
Pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mac 2020. Majlis ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Fungsi-fungsi utama majlis ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti isu-isu semasa ekonomi dan memperakukan tindakan bagi memastikan ekonomi kekal mampan serta mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global;
2. Mengenal pasti isu dan masalah yang mengekang pertumbuhan ekonomi serta langkah-langkah penyelesaian untuk merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi;
3. Merangka pelan tindakan jangka pendek dan sederhana untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pelaburan asing dan tempatan serta memasti pembangunan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat; dan
4. Memastikan keputusan-keputusan EAC dilaksanakan dengan segera
Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM adalah sekretariat bersama bagi majlis ini.