VERBATIM: TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN NOVEMBER 2025


TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN NOVEMBER TAHUN 2025
 

12 NOVEMBER 2025 (RABU) | 8.00 PAGI

DEWAN DE’ SRI ENDON, PUSPANITAPURI

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Rakan-rakan Menteri;

 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Alhamdulillah, kita dapat bersama sekali lagi dan semalam, seperti saudara tahu, saya telah menyenaraikan beberapa kejayaan kita dalam rangka Ekonomi MADANI di Parlimen:

 

 

  1. Tapi ini semua kerana berkat kerjasama semua. Pertama, dengan izin Allah Subhanahu Wa’taala. Kedua, dengan pasukan kita, rakan-rakan Jemaah Menteri, penjawat awam dan seluruh sektor awam dan swasta.

 

  1. Tetapi selalu saya merenung semalam setelah Jemaah Menteri ada Mesyuarat Khas mempertimbangkan keputusan penghakiman Kota Kinabalu dan keputusan kita setelah berunding berjam-jam, mendengar pandangan dan usul dari setiap ahli Jemaah Menteri, di antara yang paling ‘deras’ itu Azalina lah, maka kita memutuskan secara konsensus, muafakat tentang apa yang kita putuskan dan soal 40% yang kata ikut Peruntukan Perkara 112C dan 112D dan juga pertimbangan tentang keputusan kita juga, yang itu tidak kita rayu. Tetapi keputusan penghakiman yang kita rayu dan akan saya jelaskan di Parlimen esok secara lebih terperinci.

 

  1. Tapi yang saya nak jelaskan begini, jangan kita terlalu selesa dengan kejayaan ini. Kita bersyukur, tapi bersyukur itu harus ada kewaspadaan. Lihat saja perkembangan negara-negara ASEAN, rantau ini dan dunia. Negara yang relatif kecil seperti Malaysia, bila dia meningkat maju tentu menjadi perhatian. Positifnya dia jadi perhatian untuk pelancongan dan pelaburan. Kewaspadaannya kerana apakah kita dapat bertahan dan apakah mungkin bukan dia bertahan dari segi ketahanan nasional domestik tetapi tentang iri hati dan juga permusuhan luar.

 

  1. Ikut putaran sejarah, kalau kita dapat menyingkap lembaran sejarah atau menghimbau lebih luas. Tidak ada negara yang dapat bertahan bila mula dirasuk bibit-bibit kealpaan, kecuaian, kehampaan. Itu kita kena ingat. Dan tanggungjawab saya dengan rakan-rakan itu mengingatkan kita semua. Istilah kalau dalam semangat Al-Quran, ayat-ayat awal itu satu peringatan yang sangat relevan, yang pernah saya ungkapkan, sama ada di sini, atau di Perbendaharaan, seperti di dalam “Muzammil” dan “Mudaffir”. Bahawa manusia ini selalunya kalau tidak diasak dengan peringatan, dia akan alpa. Sebab itu disebut, “Qum fa’andhir, wa rabbaka fakabbir, wa thiyaabaka fathahhir.” (Surah Al-Muddaththir, 24). Maknanya bangunlah daripada kealpaan, daripada tidur, daripada kecuaian, daripada kelemahan.

 

  1. Qum fa’andhir, dan bangun itu untuk mengingatkan. Yang pertama, wa rabbaka fakabbir, bahawa kita ini makhluk, insan kerdil, ‘ibaadur Rahman, hamba Tuhan. Jangan kita lupa, jabatan itu hanya pinjam sebagai amanah sementara, laksanakan dengan sebaik mungkin. Ketua Unit, Ketua Jabatan, Ketua Setiausaha Negara, Perdana Menteri semua itu sementara.

 

  1. Dalam sejarah kita, lebih-lebih lagi ada Perdana Menteri tidak cukup setahun, ada dua tahun, ada tiga tahun, ada Perdana Menteri, dua puluh dua tahun. Tetapi semua itu peringatan kepada kita bahawa tiada yang kekal. Sebab itu, wa rabbaka fakabbir, ingat dan insaf.

 

  1. Tapi susulan ayat itu, wa thiyaabaka fathahhir peringatan yang sangat jelas, membersihkan diri, jiwa dan suasana kita. Jadi, dalam negara pun saya ingat dalam kupasan-kupasan ulama muktabar zaman semasa, iaitu kita tidak kekal sehingga kita betul-betul ada kecerdasan, pencerahan, keinginan untuk membawa perubahan berikutnya dan tidak terperangkap dengan ruang selesa.

 

  1. Kalau kupasan baru, kalau saudara teliti diantara karya Carl Breit kalau tak silap saya, dia bicara “Culture of Contentment”, budaya selesa. Ya, apalagi negara kecil kita mencatat rekod Sejarah, tetapi apakah kita ada keupayaan untuk perbaiki atau tidak? Jawabnya Ada. Jawabnya it’qan fil’amal yang disebut culture of excellence. Striving for excellence itu teori baru. Tapi kalau dalam rumusan hadith Muhammad SAW itu, it’qan fil’amal, maknanya striving kecemerlangan dalam tiap amal.

 

Jadi saudari-saudari,

 

  1. Yang saya nak tekankan di sini ialah keperluan kita untuk sentiasa waspada dan bekerja. Dari sudut kerja, ya kita jayakan ASEAN dan seperti mana saya sebut, itu diterima di kalangan negara-negara ASEAN dan juga di rantau dan di dunia. Bagaimana negara yang relatif kecil dapat mengendali satu sidang yang besar, cara sangat cekap dan efisien dan keselamatannya, kerangkanya bukan puluhan, ratusan mesyuarat yang dikendali di semua peringkat.

 

  1. Jadi boleh kita syukur Alhamdulillah, tetapi yang saya nak tekankan ialah peringatan kepada kita bahawa ia kerana pertama sekali, negara ini aman. Dalam keadaan, bayangkan ini. Bayangkan mana-mana negara lain di mana komposisi kaum, agama dan wilayah berbeza seperti Malaysia. Kita ini, we take things for granted, cuba kita renung. Negara mana? Di Asia. Satu, dua, tiga, empat. Di Afrika yang suku kaumnya. Semuanya kalau pun nampak relatif aman tetapi volatile dia tidak mantap.

 

  1. Bagi kita setakat ini, Alhamdulillah. Jadi sebab itu saya kata, jangan buat andaian mudah. Jaga keharmonian ini. Sekali lagi saya tegaskan cuba kita renung, tengok negara Asia yang ada percaturan, pergaduhan antara mazhab, antara kaum, antara suku kaum, antara ideologi yang panas dan menyebabkan gambaran negara itu sebagai dalam keadaan yang tidak stabil. Jadi kita aman, aman tentunya pasukan keselamatan tetapi yang pentingnya itu kesedaran rakyat.

 

 

  1. Yang keduanya, politiknya stabil. Kita alami umpamanya politik stabil, kemudian politik yang tidak menentu dan mengesan kepada rakyat. Bila percaturan pimpinan politik itu berterusan dan tidak ada ketentuan. Tetapi dalam kehangatan, suhu hangat, itu orang tak fikir itu. Dia fikir nak bertempur. Dia tak fikir kesannya kepada negara. Jadi negara harus aman, politik harus stabil dan kestabilan dan kekuasaan itu bukan untuk pimpinan untuk merompak kekayaan sebab itu bagi saya tatakelola sangat penting.

 

  1. Kita bicara soal 40 peratus ke pembangunan ke yang pentingnya itu tatakelola. Dapatlah buang banyak mana pun kalau tak diurus dengan baik tak selesai masalah. Dan kita popularkan apa yang Mohandas K. Gandhi yang dikenali sebagai gelaran Mahatma Gandhi pernah ungkapkan itu ya – “The world is enough for every man’s need, but will never be enough for every man’s greed”.

 

  1. Bayangkan kalau kita urus dengan baik, saya percaya manfaat kepada rakyat itu akan jauh lebih baik. Tapi kalau orang politik, itu dia bicara soal kaum dia, negeri dia, parti dia, kepentingan kelompoknya. Padahal, kalau diurus dengan baik, kita jaga kepentingan rakyat semua dan pengagihan itulah jauh lebih adil baru yang disebut Al-‘Adl Al-Ihsan. Tiap hari Jumaat, dengar khutbah itu. Tentang adil dan ihsan itu, menjamin kesejagatan. Jadi faedahnya melimpah.

 

  1. Sebab itu, bila negara aman, politik stabil, pengurusannya itu harus telus. Tatakelolanya harus baik. Dan mesti melihat ke depan. Saya, umur saya ini kalau nak fikir soal transformasi digital, energy transition, AI, itu bukan dalam kerangka yang saya baca dulu. Tetapi kenyataannya itu ialah bahawa, dia kata “Zeitgeist”, istilah Jerman, The Dictate of the Times. The “Zeitgeist” sekarang ini menuntut kita mengekalkan yang saya sebut yang lama, akar berakar kepada yang lama bahasa kita, agama kita, budaya kita, perpaduan rakyat kita tetapi menggapai yang baru, teknologi baharu yang saya kata menggapai di langit.

 

  1. Sebab itu di sekolah-sekolah pondok umpamanya, sementara kita ambil keputusan, terima kasih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga, untuk bantu mereka. Kita tidak mahu ganggu kurikulum mereka. Kitab-kitab yang dia baca. Kitab IhyaʾʿUlum ad-Din , atau Kimiyā’ al-Sa‘ādah Imam al-Ghazali atau Munyatul Musalli  yang popular sekarang. Soal Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, atau lain-lain lah. Tetapi kita minta supaya dia juga terima cabaran baru ini, tentang TVET, tentang AI dan tanggungjawab kita itu mengisi supaya dapat dia bersaing. Ini beberapa perubahan tentang tatakelola yang baik, yang cekap, dan kesediaan kita membawa agenda baharu.

 

  1. Sebab itu National Semiconductor Strategy (NSS), saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakannya. Saya kagum ke Jepun, ke Korea, ke Amerika Syarikat, di Eropah, rupanya pelabur-pelabur dalam bidang data center dan AI itu membaca National Semiconductor Strategy (NSS).

 

  1. Mereka tanya saya, kalau we are serious in our desire to implement this strategy, this particular strategy (NSS) they will certainly come in. Ini termasuk NVIDIA baru-baru ini. Dan semua sepatutnya tahu, manusia individu terkaya di dunia dengan USD5 trilion sekarang, dia jumpa saya di Korea. Ya, bukan sebab saya Anwar. Tapi ada orang kata, “Oh, sebab Anwar PMX.” Saya pun ada “perasan sikit” (nada seloroh), tapi saya fikir, eh bukan juga. Sebab negara ini, sebab the team, sebab dasar kita, sebab insentif, sebab kecekapan kita.

 

 

 

 

  1. Then you realize bahawa sebenarnya dia datang itu kerana minatnya, dan dia lihat pelaburan awal di Johor. Tapi dia sebut kepada saya, “Not many countries he has seen. Malaysia is an exception,” kata dia. “Because you have that semiconductor strategy. You have that clear focus on the need to utilize AI — both in government, in education, and in the private sector.”

 

  1. Jadi sebab itu saya kata, semua ini bermula daripada negara yang aman, politik yang stabil, tatakelola yang ke arah yang lebih baik, dan dasar-dasar yang masih mengekalkan identiti, jati diri, akidah, akhlak, sahsiah, budaya, dan bahasa kita. Tetapi menggapai teknologi baharu dengan berani dan bersungguh-sungguh.

 

  1. Semoga Allah merestui usaha kita bersama. Dan saya mengajak saudara-saudara, dalam keadaan kita selesa bagaimanapun, jangan lupa hal ini. Saudara tidak ada negara yang bertahan dan kekal dalam tahap yang sama ada pasang surutnya. Kita agak belum cukup pasang; baru naik nak pasang, tapi jangan bagi surut awal.

 

  1. Untuk pertahankan ini, dan ini bukan perkara baharu. Peringkat awal saya jadi Perdana Menteri, saya selalu gunakan The Khaldunian Theory — Ibn Khaldun (Abd al-Rahman Ibn Khaldun) yang mengkaji negara-negara Afrika Utara pada masa itu. Apa yang menyebabkan esprit de corps‘asabiyyah — itu naik? Mengapa dalam generasi kedua dia mendatar, dan di generasi ketiga dia merosot? Kerana idealisme dan nilai itu sudah hilang. Sebab itu dalam MADANI ini, kita cuba pupuk semula soal nilai, soal akhlak sebagai yang sebati dengan kita.

 

  1. Terima kasih. “Arigato gozaimasu” Terima kasih, dan mudah-mudahan kita bekerja dengan semangat ini.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI  

SEMPENA  

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI 

13 OKTOBER 2025 (ISNIN) | 8:00 PAGI

DEWAN DE’ SERI ENDON PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan

 

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa,

Menteri Wilayah Persekutuan;

 

Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

 

  1. Pagi ini saya hendak menyimpulkan susulan daripada belanjawan tentang isu apa yang saya sebut sebagai kerangka besar, yang ada kaitan dengan kegiatan kita harian.

 

  1. Kerangka besar pembangunan ini haruslah pertama, memacu pertumbuhan. Tapi konsep untuk apa? Untuk pembangunan manusia seutuhnya. Kita mewarisi satu sistem pendidikan dan pemahaman ekonomi yang tentunya terikat dengan pola pemikiran para ekonomi Barat. Tentu sudah biasa dengan perkara yang dianggap tonggak dalam sistem modal kapitalisme Adam Smith, yang ada kekuatannya The Wealth of Nations. Bagaimana negara boleh pacu pertumbuhan. Ia memberikan satu dampak yang sangat luas kepada seluruh pemikiran ekonomi dari London dan membentuk pemikiran para ekonomi seluruh dunia.

 

  1. Walaupun kemudian pandangan Karl Marx yang menyanggah. Tapi saya hendak sebut, memahami Adam Smith pun, saya ingat lagi masa saya Menteri Pendidikan lama dulu. Saya menyanggah kerana kalau kita baca Adam Smith, kita kena baca keseluruhannya. Adam Smith itu ada dua karya besar: The Wealth of Nations, yang membicarakan soal modal, bagaimana penguasaan modal itu kritikal untuk membangunkan negara, dan yang pentingnya dalam dasar materialisme, modal segala-galanya.

 

  1. Tetapi ada juga karya yang besar yang lain, The Theory of Moral Sentiments. Kalau baca Adam Smith, dia kenal dua-duanya. Ini kadang-kadang masalah sistem pendidikan kita. Kalaupun hendak ambil di Barat, ambil keseluruhannya. Kalau dicedok hanya yang dominan pemikirannya, iaitu kapitalisme sebagai ideologi, maka kefahaman anak-anak kita pakar ekonomi dari pengurusan bank kepada sistem kewangan negara, kepada dasar ekonomi negara dan perbendaharaan umpamanya, akan terpengaruh dengan pandangan itu.

 

  1. Bagaimana tentang karya yang kedua yang besar, The Theory of Moral Sentiments. Itu menarik, kerana dalam Theory of Moral Sentiments itu dibicara soal kesenjangan, penindasan pekerja, keadilan sosial. Tetapi buku yang kedua itu tenggelam sedikit kerana dibicara lebih banyak tentang falsafah kehidupan, keadilan sosial dan sebagainya, yang tidak banyak kaitan dengan kerjanya, ekonomi secara khusus.

 

  1. Tapi pada pandangan saya, tentulah ketimbangan. Saya tidak mengusulkan bahawa Adam Smith itu menjadi suatu kekuatan induk, tetapi saya hendak bicarakan tentang fahaman yang lazim diterima oleh semua kita yang terdidik, sama ada di Barat atau di sini semuanya fasih dengan Adam Smith.

 

  1. Tatkala ada satu wacana khas di Bilbao, Sepanyol, 10–15 tahun yang lalu, Amartya Sen, saya tahu sebagai pakar ekonomi yang agak lebih bicara tentang social dimension, justice. Kami bertiga, Amartya Sen, saya, dan Michel Camdessus, mantan ketua IMF yang agak kontroversial. Isteri kepada Amartya Sen itu profesor di Oxford. Dalam perbicaraan kami bertiga, dia mencelah bila kita kritik Adam Smith. Dia kata, dalam karya Adam Smith itu tidak kurang 14 atau 17 kali disebut istilah inequality. Jadi, orang yang paling kapitalistik sekalipun masih mengingatkan kita bahawa isu permasalahan, kesenjangan antara kaya dan miskin itu satu masalah besar.

 

  1. Tapi oleh kerana pandangan tentang keperluan modal itu begitu kukuh sebagai satu prasyarat pembangunan ekonomi, maka pandangan tentang kesenjangan di antara kaya-miskin (inequality) itu dengan sendirinya tenggelam.

 

  1. Apalagi kita sebagai orang Islam, fahaman tentang isu zakat, tentang Aal-Adl wal Ihsan, tentang bagaimana kehebatan Khulafa ar-Rasyidin atau kekuatan istimewa Umar Ibn Abd al-Aziz itu kerana keprihatinan dia. Damirnya itu tergetuk kalau lihat ada kesengsaraan hidup rakyat. Itu yang terkenal atau masyhur dua tahun tiga bulan dia jaga, dia dapat selesaikan masalah kemiskinan tegar seluruh wilayah.

 

  1. Masa itu, wilayah Islam itu Mekah, Madinah, Dunia Arab, sehingga Azerbaijan. Bayangkanlah. Itu kerana tatakelola yang baik. Betul, kalau kita dengar kadang-kadang kuliah-kuliah ini, tentang hebatnya Umar Abd Aziz, dia kena baca Al-Quran tiap malam, tahajjud tiap malam, menangis baca Al-Quran. Betul. Tetapi dalam penilaian tentang negara, menyusun dan mentadbir negara, yang menentukan itu adalah dasar dia. Dan dasarnya termasuklah soal yang saya rangkul sebagai tatakelola.

 

  1. Yang pertama dilakukan ialah inventory: apa yang diperolehi di khazanah negara, berapa banyak emas, berlian, harta, gandum yang ada. Dan tentunyalah bendaharanya akan mengatakan apa yang khalifah perlukan, ini semuanya khazanah milik khalifah. Situ dia jelaskan: “Ini milik negara, gaji dan upahku milik aku.” Categorisation yang sangat jelas dari awal.

 

 

  1. Jadi kalau dia tidak cukup untuk belanja perkahwinan anak-anak dia, dia kena pinjam dan dia kena bayar balik. Jadi, kehebatan dia itu menyebabkan selesai masalah kemiskinan tegar. Ini yang mempengaruhi saya, walaupun kita mengambil masa lebih sedikit panjang, kerana sistem itu tidak sama sepertimana dalam zaman kegemilangan Islam, dan Perdana Menteri itu jauh lebih rendah dari martabat Umar Abdul Aziz. Dan sebab itu ada keterbatasan dia.

 

  1. Ini yang saya sebut kerangka. Beberapa tahun yang lalu, sepuluh tahun yang lalu, kita dihebahkan dengan karya Thomas Piketty’s – Seolah-olah satu kejutan bahawa dunia ini terlalu banyak tekanan kapitalisme. Ini akibat daripada keresahan rakyat termasuk di Amerika Syarikat pada ketika itu. Sebelum itu, banyak karya-karya lain, John Rhodes, John Kenneth Galbraith. John Kenneth Galbraith itu banyak menekankan tentang pertimbangan kemiskinan, kesenjangan, ketidakadilan dalam sistem dan kemudian Joseph Stiglitz, dia yang popularkan the 1% or 10% control, the 90% golongan kaya, dia menentukan bukan saja sistem ekonomi, undang-undang yang dilakukan, pentadbiran negara, itu dipengaruhi oleh golongan, itu maknanya unbridled capitalism. Kapitalisme yang tidak terkawal.

 

  1. Sebab itu dalam rangka ekonomi negara yang saya tekankan ini, bukan kuliah ekonomi tetapi mengingatkan kita bahawa dalam merangka, tatakelola itu sangat penting dan tatakelola itu mesti terkait dengan pola pemikiran kita tentang apa dia pembangunan ini.

 

  1. Pembangunan manusia seutuhnya yang ditetapkan juga oleh nilai, bukan materialisme, bukan modal, nilai. Jadi keputusan-keputusan kita mestilah sesuai. Baik, kita bayangkan belanjawan baru-baru ini. Mengapa kita boleh berikan lebih kepada rakyat? tanpa mengenakan cukai lebih, baik untuk penjawat awam ataupun anak-anak di universiti yang di kategori yang pertama yang paling miskin, kemudian kesihatan lebih baik, SARA dan STR dan sebagainya. Maka ada aneh.

 

  1. Kalau nak berikan yang lebih kepada rakyat, dia harus hasil yang lebih, makna cukai. Tapi ini juga mengingatkan saya, tentang prinsip yang saya yakini begitu lama iaitu, sebelum kita fikir soal cukai, kita fikir soal kerja kita, pelaksanaan kita dan sistem yang kita warisi yang sekarang ini kita tadbir. Apakah sistem itu cekap? Apakah kita dapat kawal ketirisan? Apakah kita kawal rasuah? Atau penyeludupan? Jadi sebelum kita fikirkan soal cukai kadang-kadang membebankan rakyat, kita harus betulkan dulu kesilapan-kesilapan dalam pentadbiran kita.

 

  1. Sebab itu bagi saya, dari awal bulan pertama saya diamanahkan untuk mengetuai pentadbiran ini, saya bicara soal tatakelola, memang saya faham ada yang paling tidak senang. Mana mungkin orang yang rasuahnya berbilion ringgit senang dengan kita lancarkan tegas anti rasuah atau orang yang terlibat dalam sindiket penyeludupan, senang dengan itu? tidak. Ataupun yang kaya hidup dengan subsidi akibat daripada price control ayam dan telur, dia tidak akan senang. Tapi kita harus memikirkan, jangan disebut itu dan outside the box

 

  1. Kalau tidak kita hanya terus begitu saja the same system, Perdana Menteri sila berganti, KSN sila berganti, KPPA pun sila berganti tapi kaedahnya lebih kurang sama. Sekarang, Alhamdulillah ada banyak perubahan dalamnya.

 

  1. Tapi, saudara-saudara faham ya. Sebab itu dua tahun, 2023 saya tekan panggil badan-badan penguatkuasaan tapi tidak begitu berhasil, 2024 nampak ada kencang sedikit badan penguatkuasaan, 2025. Bayangkan dua tahun kita dapat selamatkan RM15.5 bilion ringgit. Aneh. Dari mana RM15 bilion? dari penyeludupan, dari ketirisan, dari rasuah.

 

  1. Jadi saya ucap tahniah kepada badan-badan penguatkuasaan, SPRM, LHDN dan semua yang lain, polis dan sebagainya yang saya tahu puluhan tahun lalu ada sindiket yang mengawal di pelabuhan, tapi tidak terlawan kita kerana begitu lama dan tentunya sindiket ini tidak boleh hidup kalau tidak ada kaitan dia dengan badan-badan penguatkuasa, pembesar-pembesar dan mungkin menteri dan Perdana Menteri. Jadi kita tanya diri kita, solat lima kali sehari, berdoa kepada Allah SWT, berdoa dan jangan zalim, jangan menindas, tapi kita izinkan perkara ini semua. Simpan janggut, kadang-kadang semualah.

 

  1. Jadi, bagi saya sebab itu saya cuba sedaya upaya dan perkara ini bukan mudah, ada risikonya, ada bantahannya seperti di mana saya selalu sebut, kalau nak tunggu di parlimen, termasuk pembangkang, hendak sokong usaha pembanteran rasuah, penyeludupan tidak ada yang dengar kalau ada isu rasuah itu hanya isu personal, politik. Ini masalah kita. Jadi saudara-saudara di kalangan penjawat awam, jangan harap lah orang lain. Kita, ابدأ بنفسك (Ibdā’ binafsik). Betul-betul Al-Quran precise يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا (Yā ayyuhalladzīna āmanū, quu anfusakum wa ahlīkum nārā.) Ini mesti ada tekad daripada diri ini dari the dictates and the habits of the heart, mesti dari pancaran, keyakinan ḍamīr (ضمير) hati nurani kita.

 

  1. Kita mahu peroleh pendapatan yang halal, jalankan kerja sebaik mungkin, kita ada setahun lagi, dua tahun lagi, lima tahun lagi, khidmatlah dengan sebaiknya, bayangkan dua tahun kita selamatkan RM15 bilion, katalah lima bilion satu tahun, dua tahun lima belas bilion terlalu tinggi. Maknanya kita dalam 20 tahun RM100 bilion, itu yang dapat dikesan, bayangkan tidak dikesan. Jadi kalau RM100 bilion dalam 10 tahun yang kita dapat ini, bayangkan universiti kita, pendidikan anak-anak kita, klinik desa dan sekolah anak-anak kita, kemudahan kesihatan untuk ibu bapa kita, anak-anak OKU. Bayangkan, begitu banyak kemudahan dan kemungkinan naik martabat negara kita sebagai negara yang betul kuat dan hebat.

 

  1. Saya bukan nak menafikan semua jasa dan khidmat terdahulu, tapi saya nak tekankan ini kenyataan. Bayangkan, saya bagi contoh, ayam, berapa satu tahun kita biaya yang price support1 billion. RM1.1. bilion itu universiti besar. Baik, kita ambil tindakan berani lalu Kementerian Pertanian, kita kena jalan juga ambil risiko kalau mereka main dengan kartel ini main, kita import ayam daripada Thailand cepat-cepat simpan di bilik sejuk, kalau dia naikkan kita longgokkan, you see this plan maknanya pegawai-pegawai kita itu, kalau dia ada backing dan commitment, dia boleh lakukan. Jadi, sejak dua tahun yang lalu, kita serah pengabungan ayam dan kita save RM1.1 bilion ringgit.

 

  1. Saving itulah yang kita boleh tambah gaji penjawat awam, STR, i-SARA, macam hebat je banyak duit. Daripada mana? Daripada menyelamatkan wang negara. Kalau tidak, bagi kepada 5 atau 6 syarikat besar kartel. Sama macam elektrik. Elektrik itu, saya kena hempuk setengah mati, tapi Alhamdulillah. Sebab itu saya selalu bagi tahu yakin percaya bahawa Allah uji dengan 10 tahun kena terajang, kena hempuk, penjara diaibkan itu, ada juga pengajaran hikmahnya. Jadi kita lebih tegas, tegap sikit kerana dia mengambil masa menerangkan.

 

  1. Walaupun kita tekankan, tarif elektrik tidak membebankan 85%, kalau di sini, tak ada yang terkesan, tapi semuanya marah, pekebun kecil… sehinggakan dalam pilihan raya negeri, itu isu terbesar dan parah kita. Banyak kawasan-kawasan yang kalah. Sekarang ternyata berapa saving? RM5 bilion, RM6 bilion daripada elektrik.

 

  1. Ini cadangan RON95. Memang cadangan awal, lain. Jadi kalau orang yang tak berapa setuju saya fahamlah. Cadangan awal, naik harga kemudian bagi Pangkalan Data Utama (PADU). Saya kata, kalau tak belajar daripada pengalaman elektrik itu, tak cerdiklah. Orang tak boleh terima kenaikan harga dalam keadaan gaji tak naik tinggi. Dalam keadaan harga barang makin terkesan, geopolitik dunia yang tidak menentu yang menyebabkan harga import kita meningkat. Alhamdulillah, Ringgit kita menguat. Kalau Ringgit kita jatuh lagi parah.

 

  1. Jadi sebab itu, bincang, kita pilih RON95 ini lebih baik kita turunkan harga. Sebab itu pun motto kempen saya lama – “Naik menang hari ini, minyak turun”. Yang itu yang aku kena balun sekarang (nada seloroh). Jadi Alhamdulillah sudah turun. Bila turun, kita beda dengan warga asing.

 

  1. Jadi kalau unjuran kita, kita boleh saving daripada subsidi ini RM8 bilion, tak dapat sebab kita turun harga untuk semua rakyat. Tapi kita kenakan bagi warga asing dan kenderaan asing. Estimate di kalangan, di antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion. Tak apalah, kita masih save RM3 bilion, tetapi tidak membebankan rakyat. Cuma dia kata ‘beban, apalah negara ini menyusahkan, kena bawa IC’… Allah! Bawa IC pun, apalah, nak menikah pun bawa IC.
  2. Baik, tak apalah, tapi sekurang-kurangnya saya percaya, saya yakin kalau difahami, dia berhenti, kita boleh saving. Jadi, sementara perlaksanaan itu penting tapi kita juga fikir, kita dengar. Maknanya, mengapa saya adjust sini? Kerana saya dengar, saya belajar daripada pengalaman itu, pendekatan tentang elektrik umpamanya.

 

  1. Jadi, pimpinan ini di semua peringkat mesti juga dengar dan respon. Saya yakin dengan beberapa tindakan tapi saya ubah suai sedikit. Kerana akhirnya kita dapat selamatkan dari subsidi sudah banyak dan dari rampasan penyeludupan dan rasuah ini juga banyak.

 

  1. Jadi saudara-saudari, saya manfaatkan majlis pada pagi ini untuk mengingat saudara, kita bekerja ini dengan satu tekad. Ada saudara-saudara ada pengalaman 10, 20, 30 tahun. Jadi baki-baki tahun, berilah yang sebaik mungkin. Kerana apa yang saudara lakukan itu akan menentukan nasib negara kita dan masa depan kita. Dan kita juga kena terima, Alhamdulillah kita buat sebaiknya, tapi kita juga tahu yang kita sebut ‘sebaiknya’ sekarang ini tidak cukup cemerlang, jadi mesti cari kaedah jalan.

 

 

  1. Sepertimana saya sebut tadi, pada penguatkuasaan, bukanlah saya nak puji berlebihan, tapi kenyataan. Bukan mereka tidak lakukan dulu, tapi kalau tanya dia, dia kata kerana dia pun belum pasti apakah tekad politik itu ada. Apakah pimpinan akan pertahankan mereka? Kadang-kadang akan mencecah VIP itu, dia nanti kena. Dan kita lihat banyak negara begitu. Tapi bila saya jelaskan, ada bukti, jangan ada penganiayaan, jalan dan jalan tegas, keras, segera. Dan saya akan pertaruhkan segalanya untuk pertahankan mereka dalam menjalankan tugas menyelamatkan negara ini.

 

  1. Kalau begitu, you sudah lihat dalam dua tahun, memuncak. Tetapi saudara-saudara dalam badan penguatkuasaan mahu tahu, ia bermakna saya sendiri mesti mengepalai dan bagi tahu my full undivided support dalam tindakan mereka dan kita hargai tindakan ini. Hasilnya jelas, tetapi penguatkuasa tidak cukup. Sebab itu saya ambil contoh ini sebagai suatu yang agak istimewa dalam bentuk tindakan.

 

  1. Tapi saya nak mengajak rakan-rakan semua dengan penjawat awam seluruh negara untuk melihat ini. Masih ada masalah, masih. Hari-hari kalau anda berita orang kena tangkap pasal rasuah. Negara apa begini? Tekan begitu kuat, tindakan tegas, masih maknanya ada sikit-sikit lagi kelemahan. Jadi jangan harap kepada SPRM atau pada badan penguasaan. Sebab itu saya bebankan tanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan. Kalau ketua-ketua jabatan tahu dan menjadi pelindung, kita tak boleh pertahankan ketua jabatan itu. Sebab itu, pertanggungjawaban dan itu harus ada.

 

  1. Kita hafal semua, “Kullukum ra’in wa kullukum ma’su’ulun ‘an ra’iyyatihi”, saya tak tahu maknanya apa. Kerana bila laksanakan, kita tak laksanakan. Padahal Islam itu, istajibu lillahi wa lir-rasul, iza da’akum lima yuhyikum, itu penghayatannya, pelaksanaan kata-kata. Mudah-mudahan, sudah faham perkara ini.

 

  1. Sama macam buli, ini baru saya umum hari Jumaat, umum pasal buli. Memang keputusan dah dibuat, menteri dah sebut. Rogol lagi kat sekolah. Sampai setiap majlis saya di Tambun hari Sabtu jumpa ada dua program di sekolah, itu saya tekankan masalah buli. Pendidikan knowledge, not values, not moral and ethical principles. So ada flaw. Bukan salah guru saja, ibu bapa, sistem.

 

  1. Jadi, mudah-mudahan lah. Kita ada tekad, lakukanlah sebaiknya untuk kita, untuk keluarga kita, untuk masyarakat kita, untuk negara kita. Semoga Allah SWT memelihara kita semua dan memberkati usaha-usaha kita semua.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.