TEKS VERBATIM : SIDANG MEDIA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47 OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
TEKS VERBATIM
SIDANG MEDIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47
OLEH
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, kita dapat selesai dan jayakan sidang penuh kemuncak ketua-ketua negara ASEAN. Dua tiga hari ini, puluhan mesyuarat dan perjumpaan dari pagi sampai malam.
Kita dapat pertemukan, bawa ke sini tokoh-tokoh besar negara-negara luar dari seluruh benua Presiden Donald Trump (Amerika Syarikat), Premier Li Qiang (China), kemudian Brazil mewakili Latin America, Afrika Selatan mewakili Afrika, dan Eropah.
Jadi, Alhamdulillah. Tapi saya gunakan kesempatan tadi untuk ucapkan terima kasih dan penghargaan.
Berapa orang bekerja? Puluhan ribu. Seperti yang saya katakan, dari lapangan terbang sampai ke pasukan keselamatan, imigresen, kastam, semuanya. Dan tentunya yang besarnya, Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), yang tentunya Ketua Setiausaha Negara serta seluruh jentera kerajaan.
Jadi, bila bab itu, memang saya terharu sedikit. Politik satu bab, tetapi ini menunjukkan bagaimana rakyat keseluruhannya kerja bertungkus-lumus. Pagi, petang, malam, tak kira waktu. Sepertimana kata saya sebut tadi, servis kerana cinta kepada negara Malaysia. Baik.
Jadi, ini menunjukkan Malaysia ini mempertahankan sikap yang sederhana dan centrality, maknanya dia boleh berhubung dan berkawan dengan semua.
Ada orang kata “Oh, mengapa kita memihak kepada negara China?” Ya, tapi kita jemput dan baik dengan Amerika Syarikat. “Mengapa terlalu sambut Amerika Syarikat?” Tapi kita baik dengan Brazil dan Afrika Selatan yang tidak disenangi oleh sesetengah negara Barat.
“Mengapa kita dengan EU, Eropah?” Kerana perdagangan, pelaburan negara-negara itu penting. Jadi bagi saya, keputusan yang kita buat itu keputusan yang menjaga imej negara, menjaga kepentingan negara, ekonominya, pelaburannya, dan yang lebih penting memanfaat kepada rakyatnya.
Bila kita baik dengan negara, mereka berdagang, datang ke sini sebagai pelancong, sebagai pedagang, sebagai pelabur memanfaat.
Jadi, itu sebabnya mengapa kita teruskan dengan sidang-sidang ini. Dan yang lain itu termasuk, umpamanya wakil daripada International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia, Macroeconomic Research Office (AMRO), East Asia Business Council (EABC) dan beberapa badan-badan penyelidikan dunia yang terkenal.
Suatu perkembangan yang sangat menarik ialahkemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN, yang sangat sentimental dan emosional bagi mereka kerana Timor-Leste ini sebahagian daripada Indonesia. Dulunya mereka di bawah penjajah Portugal, kemudian bila merdeka, bersama dengan Indonesia. Kemudian ada beberapa masalah dalaman, mereka keluar dan merdeka sejak 1999.
Sejak 1999, mereka bergelut nak menjadi sebahagian daripada ASEAN. Apakah mereka sudah sebahagian? Ya. Daripada asal ASEAN ditubuhkan, mereka itu sebahagian daripada ASEAN. Tapi bila dia keluar daripada negara sendiri, dia terpaksa gunakan proses semula terutama sebagai negara itu relatif miskin.
Saya sebagai Pengerusi ASEAN, saya tak kira sama ada kedudukan negara miskin. Kita berkawan bukan kerana negara itu kaya, kita berkawan kerana menghormati negara dan maruah rakyatnya.
Sama seperti kita dalam persahabatan kita, ada keluarga kita miskin, ada keluarga kita agak senang, takkan kita pilih yang kaya sahaja. Begitu juga dalam hubungan antara negara.
Sebab itu, rakan-rakan kita terutama di Kementerian Luar Negeri, bertungkus-lumus sepanjang tahun ini cari jalan dan helah bagaimana dapat keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dan Alhamdulillah, tempat sejarah kerana dengan kemasukan mereka.
Ada yang bertanya penyelesaian Myanmar. Myanmar kita tidak berganjak daripada keputusan kita tentang Konsensus Lima Perkara. Ada syarat. Kemudian kita bincang, kita akui, kerana saya bertemu dengan Min Aung Hlaing, masa itu Senior General dan Perdana Menteri, dua kali di Bangkok dan di Beijing.
Kemudian Menteri Luar dengan beberapa rakan sejawat bertemu dengan pemimpin-pemimpin Myanmar di Myanmar. Ini menunjukkan kesediaan kita mengadakan hubungan baik tetapi tidak berganjak dari syarat.
Apa faedahnya? Sejak setahun yang lalu, setelah kita campur tangan dan berunding dengan mereka, mereka hentikan serangan. Ada satu dua peristiwa, tetapi tidak seperti mana yang kita dengar dua tiga tahun yang lalu. Kampung dihancurkan, pembunuhan berlaku, pelarian ratusan ribu… tetapi ini tidak. Masih berlaku, masih kita kesalkan, tetapi jauh lebih kurang daripada apa yang pernah berlaku. Sebab itu, hubungan diteruskan tetapi belum lagi diiktiraf. Kita masih terikat dengan Konsensus Lima Perkara.
Baik. Kita kemudian ada apa yang disebut beberapa perjanjian persefahaman perniagaan dengan Amerika Syarikat, yang mengundang banyak juga teguran dan kritikan.
Sebahagiannya baca, sebahagiannya mengangguk tanpa memahami. Yang bincang dengan Presiden Amerika itu pasukan dia, tetapi yang bincang hati ke hati, empat mata itu saya dengan Presiden Trump.
Dan jangan lupa, kita boleh menjerit di sini, tapi orang mati di Gaza dibunuh, dibom. Caranya bagaimana? Maki Israel, sudah. Marah kat Amerika, sudah. Tapi ini kesempatan kita berjumpa sendiri. Sekarang ini, sekurang-kurangnya dengan campur tangan Amerika, dihentikan serangan dan dilarang penaklukan Tebing Barat. Apakah berhasil sepenuhnya? Tidak. Tetapi sekurang-kurangnya dihentikan serangan, pembunuhan. Orang dibunuh, kita asyik politik kita. Nak cari cheap political stunt. Itu saya tidak puas hati sama sekali. Siapa kata kita menyerah? Nak cari tegas seperti kita, siapa yang berani berucap depan Presiden Donald Trump? Tiap kali jumpa dia, Gaza, terima kasih atas penyelesaian awal, tapi bagi penyelesaian sepenuhnya. Bagi penghormatan kepada rakyat. Jangan ada lagi perkara ini berlaku. Pastikan tidak lagi kecurangan dilakukan. Itu kita lakukan kerana apa? Saya Perdana Menteri Malaysia!
Ini kadang-kadang orang, ya dia kesampingkan pandangan sedemikian. Saudara, dalam mobil yang disebut The Beast itu, huh! Berat betul kereta tu. Duduk dalam kereta dia, (macam) duduk dalam istana. Tapi saya tidak terpukau. Oh, aku hebat duduk sebelah, tak.
Saya kata, “terima kasih beri ruang, terima kasih kerana datang ke Malaysia, terima kasih kerana selesaikan. Tetapi, saya bagi pandangan-pandangan.”
Tapi inilah hubungan diplomasi ini, tidak semua nak kena jerit di luar. Yang penting, saudara ada mewakilkan kepada saya jadi jurucakap, dan saya bercakap untuk pertahankan kepentingan rakyat Palestin dan Gaza.
Kemudian dalam sidang, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz ada yang bilateral Malaysia–United States. Kita ucap terima kasih dan kita minta biarlah komprehensif. Yang 20 point itu, tidak cukup komprehensif, kerana tak sebut tentang negara Palestin, tak sebut tentang Tebing Barat secara teliti. Kemudian sekarang dia sebut “Jangan serang! Jangan takluki Tebing Barat”. Kita sebut. Kemudian ASEAN–United States, depan semua ketua, kepala Negara ASEAN, Tuanku Sultan Brunei, Ketua-Ketua Presiden, Perdana Menteri semua, saya tegaskan lagi. Saya kata, “Terima kasih Tuan Presiden”, dia duduk sebelah saya. Nak tunjuk berani sangat, suruh yang bising dekat kampung Sabak Bernam kah manakah (nada berseloroh). Tak, bukanlah saya gurau… tapi tak payah sokong saya. Tetapi bila kenyataan ini kita lakukan, bagilah sokongan pada pendirian Malaysia.
Malaysia bernasib baik, Alhamdulillah, kita Pengerusi ASEAN, Trump sebelah saya. Saya kata, “Thank you Mr. President,” soal Gaza ini sekurang-kurangnya ada, tapi ingat, kita selalu sebut komprehensif. Komprehensif maknanya penyelesaian menyeluruh. Menyeluruh ini maknanya menghormati hak rakyat Palestin termasuk negara dia. Siapa yang sebut? Malaysia! Di depan siapa? Di depan Donald Trump! Nah, ini saya nak… jadi, ini yang dilakukan.
Baik, ada masalah perjanjian perdagangan yang dirundingkan oleh pasukan perdagangan kita, yang banyak dikepalai oleh Tengku Zafrul dan sebahagian dari segi kewangan mungkin Datuk Seri Amir Hamzah bin Tun Dato’ Seri Azizan, Menteri Kewangan II. Tapi kebanyakannya itu dikendali oleh MITI. Mereka mahu bicara soal rare earth, nadir bumi. Mereka mahu bicara soal semikonduktor, chips, jaga soal maritim. Ya, kita bersetuju. Apa yang ada, bagi. Tapi apakah itu akan menghalang kita dengan negara China? Tak ada. Apakah menghalang kita ada hubungan dengan negara lain? Tidak.
Jadi, sementara kita berunding, bukan menyerah. Kalau saya lihat, saya tengok sekarang ni, ya, Parti Pembangkang, tak apalah kerja dia bangkang, tapi dalam hal ini saudara, semua negara lakukan. Macam kata, “Oh, pasal apa jemput Donald Trump, patut jangan jemput. Dia ini dilaknat Allah, dan siapa yang menyokong dia itu sama ah dilaknat.” Ini apa benda politik? Inilah negara kita jadi bahan. Ada sesetengah tu orang ustaz, belajar agama. Tanyalah dulu, “Oh, Anwar pegang, bercium pipi isteri Marcos.” Betul dia pegang saya. Saya buat begini, dia ambil gambar. Dia nampak macam… tak adalah sentuh pun. Aduhai, aku pun… tak apalah. Tak ada sungguh. Tengok kalau ambil gambar belah kanan, ambil lagi… Ini kalau, bagaimana orang agama boleh begitu, tak tahu fakta, terus hukum munafik, ini maksiat. Tak boleh saudara macam tu.
Ini kita, Malaysia jadi tumpuan dunia. Seluruh dunia perhati Malaysia, bagaimana kita boleh handle Trump, esoknya dengan Li Qiang, hari ini sign dengan Trump, esok sign dengan Li Qiang.
Kemudian sepakat negara ASEAN bawa Brazil. Brazil itu perang, musuh betul dengan Donald Trump. Kita panggil dia. Selatan Afrika, Ramaphosa, disergah oleh Trump masa pertemuan, kita panggil dia.
Saya kena terang, masa itu dunia bagi perhatian ada dua, tiga ni memang dengki, hasad dengki dengan kita. Bukan soal saya. Ini yang kawan-kawan saya kerja lagi bertungkus-lumus untuk menjayakan ini.
Jadi saudara kena harap. Saya syukur. Saya anak Malaysia. Saya bangga kerana Malaysia harum namanya sekarang.
Sebab itu kita sign kemudian ya, ASEAN–China Free Trade Agreement 3.0 Upgrade. Yang pertama ASEAN dengan yang upgrade ini, pertama. Kalau kita takut dengan negara Amerika Syarikat, mana mungkin kita sign dengan China sehari selepas Presiden Trump pulang. Tak mungkin.
Namun ini saya kata kebijaksanaan diplomasi. Bukan saya, tapi dengan rakan-rakan semua. Baik, yang lain… ya, kita ikutilah yang lain. Baik, terima kasih banyak.
Soalan 1 – Astro AWANI
YAB Dato’ Seri, banyak perkara positif. Tahniah saya ucapkan tetapi masih saya nak menyentuh tentang ASEAN yang mana Dato’ Seri sebutkan progres itu secara gradual tetapi selepas 5 tahun kegagalan untuk melaksanakan Five-Point Consensus (5PC) secara keseluruhan. Jadi apakah benchmark untuk ASEAN next untuk melihat tentang penyelesaian isu Myanmar ini? Kita dah habis YAB Dato’ Seri, kita nak bagi pada Filipina pula.
Jawapan YAB PM:
Baru 5 tahun ya. Baru 5 tahun. Gaza, 70 tahun. Kita berupaya macam dalam doa kita lah. In urīdu illā al-iṣlāḥa mā istaṭaʿtu. Kita berusaha sedaya upaya. Bawa kebaikan dan perubahan. Sedaya upaya. Apa dia upaya kita yang pertama? Hentikan serangan. Sama ada kepada Buddhist di Karen atau Muslim Rakhine yang Rohingya. Dan bagi saya, walaupun tidak sepenuhnya, itu kejayaan sangat besar permulaannya.
Sekarang kita kena teruskan. Jadi bagi saya, betul dia agak rumit, dia sukar kerana dia melibatkan perundangan, dia melibatkan pengiktirafan hak warganegara, itu masih. Tapi bagi saya, Tapi yang saya beritahu kepada Senior General Perdana Menteri Min Aung Hlaing, kita tak boleh terima serangan, pembunuhan kampung rakyat yang tidak dosa.
Jadi ada permulaan yang baik, walaupun saya setuju dan saya mengaku, masih banyak yang harus dikerjakan. Baik. Terima kasih.
Soalan 2 – Nikkei
How do you look at the overall – what have you achieved and also not achieved throughout your chairmanship of ASEAN? And also, another part about what’s your comment about criticisms that ASEAN is still being toothless after all these years?
Jawapan YAB PM:
Well, firstly, I don’t think you should assess or evaluate based on my Chairmanship. You see, I inherit an organization, they have done remarkably well in some areas. We’re not starting this year. What is very critical to my mind in any regional body to secure peace and you know, now ASEAN is considered to be one of the most peaceful regions in the world.
Second, focusing the economic fundamentals and in terms of investment, trade and economic growth, it is one of the fastest growing economy in the world. That’s why the whole world is looking at us. That’s where the whole world represents the whole continent is here because it is peaceful. It has enormous potential to propel economic growth.
Now, have we achieved everything? No, certainly not. But if you can see, for example in terms of the focus on the power grid, that’s new. We achieved this year on connectivity, on refocusing from just geopolitical understanding in terms of diplomatic efforts to ensure there is peace to intra-ASEAN Trade Investments, which is now the focus. And then using ASEAN to expand our linkages and collaboration with other continents. European Union (EU), Free Trade Agreement (FTA) is not proceeding in a faster pace because of our position to push ahead on these FTAs with China, traditionally with the United States, but now with Latin America and Africa.
Why must we talk about globalization, we talk about multilateralism? Why must we ignore Africa and Latin America? People may choose to ignore. Some countries may not like Brazil or South Africa. Nothing to do with us. We consider them great friends. And it’s true both President Luiz Inácio Lula da Silva and Matamela Cyril Ramaphosa are my friends. But since they are given that task and they believe strongly that they should engage and enhance this collaboration, including trade and investments. So, I see that as something very positive. Although as I’ve said this has to continue is some immediate return, some medium term, some long term.
Soalan 3 – The Economist
I just wanted to ask you about the East Asia Summit yesterday. I understand that there will be no joint statement from the East Asia Summit because there could be no consensus reached and that the United States blocked that joint statement.
I just wondered if you could talk to us a little bit about Malaysia’s efforts to try and bridge the differences between Russia, the United States, and China, and why that joint statement didn’t come out. Thank you.
Jawapan YAB PM:
Notwithstanding what you have said, this is one forum where Russia was present, Myanmar was present, the United States, China, and all the relevant stakeholders.
You don’t have a regional meeting with their presence. Some meetings Myanmar comes in, European gets out. Some meetings, if Russia comes in, the others will not participate.
But in the ASEAN-sponsored East Asia Summit, at least there’s preparedness to engage and listen. They may agree, they may disagree but that’s a position taken. And the consensus within ASEAN is to ensure that there’s engagement. We should not stop engaging.
And then secondly, peace is to us critical. So if you see there are issues, for example, there was no clarity in terms of the South China Sea for example, the issue — I disagree, because we all agree, ASEAN countries say – based on the Code of Conduct.
Premier Li Qiang responded to say, yes, we should facilitate and accelerate the process and agreement on the Code of Conduct. ASEAN and all the relevant parties all agreed that this region should not be an area of contestation of superpowers.
Their presence is accepted. We work with some maritime arrangements with the Americans, and there are traditional military exercises with Australia, New Zealand, Malaysia, Singapore. We have increased activity with maritime collaboration with China. That’s how it should work, to my mind.
But we Malaysia, at least our maritime borders will never allow the presence of any foreign military force. They will be deemed to be provocative against the rest, because it is inconsistent with our policy of centrality of engaging with all. Do I answer your question? It’s clear? Thank you.
Soalan 4 – CNA
I wonder if you can share with us what you and President Trump talked about during your ride from the tarmac to KLCC.
And did he promise us anything on semiconductors, the tariffs, or sectoral tariffs — anything on that?
Jawapan YAB PM:
Well, I would say that well, I did, on a lighter note, mention to him because when he invited me, I said, you know, because the security and protocol guys didn’t seem to look happy.
Then he said, “You don’t get Prime Minister Anwar in?”
So I went in, and then of course I needed to know about the car so that was a few minutes. But of course, I made full use of the opportunity to engage. And to President Trump’s credit, he is also a good listener. In this private engagement, he gave some views, I politely disagreed on some issues.
He wanted to know, of course, about relations with our neighbours, particularly with China, and why I invited Brazil and South Africa, and I engaged.
On the tariffs, of course I said 19% is still high for us. But then he has now imposed zero tariff on our major facilities, including our major export, semiconductors for now. I, of course, thanked him for that.
Then I spent some time discussing Gaza. He knew about, you know, even my meeting with past Hamas leaders, and I explained to him why I was in Doha. I know one or two of them. I decided to meet them and strongly urged them to support the peace initiative by the Arab neighbours, OIC. That was it. Subsequently, one of them was killed in this Israeli attack in Iran. And I said, whilst I do support, and I think no one can dispute the fact that he was quite determined to ensure that peace in Gaza, stop continued killings.
But I said, you know, if you talk about lasting peace, a durable peace, then must be comprehensive. But of course, he answered that this is the first phase.
“We are working on it,” he said. “Do I know Steve Witkoff?” I said, I met him. Then he (said), “We are taking it very seriously. He must not fail.” So I think I was in a fortunate position because firstly, he allowed me to have that four eyes with him, in private, in confidence.
And I must confess that he listened very attentively to our views and some, you know, contrary to some of his earlier assertions. So, well, people expect me to work. What do you expect me to do?
I think I did my best to present the voice of conscience, what Malaysians want us to do. Now, if there’s no opportunity, had he not been here, there would not be an opportunity. But at least there was a voice that he had to listen.
And we repeated that, of course in the formal session, the bilateral between Malaysia and the United States with President Donald Trump. And within ASEAN, naturally, I’ve got to be more guarded, right? I mean, these are diplomatic encounters like that.
I wouldn’t be as you know, I did spend… I mean, take it from me, sir, that I did my best to appeal to him to say that, “Look, the peace initiative must be comprehensive, must be durable, must be fair ultimately.”
And of course, there are many things he said in private which to me. enlightening and of course, I was happy to hear that. But then these are, private conversations between leaders, and you have to respect that.
(If) You start leaking phone calls like we did in the past, nobody want to talk to you, or you (were) leaking private conversations, it will not be done. So, I’m just informing things that I think it is something permissible.
Terima kasih banyak. Wassalamualaikum.
