam baru ini. Dia menjadi satu masalah besar bagi sekuriti negara, jadi saya setuju, malah Mesyuarat Jemaah Menteri, tadi saya arah untuk beberapa yang mendesak, saya minta KESUMA luluskan tanpa ikut proses yang terlalu leceh. I agree.

 

Dan kalau ladang umpamanya betul-betul fokus untuk pengawit sahaja, okey tetapi you minta untuk pengawit, yang lain tak kurang. Sebab itu, kalau tanya saya, kalau macam saya, mana-mana syarikat katalah KLK ke, Guthrie ke mana-mana yang lain, kalau betul, you tunjukkan kita untuk kegiatan bidang ini, kita dah kurangkan 30%. Kita minta tambahan untuk mengawit, okey. Kalau tidak, you bayangkan macam mana Kerajaan terus terima 1 Juta, tahun depan 1.5 juta, tahun ini 2 juta. And now 2.3 million. Janji 2 tahun yang lalu saya ingat, 3 tahun yang lalu, janji. Yes, we’ll not increase, we’ll do this. Mechanization, automation. It does not work. So, whilst I agree with you and I think I will take it up with the Minister concern, bahawa, kalau khusus dalam bidang yang dikatakan pengawitan, okay, we’ll approve for that. Then, you give an undertaking, you will reduce through mechanization.

 

Because kita tengok juga, it’s not a very popular statement among peladang. Okay, just bear with me. Kita tengok juga profit, untung besar. Masa untung besar pun tak ada investment untuk mengurangkan untuk mechanisation untuk mengurangkan staf. Okay, how do you deal with this as a government? As a responsible policy?

 

Jadi inilah saya ingat kena interact, esok bila kita bincang, saya akan kemukakan kepada menteri-menteri berkenaan supaya dia datang dan kita beri ruang untuk kita check betul-betul sektor ini betul, then okay, we move on, because we can, saya tengok tak banyak, I’ve seen this, I’ve seen this. Tak banyak yang terjadi. The big industries, untung RM1 bilion, nak naik minimum wage, perang besar. Ini yang sebut tadi yang tadi manusiawi, Ekonomi MADANI, manusiawi ni. I mean how you deal with this? Satu syarikat untungnya RM1 bilion nak naik gaji RM20 ringgit sebulan dia enggan, sehingga kita Kerajaan kena mewajibkan.

 

Ini yang berlaku, sebab tu saya kata ekonomi ni juga mesti manusiawi. Jadi, ini tidak bermakna saya nak pertikai, saya setuju malah untuk restoran-restoran, ada yang dah tutup sebab tak ada pekerja asing. Jadi sedikit sebanyak adjustment kita kena buat lah nak buat macam mana. Nak masak air dengan nak hidang, itu pun tak ada orang.

 

Jadi juga soal sikap betul, tapi saya I will view this sympathetically I mean, saya akan bawa kepada Menteri berkenaan untuk mempercepatkan, tetapi saya nak tengok, ini ladang-ladang besar, berapa pekerja dia? 80,000. 80,000 ini tengok umpamanya bidang apa? Kita potong yang ni, kita bagi yang ni. Then, I think it’s a fair deal. Because kalau tidak tak boleh. Bagaimana Kerajaan nak terus tanggung begitu? Kemudian, it also reflects the issue of exploitation of workers. You know, kemudian kita bawa pekerja-pekerja asing kadang-kadang so dehumanizing. I don’t understand kita bercakap soal MADANI, kita bercakap soal keadilan, sosial dan sebagainya, tetapi tengok sesetengah kilang macam mana dia letak pekerja-pekerja, tersorok duduk macam tempat hamba abdi tahun 100 tahun yang lalu. I cannot accept that. Dia bagi macam-macam alasan, bahawa ekonomi dan sebagainya.

 

Jadi kalau dasar-dasar ini dan broad parameters itu dipersetujui, kita boleh review. I think, give one or two weeks, I will get the minister to meet you and raise this very specific questions. Kalau you dapat, I think we should accommodate because apa yang disebut betul. Maksudnya kalau kita terlalu keras sehingga tak boleh. There was one, I ingat 2023 I think. Production terbantut, ah 2021 – 2022, masa covid terbantut sebab kita tak bagi langsung pekerja asing. Jadi jangan begitu kerana akan menjejaskan ekonomi negara.

 

Jadi balik kepada soal the whole issue of economic justice, penting juga because saya tak mahu Malaysia sementara kita memacu pertumbuhan ekonomi yang agak segar dan rancak, dalam pada yang sama, kita membiarkan bentuk-bentuk penindasan and dehumanisation of man. I mean to me, to me lah it’s not acceptable. Jadi kita kena jaga supaya kalau pun kita ambil pekerja asing, pekerja ini mestilah yang baik, laluan yang baik. Ini sindiket pekerja asing, kosnya, dan sekarang kita tengah negotiate satu per satu negara. Turunkan kos. Kalau betul, kos itu kos pada, kos yang munasabah dan jangan menbebankan. Ini kos pada agen itu melambung-lambung. Ini soal Kerajaan. Dulu agen yang ambil gaji. Agen simpan pasport. Ini saya sebut ini sebagai human atau modern slavery. Dan kita tidak boleh condone itu.

 

Jadi walaupun saya setuju dan saya ambil nota penting pada malam ini untuk melihat semula beberapa aspek dari segi keperluan pekerja asing termasuk ladang dalam bidang tertentu tapi secara umum kita ingat, dia mesti ada satu tindakan yang keras terhadap apa-apa penganiayaan kepada pekerja, termasuk pekerja asing. Mereka bukan hamba abdi kita, dan tindakan-tindakan yang kadang yang diambil keterlaluan kepada orang asing pun tidak wajar sama sekali.

 

Sebab itu, saya ambil satu keputusan yang sangat susah, sangat tidak popular untuk berunding dengan Presiden Myanmar. Kita ada 200,000 rakyat Myanmar termasuk dari Rohingya di sini, kemudian nak hantar balik, orang human rights protes. Duk kekal di sini, rakyat protes. Jadi saya pun runding dengan Presiden dia dan kata look, boleh tak jamin, ambil secara baik, kapal perang dia ke ataupun pesawat tetapi hantar dia balik dan treat them as human beings. Dia bagi jaminan dan kita kata kita boleh pantau melalui intelligence kita pelan-pelan. Dia setuju. Sekarang dia dah ambil, bawa pulang 10,400 orang, dan beberapa minggu lagi dia ambil lagi 3,000. Belum pernah 10,000, now 11,000 dibawa balik melalui rundingan ini.

 

Tetapi kalau kita dengar punya bantahan, tak boleh, nak letak sini pun tak boleh, nak hantar balik pun tak boleh. Jadi, itu beberapa masalah yang kita hadapi. Kerana apa? Kerana sentimen anti orang asing kadang-kadang sudah jadi keterlaluan dan tidak lagi manusiawi. Itu masalah kita.

 

Jadi, saya minta maaflah kerana ini memang satu isu yang agak berat bagi kita. Nak ketatkan, akan menyebabkan industri terjejas. Nak longgarkan, dia menimbulkan masalah-masalah-masalah ekonomi dan sosial yang berat. Jadi harus diurus dengan begitu bijak.

 

SOALAN 7

 

Saya Wan Harizal daripada MADA, bos saya dekat atas tu. Saya selalu bincang dengan YB Menteri, tinggal lagi malam ni bila ada peluang ni nak bercakap dan memberi sedikit pandangan.

 

Satu, saya melihat bahawa sebenarnya petani kita ni ada banyak kemampuan dan kebolehan. Tetapi kita tidak empower mereka. Dalam sistem pertanian kita, kita terlalu control, jadi pertani kita kurang inisiatif dia cuma tunggu dan mengharapkan apa yang akan diberikan kepada mereka. Tetapi kalau sistem itu diubah mungkin some of the regulations itu diubah supaya kita empower petani dengan kemampuan dia, dengan experience dia untuk dia contohnya benih, dia boleh usahakan benih sendiri.

 

Satu lagi saya rasa satu idea yang telah lama dibentang, disebut iaitu Output Subsidy. Output Subsidy ini adalah satu perkara yang boleh menyelesaikan banyak masalah sebenarnya. Apabila petani ada choice sendiri untuk beli baja di mana, nak suruh pembajakan macam mana dan sebagainya. Di Mada sendiri, kita ada sekarang ini 14 orang sekurang-kurangnya. 8 metrik tan satu hektar These are the high achievers. Dan orang begini, saya rasa kalau kita minta, kita bagi peluang kepada dia untuk dia pilih output subsidy, dia akan terima.

 

Jadi saya nak cadangkan supaya kita run it parallel. Satu, subsidi biasa. Satu lagi, output subsidy. Dan kita minta siapa yang rasa voluntary, dia nak pilih output subsidy, biar dia pilih output subsidy. Sebab dengan dia pilih output subsidy, dia akan menjadi motivated to produce more. Because kalau dia produce more, they get more. Itulah cadangan saya, terima kasih.

 

YAB PM:

 

Saya bagi pandangan agak progresif sikit lah, tetapi berbeza sedikit dengan capitalist punya view. Kalau orang miskin, kita panggil subsidi. Yang tak ada apa-apa peluang nak hidup, nak makan, kais pagi makan pagi. Kalau nak kena simpan seminggu, ada rakyat kita yang tak upaya simpan makanan untuk seminggu. Kalau orang kaya, syarikat-syarikat, insentif cukai, insentif perintis, lima tahun, sepuluh tahun kita panggil insentif. Orang miskin kita panggil subsidi, menatang itu sama saja (nada berseloroh).

 

Jadi sementara saya setuju ada perlu rasionalisasi subsidi sepertimana dalam kes RON95, kerana ia mengurangkan beban negara, menghilangkan atau menghentikan kebocoran, dan juga subsidi tinggi kepada orang rakyat asing yang tidak membayar cukai. Itu saya rasa cara pendekatan yang lebih realistik.

 

Prinsip subsidi ini, kalau jadi yang peringkat awal disebut teori Samir Amin yang kata dependency syndrome, itu memang kita harus ubah supaya subsidi, bentuk subsidi yang boleh mencungkil bakat, dapatkan dia peluang kerja. Tetapi kita harus waspada kita bicara di sini bagi golongan elite orang yang hidup saya kata, melarat kais pagi, makan pagi, makan pagi ini atau dalam “Ranjau Sepanjang Jalan” yang novel Shahnon Ahmad itu a method survival. Bagi saya tanggungjawab wa’ad nasional, wa’ad negara pemerintahan itu harus menjamin setiap orang ada makan. Asal ya, makan itu satu basic human right, Amartya Sen kupasanya begitu baik.

 

Jadi, kita kena balance. Ini maknanya dependency syndrome Samir Amir, semua orang mengambil subsidi, kerja sikit pun subsidi dan nak hidup seolah-olah dengan hanya dengan subsidi itu mesti dikurangkan. Tetapi menghentikan subsidi, haa itu kena waspada. Bukan soal soal reaksi dan repercussion politik semata-mata yang saya bicarakan, tetapi juga soal kehidupan rakyat realiti yang ada itu.

 

Dan kedua yang terkait juga apa yang disebut tadi tentang ekonomi manusiawi tadi, MADANI. Sebab ini kita mengandaikan semuanya betul, dasar betul, pelaksanaan betul, apa yang dilakukan dengan golongan korporat betul, agensi-agensi jalan betul. Tak betul semua, berapa banyak kebocoran? Berapa banyak rasuah? Berapa banyak ketirisan, berapa banyak puluhan bilion subsidi yang hilang di songlap dan di sakau? Apa? Ini perkara yang tidak berlaku? Berlaku.

 

Jadi, kalau nak adakan pembaharuan atau reform betul-betul, maka ia mesti menjadi comprehensive. Mesti ada integrity yang disebut tadi, yang maknanya kena ada resolve dari semua. Daripada syarikat, daripada kerajaan, daripada jabatan, dari agensi. Bahawa ada wa’ad ini janji kita untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin dan hentikan.

 

Saudara-saudara, saya ada orang sebut takut bimbang saya ingat mempolitikkan. Tidak. Saya lihat sekarang ini, umpamanya dari dulu perhati, kemudian 4 tahun ini. Kalau kita baca, yang terakhir umpamanya macam bantuan paip gas ke Sabah. Matlamatnya itu baik untuk menyediakan bekalan tenaga untuk negeri Sabah yang relatif sangat miskin. Berapa jumlah belanjanya? 8 campur faedah, RM9 bilion pinjaman daripada Exim Bank negeri China, 2016.

 

Apa yang jadi? Projek itu lingkup. Tidak berdaya saing. RM1 bilion dibelanjakan dan kerana perjanjian itu menetapkan bahawa kalaupun gagal, mesti dibayar 100%. Saya tak tahu you belajar, kalau ada Guthrie macam itu selamatlah kita. Jadi akhirnya lebur RM9 bilion. Katalah minus RM1 bilion yang dah belanja, RM8 bilion. Dan kita rayu, rayu, Tun Mahathir rayu, Tan Sri Muhyiddin rayu, kemudian Ismail Sabri, kemudian giliran saya, saya kata macam mana nak buat? Akhirnya, appeal lah. Malu tak? Malu lah. Kerana salah kita. Tapi kalau tidak, RM8 bilion ini lesap. Jadi, RM8 bilion itu, kamu tak cakap pasal subsidi ini. Yang orang kampung ini miskin ni, macam mana? Kalau RM8 bilion itu tak hilang, kita bagi kepada orang Sabah. Ada makna tak? Makna.

Jadi, alhamdulillah runding, runding kita dapat RM5 bilion balik itu yang dapat untuk pemulihanan sungai jadi untuk Guthrie yang di KK pun dapat kita selesaikan bekalan air dan saya lagi lah happy kerana selesai masalah air Pulau Pinang tak payah bergantung pada Kedah.

 

Jadi berapa jumlah? RM5 bilion ringgit. Jadi rugi sebenar akhirnya RM3 bilion ringgit ya RM3 bilion. Itu jadi, saya dalam Forum Ilmuwan ini, walaupun kita bincang soal pertanian, kita bincangkan pertanian nak subsidi RM100 ringgit, RM200 ringgit letih kita.

 

Seluruh STR dan SARA, RM16 bilion ringgit subsidi. Yang sini dia RM3 bilion one project tak kira 1MDB, tak kira Tabung Haji, tak kira Felda dan lain-lain lagi. Sebab itu popular atau tidak, selagi saya ada amanah ini, saya nak lontar, luahkan kepada saudara-saudara, I will not compromise. I will not compromise. This country Malaysia is a country that we love and we must save this. And the first thing we should do. Is to make sure that we have good, proper governance with integrity.

Kemudian, relevan yang kita bangkit. Kalau ini dilakukan, Malaysia akan baik, kita siapkan regional subsidy. Orang yang dapat ni kita boleh potong, kemudahan ini kita boleh potong, orang boleh terima, tapi sekarang saya nak buat, saya takutkan dia kata betulkan dulu kepincangan ini. Inilah yang saya rumuskan, saya tahu tidak keterjaminan makanan tapi makanan rohani lah.

 

Kerana ya betul dan saya tahu memang … bayangkan hari Selasa saya laporkan, kan ada soalan daripada Ranau saya ingat dia tanya, jadi saya jawab. Tak ada mengundang minat termasuk yang Ahli-ahli Parlimen pembangkang, tak ada minat RM9 bilion hilang, tak ada okey kerana bagi dia kaum, ini soal wang, ini munafik, ini dajal itu ini politik ke situ akhirnya.

 

Saudara, we are talking about the survival of this country we are blessed alhamdulillah that at least we are on the right path, Allah have given us all the nasib best but we are fortunate wherever to write this. Tengok negara-negara jiran kita masalahnya besar. Jadi kita, tapi jangan kita terlalu rasa selesa.

 

Saya selalu peringatkan apa yang pernah disebut dalam karya Galbraith dulu, the culture of contentment. Ini budaya selesa, everything okey, dan dia ada bahaya, apa yang pernah disebut oleh Muhammad Natsir, pemimpin Islam Indonesia sebagai budaya permissiveness. Semua okey, rosak sikit, okey curi sikit, okey. Sikit apa, bilion okey. Jadi, this tolerance for evil ini yang merosakkan kita.

 

Jadi, bagi kalangan ini golongan elit, golongan yang sedikit di sini, forum ilmuwan, let us have this and renew always our resolve. Ini kita harus lakukan dengan kerangka yang baik dan saya bicara dengan passion is a passionate appeal because I’ve seen this, dan saya fortunate Allah bagi saya panjang umur dan lalu liku-liku-liku dan I’m here. But this is to me is still a major battle of the mindset.

 

Nak bercakap macam Mat Sabu, kita betul kadang mindset orang malas gitu betul, tapi dia tengok mindset yang di atas ni pun tak dibetulkan, it does not matter, it doesn’t affect them what is wrong with us? Is it the way we believe, we understand our religion? Yes, sembahyang, janggut sikit and that’s it. What about the values, what about the culture? Sebab dalam MADANI saya kata bukan sahaja “menggapai di langit”, new technology, AI kehebatan semua, betul.

 

Propel the economy upwards and mechanization. Satu kejayaan production yang sangat hebat. Yes, we need it. Itu yang disebut “menggapai di langit” mencapai kemajuan yang hebat tetapi jangan lupa, “mengakar di bumi”, mengakar di bumi dengan nilai kita, dengan akhlak kita, dengan kemanusiaan kita.

 

Ini yang saya nak sampaikan curahan hati buat kenyataan akhir ini, saya nak ucap sekali lagi lah penghargaan setinggi-tingginya kepada Saudara Zambry bagi pihak KPT sebenarnya, membantu menyelaraskan acara ini terima kasih. Dan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saudara Mat Sabu yang gigih dalam usahakan kementerian dengan segala cabaran saya tak pernah terfikir bahawa kita boleh produce bawang, tapi dia boleh, saya pun kadang-kadang, dia punya nak yakinkan saya, dia bawa bawang sampai ke cabinet, dia  kata, here we have grown so we prove that we can do it.

 

Kemudian Dr. Sarena dari PNB Research Institute, pertama kali saya dengar dan menghimbau dan melontarkan idea yang harus kita renungkan. Kebetulan saya juga nak minta kalau boleh beberapa karya laporan saya dapat daripada KRI dan lain-lain tapi PNB Research Institute tak pernah hantar kepada saya, either you think that I don’t read, ya I don’t have time to read as much before. Kalau you hantar masa saya  di Sungai Buloh tu saya baca semua dan, akhirnya Mohd Haris dari Kumpulan Guthrie dan saya ucap terima kasih menjadi tuan rumah dan penganjuran berjaya.

 

Dan saya juga nak ambil kesempatan bahawa SD Guthrie itu dari segi prestasi itu di antara yang saya tentunya saya pantau lebih dekat dan amat membanggakan, alhamdulillah.

 

Jadi kepada rakan-rakan semua, terima kasih banyak atas kesudian hadir, dengar pandangan rakan-rakan panel dan juga celoteh saya, separuh kuliah tetapi kadang-kadang dia begini bila saya tersentuh sedikit hati nurani ini, saya akan lontarkan. Tapi saudara-saudari di kalangan elit ini harus memanfaatkan bukan sahaja perbincangan tentang tajuk yang kita bicarakan hari ini, tentang daya tahan negara dari segi pertanian, tetapi juga tentang hala tuju negara kita.

 

Saya mewakili satu pandangan yang sangat yakin akan keupayaan Malaysia untuk terangkat martabat dan harkatnya sebagai negara hebat. Syaratnya, kita berbuat sesuatu jauh lebih baik daripada yang kita lakukan. Semoga Allah SWT merestui usaha murni kita.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

 

Share: