VERBATIM: WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAN PERDANA MENTERI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS


 

PERTANYAAN :      WAKTU  PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

DARIPADA     :       TUAN SYAHREDZAN BIN JOHAN [ BANGI ]

 

TARIKH           :       2 DISEMBER 2025 (SELASA)

 

SOALAN

 

Minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah terkini hutang negara, serta prinsip Kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu dan perincikan strategi pembayaran hutang bagi menjamin hutang negara dan defisit fiskal terus berada pada trajektori menurun.

JAWAPAN

 

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Bangi dan ingin saya jelaskan perkembangan atau kenyataan angka terkini tapi langkah-langkah yang diambil itu harus juga difahami kerana kita telah perkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang dianggap penting yang diluluskan di mana kita tetapkan sasaran defisit negara ke 3% nisbah hutang 60% dalam jangka sederhana.

Kadar defisit memang ternyata seperti mana yang saya sebut dalam ucapan belanjawan telah menurun kepada 5% dalam tahun 2023, 4.1% tahun 2024 dan 3.8% tahun 2025, unjuran kita saksikan penurunan terus, kekeliruan yang juga telah saya jelaskan ialah tentang jumlah hutang baru dari RM100 bilion, 2021 sekarang ini sekitar 75 bilion kadar pengurangan itu.

Jadi, seperti mana kita lihat kenyataan defisiit yang ditanggung setakat ini adalah sehingga akhir Disember 2025 dan mengakibatkan jumlah hutang persekutuan 1.3 – 1.5 bilion. Tapi isu besar tanggungan hutang dan obligasi kita harus tunaikan. Apa dia hutangnya? Parasnya dan keupayaan kita ada umpamanya kapasiti kewangan kerajaan mestilah diteruskan secara berhemah kerana hutang statutory kerajaan itu 64% kepada KDNK ini masih di bawah statutory 65% begitu juga pinjaman luar persisir sekarang ini 22.4 bilion ringgit iaitu bawah daripada paras 35 yang ditetapkan bil perbendaharaan Malaysia juga tidak melebihi, kerana sekarang RM4 bilion, paras kita RM10 bilion.

Jadi hutang yang terbesar masih 1MDB yang diwarisi sejak 2018 itu keseluruhannya RM34 bilion termasuk komitmen faedah RM17 bilion jadi jumlah hutang 1MDB mencecah hampir RM50 bilion yang sudah dibayar oleh kerajaan hingga kini ialah RM42 bilion ini termasuk prinsipal dan faedah.

Tapi Alhamdulillah kerana kita juga dapat pulangan balik RM29 bilion yang telah dapat dibiayai kerana usaha semua jabatan. Jabatan Peguam Negara, Kewangan dan SPRM mendapat pulangan sebanyak RM29 bilion yang disebut tadi tetapi tanggungjawab kita tekanan hutang 1MDB masih sekitar RM13 bilion dan masih terdapat baki yang harus kita sempurnakan.

Langkah-langkah lain kita ambil ialah untuk meningkatkan pengawalan liabiliti fiskal dengan beberapa konsolidasi fiskal, penyasaran subsidi termasuk RON 95 yang Alhamdulillah telah mencatat kejayaan dan dapat sokongan yang baik yang satu hal lain ialah mengurangkan beban kerajaan melalui pelaksanaan prinsip user-pay Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030).

Terima kasih.

SOALAN 1 (TAMBAHAN 1): YB TUAN SYAHREDZAN BIN JOHAN [ BANGI ]

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang tuntas yang diberikan tadi.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya tengok ada pihak-pihak yang di luar sana yang kononnya mereka ni mengaku sebagai pakar ekonomi, pakar kewangan dan apa yang mereka sebut selalu half-truth tetapi diterima sebagai kebenaran. Mereka ni mendakwa bahawa paras hutang kerajaan telah melepasi had hutang statutori kerajaan iaitu 65% daripada KDNK. Tetapi sebenarnya, Yang Amat Berhormat Tambun, mereka sengaja menggunakan jumlah hutang luar negara iaitu RM1.4 trilion yang katanya telah melebihi had hutang ini.

Jadi soalan saya, Tan Sri Yang di-Pertua kepada Yang Amat Berhormat Tambun adalah — Apakah jumlah hutang luar negara ini berada di tahap yang membahayakan? Dan adakah terdapat satu mekanisme untuk mengawal tahap hutang luar negara ini?

Terima kasih.

JAWAPAN:

Tan Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih Bangi, yang angka ini sebenarnya diputarkan sebab itu statistics should not lie, tetapi ada keadaan di mana statistics can be manipulated to deceive. Jadi oleh itu saya nak tegaskan di sini, apa dia maksud statutory debt? Itu ada dalam undang-undang kita. Statutory debt jumlah keseluruhan pinjaman kita yang tidak melibatkan external debt yang kecil kita dan juga treasury bills. Jadi, ada angka penurunan kerana yang penting apa? Kita boleh turunkan segera. Tetapi bebannya kepada rakyat. Itu satu keputusan yang harus kita ambil. Sebab itu, daripada RM100 bilion hutang baru, kita turunkan kepada RM70 bilion. Kita boleh turunkan kepada RM20 bilion tahun depan. Kerajaan negeri janganlah ada minta peruntukan.

Jadi sebab itu, penurunan itu harus menunjukkan keupayaan kita meneruskan projek-projek asas yang wajib dilaksanakan, tebatan banjir, prasarana asas, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Jadi, saya tidak fikir hal ini harus mengelirukan kerana bila ada unjuran defisit kita kurang, ini bermakna tanggungan hutang itu juga akan berkurangan. Ya, umpamanya kalau jumlah tentang hutang sekarang. Itu juga perkurangan kerana kita membayar mengikut obligation pada masa yang ditetapkan. Dan unjuran kita 2027 – 2028, dia boleh plateau.

Dan kalau keadaan ini berikut, dapat diteruskan, konsisten oleh kerajaan, maka tekanan hutang kita akan menurun mulai akhir 2028 – 2029. Itu unjuran kita. Sebab itu langkah-langkah penurunan defisit itu mesti disegerakan.

SOALAN 1 – TAMBAHAN 2: YB DATO’ ROSOL BIN WAHID. [ HULU TERENGGANU ]

Terima Kasih Tan Sri Yang di-Pertua,

Kita dengar perjelasan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini, tanya di sini ialah Kerajaan masih terus berbelanja untuk projek-projek mega. Contohnya, pada 13 Oktober 2023, kos LRT Pulau Pinang RM10 bilion.

Kemudian meningkat menjadi RM13 bilion, kemudian akhirnya meningkat lagi pada 18 Ogos, Menteri mengumumkan RM17 bilion, yang mana saya rasa ini projek saya rasa tak perlu sangat berbanding dengan LRT sambungan 2 daripada Terengganu ke Kelantan.

Jadi, nilai RM17 bilion itu untuk satu projek mega, ini tak termasuk lagi projek yang dirancang untuk Kota Madani. Bukankah tindakan kerajaan ini berbelanja besar ini sesungguhnya tidak sangat diperlukan kerana dengan RM17 bilion tersebut sebenarnya boleh membina 340 buah sekolah di seluruh negara.

Jadi persoalannya kenapa projek-projek yang tidak begitu penting, yang tidak mustahak, masih lagi Kerajaan berbelanja dengan mewah memandangkan ada lagi projek lebih penting yang perlu diutamakan.

Terima kasih.

JAWAPAN:

Terima kasih, Hulu Terengganu. Ini contoh fakta itu dipusingkan. Saya beri contoh. Mengapa Pulau Pinang ada LRT? Mengapa tak disebut bahawa ECRL itu kos yang RM40 – RM50 billion yang memberi faedah kepada semua negeri termasuk Kelantan Terengganu Itu kos tinggi RM10 billion. Kita tak persoal kerana kita anggap projek itu dah dilaksanakan cuma bezanya Kerajaan sekarang dapat mengurangkan kos dan menentukan subkontrak itu kepada tempatan.

Pulau Pinang, 5 tahun ni tidak ada projek besar. LRT ini yang harus kena faham. Ini bukan development expenditure. Kena faham. Sebahagiannya itu perbelanjaan pembangunan, sebahagiannya itu melalui bon yang harus dibayar balik.

Baik, keduanya mengapa ditingkatkan daripada awal? Kerana saya cadangkan kalau diteruskan LRT, jangan hanya di pulau, fikirkan seberang, itu majoriti Melayu di situ dan pembangunan harus lebih meluas memberi faedah di Seberang Perai, Kedah dan Perlis dan Perak. Itu sebabnya ditingkatkan dan saya bertanggungjawab peningkatan itu kerana kita mahu faedah LRT itu menyeberang lautan sehingga ke seberang perai. Itu jawapan yang kita berikan.

Kemudian dikritik lagi Kota Madani. Kota Madani ini Putrajaya Holdings yang buat bukan Kerajaan, bukan dana Kerajaan. itu satu. Keduanya, yang nak marah sangat kepada pegawai kerajaan, mengapa? Kota Madani itu untuk 10,000 rumah pegawai kerajaan.10,000 rumah pejabat awam di sekitar Putrajaya kerana sekarang ini kita tak dapat menampung. Bukan kota mega, ini bukan Twin Tower. Ini kota cuma kota oleh kerana dia baru didirikan, dia mesti smart city. Friendly dari segi AI-nya dan indah. Apa salahnya? Tetapi RM10,000 itu penjawab awam. Saya nak dengar Hulu Tengganu pergi Putrajaya, beritahu penjawat awam saya tak setuju projek perumahan penjawat awam. Oh, itu saya sudah jawab. Hulu Terengganu ni dia tak dengar. Saya dah jawab kata Kota Madani 10,000 untuk pejabat awam. A modern smart city in Putrajaya.

SOALAN 1 TAMBAHAN 3: YB TUAN TAN KAR HING [GOPENG]

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu dalam negara menguruskan hutang itu adalah aspek penting untuk melihat kepada bayaran faedah tahunan hutang.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah strategi kerajaan bagi mengurangkan bayaran faedah tahunan hutang dalam tempoh 5 tahun yang akan datang dengan mengambil kira keadaan sekarang yang mana hutang terkini mencecah RM1.3 trillion dan kos hikmat hutang tahunan sebanyak RM55.7 bilion? 

Terima kasih.

JAWAPAN:

Terima kasih Gopeng. Hutang ini, hutang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat, itu tanggungan yang kita warisi. Hutang baru kita dah kurangkan. Tetapi hutang kena kita warisi, kalau kita tidak sempurnakan pembayaran itu, ia akan menjejaskan rating dan pelaburan dan sebagainya. Maka kita bayar.

Bagaimana boleh kurangkan? Ada beberapa langkah. Pertama, bayar ikut jadual. Kalau tidak, tambahan faedah. Keduanya, kalau boleh, bila keadaan ekonomi mengizinkan, keadaan kewangan mengizinkan, kita merunding untuk mereka katakan pre-payment. Ini pernah kita lakukan tahun 90-an. Itu kita buat pre-payment, kita dapat jimatkan.

Saya tidak fikir dalam keadaan 1-2 tahun ini, kita boleh runding soal pre-payment. Yang tanggungan hutang itu memang hutang. Makna obligation kena bayar. Jadi saya setuju dengan Gopeng. Kita boleh ambil langkah-langkah yang baik. Tetapi yang penting ialah untuk mengurangkan hutang baru, membayar ikut jadual obligation bayar hutang dan kemudian mengurus ekonomi berdasarkan akta tanggungjawab fiskal.