VERBATIM: TEKS UCAPAN YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA MAJLIS PELUNCURAN BLOK BANGUNAN BAHARU HOSPITAL TAWAU
TEKS UCAPAN
YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN BLOK BANGUNAN BAHARU
HOSPITAL TAWAU
10 NOVEMBER 2025 (ISNIN) | 9.30 PAGI
HOSPITAL TAWAU
SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera,
Al-ḥamdu lillāhil-ladzī anzala ‘alā ‘abdihil-kitāba wa lam yaj‘al lahu ‘iwajān. Wa ṣallū wa sallimū ‘alā rasūlihil-karīm wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi ajma‘īn.
Yang Berhormat, Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly bin Ahmad,
Menteri Kesihatan;
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun
mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah;
Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan;
Yang Berusaha Dr. Norlimah binti Arsad,
Pengarah Hospital Tawau;
Wah, ini pengarah hospital seorang wanita yang gigih dan mengurus dengan baik. Tahniah. Timbalan Menteri, Datuk Mustapha Sakmud dan rakan-rakan yang saya muliakan.
Saya ucap terima kasih atas kehadiran yang ramai lagi mungkin tak sebut. Ini saya minta tadi jururawat kerana saya dengar, saya diberitahu suara mereka merdu, jadi saya kata nyanyi tambahan “Senyuman Sabah” sebab “Senyuman Sabah” senikata itu baik musim sekarang ni. Sebab musim ini panas-panas, marah-marah, jadi kita senyuman Sabah ni. Jangan marah-marah, jangan buat-buat, jadi tenang. Terima kasih.
Kalau begini layanan jururawat-jururawat, Dr Norlimah saya kalau sakit saya ingat mai hospital Tawau lah. Layanan yang baik, jururawat yang mesra, tapi pesanan Dr Dzul itu penting. Hospital ini pusat khidmat, sebab tu kalau kita doa, Allahu ba’inna nas’alukal afiyah, mendoakan afiyah sihat, afiyat kebajikan, jadi kita sebut selalu syafakallah, ya.
Jadi oleh itu, ingat bahawa khidmat itu baik, hospital itu bukannya tersergam indah, kemudahan asas yang baik dan saya bangga sebagai anak Malaysia, sama ada kita pergi hospital di Selangor atau hospital di Kelantan dan Tawau sekarang sama dari segi hospital daerahnya, kemudahan yang baik.
Ini maknanya perlu hubungan baik negeri, Sabah dan Malaysia. Di mana-mana saya sampaikan, saya kata itu cara dia. Kita kena pilih wakil-wakil yang menjaga kepentingan.
Jadi, perhatikan masalah yang dihadapi rakyat. Puluh tahun tergendala projek ini dan kita arahkan Kementerian Kesihatan, semua kementerian. Yang tertanggung, selesai dulu. Kalau tidak, kita umum Rancangan Malaysia yang ke-11 pun belum siap, ini dah masuk ke-13. Jadi oleh itu, pemantauan itu penting, kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga sangat penting.
Sebab itu kalau saudara lihat sekarang, Kerajaan MADANI dalam tiga tahun ini, kita kata apa yang tertangguh selesaikan dulu dan inilah menyebabkan arahan supaya selesaikan dan saya terima kasih juga kepada Tan Sri Liew, kontraktor yang membantu menyenggerakan dengan keadaan yang baik. Tapi saya tak jamin kontrak baru, itu kena ikut tender.
Dr. Dzul juga sebut peruntukan, kalau lihat belanjawan negara, banyak negara dia tumpu pertahanan yang penting ataupun aspek-aspek lain, projek-projek mega, bangunan tinggi, jambatan panjang yang membanggakan. Tapi dalam Kerajaan MADANI ini, ikut kerangka pembangunan kita, kita tumpukan dua yang terpenting – pendidikan, kesihatan, baru diikuti dengan infrastruktur. Sebab apa? Sebab keluarga yang miskin, kalau mau terangkat nasib mereka, dengan pendidikan yang baik. Anak Kampung Merotai yang boleh diangkat tidak dengan pendapatan segera, dengan mutu pendidikan.
Sebab itu sekolah-sekolah kita itu ditekankan, diberikan kemudahan yang lebih baik. Kemudian ibu bapa kita, anak-anak kita dan kita sendiri pun kadang-kadang terpaksa menghadapi masalah kesihatan dengan kemudahan kesihatan yang tidak memuaskan. Maka ini negara MADANI menekankan pertama, pendidikan, diikuti oleh kesihatan. Perbelanjaan yang harus cukup diberikan.
Saya, bila dah siap ini luncur, saya tanya terus pengarah apa kapasitinya? Sudah penuh, tambah 150 katil pun penuh. Jadi saya akan arahkan dan KSU lihat ni, kalau ada kapasiti tambah, tambah lagi kemudahan di Hospital Merotai ini supaya kapasiti itu meningkat, kerana walaupun 500 lebih, ini hospital besar. Kalau lihat blok baru ni macam bangunan hospital baru, bukan blok, tetapi masih belum cukup. Jadi saya tanya kapasiti itu boleh ditambah lagi di sekitar 100-150 katil, kalau tak siap, jaga ada pengarah. Jadi, kemukakan pandangan bagaimana kita boleh tingkatkan kapasiti kerana orang sakit ibu bapa kita, keluarga kita, perlu kita tangani dengan baik dan berikan kemudahan yang baik.
Saudara-Saudari,
Kementerian Kesihatan, seperti mana jabatan-jabatan lain juga hadapi banyak masalah. Di antaranya ialah doktor-doktor kontrak, orang kadang-kadang serang kerajaan yang ada sekarang. Itu kita warisi. Ribuan doktor kontrak, puluh ribu dulu tak diselesaikan. Jadi kadang-kadang kita selesaikan, dia nak selesaikan hari ini juga. Tentu kita ada rencana dan saya syukur Alhamdulillah kerana bantuan Kementerian Kesihatan JP, kita selesaikan hampir keseluruhan masalah doktor kontrak yang riuh-rendah dulunya.
Kemudian, dibangkitkan soal elaun tugas atas panggilan pegawai perubatan. Betul, tidak memuaskan sepenuhnya kerana doktor pakar ni kadang-kadang bertugas tak tentu masa. Saya masih ingat, saya pun berkahwin dengan Doktor Azizah, itu satu-satunya isteri, dan kadang mula kahwin itu, pukul 1 pagi dia panggil, 2 pagi dan latihan mereka begitu rupa. Dalam masa singkat kalau saya nak bangun pukul 2 pagi itu, dia kena main masa 10 minit lah nak rileks dulu, gitu gini buat cerak. Tapi dilatih doktor-doktor ini, saya ingat luar biasa. Dia boleh top up dalam 5 minit cepat-cepat, cukup saat pakai, terus ke hospital.
Jadi, tentu membebankan dan bila mereka minta supaya dikaji sedikit skim tentunya kerajaan terpaksa memberi perhatian. Jadi kenaikan itu 40% walaupun belum secukupnya, tapi satu permulaan yang baik, Alhamdulillah. Tapi yang penting bulan Disember bagi penjawat awam, ni jururawat, ni yang nyanyi tadi. Sebab bulan Disember, naik gaji. Bulan Januari, naik lagi. Ini Kerajaan MADANI lakukan setelah terbiar selama berapa lama? 12 tahun.
Orang tanya saya ‘Anwar, apa pasal bagi lebih sangat kepada penjawat awam? Petani, nelayan pun kena bantu’. Saya kata dengar dulu, 12 tahun tidak ada naik skim ini dan dalam skim kita tidak seperti dulu. Yang bawah, naik lagi tinggi. Ada peringkat saya naik 30-35%, yang rendah. Yang tinggi itu, macam KSU, naik sikit. Baru adil. Jadi sekarang ni sistem dia begitu. Jadi bulan Disember naik. Untuk 2024, berapa kos tambahan daripada kerajaan? Kos tambahan tahun ini untuk gaji dan elaun penjawat awam berapa? RM10 bilion, tambahan. Kerana kita iktiraf kerja dia, kita minta dia kerja kuat. Kurang senyum sikit, kena marah. Kadang-kadang pula ada yang bebal, pesakit, doktor kata kena discharged, dia kata ‘kenapa discharged? Saya masih sakit’. Yang tahu kamu sakit tidak sakit doktor lah, tapi itulah keadaannya. Kena sabarnya. Pegawai-pegawai perubatan itu luar biasa, jadi kita naikkan. Kos tambahan RM10 bilion. Untuk 2025, berapa kos tambahan gaji sahaja untuk penjawat awam? RM18 bilion. Ini Kerajaan MADANI. Sebab itu saya minta sokong bagi Kerajaan MADANI ini kuat.
Dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri seperti mana yang Ketua Menteri Hajiji lakukan, kerjasama. Ada masalah, bincang. Tak setuju, runding, jangan gaduh. Sebab tu saya minta lagu ni kita popularkanlah “Senyuman Sabah”. Jangan marah-marah, jangan buat-buat. Jadi bagi saya sendi kata, saya nak hafal, saya nak hafal. Ni hafal lagu lain ni “pacarku hilang, diambil orang”, takda makna sangat. Kemudian “kok kamu, kok seperti hantu”, jadi lebih baiklah lagu “Senyuman Sabah”.
Jadi Saudara-Saudara,
Itu apa? Gaji penjawat awam termasuk pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan, saya tekankan level lagi rendah, naik lagi tinggi. Ini cara kita tangani kos sara hidup, saya akui kos sara hidup ini, harga barang jadi masalah. Sebab itu, bila kita naikkan elektrik, kita naik hanya bagi golongan yang paling kaya. Yang ada 85%, tidak ada kenaikan. Bila kita naik diesel di Semenanjung, kita tak naikkan di Sabah Sarawak.
Ini kadang-kadang tak sebut, sebut ‘oh kerajaan ini ambil wang kita, tak bagi 40%’, marah saja. Tolong dengar ini lagu, jangan marah-marah, bincang cara baik dan dengar dulu. Diesel naik untuk Semenanjung, walaupun naik bagi orang kaya, di Sabah Sarawak tidak. Sebab? Bot banyak 4×4, pelbagai kemudahan pengangkutan menggunakan diesel yang banyak, jadi kita bagi pertimbangan, kerana apa? Kita dengar keluhan. Keputusan kita buat, adakah munasabah? Naik cukai, naik tarif bagi Semenanjung tapi bagi perkecualian Sabah, Sarawak. Di Semenanjung ada juga yang marah, dengar itu orang-orang pembangkang. Di Parlimen, dia sebut, dia tanya saya ‘mengapa tak naik Sabah Sarawak?’, di sini dia datang kempen tolong sokong dia. Jangan sokong orang-orang seperti itu.
Saudara kena ikuti, sebab itu saya katakan anak muda terutamanya mesti ada pencerahan. Orang kempen ni, dia boleh cakap apa-apa pun tetapi kita tengok dari segi tindakan dia.
Kemudian sekarang, kita turun harga RON95 sebab penyeludupan banyak. Berapa kita boleh selamatkan? Bila kita bayangkan turun harga minyak patut, beban kerajaan bertambah, ini tidak. Harga minyak turun RM1.99 sen, untung kerajaan tambah RM2.5 bilion. Ah ini cerdiknya pegawai-pegawai ekonomi kita bantu.
Selalu harga minyak turun, dana kerajaan kurang, ini tidak. Turun harga minyak, naik pendapatan kerajaan RM 2.5 bilion ringgit, dari mana? Dari orang asing. Orang yang tidak ada kad pengenalan, bayarlah. Kita, saya bantu, tentu rakyat saya dulu. Kemudian kalau keadaan mood besar, hasil banyak, kita boleh fiikirkan yang lain. Itulah sebabnya mengapa kita jalankan program RON95, ada orang marah ‘oh kena bawa IC’, ‘inilah satu negara yang nak ambil minyak pun guna IC’. Aduh, Dah nak harga minyak, ikutlah peraturan sedikit, tapi itulah keadaan dia. Baik.
Dan langkah-langkah lain, 122 dalam Perlembagaan berdasarkan MA63, kita tentukan kerajaan mesti bayaran khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak. Selama 10 tahun sekitar RM50 juta sahaja, kemudian naik dulu RM150 juta. Saya runding. Jadi kalau ada keputusan mahkamah mengatakan tidak ada runding, mungkin betul sebelumnya, tapi mahkamah harus tahu apa yang berlaku tahun 2023-2024. Ada rundingan, ada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri. Fadillah, Timbalan Perdana Menteri. Yang Menteri Kewangan, itu masih dia juga hadir. Ada peringkat tertinggi, saya, Datuk Hajiji, Premier Abang Jo duduk, kita runding. Belum ada keputusan muktamad, jadi keputusan sementara interim agreement kita tambah dari RM56 juta tu, 150 juta sebelumnya. Sekarang, RM600 juta kepada Sabah setahun. Cukup? Belum. Sabah dan Sarawak kata kita mesti runding lagi. Saya tetap itu cara dia. Kamu bertempur, gaduh, gaduhlah sampai bila pun tetapi masa berkuasa dulu, tak ada pula yang runding. Yang runding sekarang, yang runding ni dalam 2-3 tahun lalu, saya, Hajiji, Abang Jo. Sebelumnya saya tak tahu apa runding sebab tak naik. Sekarang naik RM600 juta. Tak apalah kalau kata tak puas hati, boleh bincang cara elok. Tak ada masalah bagi saya. Sebab itu keputusan itu disebut keputusan sementara, rundingan tidak dapat muktamad, keputusan sementara RM600 juta. So why blame us? why don’t you talk about the former leaders and their party? Who had done virtually nothing or not successful in their negotiations. Now kita berikan RM600 juta dan dia kata kita ini menekan kempen mana-mana. Kadang-kadang kenyataan yang menipu.
Umpamanya, seorang pemimpin parti menyatakan Petronas hanya beli minyak mulai sekarang dari Amerika dan tidak beli dari Sabah. Ini kenyataan tidak masuk akal, ini berdasarkan perjanjian baru Malaysia dengan Amerika, saya dengan Presiden Donald Trump. Keputusan beli dari Amerika ini bukan keputusan baru, masa mereka perintah dulu pun dah ada, dah beli dah. 2018 dah mula beli dari Amerika Syarikat. Kalau harganya itu berpatutan, kita beli is commercial terms. ‘Oh tapi kita ada minyak’, ya kita ada minyak, kita jual ke China, Jepun, Korea, untung lagi besar. Kita jual sebanyak mungkin, untung tinggi, kita import, untung kecil. Tapi itu meniaga, bukan saya putuskan, itu kebijaksanaan rakan-rakan kita dalam Petronas. ‘Oh tak ada, akan rugi gas Sabah tak ada orang beli’, ini cakap apa? Jadi tolong dengar baik-baik dan fikir.
Saya berpuluh tahun, mesti dia tahu dari lama, ni kawan lama saya. Puluh tahun saya Menteri Kewangan dulu datang Timbalan Perdana Menteri. Saya tanya dia. Saya kerja datang ke mana-mana daerah, apa? Satu balak saya tak ambil, satu keping tanah saya tak nak minta, projek saya tak ambil, saya datang untuk khidmat kepada orang Sabah. Saya orang Semenanjung, orang Pulau Pinang tapi saya mahu jaga Sabah sebagai negeri saya sendiri. Ini jangan hukum saya ini minat Semenanjung, tidak.
Berapa peruntukan di Sabah? Seluruh Malaysia, Sabah mendapat peruntukan paling tinggi. Berapa hasil dari Sabah? Semalam ada orang pertikai tak betul, tak apa, boleh kira, boleh bincang. Hasil yang kita ambil, cukai, cukai pendapatan, cukai jualan, segala cukai, sekitar RM10 bilion satu tahun, besar. Ini negeri yang ada potensi.
Saya beritahu kepada Ketua Menteri Hajiji, Masidi pun ada. Saya menaruh harapan yang tinggi, ada kerajaan dasar jelas, stabil. Sabah itu ada keupayaan diangkat martabat. Syaratnya mesti urus dengan baik dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan. Tak ada kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan, sukar kita nak capai. Jadi ini kebaikan kita. Saya datang sebagai Perdana Menteri menyatakan, saya bersedia mengangkat kedudukan Sabah supaya maju.
Jadi berapa hasil dari Sabah? RM10 bilion semuanya sekali. Ini anak-anak muda dengar. Ini bukan nak gaduh orang Murut, ini orang Kadazan, ini orang Bugis, ini orang Suluk. Ini dengar ini orang Sabah. Kita mahu angkat martabat orang Sabah. Kalau masing-masing duk fikir suku kaum, daerah, benci-membenci, lawan-melawan, marah-marah — bukan senyuman Sabah. Yang untung, orang itu. Sebabnya yang cakap-cakap besar itu semua orang kaya-kaya, yang lantang-lantang bicara ‘ini Sabah for Sabahan’, cuba tanya berapa harta dia. Harta di sini, harta di Hong Kong, harta di luar negara, harta rumah di Kuala Lumpur, rumah di London, tetapi bicara di sini ‘tolong rakyat’, aduh.
Jadi yang miskinnya rakyat, yang berdegar-degar bicaranya orang atas, yang untung mereka, yang gaduh kita. Yang gaduhnya orang bawah. Saya nasihatkan orang bawah jangan gaduh dan bersatu angkat kedudukan rakyat ini. Gaduh, gaduh, gaduh di atas. Air tak selesai, elektrik tak selesai. Elektrik orang Sabah kata ‘Karan’ — karan pun tak selesai. Saya di Penang, tu saya kata ‘karen’, kita tidak ada ‘karen’. Air pun belum selesai. Jalan lubang-lubang.
Jadi sebab itu saya kata kerjasama kita. Kita bagi peruntukan RM17 bilion. Pelaksanaan ini, Hospital Tawau berapa puluh tahun? Kamu perintah dulu, mengapa biar sampai berpuluh tahun? Sekarang kita selesaikan, bukan dia selesaikan. Pengarah, saya kata tambah lagi katil jadi seratus lagi, ini pelaksanaan kita.
Jadi kita ambil RM10 bilion, sistem cukai kita, kita bagi balik RM17 bilion. ‘Oh tak 40%’, dia kira macam mana? Tetapi 40% hakim kata mesti runding, kita runding, tidak ada masalah. Tetapi sekarang nak runding dengan siapa Masidi? Sekarang ketika government, federal government, saya beritahu AG mahkamah dah putus runding segera. Dia kata ‘PM tidak boleh runding dengan Sabah sekarang sehingga selesai pilihan raya dan diangkat Kerajaan’. Okey, kita runding. Tak ada masalah dan kita bagi semua angka-angka ini, sebab seperti kita dah tahu ini melibatkan bukan sahaja undang-undang tetapi juga kewangan, cukai.
Hakim mesti dapat maklumat semuanya. Empat hakim kata runding. Saya kata, hakim diberitahu atau tidak kita dah runding sejak 2023? Dia tahu tak pengerusi utamanya saya, Hajiji, dengan Abang Jo bermesyuarat. Dia tahu tak, technical committee bermesyuarat berkali-kali tiap tahun yang dipengerusikan oleh TPM2, Dato’ Sri Fadillah. Dia tahu tak kita selesaikan banyak perkara? Undang-undang buruh sekarang ambil alih oleh Sabah. Elektrik Sabah dah ambil alih. Itu semua yang kita putuskan setelah rundingan. Mengapa tak buat dulu? Yang buat ini bawah Kerajaan MADANI.
Kemudian dah bagi balik kepada Sabah, SEDCO, dia kata ‘tak fikir perlu wang lagi’. Kita dah serah kepada Sabah, kita masih lagi bagi peruntukan dan pinjaman sekitar RM1 bilion kepada SEDCO, sebab hubungan kerajaan negeri bawah Datuk Sri Hajiji dengan Kerajaan Persekutuan itu baik, memudahkan kita berbicara. Untuk apa? Untuk membantu rakyat kerana orang Sabah kata “karan, karan, karan tak cukup”.
Jadi saya harap kita faham ini . Saya dah beritahu tentang 40%, boleh runding lagi. Yang paling banyak bagi sumbangan kepada negara setakat ini negeri Selangor. Kita bagi kurang daripada yang kita ambil. Kena dengar betul-betul. That is what federalism is all about. You take from some of the very rich states: Selangor, Pulau Pinang yang bagi hasil, Johor hasil banyak kepada kita. Kita bagi sebahagian daripada dia. Yang lebih, kita bagi pertamanya Perlis. Perlis tak ada hasil sangat, hasil kecil. Gaji penjawat awam Perlis pun Kerajaan Persekutuan bayar. ‘Oh, jangan bayar’, tak bayar kalau… problem, jadi Kerajaan Persekutuan bayar walaupun hasilnya kecil. Dan kadang-kadang setengah bahagian mereka, terima kasih pun tak ada. Complain. Gaji penjawat awam dia pun kita bayar, pun complain lagi. Manusia ini. Dia tak ada (la’in syakartum la’azîdannakum wa la’in kafartum inna ‘adzâbî lasyadîd). Itu Al-Quran, kita diajar bersyukur. Minta boleh. Tegur boleh. Runding dengan baik kerana bersyukur itu dan nikmat Allah itu dituntut.
Jadi sebab itu saya katakan kita runding dengan baik. Saya bukan musuh saudara-saudara. Saya tak mahu harta saudara-saudara. Saya sudah tua. Lalui pelbagai ujian berat, sakit teruk di penjara. Saya nak kawan-kawan di sini sama-sama bantu baiki nasib hidup rakyat. Apa yang saya nak? Saya nak sekurang-kurangnya orang percaya di Malaysia yang ada pimpinannya, kerajaannya yang jaga rakyat. Negara kita harum. Sekolah kita lebih baik. Bekalan air, elektrik, jalan lebih baik dan kita bekerja begitu.
Hentikanlah soal pemimpin-pemimpin yang sombong, mahu curi harta. Cukup. Kita stop this nonsense. Kita bangkit dari satu generasi baru, fikir nasib anak-anak kita. Saya bukan datang untuk gaduh. Saya datang untuk merayu supaya kita buat keputusan yang baik. Pakatan Harapan dan KEADILAN pun tidak ambil kerusi yang banyak. Kita tidak merebut jawatan Ketua Menteri. Orang Sabah nak pergi pilih, pilih lah. Tetapi saya pesan pilih orang yang boleh berkawan dengan kita kerana yang bertanding kita di sini termasuk Merotai ini, tanggungjawab dia itu jaga supaya kepentingan rakyat terbela dengan hubungan baik Negeri dan Persekutuan. Jadi ini yang saya nak.
Tentang hospital, jabatan-jabatan memang saudara sedia maklum, saya tidak mahu ulang apa yang diberikan. Tetapi saya nak beritahu ini julung kali, saya bangga. Bila saya diberitahu siap, saya kata “okay, I’ll come” dan terima kasih kepada semua, saya sebut tadi kerana bila menyiapkan hospital dan khidmat hospital, Dzul minggu lalu saya ke IJN University College.
Tetapi saya kata ini budaya baru. MADANI ini maknanya pengarahnya berjasa. Doktor-doktor pakarnya terbaik. Kemudahannya baik, tetapi jangan lupa hospital itu baik kerana khidmatnya. Dan khidmatnya itu dari semua — dari yang tadi saya sebut, jururawatnya, technician-nya, tukang cucinya, tukang masaknya. Jadi, bila kita berjaya, jangan lupa tukang cuci tandas, tukang bersihkan parit. Itu semua punyai jasa menjayakan projek kita.
Sebab tu kalau saya dulu masa saya Menteri Pendidikan ada yang senior ingat, I don’t know Tan Sri Liew, you remember or not. Masa saya Menteri Pendidikan, saya wajibkan pelajar-pelajar seminggu sekali atau sebulan sekali gilir tiap kelas cuci tandas, paritnya, sekolahnya sebab dia latih, dia jangan pandang orang cuci ni orang hina, orang miskin, kotor. Dia mesti belajar buat. Ini that’s what education is all about, empathy, ihsan, karamah manusia, karamah insaniah ini dia yang kita perlukan.
Walaupun masa itu belum ada social media, ada masa itu text, apa dia panggil? SMS. Ada ibu bapa masa itu di Petaling Jaya. Dia tanya, ‘Menteri, anak saya dihantar sekolah untuk belajar, bukan untuk cuci tandas’. Amboi. Saya belajar di Malay College. Di antara latihan masa itu, ini sekolah elit, ialah cuci tandas dan saya tidak rasa sedikit pun terhina. Bila dia belajar cuci tandas, saya mula tahu tentang apa yang dilakukan oleh seorang pekerja atau ibu tua yang saban hari cuci tandas, membersihkannya. Bagi saya itu education.
Jadi saya jawab. Dia tak bagi nama dia, saya jawab. “Saudara yang di Petaling Jaya itu dari kumpulan atasan, ningrat, kalau orang Jawa kata dari keraton. Saya setuju. Sila hantar anak tuan jangan di sekolah-sekolah di dunia ini. Hantar di sekolah di kayangan kerana tak ada tandas di situ.” Itu saya jawab dia. Kamu hantar sekolah di angkasa, mana tahu ada tandas-tandas, hantar situ. Kalau hantar sekolah kita, berlatihlah jadi manusia yang baik, yang tak menghina sesama manusia.
Ini kita belajar pandai, ada PhD. Masuk universiti, hina kaum, hina warna kulit, hina perbezaan satu sama lain, ini orang Cina, ini orang Dusun, oh ini orang Bugis, kita dari besar belajar untuk menghina. Agama kita, agama Islam dan semua budaya kita mengajar kita untuk jadi manusia. Apa hubungan dengan hospital? Doktor tengok orang sakit. Kaya, miskin, Bugis, Suluk, Kadazan, Murut… dia tidak soal. Dia jaga pesakit itu sebagai pesakit dia.
Jadi, mudah-mudahan semangat ini dapat diteruskan. Terima kasih banyak atas kerjasama yang diberikan dan pengarah ada tugas, cari macam mana nak tambah 100 katil lagi, kerana dia beritahu dah hampir penuh. Boleh ya Dzul, KSU ya? Duit jangan tanya saya, guna peruntukan yang sedia ada.
Terima kasih dan sekali lagi saya ucap semua kepada kawan-kawan di Tawau ini atas jasa baik, senyuman diberikan dan persahabatan yang kita turunkan. Terima kasih Datuk Masidi.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM RANCAKKAN MADANI SABAH
9 NOVEMBER 2025 (AHAD) | 10.00 PAGI
DEWAN SIPADAN 2 DAN 3,
SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam sejahtera.
Al-ḥamdu lillāhil-ladzī anzala ‘alā ‘abdihil-kitāba wa lam yaj‘al lahu ‘iwajān. Wa ṣallū wa sallimū ‘alā rasūlihil-karīm wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi ajma‘īn.
Yang Berhormat Ahli-ahli Jemaah Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri;
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin,
Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia;
Yang Berbahagia Datin Shonitah binti Terang,
Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Sabah;
dan seluruh keluarga Akademi Kenegaraan, persekutuan dan Sabah, dan yang penting peserta PIBG dan rakan-rakan dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Hebat sambutannya, hebat semangatnya, hebat harapan kita untuk mengangkat dan merancakkan MADANI di Sabah dan di Malaysia. Jadi, terima kasih kepada Dr Roslan dan keluarga Akademi Kenegaraan yang mengambil inisiatif ini dan menjadikannya sebagai suatu wadah mengangkat keupayaan dan martabat kita. Dan turut hadir Menteri Besar Negeri Selangor Amirudin Shari.
- Saya percaya dalam kerangka latihan dan program pendedahan MADANI ini diterangkan. Ini konsep negara, dari Perlis ke Sabah, apa lainnya? Kelainannya ialah kerana kita bicara soal kemampanan negara mesti maju ekonominya, negara mesti membela nasib rakyatnya, pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan sebagainya untuk rakyat. Kemudahan asas mesti diperbaiki. Di jalan, sekolah, maktab perguruan, universiti, kinik-klinik desa, klinik bandar, hospital, mesti ditingkatkan.
- Ini direncanakan oleh banyak negara tapi ini juga menjadi pusat perhatian kita. Sekarang kita bicara soal teknologi baru, semikonduktor, AI, tapi kelainannya apa? Dalam semua hal ini kita bicara soal tatakelola, mau jadi pemimpin, guru, ketua jabatan, menteri mesti jaga nilai tatakelola ini. Kalau tidak, negara rosak.
- Negeri dengan hasil mahsul yang banyak, balak yang banyak, tapi kekayaan tidak melimpah kepada rakyat, hasil yang banyak dipunggah untuk memperkayakan beberapa kerat manusia. Sebab itu, saya katakan soal nilai, soal akhlak, soal karamah insaniah itu menjadi tunggak yang merentas semua perkara yang kita bicarakan soal negara MADANI. Ini isunya, bukan isu pertelagahan kita di antara negeri, bukan di antara kaum, bukan di antara agama. Muslim, Christian, Buddhis, Hindu, negara ini merangkul semua.
- Semua menjadi warga kita dan anak-anak kita. Kita tidak pilih jadi Melayu atau Dusun atau Murut atau Kadazan atau Dayak atau Iban atau India atau Cina, kita dilahirkan begitu. Bukan untuk bermusuh, untuk lita’arafu. Kenal menghormati dan mengangkat martabat manusia itu. Ini yang menjadi intisari latihan kita. Kalau tidak, kita akan berpecah, bertempur bukan isu pokok dan ketua-ketua yang mengajak kita bertempur itu kaya-kaya semua dan banyak dalam pengalaman curi-curi dan sakau-sakau, tapi anak-anak diminta bergaduh. Dan bila dibicara hak negeri, hak kaum, hak kawasan, bila ada kuasa, hak aku, hak isteri aku, hak anak aku. Faham apa yang saya nak maksudkan ni? Ya. Jadi kita kena fikir.
- Akademi Kenegaraan ini, Dato’ Roslan, itu memberikan ruang kita berfikir, critical thinking. Dengar boleh, nilai dengan cerdik dan pintar. Kalau tidak, kita jadi mangsa.
- Apalagi ini musim Sabah dekat pilihan raya, bertempur, semua jadi hero-hero Betul kalau hero, takkan masa pilihan raya saja. Di mana kamu tahun lalu? Di mana kamu dua tahun yang lalu? Di mana kamu semasa kamu jadi Menteri dan penguasa? Mengapa hal-hal yang kamu sebut itu tidak dilaksanakan ketika itu?
- Saya sangat ingat dan saya pesan kepada kawan-kawan saya, Jemaah Menteri, nak laksanakan masa kita berkuasa, buat sebaiknya, sebersihnya, untuk membela nasib rakyat. Besok dah bersara, berleter sana sini, cerca sana sini, tidak patut orang pakai lagi.
- Orang itu tanya, masa kamu berkuasa, kamu buat apa? Kamu tuntut apa? Ingat betul-betul, ini mukadimah dia. Orang akan bertanya, kita akan bertanya dan sekarang saya ditanya semasa saya ada kuasa. Sebab itu jawapan saya, kita lakukan sedaya upaya kita, melakukan perubahan dan pembaharuan dan reform untuk kebajikan rakyat. In urīdu illā al-iṣlāḥa mā isṭaṭa‘tu. Doa Nabi Allah S.A.W.
- Aku akan lakukan perubahan ke arah kebaikan sedaya upaya aku. Itu dia MADANI. Bukan selesa. Aku dah buat? Belum. Ya, kita dah buat. Kita luluskan berbilion-bilion tengok jalan kampong, tengok klinik desa, tengok tandas sekolah, tengok perpustakaannya, lihat kemudahan mahasiswa dan anak-anak. Ini kita nilai dari keberkesanan dan kita harus perbaiki.
- Benar, ada kebaikannya dan saya syukur Alhamdulillah bila kita adakan ASEAN baru-baru ini, kita mendapat jadi perhatian dunia. ASEAN itu, mesyuarat ASEAN itu tiap tahun, tahun lalu di Laos, sebelumnya di Jakarta, di Indonesia, dan tahun depan di Filipina, dan tahun berikutnya di Singapura, itu bergiliran. Tetapi, tidak dapat dimungkiri kenyataan, bahawa bila kita adakan ASEAN di Kuala Lumpur, itu ASEAN pertama kali mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja kerana kehadiran pemimpin- pemimpin besar dunia, tapi cara rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, pelbagai agama bersatu mengangkat martabat negara kita. Orang lihat itu, polisnya dia tidak tanya polis itu dari mana, dari Sarawak, dari Sabah, dari Pulau Pinang, tidak, PDRM-nya, cekapnya, kecekalannya, disiplinnya.
- Anak-anak mahasiswa yang sukarelawan, ada dari Sabah, ada dari Perlis, dikumpulkan ratusan orang bekerja. Saya lihat, saya kagum anak-anak ini belum lagi selesai pengajian, tapi kerja dengan dedikasi, dengan semangat, dengan disiplin, untuk apa? Untuk angkat nama baik Malaysia sebagai negara yang hebat di dunia ini dan kita saksikan.
- Biasalah orang kritik, orang cemburu, orang hasad dengki itu ada. Duduk dengan Presiden Trump pun dia marah. Dia kata, kenapa duduk dengan Amerika? Duduk dengan negara China pun dia salah juga ‘orang China ni tak ada baik’. Kemudian, duduk dengan negara Afrika, dia kata, apa dia kena mengena Afrika dengan ASEAN? Semua tak kena. Ini orang yang berpenyakit. Apa penyakit dia? Penyakit tak kena. Tapi yang penting, bila nama kita harum bukan sekadar mesyuarat, bukan saja PM, ini mesyuarat orang lihat jalannya, orang lihat pembangunannya, orang lihat cara kita kendali, disiplin kita, keselamatan negara. Semuanya itu orang lihat dan lihat Malaysia ini diangkat dalam peta dunia sekarang. Alhamdulillah.
- Sebagai anak Malaysia, Kedah ke? Kelantan ke? Sabah ke? Kita bangga. Sebab itu saya katakan negara ini harus pertahankan keamanannya dan kestabilan politiknya. Jangan bila bertempur itu hiruk pikuk sehingga nak pecahbelahkan.
- Ada saya baca sentimennya. Yang kadang-kadang ada yang dari luar negara, anak Malaysia, semua tak betul. Cakap pasal Islam, tak betul. Cakap pasal bahasa, tak betul. Cakap pasal peruntukan Sabah, tak betul. Apa yang betul? Boleh tegur, biar membina. Negara ini, mesti saya katakan, mula dengan memilih wakil kita, pimpinan kita yang boleh mengangkat martabat negara, bukan nak timbulkan permusuhan.
- Senang saja saya nak jadi hero Melayu, sokongan Melayu akan bertabah, tapi saya bertempur dengan yang lain. Ada orang pula datang nak jadi hero India, ada orang pula nak jadi hero Kadazan atau Murut. Oh dia saja pejuang Murut yang hebat. Ya, dia menang di kalangan Murut, di kalangan lain apa jadi? Nak bertempur? Kalau hebat pemimpin Murut itu dan Kadazan itu atau Dayak itu ataupun Bugis atau Suluk, hebatnya kerana dia sanggup bekerjasama mengikat perpaduan di kalangan kita.
- Kalau dia tidak sanggup begitu, dia tidak akan bantu Sabah. Kita Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI, kita ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Dato’ Sri Hajiji, untuk apa? Tanya dia. Saya pernah jadi belas tahun dulu Menteri Kewangan, menteri-menteri sebelum ini, sebelum masuk penjara. Kemudian, sekarang Perdana Menteri.
- Dalam tempoh tiga tahun, saya Perdana Menteri yang paling banyak kali datang ke Sabah. Apa? Saya minta balak? Tak ada. Saya minta kontrak? Tidak ada. Saya minta projek? Tidak ada. Saya hanya dengar untuk bantu rakyat Sabah, itu tujuan saya.
- Isteri pun tidak, cukup satu. Azizah di hatiku. Baik. Sekarang bicara Sabah ditinggalkan, diketepikan. Saya nak tanya kamu dulu jawatan apa? Menteri Sabah atau Menteri Persekutuan atau Ahli Parlimen, atau Ahli Dewan Negeri? Kalau dulu, itu soal dulu.
- Saya bicara ni tiga tahun, hampir tiga tahun, 22 November ini, tiga tahun saya Perdana Menteri Kerajaan MADANI, saya boleh jawab. Sejak kita ambil alih, lihat di paparan tadi, kita tambah peruntukkan pembangunan untuk Sabah. Meningkat peruntukan negeri tertinggi di Malaysia kepada negeri Sabah. Ini kenyataan.
- Saya anak Pulau Pinang, kalau ikut sentimen, saya nak bagi Pulau Pinang semua. Tapi tidak, saya Perdana Menteri Malaysia. Yang miskin ramai di Sabah, jalan lubang di Sabah, sekolah daif di Sabah. Bantu mereka!
- Dan ini tanggungjawab kita dalam kerajaan. Jerit-jerit apa? Musuh-musuh apa? Betul atau tidak? Ya! Jadi saya nak faham ini. Ini bawa musuh 40%, 40%. Saya nak jawab 40% ini.
- Berapa tadi saya di pasar, ada orang tanya ‘Dato’ Seri, bagi 40%, 40%’, ‘janji 40%’. Saya kata ‘Okey, 40% apa dia?’, (dia jawab) ‘40% daripada cukai’. Okey. ‘Bagi balik pada kita’. Okey, okey, okey. Boleh, boleh, dengar tak? Yang dia dah masuk 40%, jadi malam mimpi pun 40%, bangun esok 40%.
- Dengarlah dulu. Saya tak mau mempertahan yang dulu, sebelum ini. Saya nak jelaskan Kerajaan MADANI. Berapa tahun 2024, hasil cukai, hasil cukai pendapatan, hasil pelbagai cukai yang diambil oleh Kerajaan persekutuan. Berapa keseluruhannya? RM1 bilion, RM5 bilion, RM8 bilion? Keseluruhannya, RM10 bilion hasil Sabah ambil ke Putrajaya. Wah! Banyak!
- 40%, 40%… Dengar dulu. Baik. Berapa yang Kerajaan Persekutuan belanja untuk Sabah? Bangunkan sekolah, perubatan, kirim doktor, sempadan ESSCOM, kawal sempadan, pertahanan, semuanya. Kita ambil hasil RM10 bilion, kita bagi balik RM17 bilion. Sebab apa? Sebab kita pakat di antara persekutuan dan negeri, gunakan hasil kita membangunkan semua negara di Malaysia ini. Dan kebetulan Sabah sedikit ketinggalan, kita bantu lebih.
- Kelantan, negeri miskin, masalah banjir tiap tahun. Kita belanja berbilion ringgit walaupun negeri pembangkang. Hasil sedikit negeri miskin. Perlis, negeri miskin, cukai tidak cukup, gaji pun Kerajaan Persekutuan kena bayar. Bayangkan.
- Ini sekurang-kurangnya Sabah ini jauh lebih hebat. Gaji pegawai kerajaan negeri, kerajaan negeri yang bayar. Perlis, gaji pegawai kerajaan itu dibayar semuanya oleh Persekutuan, sebab cukai dia kecil. Ini baru negara. Saya kena jaga Sabah. Saya juga kena jaga Perlis.
- Anak-anak harus fikir, anak-anak ini anak Sabah, tetapi juga anak Malaysia. Kita nak semuanya banyak hasil. Jangan bila kempen, seolah-olah tak ada lainlah. Bukan setakat Sabah, kalau Ranau ‘Ranau, Ranau, Ranau’. Kalau Keningau ‘Keningau, Keningau, Keningau’. Eh, fikirlah Sabah. Fikirlah negara kita. Kita nak angkat ini negara kita. Angkat Sabah, angkat Malaysia.
- Bila saya sebut RM17 bilion, oh tak patut, tak patut, kena kira lain. Saya kata tak apalah, kiralah lain, saya dengar. Sebab, kata dia, patutnya lebih lagi. Saya nak tanya, masa kamu perintah, mantan-mantan Perdana Menteri datang kempen di sini. Masa dia Perdana Menteri, berapa dia bagi? Jauh lebih kurang. Kamu nak marah saya sebab apa? Saya bagi lebih. Masa kamu Perdana Menteri, kenapa kamu tak bagi?
- Jadi, ini yang menjadi persoalan. Apakah cukup? Tak cukup. Tak payah saudara beritahu, saya tahu jawabnya. Apakah cukup bagi penduduk Sabah? Tak cukup. Tanya Perlis, cukup? Tak cukup. Kelantan, cukup? Tak cukup. Ini Selangor, Menteri Besar, negeri paling kaya di Malaysia. Tanya dia, Kerajaan Persekutuan bagi cukup? Dia cakap tak cukup. Sebab? Negeri Selangor bagi hasil jauh lebih banyak, kita belanja kurang daripada itu. Jadi dia kata tak fair. Tetapi kalau saya kata kalau kita bagi semua yang kita ambil daripada Selangor, bagi balik kepada Selangor, siapa nak tolong Perlis? Siapa nak tolong masalah banjir di Kelantan? Siapa nak tolong Sabah? Jadi, tolong fikir sama.
- “No, kita ada MA63”. Betul, MA63. Eh, 3 tahun lalu siapa bincang. Ini sekarang pun kita bincang. Saya lantik Timbalan Perdana Menteri 2, Dato’ Sri Fadillah untuk pengerusikan technical committee. Tanya SUK, ada mesyuarat, bincang. Ini setuju, jalan. Ini belum setuju, nanti, kita runding lagi. Itu cara kita dalam kerjasama kita, bukan untuk berperang. Jadi, saya nak anak-anak faham. Ini, tolong bagi penerangan. Siapa cakap, tolong jawab dengan baik. Sebab kalau kata tak bagi, saya sedaya upaya kerja kuat. Saya bukan muda macam anak-anak. Tapi sedaya upaya kita.
- Nak baik dengan semua negara untuk apa? Oh, saya baik dengan Presiden Trump sebab dia bagi pen President United States. Adik, saya sebagai kawan, dia bagi pen, “thank you very much Mr. President, it’s a nice pen.” Itu pun saya ambil? Tak. Saya letak ini sebagai hak kerajaan Malaysia. Saya tidak ambil untuk diri saya. Jangan banding saya dengan pemimpin-pemimpin lain. Dapat kereta, dia ambil. Dapat jam, dia ambil. I don’t take those.
- Ya, lihat di Seri Perdana. Jam mahal-mahal yang diberi oleh negara-negara. Okey, saya boleh pakai tapi saya rekod hak Kerajaan. Saya berhenti Perdana Menteri, kena berserah kepada Kerajaan.
- Saya ada Mercedes, kurnia kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, bila dia tengok, dia kesian saya pakai Proton, pinggang saya tak berapa kuat. ‘Okey, Ya Tuanku, patik ni Perdana Menteri, tidak boleh’. Dia ‘no, no, no, you take’. Jadi Tuanku, atas ehsan dia, bagi Mercedes. Saya kata, ‘okey. Saya terima’. Saya daftar Jabatan Perdana Menteri Malaysia. bukan nama Anwar Ibrahim. Biar cek betul ke saya. Kurnia daripada Agong itu hak kerajaan Malaysia, bukan hak peribadi saya. Orang yang lain sebelum ini, semua jadi hak peribadi dia, yang cakap banyak. Kalau saya ambil peribadi, orang tidak soal sangat, tetapi saya nak bagitahu, kita kena cakap dan laksanakan dan tidak mudah, tidak mudah.
- Sebab itu saya kata, belum puas hati tak apa, tetapi bagaimana nak selesaikan? Untuk runding, pilih wakil, sama ada wakil saya cara langsung, parti yang saya pimpin ataupun yang boleh berkawan dengan saya. Runding dengan baik. Janganlah pilih orang yang benci dekat saya. Saya nak runding dengan apa? Saya tengok muka dia pun ‘Aduhai’. Faham tak? Jadi, mestilah cari jalan kerjasama yang baik.
- ‘Oh, tapi ada 112’ (Peruntukan 112C, Perlembagaan Persekutuan) Peruntukan khas, patut beri Sabah. Kerajaan patut bagi. Baik. Dulu berapa? Ada RM16 juta atau RM26 juta, bertahun-tahun. Kemudian, Kerajaan dahulu minta RM56 juta. Saya kata tidak boleh, biar kita runding. Jadi kita runding Sabah dan Sarawak. Bila kita runding, saya naikkan dari cadangan RM56 juta jadi RM300 juta ke Sabah, RM300 juta ke Sarawak. Baik. Belum cukup. Runding lagi.
- Tahun ini dalam Belanjawan, saya sebut interim. Sementara kita nak muktamadkan, kita bincang bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kita luluskan RM600 juta untuk Sabah, RM600 juta untuk Sarawak. Itu pun saya sebut interim, sementara rundingan diadakan. Oh mahkamah kata runding, tidak apa lah, itu keputusan mahkamah. Kita dah runding belum? Kita runding. Sebelumnya ialah, sebelum 2022-an jangan tanya saya, tanya mereka. Tapi kita runding, ada jawatankuasa runding. Ada persetujuan muktamad? Belum. Ada persetujuan sementara, interim. Maka, kita bagi RM600 juta. Runding lagi. Itu hanya peruntukan khas.
- Kalau boleh, Dr. Roslan, bagi penjelasan keterangan ini. ini adalah soal dasar kerajaan yang diputarbelitkan. Cukup? Belum cukup. Memang Kerajaan Sabah dan Sarawak kata, belum. Ini hanya persetujuan sementara. Runding tidak? Ada runding. Setuju sementara? Setuju sementara. Sabah, Sarawak setuju sementara. Persekutuan pun setuju sementara. Kita runding. Kerana kita tengok juga kedudukan kewangan. Saya boleh janji bagi RM2 bilion. Duit dari mana? Hutang dulu. Boleh? Tidak boleh. Jadi, ini faktanya.
- Saya mengharap anak-anak faham. Yang penting ini apa dia? Saya tanya tadi daripada IPG, Tingkatan 6 ada. Yang penting apa kita? Sekolah kita, klinik kita, jalan kita, ini yang penting. Jadi, saya rakan-rakan ini nak bertanding pilihan raya, cakap wakil rakyat ni, carilah jalan, bantu rakyat. Jangan bagi rakyat marah, marah, marah. Kemudian bila kamu perintah, kamu yang kaya, rakyat kekal miskin. Jangan begitu. Negara ini bukan miskin. Sabah pun bukan miskin. Cari orang yang ada amanah, yang syukurkan nikmat Allah S.W.T. Tidak guna kuasa untuk kayakan diri mereka dan ada di kalangan kita.
- Jadi, saya harap hal ini difaham. Hari ini dalam majlis-majlis lain, saya akan jelaskan sekali lagi. Dengar baik-baik. Belum pernah, saya tak kata dulu Kerajaan-kerajaan negeri dulu atau Persekutuan tak buat apa-apa, mereka buat. Tetapi tak ada tolak tandingnya dari segi komitmen Kerajaan Persekutuan sekarang, hari ini membantu rakyat Sabah. Saya boleh cabar kalau orang boleh bagi perhatian itu. If you say it’s not perfect, not satisfactory, fine, but you can never question the fact that we have done more. We are committed to assist as part and parcel of our agenda. None comparable to what has been done in the past.
- Jadi saya harap anak-anak bawa mesej ini. Ini kenegaraan kita. Ini mesej Akademik Kenegaraan. Ini kalau nak Rancakkan MADANI, mesti begitu. Sepakat. Bersatu. Ada tekad. Nilai yang baik, angkat martabat rakyat kita dan negara kita dan kita mampu lakukan begitu.
- Malaysia hari ini sudah menjadi negara yang dihormati dunia. Pelancongan meningkat cepat. Semua lapangan terbang kita terdesak sekarang kerana naik jumlah pelancongan itu terlalu pantas. Lapangan Terbang Kota Kinabalu kena baiki. Lapangan Terbang Tawau tak pernah kita fikir nak jadi besar, terpaksa dibaiki. Lapangan Kota Bharu, Kelantan sekarang jadi international airport. Lapangan Pulau Pinang yang sudah besar mesti dibesarkan lagi kerana terlalu sesak. Kuching kita besarkan. Saudara, ini Malaysia hari ini kerana komitmen kita untuk angkat martabat negara kita.
- Dan bayangkan umpamanya pertama kali dalam sejarah, bayangkan tahun ini, tahun lima tahun lalu, sepuluh tahun lalu, inilah tahun paling banyak, paling tinggi peruntukan untuk pendidikan di negeri Sabah — sekolah baru di Sabah, sekolah menengah agama di Sabah, sekolah menengah sains di Sabah. Ini tahun pertama yang kita lakukan.
- Berikan galakan, berikan sokongan ke arah itu. Kita boleh menjerit maki hamun sana dan cerca sini dan cabar sini, tetapi akhirnya rakyat yang harus mendapat manfaat. Kamu jerit jadi hero kaum, suku kaum, rakyat tidak dapat apa-apa. Kemudian yang pasti pemimpin-pemimpin itu senarai yang mendapat habuan yang tinggi. Kita kena tukar ini. Saya harap rakan-rakan, anak-anak faham dan bawa agenda ini.
- Saya lakukan sedaya upaya saya dan saya bersyukur kerana pasukan Menteri-menteri saya, kerjasama Kerajaan Negeri sangat baik, dan saya nak gunakan saki-baki umur saya, insya-Allah, sihat untuk bekerja. Saya nak Malaysia ni hebat dan harum namanya dan bahagia rakyatnya. Terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PERSATUAN INDUSTRI SABAH
8 NOVEMBER 2025 (SABTU) | 7.30 MALAM
SUTERA HARBOUR, KOTA KINABALU, SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera.
“Da xiao hou”.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor,
Ketua Menteri Sabah;
Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;
Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi;
Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong,
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; dan
Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud,
Timbalan Menteri Pendidikan; dan
Semua rakan-rakan yang hadir.
Terima kasih banyak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Da xiao hou.
- Saudara Tengku Zafrul menerangkan sedikit sebanyak tentang program-program yang ada. Kita memenuhi permintaan persatuan pengilang dan syarikat-syarikat di Sabah untuk mengadakan temubual-temubual soal jawab ini, jadi saya hendak tumpukan tentang dasar. Malaysia sudah sampai ke tahap di mana fokus kita harus kekuatan ekonomi. The focus must be to strengthen our economy. Nobody is going to help us.
- Orang datang respect kita sebab negara ini aman. Dia respect kita sebab polisi kita kuat, kita tahu bagaimanapun politik kita – negeri, Pilihan Raya Sabah, masalah negeri, masalah kaum, tapi dia tahu fokus kita dalam keadaan Kerajaan Persekutuan, fokus saya dan rakan-rakan saya Saudara Hajiji dan rakan-rakan di Sabah, our focus is to make sure that this country succeed as a great nation with a strong economy.
- Ini penting. Orang tanya saya, mesej saya di Malaysia, di Sabah mana ada tidak ada soal jawab, huru-hara, tuntutan itu, tuntutan ini, biasa. Tambah sekarang pula semua hendak claim jadi hero, tapi negara ini yang bantu kita jadi hero bukan tokoh-tokoh dan parti-parti. Kita mesti ingat baru-baru ini kita ada ASEAN. Kita boleh selesaikan perundingan dengan Presiden Donald Trump hari Ahad. Hari Isnin kita boleh duduk dengan Premier Li Qiang negara China. Selasa, kita boleh sign agreement ASEAN-Negara China. Ada yang Trump suka, ada yang dia tidak suka, tapi fundamentals, fokus kita dapat peaceful nation, friendly to all nations force yang kita sebut centrality. Orang marah saya sebab terlalu baik dengan China, dia marah, baik dengan Amerika, dia marah.
- Saya tidak peduli awak marah atau tak marah, kerana saya mahu jaga negara ini Malaysia, supaya menjadi negara besar. Dan kalau kita mahu berjaya dalam ekonomi, kita kena berkawan semua, bukan kita setuju semua. Kita berkawan, umpamanya sama-sama dalam Jemaah Menteri, Tengku Zafrul ada sini, saya bukan setuju semua dengan dia, banyak setuju lah. Dengan Saudara Hajiji, kadang-kadang dia buat statement, saya kurang setuju tapi that is the reality, kita lain ada sikit-sikit beza, tapi yang kita sepakat apa? Apa yang kita fokus, save this country. Kita sudah rugi banyak tahun, gaduh-gaduh politik tidak habis, rugi, tapi yang untung 3 – 4 orang. Yang bising itu banyak kaya-kaya. Yang kita nak tolong ini orang meniaga dan rakyat kita. That is our focus. Dan saya nak cakap terus terang, suka baik, tidak suka pun baik.
- Because not many countries, tidak banyak negara di dunia macam kita. Buat conference ASEAN, ASEAN ini 10 negara masuk satu lagi Timor-Leste jadi 11, tapi yang datang ini semua ekonomi besar dunia. Eropah, Presiden Eropah Union datang. China, gergasi ekonomi besar. Dulu awal Presiden Xi Jinping, sekarang Premier Li Qiang. Satu tahun, dua tokoh besar China di Malaysia, bagi tahu mana negara lain yang buat begitu? Amerika, Presiden Donald Trump sendiri datang. Prime Minister Canada, Prime Minister Canada tidak sesuai, setuju dengan Donald Trump, tapi kita panggil dua-dua. Korea, Presiden Korea, lawatan pertama ke Malaysia. Perdana Menteri Jepun, baru diangkat lawatan pertama ke Malaysia.
- Kemudian kita buka jaringan ekonomi. Why? We want to open new markets. You are a trading nation, we are a trading nation. Most of you are traders, you produce to export. We want to open up the markets, so that you can increase your production. You will advise us, we need more funds we need Exim Bank.
- We need to support start-up companies. You tell us and we will adjust and do what is best for you and for this country. Itu saya punya polisi. Not difficult to understand. So we open up sampai ke Latin America, sampai ke Brazil. Orang tanya, why? You know because kita baik dengan Brazil. Dia bagi salah satu oil field yang sangat baik untuk PETRONAS, gali minyak di Brazil sebab kita kawan dengan dia, kita trade dengan dia. Ya, Amerika tak suka dia, okay, dia suka tak suka, dia punya polisi tapi kita baik dengan dia.
- Satu lagi syarikat Yinson. Yinson buat order 2 kapal pengangkutan besar, itu syarikat Malaysia buat di Brazil. Kemudian, Afrika Selatan, South Africa, President Ramaphosa. Growing economy, huge potential, one of the economic giants in Africa. Kita baik dengan dia.
- Presiden Donald Trump semalam beritahu. Oh, Amerika tidak akan hadir G20 Mesyuarat di Afrika Selatan. Kita tidak mahu kawan dengan Afrika dan kita minta orang jangan ikut sana. Itu pandangan dia, saya ucap terima kasih. Tetapi tanya saya, “saya nak pergi ke Afrika mesyuarat G20”. Saya akan pergi Why? Because Malaysia is an independent nation. I represent this country and my decision must be to protect the interest of our people, all Malaysians and the Malaysian economy. So, I will go and open up trade and market in Africa. So, itu bagi saya in a nutshell apa yang kita buat.
- Jadi, saya tidak mahu ini politik di Sabah gaduh-gaduh ini lupa our focus. We need the support of all states. We need Sabah and Sabah needs a national government, federal government yang bekerjasama dengan Sabah. You nak gaduh boleh gaduh. Orang atas gaduh, orang bawah susah. Nak gaduh dengan saya apa? Sebab apa mahu gaduh dengan saya? Saya bukan mahu curi balak Sabah. Tanya Hajiji, ada saya minta balak? Tak ada. Ada saya minta tanah? No. Ada saya minta kontrak? Tak ada.
- I want to serve this country. We work together. KEADILAN, PH, DAP, AMANAH. Kita pun tidak contest banyak, tidak apa. You pilih siapa yang mahu. But, pilih orang yang bawa kerjasama dengan kita. Pilih orang di Sabah supaya together with the federal government work to uplift the standards of living and the economy of Itu mesej saya kepada Sabah.
- Now, kalau tanya ekonomi, policy, business, no business kalau tak ada Tidak berkembang perniagaan kalau tak ada kerjasama national dengan state. Jadi kita kena tanam this sort of semangat dan understanding. Mahu cari perfect mana boleh perfect. Saya pun banyak weaknesses, saya bukan perfect. Orang tegur saya, okay. Hari-hari orang rentap saya. PAS hari-hari suruh saya turun, nanti sekejap saya turun. I’m okay, tetapi saya tidak hilang fokus, you can say what you like, kita tidak hilang fokus.
- Fokus kita apa? This country, our economy dan kalau kita mahu bantu ekonomi kita, kita kena kawan dengan semua China is too important for us. It’s a very important neighbor. Very strong economy and, dah jadi kawan baik kita. Apa pasal saya mahu gaduh? Ada orang tidak suka dia punya Saya pergi, tanya Zafrul, kadang mesyuarat lain, President Xi Jinping dengar, dia bagi ruang. Belum pernah saya pergi ke China, any meeting, any conference, without being invited by the President to meet up with him either for dinner or a private meeting. Ini for the country.
- Jadi, pada masa yang sama, orang kata dia tidak setuju dengan Trump sebab Trump tolong Israel. Jadi, saya cakap dengan Trump, “Presiden, kita sokong kamu, aman. Tetapi, kita minta tolong, janganlah dia bunuh orang. Janganlah bagi Israel hari-hari bom”. Kita cakap dengan baik. Kalau saya ambil sikap musuh, I don’t meet him, I don’t discuss with him, he will not listen to me. But, I’m not the President of The United States. We are a small country. We are independent. But we express our views. We want him to listen, at least dia dengar, dia terima semua. Dia cakap dengan saya pun, saya tidak terima semua. Maksud saya, kalau Presiden Amerika cadang kepada Anwar, saya tidak setuju semua, takkan saya cakap dengan dia, dia setuju semua but that is diplomacy, cakap dengan baik, cari jalan, tapi yang penting, berdagang dengan dia. Kita punya eksport ke Amerika besar, dia punya investment besar, sekarang data center, AI, ini semua banyak American companies, sebab itu, kita harus bekerjasama.
- Sekali lagi saya hendak sebut dalam hal ini untuk rakan-rakan di Sabah, terima kasih kerana bagi sambutan ini. I really, truly appreciate, I take the trouble, I was whole day today in Penang. Whole day in Penang. Sampai, Tengku Zafrul punya program. Tidak bagi saya balik, buka kunci hotel pun tidak sempat, terus mari sini. Why? I salute, hormat you, jadi saya datang terus. Tukar baju, tiada dry cleaning pun tak ada, tukar baju atas plane terus turun.
- Why? Because we have to work hard. Kita kena kerja kuat. We must support and produce leaders that work for this country. Cukup, you mahu kaya, you mahu curi duit jangan jadi pemimpin. Cannot, don’t destroy this country, kita ada banyak skandal dulu, ada kuasa curi, ada kuasa ambil. Tidak, stop this!.
- Saya beritahu, selagi saya jadi ini PM, I will not tolerate responses. Power should be used to ensure we govern this country well and protect rakyat kita. Berapa banyak orang-orang di semenanjung, PAS, BERSATU di sini dia kata lain, di sana dia kata saya ini terlalu ikut China habis, tidak habis-habis Anwar ni semua okay, tapi dia ikut China. Dan termasuk Tun Mahathir hari-hari marah saya kerana saya ini bukan Melayu. Saya Melayu la. I’m a proud Malay. No problem with that but, I’m also a proud Malaysian. I’m Prime Minister for the Malays, for the Chinese, for the Sabahans, for the Sarawakians, for Perlis, for Selangor I must be a Prime Minister for all baru boleh selamatkan negeri.
- Jadi, saya make no apologies. Sabah saya ada message clear. Semua kaum, saya tak mahu layan ini politik tahu. You nak cakap, you punya pasal. Saya nak pastikan semua bekerjasama. Pastikan negeri ni aman. Pastikan pimpinan boleh bawa mesej sama. Pastikan pimpinan bekerjasama kuat dengan keadaan keseluruhan.
- Fokus ekonomi. Program ekonomi. Ekonomi, ekonomi, ekonomi. Business entry. Anak-anak kita mahu kerja. Anak-anak kita mesti dapat latihan yang lebih baik. We must improve our infrastructure, our education, our health. Ini yang saya ingat. Kawan-kawan kena berfikir macam itu. Sebab kadang-kadang saya tengok dalam 2-3 minggu ini semua makin panas. Semua engine temperature semua naik. Tetapi ingat temperature semua boleh naik tetapi rakyat kena jaga. Negara ini kena jaga.
- I am glad, I should say this in all humility. Bila orang bagi hormat sambut satu dunia, saya bangga sebagai anak Malaysia. Malaysia is now where it has been but now more so in the world. You tanya siapa mana-mana pun Malaysia dia tahu. You tengok pelancongan kita, melonjak naik. Orang kenal nama kita.
- Ini tanggungjawab kita, tanggungjawab kawan-kawan semua dan kalau bawa apa-apa cadangan tambahan, Zafrul ada, Chin Tong, dari segi bisnes, Menteri-menteri lain ada, KSU ada. Work with the state, work with us.
- Sekali lagi saya repeat, I don’t claim to have all the answers or to be perfect but I must say that we have done our best and will continue to work hard to ensure that Malaysia comes out as a great nation.
Terima kasih.
