PEMERKASA atau nama penuhnya Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara . Ketika ini negara berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu ‘Revitalize’ atau Memperkasa ekonomi. Bagi memastikan perancangan ini tercapai, kerajaan telah mengenal pasti 5 Fokus Utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi,memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.
    Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA dengan nilai keseluruhan 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Teks Ucapan PEMERKASA

Share: