
INISIATIF
Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Bantuan diberikan dalam bentuk tunai kepada penerima yang layak dan ditentukan melalui satu set kriteria yang telah diumumkan oleh kerajaan. Selain bantuan tunai, mereka yang menerima BSH juga layak untuk menyertai Skim Khairat Kematian yang diwujudkan di bawah BSH ini.
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Pembiayaan oleh BNM bagi membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah yang mempunyai pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM4,360 untuk membeli rumah pertama mereka yang berharga sehingga RM300,000.
Portal TEDUH adalah satu gerbang utama untuk mendapatkan data penawaran dan permintaan perumahan di seluruh negara melalui pengintegrasian semua data perumahan yang terdapat di Malaysia. Rekod- rekod yang terdapat dalam Portal TEDUH menjadi rujukan kepada pelawat portal untuk melihat projek-projek yang boleh dimohon berpandukan kepada maklumat projek yang ada di dalam Portal TEDUH.
Portal Harga Ikan memaparkan harga purata runcit ikan di beberapa tempat pilihan di seluruh Malaysia.
Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Pada tahun 2020, skim ini juga telah diperluas kepada individu berkategori M40 iaitu mereka yang mempunyai pendapatan kasar tahunan di bawah RM 100,000.00.
My100 dan My50 adalah pas yang menawarkan perjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selama 30 hari berturut-turut. Penumpang boleh melakukan perjalanan beberapa kali dalam sehari di mana-mana rangkaian Rapid KL atau bas, dengan tambang yang dikenakan pada bayaran sebanyak RM100 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had di LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT ; atau RM50 untuk 30 hari untuk perjalanan tanpa had hanya pada bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT, tetapi tidak termasuk BRT.
Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan jaringan sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa. Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah , Ketua Isi Rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Penurunan bayaran tol sebanyak 18% berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam pada 1 Februari 2020 (Sabtu) di semua lebuh raya kendalian PLUS, iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).
Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.
Portal PriceCatcher portal membolehkan pengguna untuk membandingkan harga barangan daripada pelbagai penjual di seluruh negara sipaya mereka dapat memberi barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan.
Pelaksanaan penetapan harga produk-produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah untuk memastikan harga bahan bakar yang lebih stabil dalam menghadapi kenaikan harga petroleum.
KEMASKINI

Selanjutnya

Selanjutnya

Selanjutnya

Selanjutnya

BAGI PENGUSAHA FELDA, RISDA DAN FELCRA
BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19 Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID- 19. Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500 ribu peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara. Sehubungan itu, sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020, bernilai RM300 seorang kepada peneroka FELDA, peserta FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA. Bantuan khas melibatkan anggaran peruntukan ...
Selanjutnya

Selanjutnya