TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: FORUM ILMUWAN MADANI SIRI 13 – TEMA: PENDIDIKAN MASA DEPAN NEGARA DAN AUKU

27 Ogos 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

FORUM ILMUAN MADANI SIRI 13

TEMA: PENDIDIKAN MASA DEPAN NEGARA DAN AUKU

 

26 OGOS 2026 | RABU | 8.30 MALAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

 

MUKADIMAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah rabbil ‘alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Karim.

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Rakan-rakan Menteri, panel termasuk YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen;

Naib Canselor Universiti Malaya;

Ketua Setiausaha Negara;

Pengerusi Majlis;

Saudara-saudara dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

 

  1. Format kita sebenarnya Forum Ilmuan Malaysia yang kita perkenalkan beberapa tahun yang lalu untuk mengadakan satu wacana yang lebih bebas dan segar, menyuarakan beberapa isu, sama ada soal digital seperti AI, Reformasi Pendidikan, soal cabaran bidang agropertanian, masalah kemiskinan, masalah kesenjangan. Jadi, kita bahaskan dalam siri-siri perbincangan yang kita adakan tiap bulan, iaitu santai dan tidak terlalu formal. Saya menjadi moderatornya, saya boleh control sikit menteri-menteri saya, dan kemudian kita buka ruang untuk rakan-rakan memberikan pandangan dan sebagainya.

 

  1. Dalam beberapa siri yang diadakan dulu, beberapa pandangan yang dilontarkan dalam Forum Ilmuan ini kita rumuskan, dan ada yang saya bentangkan untuk dipertimbang langsung oleh Jemaah Menteri. Jadi, kita tidak pandang remeh. Ini merupakan satu sesi wacana biasa. Ya, dari satu sudut ia merupakan satu wacana bebas, segar, dan ini memaknai apa itu makna kebebasan dan demokrasi.

 

  1. Sekiranya semangat ini dilontarkan dan diamalkan, maka relevan dengan perbahasan kita pada malam ini yang menyinggung isu transformasi pendidikan, reformasi pendidikan, pendidikan pasca normal, dan tentunya juga menyinggung tentang format peraturan dan undang-undang sedia ada.

 

  1. Jadi, saya nak mulakan dengan soal isu kerana kalau kita lihat umpamanya perkembangan dunia pendidikan ini sangat mencabar dan berubah dalam tahap yang sangat pantas, sangat laju, dan kita tidak boleh terlalu terikat dengan kekangan-kekangan birokratik, kerana sistem pentadbiran negara itu, dengan format kementeriannya, jabatannya dan peraturan-peraturan itu, kadang-kadang terlalu mengekang. Jadi, sikap untuk dikendurkan, hal ini kita bahas banyak kali dalam Jemaah Menteri dan di kalangan pimpinan penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah (KP) yang saya sendiri adakan dari semasa ke semasa.

 

  1. Kerana sepertimana saya pernah lontarkan dalam beberapa sesi yang lalu tentang rakan-rakan yang biasa dengan teori perubahan masyarakat (social change), ini orang mengandaikan sebenarnya resistance to change itu hanya kalangan konservatif desa dan orang-orang bandar kalangan elit, termasuk universiti, itu sebenarnya sering kali disabitkan, dikaitkan dengan propensity to change, kesediaan, keghairahan untuk melakukan perubahan. Tapi tidak semestinya begitu. Kadang-kadang golongan elit, sama ada politik atau elit universiti, atau birokrasi juga, kalau selesa dengan mereka, maka diserapi dengan culture of contentment yang pernah diungkapkan oleh Galbraith, dia biasa dan serasi dengan keadaan. Bagaimana boleh kita berikan asakan supaya ada kesediaan kita melakukan perubahan? Bagi saya ini penting.

 

  1. Dan dalam keadaan pasca normal dan cabaran pendidikan yang berubah ini, kalau kita gunakan kerangka lama, kita akan gagal. Jadi saya nak mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri. YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen terus bagi peranan dan idea yang panjang tentang Akademi Sains, beberapa recommendation beliau, KSN dan rakan-rakan dan universiti, kerana bila kita lontarkan beberapa idea perubahan awal, umpamanya fakulti AI, saya kerana memahami tentang peraturan ini, menganggap ini satu yang sukar atau mengambil masa, tetapi beberapa fakulti dan universiti telah menunjukkan kesediaan mereka untuk cepat menangkap idea ini dan melaksanakan dengan sangat pantas.

 

  1. Pertama, apa yang dibicarakan oleh Naib-naib Canselor, beberapa pimpinan universiti, Dekan, dalam beberapa siri dialog dan juga disampaikan oleh Menteri ialah kerana kita juga terikat dengan beberapa kekangan birokratik dan kewangan. Maknanya, salahnya akhirnya Menteri Kewangan. Jadi, selalu saya, bukan Menteri Kewangan I, Menteri Kewangan II. Jadi, kita harus bersiap untuk melakukan anjakan.

 

  1. Sekali lagi saya tekankan, istilah-istilah ini memang mengagumkan. “Anjakan paradigma” itu saya dah dengar berpuluh tahun. Tapi anjakan tidak berlaku sangat. Dia ada rupanya sedikit nudge dalam teori sosiologi ini, dia ada nudge sedikit, tapi anjakan tidak. Kalau tengok siapa yang familiar dengan Thomas Kuhn, anjakan means dia tarik dramatic change. It does not necessarily happen. Baik, itu mukadimahnya.

 

  1. Hari ini kita nak bicara tentang, kalau ini kerangka pemikiran atau pola pemikiran awal kita, maknanya pembincangan kali ini sebenarnya akan mendengar rumusan idea daripada Menteri-menteri dan juga Akademi Sains Malaysia tentang apa yang harus dilakukan berikutnya. Bukan sekadar untuk meyakinkan kita perlunya perubahan. Saya ingat kalau siapa yang belum yakin perlu perubahan, tak perlu duduk dalam Dewan Tuanku Canselor ini. Oh, Dewan Tuanku Canselor, ini saya ada sentimen nostalgia sikit.

 

  1. Baik, saya heran Menteri-menteri ada nampak sambutannya baik. Alhamdulillah. Jangan-jangan kalau dulu, eh, dari Naib Canselor ke Menteri. Ya, baguslah perubahan. Baik. Maksud saya, lain kali kalau Perdana Menteri datang, begini tak apa, kalau Menteri datang, biar sambutan yang biasa oleh mahasiswa.

 

  1. Jadi ada perkara yang saya nak tekankan di sini tentang baru-baru ini ada wacana tersebar luas tentang Akta Universiti. Saya nak jelaskan pendirian saya dan Kerajaan, dan kemudian tadi ditegaskan sekali lagi dalam Jemaah Menteri. 2026, ini bukan tahun 70-an. Kita mesti, wajib bukan sunat, melaksanakan perubahan yang agak drastik.

 

  1. Memang sejak tahun 1971 dia diperkenalkan, di sini sebenarnya, 1974 dan beberapa pindaan, saya setuju ada beberapa perubahan dan penyesuaian. Tapi biar ada clarity dari segi ini. Saya mahu pemimpin, pimpinan mahasiswa, persatuan kakitangan akademik, pimpinan universiti dan tentunya Kementerian, faham apa yang diputuskan oleh kementerian dan yang ditegaskan oleh Jemaah Menteri.

 

  1. Pertama, menerima kenyataan bahawa ruang kebebasan mahasiswa harus diberikan sepenuhnya tanpa sebarang kekangan yang menghalang kegiatan mereka. Sama ada kita setuju atau tidak, itu soal lain. Kita boleh berbahas dan kita boleh tuntut anak-anak mahasiswa itu mempertahankan hujah mereka. Tapi mesti dijadikan gelanggang universiti ini sebagai medan untuk pemikiran kritis dan pemikiran segar. Dan walaupun selalunya menjadi mangsa Perdana Menteri dan Kerajaan, saya faham. Dan kerana tidak semua mahasiswa itu sebenarnya punya sikap yang dianggap betul-betul bebas. Dia kata dia bebas, tapi kadang-kadang dia jadi alat bagi faham-faham tertentu. Saya terima kenyataan itu, tapi beri ruang kepada mereka.

 

  1. Kalau ada pun apa-apa peraturan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan sebagainya, itu semua harus dilonggarkan serta-merta. Kalau ada beberapa tindakan disiplin yang tidak melanggar umpamanya peraturan jenayah yang tidak melibatkan polis, yang tidak melibatkan universiti, harus dilepaskan serta-merta. Kalau ada mahasiswa umpamanya diberikan tindakan disiplin semata-mata kerana suara mereka, kritikan mereka, termasuk terhadap Perdana Menteri, saya rasa mulai esok mereka harus dilepaskan sepenuhnya. Kalau kes polis itu, biar isu polis yang harus ditangani. Itu saya nak jelaskan, kerana kalau tidak, nak tunggu perubahan pindaan akta sepenuhnya itu mengambil masa. Tentunya kementerian perlu teliti dan ada task force. Itu yang pertama.

 

  1. Yang kedua, melibatkan kebebasan akademik. Kakitangan akademik juga adalah kakitangan penjawat awam. Jadi, KSN ada di sini, tahu bahawa ada beberapa peraturan khas penjawat awam yang harus dipatuhi. Tetapi saya rasa dalam dunia ilmiah, pandangan-pandangan akademik itu tidak harus tersekat atau dikongkong oleh beberapa peraturan Kerajaan atau dasar Kerajaan. Harus ada kesediaan untuk memberikan ruang sepenuhnya untuk kajian, asalkan academicians yang berkenaan mampu mempertahankan hujah mereka. Janganlah kata umpamanya, Nabi Adam turun di Jerai, kemudian Saidatina Khadijah itu asalnya Bani Tamim Melayu. Janganlah begitu.

 

  1. Jadi kalau hal-hal begitu, tentunya ada aturan dari segi mempertahankan hujah akademiknya. Bukan kebebasan menyuarakannya, tetapi harus mempertahankan hujah. Kalau tidak, itu tentunya tidak boleh dipertahankan. Kalau pengalaman saya di Universiti Amerika itu ada juga pandangan yang mengatakan bahawa mahasiswa harus diberikan keizinan untuk melantik Dekan dan Rektor dengan Naib Canselor, saya tidak setuju. Mahasiswa ada kebebasan bersuara, mengkritik Naib Canselor. Saya lebih setuju mengkritik Naib Canselor daripada mengkritik Perdana Menteri (nada seloroh). Tapi biar kita terima kenyataan ini. We are not necessarily representing the sentiment of many other universities. In the West, with such adventures, I don’t think it’s healthy.

 

  1. So, kita tahu bidang masing-masing. Dia nak bersuara, nak bagi pandangan, nak kemukakan, tetapi merosakkan tak boleh. Pengalaman saya, saya ingat masa saya Menteri Pendidikan, di Dewan Tuanku Canselor, ini ada persembahan Sheila Majid, tak silap saya. Shiela Majid saya ingat. Awak kenal? Saya ingat, dia pasal orang dakwah dia tak ingat (nada berseloroh).

 

  1. Jadi, kemudian anak-anak bantah. Saya kata, biarlah dia bantah. Yang nak bantah, bantah. Tapi yang nak tengok, tengoklah. Tapi apa yang berlaku ialah beberapa tindakan memecahkan pintu dan sebagainya. Itu saya limit. Then, we draw the line. You can object, you can oppose, you cannot disrupt, and you cannot destroy public property.

 

  1. Jadi jangan salah faham. Bila saya kata kebebasan itu, bukan boleh buat apa sahaja. Boleh bersuara, boleh bagi pandangan, boleh hantar memo. Sekali lagi, memo kepada Naib Canselor, jangan kepada Menteri. Kalau dah teruk sangat-sangat, bawa kepada Menteri. Nah, gurau sahaja.

 

  1. Jadi saya nak qualify. Tapi tentang bahasa akademik itu, memang ramai dalam perbincangan saya dengan para sarjana dia kata, takkanlah bagi pandangan kalau kita rasa tak setuju dengan konsep negara MADANI? Takkan tak boleh? Takkan mesti ambil tindakan kerana kamu penjawat awam? Tak apa, kamu bukan penjawat awam dari segi ini. Kalau para akademik, kita berikan ruang. So, kerangka pindaan Peraturan atau Akta Baharu, Akta Pendidikan Tinggi. Saya tak suka nama Akta Universiti. Akta Pendidikan Tinggi harus mengambil kira umpamanya, Pelan Transformasi Pendidikan yang sudah dilakar dengan begitu baik. Terima kasih dan tahniah kepada KPT dan bahagian ini kerana saya baca, dengar dan lihat. Ini satu pelan yang baik. Jadi kita gunakan itu.

 

  1. Kemudian, tentunya harus ada Akta Pendidikan Tinggi kerana bagaimana nak urus universiti dalam keadaan kelompongan kerana kita nak menolak akta yang ada, jadi harus ada. Tetapi bagi kalangan baik KPT atau pimpinan universiti, harus terima kenyataan ini. It’s not acceptable to continue with the same old format. Universiti itu centre of learning, centre of excellence. Fokusnya pada academic research, academic freedom. Mesti ada. Jadi perubahan itu sementara perlu, tapi mesti ikut kerangka ini. Kalau tidak, biar. Itu kalau Perdana Menteri lain, saya tidak kira. Kalau saya, saya tidak akan terima sama sekali.

 

  1. Ia dengan sendirinya akan mengurangkan kuasa Kerajaan, dengan sendirinya, kuasa Menteri atau kementerian umumnya, untuk memberikan sedikit kelonggaran dan kebebasan kepada universiti. Ini pun kita harus terima kenyataan. Akta Pendidikan Tinggi ini tidak boleh digunakan untuk memperkukuh kuasa luar daripada universiti atau dunia akademik. Walaupun kita tahu kekangan yang pertama ialah jawatan dan kewangan itu hampir sepenuhnya daripada Kerajaan. Jadi ada beberapa pertimbangan yang kita harus ambil kira.

 

  1. Jadi ini bagi saya rumusan singkatnya tentang apa yang saya maksudkan dengan, pertama, pembatalan atau pemansuhan sepenuhnya Akta Universiti yang mengongkong dan menyekat kebebasan mahasiswa dan juga kebebasan akademik yang harus juga dibicarakan oleh persatuan kakitangan akademik dan pengurusan universiti yang harus mendapat input sepenuhnya daripada pimpinan universiti, Naib Canselor dan rakan-rakan.

 

  1. Jadi untuk itu kita akan teruskan dengan pembentangan oleh tiga rakan-rakan yang sudah dikenali:

 

  • YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen,

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM); diikuti kemudian oleh

  • YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan; dan

 

  • Saudara YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,, Menteri Pendidikan Tinggi.

Jadi saya mulakan dengan segala hormat dan sukacita, Saudara YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen.

 

 

 

ULASAN YAB PERDANA MENTERI BAGI PEMBENTANGAN PANEL

 

Pembentangan 1: YBhg, Tan Sri YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen, Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM).

 

Ulasan YAB Perdana Menteri:

Terima kasih Tan Sri Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen, Itu satu pandangan betul-betul bukan anjakan radikal betul-betul. Tapi saya ingat beliau telah bentangkan berulang kali dan saya akui kesukaran untuk melaksanakan sepenuhnya, tapi harus ada permulaannya. Kerana dari segi falsafah pendidikan itu, di antara beliau mengusulkan sebagai gabungan di antara utilitarianism purpose untuk mendapat pendidikan yang memenuhi keperluan industri atau teknologi. Tapi tidak menghilangkan soal nilai dan akhlak. Ini cabaran kita.

 

Kalau tidak lulus dengan pendidikan tinggi, nilai, tapi tak tahu yang benar atau tidak, yang rosak yang tidak. Dia pakai semborono sahaja. And of course, I’m sure you understand dengan debate-debate yang ada sekarang ini, right or wrong. Dia bergaduh bukan soal fundamental, soal beberapa istilah. Istilah yang paling dia benci adalah sakau.

 

Baik, kita mohon pandangan dari Saudari YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

 

Pembentangan 2: YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan

Terima kasih Fadhlina atas pencerahan itu. Saya ingat banyak manfaatnya, kerana dengan rakan-rakan kita tidak semuanya dapat mengikuti perkembangan tentang reform yang diadakan. Dalam masa singkat beberapa tahun ini dilakukan, umpamanya prasekolah. Anggap ini saja kemudahan prasekolah tambahan. Kita tambah RM1bilion. RM1bilion untuk tambahan baiki tandas. Tapi tak ramai yang mengikuti.

 

Inilah kesempatan dan peluang bagi anak-anak kita, terutama desa, miskin bandar dan desa, mendapat pendedahan dan peluang pendidikan yang percuma dari Kerajaan. Dan walaupun ada sedikit kontroversi peringkat awal bila saya tegaskan, berkeras untuk memulakan di tahun yang lebih awal, 6 tahun. Tetapi, ternyata kerana saya tidak mahu kohort di kalangan yang miskin bandar, desa, terutamanya anak-anak Melayu dan desa itu terpinggir.

 

Saya juga tertarik dengar umpamanya kupasan, lama tak dengar Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed dan Frantz Fanon, The Wretched of the Earth. Ini teks-teks kami masa itu, di universiti dulu. Bukan teks di kuliah, ini teks di luar kuliah. Sebab tu dia ada critical mass situ yang lebih besar.

 

Tapi terima kasih kerana saya rasa kalau kelemahan dari segi pentadbiran Kerajaan hari ini ialah bahawa program-program ini tidak diuar-uarkan dan juga difahami. Kalau tengok perdebatan di luar sana, ini soal isu kaum, isu sentimen, isu-isu pokok seperti reform and deconstruction tidak dibahaskan. Jadi saya harap anak-anak mahasiswa hidupkan balik.

Adam Adli, it’s your time now. Lontarlah banyak-banyak. Enjoy ini. Great economic debate di sini ni. Patut sini. Mana Naib Canselor? Boleh kan? Jadi economic debate. Biar ada ruang. Pandangan kiri, kanan. Biar orang yang bicara soal-soal yang ekstrem. Biar dia bahas di depan anak-anak. Dan kita hujah, balas.

 

Ini saya rasa penting. Kerana ini maksud manusiawi ni, insan seimbang, itu kadang mesti dihadam. Kalau orang tanya saya banyak, apa kelainannya? Mengapa saya tekankan soal MADANI ini? Kerana saya tak mahu ketinggalan dari segi new technology dan AI. Saya tidak mahu ketinggalan dari segi negara ini harus pacu dengan agak lebih segar. Tapi saya juga faham bahawa kita masih kekal manusia. Maka soal nilai, soal akhlak, soal budaya, soal bahasa kita dan sastera dan identiti, jati diri kita harus dipertahankan. Sebab itu dia harus “mengakar ke bumi sementara kita menggapai yang di langit.”

 

 

Okey. Now, saudara Zambry, dia kalau di kabinet itu memang saya selalu ganggu dia sebab patient saya tentang pendidikan dan pendidikan tinggi itu begitu kuat sekali. Dan saya terima kasih di atas persahabatan dan kesabaran dia mendengar, walaupun tidak semua dia pakai, tapi saya akan cuba pujuk dia supaya terima dengan sebaiknya. Silakan.


Pembentangan 3: Saudara YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,, Menteri Pendidikan Tinggi.

Terima kasih, Saudara Zambry. Kalau saudara dengar pandangan tadi, tentunya memperlihatkan betapa banyak usaha beliau dan KPT dalam memenuhi agenda perubahan ini, walaupun kita masih menunggu umpamanya, sepertimana yang dia cadangkan, tentang pembentukan jawatankuasa bebas akan disegerakan untuk melaksanakan beberapa cadangan.

 

Tapi saya, sekali lagi seperti yang saya sebut tadi, Pelan Pendidikan Tinggi itu yang beliau ketuai dan rangka, itu satu hal yang sangat, bagi sayalah impressive, kerana dia melibatkan ramai sarjana dan perancang. Dan kemudian dia berdolak-dalik dengan saya tiga, empat kali bersidang sebelum dimuktamadkan. Jadi, dia tidak sepertimana sebahagian daripada saudara andaikan, ada kertas rancangan kemukakan, kemudian kita lulus, tidak. This is Kerajaan MADANI dia lain sikit.

 

Jadi, saya ucap terima kasih kerana dicerakin beberapa langkah. Saya rasa soal mahasiswa itu saya rasa jelas, kerana ia melibatkan HEP yang kita juga akan maknanya akan adakan perubahan supaya badan mahasiswa itu boleh bergerak bebas dan diputuskan sendiri.

 

Kemudian saya lebih cenderung tentang mempertahankan ke soal karya dan kebebasan akademik. Memberi ruang kepada sarjana menulis, mengkaji, dan menerbitkan walaupun pandangan-pandangan itu tidak secocok dengan universiti atau kementerian atau Kerajaan. Itu memberikan memberikan sedikit ruang.

 

Tentang autonomi ini satu, masalahnya sebab autonomi, katalah kewangan. Kita lihat beberapa kerosakan yang berlaku dalam banyak agensi-agensi Kerajaan dan syarikat Kerajaan kerana autonomi itu tidak mengikat mereka dari segi peraturan. Pelanggaran itu luar biasa. Saya bukan maksudkan Tabung Haji dan FELDA, ini umpamanya puluhan pelanggaran-pelanggaran yang akan menyebabkan kerugian dan kerosakan kepada negara.

 

Jadi sebab itu, saya mahu terus terang, sementara dari semangat autonomi dari segi kebebasan dan ruang universiti harus ada, tetapi selagi peruntukan itu dana rakyat, dana negara, dia mesti terikat juga dengan beberapa peraturan. walaupun saya setuju, saya dah bicara dengan Ketua Setiausaha Negara, ia harus juga diberikan sedikit kelonggaran, tidak sama sepertimana peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan.

 

 

 

Begitu juga tentang peraturan-peraturan, disiplin dan sebagainya, kena berikan agak pertimbangan yang lain, terutama bahagian akedemik. Kalau nak kekalkan untuk pentadbir, itu mungkin boleh dibicarakan lebih mendalam. Tetapi untuk kakitangan akedemik, saya rasa tak boleh, kerana suasananya begitu. Itu memberikan ruang mereka untuk berfikir dengan bebas dan kritis. Dan kalau terlalu banyak kekangan.

 

Semalam saya merasmikan bangunan baru FINAS. Jadi walaupun kita agak lebih ruang bebas, tapi kita ini terlalu terikat, bukan sahaja dengan peraturan, tapi dengan tekanan masyarakat. Jadi kita sudah jadi ultra-konservatif sekarang ini. Kadang-kadang kita ada jadi macam, kita terikat dan digeruni oleh aliran neo-conservatism atau macam the far right, macam di Barat. Jadi nak sedikit tak boleh, ini tak boleh, jadi bagaimana boleh kita nak kreativiti seni, sastera, budaya, akademik berkembang kalau kongkongan itu berlaku, sama ada dari undang-undang Kerajaan atau sikap masyarakat.

 

Saya tidak syorkan filem orang telanjang, tetapi saya fikir untuk menyekat atau menyokong kerana takut dan gerun dengan beberapa sentimen ultra konservatif atau neo konservatif yang berkembang, ini akan merosakkan pemikiran masyarakat kita dan tidak akan memberi  ruang perkembangan dari segi kreativiti atau daya cipta negara kita. Sama macam universiti.

 

Jadi sebab itu saya ucap terima kasih kepada saudara Zambry kerana mengambil langkah ini. Cuma seperti yang saya sebut tadi, pertama, hal-hal yang boleh kita serahkan, umpamanya kebebasan mahasiswa, kebebasan menerbit atau memberi pandangan akademik, itu harus disegerakan. Esok. Soal jawatankuasa untuk mengubal akta, itu kita bagi ruang. Tapi kita dah fikir benda ini dah puluh tahun.

 

Pelan ini bagi saya, Pelan Pendidikan Tinggi itu boleh dijadikan satu pandangan atau induk untuk menterjemahkan dalam bentuk akta. Kerana kalau kita nak fikirkan nak bawa balik, runding balik, dia siap dalam masa tiga tahun. Saya tak ada kesabaran itu. Jadi saya rasa kalau kita ambil tindakan yang immediate, beberapa langkah ini boleh. Dalam minggu depan, menteri akan lapor kepada saya dan Jemaah Menteri untuk kita luluskan beberapa perkara yang immediate dan berikutnya, kita bagi tempoh satu-dua bulan, siapkan. Ini semua pakar-pakar akademik semua ada dan semua is there. Jadi saya fikir, dan kita guna, memanfaatkan Akademi Sains, persatuan dan kakitangan akademik, Naib-naib Canselor gabung tenaga perah.

 

Saya tidak fikir kita harus berbeza pendapat dari segi kerangka besar. It’s not the same anymore. Those who perpetrate this view that we should not change, I mean, should not be in the committee, where you represent a different view. Does that mean necessarily that I am intolerant? No. But, we are part of reform, I represent the view of against reform, then you are not part of this exercise.  

 

Jadi sebab itu saya fikir, tak perlu kita tunggu sampai rangkul semua pandangan yang ada, pandangan-pandangan yang pindaan akta, pindaan akta. Lihat kerangkanya dan maju. Kalau sempat, kita boleh bentangkan sebelum akhir tahun ini. Kerana menteri ini memang cergas. Jangan sibukkan dengan isu-isu politik lain, tumpu ini. Tumpu ini. Ini sahabat saya, jadi dia boleh tumpu ini, boleh selesai. Kalau sebaiknya sebelum akhir sidang Parlimen akhir November ini. Jadi, kalau kita boleh bentang, selepas bajet pun tidak apa, tak payahlah kita semestinya. Jadi, saya akan tentukan, saya bincang dengan Speaker Dewan Rakyat beri jadual khas, towards even the very end of the session, very late November.  Then orang tak kata-kata kita cari excuse.

 

Orang, you see, saya faham, orang kadang-kadang rasa lelah, walaupun janji dah berapa lama tak ditunaikan. But they don’t understand, dalam sistem kita, kita kena negotiate, kita kena discuss, bukan sahaja dalam kalangan akademik, tapi dalam kalangan Jemaah Menteri, dalam Kerajaan juga kerana Kerajaan ini Kerajaan Perpaduan. Dia tidak ada satu polar pandangan.

 

Jadi saya harap saudara-saudara faham, kita bagi deadline sekarang semua dan nampak ada consensus, setuju, buat. Dan percayalah, ya, bahawa walaupun malam ini nampaknya ada sedikit persetujuan umum, tetapi pandangan ini tidak semestinya diterima oleh ramai, termasuk dalam kalangan elit pemerintah.

 

Aman? Jadi, sila ke pandangan-pandangan dulu sebelum panel memberikan jawapan. Sila. Terus soalan dia. Tak ada protokol. Baik, bagi mic. Satu, dua. Satu yang pertama sini, kemudian dua di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SESI SOAL JAWAB

 

Soalan 1:

Baik, YAB Dato’ Seri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Soalan saya, YAB Perdana Menteri mengumumkan AUKU akan dimansuhkan ketika Kongres KEADILAN baru-baru ini di Melaka. Jadi, apakah signal sebenarnya yang ingin disampaikan kepada mahasiswa khususnya, dan apakah hala tuju dan agenda reformasi yang YAB Dato’ Seri ingin bawa selepas pemansuhan sebut?

 

Adakah untuk menjadikan mahasiswa lebih bebas dan jika kebebasan yang diberikan, sejauh mana sebenarnya kebebasan yang diberikan nanti? Itu sahaja.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Itu soalannya mengenai kebebasan. Sejauh mana, maknanya, ada ruang. Tak ada sekatan. Tak ada undang-undang yang mengongkong pandangan. Tapi kalau kita dapati, you bagi pandangan, tapi yang bayar you itu sebagai satu badan pro-CIA di Amerika, of course the law will take its course, for example. Itu lain. Tapi soal suara you, kritikan, saya tidak boleh ada peraturan universiti atau undang-undang yang akan bertindak kerana saudara memberikan pandangan yang berbeda dari pandangan saya atau pandangan Kerajaan atau pandangan orang lain.

 

Tapi kena faham juga, maknanya orang lain yang golongan yang kita kata neo-conservative dan extreme, kalau dia bagi pandangan, orang boleh hujah secara terbuka juga. Alright? Jelas itu. Maknanya, tak ada sekatan. Tapi, kalau dia datang macam saya kata acara-acara Sheila Majid, kelompok yang Islam dia kata tak boleh, maka dia pecahkan, dan kita ambil tindakan. Dia tak mahu dengar, okey. Dia nak buat poster bantah, okey. Tapi janganlah ganggu Sheila Majid.

 

Baik, yang tadi tengah.

 

 

Soalan 2:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam merdeka mahasiswa, merdeka rakyat. Baiklah, saya Qistina daripada Universiti Malaysia Sabah.
Jauh saya terbang untuk datang ke sini.

 

Jadilah, tiga soalan buat Kementerian Pendidikan Tinggi. Pertama, jika benar-benar Kerajaan MADANI serius, mahu memansuhkan AUKU, mengapa mahasiswa di UMS masih lagi berdepan tindakan berasaskan AUKU? Khususnya pada momen-momen yang sangat…

 

Celahan YAB Perdana Menteri:

Saya nak celah di sini, dengar saya nak celah. Saya kata, kita baru umum sekarang. Apa benda yang nak bangkit ini? You faham tak kenyataan saya? Baru malam ini, apa-apa tindakan yang melanggar disiplin. Kalau dia pergi, pergi pecah bangunan, ya… kalau dia pergi pecah bangunan, the law  must takes it cost, bahawa undang-undang jenayah harus berjalan. Ini bukan free for all, you boleh bercakap bebas, betul. Yang nak buat peruntukan, tapi kalau you bangkitkan mengapa tindakan dulu, saya kata mulai baru umum malam ni. Alright next. Ya tak apa, tak apa sambung, sambung tak apa.

Soalan:


Baiklah terima kasih. Okey. Jadi sebenarnya apa garis masa daripada pihak KPT untuk memansuhkan AUKU?


Jawapan YAB Perdana Menteri:


Esok pagi. Ni lain kali, sebab itu saya kata pimpinan mahasiswa, you nak suruh saya dengar, tapi you pun dengar lah saya. Saya kata tomorrow morning. All universities dengar ni. New. Tetapi kalau masalah dengan polis, saya kena selesaikan dengan polis dulu. Tetapi, university any action by the university. Okey, next.

 

Soalan:

Baiklah, nanti saya akan tuntut, ya. Yang kedua adalah, apakah jaminan bahawa pemansuhan AUKU akan memastikan bahawa sistem perolehan atau tender di setiap IPTA boleh dilaksanakan secara telus dan berintegriti tanpa  campur tangan Eksekutif.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Soal yang dibangkitkan itu kebetulan ada juga. Cukup. Dia masalahnya macam tender, ini memang betul. Tender harus telus. Sekarang ini, saya jadi Menteri Kewangan hampir empat tahun, tender Menteri Kewangan tak pernah campur. Dengar. You setuju, bukan isu. Tapi tak pernah campur. Dia ada tender proses. Tender committee, Menteri tak campur. Kalau Menteri tak campur, bagaimana tentang Naib Canselor? Mungkin Naib Canselor pun dalam cadangan kita tak payah campurlah, tapi proper transparent tender procedure mesti ada. Itu dia. Okey.

 

 

Soalan 3:

(YAB Perdana Menteri tidak menjawab)

 

Soalan 4:

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Selepas pengumuman pemansuhan AUKU malam ini, apa jaminan Kerajaan bahawa akta atau peraturan baharu yang menggantikan, tidak akan sekadar menjadi AUKU versi baharu, tetapi benar-benar memastikan kebebasan akademik, kebebasan bersuara, dan ruang politik yang lebih luas kepada mahasiswa?

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Terima kasih. Kebetulan hari ini saya Perdana Menteri. Saya dah umumkan dan sebelum saya umum malam ini, kita dah bincang berkali-kali dengan kementerian, kemudian di Jemaah Menteri, dan tadi dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya tegaskan, bahawa pemansuhan itu tidak bermakna diganti dengan peraturan-peraturan lain yang mengekang kebebasan. Itu cukuplah.

Dia kita sementara, ya anak-anak muda kadang-kadang juga sinis, kerana kadang-kadang yang dijanji tidak ditunaikan, tetapi kena bagi ruanglah. Kita dah bagi pengakuan ini, beri ruang. Dan saudara-saudara, saya lawan Akta Universiti sejak tahun 1971. Semasa saya menteri, saya cuba pinda, tak jalan, pinda sikit. Jadi sekarang, saya kata kena pinda menyeluruh. Jadi patutnya bagilah ruang sikit kepada pakcik ini. Alright?

 

Soalan 5:

Assalamualaikum dan selamat malam. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi hadir pada malam ini. Jadi, we have a question here. I think, for what had happened in today’s world, negotiation is very, very important, kan, kalau di peringkat global sekarang. So, I would like to ask you whether is it something that is a must for us to set up a centre for negotiations for each university in Malaysia, because in order  to, you know to let the students well aware about how to make a deal and to resolve certain matters pertaining to negotiations. That’s my question.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

I will asked Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry to respond, tetapi I would just say this presumption the question I think is valid, because kita kena bagi ruang kepada anak kita bagi pandangan, tapi kita juga harus akui dia harus juga mendengar dan ada exchanges. Because kalau tidak, dia juga terdedah pada pandangan.

 

Tengok kadang-kadang kelompok-kelompok universiti ini, dia ikut umpamanya, fatwa ataupun arahan daripada mursyidul amri di luar. Jadi kita di sini harus terima kenyataan itu, ya. Saudara jangan andaikan kebebasan mahasiswa, maknanya mahasiswa itu boleh lontarkan idea. That was my generation. But things have changed. I’ve attended many sessions in university, di mana orang itu dia cakap, there was one very critical moment, di mana seorang anak, saya faham, yang kritik dasar kita katanya terlalu pro-Melayu dan begini-begini. Dan saya mungkin kurang sabar sikit, sebab saya tengok teks dia itu. Saya pergi empat, lima tempat universiti, lebih kurang dia baca teks yang sama, that this government is anti-Indian, anti-Chinese. Dan saya kata, this is not what I mean by reasoned dialogue.

You know, to come up with that sort of strong prejudice against the Malays, tak boleh, saya kata. So, let us have a proper dialogue. So, I agree. Mungkin cadangan saudara-saudara, biar ada ruang. Tapi salahkah dia soal? Tak salah. Apakah kita ambil tindakan? Tidak. Tetapi dia membimbangkan saya juga, kerana pandangan itu memang pandangan narrow, ini kebetulan yang bukan Melayu, Melayu pun ada yang begitu juga.

 

Jadi, ini tentu meyakinkan kita bahawa untuk masa depan negara, untuk selamatkan negara ini, harus ada sebuah ruang di mana ada dialog, peradaban, yang ini Osman Bakar punya, untuk sama-sama memahami ‘Lita’arafu’. Itu al-Quran itu jelas. ‘Lita’arafu’, from understanding, from knowing one another. Not from hatred and you know permusuhan.

 

Soalan 6:

(YBM Menteri Pendidikan jawab)

 

 

Soalan 7:


Thank you Dato’ Seri. I think this, I’m very encouraged by your words of reforming what we’re going to do. And I want to speak openly. I know I’m surrounded by academicians within university. I’m a businessman, Tan Sri Yong and I just want to give a little bit background about myself so you can understand what I’m coming from, you know.

 

During the Pak Lah administration and Najib administration, I was co-chair of Gamuda for six years. During that time Malaysia’s ease of doing business as ranked by World Bank improved from number 26 in the world to the top six in the world. So, things change can happen if you work consistently. And thereafter I was on the Economic Council. I see how decisions were made between government and the private sector. And then during the Mahathir administration I was deputy chairman of the National Education Advisory Council. So, I’ll have a little bit of, shall we say, affinity towards this topic. And I was President of FMM for five years.

So, I’m speaking today as a voice from the private sector and what we are looking for people coming out of our education system. And only a few months ago, I mean you know that last year we had PISA scores, our PISA scores. I congratulate the government for wanting to be the top 1/3 in the world in ranking. But we were still now below the bottom half.

 

Then World Bank a few months ago published a report on education and they said that out of the 11 years or 13 years of education it appears that we get only nine years or we lose about one and a half to two years in terms of achievement in what a normal 11 years or 13 years could do. And I began to think why is that, truly? Our spending per capita on education, it’s not bad. It is comparable to one of the best ratios in the world.

Then if we begin to look into the curriculum. I’m not saying this may be the course but perhaps it’s worthy of a task force to look at this. You see in our primary schools, especially education, I think Fadhlina know about this, we have 51 periods per week. But in terms of religious education, when I went to school there was only one period per week. But we have six periods for religious education. On top of that we have two periods called Tasmik. There’s eight periods and then there’s we call an optional language, Arabic or Chinese, whatever it is. Yeah. So if you want to have an.

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Sorry, it’s the interjection. I think you are a bit, a bit behind time because the new curriculum has now revised all this.

 

Soalan:

You. You’re going to drop all this? Not drop. I’m so thankful that it’s happening because if you add in, for example, Arabic.

Jawapan YAB Perdana Menteri:

No, no, it’s not done. It’s not. It’s done. It’s done. Thank you.

Soalan:

So then, be 20%.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Islamic schools, religious schools, is different. I’m talking about national curriculum.

 

Soalan:

National curriculum, yeah. So if you change that. I think we 21%.


Jawapan YAB Perdana Menteri:

Done, done.

 

Soalan:

Excellent.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Thank you.



Soalan:
Point number two I’m going to raise is from the private sector, we would like to see better emphasis on English. Because I mean, all of you sitting up there, you’re so fluent. But the DLP program, now, English is only. English is only six periods out of the 51. It’s about 11%. Any studies have shown that unless you have immersion around 35% or so, then only you begin to be fluent like you are all on the stage with speaking. So that we like to do.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

You must understand, medium and the curriculum. But there will be an enhancement of the level of proficiency because the curriculum will have to make changes. But you understand we are talking in Malaysia. Yes. Bahasa Melayu must be there. And we must have the level of proficiency in Bahasa, first. Okay. No compromise. Then we talk about English and the other languages.

 

 


Because I’ve heard this before, urban elite will always talk about English. As if that with the command and the proficiency of the English language, you solve most of the problem, is not true, scientifically is absurd. It’s never accepted. The Japanese don’t have English. The Russians don’t, the Koreans don’t, the Chinese don’t. And they excel in 101 fields as compared to us. I’m not denying the importance of English, but I think the obsession is not accepted. Thank you very much.

 

Throughout entire curriculum, I understand. Medium and the curriculum but there be an enhancement of the level of proficiency because the curriculum will have makes changes but you understand that we are talking in Malaysia Bahasa Melayu must be there, we must have the level of proficiency in Bahasa first, okay no compromise then we talk about English and the other languages.

 

 

Because I heard this before of an elite will always talk about English as if that with the command and proficiency of the English language, we solve most of the problem, it’s not true, scientifically is absurd, it’s never accepted, the Japanese don’t have English, the Russia’s don’t, the Koreas don’t, the Chinese don’t and the excel in hundred and one fields as compare to us. 

 

I’m not denying the importance of English, but I think the obsession is not accepted. Thank you very much.

 

Soalan 8:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Sebelum tu saya perkenalkan diri, saya Irfan Firdaus. Saya merupakan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Dan juga bersama saya pada hari ini, pemimpin-pemimpin mahasiswa yang terdiri daripada seluruh negara. Jadi, saya straight forward. Soalan kepada YAB Dato’ Seri. Pertama sekali berkenaan dengan AUKU dan kita melibatkan akta baharu. Sebenarnya MPPK hanya menuntut dua perkara sahaja, YAB Dato’ Seri, yang pertama sekali, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan ini menuntut kami merupakan salah satu jawatan kuasa yang terlibat. Untuk pengetahuan semua, MPPK ada 35 ahli. 35 Ahli ini terdiri daripada ketua pemimpin daripada UiTM. Kita juga ada ketua pemimpin daripada Politeknik dan juga Kolej Komuniti.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Setuju. Setuju. Saya setuju. Ada wakil untuk mahasiswa dalam, okey done.

 

Soalan 9:

Yang kedua, YAB Dato’ Seri. Kami juga menuntut berkenaan dengan kita nak mengadakan Mesyuarat Perdana bersama Perdana Menteri sendiri Iaitu MPPK bersama Perdana Menteri untuk kita sama-sama mengangkat suara yang sebenar-benarnya yang mengatakan isu mahasiswa bukan hanyalah AUKU sahaja Tapi benar-benar perkara yang kita akan bawa kepada YAB Dato’ Seri. Boleh, YAB Dato’ Seri?

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Bagi masa sikit lah,  insya-Allah. Saya nak fokus lepas ni pasal Hari Kemerdekaan, kemudian Hari Malaysia, kemudian budget, It’s going to be very challenging budget, dia jerebu sekarang. But, insya-Allah saya cuba.

 

Soalan 9:

Terima kasih, YAB Dato’ Seri. Jadi, soalan saya adalah melibatkan keterlibatan mahasiswa itu sendiri. Saya rasa untuk penggubalan akta baharu, saya memperlihatkan ada keperluan untuk melibatkan mahasiswa dari seluruh gerakan mahasiswa, jenis gerakan mahasiswa. Bukan hanya sahaja kepada golongan-golongan seperti boleh katakan sebagai ketua mahasiswa di setiap kampus, akan tetapi kita juga perlu dengar kepada gerakan-gerakan mahasiswa yang memperjuangkan isu AUKU ini sendiri.

 

 

 

Kerana kita lihatkan bahawa pemansuhan AUKU ini adalah satu perkara yang penting untuk mahasiswa dan gerakan-gerakan ini telah melakukan perbincangan antara gerakan-gerakan mahasiswa.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Kita kena dengar semua lah. Tapi kalau you wakil 20 orang, kalau dia wakil 2,000 orang, kita kena dengar juga, kena fikir. Sebab itu dia ada forum di mana perwakilan itu mewakili suara majoriti juga. Otherwise, mahasiswa ini dia kata conscience of the majority. Tapi yang 10 orang kita tak dengar.

 

Soalan:

Kita tak adalah 10 orang, kita ada ramai juga yang memperjuangkan isu ini dan juga kita baca AUKU itu sendiri. Jadi kita ingin minta kepada pihak Kerajaan untuk adakan satu sesi dialog bersama gerakan-gerakan mahasiswa ini sendiri. Sebab sebelum ini kita ada tuntutan untuk ada sesi dialog bersama gerakan mahasiswa tetapi apa yang berlaku adalah mereka hanya menjemput golongan-golongan seperti MPP sahaja sedangkan gerakan mahasiswa ini juga perlu untuk kita libatkan juga.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Okay. You hantar memo. Maknanya, lain kali kalau buat perjumpaan kena jemput you lah. Tak apalah kita fikir.

 

Soalan:

Alright. Terima kasih, YAB Dato’ Seri.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Makna jangan tinggal, ambil nama dia, kita catit nama dia (nada gurau).

 

 

 

 

Soalan 10:

Bismillahirrahmaanirrahim. Jadi saya mulakan perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Tengku Arif Sulaiman daripada Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Maka soalan ini saya tuju khas kepada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, untuk soalan saya, kita lihat setelah pasca pemansuhan AUKU, kalau AUKU akan dimansuhkan, maka antara soalan yang saya ingin tanyakan, apakah model kepimpinan? Bagaimanakah dengan model kepimpinan pelajar dan mahasiswa di seluruh IPT? Adakah kita akan kekalkan dengan model kepimpinan MPP ataupun we are going to push the agenda untuk pastikan ada wujud kesatuan pelajar di setiap IPT dan inilah yang berkait dengan autonomi kalau betul-betul we want to push for student empowerment. Itu sahaja soalan saya.

 

Ulasan YAB Perdana Menteri:

Final lah sebab saya nak bagi ruang kepada orang jawab. Ya sila.

 

RUMUSAN OLEH YAB PERDANA MENTERI

 

Terima kasih, saudara-saudara. Kita telah mendengar dan cuba menghadam pandangan-pandangan yang dikemukakan dan saya hargai penyertaan yang begini, gabungan dalam kalangan sarjana dan profesor, pimpinan mahasiswa dan penjawat awam. Kerana kita ini sudah sampai ke tahap di mana kita harus melakukan anjakan. Tadi Tengku Azman akan merumuskan tentang keperluan anjakan ini. Dan anjakan ini menuntut kita menerima beberapa kenyataan.

 

Dan saya hendak bicarakan, sebagai pemimpin mahasiswa, lebih mudah dalam mengkritik, dan sebagai Perdana Menteri lebih sukar, kerana terpaksa menerima kritikan ini. Tetapi kita fikir kepentingan generasi kini dan generasi akan datang.

 

Dunia menuntut kita melahir anak-anak yang lebih kritis, tetapi kita juga tahu dunia tidak boleh mengizinkan kerosakan dan bencana kerana fahaman yang sempit, kebencian yang boleh merosakkan negara sendiri. Jadi, sebab itu, kepada anak-anak, kita berikan kebebasan, gunakan sebaiknya. Ini bukan kenyataan politik. We have serius engagement, a debate and discussion, and we have taken a very tough position. We are not unaware of the complexity, we are not aware of the seed opposition sells in the campuses, we are aware. Kita juga tahu risikonya. Saya diberi nasihat oleh ramai kalangan. Mereka kata, “Anwar, ini bukan zaman you. Zaman dulu itu idealisme terbangkit. Nak apa? Menentang rasuah, menentang penyelewengan, kelaparan tanah, kemiskinan.” Sekarang ini, ada kelompok-kelompok yang menjadi hanya perkakas bagi kelompok-kelompok yang di luar, dengan pandangan-pandangan kebencian kaum, sentimen fanatik agama. Jadi, tidak mudah ditangani.

 

Saya fikir, tapi saya renungkan. Kalau saya mahu anak-anak ini kemudian dewasa dan matang, saya mesti ada juga kesabaran untuk menerima pandangan mereka, walaupun tidak semestinya secocok dengan pandangan saya. Jadi, kerana kalau kita lihat dari segi perspektif yang lebih luas, dan kita lihat pembinaan generasi, atau regenerasi, atau membina generasi, membina generasi menuntut kita menerima kenyataan baru. Kenyataan baru itu, the new realities, itu ialah suasana yang jauh berbeza.

 

Saya bukan nak kata generasi saya itu terbaik. Tidak. Suasana berbeza. Negara baru menjumpai kemerdekaan, dasar ekonomi baru-baru diumumkan. Kemudian kita tengok kemiskinan terlantar di Baling. Jadi, kita tengok ada percanggahan di antara pengumuman yang lunak, membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat. Tapi tengok masyarakat terabai. Jadi kita fikir.

 

Ada suatu kesepakatan mahasiswa tentang apa yang Zambry sebutkan tadi tentang idealisme. Saya tidak fikir ini kenyataan sekarang. Tetapi kita harus beri peluang kepada anak-anak mahasiswa kita untuk berfikir, renung. Kerana mereka juga anak-anak yang pintar, terdidik. Harus diberi pencerahan.

 

Dan ini saya nak rayu juga kepada pensyarah dan profesor, untuk juga memanfaatkan waktunya sebaiknya untuk mendidik mereka dan memberi pencerahan kepada mereka.

Betul, kita harus tumpu soal kuliah dan kita nak pastikan bidang-bidang baru ini kita kuasai dengan baik. Saya tidak semestinya terlalu layak bicara macam itu, macam Tungku Azman boleh, dia mungkin sebab dia ketika itu best student di Malay College, saya best speaker. Tapi, inilah yang saya nak pesan ya.

 

Yang akhir, ialah tentang agenda besar kita. We have to undertake this, reform agenda seriously. Jadi bangkit soal-soal kompetensi languages. Mungkin berbeda, ada sesetengah orang kadang-kadang, saya tidak setuju dengan  possession, kerana Bahasa Melayu sehingga tak boleh langsung bahasa lain. Bahasa Inggeris ada, tiap kali perjumpaan, asyik bercakap bahasa Inggeris, seolah-olah, masalah yang mengongkong kita ini kerana penguasaan Bahasa Melayu.

 

Jadi kita nak jelaskan, yes, Bahasa Melayu mesti dimartabatkan dan diangkat sebagai bahasa ilmu. Tapi penguasaan Bahasa Inggeris sangat kritikal untuk masa depan anak-anak kita. Dia peringkat mana, itu pedagogi bagaimana, itu biar pakar-pakar yang menentukan.

 

Bila orang politik, dia campur banyak sangat tentang nak tentukan kurikulum, itu yang menimbulkan kerosakan sebelum kita alami dulu. Sebab itu saya, dasar saya tentukan, tetapi pedagogi, kurikulum secara terperinci, itu biarlah para pakar yang punya pengalaman dan kemahiran tentukan.

 

Tetapi isu kita terima, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris itu, kalau tidak kita tekankan, yang paling rugi adalah anak-anak bangsa, terutama anak-anak Melayu. Jadi sebab itu kita harus terima kenyataan.

 

Selalu orang bicara ini dia macam zero-sum game. The moment sebaik sahaja saya ungkapkan kepentingan Bahasa Inggeris, dia kata ini anti-Melayu. Bila saya tekankan Bahasa Melayu, dia kata ini memang anti-Inggeris. Jadi sebenarnya dia bukan zero-sum game.

Kita perlu angkat kedudukan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa yang dikuasai dengan baik, bukan bahasa pasar, sepertimana yang berlaku di beberapa perdebatan di Parlimen. Parlimen itu contoh yang paling lemah dari segi penguasaan bahasa. Tapi di samping itu, penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting. Saudara- saudara jadi profesor ini di antara lain kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Jadi kita beri ruang kepada anak-anak kita yang dilatih.

 

Dan yang juga utama kepada anak-anak mahasiswa, ini sejak saya di universiti ini, di Dewan ini bertempur soal akta universiti, peraturan, dan saudara juga pasti tahu akta tahun 1971 itu, seperti yang disebut oleh Tunku Azman, antara telah diperkenalkan kerana permasalahan yang saya bangkitkan. Tapi ditakdirkan oleh Allah SWT, saya di sini. Jadi saya tidak fikir itu penyelesaiannya dengan mengekang dan menyekat. Saya fikir beri ruang.

 

 

Tapi ruang ini juga tidak mudah, kerana dia juga mengundang masalah dan risiko, tetapi kita harus hadapi kerana inilah dia kenyataan pada masa ini. Jadi, saya mengajak anak-anak kita juga harus lebih matang, bersedia untuk berhujah, bersedia untuk memberi pendapat, jangan mudah menghukum. Sekarang kita ini semua cepat sangat menghukum. Kalau tidak setuju sikit, dia kafir ke, dia munafik ke, dia sesat, ataupun sebahagian pihak dia itu…tidak boleh.

 

Ini yang selalu saya popularkan risalah oleh Edward Said ini, bila dia jawab, Hungtington’s The Clash of civilization, dia jawab dengan rencana pendek sahaja, tak salah saya lapan halaman dalam the Nation, tak salah, the Atlantic lapan halaman. Dia sebut itu, bukan clash of civilization tetapi kadang-kadang clash dalam kalangan kita ini. Dia bukan clash of civilization or ideas. Kata Edward Said, it’s a clash of ignorance. Yang mengungkap pun tak sepenuhnya menguasai, yang menjawab pun tidak penuh menguasai. Jadi clash of ignorance. Dia pertembungan atau pembenturan bukan idea, tapi pembenturan kejahilan. Dan kerana menginginkan bawa satu idea, dia sepantas menghukum. Jadi, saya rasa rencana Edward Said itu boleh membantu dalam memperkukuh wacana yang segar.

 

Saya ucap terima kasih, terutama kepada Universiti Malaya, kerana beri ruang. Dengan kadar sewa yang rendah. Oh, percuma ya, bukan pasal PM, pasal Menteri Pendidikan. Saya rasa patut charge Kementerian Pendidikan sedikit. Universiti kalau tak charge, maknanya saya tak tambah peruntukan untuk universiti. (PM Berseloroh).

 

Jadi, saya ucap terima kasih dan juga kepada semua yang hadir ini luar biasa, juga kepada KSN dan semua rakan-rakan dan mudah-mudahan beberapa rumusan dan hujah kita ini. Insya-Allah, saya seperti biasa, minggu hadapan hari Rabu, saya akan bentangkan sedikit, dan kemudian minta menteri ulas atau tambah dengan mengukuh pendirian kita tentang AUKU, reform pendidikan dan hala tuju yang dibawa tadi oleh Akademi Sains.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: